Wednesday, August 25, 2010

kunantimu di pintu syurga...

...andai kau pergi dulu! banyaklah kau punya nanti! kau ingat bapak kau punya syurga ke? syurga itu allah yang punyalah, bangang! o, ye ke? lupa la pulak, sori ek!

aku selalu cakap kat bini aku, nanti kalau saya pergi dulu, awak kawin jelah! tak payah nak tunggu saya kat pintu syurga tu. kita ni pun belum tentu masuk syurga ke neraka! takkanlah awak nak tunggu saya kat pintu neraka kalau kita ni amalan kurang, ngumpat lebih, solat kurang, sembang lebih! ye tak?! so, syurga atau neraka, itu hak allah! kita terima ajelah seadanya! pilihan kat tangan korang, syurga atau neraka?! ikut perintah allah, tinggalkan larangannya, syurgalah jawabnya! hehe! macam senang je, kan?! banyaklah korang punya senang!

bila aku cakap macam tu, bini aku sedih! 'tak naklah wak, saya dengan awak ni mana pernah berpisah, mana awak pergi saya ikut, saya rasa janggal bila awak tak ada, mana saya nak cari lelaki lain yang sama macam awak?!'
'eh, memanglah tak ada, allah dah bagi awak yang terbaik! tapi, kalau dah ajal saya sampai, takkanlah awak nak menjanda? takkan nak tunggu saya lagi? sampai bila?!'
'saya nak jumpa awak balik masa kat syurga! kan allah bagi pilihan, kalau cinta kita kuat, kita masih boleh bersama kat syurga nanti!'
aku gelak besar! 'sure ke kita ni masuk syurga?!'
'masuk tetap masuk, kita orang islam, lambat dengan cepat aje, atau mungkin lepas basuh dosa kat neraka, kita masuk jugaklah akhirnya! saya tetap nak bersama awak, awak cinta hati saya!'
'hm, tak payahlah fikir sampai jauh macam tu! manusia ada fitrah seks, takkan awak nak pendam perasaan awak tu? jangan seksa diri! saya dah mati, saya pun tak fikir tentang awak dah!'
'alah, berapa ramai pompuan yang tak kawin lain? okey aje! besar jugak anak-anak! saya tetap tak nak!'
'iyalah tu, tapi awak tu ada nafsu, takkanlah awak nak sekat semua tu?'
'lelaki lain wak, pompuan lain! lelaki bila bini mati, kubur merah lagi pun dah kawin! tak kisahlah, apa awak nak cakap, awak cakaplah, saya tetap tak nak kawin lagi!'

aku pening kepala! ada gak manusia macam bini aku ni ek? entahlah! tapi, itu cakap dia masa aku tengah hensem dan hidup lagi ni! kalau dah tinggal rangka kat dalam liang lahad tu, apa pun boleh berlaku! tapi, (bila dah mampos nanti) aku sendiri pun tak fikir lagi dah pasal dunia ni! apa lagi pasal bini aku nak kawin ke, nak menjanda ke, itu semua aku dah tak fikir! yang aku fikir masa tu macam mana nak elakkan diri dari soalan mungkar nangkir?! nak lepaskan diri aku ni dari seksa kubur? apatah lagi mungkar nangkir ni macam-macam pulak dia nak soal aku!

masa nilah anggota tubuh tak boleh pakai! hampeh! dulu masa kat dunia enjoy sama-sama, tapi kat alam barzakh ni, semua anggota pakat-pakat lepas 'diri' masing-masing! bila jasad dah terpisah dari roh, jasad kembali kepada allah, itu hak allah, sesekali pun jasad takkan mahu berbohong! habislah semua cerita korang kat dunia dia cerita!

bila mungkar nangkir bertanya, diorang sukarela bercerita! mulalah satu persatu rahsia pecah! puaslah aku pst, pst, pst kat perut aku isyarat jangan bagitau apa-apa, dia buat dek aje cerita pasal aku tak puasa masa bulan ramadhan! hampeh punya perut! padahal dia jugak yang punya pasal!

munkar nangkir tanya: 'ramadhan pertama masa kau mula-mula masuk akal baligh dulu kau puasa tak?!'
aku baru aje nak cari alasan, perut aku dah jawab dulu dah! 't-tak puasa bos!'
'tak puasa?!' berdesup aku masuk ke dalam perut bumi kena henyak dengan mungkar nangkir! bersepai kepala hotak aku sakit tak tau nak cakap! nanti korang dah masuk liang lahad ni nanti korang rasakanlah sendiri! 'macam mana kau dah masuk akal baligh boleh tak puasa?!' berapi mata mungkar nangkir renung aku yang dah hancur bersepai kat ceruk perut bumi tu! 'cerita dari mula! aku nak dengar!'
's-saya yang start dulu b-bos!' kaki aku mula-mula bersuara.
perut pulak menyampuk: 'm-mulanya s-sebab saya jugak bos, saya dah mula berkeroncong!'
'berkeroncong ke heavy metal?!' macam halilintar suara mungkar nangkir mengejutkan perut aku!
'm-macam heavy metal dah bos! lapar giler masa tu! berdenyut-denyut tak tahan nak kena isi!'
'masa tulah saya bawak semua yang ada pergi k-kedai m-mamak b-bos!' kaki bersuara terketar-ketar!
'lepas tu?!'
mulut terpisat-pisat malu! 's-saya y-yang orderkan b-bos!'
'kau order apa?!'
'r-roti banjir dua, kuah lebih, dal kari campur!'
'itu aje?!'
'm-milo ais k-kaw!'
mungkar nangkir menggeleng! 'huh, tak puasa order roti banjir, kuah lebih, milo ais kaw?!'
'y-ye b-bos!' mulut aku terkedu!
'tak malu ke?'
'm-malu tu m-malu b-bos, t-tapi s-saya kosong giler masa t-tu bos, n-nak kena isi jugak!' perut terkedu!
'macam mana kau mula-mula tau kau tu dah mula akal baligh?!'
masa ni kote terus bersuara: 's-saya selalu aje b-bangun tidur b-bos! dulu b-bangun tidur m-masa mata bukak, selalunya pagi-pagi s-sebab pundi kencing penuh... s-saya yang k-kena keluarkan!' kote terketar-ketar menjawab! 't-tapi k-kali ni... s-saya b-bangun t-tak kira masa! tapi selalunya, b-bila m-mata tengok b-betis pompuan! t-terus s-saya bangun... serta-merta!'
mungkar nangkir menggeleng! 'tulah, allah bagi kau tegang untuk kembangkan zuriat, bukan asal tengok betis pompuan, bangun tidur, hisy tak senonoh betul! lepas tu?!'
's-saya jugak y-yang p-punya punca b-bos!'
'kau lagi kaki! hm, mana pulak kau bawak diorang semua kali ni?!'
'r-rumah u-urut b-baik punya b-bos, er... cum r-rumah pelacuran!'
berdesup lagi aku masuk kat perut bumi kena henyak dek mungkar nangkir! binawe punya anggota tubuh, semua diceritakannya! satu scene pun tak tinggal! ingat lagi masa pecah teruna, kat rumah urut cum rumah pelacuran tulah, kote tenggelam ke dalam telaga lebar!
'kali ni siapa punya angkara?!'
's-sayalah bos! s-saya dah bangun tidur, tak boleh nak tidur lagi! kalau nak tidur kena keluarkan air likat yang penuh kat dalam karung telur!' kote tersipu-sipu malu!
'tulah allah sediakan pompuan untuk dinikahi! bukan dilanggani!' tiga kali lebih dalam aku masuk ke perut bumi kena hentak dengan mungkar nangkir! otak hancur, kepala bersepai, sakitnya aku sorang jelah yang tau! kalau boleh balik kat dunia, tak nak dah aku buat benda-benda yang allah larang! masa kat dunia dulu tak fikir! bayangkan, itu baru dua kes yang aku dan anggota tubuh aku buat! bayangkan kalau korang hidup sampai umur 63 tahun, berapa puluh ribu atau mungkin ratusan ribu, mungkin juga jutaan kes... di mana setiap detik perjalanan hidup akan diceritakan tanpa selindung dan penuh sukarela oleh seluruh anggota tubuh korang sendiri! mampos!
mulut akan cakap: 'dulu saya ni bos, suka betul ngumpat orang! feveretlah kiranya!'
kaki akan cakap: saya kalau pub laju je bos, masjid ni ada berat sikitlah nak masuk!'
kote akan cakap: 'saya ni asal menyelam aje bos, tak kira telaga mana pun, janji air likat kat dalam karung telur ni saya dapat semburkan keluar!'
tangan akan cakap: 'saya ni bos, asal lepa, semua saya cilok masuk dalam poket!'
dan, macam-macam pengakuan dari seluruh anggota tubuh korang nanti! hahaha! ni aku gelak ni aku gelakkan diri aku sendiri! janganlah korang terasa pulak! perasan! kenapa? korang pun dua kali lima ke? hehe! cepat-cepat tobat selagi pintu masih terbuka!

jadi, pendek kata, masa korang, aku, semua kita ni dah mampos nanti, masa kat dalam liang lahad tu, ada ke masa untuk korang fikir tentang bini, harta, ferrari, banglo, secretary korang yang cun tu, korang punya scandal... hah? ada masa? tak ada, kan? korang dok sibuk nak menepis segala soalan mungkar nangkir, tapi anggota tubuh badan korang sendiri bukak semua pekung apa yang korang dah lakukan sepanjang hidup menumpang di bumi allah ini! betul?!

hah! sebab tulah aku cakap kat bini aku, kawin jelah! takdenya aku nak ingatkan kau, nak fikirkan kau! aku ni sendiri pun dah serabai tak terurus nak menjawab segala perbuatan aku di mukabumi ini, andai kata aku berbuat salah melanggar segala perintah allah!

'kawin jelah wak! cuma, pesan kat anak-anak, sedekahkan saya yasin, fatihah, awak pun sama, masa tengah seronok dengan laki baru malam jumaat tu, jangan lupa sedekahkan saya yasin! jangan asyik kejar aksi malam jumaat aje!'
'tak nak! saya cakap tak nak, tak naklah! kenapa awak nak paksa saya kawin lain!' masa tu, mata bini aku dah merah dah!
dan aku, garu kepala! aku hanya nak jadi adil! biar sama-sama merasa nikmat dunia! sebab, itu kalau aku yang pergi dulu! tapi, kalau bini aku yang pergi dulu, takkanlah aku nak menduda! beratlah karung telur aku tu nanti! aku baru nak plan cari yang lebih muda! hehehe!

so, macam mana ni?!

Monday, August 23, 2010

cucuk kodok....

...tak sama dengan cucur kodok atau cokodok yang sedap dimakan panas-panas! ini lain, bro! lain....

manusia ni, macam korang semua la kan, korang manusia betul tak?! paling manusia suka dalam kajian yang aku dah buat ialah 'cucuk' mencucuk! haha! tak percaya? manusia paling suka 'cucuk' atau 'cocok', atau yang sewaktu dengannyalah!

sedang kita naik kereta, layan pulak tu lagu keroncong, tiba-tiba kat belakang ada pulak satu kereta ikut rapat, siap bagi high beam pulak tu, siap 'cucuk-cucuk' la pulak! ah, angin pun naik, keroncong tukar heavy metal, tukar gear, tekan minyak, phum, berdesuplah kita rembat sebab tak tahan kena 'cucuk'! betul?!

sedang kita tengah bengang, member pulak tu sudah kasi angin naik, datang pulak tiga empat member lain, sudah kasi 'cucuk', benda yang tadi kecik terus jadi besar! punca masalah boleh kasi settle terus jadi gaduh siap bertumbuk sebab kaki 'cucuk' sudah kasi panas kita punya hati! betul?!

perempuan paling suka 'cucuk' susuk kat pipi!

lelaki paling suka 'cucuk' puki! ada jugak yang suka 'cucuk' punggung kawan lelaki!

dalam bercinta, kena pulak awek kita tu cun-melecun, pantang dengar kita bergaduh, sure ada jantan lain 'cucuk' jarum sampai kita clash!

macam-macam 'cucuk' ada, macam-macam cara 'cucuk' tersedia! tengok rumahtangga orang bahagia, 'cucuk' mak bapak mertua sampai tunggang-langgang jadinya! kalau bercerai-berai kita belanja kawan seribu 'cucuk' satey. hoorey!

kalau dapat gaji aje, terus 'cucuk' atm teller keluarkan duit sebab nak shopping sakan tak peduli tengah bulan makan yong tau foo 'cucuk' kat tepi jalan.

'cucuk' sana, 'cucuk' sini selebihnya korang tambahlah sendiri!

'cucuk' jangan tak 'cucuk'....

Sunday, August 22, 2010

haram... berdosa... nanti masuk neraka!

dengar sini wahai anak bangsa aku, wahai orang-orang melayu yang beragama islam!

aku nak bawak korang ke sebuah tempat yang telah dikumpulkan pelbagai jenis manusia yang kaki judi, kaki botol, kaki betina, kaki dadah, kaki pukul, kaki songlap, kaki kelentong, kaki suap, kaki ampu, dan semua kaki-kaki hampriang yang telah pun melalui kehidupan songsang!

aku tanya seorang kaki pukul! 'kau ni gangster ke dulu?!'
'gangster tak gangster la bro, kalau berpuluh orang pecah kepala aku belasah, kau kaji sendirilah?!'
aku telan liur, takut kepala aku pulak pecah!

aku tengok seorang mamat yang mata kuyu! 'kau ni kaki botol ke?!'
sengih! 'aku ni kau taruklah jd ke, stout ke, beer, apa lancau airlah, kalau aku jalan huyung-hayang kau jangan panggil aku kaki botol la, okey!'
aku garu kepala!

'kau ni kaki apa?!'
'aku ni pantang tengok lubang! tak kiralah siapa, anak dara, janda, bini orang, tunang orang, janji lubang!'
jangan dia ni kaki 'bontot' sudah, dia kata tak kira siapa, janji 'lubang'! niaya aku nanti! maunya aku jalan mengengkang!

'kau ni muka nampak nerd! apa yang kau buat?!'
'nampak memang nerd encik, tapi duit bank, skim cepat kaya, tu semua kerja akulah!' senyum bangga si kaki songlap.

'pak cik ni nampak macam orang beriman aje, kenapa masuk sini?!'
'hm, pak cik ni nak projek semua pak cik hulur! dah kena tangkap, nak buat macam mana?' sedih muka si kaki suap!

aku berdiri di depan seorang yang berkaca mata nampak macam seorang profesor! 'kenapa kau masuk sini?!'
'aku ni pakar matematik tuan, sebut aje apa nombor, ekor, kuda, nombor yang kat daun terup, itu semua dalam kepala aku aje! dari kecik aku hidup dengan nombor!'
hm, taulah aku yang dia ni kaki judi!

alangkah hebatnya anak-anak melayu ini, kan? malaysia boleh, melayu lagi boleh! kalau mat saleh boleh tawan khutub utara, melayu boleh! kalau boleh menyeberangi selat inggeris, melayu pun boleh! apa yang bangsa melayu tak boleh buat? semua boleh! murtad! pun melayu boleh! hehe!

dan, anak-anak melayu yang dikumpulkan khas ini juga telah melakukan kebanyakan benda-benda yang kebiasaannya orang kafir buat! hebat, kan?

dan, berapa ramai lagi di antara korang, kawan korang, sedara-mara korang, atau jugak adik-beradik korang (mungkin juga korang sendiri) yang memenuhi pelbagai kategori 'kaki' ini? (sila pilih kategori manakah korang berada pada senarai di atas!), hehe!

tugas aku di sini ialah untuk mengambil rekod senarai kerja-kerja keji yang telah mereka lakukan, hinggakan sebegitu berani sebagai anak melayu yang beragama islam melanggar perintah allah! sesungguhnya mereka-mereka ini dikategorikan sebagai melayu gagah berani!

tibalah masa makan setelah dua hari mereka tidak diberikan sebarang makanan hanya air kosong saja sebagai pengalas perut sebagaimana yang diperintahkan pihak berkuasa.

aku nat buat pengumuman bahawa hidangan akan tiba sebentar lagi dan sebelum itu aku saja-saja bertanya: 'semua lapar, tak?'
'laparlah bangang!'
'dua hari tak bagi makan tanya lapar ke tak! amende punya manusia kau ni?!'
'nasiblah aku kat dalam ni, kalau kat luar, kepala kau tu aku pecahkan dulu, buat kari!'
'bangsat betul kau ni, tanya lapar ke tak!'
'hei bodoh laparlah! lagi mau tanya!'
'cepatkah bagi makan, lapar giler ni!'
'aku dah nak mampos dah ni, woi!'

dan, macam-macam rungutan, kutukan dan ketidakpuashatian terhadap aku (yang menjalankan tugas), hanya kerana aku bertanya diorang lapar ke tak? tu pun salah?!

'okey-okey aku faham kejap ni korang semua boleh makan! sabar!' aku senyum!
'sabar hotak kau!'
'dua hari tak makan suruh sabar, kau tu yang aku makan nanti!'
'barua punya manusia! buat malu melayulah kau ni!'

aku tiupkan wisel yang diberikan, sebagai tanda mereka semua dah sedia untuk makan.

'baiklah semua ambik tempat masing-masing! ikut nombor, ye!'
mereka semua duduk di kerusi masing-masing! satu meja ada empat orang! dan mereka duduk, menanti penuh rakus hidangan datang untuk dilahap!

waiter mula masuk, membawa talam berisi hidangan yang berbau lazat! masing-masing liur mula meleleh. kelihatan nasi putih yang berasap panas, ada juga nasi beriani serta nasi minyak dan nasi tomato (pilih ikut suka aje) dan hidangan 'daging' (sahaja) yang dimasak dan diadun pelbagai resepi mula membuatkan mereka semakin kelaparan! ada daging masak kari, daging sup, daging panggang, daging rendang, daging masak merah, daging masak lemak dan hampir semua jenis resepi ada... (semuanya daging tak ada ikan, sayur ataupun ayam) yang telah disediakan chef terkemuka!

hidangan daging pelbagai resepi terkenal itu disusun di meja masing-masing, penuh memukau dan menaikkan selera.

'baiklah, semua boleh makan! tapi, basuh tangan bersih-bersih dulu!'

semua yang ada mula basuh tangan, sendukkan nasi dan ceduk daging pelbagai resepi yang diminati selera masing-masing.

'tapi, sebelum semua makan, saya nak buat sedikit pengumuman! sila bagi perhatian!'

semua bengang, namun takut dilarang makan, semua beri perhatian!

sambil senyum aku merenung mereka semua! 'nampak macam sedap tak?!'
'sedap!!!'
'boleh habis ke?'
'sure boleh, silap-silap tak cukup ni!!!'
'baca bismillah, boleh semua?!'
'boleh! bismillahirrohma... nirrohim!'
aku senyum! 'bagus!'
masing-masing dah mula gaulkan daging pilihan resepi masing-masing ke nasi!
dan, aku bersuara lagi! 'semua daging ni daging tempatan, dipilih dari yang terbaik dari ladang! semua daging babi gred satu! eksport kualiti! okey, semua boleh mula makan!'

masing-masing ternganga! semua terhenti dari nak menyuap! ada yang terloya! ada yang telan liur! ada yang muka pun dah macam babi! ada yang terkulat-kulat! ada yang cekik leher sendiri....

'ha, apa lagi makanlah! Kenapa semua tak makan lagi? tadi kata lapar!'

dan, semua mereka tak langsung menjamah, ada yang terus basuh tangan! banyak yang palingkan muka dan ada juga dah mula berdiri cuba menjauh... dengan wajah penuh jijik!

dan, inilah kebanggaan kita orang melayu, sejahat mana pun, sebanyak mana perintah allah dilanggar, penjenayah, pembunuh, perogol, makan ribak, zina, liwat, semua kejahatan berani buat! tapi, perintah allah yang satu ini selalu dipatuhi! babi memang tak makan! haram....

berdosa nanti masuk neraka....

aku yang korang tak kenal sangat....

...ini sebenarnya bukanlah terer mana pun! aku ni biasa-biasa aje! mungkin sebab nama aku yang unik, sebab tu korang semua senang nak ingat! kan?! aku dah 'layu', maksud aku, bukanlah trangtangtang lagi! terus terang, aku tak nak hipokrit, aku dah tak ada teruna! tapi, aku ada tiga peluang lagi untuk pinjamkan diri aku ni pada para gadis! (tapi sumpah, aku tak nak!) hal ni aku dah bagitau kat bini aku dah! aku cakap dengan dia, awak jangan risau, saya untuk awak sorang! (masa aku cakap ni aku toleh tempat lain tak pandang pun mata dia) Aku tau, aku hampakan ramai gadis, tapi apakan daya, sudah suratan, aku tak mampu memenuhi hasrat korang semua, ye gadis-gadis! maafkan aku sekali lagi! aku tau kehampaan yang korang semua rasakan! i'm sori!

bukan saja aku ni dah layu, dah tahap lunyai, anak pun dah berderet! tiga puteri dan seekor jantan! masa kali pertama aku dengar aishah menangis empat belas tahun dulu, aku terkedu! bait-bait biasa yang aku dengar:

'tahniah, kau sekarang ni dah jadi seorang bapak! hm, tanggungjawab kau dah besar! ha, kau dah ada permata yang nak doakan kau masa kau mati nanti.'

...dan... banyak lagi!

tapi, bukan itu sebenarnya perasaan yang aku rasakan! aku sekadar meragui diri aku, mampu tak aku jadi bapak? bapak ni macam mana? besarkan anak-anak, bagi nafkah, bagi nama, pinjamkan nama kita untuk anak pakai kat belakang bin atau binti! ini aje? tak semudah tu! sebab, kita hanya merancang, tu... (dongak sikit) ...bos yang kat atas langit tu yang tentukan! allah yang akan putuskan corak hidup kita! dan, macam aku ni, telah tertulis dalam qada dan qadar aku masa sebelum azali lagi yang aku akan tiada kasih sayang bapak masa usia aku dua tahun!

perceraian berlaku! bukan salah mak, bukan salah bapak! takdir allah yang menentukan begitu! mak aku pun cakap macam tu! bapak aku tak pernah salah! tapi, dah tak ada jodoh mereka! aku tak faham pun! yang aku tau, makan minum aku cukup, mintak mainan dapat, kita okeylah tu! lantak koranglah nak cerai ke, berai ke, perai ke, aku apa peduli?

sampailah aku besar, aku tak pernah kisah! aku tak pernah rasa sedih sebab umur aku masa tu baru dua tahun, tak faham apa-apa pun, aku tak pernah tau apa itu perceraian, dan apa impaknya untuk seorang kanak-kanak kecil yang tak ada kasih sayang bapak!

lagipun, mak aku tak pernah ajar aku benci bapak, dendam bapak, cakap bapak ni zalim dan sebagainya! mak aku tak pernah cerita apa-apa pun sampailah sekarang! dan, dua-dua mereka pun masih hidup, masih ada lagi mak dengan bapak aku! masih kuat, masih ada kudrat, walaupun usia mereka dah masuk tujuh abad!

tapi, masa aishah dilahirkan, aku tanya diri aku? kau sanggup biarkan anak kecil ini yang tapak kakinya besar dua jari kau ini, terabai? campak kat tong sampah macam apa yang menjadi trend hari ini?

untuk aishah a.k.a aca koca, papa nak bagitau, masa aishah lahir dulu, papa rasa hidup papa ni macam ada pelangi kat depan mata! semuanya indah! bila aishah menangis, bila papa cebuk taik aishah yang bau busuk tak ingat tu, bila aishah demam papa cucuk bontot dengan paracetamol, dan percayalah, (untuk semua bapak-bapak) seorang anak ini kalau siapa yang dah jadi bapak, merupakan sesuatu yang sangat indah yang aku sendiri tak tau nak huraikan macam mana dengan kata-kata?!

lepas aishah, lahir pulak athirah, yang aku dengan bini aku panggil 'rinting', sebab rambut dia sebijik macam afro david arumugam! bini aku dah panik dah!

'masak kita, wak, kalau besar nanti, sure kos tinggi asyik nak buat rebonding! bukan murah!'

dahlah tu pulak, kerjanya siang malam asyik menangis. dua puluh empat jam asal mata bukak! pernah aku dengan bini aku pergi ke jb, start kereta dari kl, sampailah turun jb, athirah menangis, boleh?! nasib tak aku humban aje kat tong sampah!

nombor tiga anisah, a.k.a kaduk! ini pun peel sama aje dengan rinting, menangis tak hengat! sebab, kaduk ni maid in indonesia aku yang jaga! dah asyik bergulung dalam kain gantung (indon stail), dunia ni bagi dia adalah sesuatu yang menakutkan! asal keluar dari dalam kain gantung tu, dia akan meraung! aduh, ini pun ada ciri-ciri nak kena buang tong sampah jugak!

last but not least, hehe! (tapi bini aku kata, kilang dah tutup) akhirnya, aku dapat anak jantan! (satu-satunya) yang namanya adam adiat akashah a.k.a kote! sori ek?! sebab dia ni umur tiga hari dah khatan! so, nama paling dekat, kote la! (tak caya tanyalah dia)

jalinan-jalinan hidup yang aku lalui inilah yang mendewasan aku hari ini! yang allah susunkan sebegitu indah! yang aku pelajari setiap detik dan saat, bahawa setiap satu kejadian itu ada hikmahnya! percayalah....

kerana perceraian mak dengan bapak aku, aku dikurniakan tiga lelaki 'agung' dalam hidup aku! yang membentuk aku menjadi aku pada hari ini! lelaki 'agung' yang pertama muncul dalam hidup aku; marwilis, adik bongsu mak aku, yang aku panggil busu; menjadi guru aku yang mencucuk bijik mata aku ini hanya sebab aku salah buat matematik! tempeleng aku bila aku salah congak! terajang aku bila aku lupa 16 darab 16 berapa?! ketuk kepala aku bila aku tak tau apa makna leopard! (gila apa orang tua ni, aku darjah dua dia suruh aku baca buku tingkatan 1 oxford) manalah aku tau apa benda leopard tu! sampai hari ni aku takkan lupa macam mana aku kena hempuk kat kepala dan kena humban kat dalam bilik yang gelap sebab aku tak tau apa benda binatang leopard tu! sampai aku fobia dengan bunyi volkswagen kura-kura (wak segan) sebab setiap petang lepas dia balik kerja (berlagak dengan kereta 'wak segan' dia tu), dia takkan lupa datang rumah arwah nenek aku untuk ajar aku tentang ilmu dunia untuk jadi manusia berguna! pasal dia aku berjaya dan reti mengira!

mak aku kawin kali kedua masa umur aku tiga tahun! (rasanya kalau tak silap?) dan aku mula membesar dengan seorang lagi lelaki 'agung' bernama mohamed arshad! bapak tiri aku yang ajar aku untuk jadi manusia! bila aku mintak ayam sabung, dia bawak baka dari pengkalan cepa, dia kata ini baka champion! aku suka! sure ranap ayam-ayam satu kampung gombak setia tu ayam sabung champion aku ni kerjakan! tapi, dia cakap, jangan laga ayam! berdosa! seksa haiwan! la, gilo apo? ayam sabung untuk disabungkanlah! kalau macam tu baik bagi aku ayam daging aja! dah tentu ayam daging untuk kita makan dagingnya! dia nilah yang ajar aku kenal apa itu sembahyang! bila aku mintak satu basikal racing baik punya jenis raleigh, dia kata no problem! aku suka! tapi, hafal yasin dulu, itu syaratnya!

'hafal yasin, kalau hafal nanti, abah beli!' senyum je dia jawab!

naik juling mata aku siang malam hafal yasin sebab nak basikal racing! sampai tiga suku yasin aku hafal! tapi, bila aku naik tingkatan satu, masuk atdi (asrama tun dr ismail) basikal racing entah ke mana, yasin yang aku hafal tiga suku pun entah ke mana, terus jadikan aku tiga suku! akhirnya, kalau nak baca yasin kena pakai buku!

lelaki 'agung' ketiga yang mewarnai hidup aku, dah tentulah bapak kandung aku! kalau lelaki ni tak ada, aku pun tak ada! dia pinjamkan diri dia kat mak aku, dan lahirlah dua baka dari dia! aku nombor dua! yang sulung abang aku! abang aku tu pun alhamdulillah, hidupnya kini tersangat-sangat-sangat bahagia! tak perlu susah payah patuh hukum allah, tapi dah masuk syurga! sekolah tak pergi, sembahyang tak pernah, kawin tak pernah, apa pun tak pernah, tapi masuk syurga! abang aku ni di usianya satu hari dah dibawa malaikat terbang ke syurga! mak aku cakap, masa dia lahir tak cukup bulan, baru masuk tujuh, umur pendek, kebumi pun kat belakang rumah arwah nenek aku aje. maka, kekallah aku menjadi king! the only one!

jadi, aku faham apa itu qada dan qadar! kita ni semua hanya boleh merancang, allah yang tentukan! macam aku, walaupun kehidupan aku kalau dilihat dari sudut moral, aku seorang anak yang tunggang-langgang, tapi hakikatnya aku ada tiga benteng utama yang menjadikan aku macam aku hari ini! dengan tiga lelaki inilah aku membina satu perisai yang utuh!

baru-baru ni, masa piala dunia, aku dengan bini dan anak-anak pergi ke kuantan, (bapak aku tinggal di beserah), lepak dengan bapak, siap layan perancis lawan afrika selatan (team france aku kalah, hampeh), anak-anak aku berlingkar dengan 'tuk ki' (panggilan mereka pada bapak aku) sambil aku dengan bapak bercerita tentang kehidupan! dan, kalaulah bukan lelaki ini, aku tak kenal matahari! korang pun tak dapatlah tengok lagenda budak setan kat pawagam (padan muka)

dan, sebagai bapak, dia mewariskan pada aku penyakit gout-nya! haha! like father, like son! aku bersyukur, di saat-saat aku jugak menjadi seorang bapak, aku masih ada seorang bapak yang dapat aku kongsikan sesuatu yang berharga daripadanya, nasihat, pedoman, renungan, dan segala apa jua tentang kehidupan yang sedang aku lalui ini! bapak, dengan kata-katanya, telah menjadikan aku 'a better man' setiap minit!

untuk tiga lelaki agung, terima kasih kerana korang telah mengagungkan setiap detik kehidupan aku....

kaki poker...

...yang korang pun tau memang taik judi! kehidupannya membelek daun pakau, mengharap nombor, corak dan wajah-wajah cantik menjelma untuk menang! kalau dapat royal flush, hm, senyum lebar setahun, tapi ini jarang-jarang berlaku! hanya yang sangat-sangat bertuah saja yang mungkin akan dapat!

bapak aku dulu pun 'kaki poker'! mengharap daunnya cantik untuk menyunting daun queen! kalau dapat queen sepit, hm, cantik... tapi setidak-tidaknya dapat queen diamond pun okeylah! memang seorang king, dalam daun pakau, boleh dapat empat queen! Dalam islam pun, hanya boleh sunting empat isteri!

korang ngan aku pun sama jugak, kita semua sama-sama 'kaki poker', ada peluang cari empat queen tapi nak jaga satu pun payah!

tapi, poker yang macam aku ngan korang main ni bukanlah macam poker biasa! poker yang pernah aku main pun tak semudah main poker yang kat kasino tu! aku pernah kalah main poker! queen yang aku dapat sebelum ni rupa-rupanya queen control! hahaha!

jadi, sebelum main poker, pastikan daun yang korang nak pilih tu betul-betul daun yang serasi! jangan main cabut aje! salah dapat queen, tunggang-langgang hidup, macam aku ni!

nasib baiklah, bila kalah poker yang pertama, aku main poker lagi, mana tahan bro, gian tak hengat! nasib baik, queen yang aku cabut kali ini serasi dengan aku! maka, bahagialah aku sebab menang poker dan daun queen yang aku dapat, serasi bersama!

hati-hati bermain poker, tak perlu pilih daun queen yang mahal, atau yang lawa, memadai memilih daun queen yang memahami....

Friday, August 20, 2010

putera raja dan sang kodok...

...itu bertemu pada satu senja yang sunyi, selepas waktu hujan. sang kodok jantan itu bernyanyi girang memanggil hujan agar datang lagi! namun, suaranya yang garau dan panjang itu membuatkan si putera raja yang sedang frust menonggeng sambil layan fikiran di tepi kolam itu menjadi marah.

'diamlah! suara kalau sedap tak apa!'
'eh yang kau sibuk aku nak panggil hujan ni kenapa?!'
'kau tau tak aku ni putera raja, aku boleh jatuhkan hukuman pancung kat kau, kau tau tak?!'

sang kodok gelak terbahak-bahak siap guling-guling dan jatuh ke dalam kolam sebelum timbulkan kepalanya semula.

'aku peduli apa kau putera raja! aku bukannya rakyat kau! aku ni makhluk allah! dia yang ciptakan aku! dengan dia aku patut takut, dengan kau, hmm... sorilah, bro!'

putera raja daring maut pada sang kodok itu.

'eleh daring konon, kau ingat aku takut ke?!'
'kenapa kau tak takut dengan aku?'
sang kodok ketawa! 'sebab manusia sendiri kalau boleh nak tukar jadi aku, manusia penakut! takut mati!' semakin terbahak-bahak!
'manusia mana yang nak tukar jadi katak macam kau?! tu manusia bodoh tu!'
'bodoh?! tulah manusia bijak! sebab, katak macam aku ni, hidup tak perlu risau! nak main pompuan, no problem! macam manusia, main kalau tak nikah hukumnya zina! setakat menikmati keindahan alam maya ni, aku pun dapat nikmati macam manusia dapat! aku jugak dapat makan makanan yang lazat-lazat allah sediakan! lalat debab, phuh sedang terbang kat kepala, aku tangkap pakai lidah aje! nikmatnya, huh, kau manusia apa yang kau tau!'

putera raja ternganga!

'aku tak payah sembahyang macam kau, tak payah puasa, tak payah keluar zakat, tak payah pergi haji, hehe! tak takut nak kena masuk neraka! kau tu, hm, nama aje putera raja, apa kau ingat kau tu terlepas ke hukum allah! kau tak sembahyang kau ingat kau boleh lepas ke masa kau meniti kat titian siratul mustakim tu nanti?!'

putera raja telan liur, kepala lututnya mula goyang!

'bukan aku tak tau kerja kau tu asyik berzina je, nak main pun susah! nikah tak nak, zina suka! gilalah manusia ni! tengok macam aku ni, semalam dengan hari ni aje dah enam betina dah aku belasah! macam-macam stail ada! tu....' memuncung pada ratusan berudu yang berenang-renang girang di dalam kolam! 'tu semua anak-anak aku tu! tak pulak kata anak haram! tak perlulah aku buang diorang kat tong sampah atau letak kat depan masjid!' semakin berdekah-dekah sang kodok ketawa, bangga dengan dirinya yang dijadikan allah sebagai haiwan!

putera raja garu kepala!

'hei bro, sama ajelah kita ni makhluk allah! kau rasa nikmat seks, aku pun rasa! kau klimaks, aku pun klimaks! kau rasa nikmat makan, aku pun rasa! cuma, aku tak perlu risau pun nak bernikah, tak perlu harta melimpah, tak perlu gaduh sana, gaduh sini rebut kuasa! asal jumpa betina, kelip mata, dia suka aku suka, on aje! nikmatnya, hm, kau pun tau kan nikmat berasmara! hahaha!' sang kodok berdekah-dekah dan terjum ke dalam kolam sambil berenang-renang girang dengan anak-anaknya yang ramai berwarna hitam!

sang kodok timbulkan kepalanya di permukaan kolam! 'lagi satu, anak-anak aku ni aku tak perlu pening kepala pun nak bayar nafkah! kadang-kadang tu, nama diorang pun aku lupa, muka pun aku tak kenal! tak payah fikir semua tu! kan amannya kepala hotak aku ni! huh, nikmatnya menjadi sang kodok!'

putera raja picit dahi, dengan masalah yang bertambah dan kepala yang serabut!

'sebab tulah bro, ada manusia mintak aku tukar dengan dia! aku jadi manusia, dia jadi kodok! gila! tak naklah aku!'

putera raja mula menangis teresak-esak sehingga menimbulkan rasa heran pada sang kodok!

'kenapa bro?! kata-kata aku ni mengguris hati kau ke?! sori la!'
putera raja mengesat pipinya! 'kodok, apa kata kau tukar dengan aku nak, biar aku jadi kau, kau jadi aku?!'
'brrrrrr, huh tak naklah bro! huh, takut! aku takut nanti kat padang masyar tu, matahari sejengkal atas kepala... brrrrrr, sori!'
'bolehlah! kau tau tak aku baru aje order ferrari, huh, layan... awek mesti toleh punya!'
'tak pelah bro, setakat awek ni, tak payah pakai ferrari pun aku boleh dapat!'

putera raja meraung lagi dan beriya-iya mintak sang kodok tukar diri. dan, akhirnya, kesian punya pasal sang kodok pun bersetuju. lalu, mereka bertukaran diri dan putera raja yang telah menjadi kodok menyanyi girang sambil mengejar kodok-kodok betina yang bersepah sebab gian nak main! dan, dia tak perlu lagi takut dan risau pasal dosa berzina! alangkah gembiranya dia!

manakala, sang kodok yang telah menjadi putera raja terus naik ke istana. call salesman ferrari bila nak hantar kereta barunya itu. dia kerahkan untuk hantar malam tu jugak dan kelam-kabutlah si salesman menguruskannya sebab takut mengingkari perintah putera raja!

'hm, seronoknya jadi putera raja!' sang kodok ketawa dalam hati!

besoknya, sang kodok yang dah jadi putera raja meronda-ronda dengan ferrari barunya itu dan mencari empat gadis jelita dan dinikahinya sekaligus. dan pada isteri-isterinya itu diperintahkan agar mentaati perintah allah jangan ingkar kerana allah yang menciptakan mereka semua!

'jangan jadi macam katak, tak ada agama, tau nak main aje! faham! pakai tudung, tutup aurat! dengar azan, terus solat, jangan lengah!'

maka, para isterinya patuh dan menjadi muslimah berhemah! dia pula menjadi imam dan patuh segala suruhan allah mengharapkan imbuhan syurga menantinya kelak!

dan, pada satu petang, selepas dia bersolat asar, tatkala bersiar-siar dengan ferrarinya di jalan sunyi bersama isteri mudanya, dia yang memecut laju tak langsung perasan seekor kodok jantan yang ghairah sedang mengejar seekor kodok betina akibat gian dan terus melenyek kodok jantan tersebut sehingga hancur mati katak!

dan, dalam nazaknya, si kodok yang dulunya adalah si putera raja berkata: 'baiklah aku mati macam ni, mati katak, tak kisahlah, janji tak masuk neraka!'

adui, macam ni punya manusia pun ada?! tak paham aku!

Wednesday, August 18, 2010

mahligai untukmu...

...ini aku bina khas untuk seratus orang yang bertuah! sengaja aku bina mahligai (mansion) seratus bilik yang mewah senibina ala tudor ini, untuk dihuni oleh korang yang aku rasakan perlu menikmati satu kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. sebab itulah aku pilih korang dari kalangan yang berpendapatan rendah, kerja tak menentu, tak pernah rasa kehidupan mewah dan dari golongan keluarga miskin.

mahligai ini mempunyai seratus buah bilik, yang standard-nya macam suite di hotel lima bintang! korang mesti pernah tinggal di hotel mewah lima bintang, kan? aku bina sebuah taman seluas dua hektar, dipenuhi pohon-pohon rendang dan bungaan yang segar. siap dengan lanskap dan sungai serta air terjun yang indah. ikan kap pelbagai warna berenang-renang di kolam yang jernih. di sebelah selatan pula, lima ekar dusun buah menunggu korang untuk memetiknya. durian d24, musang tidur, tembaga, semua ada, juga mangga mas hitam, water lily, chokonan, semua jenis ada, buah rambutan anak sekolah, gading... namakan aje! termasuklah buah manggis, duku langsat, dokong dan semua jenis buah-buahan tempatan ada di dusun aku itu. semua untuk korang melantak, free!

dan, pagi itu, seratus insan yang bertuah tiba di mahligai indah aku itu.

aku bawak mereka mengelilingi kawasan mahligai yang bagaikan syurga itu, dan rata-rata mereka yang tak pernah menjejakkan kaki ke kediaman seumpama itu hanya tercengang-cengang bingung!

'amacam, best tak?'
'huh, best giler tuan!'
'jangan panggil aku tuan, aku pun sama macam korang jugak, manusia biasa aje, tuan korang yang sebenarnya... (mendongak) ...tu kat atas langit tu, allah yang maha besar!'
semua terdiam.
'dah tengok bilik masing-masing?'
'dah! memang hebat! macam suite hotel!'
aku tenung seorang anak muda yang selekah. 'kau pernah tinggal hotel ke?'
'saya pernah kerja jadi bellboy dulu, saya taulah!'
aku angguk!
'dan satu lagi tuan....'
'jangan panggil aku tuan!'
'maaf! nak panggil apa ye?'
'panggil boss aje!'
'satu lagi boss, taman boss ni memang indah, kalau masuk pertandingan lanskap kebangsaan, saya sure menang nombor satu!'
'mana kau tau?'
'saya dulu tukang kebun kat rumah satu orang kaya ni, dia masuk pertandingan lanskap kebangsaan dapat nombor satu, tapi kalau saya bandingkan taman boss ni, hm, jauh panggang dari api, boss!'
'pembetulan ye, ini bukan taman aku, tapi taman korang semua! korang yang punya! jadi, tolong jaga keindahannya, kekalkan macam mana hari pertama korang jejakkan kaki ke sini! jangan nanti sampai ada pokok yang mati, bunga yang layu dan sebagainya, faham?!'
'faham boss!!!'
'lagi satu, korang suka tak bilik korang tu?!'
'suka giler boss!!!'
'cantik tak?!'
'cantik giler boss!!!'
'ingat! itu bilik korang, jaga macam jaga harta sendiri! semua tu perabot baru, tv baru, tilam, cadar semua baru! jaga dan hargailah bilik masing-masing, faham?!'
'faham boss!!!'
'bagus!'

dan, tibalah waktu makan tengah hari. pelbagai juadah yang enak terhidang di dewan makan yang besar. satu meja bulat boleh memuatkan sepuluh orang, dan terdapat sepuluh buah meja yang dihiasi rapi seperti menghadiri dinner di ballroom hotel mewah! selesai makan, aku tanya pendapat mereka yang aku pilih itu!

'sedap tak?' aku tanya salah seorang yang duduk paling hampir dengan aku!
'huh, sedap giler boss... rasa macam artis berbuka puasa pulak boss!'
'hah? yang lain-lain macam mana, sedap tak makanan kat sini?!'
'sedap giler boss!!!'
'ingat! lepas makan, semua basuh pinggan sendiri, jaga kebersihan dewan makan ni, korang tengok lapik meja ni, pinggannya, sudu-garpunya, semua dari jenis yang mahal, jangan sampai hilang, pecah, rosak dan sebagainya, faham?!'
'faham boss!!!'

aku puas hati, dan malam itu aku tinggalkan seratus orang yang bertuah itu, yang aku pilih untuk aku naikkan taraf kehidupan mereka! yang aku sediakan chef untuk memasakkan makanan lazat untuk mereka setiap hari! cuma, tukang cuci bilik saja yang aku tak sediakan! dan, tukang kebun! pandai-pandailah diorang nanti uruskan mahligai ini, betul tak?!

setahun kemudian, tiga ratus enam puluh lima hari berlalu... aku datang lagi menjenguk mahligai yang aku bina untuk mereka itu! namun, sebelum itu, aku pastikan mereka semua tiada semasa aku datang itu! sengaja aku aturkan satu rombongan ke pd untuk mereka mandi-manda dan berkelah di pantai indah itu. lalu, aku jenguk setiap bilik, aku perhatikan setiap inci taman dan persekitaran. alangkah hampanya. ada cadar yang koyak, penuh peta, tilam yang lunyai lembik, perabot yang terkopak, kerusi meja yang tempang kakinya, remote tv dan astro yang pecah berselotep, carpet yang bertompokan dengan air kopi atau milo yang tumpah! ada bilik yang berselerak macam sarang tikus, serta keadaan yang rosak teruk tidak sebagaimana aku tinggalkan setahun yang dulu!

namun, bukan semua bilik begitu! ada juga bilik yang kemas, bersih, juga tampak baru sebagaimana aku tinggalkan setahun dulu! tapi boleh dikira dengan jari!

aku melangkah ke taman, kecewa dan hampa melihat bunga yang tidak sesegar dulu, kelopaknya dah menguncup, ada daun yang kuning tak hijau dan sebagainya. ikan-ikan kap aku juga tidak sesihat dulu serta berkurangan pula jumlahnya! dan, aku duduk di sebuah bangku kayu yang kusam, merenung jauh ke alam maya yang dicipta allah untuk aku dan semua makhluknya!

mereka yang aku berikan mahligai indah untuk tinggal, dengan sedikit pesanan agar menjaganya sebaik mungkin tanpa membayar sesen pun masih tidak dapat menghargai pemberian aku ini!

dan kita, semua kita, aku, korang, mak bapak korang, sedara mara dan rakan taulan korang, yang allah berikan dunia serba indah ini, yang penuh rezeki, keindahan, bulan dan bintang serta matahari, untuk kita layari kehidupan, dengan syarat, mematuhi perintah-nya! dan, ketika korang duduk sendirian, ketika korang renung ke langit indah, tanyakan pada diri sendiri, banyak manakah perintah allah yang telah korang patuhi?

dan, kalaulah korang yang aku pilih di dalam seratus orang yang tinggal di dalam mahligai indah aku itu, adakah korang akan kembalikan kepada aku bilik yang seumpama baru sebagaimana aku berikan korang di hari pertama korang jejakkan kaki di mahligai aku itu?

ketika itu, tanpa aku sedari malam dah pun menjelang, aku mendengar suara-suara mereka yang telah pulang dari pd, berpesta, bersuka ria, tanpa mereka sedari aku telah pun melihat keadaan bilik masing-masing, dan telah aku huraikan bagaimana sikap kebanyakan mereka itu, manusia ini, kita, aku, korang, kita semua... selalu sahaja alpa dan tidak pernah berterima kasih di atas segala pemberian yang allah berikan, dan jarang untuk kita bersyukur dengan apa yang telah kita nikmati!

sama juga dengan seratus orang yang menghuni mahligai aku ini dan pernah berkata: 'faham boss!!!'

hakikatnya, mereka (bukan semua) masih tak faham untuk bersyukur dan berterima kasih....

Saturday, August 14, 2010

cari quorum....

...sebab tak cukup orang nak main carrom! kalau main carrom sorang-sorang, boleh, tapi macam orang gilalah! paling kurang kena ada dua orang untuk main carrom, baru cukup quorum! maksima, boleh main empat orang! seronok tau main carrom ni, sampai berbirat jari menjentik striker untuk masukkan buah sama ada putih atau hitam, hahaha! tapi kena masukkan merah dulu untuk confirm, tau!

quorum sangat penting dalam sesuatu kumpulan! kalau tak cukup quorum, sesuatu mesyuarat tak boleh dilangsungkan, sebab tak cukup kuasa pemutus! sama jugak kalau nak main carrom kenalah cukup quorum! korang tau tak apa carrom?! tak tau?! cari sendiri....

kalau main carrom empat orang paling seronok! sebab sambil main, boleh hisap rokok, makan koci bunga buang kulit sepah-sepah kat lantai, kutuk-kutuk member yang target buahnya tak masuk! paling syok, bila kita dah confirm, member belum lagi, memang naik angin bila kena kutuk! seronok! sambil main carrom, sambil cari forum! hehe! cari forum ni samalah macam mengumpat plus fitnah! cerita pasal kawan tu, kawan ni, kutuk-kutuk sikit, yang sorang tokok tambah! huh, memang best kalau cari forum sambil main carrom apatah lagi kalau cukup quorum! maka, akan bertambah rancaklah forum yang diperkatakan! kena pulak, member atau 'orang' yang korang kutuk tu korang tak suka! tak taulah sebab apa korang tak suka, jeles, menyampah, iri hati atau apa ajelah, huh, kalau cukup quorum main carrom, masa nilah paling best cari forum!

masa main carrom ni, kena ada sorang moderator untuk start satu topik kutuk dan menghina ni, huh, yang tiga-tiga tu jadi pak turut! ikat hidung, cucuk besi, tarik pakai tali, si moderator cakap sikit aje, katakanlah pasal ada satu mamat ni kononnya tak bagi kambing dia makan... huh, yang tiga-tiga pak turut ni tokok tambah, siap taruk sos, taruk kicap sikit, taruk lada, pheh... memang bertambah rancaklah jadinya forum tu! tak tau apa-apa cerita pun, tambah aja, asal cari forum semakin rancak masa main carrom.

macam-macam hal! hahaha! moderator yang cari forum masa main carrom ini sebenarnya lebih hina dari budak down sindrom! sebab, walaupun down sindrom, muka diorang comel, diorang ni mulus, bakal menghuni syurga! biar cacat, asalkan tak mengumpat! tapi, kalau cukup sifat, kerja mengumpat, menfitnah, kan ke lebih hina dari budak-budak down sindrom! (budak-budak down sindrom tak pernah hina, diorang anak-anak istimewa yang tulus mulus)

malangnya, ramai yang terlupa! bahawa, kadangkala, fitnah melampau yang dicipta dari cari forum masa main carrom itu boleh mengecilkan hati ramai insan yang tak berdosa! mungkin mak bapak, sedara-mara, kakak atau siapa sajalah! kalau benda betul, tak apalah jugak, kena kalau salah fakta, apatah lagi yang quorum-quorum yang main carrom dok perdebat tokok tambah petang tu semua fitnah, semua fakta salah, macam mana?

inilah sindrom yang berleluasa hari ini apabila ramai quorum yang main carrom suka cari forum yang berbentuk fitnah! kalaulah ada serum untuk mengubati mereka-mereka ini alangkah bagusnya! bukan apa, kesian diorang ni nanti kat padang masyar sana tu, dahlah telanjang bulat, junjung board nama (macam ejen pelancongan cari pelancong di airport) untuk cari orang-orang yang telah difitnahnya dalam cari forum masa main carrom dulu tu! kan kesian!

so, untuk yang baru mula bermain carrom, main ajelah carrom, kalau dah cukup quorum... jangan cari forum sebab ini satu sindrom najis yang tak ada serum untuk mengubatinya!

main carrom
cukup quorum
cari forum
jadi sindrom
takde serum
maka... berhati-hatilah....

Wednesday, August 11, 2010

imam muda....

telah mencetuskan fenomena sebuah realiti tv berbentuk islam sehingga diperkatakan di seluruh dunia! dan aku tak ketinggalan menonton malam kemuncak di mana imam muda asyraf dinobatkan sebagai imam muda terunggul. pertarungan sengit antara asyraf, 26 tahun dan hizbur yang baru saja mencecah usia 27 tahun itu telah melontarkan aku ke arah aib yang teramat sangat! mendengarkan mereka membaca surah-surah dari al-quran dengan lancar siap dengan tajwid buatkan aku rasa nak berlari telanjang keliling gombak! huh, terpukul rasanya....

kenapa?! ada satu peristiwa 35 tahun silam yang telah mengimbau dan menggamit jiwa aku selesai aje aku menonton siaran langsung imam muda di astro oasis....

aku tanya diri aku, pada usia aku suku abad dulu, sekitar 26 dan 27 tahun (sebaya umur mereka berdua tu), apa yang aku lakukan, dan setinggi mana pulak tahap keislaman aku?! aduh! garu dagu, pak! tak gatal pun garuk! malunya! malunya... jom kita lari bogel ramai-ramai pergi klcc, jom!!!

masa tulah aku galak melepak main bola, maghrib selalu lupa (pura-pura tak dengar azan), hafal doa qunut pun masa nak pergi kursus kawin bukan untuk dipraktikkan setiap subuh, dan... macam-macam alasan bangang lagilah! tanya diri korang sendiri, umur korang 25 tahun, surah mana yang korang hafal? al-falaq?! an-naas?! atau korang jawab al-ikhlas aje ek? surah yang pendek-pendek tu anak aku pun hafal! kenalah hafal surah yang panjang sikit! yasin? ar-rohman? atau an-nur, al-mulk? ha, hafal tak?! tak?! hmm! al-fatihah korang hafal? (ha yang ini saya hafal bang!) memanglah... fatihah tak hafal jangan jadi orang! adui mangkuk kau! surah al-lupa korang hafal, tak?! hahaha! malu, kan? aku ni naik tersipu-sipu ni!

semua ni salah aku sebab kalau tak aku pun dulu dah tahap macam imam muda tu jugak....

aku ingat masa umur aku enam tahun, aku belajar mengaji muqadam di rumah jiran aku di hujung lorong kenanga. sampailah aku kenal huruf alif, ba, ta... sampai ya. sampai aku tau kaitan antara satu huruf dengan huruf yang lainnya, pendek kata, bolehlah sikit-sikit baca al-quran! taulah jugak apa tu harakat, idgham, iqlab, qalqolah (bukan coca-cola ye) dan sebagainya!

seingat aku, masa aku darjah tiga, pergi sekolah aje, compare juz mana aku dah sampai! inilah kerja aku dan budak-budak sebaya!
'aku dak masuk juz sembilan!'
'eleh, aku dah juz sebelas pun tak bising!'
'hm, aku semalam baru mula quran pun dah masuk juz dua! kalau minggu depan mesti juz empat belas! seminggu tujuh hari, sehari dua juz... tujuh kali dua, ha, juz empat belaslah!'
dan, macam-macam komen yang selalu bikin panas dan membakar setiap jiwa kanak-kanak sebaya aku yang sering berlumba-lumba mahu cepat khatam juz tiga puluh! itu lumrah, zaman kanak-kanak aku dulu!

masa aku darjah empat, abang kepada nenek aku dari indonesia datang dan nenek aku suruh aku belajar mengaji dengan dia sebab kata nenek aku, datuk aku tu, tutup mata pun tau surah mana! pendek kata, hafallah kaedahnya! allahualam?!

okeylah! apa ada hal! belajar jelah! lagipun, masa tu aku dah masuk juzuk dua belas! dan, pada satu pagi, bermulalah aku berguru dengan datuk aku abang kepada nenek aku tu yang namanya seingat aku nenek aku panggil ongah khatib!

'tau baca?'
angguk! 'tau!'
'cuba baca!'
aku terus keluarkan quran dari beg....
'eh dah ambik air sembahyang ke belum ni?!'
garu kepala dan menggeleng!
'ambik air sembahyang dulu!'
hulamak, detail-nya orang tua ni! aku bergegas pergi ambik wuduk dan selesai terus segera capai quran untuk dipamerkan bacaan aku pada dia! ehem, ehem....

aku selak helaian quran dan capai duri landak sebagai penunjuk bacaan terus aku baca a'uzubillah, diikuti bismillah dan terus sambung bacaan terakhir aku dulu....

'baca dari mula!'
'dari mula?'
'dari fatihah, lepas tu terus baca surah al-baqaroh!'
's-surah apa?!'
'dari mula, dari alif, laaaam, miiiim....'
'ha?! baca dari mukasurat mula-mula?!'
'mukasurat mula-mula... fatihah, itu surah yang pertama, al-baqaroh tu surah yang nombor dua!' ongah katib angguk! 'ulang balik dari mula, atuk nak dengar!'
aduh! gila apa?! aku dah masuk juz dua belas dah ni, tengah lumba dengan kawan-kawan ni! ada ke kena start balik, bila aku nak khatam macam ni?! hilang akal ke apa orang tua ni?!

'ha, bacalah!'

huh, masa tu aku rasa macam nak blah aje! tapi, respect punya pasal, aku selak mukasurat yang awal dan terus baca fatihah sampai habis!

'fatihah hafal tak?!'
'mestilah hafal!'
'baca terus... mula dari alif, laaaam, miiiim....'

aku pun baca! satu demi satu. orang tua ni ingat aku tak tau baca ke apa?! cis! sampailah ayat kelima: 'ulaaaa ika 'alaa hudaammirrobbihim wa ulaaaa ika humul muflihuuun'
baru aku nak masuk ayat keenam ongah khatib memotong: 'baca balik dari alif, laaaam, miiiim!'

aku renung mata dia... dia senyum aje: 'ha, bacalah atuk cakap! ulang balik dari mula tadi tu!'

tak kisahlah, dia nak test tajwid aku ni, tak pun syok dengar aku ngaji la ni, sure sedap aku baca! hahaha! aku pun baca dan sampai ayat kelima dia suruh berhenti dan ulang baca! aku ikutkan ajelah! sampai aku berbuih mulut dan berpinar bijik mata sampai aku rasa aku baca pun dah tak payah tengok quran lagi! dah rasa macam nampak ayat-ayat tu tersusun depan mata! berpuluh-puluh kali ulang dan sepanjang sejam lebih aku baca tu, hanyalah lima ayat al-baqaroh saja yang diulang-ulang sampai aku baca selamba hujung lidah aje dah....

gilo!

last sekali, di pengakhiran bacaan aku, aku pun dah lembik, ongah khatib senyum! 'ha, dah hafal kan? tak payah tengok pun nampak ayat-ayat tu, kan?!'
'yelah dah datuk suruh baca tu aje, memanglah!'

ongah khatib senyum aje! 'kau tau tak apa yang kau baca tu?!'

'quranlah!'
'memanglah kau baca quran, tapi... maknanya kau tau, tak? kau faham tak apa yang kau baca? apa makna al-baqaroh tu?'

aku geleng! banyak pulak songeh orang tua ni!

'al-baqaroh tu maknanya sapi betina! tau sapi? sapi tu macam lembulah!'

ni mengata aku ni macam lembulah ni! lebehlah ni!

'quran ini petunjuk untuk orang yang bertakwa! yang beramal salih, yang mendirikan sembahyang, beriman pada allah, maka allah hadiahkan quran ini sebagai satu petunjuk kepada kita yang percayakan hari akhirat dan kitalah antara orang-orang yang beruntung kerana diberi petunjuk ini!'

aku terpegun!

'ha, kalau kau nak tau, itulah lebih kurang isi apa yang kau baca tadi tu?!' ongah khatib senyum. 'dah, besok kita sambung lagi!'

dua minggu berikutnya, tujuh puluh ayat dah aku baca (sehari lima ayat aje), dan aku ulang-ulang sampai hafal tak payah tengok quran! percaya ataupun tidak, aku bagaikan nampak ayat-ayat itu tersusun di depan mata! tapi, itu bukan matlamat aku! aku nak cepat khatam! member-member kat sekolah dah jauh tinggalkan aku! mana boleh ini macam! aku bukannya nak jadi uztaz! bukan nak jadi 'imam muda' pun! aku nak jadi pilot bila besar nanti....

satu pagi selepas habis mengaji aku bersuara: 'sampai bila nak khatam macam ni tuk?!'
ongah khatib senyum selamba: 'khatam tu tak ada ertinya kalau kau tak faham isi yang kau baca! eloklah macam yang sekarang ni, kau baca, kau hafal, kau tau makna isi quran ni!'

malam tu aku memberontak, mengadu kat nenek aku tak nak lagi belajar mengaji dengan 'abang' dia tu! sampai bila aku nak khatam kalau aku terus belajar cara macam tu?! itulah persoalan aku pada nenek aku tu!

akhirnya, aku pun berhenti belajar dengan ongah khatib! balik belajar dengan arwah nenek aku! datuk aku tu pun balik ke indonesia bila visanya habis tempoh! dan, aku pun akhirnya khatam quran dengan jayanya! kahkahkah!

tapi, selepas aku tengok siaran langsung imam muda dengan bini aku, terus aku mengimbau kisah silam 35 tahun dulu! nenek aku dan abangnya itu pun lama dah arwah! khatam quran memanglah aku khatam (siap buat majlis kenduri khatam quran panggil imam lagi)! tapi, hakikatnya aku nak share dengan korang, betapa aku tidak khatam sebenar-benarnya khatam! seperti yang ongah khatib pernah katakan! khatam quran adalah menghabiskan isi quran itu dengan takwa, faham isinya, faham apa yang allah sampaikan pada kita bukan sekadar baca dan habis 30 juzuk! apatah lagi macam aku (memanglah aku ni setan), korang nak tau apa yang aku buat? setiap kali aku selak helaian quran itu, aku lebihkan lima enam helai tanpa nenek aku perasan! sebab, aku nak cepat khatam!

hari ni, ramadhan hari pertama, aku insaf, kalaulah aku ikut apa yang ongah khatib ajarkan, aku pastinya dah hafiz quran (insya-allah). jiwa kanak-kanak mulus, senang nak menghafal quran apatah lagi allah akan beri mukjizatnya kalau aku benar-benar ikhlas! aku malu! ini rentetan peristiwa benar yang aku mahu kongsikan pada korang semua!

dan, program imam muda, telah membuka pekung diri aku ini sebenarnya! tapi, masih tak terlambat untuk aku khatam quran! hehe! malam ni ada tadarus! baca satu juzuk setiap malam dan menjelang syawal, khatamlah! hehe!

itu pun kalau aku tak selak lima enam helai sekali selak lagi! hihihi!

Tuesday, August 10, 2010

hati dahlah mulia, otak pula bergeliga....

...tak macam korang semua! hahaha! apa pun, rata-rata korang semua berhati mulia. semua kesiankan wanita tua yang uzur itu. cuma, tindakan korang itu kurang bijak, serta kurang bergeliga! kenapa pulak ek?!

tapi, sebelum teruskan baca entri ini, pastikan korang dah baca entri 'semulia mana hati korang?!' sebab ini adalah rentetan daripada pilihan terbijak antara tiga... sama ada mahu menumpangkan wanita tua yang uzur, teman lama yang pernah berjasa pada korang, ataupun... awek cun yang dah lama korang minati!

dah bersedia?! dah baca entri yang mula-mula tu?! betul ni? kahkahkah....

aku sendiri tak pernah terfikir, jalan bijak yang sepatutnya korang dan aku lakukan! tak taulah kalau korang menipu, pura-pura tau! tak aci tau! hahaha....

bagaimana untuk menjadi seorang yang mulia jiwa, di samping otak bergeliga?! cuba korang renungkan cadangan ini....

bila korang jenguk di tingkap, terlihat kawan lama yang bertahun-tahun tak jumpa, apatah lagi dia pernah tolong korang masa korang hampir nak kena belasah! mestilah korang akan tumpangkan dia, betul tak? tapi, bila nampak pulak wanita tua yang uzur, tak pulak sampai hati! hm, baiklah tumpangkan wanita tua tu! dan, bila ternampak pulak awek cun yang dah lama korang gilai, hm, mulalah hati berbelah bagi! kalau tumpangkan wanita tua tu nanti, member lama kecik hati, awek cun pulak terlepas lagi! kalau tumpangkan kawan lama, silap-silap mak cik tu mati, lagilah awek tu benci dengan sikap korang yang tak berpekerti?!

macam mana? rata-rata, semua pakat-pakat tumpangkan wanita tua tu, kan?!

cara yang bijak ialah, suruh member lama tu bawak wanita tua yang uzur itu ke hospital gunakan kereta korang, sementara korang borak-borak dengan awek cun tu sambil tunggu bas datang. dalam bas nanti, bolehlah berborak panjang dan offer awek tu hantar dia sampai ke kawasan perumahan demi menjamin keselamatannya kerana hari pun dah jauh malam. sambil menyelam minum air! korang dapat berkenalan dengan awek cun itu, wanita tua selamat di hantar ke rumah sakit, dan lepas itu, suruh member lama korang ambik korang di kawasan perumahan awek cun itu, dan sambung borak-borak kisah lama sambil pekena teh tarik....

hehehe....

Sunday, August 8, 2010

tengah siram apa tu, bro?!

macam-macam kerja siram-menyiram ni yang kita sebagai manusia sering lakukan! kalau siram pokok buah dan sayur, itu kerja manfaat! kita jugak nanti yang dapat hasilnya! hehehe!

ada gak manusia yang suka 'siram' manusia lain dengan 'pujian', ha, nak dapatkan sesuatu dari seseorang! kira macam ampu, atau bodek, rasuah, atau yang sejenis dengannyalah yang niat kalau dah 'siram' tu, nanti dapatlah imbuhan!

dan, macam aku, aku selalu siram bini aku... (hah mulalah ingat aku nak cakap pasal aksi khutbah 'malam' jumaat) taklah, siram dengan kasih sayang dan cinta! kehkehkeh! tak lupa jugak aku siramkan sekali air kat 'pasu kecik' bini aku tu, huhuhu! nak collect pahala sunat, bro!

hm, korang bila last sekali buat kerja siram-menyiram ni?! dan, siraman jenis apa yang korang lakukan?! remaja hari ni ramai yang siram bazir-bazir, buang-buang je benih! kaedah tangan pun boleh siram jugak, dan... pastinya lebih mulia dari siram 'rumput hitam' kat 'pasu kecik' tu, hm... macam-macam....

ramadhan dah nak datang, (musim kumpul pahala untuk cover dosa silam) tinggal berapa hari je lagi! lepas habis ramadhan, orang islam meraikan syawal.

dan, inilah yang aku nak ceritakan pada korang tentang apa yang aku lihat selama aku hidup dari zaman kanak-kanak sampai sekarang ni!

kat tempat aku, kat kawasan perkuburan taman ibu kota (tempat arwah nenek dan datuk belah mak aku disemadikan), setiap tiba syawal pertama, awal-awal pagi yang hening, berderet-deret orang jual bunga! siap bukak meja! alamak?! boleh gitu? macam pesta pulak aku tengok! sampaikan bini aku masa mula-mula kawin dengan aku dulu naik heran!

aku pun yang tak sempat beli bunga, terpaksalah beli bunga (harga agak mahal) untuk aku taburkan di pusara datuk dan nenek aku tu!

masa arwah abah aku meninggal dunia kira-kira empat lima tahun silam, dia selalu cakap, (semasa hidupnya) kalau nanti dia dah meninggal dunia, kubur buat biasa-biasa aje, janji ada tanda, tak payah buat dua tingkat, tak payah pagar, tak payah marmar yang mahal-mahal!

aku pernah singgah di kawasan perkuburan bukit kiara, huh, dah macam masuk kawasan perkuburan elit! kuburnya luas, marmar mahal, ada pagar, ada lanskap, memang cantik! dan, di kawasan perkuburan taman ibu kota pun, sekarang memang dah ada kubur-kubur mewah begini!

inilah lambang kasih sayang keluarga, anak bini, dan mungkin adik-beradik lainnya yang hidup pun dah senang! kalau kereta mewah boleh beli lima enam bijik, banglo empat lima tingkat, takkanlah kubur mak atau bapak tak boleh yang mahal-mahal, yang bertingkat-tingkat, ye tak?!

dan, pada pagi syawal yang kudus, berduyun-duyunlah ahli keluarga yang berpakaian indah (sebab lepas ni nak hadiri rumah terbuka menteri) datang menziarahi pusara ibunda ataupun ayahanda tercinta! masa nak masuk kubur tu, siap ada paveway, kena bukak pagar, cuma tak ada air terjun buatan dan kolam ikan kap aje lagi! (tak taulah sepuluh tahun akan datang kalau dah jadi trend)!

dan, bergilir-gilirlah anak-anak, menantu, cucu-cucu yang menyiramkan 'air wangi' berserta bunga-bungaan segar ke dada pusara yang cantik siap ada rumput karpet itu.

apa yang mak bapak korang kat dalam tu dapat? minum air wangi? makan bunga segar? burp... sendawa kekenyangan?

teringat pesan arwah abah (ini bapak tiri aku yang jaga aku macam anak kandung dia). dan, bapak kandung aku masih sihat, walaupun dah 74 tahun umur dia, dan aku selalu jenguk bapak kat beserah, kuantan! seronok sembang dengan bapak, cerita tentang kehidupan dan masa depan! okeylah, lain kali aku cerita pulak pasal bapak kandung aku ni, okey! pun 'best' gak kisah aku dengan bapak aku ni!

ops, mana aku berhenti tadi?! hm, pasal pesanan arwah abah! abah aku kata, bila kita mati, setiap hari khamis malam jumaat, kita ni dapat keluar dari liang lahad, bawak karung (macam santa claus), nak mintak bekalan! pada siapa? tentulah pada anak-anak yang salih, bini (kalau bini tak kawin lain) adik-beradik, kawan dan taulan, bisnes partner atau siapa ajelah!

bila dengar anak-anak, bini (atau bini-binis) bacakan yasin untuk disedekahkan pada kita, hm, maka lebarlah senyuman. nanti bila dah masuk pukul dua belas, bila hari jumaat dah muncul, bila masuk balik ke dalam liang lahad, hm... (untuk stok minggu ni) adalah sedikit 'bekalan' untuk perhitungan di padang masyar, kelak! penuhlah karung yang kita bawak tu! inilah yang boleh dikatakan saban minggu, setiap hari khamis malam jumaat, kita menunggu anak-anak, bini-binis hantarkan 'bekalan'!

tapi... masalahnya, ada ke anak-anak, bini-binis yang dulu dapat gelang sampai lengan, beg lv dan gucci, kereta sport bukak bumbung... hantarkan bekalan setiap hari khamis malam jumaat! dulu masa hidup pantang hari khamis malam jumaat, tak lupa kita bagi dia 'bekalan', betul tak?! tak acilah macam ni! bekalan dia, dia nak, bekalan untuk kita, buat-buat lupa la pulak!

anak-anak terutamanya, yang dah kaya-raya, yang kita hantar belajar sampai ke harvard, oxford, um, uitm, dan macam-macam jenis u... dah jadi jutawan, menteri, sudi ke diorang ni hantar 'bekalan' kat kita setiap hari khamis malam jumaat! yang pasti, diorang kat dunia tu, bagi 'bekalan' kat bini setiap hari khamis malam jumaat! adei! untuk bini tak lupa! maka, hampalah kita, kosonglah 'karung' kita tu, sedih dan longlai aje bila melangkah masuk ke dalam liang lahad kita tu! berdoa kat allah, agar minggu depan dibukakan hati anak-anak untuk hantarkan bekalan!

tapi, sampai bila? sampai diorang pulak mampos! dan, begitulah kitaran hidup kita ni sehinggalah ke hari akhirat, tatkala seruling sangkakala ditiupkan memusnahkan alam maya, dan kita bangkit dari kubur bertelanjang bulat!

eh, mana pulak pergi kain kapan aku ni?! patutnya ada, anak aku beli jenis lv ke gucci, tak ingat, tapi kain kapan ada jenama jugaklah! ha, mampos! kahkahkah! keluar aje dari kubur, mata silau, silap-silap cair sebab matahari rupa-rupanya betul-betul atas kepala....

masa nilah kita menggagau cari 'karung', mengira 'bekalan' yang ada, penuh ke, separuh penuh ke, tak ada langsung ke, hm, 'bekalan' dalam 'karung' korang tu ajelah yang sangat-sangat bernilai pada masa itu....

jadi, pendek kata fahamlah aku apa yang arwah abah aku nak! tak payahlah siram kubur dia setiap pagi syawal, tabur bunga-bunga segar, tak payahlah buat lanskap atau air terjun buatan dengan ikan kap kat kubur dia tu! tak payahlah asyik bagi 'bekalan' kat bini aje bila tiba hari khamis malam jumaat, spare sikit untuk 'bekalan' dia jugak! memadai dengan membaca yasin setiap hari khamis malam jumaat! jadilah 'anak-anak' yang salih! ingat jasa mak bapak membesarkan korang!

dan, selebihnya, pahala, amalan, sedekah jariah korang yang akan penuhkan karung masing-masing!

allahualam!

di manakah letaknya syurga?

tanya kat anak jantan aku dia pun tau! sure dia jawab ada kat atas langit sebab aku yang bagitau dia macam tu! tetapi, di mana sebenar letaknya syurga itu?

aku ada benda nak share dengan korang pasal lokasi syurga ini! semenjak aku muflis ni, dah jatuh tersungkur, hidup aku biasa-biasa ajer! ramai yang kutuk, ngumpat, caci... padan muka bankrap, suruh bagi telur makan kambing pasal tak bayar nafkah anak... dan macam-macam lagilah! ala biasa la tu! aku nak marah pun, bukannya diorang tu kenal aku, bukannya diorang tau pun kehidupan seharian aku ni macam mana? so, apa yang terbaik aku buat, baiklah aku tidur dari buat dosa! lama aku tidur, tak tulis apa-apa sebab idea aku turut muflis sama! novel baru dah dekat tiga tahun tak keluar! janji aje kat peminat konon ada yang baru! hampeh jer yang ada! hahaha!

baru-baru ni aku 'terjaga' dari 'tidur' yang panjang, berjinak-jinak buat blog giler yang merepek meraban ni! nak cuba asah balik skil-skil penulisan aku yang lama dah berkarat! kebetulan pulak, novel pertama aku yang 25 tahun dulu aku tulis, diangkat ke layar perak! alhamdulillah, allah letupkan filem lbs kat panggung, dan gahlah nama aku (semula) di serata suratkhabar dan tv (macamlah aku ni produser yang dapat duit juta-juta tu). sebelum ni 'gah' jugak kat akhbar, tapi pasal keanjingan aku yang tak bayar nafkah anak! adush! ada gak mamat budiman nama syd yang selalu pesan aku dalam blog dia suruh bagi makan telur aku ni kat kambing! kalau tuan syd baca blog ni, e-mail aku ye, nak pass telur aku ni kat dia sebab dia mungkin tau kambing mana yang nakkan telur aku ni! hihihi!

allah ni sayang aku agaknya, bagi jatuh (mungkin nak bagi aku ingat kat dia) lepas tu bangunkan aku sikit! lepas tu, bagi lagi dugaan! disebabkan nama aku gah di akhbar berkaitan filem lbs, ramai yang ingat aku ni dah kaya-raya! hahaha! masinlah mulut korang yang kata aku ni kaya-raya tu (mudah-mudahan jadi kenyataan, amin)! teringat beberapa tahun silam masa bini aku usahakan publisher yang terbitkan novel-novel 'lapuk' aku termasuklah lbs! alhamdulillah, tulang empat kerat bini aku itulah yang bertungkus lumus menaikkan nama roket kertas! semua usaha dia (itu pun ada yang pertikai kononnya dia tak layak sebab tak habiskan pengajiannya di uitm dan hanya anak kepada pemandu van kfc)! kan ke munafik tuduhan tu! sia-sia ajelah bini aku tu bingkaikan 'diploma pengajian perniagaan' yang diterimanya pada 21 jun 2001 dari 'uitm' kat dinding. berkat usaha, dia jalankan bisnes penerbitan novel dan dapatlah aku dan anak-anak tumpang rezeki dia! dulu, bila bini aku beranak, aku sediakan tempat istimewa, kelas satu untuk dia sebab keselesaan amat penting untuknya. samalah jugak bila anak-anak aku masuk hospital, semua aku pastikan masuk wad istimewa, bilik sorang!

dan, masa nilah allah duga lagi bini aku berserta aku dan anak-anak aku sekali! kawan baik (dah macam sedara dah pun), sama sekolah, sama asrama, sama-sama berkhatan, berkhatam, yang bini aku bagi kepercayaan uruskan pengedaran, dah kencing baik punya... sampailah bini aku terlungkup... seret kad kredit nak tampung hidup! allah maha besar! adalah yang dia nak bagitau aku dan bini aku, mungkin nak ajak kami berdua lebih dekat pada dia! thanks allah! love you!

korang tau tak, (masa ni bisnes bini aku dah tergolek dah) time aku kena masuk hospital (awal tahun 2009 dulu) sebab gout yang serang aku tahap 'cipan parah gaban' (tahap kesakitan gout tertinggi) sampai tak boleh berjalan, aku masuk hukm aje! malu?! ahadiat akashah penulis novel tersohor masuk hukm wad biasa 'ortopedik' yang katil terbuka dan penuh pesakit (semua lelaki, perempuan wad lain)! siap semua nurse, doktor, juga pesakit yang ada kat situ kenal aku! siap datang seorang anak muda yang kudung kedua belah kaki, berkerusi roda menjenguk kat katil aku yang terletak di hujung depan tandas berkata: 'abang ni... abang ahadiat penulis tu, kan?'
takkanlah aku nak kata tak sedangkan nama aku besar kat kepala katil! perlahan-lahan aku angguk dan senyum!
'saya ni dulu bang, masa belajar, cukup minat dengan novel-novel abang... sampai sekarang!'
air mata mulalah nak jatuh! ada gak orang yang hargai karya-karya 'sampah' aku ni ye?!
'kenapa kaki kau tu?' penuh simpati aku renung anak matanya yang tampak kental dan gagah walaupun kedua belah kaki tiada!
'masa saya cuti sem, beberapa tahun lepas... saya bawak motor, orang langgar... dulu dah potong sebelah!'
'o... lama dah kau accident?'
'lama dah... saya dah kerja pun... ni masuk wad ni pun....' telan liur dan merenung lantai! '...sebab potong yang lagi sebelah ni!'
terus aku renung kedua belah kaki aku yang bengkak semua jari, kepala lutut, buku lali... yang menyebabkan aku nak pijak lantai pun menjerit! at least aku ada lagi dua-dua kaki! walaupun aku sakit, gout teruk, jalan tak boleh, aku masih ada dua kaki! dua kaki ada lagi!!! bersyukur diat, bersyukur pada allah! alhamdulillah!

sebenarnya, doktor pakar kat hukm ni member baik aku geng harley. doktor faizi namanya! dia yang uruskan kemasukan aku ke sini di atas paksaan kawan-kawan yang prihatin; abang pen, lan ayam, cikgu... serta geng-geng lain yang datang lawat aku! mula-mula masuk dulu pun, aku dah bisik dah kat dr. faizi mintak bilik sorang, dia cakap buat masa ni penuh, nanti kalau ada kosong, dia alihkan! malu beb duduk open ward atas nama ahadiat akashah. jatuh standard!

malam pertama aku tinggal kat wad, bini aku tidur sebelah! jaga aku! bila aku nak kencing, bini aku tulah yang tadahkan plastik, aku siram kat situ aje (tak larat nak jalan pergi toilet, bro), basuh berak aku yang hitam bau 'alanala' punya busuk, suapkan aku makan dan layan kerenah aku yang mengada-ngada! nurse kata dia boleh cucikan taik, no hal, gila apa, telur aku (yang syd mintak untuk kambing tu) terus masuk ke dalam bila bayangkan nurse raba-raba bontot aku tu cuci taik! aku terus reject pelawaan murni itu! bini aku dah senyum simpul dah, lepas tugas cuci taik, tapi... bila aku reject terus mencuka sebab dia jugak yang nak kena basuhkan! kahkahkah! padan muka kau!

korang tau tak apa yang berlaku setiap malam kat wad ortopedik hukm? korang tau tak ortopedik tu apa?! kat sinilah terkumpulnya para pesakit yang mempunyai masalah tulang-temulang! yang accident kaki atau tangan hancur, yang kencing manis, yang terkehel, yang itu dan yang ini! kebanyakannya, adalah pesakit kencing manis yang nak kena potong kaki. malam pertama aku tak boleh tidur sebab aku dengar rintihan, jeritan, tangisan dan pelbagai kesayuan yang buatkan aku insaf untuk seketika! ramailah geng wad aku yang sebelumnya aku jumpa ada kaki, lepas tu tak ada kaki! kejap ada, kejap tak ada! muka diorang lepas kena potong kaki (aku telan liur keinsafan melihat kesayuan itu), huh, kau bayangkanlah bila kau nak jalan terus letak kaki lepas tu jalan, yang diorang dah kena potong tu nak letak apa? kepala? tangan?

aku bersyukur diletakkan dalam wad itu! bila hari keempat dr. faizi kata bilik sorang dah ada kosong, aku kata no! aku nak tinggal kat wad terbuka ni! tiga minggu aku dalam wad ortopedik hukm, dan ramailah insan-insan hamba allah yang dulu lahir cukup sifat dah tak ada kaki! nauzubillah! aku selalu renung kaki aku tu! kaki tulah dulu yang tak pijak masjid! lari mengaji! kaki tu jugaklah dulu yang bila pergi terawih, lari dengan kawan-kawan main bunga api, bila terawih nak habis pura-pura khusyuk sembahyang! kaki tulah yang kangkangkan orang masa main bola. kahkahkah! kaki tulah yang bawak aku ke sana, dan ke sini, juga tempat-tempat tak elok, aduh!

walaupun kau ni kaki... selalu bawak aku ke tempat-tempat yang tak berfaedah, aku tetap sayangkan kau kaki! sayang sangat! tak sanggup untuk aku berpisah! pada allah aku merayu, ya, allah, nauzubillah! biarlah aku mati cukup sifat sebagaimana aku dilahirkan! bersyukurlah kita, walaupun kita ni miskin, kita tak ada ferrari, tak ada rumah mewah, rumah tak siap, bumbung macam rumah hantu, tapi kita cukup sifat dan sihat! ada dua-dua kaki....

kau tau kenapa aku cerita pasal kaki? ngok! sebab di bawak telapak kakilah terletaknya syurga, bodoh! aku teringat macam mana dulu aku kecik-kecik selalu buatkan mak aku marah! padahal, kat bawak telapak kaki dialah letaknya syurga aku! dan, aku takkan sia-siakan bini aku (yang jaga aku masa sakit dan hiburkan aku dengan 'aksi' selepas khutbah 'malam' jumaat), apatah lagi untuk sakitkan hati dia, sebab, di bawah telapak kaki dialah, syurga untuk anak-anak aku! mak, maafkan aku ni, aku tak nak buat mak nangis lagi, walaupun tapak kaki mak tu kecik je untuk aku masuk, tapi, di situlah syurga aku! dan pada anak-anak, jangan sakitkan hati bini aku ni, kat bawah kaki mama ni... ada syurga korang! paham! sure adamboy bingung, dulu papa kata syurga kat atas langit?! hehe, apa aku nak jawab?!

kalau korang ada dosa dengan mak, curang dengan bini, cepat-cepat beristighfar, bawah kaki diorang tu ada syurga! jangan main-main!

dan, tak dapat aku bayangkan di dalam wad ortopedik wanita, pesakit wanita yang dipotong kakinya, mana pulak letaknya syurga untuk anak-anak mereka tu ye?!

Friday, August 6, 2010

semulia mana hati korang?!

ada ke semulia hati saidina abu bakar yang sanggup serahkan segala hartanya demi agama islam?! tak kut! hahaha! setakat derma pegang mock cheque besar-besar masuk suratkhabar, tak yah la!

aku nak kongsi satu kisah yang aku dapat dari e-mail beberapa tahun silam! member aku hantar pada satu pagi untuk menguji kemuliaan hati aku! memang menarik sangat artikel itu dan mungkin jugak korang pernah dapat e-mail yang sama! sampai aku menjadi pening nak pilih mana satu antara tiga....

kisahnya begini... (lebih kuranglah ek sebab aku ingat-ingat lupa)

bayangkan korang baru aje beli sebuah kereta baru, dan nak pindah masuk rumah baru, maka penuhlah bahagian tempat letak barang dan bahagian tempat duduk belakang kereta korang tu dengan beberapa barang yang korang nak sumbat kat rumah baru tu! ada pun ruang, hanya di tempat duduk sebelah pemandu, khas untuk seorang kawan korang tu duduk nanti! korang pun sedang dalam perjalanan untuk jemput seorang kawan yang nak tolong kemaskan rumah baru itu.

hari dah jauh malam, sekitar jam sebelas, hujan pulak tu turun dengan maha lebat sampai sukar nak tengok jalan. korang pun menuju ke sebuah perhentian bas tempat korang janji nak jemput kawan korang tu! tunggu punya tunggu tak jugak datang! call pun tak angkat! sure la korang dah kena kencing ni! dalam pada menunggu tu, korang ternampak ada tiga insan sedang duduk di perhentian bas itu menggigil kesejukan menunggu bas datang! yang dah lencun pun! jam dah sebelas lebih, dan tak tentu ada lagi ke bas yang akan datang?!

bila korang jenguk aje kat bus stand tu, berderau darah sebab lelaki yang sedang menggigil tu rupa-rupanya kawan lama korang kat sekolah rendah dulu yang bertahun-tahun tak jumpa! apatah lagi, dia jugalah yang pernah tolong korang dulu masa ada budak nak belasah! sampaikan korang rasa macam berhutang nyawa kat dia! sebelah kawan lama korang tu, menggigil pulak seorang wanita tua (terbayangkan mak korang kat rumah) yang kelihatan uzur dan separuh mati. yang perlu dihantar ke rumah sakit sebab keadaannya kelihatan sungguh lemah! manakala, di sebelah wanita tua itu, duduk seorang gadis jelita (dah lama korang jatuh hati kat dia ni) yang sering korang terserempak tapi tak berani nak tegur. kalau nak berkenalan, inilah masanya, apatah lagi kalau dapat tumpangkan dia! hm, sure ada chance jadi awek spesel!

masalahnya, siapa yang akan korang tumpangkan kerana hanya sorang aje yang boleh masuk? kawan lama korang yang pernah berjasa itu ke, wanita tua yang perlukan bantuan ke, atau korang sanggup terlepas awek cun yang sekian lama korang idamkan?

hehehe! semulia mana hati korang ek?! post pandangan korang kat bawah ni untuk sama-sama kita nilai kemuliaan hati korang tu....

Thursday, August 5, 2010

khutbah 'malam' jumaat....

...ni memang tak sama langsung dengan khutbah jumaat! khutbah jumaat imam masjid yang sampaikan, didengar ribuan makmum. tapi, khutbah 'malam' jumaat aku sendiri yang sampaikan dan makmum aku... hehe... ada sorang je. bini aku!

aku kalau part hari khamis malam jumaat ni, rasa syok lain macam la pulak! tak sabar nak tunggu malam datang! bolehlah tambah pahala sikit, kihkihkih! anak-anak aku pun dah faham! yang jantan umur enam tahun tu, kadang-kadang aku lupa dia yang bagitau. 'pa, hari ni khamis, kan... malam ni... malam sunat!' diorang semua dah faham, malam ni aku selalu bagitau diorang jangan kacau! anak-anak aku ni dari semenjak lahir sampailah la ni, memang tidur dengan kami laki-bini! adamboy dari lahir tidur kat tengah-tengah aku dengan bini! cis! yang anak jantan aku tu, kalau selalu aku dah mengidam, kena tunggu dia nyenyak dulu, barulah pelan-pelan aku usung masuk katil sebelah kat kakak-kakak diorang! punyalah thrill! jadi, bila dah besar sikit ni, aku bagitau dia, hari khamis, malam, jangan kacau papa dengan mama, malam tu malam sunat, nak kena baca yasin! hehe! yasin tu hanya penyedap rasa aje! selebihnya, nak kejar pahala sunat laki-bini tu yang utama! so, pahamlah anak jantan aku tu, kalau datang hari khamis aje, malam jumaat, itu malam untuk aku dengan bini aku beramal! kahkahkah! aku bagitau dia, kalau baca yasin nanti boleh masuk syurga! dalam syurga, apa nak boleh dapat! kelip mata aje, apa yang kita mintak sampai! anak aku punya percaya, beriya-iya nak habiskan iqraq sebab nak baca yasin sebab dia cakap nanti kalau masuk syurga dia nak mintak kereta kontrol banyak-banyak! aku cakap memang bolehlah! dia bagitau aku semua nama kereta-kereta idamannya yang dia cadang nak mintak sambil kelip mata bila dalam syurga nanti! dan aku tambah lagi, memang tak ada masalah! kelip mata aje, kereta tu pun sampai! kahkahkah!

hm, lari topik dah ni! sebenarnya aku nak nak bagitau korang apa isi khutbah 'malam' jumaat aku baru-baru ni! itu pun lepas aku baca satu berita sedih mengenai kemalangan yang meragut nyawa! seorang ibu yang kehilangan anak remajanya telah berkata: 'saya reda, anak saya tu pun bukan milik saya, dia hanya dipinjamkan allah pada saya! bila tiba masa allah nak ambik, dia ambiklah, itu hak dia!'

terus aku senyum lebar! cantik idea ni! aku pun ceritalah kat bini aku pada satu 'malam' jumaat yang indah! aku cakap, kita ni semua adalah pinjaman! aku pun bagitaulah kat bini aku tu: 'walaupun saya ini laki awak, tapi saya bukan hak awak, awak pinjam aje saya ni dari allah!'

dah jadi biul bini aku tu aku tengok! terkebil-kebil! bulu roma dah naik, stimlah tu, tunggu aku 'on' aje, tapi aku tak usik dia pun macam biasa tapi bagi pulak khutbah!

'kita ni semua hanya dipinjamkan allah! semua kita ni hak allah! matahari, bulan, bintang, buah-buahan yang sedap tu, semua allah pinjamkan pada kita! dan, kita semua ini saling pinjam dipinjamkan!'

bini aku terkedu! separuh stim, separuh bingung!

'allah bagi matahari, bulan, satu aje untuk kita semua satu dunia ni pinjam, kongsi ramai-ramai! dan, saya ni, allah pinjamkan pada awak, dan untuk tiga lagi gadis-gadis bertuah!'

'apa?!' bulat mata bini aku tu bila aku cakap macam tu!

'betullah! saya ni boleh dipinjamkan pada empat perempuan! awak dah pinjam, tinggal tiga lagi perempuan yang berhak untuk pinjam saya ni! saya ini kan hak allah, allah dah cakap, lelaki boleh dipinjamkan pada empat wanita, tapi wanita boleh meminjamkan dirinya hanya pada satu lelaki! eh, bukan saya yang cakap tau, allah!'

'hm, allah cakap macam tu, ye?!'

'yelah! betullah, kan?'

bini aku angguk, faham, akur dan tiada pilihan!

'awak tak bolehlah kata saya ni hak awak sorang, sebab, saya ni masih boleh dipinjamkan pada tiga gadis lagi!'

'hm, tiga 'gadis' lagi!' bini aku angguk-angguk!

'betul?!"

'betullah tu!'

malam tu aku belasah bini aku dengan penuh senang hati! spesel punya stroke! hahaha!

besok ada chance la aku ronda-ronda kat sekolah-sekolah menengah, atau ipta serta ipts untuk cari prospek! mana tau ada gadis-gadis yang nak pinjam aku ni! hihihi! bini aku pun dah faham! bila jumpa prospek yang sesuai nanti, sure bini aku tu tak boleh cakap banyak, sebab dia tahu, lelaki boleh dipinjamkan pada empat perempuan! yes! aku senyum tom cruise macam selalu!

seronoknya kalau bini dah faham apa isi khutbah 'malam' jumaat yang aku baru aje sampaikan tu! dan, kalau ada rezeki nanti senanglah kerja aku untuk dapatkan sain dia untuk 'borang' tu! huhuhu!

satu hari yang hening, aku dengan bini aku sedang minum petang! sambil aku kunyah kerepek ubi pedas kegemaran aku yang lazat tak terhingga! bini aku terus bukak topik pasal pinjam meminjam ni!

'awak, saya akur bahawa kadang-kadang, kita ni tamak! saya bertuah sebab dianugerahkan allah apa yang ada pada saya, banyak kelebihannya! tapi, berapa ramai lagi wanita yang tak ada apa yang saya miliki!'

aku senyum! kembang dalam hati!

'awak ingat tak mak cik jual kerepek yang kita beli awak cakap kerepek pedas dia tu sedap?!'

'huh! memang power! kalau awak tau resepi kerepek dia tu, huh, best!'

'tadi saya jumpa dia, beli lagi kerepek favourite awak tu, tanyalah pasal dia! dia bagitau saya dia tu ibu tunggal anak enam. terpaksa jual kerepek sebab nak sara anak! hm, apa kata kalau saya 'pinjam'kan awak kat dia! nanti... lagi dua, saya carilah yang sewaktu macam dia jugak! wanita macam tu perlukan pembelaan, kalau tak wanita macam saya yang bela, siapa lagi! awak setuju tak?'

air liur kat tekak aku ni tak tahu mana hilangnya! kering-kontang aku rasa! terbayang wajah mak cik jual kerepek tu! rasanya, sepuluh tahun tua dari aku! gila apa?! nampak sangatlah aku ni tak ikhlas! konon sahut sunah rasulullah! pi rah! aku mula menggigil!

'awak nak tak? kalau nak, saya jumpa mak cik tu petang ni!'

aku senyum tom cruise tapi aku tau dah jadi macam senyum tom & jerry! 'awak, saya ni cakap aje, saya bukannya nak kawin pun, saya sayangkan awak! saya ni memang lelaki tamak, walaupun boleh pinjamkan pada tiga lagi wanita, tapi demi cinta, saya tak nak! saya nak awak sorang aje pinjam saya ni! saya hanya untuk awak!'

'eh, betul ke ni? awak jangan main-main! nasib saya belum bagitau mak cik tu lagi!'

'eh jangan! jangan! awak jangan buat hal! saya ni bini sorang pun payah nak jaga, nak tambah lagi! hisy! jangan! saya tak nak berbagi kasih!'

'awak nak tambah kerepek tu lagi tak?!'

'kerepek okeylah!' aku angguk sebab dalam piring kerepek tu dah licin aku sebat!

bini aku bingkas! 'hm, kenalah beli lagi kerepek favourite awak tu! kalau tak, kalau dia jadi bini awak, bolehlah suruh dia ajarkan rahsia resepi kerepeknya yang sedap ni!'

aku ternganga! cis, aku yang terkena bahana khutbah 'malam' jumaat aku tu! huhuhu!

hakikatnya, ada ke jantan-jantan macho yang di luar sana tu sanggup 'pinjam'kan dirinya di atas nama sunah rasulullah, membela nasib wanita yang teraniaya, terutamanya ibu-ibu tunggal? tepuk dada tanya selera! hahaha!

kenalah aku beli lagi kerepek ubi pedas ni....