There was an error in this gadget

Friday, October 15, 2010

yang... tolong cabutkan....

…taik pusat saya!’

‘hisy, awak ni merepek betul la!’ aku ketawa, teringatkan bini aku kali terakhir cabutkan taik pusat aku kira-kira tiga tahun lepas! bukan senang tau! sepanjang aku kawin dengan bini aku ni, sepuluh tahun dah, diam tak diam, satu dekad usia perkahwinan aku, baru sekali bini aku tu cabutkan taik pusat aku! yang ini adalah kali kedua….

apasal korang gelak-gelak? hm, ada yang cakap yak ye? amboi, hieyee la konon! uwek nak muntah la! ha? sape suruh baca kalau korang geli! geli konon! kahkahkah! aku tau, benda-benda giler ni memalukan (konon) tapi, aku tau korang pun selalu buat 'bebenda' misteri ni sorang-sorang, time orang tak ada kan? jangan tipu ek, tipu dosa tau!

sebenarnya, aku nak bagitau korang, persepsi tentang cinta! cinta ni kalau korang nak tau, ianya melampaui batasan fikiran, sampai tak lagi rasa ‘malu’ timbul antara korang dengan pasangan korang, maka inilah tanda-tandanya cinta korang itu suci dan murni! hehe! kira cinta tahap dewa! atau dalam bahasa yang lebih lembut, cinta tahap baboon!

kenapa pulak camtu? oi, ada gak yang bersuara! korang nak tau kenapa?

aku renungkan kehidupan aku, dulu dan sekarang! masa aku kecik, remaja, kemudian dewasa, sekarang ni aku dah kawin dan sedang membesarkan anak-anak! pernah korang malu dengan mak korang? Pernah ke! kalau kecik-kecik dulu bila bisul tumbuh kat bontot, dengan siapa yang korang mengadu, korang tunjukkan bisul korang yang warna ungu tu? hm, bila menjalar kudis buta kat kaki, dah mula bernanah, kat siapa yang kau tunjukkan kudis korang yang cantik tu? aku tunjukkan kat mak akulah! jenuhlah mak aku bersihkan kudis aku yang dah bernanah, kalau tak mak aku siapa lagi yang sanggup?! aku rasa, korang pun sama, kan?!

hm, mak korang jugak la yang kena layan kerenah-kerenah korang tu, kan? rasanya jarang korang tunjukkan bisul celah ketiak korang kat bapak korang, kan? ada tu memang ada, tapi jarang-jarang! ada sikit perasaan malu kalau dengan bapak ni bila nak tunjukkan benda-benda cantik macam tu. mak korang jugak yang kena hadap! ada pernah mak korang merungut? tak kan?! ada pulak korang rasa malu untuk tunjukkan rahsia peribadi korang tu? tak pulak, kan?! inilah buktinya, bila kasih sayang, cinta suci terpupuk antara dua insan, rasa malu tak wujud lagi! kalau korang nak tau, cinta mak kepada anak tak ada batasnya!

sekarang korang dah mula nampak apa point aku?!

okey, aku luaskan lagi persepsi cinta dengan perasaan malu ni! apa kaitannya?! ada korang malu bila terkentut depan bini? makin korang kuatkan lagi garau kentut korang tu adalah, kan? kalau boleh masa tulah korang teran dan lepaskan sekuat yang boleh! lagi garau, lagi korang happy! betul? masa tu muka bini korang berkerut, dan terus dia merungut.

‘hisy tak senonohlah you ni!’ apa korang buat bila bini korang merungut macam tu?! korang bukannya malu, lagi korang gelak, adalah, kan?! betul? tapi, cubalah korang kentut kuat-kuat depan bos pompuan korang! atau, kat restoran yang sebelah meja korang duduk empat awek-awek cun! ada berani? sure tak punyer! kalau korang gangster kaki pukul pun tak berani kentut kuat-kuat dalam restoran! kahkahkah! malu, kan?! sebab tulah aku bagitau korang, inilah tandanya cinta suci telah tersemai antara korang dengan bini korang tu! bila perasaan malu tak lagi wujud antara korang berdua! faham?!

ha, jangan nak uwek bila mula jer dengar aku suruh bini aku tolong cabutkan taik pusat! hehe! nak cerita pasal taik pusat ni! bukan senang nak dapat kenikmatan macam ni ye? taik pusat hanya akan terbentuk dalam lubang pusat bertahun-tahun setelah daki padat dan mampat dalam lubang kecik pusat korang tu! kalau time bujang dulu, jenuhlah nak keluarkan! habislah jarum, paku, pencungkil, angkup, penyepit atau apa aje alat-alat yang digunakan untuk keluarkannya! punyalah payah bila buat sorang-sorang! dan, bila taik pusat dicabut keluar, stimnya, huh, payah nak cakap! adakala tersepit isi pusat sendiri, sakitnya mak oi, sure korang menjerit!

so, janganlah korang rasa geli atau geleman sebab semua benda-benda ni korang akan lakukan sendirian betul tak? dan korang akan malu kalau buat depan orang lain! (kecuali bini) hehe! tipu dosa tau!

ini tabiat semulajadi manusia normal macam aku, korang dan semua sedara-mara korang, termasuklah mak bapak (tak caya cuba korang tanya bapak korang), bini dan sekalian sahabat handai korang! (masing-masing ada habit meloyakan yang tersendiri) so, jangan nak rasa geli! takkanlah korang tak pernah korek hidung sembunyi-sembunyi, gentel sampai bulat, bila member tak perasan aja cepat-cepat korang lekatkan kat bawah meja ruang tamu rumah member korang tu! atau korang lekatkan kat dinding pejabat bila member ofis tak nampak! atau lekatkan kat mana aje yang korang suka sebab bila berjaya melekatkannya, itu adalah satu kenikmatan dan kepuasan! haha! betul tak?! ada kan? hehe! yang pompuan pun tak terkecuali ye! jangan nak cover line wahai orang pompuan! tu belum lagi korang cabut bulu ketiak, bulu ‘tuuuut’ korang tu, korek dubur bila gatal dan pelbagai kerja-kerja mengorek yang lainnya! siap hidu pulak tu, ada bacin ke tak! hahaha! sure korang pernah buat kerja ni kan… (yang korang sendiri tau) masa mengorek tu kalau laki ada sebelah ada korang malu? tak pulak, kan? inilah yang aku nak bagitau, bila dah tak ada perasaan malu dalam bilik tidur, (apatah lagi buat benda-benda yang menggelikan dan memalukan depan pasangan masing-masing) ini ertinya cinta telah bersemi begitu utuh antara korang berdua! nampak tak? paham dah sekarang apa yang aku nak sampaikan?

jadi janganlah menguek sebelum habis baca tesis aku ni, ye korang-korang semua! ada tak masa korang bercinta dulu korang berani buat benda-benda macam tu? tak ada kan?! masing-masing cover line! malulah kalau pasangan tau tabiat buruk korang yang meloyakan tu! padahal masa tu taik hidung dah separuh masak, inilah time paling sedap untuk dikorek dan digentel sebelum dilekatkan ke dinding, terpaksa tahan aje, kan?! hakhakhak!

bukan setakat tu aje, nak bagitau yang korang nak berak pun korang malu! ada yang sanggup tahan sampai balik rumah! kahkahkah! tapi sekarang aku rasa, berak pun tak tutup pintu tandas, selamba aje berak dan semakin suka kalau pasangan masing-masing masuk dan masa tu kuapan dari lubang jamban menerobos keluar! bila bini merungut taik korang busuk melantung korang ketawa kuat-kuat! yang bini pun sama, (pendam perasaan) sengaja tunggu laki ada rumah, hm, masa tu baru berak sebab nak balas dendam semalam! kihkihkih!

tapi, tak perlulah korang semua malu dan segan! kan aku dah cakap tadi, ini habit normal manusia! baik angelina jolie ke, megan fox ke, jennifer aniston ke, brat pit, tom cruise, tak kiralah siapa pun, semua pernah buat kerja macam ni! korang je yang tak tau dan tak pernah tengok! korang ingat perangai angelina jolie tu senonoh ke bila berdua dalam bilik dengan brad pit? silap-silap diorang main kentut-kentut, mana korang tau! kuarghkahkah!

so, kalau perasaan malu dah tak ada antara korang dan pasangan, itulah tandanya cinta!!! kan best camtu! sekarang clear tak apa yang aku nak sampaikan!

‘cepatlah yang, saya tengok kepala dia dah keluar dah ni, dah masak dah ni!’

‘hisy awak ni!’

‘cepatlah, takkanlah saya nak buat sendiri nanti karang tersepit kulit!’

‘hm, awak ni kan, tak boleh tengok saya senang!’ kahkahkah! dalam merungut tu, bini aku ambik jugak peralatan korek-mengorek dan aku mula baring, santai, sementara bini aku dengan penuh tabah melakukan operasi pencabutan taik pusat! taulah aku, yang bini aku tu betul-betul cintakan aku!

‘hm… dah....' mencebik! 'hie, yak!’ setelah taik pusat berjaya dicabut keluar, bini aku lekatkan di dada aku, sambil aku capai dengan jari lalu aku gentel sehingga bulat, dan terus menghidu….

‘pengotor!’ bini aku sekadar menggeleng, bingkas dan berlalu ke dalam bilik air…. kahkahkah, walaupun begitu, itulah tandanya kami saling mencintai apabila tak lagi ada perasaan malu menjadi benteng atau batas perlakuan sebenar diri masing-masing.

kepada korang semua, (terutama yang baru kawin tu) janganlah malu-malu... please reveal your true colour…. kerana itulah sebenarnya bukti seraut cinta sejati....

ps/ tapi janganlah sampai suruh bini cucikan bontot lepas korang berak, tu melampaulah tu....

Tuesday, October 12, 2010

talkin kepada bayi-bayi yang bakal lahir....

...khas untuk semua para bayi yang akan meninggalkan alam perut ibu untuk disemadikan di dunia fana yang serba indah....

ya bayi-bayi comel semua....

tiap-tiap yang lahir akan merasa nikmat dunia. tiap-tiap bayi akan menjadi dewasa dan menikmati keindahan alam ciptaan allah. sesungguhnya di dunia nanti akan diberikan balasan kaya atau miskin, dan akan berbahagialah bagi bayi-bayi yang besarnya nanti hidup kaya raya, menerima pula gelaran kebesaran dan dipandang tinggi masyarakat. ketika ini, azab neraka adalah palsu belaka bagi mereka yang dikaburi rasukan setan.

ya bayi-bayi comel semua....

kamu sedang berada di sempadan dunia dan menuju ke alam kanak-kanak. membesarlah kamu sehingga dewasa dan mendapat kehidupan yang gemilang. sudah terputus tali pusat kamu yang memberikan kamu makanan dari perut ibu kamu. sudah terlepas segala kemungkinan kamu akan mati sewaktu dilahirkan, dan kamu akan membesar memburu harta kekayaan, pangkat, darjat, gelaran, kebesaran dan kedudukan yang akan kamu banggakan di dunia ini.

sesungguhnya sudah terpisah segala kebersihan dosa kamu sebagai seorang bayi kerana apabila kamu menemui akal baligh, segala perbuatan kamu akan dihitung. semoga kamu dilimpahi tiga perkara untuk kamu bawa bertemu allah nanti apabila tibanya mati iaitu sedekah jariah yang kamu berikan seikhlas hati semata-mata kerana allah, ilmu manfaat yang kamu amalkan di dunia dan anak-anak salih mendoakan bagi kamu.

ya bayi-bayi comel semua....

kami akan tinggalkan kamu di dunia serba indah ini. setelah tangisan kamu bergema kali pertama, akan datang dua manusia iaitu ibu dan bapa kamu. janganlah kamu takut serta gentar kerana mereka akan membimbing kamu ke jalan allah dan mereka juga makhluk allah seperti kamu yang telah melahirkan kamu ke dunia ini. pelajarilah kehidupan ini dengan lancar, dari meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari sehingga kamu tahu bercakap, mengeja, mengira dan mengenal apa itu dosa serta pahala.

nanti akan ada setan yang turut sama membimbing kamu selain daripada kedua ibu bapa kamu. dan, jangan sesekali kamu terpengaruh dengan ajaran setan-setan ini yang akan membawa kamu ke duniawi yang serba indah lagi mengasyikkan. mereka akan menyesatkan kamu dengan soalan-soalan yang mengalpakan.

siapakah tuhan kamu?
siapakah nabi kamu?
apakah agama kamu?
ke manakah kiblat dan penghadapan kamu?
apakah ikutan kamu?
dan, siapakah saudara-saudara kamu?

jangan sesekali kamu mengikut jawapan yang setan-setan ini berikan.

duit yang semua manusia sembah adalah 'tuhan' kami!
iblis dan setan adalah 'nabi' kami.
zina, arak, rasuah dan segala kemungkaran 'agama' kami.
duniawi yang disogok yahudi dan amerika 'kiblat' dan 'penghadapan' kami.
saham, kekayaan, bon, buku bank dan segala keindahan duniawi 'ikutan' kami.
semua manusia yang berkompromi dalam memberi rasuah, menerima sogokan, under table dan apa saja cara haram demi dapat memberikan ganjaran dan kekayaan adalah 'saudara-saudara' kami.

ya bayi-bayi comel semua....

jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kamu sewaktu dilahirkan ke dunia ini iaitu lafaz dua kalimah syahadat. para setan akan sedaya upaya menyesatkan dan membuatkan kamu lupa dan tidak lagi percaya bahawa....

mati itu benar,
soal mungkar nangkir itu juga benar,
azab dan nikmat kubur itu benar,
semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat benar,
dan, akan diberikan balasan syurga atau neraka itu juga benar....

andai kamu lakukan perkara yang dilarang allah semasa hidup di dunia ini nanti, kamu akan menerima azab semasa tiba hari kematian kamu....

seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi, jika kamu berdosa ular sijatul aqraq akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu.

nikmat kubur pula... diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, diapit bumi umpama kamu di dalam pelukan ibu yang kini sedang mendakap kamu dengan penuh kasih dan sayang....

maka tinggallah kamu di dunia yang fana ini sehingga tiba hari kematian kamu kelak, di mana satu lagi 'talkin' akan dibacakan ketika jasad kamu disemadikan di liang lahad, dengan itu, berhati-hatilah semasa hayat kamu di dunia dan patuhilah segala perintah allah dan tinggalkan segala larangan-nya.

kami serahkan kamu kepada kedua ibu bapa kamu, agar dibimbingnya kamu ke arah kebaikan, dan kamu sebagai bayi kecil yang akan menjadi dewasa nanti, berhati-hatilah dengan helah dunia yang penuh dengan rasukan dan pujukan iblis dan setan yang hanya mahu menyesatkan kamu agar bertambah penghuni neraka. kamu cubalah untuk menghindari nafsu serta tarikan dunia yang indah tetapi maha menyesatkan.

ya bayi-bayi comel semua....

mudah-mudahan diberikan kamu pedoman dan petunjuk agar tidak sesat di dunia fana ini dan menjadi manusia munafik yang hanya bertuhankan duit dan kekayaan sehingga menyesatkan kamu dan lupa akan hari akhirat serta hari perhitungan yang akan menentukan syurga atau neraka yang bakal kamu huni sebagai balasan....

eh ada ke korang dengar talkin ni dibacakan masa korang nak dilahirkan dulu? semasa korang nak tinggalkan perut mak korang untuk bersemadi di dunia macam sekarang ni?

entah ek?! merepek betullah aku ni, hihihi....

Monday, October 11, 2010

selamat sore bapak-bapak semua....

'selamat sore!' bergema dewan ballroom yang menempatkan kesemua bapak-bapak eksklusif yang terdiri daripada bapak-bapak pemenang anugerah dari pelbagai bidang yang masing-masing kelihatan segak dan bergaya dengan stail tersendiri.
'pihak majlis mengucapkan tahniah kepada bapak-bapak semua, yang begitu cemerlang dan terserlah ketokohan bapak-bapak di dalam bidang masing-masing! dan, dipersilakan bapak-bapak semua untuk beramah mesra dengan semua tokoh-tokoh yang hadir pada malam bersejarah dan prestij ini di samping ditemuramah para pemberita dari seluruh pelosok tanah air yang pastinya teruja dan mahu berkongsi pengalaman hebat bapak-bapak semua! dipersilakan....'

maka, berkeliaranlah para pemberita dan jurugambar, memburu, bertanya itu ini dan menemuramah setiap tokoh-tokoh hebat itu....

di satu sudut berdiri seorang 'bapak ayam', yang telah banyak membantu gadis-gadis serta para wanita mendapatkan rezeki! dengan menghargai tubuh badan juga rupa mereka yang menawan, dia juga telah berjaya menyelesaikan nafsu para lelaki dengan memastikan kepuasan daripada betina-betina yang dijual dan dijagainya itu. ratusan, mungkin ribuan jantan-jantan telah dipuaskan nafsu mereka daripada wanita-wanita yang dijaga dan dididiknya sehingga lupa anak bini dan ada yang sampai bercerai berai! dan, tepatlah gelaran itu untuk lelaki hebat seperti dia itu.

di satu sudut lain seorang lagi tokoh sedang ditemuramah....
'aku jaga dari tapak kaki dia sebesar dua jari, bila besar, dah cun, dah cantik, takkan aku nak bagi lelaki lain rasa! gila! baik aku yang ratah dulu!' serius si 'bapak haruan' menjelaskan kepada para pemberita mengenai dirinya yang ditanya kenapa sanggup memperkosa anak kandungnya sendiri. pemberita mengangguk-angguk, seolah-olah bersetuju, benar juga seperti kata lelaki itu.
'tapi sampai lima orang sekali?!'
'dah lima-lima anak gadis aku tu cun-cun belaka, takkan aku nak tinggalkan salah seorang, tak adillah aku sebagai bapak namanya tu! kenalah aku ratah semua, rasa semua, hm, memang lazat kalau dah bakanya datang dari aku!' senyum bangga si 'bapak haruan' yang telah memperkosa kelima-lima anak gadisnya semenjak usia mereka belasan tahun dulu lagi.

temuramah berlangsung di satu lagi sudut lain....
'abang ni macho, hensem, tapi kenapa tak cari pompuan-pompuan cun, rasanya kalau setakat pompuan lawa anytime leleh tengok abang!'
'jiwa! semua ni jiwa! dah aku tak ada jiwa, macam mana? aku tengok kau ni menarik! sesuai kalau aku jadikan teman! dah jiwa aku ke situ, kau mana boleh paksa aku untuk suka pompuan! bagi aku, lelaki macam kau ni menarik!' tersengih. 'er, kau ni jenis straight ke, serong?'
'er, s-saya s-straight bang....' agak gusar salah seorang pemberita lelaki yang agak cute itu ketika menjawab soalan si 'bapak ikan' itu.
'hm, hampeh! aku ni cukup suka bela budak-budak lelaki yang cute-mute, buat makanan!' ketawa besar si 'bapak ikan' yang dulunya banyak membela anak-anak ikan untuk dijadikan ratahan malamnya....

lelaki-lelaki yang ramai dalam dewan ini adalah tokoh-tokoh lelaki yang terpilih di antara yang terhebat di dalam bidang masing-masing, untuk mereka dianugerahkan dengan gelaran 'bapak'. bukan mudah untuk mendapat gelaran sebegini! malah, lebih tinggi nilainya daripada gelaran 'datuk' atau 'tan sri' ataupun 'tun' yang bersepah-sepah. gelaran 'bapak' hanya dianugerahkan untuk seorang lelaki yang benar-benar hebat di dalam bidang masing-masing! kerana itu, lelaki-lelaki yang terpilih ini adalah mereka yang benar-benar tokoh di dalam bidang masing-masing. kalau boleh diumpamakan, sama juga sebagaimana tunku abdul rahman yang digelar 'bapak kemerdekaan malaysia'! kan ke tinggi gelaran itu, kerana ianya hanya ada satu tokoh yang tidak ada duanya! jadi, mereka kena benar-benar hebat dan berkualiti untuk menyandang gelaran 'bapak' itu!

maka, bapak-bapak yang ramai itu pun berlegaran dengan wajah bangga di sekitar dewan ballroom sambil beramah mesra dengan para bapak tokoh yang lainnya serta ditemuramah para pemberita dari seluruh pelosok tanahair. wajah bangga seorang tokoh terpamer jelas di antara puluhan bapak-bapak penerima anugerah itu.

di satu sudut, seorang lelaki yang berkot hitam, berseluar slacks hitam, bersongkok hitam, wajahnya jernih tak henti-henti ditemuramah para pemberita dengan cahaya flash kamera bertalu-talu merakamkan gambarnya. seorang demi seorang pemberita menemuramah bapak itu yang kelihatan tenang wajahnya, namun begitu bersungguh-sungguh memberi penerangan tentang anugerah 'bapak' yang diterimanya itu. dia kelihatan seperti seorang yang terpelajar lagi terhormat, apatah lagi dari raut wajahnya yang jernih, pastinya datang dari keluarga orang ternama.

'bapak kelihatan tidak ada tokoh untuk menerima anugerah ini kerana bapak kelihatan seperti orang baik-baik!'
lelaki berkot hitam itu senyum, lebar dan tenang, sambil membetulkan songkok hitamnya yang mula senget.
'boleh bapak jelaskan bagaimana bapak mampu menerima anugerah paling berprestij ini dengan penampilan bapak yang sebegini?!'
'kenapa? saya tak ada tokoh di kaca mata kamu semua?!'
semua pemberita serta jurugambar yang ada mengelilinginya serentak menggeleng!
'ya, saya faham....' senyum simpul. 'hanya kerana saya seorang peguam?!'
'bukan begitu, ada jugak peguam yang sepatutnya membela orang, membela nasib orang tapi bunuh orang, bakar orang, buang orang!'
lelaki berkot hitam itu ketawa. 'oh, jangan samakan saya macam dia... ye!'
'tapi, tuan nampak baik!'
lelaki berkot hitam itu senyum sementara tawanya yang tadi terhenti. 'saya faham, kebanyakan peguam memang setan! tapi, saya lagi setan antara mereka yang setan, walaupun saya nampak baik begini!'
'tuan lepaskan pengedar dadah dunia ke?!'
dia menggeleng!
'tuan songlap duit pelanggan berjuta ringgit ke?!'
dia ketawa. 'hm, songlap duit pelanggan tak cukup setan!'
'tak cukup setan?!'
'tak cukup!' dia menggeleng lagi!
'jadi, apakah yang tuan lakukan sehingga tuan berjaya dianugerahkan sebagai 'bapak setan'?'
dia senyum. 'saya menghancurkan institusi kekeluargaan, merenggangkan kasih sayang bapak dan anak!'
'ha?! itu saja? itu taklah setan mana pun! banyak lagi peguam yang setan, meraih duit berjuta, bunuh orang....!'
'itulah yang diperdebatkan para juri, dan mereka memilih saya sebab kesetanan saya yang secara halus nampak macam tak setan tapi sangat setan!'
semua pemberita dan jurugambar ternganga, terpinga-pinga.
'baiklah, saya jelaskan dan kamu semua cuba renungkan, layak atau tidak saya menerima anugerah 'bapak setan' ini!'
semua mereka diam dan merenung tajam ke wajah lelaki berkot hitam dan bersongkok hitam itu.
'saya mewakili anak guam saya seorang ibu tunggal yang memberitahu saya bekas suaminya tak beri nafkah anak! dan, anak guam saya mahu menaikkan bayaran bulanan hampir tiga kali ganda dari jumlah asal walaupun bekas suaminya itu tak lagi mampu membayar jumlah nafkah yang diperintahkan mahkamah akibat kejatuhan perniagaannya....'
'eh itu memang patutlah, kalau saya jadi tuan bukan tiga kali ganda saya naikkan, sepuluh kali ganda pun tak peduli, bapak apa macam tu kalau tak bayar nafkah anak, jenguk pun belum tentu lagi kalau macam tu!' seorang pemberita wanita, bertubuh gempal begitu emosi....
lelaki berkot hitam itu senyum! 'ha! di sinilah kesetanan saya yang dinilai para juri!'
semua terdiam!
'setelah perbicaraan berlangsung, ternyata anak guam saya hanya mereka-reka cerita sedangkan yang sebenarnya, bekas suaminya itu seorang bapak yang bertanggungjawab terhadap anaknya! setiap hari menjemput anaknya itu untuk dihantar ke sekolah, menyediakan makan minum, menjaganya di sepanjang cuti penggal persekolahan, walaupun dalam keadaan dia susah... dan saya juga maklum tentang hal itu! kerana sewaktu anak itu dipanggil dan disoal di mahkamah, anak itu sendiri mengaku dia selesa dengan bapaknya, malah diberi layanan kasih sayang yang cukup, dan dijaga dengan penuh tanggungjawab sepanjang perceraian bapak dan ibunya itu. kalau tidak, tak mungkin anak itu begitu rapat dan menyayangi bapaknya! di sini cukup jelas, bahawa bapaknya adalah seorang yang bertanggungjawab! kalau tidak, mana mungkin seorang anak mahu mendampingi bapaknya setiap hari! saya sepatutnya, sebagai seorang islam, apatah lagi saya sendiri seorang bapak kepada anak-anak saya, saya patut nasihatkan anak guam saya agar bersetuju dengan permohonan ubah perintah bekas suaminya itu! apatah lagi yang dituntut itu sebenarnya bukanlah nafkah anak, tetapi wang tambahan peribadi anak guam saya itu kerana selain bekas suaminya itu menyara anaknya, bekas suaminya itu ada memberi anak guam saya itu duit poket bulanan! yang sebenarnya tertunggak bukan nafkah, tetapi duit poket itu yang sebenarnya bukanlah satu kewajipan untuk bekas suami membayarnya! tetapi, anak guam saya berbohong di mahkamah dan mengatakan bekas suaminya tak bayar nafkah sedangkan yang tak dibayar hanyalah duit poket tambahannya itu saja! lagipun, itu hanya ikhsan bekas suaminya saja yang begitu baik hatinya! saya sepatutnya nasihatkan anak guam saya itu berdasarkan undang-undang islam, berdasarkan kemanusiaan, juga kebenaran, tapi, tidak, sebaliknya, saya sarankan agar nafkah dinaikkan tiga kali ganda, saya nasihatkan juga anak guam saya berbohong di mahkamah, saya ciptakan beberapa keterangan palsu yang boleh menjatuhkan maruah bekas suaminya itu dan biar bekas suaminya itu dipandang hina. semuanya saya lakukan tanpa memikirkan betapa dengan cara itu saya telah menghancurkan institusi keluarga, merenggangkan kasih sayang bapak dan anak, mengaib dan menjatuhkan maruah... dan yang penting... semua yang saya lakukan ini demi kemenangan anak guam saya walaupun saya tahu, anak guam saya itu penipu! sedangkan saya sendiri tahu, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh! tapi, ada saya peduli....'
tepukan bergemuruh, semua yang mendengar penjelasan itu bersetuju, dia memang layak menerima anugerah itu. dan, masing-masing beredar, puas hati kerana anugerah 'bapak setan' telah diberikan kepada tokoh yang tepat!

semua bersetuju, anugerah itu tak lagi perlu dipertikaikan....

dia memang betul-betul setan... walaupun terlindung di sebalik penampilannya yang baik-baik....