Tuesday, August 9, 2011

kau keluar sekarang, kalau tak....

...korang tau tak, kita ni semua paling suka 'keluar'.  keluar gi mana pulak ni?!  dalam pengamatan aku tentang sikap manusia, 'keluar' adalah paling aku, korang dan semua manusia suka.

korang tanyalah bapak korang, (kalau ada beranilah)  best tak masa air mani dia nak 'keluar'?!  ops!
tak payah tulah, tengah korang naik kereta, perut memulas-mulas, nasib baik ada petrol pump, bukak toilet kosong, dapat pulak jamban duduk, sambil bukak seluar, perut menolak-nolak, dan bila taik korang tu 'keluar', amacam best tak?
bayangkan time air kencing korang tu memancut 'keluar'.
tanya budak remaja, best tak 'keluar' pergi clubbing?
tanya nenek korang, best tak bila angin 'keluar' dari dubur?
jerawat dipicit 'keluar' dari pipi?
taik hidung separuh masak berjaya di'keluar'kan dari lubangnya?
'keluar' dari penjara selepas ditahan sepuluh tahun sebab merompak?
keluarga korang 'keluar' dari kepompong kemiskinan selama puluhan tahun?
korang 'keluar' dari universiti dengan keputusan cemerlang?
akhirnya dapat 'keluar' rumah lepas bapak korang tahan sebab malam minggu lepas balik lewat sampai empat pagi?
korang berjaya di'keluar'kan dari lubang yang dalam dan berlumpur selepas terjatuh sebab khayal sangat sms awek?
tak ingat masa korang 'keluar' dari perut mak korang, sampai menangis kegembiraan sebab dapat tengok dunia indah ciptaan allah ini?
bila susu tetek mak korang 'keluar' waktu korang sedut kehausan?
bila peluru yang tertusuk kat dada korang berjaya doktor 'keluar'kan dengan selamatnya?
nasib baik bomba cepat 'keluar'kan korang dari dalam kereta yang remuk terlanggar tiang lampu isyarat sebab pandu laju dalam keadaan mabuk balik dari disko?
senyap-senyap 'keluar'kan duit majikan tanpa pengetahuannya sebab korang ni pakar it dan tahu nak jailbreak sistem?
kereta mewah korang di'keluar'kan dari tempat cuci kereta untuk diserahkan kepada korang untuk dibawak balik?

dan, macam-macam jenis 'keluar' lagi yang korang sendiri selalu alami yang tak ada ruang untuk aku tulis kat sini, faham?!

dan, ada jugak di antara kita (aku harap bukan koranglah) yang dah pun 'keluar' islam peluk agama lain!

sukanya dia ye...?!

aku spray kau, siap...

...malam hujan lebat tak ingat, dan aku pulak terjaga di tengah malam.  nyamuk punyalah macam lahanat, berdesing kat telinga buat aku sakit jiwa.  patutlah ada pepatah yang tertulis:  marahkan nyamuk, kelambu dibakar.  kalau aku ni ada sakti, nyamuk serangga pertama aku hapuskan dari dunia ini.  padan muka kau, lahanat.

terus mata tak boleh lelap.  bini aku kat sebelah, baik punya dengkur, ada irama la pulak.  aku cucuk hidung dia, dia tepis, mata pejam, meracau-racau, tak sedarlah tu.  aku ketawa sendirian.  cucuk telinga pulak, meracau entah apa, mata masih pejam, dan aku gelakkan dia lagi.

boring!  pejam mata lagi, tak jugak nak lelap.  cilakak, ini semua nyamuk punya pasal.  tak sedar, aku mengerekot macam udang kena bakar.  baru aku terperasan yang aku kesejukan tak ingat.  matikan air-cond namun kesejukan masih menggila.  aku peluk tubuh bini aku yang suam, terasa masih dingin.

lalu, aku terfikir?!  terbayang?!  sesuatu yang amat mengerikan.  yang aku, dan korang semua tak dapat nak elakkan.  huh!  naik bulu roma aku ni, bro.  siyes punya cerita ni.  bukan main-main.  aku bayangkan jauh-jauh, dalam-dalam, habis-habis!  aku telek wajah bini aku, tahan tapak tangan di depan hidungnya, dan aku rasakan kehangatan hembusan nafasnya.  kemudian, aku tahankan pulak tapak tangan aku kat hidung sendiri, juga, aku dapat rasakan kehangatan nafas aku sendiri.

terbayang kaku wajah arwah abah, arwah adikku; hatasura, juga arwah nenekku, arwah dua orang sepupu bini aku yang telah mendahului aku untuk kembali bertemu allah.  aku telan liur, yang aku rasa macam telan pasir.  satu demi satu wajah-wajah lain yang pernah aku ziarahi jenazah mereka dulu hadir silih berganti.

tak ada lagi nafas suam yang keluar dari lubang hidung.  tak lagi hangat sebagaimana tubuh bini aku yang baru aje aku rasakan dan sedang aku rasakan sewaktu aku bayangkan mereka-mereka yang telah kaku itu.  dan, terus aku tertanya, terbayang, apa yang sebenarnya berlaku sewaktu mereka di ambang maut?  sakit ke?  biasa-biasa aje ke?  atau macam nak tidur aje rasanya bila mati tu?  namun, aku difahamkan, kesakitan putus nyawa adalah raja kesakitan yang tidak terperinya sakit?  macam mana agaknya tu ek?  sedangkan aku yang kena gout pun aku perlukan pain killer untuk terus tak meraung, inikan pula raja kesakitan hadir bila tiba saatnya nanti.  tak ada ke pain killer untuk menahan sakit tu?  bangang betul soalan aku ni.  kalau ada budak kecik yang tanya depan aku soalan macam tu, memang makan penampar la jawabnya.  mana ada, bodoh!

kalau tak ada pain killer, bermakna, bila tiba saat aku akan berpisah nyawa, aku tau aku akan merasa seksa kesakitan yang maha perit!  apa yang aku bayangkan, macam mana sakitnya gout tu, kalau biasa-biasa aku jerit sampai jiran dua rumah boleh dengar, dan kalau sakit cabut nyawa pulak, kali ni aku rasa sampai klcc pun orang boleh dengar jeritan aku dari rumah mak aku kat gombak setia, batu 6, gombak.  macam tulah lebih kurangnya, ye?!  sakit bro, sakit!

aku bayangkan pulak bila dah mampos, bila mata dan pejam (ada sesetengah mata tak boleh tutup pun), bila aku dah kaku tak boleh gerak (tak sure pun sama ada kita boleh tengok persekitaran lagi ke tak masa tu), macam mana aku diperlakukan sebagaimana yang biasa aku tengok bila jenazah diuruskan.  mandi, kafan, sembahyang, dan dihantar ke kubur.

selebihnya, aku sendiri tak dapat nak bayangkan sebab aku belum pun mampos lagi.  apa yang aku tau, aku takut mati.  sebab, pahala tak cukup banyak terkumpul sebagaimana dosa yang aku dah taburkan.

ya, allah, panjangkanlah umur aku untuk aku cover balik segala dosa, kesalahan, atau apa jua kelekaan, kelancangan mulut, tingkah laku yang buruk dan apa saja yang dah aku buat tak elok agar aku manfaatkan hidup aku ini lebih bermakna!

'adui... babi pukimak punya nyamuk sial... haram jadah... hidup lagi kau....'

ops!  sorry!  siap kau  nyamuk kau punya pasal mulut aku lantang lagi!  sorry semua and good night!  jangan lupa sahur!

mana pulak aku letak spray nyamuk ni?!

'yang!  yang!  spray nyamuk mana?!'




Thursday, August 4, 2011

lagi cerita malam jumaat...

...banyak bro, kalau selagi manusia hidup, laki-bini, islam, kisah malam jumaat ini takkan habis sampai bila-bila.  ada aje kisahnya... yang manis, pahit, mual dan sebagainya.

malam jumaat bagi laki-bini memang dinantikan.  sebab, dapat pahala.  malam lain tu pun okey jugak, tapi biasa-biasa aje.  sebab tulah kebiasaannya malam jumaat, pasangan rumahtangga 'agak' keletihan, namun wajah ceria sebab malam jumaat malam yang indah.  hanya yang tak indah bila kena bangun subuh mandi wajib dan rambut jadi basah. 

tapi, apa-apa hal pun, malam jumaat tu sebelum ber-o-ot tu, kenalah baca yasin dulu untuk disedekahkan kepada yang tersayang yang telah lebih dulu kembali dipanggil ilahi.  takkanlah nak terus yang sedap aje, kan?!. 

macam mana dengan korang yang belum nikah, ek?!  haha, padan muka.  tulah, bila allah suruh nikah, korang kawin.  kawin dapat dosa kalau buat malam jumaat, tapi nikah dapat pahala, tu yang syoknya.  bukan aku tak tau, yang tak nikah pun ramai celebrate malam jumaat ni, tul tak?!

tapi bro, mak bapak tak bagi kawin sebab masih belajar lagi.  atuk-nenek cakap kitorang ni pucuk muda baru setahun jagung, tak sesuai nikah sebab banyak lagi nak kena belajar tentang dunia dan asam ragam rumahtangga.  tengoklah berapa banyak kes perceraian berlaku?  inilah masalah yang melanda dunia yang tak ramai perasan.  undang-undang di malaysia tak membenarkan gadis bawah umur 16 tahun untuk bernikah sedangkan usia begini diorang dah baligh, dah ada nafsu.  macam mana?!  part yang paling best bila otai bertaraf datuk-datuk dan nenek-nenek paling meluat dan paling vokal dengan gaya hidup remaja yang berpeleseran hari ini.  yang gemar bersekedudukan.  dah jadi trend dah pun.  kadang-kadang tu aku berbulu jugak tengok otai-otai ni yang tak cermin diri diorang.  bukanlah nak menyebelahi remaja, tetapi perubahan zaman tidak memihak kepada remaja hari ini.  so, sorry pada korang yang kini masih remaja. 

pernah tak korang terfikir (terutamanya kepada datuk dan nenek) betapa sebenarnya otai-otai ni (dulu) lagi teruk dari remaja.  diorang dulu umur belasan tahun dah nikah.  ada yang umur 12 tahun ada anak dua.  dah baligh terus nikah padahal baru tiga kali dapat haid.  zaman dulu, itu perkara biasa.  kadang-kadang tu mak bapak diorang yang acukan anak masing-masing untuk kawin.  sedangkan, hari ini, gadis remaja usia 13 tahun masih pikul beg sarat yang berat untuk pergi sekolah.

amacam?!  korang lupa ke?  korang buat-buat lupa apa?!  dan, di zaman serba canggih ini, internet yang bebas menayangkan aksi lucah, para remaja yang bersetubuh rakam aksi dalam handphone, gejala seks yang berleluasa, tapi undang-undang tak benarkan mereka bernikah.  janggal kalau ada remaja zaman ini bernikah kalau masih bersekolah menengah.  bayangkan, baru form one, dah nikah, dah pregnant dan dengan perut buyung pergi sekolah.  meja hujung pulak, sambil catat nota susukan baby usia lima bulan.  dalam kelas itu saja dah lapan gadis berumahtangga.  kalaulah ini terjadi, pastinya satu malaya akan rasa pelik.  budak tingkatan tiga dah ada tiga anak dan sedang mengandung anak keempat.

pelik kalau senario ini terjadi, kan?!

tapi lagi pelik aku rasakan, bila aku bayangkan zaman sebelum merdeka dulu sekitar tahun 40-an, senario ini adalah biasa dan kalau ada gadis yang umur dah cecah 20 tahun tapi tak nikah, mereka akan dicemuh.  bayangkan betapa hina diri seorang gadis usia 20 tahun pada zaman itu yang masih tak ada suami?

rata-rata gadis pada zaman itu dah rasa nikmat malam jumaat ketika remaja hari ini sibuk bangun pagi untuk pergi ke sekolah....

renungkan....

dulu, kini dan mungkin...

...selama-lamanya?!
mungkin iya, mungkin tidak!

apa yang dari dulu masih kekal ada sampai sekarang?  cermin mata misalannya.  Sejak dari dulu, masih kekal sehingga hari ini.  kalau dulu cermin mata dipegang tangkainya seperti pegang payung dan diacukan pada mata, kini disangkutkan ke telinga dan terus kekal sehingga kini.  walaupun kanta lengkap telah menguasai dunia, namun cermin mata terus bersaing.  malah, cermin mata terus menjadi trend. adakah ia akan kekal selama-lamanya?
mungkin iya, mungkin tidak!

apa lagi kalau korang tau?!  basikal?!  ia tetap ada walaupun pelbagai kenderaan canggih dicipta.  namun, kayuhan itu masih lagi berkayuh.  masih kekal sehingga hari ini.  sampai bila?!  allahualam!  

payung?!  turut kekal sehingga kini walaupun pelbagai pakaian terkini dicipta termasuk rain coat yang canggih, namun payung masih terus kekal sehingga kini.  cuma, yang kurang, payung kertas cina yang memayungi pusara, sudah jarang kelihatan.  akan berkekalan payung selama-lamanya?!  entahlah?!

buku?  walaupun kini ada i-pad, playbook, apa saja kecanggihan yang berbentuk elektronik, namun buku masih tetap menjadi pilihan pembaca.  akan kekalkah buku selama-lamanya?

dalam kecanggihan dan kepesatan teknologi, masih kekal lagi beberapa benda yang digunakan dari dulu sehingga kini sebagaiman contoh yang di atas.  namun, sebagaimana batu giling, yang kini hampir pupus tak lagi digunakan dan telah digantikan dengan blender, berapa banyak lagi benda yang akan pupus ditelan masa?

begitu juga diri kita ini.  lihatlah pada kulit, atau kedutan wajah, atau tenaga yang korang miliki dulu dan sekarang.  adakah korang masih kuat seperti 20 tahun silam?

tanyakan pada diri korang, siapa insan yang paling korang sayang?  mak, bapak, adik-beradik?  atau teman atau taulan?  atau juga mungkin bini atau laki korang juga anak-anak?!  dan, akan kekalkah mereka dengan korang dari dulu, kini dan selama-lamanya?

kalau jawapannya tidak, berikan saat yang terindah selagi korang ada bersama mereka agar nanti bila antara korang atau yang disayang harus pergi dulu, memori indah menjadi kenangan abadi.

atau korang akan menyesal kerana yang tersayang sudah tiada lagi....

Tuesday, August 2, 2011

banyakkan sales...

...di bulan ramadan ini. atau kata lain, banyakkanlah bersedekah....

macam mana kalau tak mampu?! aku sendiri nak makan pun miss, macam mana nak bersedekah?! itulah yang mungkin berlegar di kepala ramai kita, yang tak semua berkemampuan disebabkan banyak hal yang korang sendiri aje yang tau.

aku baru je balik hantar anak-anak aku pergi mengaji. sementara tunggu diorang habis ngaji, aku pun singgah kat pasar ramadan di wangsa melawati untuk beli air tebu yang bini aku pesan dan sedikit kuih-muih. masuk aje diorang dalam kereta, angin terus naik. aku tengok muka anak perempuan aku yang nombor dua macam lepat basi. kusam semacam.

'kenapa muka kau ni?!'
'thirah letih sangat!'
'sebab tulah allah suruh kau puasa, nak bagi kau rasa macam mana orang susah, orang miskin yang tak ada benda nak makan! nak bagi kau insaf! faham?!'
'thirah tadi ngaji dua page aje pa! dia bagitau ustazah dia tak larat. letih!' adamboy tambah cili la pulak.
'selalu baca berapa page?!'
'tiga!' si kaduk pulak menyampuk! (kaduk aka anisah ni anak pompuan aku yang ketiga)
'kau baca berapa page!?' tajam anak mata aku merenung si kaduk melalui cermin belakang kereta.
'tiga!'
'kau adam?'
'tiga!'
'kenapa kau baca dua aje thirah?!'
'thirah letih! ngantuk!'
'pelik kau ni, orang bulan puasa nilah nak beribadat banyak-banyak! nak baca quran banyak-banyak! pahala berlipat ganda. kalau biasa dapat satu markah pahala, bulan puasa biasanya berganda-ganda. patutnya, kalau biasa baca tiga page, bulan puasa mintaklah kat ustazah baca tujuh lapan page. bila page kau berganda, pahala lagilah berganda-ganda-ganda!'
semua diam kelu tengok aku naik angin.
'tulah sebab korang ni semua tak pernah rasa susah! cuba korang lahir kat rumah setinggan, atap zink, panas nak mampos, mak bapak orang susah, makan kena catu, baru korang tau! tak pernah rasa syukur! baru puasa setengah hari dah macam nak pengsan! itu belum tak makan lima enam hari!'

air-cond proton saga yang tak sejuk sebab cuaca di luar panas tak hengat semakin menghangatkan hati aku yang menggelegak. (bak kata bini aku, kurang 20 markah puasa aku)

hm, balik cerita pasal sales tadi, bukan susah pun kalau korang ada niat nak bersedekah. tak mampu, sedekah yang korang mampu. macam aku ni, kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, sedekah benda lain yang boleh gembirakan sesama insan.

paling dekat korang nak sedekah, tak usah pandang jauh-jauh, tu... bini korang tu. kalau ada laki, laki korang tu. sedekahkan sesuatu yang boleh gembirakan bini, atau laki. aku kalau part-part macam ni memang selalu berkorban! biar aku susah asal bini gembira. macam lilin, itulah aku kalau boleh diibaratkan. hanya aku harap, bini aku hargai sales yang aku saban malam bagi.

er, mintak mahap banyak-banyak ye, bawah umur, cukup baca sampai kat sini aje! ada unsur 18sx. dan yang dah baligh, dah kawin, baca lepas azan maghrib, takut nanti terbatal la pulak posa korang tu, hahaha!

walaupun susah, bila malam dingin tu, sering aku buat sales. kalau bukan time sales pun, aku memang selalu buat jualan murah. kadang-kadang, bila bini aku mula nak lelap, aku hisap tetek. (hello aku dah nikah okey, hisap itu sah di sisi undang-undang, lagipun, bini aku ni ladang yang boleh aku usahakan bila-bila aku suka!)

nampak tak?! inikan sedekah namanya?! korang ingat sedap ke rasa tetek bini aku dan bini-bini korang tu? bukannya semanis strawberi! payau. adakala kalau tak cuci pahit sikit, kan?! kalau berpeluh, masam, tul tak?! nak-nak kalau tak mandi bila lepas masak, mulalah rasa belacan, ikan masin, kicap, macam-macam lagi rasa yang sewaktu dengannya. tapi, aku, korang, sanggup korbankan nikmat, asal bini korang dapat kenikmatannya. menggeliat-geliatlah bini-bini kita semua ye, bila kena hisap. sedap tak terkata, hanya boleh merintih, tapi yang aku, korang dan jantan-jantan semelaya semua dapat apa, letih lidah menjilat aje, tul tak?! bukan kita rasa sedap pun. bini-bini aku dan korang bukannya tau! kan?! ha! ini pun sedekah jugak ye! kalau bulan puasa, kita sedekahkan kenikmatan kat bini, dan bini senyum panjang meleret, maka bergandalah markah kita ye!

itu belum lagi sedekah air manisan, walaupun payau, rasanya manis di ingatan! hehe! kalau orang pompuan baca ni sambil tersipu-sipu, betullah apa yang aku cakapkan ni!

kalau part kita, bukan senang nak pujuk diorang suruh buat. macam-macam alasan, itulah, inilah, loyalah, yaklah, hieyalah, tul tak warga jantan semua?! kita jugak yang beralah, yang sering bersedekah. tapi, kalau bini-bini yang faham tu turut sama bersedekah, aduhai mak oi, nikmatnya tak usah nak cakap.

jadi, pendek cerita, bersedekahlah apa yang korang mampu! macam aku cakap tadi, kalau tak mampu sedekah wang ringgit, malam ni sedekah kat bini korang aje. kalau malam jumaat, lagi afdal korang bersedekah. sedekahkan lebih sikit. macam aku, bukan malam jumaat aje aku sedekah lebih, malam biasa pun kalau ada masa, memang aku sukarela bersedekah, suka buat sales, sampai bini aku sendiri menolak. sampai dia tak tahan asyik sales aje!

'dahlah tu yang, janganlah banyak sangat bersedekah, saya tak tahan dah ni!'

hahahahaha!

dalam hati aku sempat berbisik: 'kalau tak tahan, awak carikan saya sorang lagi, saya ada banyak lagi nak sedekah ni, dah awak tak tahan, dari membazir, baik saya sedekahkan pada pompuan lain yang memerlukan!'

apsal korang ketawa? amboi sukanya! korang tak pernah bersedekah kat bini ke? kalau kat pompuan lain, bukan main banyak korang bersedekah, boleh pulak?! apa pun, sedekahkan yang manis-manis, indah-indah, geli-geli... biar kurang wang ringgit, sedekah kat bini mau power!!!

Monday, August 1, 2011

dia datang... dengan lenggang-lengguknya...

...dia datang... dengan penuh syahdunya...

dia datang!

siapa yang datang? apa yang kau merepek ni labu?!

bila datang aje ramadan, maka berduyun-duyunlah sms, ingatan, khutbah, renungan, kata-kata hikmah dan sebagainya. dah macam 'pesta kata-kata'. tinggal tak hantar kad pengganti diri aje (al-maklumlah, handphone dah canggih, hantar pakai sms, bbm, mms dan pelbagai cara maya yang lainnya. maka, jadilah satu budaya baru dalam masyarakat islam melayu di negara aku dan korang bila tiba bulan puasa ni ye.

dulu, masa budak-budak bila datang bulan puasa, jadi benci. apa taknya, perut lapar, nak makan tak boleh. terpaksa makan curi-curi. puasa yang-yang-yok, pagi-pagi bukak periuk. bila dah remaja, ingat lagi masa kat plaza sungei wang dengan member-member beli mc d, masuk tandas, makan dalam tu ditemani kehancingan dengan selamba. bukan peduli pun walau ada bau-bauan serta belacan asli yang terselepet kat tepi toilet bowl sebab barua babi hutan yang berak sebelum ni tak reti nak pam. tak reti nak flush dengan bersih. tapi, apa ada hal?! makan tetap makan, bukan terjejas selera pun, peduli apa belacan asli, peduli apa bulan puasa?! bulan yang puasa, bukannya aku dan geng-geng aku yang puasa. (siap pass-pass chilly sauce lagi lalu atas dinding sebab masing-masing kunci diri dalam toilet. (kalau sekarang nilah suruh aku makan dalam toilet awam, mampus tak lalu)

sampailah umur aku nak masuk dewasa, part puasa ni aku suruh bulan aje yang puasa. (adei mak, memang kena salailah aku kat padang masyar, kelak!)

satu pagi tu, (kira-kira 21 tahun silam) hari pertama ramadan (macam hari ni), aku bekerja di c**b (g**a-g**a) dan aku dengan geng-geng lama aku selalunya berbuka puasa selepas subuh. masuk aje ofis, ada runner pergi beli roti canai banjir mamak punya dengan kuah dal yang panas berasap. kalau korang nak tau, roti canai pada bulan puasa rasanya berganda lebih sedap dari hari biasa. (tak caya cubalah korang try esok!)

kat tepi tangga ofis, tingkat empat untuk naik ke stor adalah tempat paling afdal kami berbuka dan cahaya samar-samar yang suram menambahkan lagi selera naik. suasana suram itu ala-ala time maghrib di senja yang rembang pada pandangan mata aku dan geng sehati sejiwa. dan, sepanjang bulan ramadan tahun itu, kami dah pun beraya sakan tanpa menunggu kedatangan bulan syawal.

samalah jugak pada tahun berikutnya. aku, pagi-pagi lagi dah masuk ofis terus cari mat-*, teman karib secucuk setanam aku yang kalau aku tak azan, dia yang akan azankan untuk kami berbuka pada pagi itu.

'mat-*! jomlah, lapar ni!'
mat-* menggeleng. 'aku posa!'
bergunung aku gelak. 'jangan main-mainlah mat-*! jomlah, lapar ni!'
'aku posa!'
'merepeklah kau! takde sen, aku belanja!'
'aku posa!'
aku terkedu. aku tengok muka mat-* serius aje. aku tanya last. 'kau biar betul! aku lapar ni, kau tak leleh ke, roti banjir panas, teh tarik kaw....'
'aku posa!'

aku macam percaya dengan tidak aje?! apa? buang tebiat ke mat-* ni? ala, hari ni ajelah! esok, start-lah cari aku tu! slow-slow aku turun, cari kaki lain untuk beli roti banjir. yang pelik tu, bukan aje hari tu, esok, lusa, seminggu lepas tu dan sampailah sebulan, sepanjang bulan ramadan, mat-* telah berpuasa dan setiap kali aku ajak, jawapannya tetap sama. 'aku posa!'

sejak kejadian tu, tak tau dari mana nur yang datang, tahun depannya, aku pun mula berpuasa. malu dengan mat-* agaknya. dan, aku bagaikan seorang yang dilahirkan serba baru, aku berpuasa genap sebulan sepanjang umur hidup aku selepas usia melewati 20 tahun.

alhamdulillah sejak tahun itu aku telah berpuasa penuh sepanjang bulan ramadan tak pernah fail sampailah hari ini.

pagi tadi aku hantar anak-anak ke sekolah macam biasa. ada pulak sebijik kereta yang entah siapa bawak mencilok-cilok siap potong aku. darah naik mendidih. keluar bahasa indah secara spontan dari mulut aku.

'awak ni puasa ke tak?!'
aku terkedu. bini aku yang kusut masai rambutnya (tak mandi) aku tenung sambil telan air liur.
'potong dua puluh markah puasa awak hari ni!'

aku rasa, macam tulah persepsi korang dan aku tentang puasa ni. betul tak? asal tak makan, tak minum, tak hisap rokok, tak korek hidung, tak kentut dalam air, tak bersetubuh, tu kira puasalah?! banyaklah korang punya puasa macam tu! itu anak-anak aku pun tau! aku terkedu, perlahankan kereta dan termenung....

aku mula menghitung tentang apa itu puasa yang sebenar. mata kena puasa. telinga kena puasa. hati kena puasa. mulut kena puasa (jangan nak maki-hamun sesuka hati!) tidur berlebihan pun boleh batalkan puasa. makan berlebihan sewaktu berbuka puasa pun potong markah. dan, banyak lagi benda-benda yang sebenarnya akan mengurangkan pahala puasa macam apa yang bini aku cakap tadi, 'potong dua puluh markah puasa awak hari ni!'

bila mata tengok betis gadis yang putih melepak, potong markah. bila dengar cerita lucah, potong markah. bila korang pulak yang cerita benda lucah, potong markah. bila mengumpat, potong markah. dengar lagu rancak yang boleh mengkhayalkan jiwa pun kena potong markah. agak-agaknya, sehingga tiba masuk waktu maghrib, berapa agak-agaknya markah korang yang tinggal?

tepuk dada tanya selera.

ingat yer, puasa tu bukan sekadar tahan lapar saja, tapi banyak lagi benda lain yang korang kena tahan, kalau tak, potong markah dan akhirnya apa yang korang dapat hanyalah tahan lapar sedangkan pahala puasa, dah tak ada (dah habis kena potong sampai kosong.)

kahkahkah....

baiklah korang makan aje roti banjir yang panas tu, wakakakaka!