Monday, November 28, 2011

bila kali pertama mata terbuka...

...korang takkan tau siapa mak bapak korang?  bangsa diorang?  agama diorang?  orang susah atau orang senang?  jenis yang baik ataupun jembalang?!  dan, ketika korang mula membesar, maka hiduplah korang di dalam acuan yang dah mak bapak korang terapkan! 

kalau islam?!  mulalah korang diajar mengaji mengenal alif, ba, ta.  mengenali allah tuhan yang satu layak disembah!

kalau buddha?!  korang digalakkan lepaskan merpati pada hari wesak!

kalau hindu?!  jangan makan lembu, bersihkan dosa pikul kavadi di hari thaipusam.

kalau kristian?!  sediakan stokin di malam hari krismas untuk santa claus masukkan hadiah yang korang idamkan!

dan, pelbagai cara mak bapak korang terapkan agar dewasa nanti korang menjadi insan yang patuh pada ajaran dan amalan masing-masing!

namun, setiap detik korang menjadi dewasa pelbagai persoalan yang korang timbulkan?  apa beza agama?  apa beza bangsa?  kenapa perlu ada melayu, cina, india, sikh, serani dan pelbagai lagi jenis manusia.  dan, kenapa perlu bersengketa?!

aku ingat lagi masa aku kecik umur empat tahun!  busu (adik lelaki tunggal mak aku) ikat kepalanya dengan kain.  macam pendekar melayu dan usung parang panjang dengan geng-gengnya yang lain.  muka busu bengis dan penuh semangat!  aku tengok muka mak kecut.  muka nenek lesu.  muka abah tenang namun ada riak gusar.  aku tak faham apa-apa.  nenek tak bagi bukak tingkap tanpa sebarang alasan.  mak berkurung dalam bilik tak pergi kerja.  semua dalam rumah macam ada tikus raksasa nak telan semua tak macam biasa.  aku nak tanya takut kena lempang.  tapi, herannya kenapa busu ikat kepala sambil arak parang panjang?!

dua malam busu tak balik dan nenek semakin resah.  hari ketiga aku intai keluar rumah sewaktu nenek bukak tingkap dan aku nampak ramai askar yang berkawal. tak tau kenapa hati aku jadi seronok nampak askar sebab selalunya hanya tengok dalam tv.

ketika itu tahun 1969.  bulan lima.  aku kecik lagi untuk faham apa erti darurat?  apa erti peperangan?  apa erti persengketaan?  aku hanya tahu semua itu bila aku dah masuk darjah empat.  umur aku dah sepuluh tahun.  masa tu aku jenguk kubur atuk di pagi syawal.  nenek bagitau datuk meninggal dunia tak lama selepas peristiwa berdarah 13 mei.  selang beberapa bulan, atuk meninggal dunia akibat sakit batu karang!  atuk lari dari hospital bila doktor bagitau perut kena potong untuk keluarkan batu!  atuk tak nak kena bedah, atuk lari dari hospital dan tak lama temui ajal.  aku ingat lagi hari datuk meninggal dunia, mak berguling-guling sambil menangis di lantai tak mau lepaskan atuk masuk kubur!

selesai nenek baca yasin di pusara datuk dan siram air mawar, tangan aku ditariknya untuk kami berlalu pulang.  masa aku lalu di kawasan berpagar yang di dalamnya ada banyak kubur aku membaca tulisan pada papantanda.  yang menceritakan mereka yang bersemadi di situ adalah mangsa-mangsa yang terkorban semasa peristiwa berdarah 13 mei 1969.  ketika orang melayu bergaduh berbunuhan dengan orang cina.  tak silap aku, ada 13 mangsa yang terbunuh dan ditanam di situ (nanti aku check balik) kat kawasan perkuburan taman ibu kota dekat dengan rumah mak aku. 

hari ini, setelah aku dewasa, dah miliki anak-anak, jiwa aku berdetik dan bertanya?!  kenapa perlu ada pertumpahan darah?  saban hari aku melewati kawasan medan idaman (dulunya adalah lee rubber) tempat berlakunya pertumpahan darah itu.  aku tinggal di gombak setia dan betul-betul di hadapan kampung aku, bersebelahan sekolah rendah kebangsaan gombak 1 & 2 (sekolah rendah aku dulu) terletak perkampungan bangsa cina.  aku ingat lagi pada ah meng, ah keong, ah gan, beberapa rakan bangsa cina yang aku sering bermain sama-sama.  aku juga ingat pada ghandi, das, anak tauke kedai runcit bangsa india yang juga teman rapatku.  juga bari, anak tauke rempah kari yang ada kedai di sebelah sekolah rendahku itu.

entah-entah ada antara pak cik, bapak, atau saudara mara mereka yang terbunuh sewaktu pertumpahan darah 13 mei dulu?  atau, ada antara saudara mara mereka, pak cik atau bapak mereka yang mungkin telah membunuh mangsa yang kini bersemadi di pusara taman ibu kota itu?

sedangkan mak aku sanggup berguling-guling bila datuk aku meninggal dunia, bagaimanakah agaknya mereka-mereka yang kematian orang tersayang dalam keadaan yang mengerikan, mungkin putus tangan, pecah kepala, tembus dada dan sebagainya?!

ayuh berdamailah dari terus bersengketa!  walau sejauh mana pun agama dan kepercayaan kita, kita masih tetap seorang manusia....

secawan kopi-o kaw...

...kalau kena panas-panas memang stim!  nak-nak kalau hari sedang hujan menggila!

'awak buatkan saya kopi-o kaw... buat panas-panas!'
tak banyak soal bini aku yang sedang menonton astro terus bingkas ke dapur.  aku intai ke tv dan rancangan kegemarannya sedang bersiaran. 

aku senyum, bangga, inilah bini yang aku idamkan. taat atas perintah suami walau ketika sedang asyik melayani apa jua 'benda' kegemarannya.  bayangkan, kalau ketaatan tiada dalam diri seorang isteri, kerana secawan kopi boleh hancurkan rumahtangga?!

yang lebih teruk lagi bila suami keluar cari kopi-o panas kat luar....

'awak buatkan saya kopi-o kaw... buat panas-panas!'
'kejaplah saya tengah tengok tv ni!'
'awak ni kalau saya suruh buatkan kopi ada aje alasan, payah betul....'
'boleh sabar tak, bukannya awak mati pun kalau saya buat lepas habis cerita ni....'
'tengok tu!  pandai pulak menjawab!'
'awak tu tak boleh tengok saya senang, ada aje nak kena buat!'
'dah awak tu bini saya!'
'kejaplah!'
dan tangan terus naik ke mukanya.  aku tak dapat kopi, bini aku pulak dapat penampar!  aku ambik kunci kereta dan terus keluar rumah.

'you ni bila nak kopi-o panas baru tau call!'
'you pun dah nak jadi macam wife i ke?  boleh buat ke tak ni?!'
'ala, gurau sikit pun nak marah!'
aku tarik muka, pura-pura marahlah konon!
dia melangkah ke dapur, tak lama kemudian datang dengan kopi-o kaw yang panas.  lagilah aku tambah panas bila dia hanya pakai singlet dengan short paras pangkal paha.  perlahan-lahan aku hembus dan hirup kopi-o kaw yang panas sementara jiwaku semakin menggelegak melihat pangkal dada dan paha yang gebu putih.
'hujan la pulak!'
aku tersentap.  patutlah aku rasa sejuk tetiba.  tak perasan hujan sedang menggila.  'dah tau hujan yang you pakai macam tu kenapa?!
'kenalah you panaskan i!'  dia sengih membuatkan aku hirup kopi-o kaw senafas aje nak bagi cepat habis. 
'hm... jom!'
ketika hujan menggila di luar, aku dan dia menggila di dalam....

'apa yang awak ternganga tu!'
aku tersentap.  bini aku menggeleng dengan secawan kopi-o kaw yang panas berasap.
'beranganlah tu!'
aku sengih.  'wak!  hujan lagi ke?!'
bini aku mengangguk!
'jom!'
bini aku menggeleng!  'asal hujan aje saya jadi mangsa!'
aku ketawa.  'jom!'
bini aku tarik tangan aku dan letakkannya di celah pangkal paha!  'sori ek!  tak ade rezeki, baru aje sampai, masih panas lagi ni!'
cis!  aku sekadar hirup kopi-o kaw yang panas sampai aku menjerit sebab lidahku melecur!  hujan di luar semakin menggila dan aku di dalam menggila untuk kawal stim yang bermaharajalela.  ingatkan suruh raba apa, rupanya suruh raba pad yang tertampal selamba.  kenapalah bulan datang di kala hujan lebat menggila?  cis....
'okeylah wak, saya nak sambung tengok cerita favourite saya ye!'
hujan terus ketawa....

Saturday, November 26, 2011

gelinya hati adik...

...bila tengok papa dan mama bergurau senda.  bukan main kuat lagi suara papa dengan mama yang dari tadi bergurauan sambil adik yang melihatnya ketawa mengelekek.  adik tak faham apa-apa.  tapi adik geli hati tengok mama tarik-tarik rambut dan menjerit sambil papa menyeringai dan hayunkan penumbuk ke muka mama.  semakin geli hati adik bila ada darah merah menyembur dari mulut mama.  papa tarik rambut mama, mama meronta-ronta lalu papa tempeleng dan darah memancut keluar dari hidung mama pula.  semakin kuat jeritan mama dan semakin kuat gelak tawa adik yang lucu melihat agahan itu.

'siapa lelaki tu, hah?  siapa?'
'kau peduli apa?  kenapa sekarang baru kau nak tanya....'
'kurang ajar!'  satu lagi hayunan tangan papa tepat ke muka mama yang buatkan adik semakin terhibur.  'siapa lelaki tu?'
'sebelum ni kau tak pernah peduli pun...'
papa hayun penumbuk ke muka mama.  berpusing.  adik gelak semakin kuat.  semakin terhibur.  lain macam gurauan mama dan papa untuk hiburkan dirinya malam ini.  adik merangkak peluk kaki mama yang tersadung di lantai.  mama tolak adik pelan-pelan.  adik gelak.  adik nak main-main tapi papa pulak yang cempung adik dan letakkan atas tilam kecil di lantai tempat adik selalu tidur temankan mama lipat baju.  adik tak puas hati.  adik tak nak tidur lagi.  adik nak main-main lagi....
'baik kau cakap siapa lelaki tu....'
'kau peduli apa....'
'kau cakap kalau tak aku....'
'kau nak buat apa, nak ceraikan aku, hah?  cerai....'

satu terajang naik ke muka mama, dan terus menyemburkan darah dari mulut dan giginya yang patah.
semakin adik geli hati.  nampak pulak gigi mama terpelanting atas lantai.  adik nak cepat-cepat ambik gigi mama tu buat main-main.  bila adik sampai kat tempat gigi tu jatuh adik jadi bingung la pulak?! tak nampak pulak mana gigi itu?!  magic!  dah melanting entah ke mana la pulak?! tak kisahlah!  baik adik tumpukan pada gelagat papa dan mama.  lain macam gurauan papa dan mama malam ini.  sungguh adik terhibur.  adik lajukan lagi rangkakannya untuk paut mama yang dah pun terkulai dan menggelepar di lantai.  papa dah menghilang.  adik pusing-pusing cari mungkin papa nak main cak-cak macam mana biasa papa balik dari kerja.  adik tak peduli terus rangkul rambut mama yang melekit.  adik raba muka mama yang sememeh, penuh darah merah dan adik jilat darah itu yang lain sangat rasanya tak macam susu biasa yang selalu adik nyonyot dari tetek mama.
adik tarik rambut mama, tapi mama dah tak mau main lagi.  tak mau cak-cak lagi dengan adik.  tapi adik masih nak main cak-cak tapi mama menggelepar saja di lantai.  papa muncul, tak peduli langsung pada adik, tak pulak cak-cak, terus tarik rambut mama yang dah pun pejam matanya.

'kau nak bagitau aku siapa lelaki itu ataupun tak nak?'  tangan kiri papa tarik rambut mama sementara tangan kanan papa menggenggam pisau tajam yang berkilat.  adik suka hati, geli hati dan gelak kuat-kuat.  adik cuba nak gapai pisau yang papa pegang tinggi-tinggi itu.  memang selalu papa usik adik dengan angkat tinggi-tinggi barang yang adik suka lepas tu suruh adik ambik!  jahat papa ni!  lucu sangat papa dan mama hari ini...
'baik kau cakap kalau tak....'
'b-bunuh p-pun a-aku t-tak....'
mama tak sempat habiskan kata-kata bila papa junamkan pisau berkilat itu bertubi-tubi sampai ada pancutan darah merah dari dada, perut dan seluruh lubang yang mula terbentuk dari tubuh mama.  adik ternganga, terhibur dan ketawa mengekek-ngekek.  papa ketap bibir. mama menggelepar sebelum akhirnya terkulai dengan mata yang terbeliak.  semakinlah adik kuat gelak.  mama sengaja buat muka yang kelakar sambil bulatkan mata.  papa terkulai, tarik rambutnya sendiri sambil menangis teresak-esak.  adik merangkak pula pada papa, yang terus buka matanya dan belai rambut adik.  papa cempung adik dan peluk hangat-hangat sebagaimana biasa.  adik rasa selamat dalam pelukan papa itu.  perlahan-lahan papa cium pipi adik.  papa menangis sambil keluar air yang banyak dari mata....

'sayang kau terlalu kecik untuk memahami!  m-maafkan papa sayang!'  perlahan-lahan papa turunkan adik dan terus bingkas lalu keluar dari bilik.  adik kecik hati.  adik moncong dan merangkak pada mama yang dah tidur sambil bukak mata.  adik boring.  papa dah tak nak main cak-cak dan mama pulak dah tidur.  baru adik perasaan yang adik sangat haus sebab banyak sangat gelak daripada tadi.  adik selak tetek mama macam biasa.  cari puting mama yang leper dan lembik.  tapi adik tak jumpa sebab penuh dengan darah merah dan bra mama begitu ketat sampai adik tak mampu nak bukak.
adik semakin bosan, tak tau nak main dengan siapa.  adik sengih bila nampak pisau yang tadi berkilat kini dah merah hitam diselaputi darah.  adik merangkak dan capai, teringat gelagat papa tadi yang junamkan pisau itu banyak-banyak kali pada mama sampai mama gelepar-gelepar kegembiraan.  mesti mama keseronokan.  mungkin juga kegelian sebagaimana papa tenyehkan misainya ke dada adik macam selalu sampai adik ketawa mengelekek hampir terkencing.  adik pun nak buat macam tu jugak.  adik ambik pisau itu, hayun tinggi-tinggi macam papa buat tadi dan adik benamkan mata pisau itu ke perutnya.  sakit!  semakin sakit!  adik mula menggelepar.  tapi adik tak pulak ketawa, dan adik jugak tak menangis.  adik semakin kuat menggelepar di lantai dengan darah memancut dari perut.  akhir sekali adik pun bukak mata macam mama dan tak bergerak-gerak lagi..

bila allah berdoa...

...perlukah aku memakbulkannya?!

aku melepak kat 'chawan' malam semalam, dengan geng-geng aku sambil pekena kopi, mata meliar dan melihat gelagat para pengunjung yang berkeliaran di sekitar bangsar.  dari tempat aku duduk itu, kedengaran muzik rancak dari 'garibaldi', sebuah tempat hiburan yang menarik suasana dan warna-warni lampunya.  gadis-gadis jelita, lelaki macho serta kereta mewah bersimpang-siur, keluar masuk melambangkan betapa mewah para penghuni bangsar ini!

dan, di dalam hati berdetik keinginan untuk memiliki kereta-kereta mewah (macam diorang tu) sebagai status kejayaan....

tiba di rumah, puas aku pejamkan mata, sukar untuk aku lelapkan.  terbayang kehidupan mewah manusia-manusia yang dianugerahkan allah dengan kejayaan yang membanggakan itu....

lantas, dalam aku berangan-angan itu, terdetik sesuatu yang membuatkan aku terpegun....

ya ahadiat ya hambaku yang kerdil,
kelahiranmu dulu dalam keadaan sihat walafiat, engkau seorang bayi yang comel, terhindar dari sebarang penyakit serius, engkau dewasa sehingga hari ini dalam keadaan tiada cacat cela.  tidak sebagaimana mereka-mereka yang aku lahirkan kudung, buta, pekak, serta pelbagai kekurangan yang lainnya. engkau aku anugerahkan otak yang cerdas, kesihatan yang baik (kecuali gout) itu pun taklah seteruk mereka yang kena diabetes, stroke, jantung, barah dan sebagainya yang memudaratkan nyawa.  setakat gout tu ala, apalah sangat, ciput sangat dugaan yang aku turunkan pun, kontrol makan tu okeylah dia.
kau jugak aku anugerahkan empat cahayamata yang comel, sihat-sihat pulak tu, isteri yang sempurna, ibu bapa (serta ibu bapa mertua) yang memahami serta keharmonian di kalangan adik-beradik menjadikan engkau di antara insan bertuah yang memiliki sebuah keluarga bahagia.
engkau juga aku anugerahkan kehidupan yang baik, ada rumah, kereta, hidup tak melarat, cukup makan dan minum secara sederhana.  kau juga aku berikan sahabat-sahabat yang bagus, yang sentiasa berkongsi susah dan senang (walau ada seorang dua yang cuba jahanamkan hidup kau, biasalah itu dugaan dari aku kau kenalah tabah), serta keindahan yang lainnya yang mungkin tidak engkau sedari (atau kau pura-pura lupa).

ya ahadiat ya hambaku yang kerdil lagi hina,
masihkan engkau mahu kehidupan mewah yang dilimpahi wang ringgit, tetapi aku miskinkan engkau dengan kasih sayang?!  aku mufliskan kesihatan yang sekarang kaumiliki?!  atau aku berikan engkau anak-anak cacat yang bermasalah?  isteri yang memudaratkan hidup.  atau mahukah engkau hidup senang-lenang tetapi engkau dilingkungi musuh, rasuah sana dan sini demi mendapatkan segala bentuk kekayaan tanpa mengira rezeki yang haram?!
kunfayakun kata aku, kayalah engkau esoknya.  mewahlah engkau lusanya.  dan, kunfayakun kata aku, sakitlah isteri engkau tulatnya, lalu aku ambik seorang dua anak engkau untuk kembali kepadaku, aku kelilingi engkau dengan musuh luar dan dalam, dan kunfayakun kata aku, aku rosakkan buah pinggang engkau dan aku sumbatkan jantung engkau!  masih mahukah engkau akan kekayaan itu?  kau dipandang tinggi masyarakat, memandu kereta mewah jutaan ringgit, menghuni banglo mewah di puncak bukit, dikawal rapi security guard setiap minit (tapi kau ingat, malaikatul maut yang aku utuskan tetap akan dapat masuk juga ke dalam rumah kau itu bila tiba masa engkau untuk aku panggil pulang), dan apa saja bentuk kemewahan serta kebanggaan dunia yang kau idamkan akan aku berikan dengan hanya satu lafaz kunfayakun.  tetapi, mahukah engkau aku ambil tiga perkara sebagai ganti?  aku ambil kesihatan yang engkau nikmati sekarang ini, orang-orang tercinta yang kini melingkungi hidup seharian kau itu serta kebahagiaan yang kini engkau nikmati?!

astaghfirullah alazim!  aku terus beristighfar!  terus menggeleng!  terus tak mahu apa-apa lagi sekadar memanjatkan kesyukuran dengan apa yang aku miliki sekarang ini....

andai itulah doa allah yang dipanjatkan kepada aku, sesungguhnya selama ini aku tidak pernah bersyukur kerana segala apa yang diberikan jarang-jarang benar aku membalasnya.  aku sering lewat bila azan menjerit, aku selalu lupa bersyukur bila mendapat kereta baru, aku juga lupa untuk menadah tangan setiap kali anak-anak aku bermain dan berlarian, kuat dan sihat, aku juga sering tak ingat bila keseronokan berasmara dengan isteri aku yang tersayang (tanpa pertolongan viagra), aku juga tak terfikir betapa mudah isteri aku melahirkan anak-anakku dulu, ya allah kau ampunkanlah dosa-dosa aku yang sering alpa dan tidak pernah bersyukur terhadapmu.

sesungguhnya, aku antara manusia yang tidak mahu bersyukur dengan nikmat anugerahmu.

ya allah ya tuhanku yang maha besar, kau lupakanlah doamu terhadapku itu dan kau kekalkanlah apa yang aku miliki hari ini dan jangan kau kurangkan apa yang ada dan jika ada belasmu, kau berikanlah aku rezeki yang kau rasakan memadai untuk diriku dan keluarga.

amin yarobbal alamin....

'apa ni wak, apa yang awak membebel dari tadi ni, awak tak tidur lagi ke?'
aku terkedu.  bila masa pulak bini aku ni bangun?!  tadi bukan main kuat dengkurnya.
'awak ni kenapa?!'
'er... t-takde apa, p-perut t-tengah sakit giler, ni tengah tahan kentut ni!'
'hisy tak senonoh betullah awak ni!' terus dia berkalih baring dan aku sekadar pejamkan mata dan beristighfar lagi....

Friday, November 25, 2011

burungku terbang pergi...

...tinggi pulak tu!  macam mana nak tangkap balik?!
bukan senang tau!  dah elok-elok aku jinakkan, terlepas la pulak, nak panggil balik masuk sangkar, korang ingat senang?!  huh, burung kalau dah terlepas, nak jinakkan, hampir mustahil bro, serius wa cakap lu.... 

sebab tu, kalau korang bela burung, pastikan dia mengaji.  kalau tak, payah nak ajar bila dah besar.  burung ni kalau sekali terlepas bukan main payah nak tangkap balik.  aku dah banyak kali dah bela burung.  macam-macam spesis.  masa sekolah rendah dulu aku dah bela burung pipit.  mula-mula jumpa, kecik aje, adalah sebesar ibu jari tangan.  aku bela sepenuh jiwa sampailah membesar saiz ibu jari kaki.  masa ni dah pandai bunyi dah.  dah jinak dan pandai demand.  aku tak bagi lepas, bela dalam sangkar sebab kalau terlepas, payah nak tangkap balik.  paling bebas pun aku usap dan belai dengan tangan sambil dia berbunyi garing.

bila aku dah masuk asrama, burung pipit tu aku lepaskan aje!  tak stim bela burung kecik ni.  jinak kat tangan aje.  tak thrill.  aku nakkan burung yang lebih besar sikit!  nasib aku baik aku dapat pulak burung tiong.  yang ni masa aku mula dapat taklah kecik sangat,  sederhana besar dan mudah untuk dikendalikan.  lagipun lebih jinak berbanding burung pipit yang aku bela.  mudah dibelai dan ada jugak member-member asrama yang nak belai tapi mampus aku tak kasi.  gila?!  aku lebih suka kalau budak pompuan yang belai sebab diorang ni lembut sikit.  taklah seganas budak lelaki.  malangnya, sampai aku habis sekolah, tak seorang budak pompuan pun yang sudi untuk membelainya dan aku pun tak pulak berani bertanyakan mereka siapa yang nak belai burung aku tu!  habisnya, aku sendirilah yang belai sampailah aku besar panjang.

hari ni, dah empat orang anak-anak aku.  aku masih bela burung lagi dan alhamdulillah sihat walafiat burung yang aku bela tu.  pagi-pagi pandai bangun sendiri dan berkicau.  yang bagusnya sekarang ni, aku bela burung aku ni bersama-sama dengan bini aku yang sejak mula memang minat sangat dengan burung aku itu.  bukan aku nak bongkak, sekarang ni, bini aku tu yang lebih-lebih membelai dan memanjakan burung aku tu lebih dari aku tuan punya sah burung itu.  tak kisahlah, aku lagi suka.  biar bini aku tu saja yang membelainya, mandikannya, bersihkannya dan buat ajelah apa yang dia suka.  kadang-kadang tu bini aku bercakap-cakap dengan burung aku tu (face to face lagi) entah apa bahasa yang mereka gunakan aku pun tak tau.  yang aku tau, burung aku tu pun bukan main suka dan jinak sekali dengan bini aku tu.  kadang-kadang aku pulak rasa cemburu bila tengok bini aku begitu mesra bermain-main dengan burung aku tu.

masa berlalu.  kadang-kadang tu sewaktu aku keluar sendirian (selalunya aku keluar berdua dengan bini), aku memang tak pernah tinggalkan burung aku tu.  ke mana saja, aku akan bawak.  ada jugak pompuan-pompuan yang minat,  yang nak belai. tapi memikirkan yang burung aku tu dah sinonim sangat dengan belaian bini aku, tak sampai hati aku untuk merelakan pompuan lain membelainya....

tetapi, malam semalam, burung aku itu telah pun terbang keluar dari sangkarnya.  tinggi tak tercapai tangan.  mujur bini aku tak tau.  kalaulah dia tau, alangkah upset-nya dia.  itu pun secara tak disangka-sangka.  sedang aku melewati susur lorong di kakilima lot 10, aku didatangi seorang gadis jelita yang harum baunya.  tersenyum-senyum membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang disenyumkannya?!  ketika aku alpa itulah, burung aku meronta-ronta dan terlepas dari sangkarnya.  mujur, si gadis jelita itu membantu dan dengan kerjasama dia, burungku itu berjaya ditangkap.  malam itu, aku benarkan dia membelainya,  bermesra dengannya sebagaimana bini aku sering lakukan.  dapat aku lihat betapa jinak dan riangnya burung aku itu di dalam dakapan dan belaian gadis jelita itu.  mungkin, satu pengalaman baru yang tak pernah burung aku itu rasai sebelum ini?!

sewaktu aku pulang ke rumah, bini aku mahu bermesra dengan burung aku itu malangnya, dia tertidur akibat keletihan melampau.

'besok ajelah sayang, ye?!'  dapat aku lihat kehampaan di wajah bini aku itu.  serba salah mula bersarang.  kekesalan menaufan.  jarang sekali burung aku itu menolak kalau bini aku mau bermain-main dengannya, tapi malam ini lena pulak tidurnya.  dan, kalaulah bini aku itu tau bukan dia sorang saja yang membelai burung itu, alangkah hancur hatinya.

semalaman itu aku tak dapat tidur memikirkan apa yang telah terjadi, dan aku berjanji takkan sesekali membiarkan burung aku itu terlepas lagi.  keesokan harinya, sengaja aku tukarkan nombor handphone (alasan hilang), dan aku padamkan semua memori contact yang ada di dalamnya agar aku tak lagi dapat menghubungi gadis yang pandai membelai burung aku itu lagi....    

lelaki dari dalam lubang cacing...

...itu benar-benar panik.  panik benar-benar.  apa taknya?!  seingatnya sebentar tadi dia tertidur sewaktu serabut memikirkan tentang hutangnya yang berbusut dengan along kini dah menggunung.  pinjam dua puluh lima ribu nak kena bayar seratus sembilan puluh lapan ribu?!  gila babai apa?!
dia kena lari. lari jauh-jauh agar along tak jumpa.  kalau jumpa, nanti jari hilang tiga, tak bayar lagi, muka kena simbah asid, kena pecah kepala, kena butakan mata, dan macam-macam benda ngeri yang dia selalu bayangkan.  semalam aje, pintu rumahnya kena simbah cat.  warna merah, biru, kuning dan putih.  bersememeh.  yang heran tu, pandai pulak pilih warna bendera malaysia.  setaunya along ni tak ada hati perut, tapi patriotik la pulak.
depan pintu pagar rumahnya, besar-besar mykadnya difotokopi dan ditampal, dan ada pulak tulisan berbunyi:  ini orang hutang tak bayar, pandai pinjam saja.  ingatkan di pintu pagar rumah saja, rupa-rupanya, mykadnya itu yang dah jadi macam poster pilihanraya bersepah-sepah ditampal (berserta slogannya itu:  ini orang hutang tak bayar, pandai pinjam saja) hampir di seluruh persekitaran tempat tinggalnya termasuklah di restoran mamak tempat yang selalu dia lepak pekena teh tarik berbincang pasal projek juta-jutanya itu.
sebab itulah dia nekad melarikan dirinya.  satu sebab terlalu takut, kedua sebab terlalu malu dengan jiran tetangga.  tetapi?!  nak lari mana?  di mana saja ada geng-geng along berkeliaran.  apatah lagi gambar, mykadnya, serta apa juga tentang dirinya telah disebarkan.  mana nak sorok muka.  kalau ditanggalkan poster-poster yang banyak ditampal itu, lagilah orang tau itu dirinya?  dia tiada pilihan, terpaksa lari menyembunyikan diri.  tapi di mana?
kerana itulah sebenarnya dia tersadai di dalam lubang ini.  pernah terdetik di dalam hati, hanya di dalam lubang cacing saja along takkan jumpa dengan dirinya.  mujur, tuhan sayangkan dirinya (mungkin ganjaran dia bersedekah seringgit pada pak cik buta yang sering diiringi isterinya meminta derma ikhlas sewaktu dia lepak di restoran mamak dekat rumahnya dulu itu), angan-angan kosongnya itu menjadi kenyataan, kerana dia telah menemukan lubang cacing itu yang kecil sebesar diameter sebatang pensil.  dia junamkan kepalanya dulu, cuba untuk masuk dan alhamdulillah, mudah saja dia meloloskan dirinya dan terus dia merangkak ke dalam lubang yang semakin lama semakin gelap itu.
dia yakin dia akan selamat di dalam lubang cacing ini!  alhamdulillah....
akibat keletihan, dia tertidur, apatah lagi jiwa sedikit tenang (sebab itu mudah dilelapkan mata setelah berhari-hari tak tidur) kerana yakin along takkan temui dia di sini.
dan dia hanya terjaga sewaktu kedengaran  bunyi bising.  ingatkan dia seorang saja yang bersembunyi di sini, rupa-rupanya ramai juga manusia yang melarikan diri ke dalam lubang cacing ini.  dia matikan dirinya, tak mahu ada orang perasankan dirinya yang sedang bersembunyi (mana tau ada jiran tetangga malulah), sekadar melekapkan telinganya mendengar butir bicara dari hingar-bingar kebisingan itu.  terdengar juga bunyi siren....

'bila jumpa?!'
'tadi tuan!'
'macam mana boleh perasan?!'
'mula-mula bau busuk tuan, tu yang saya cari, tak sangka ada di sini?!'

saat itu orang ramai dah mula berpusu-pusu.  cahaya kilat memancar.  dia jerumuskan kepalanya yang sudah pun sedia terjerumus ke dalam lubang cacing itu agar tak ada siapa perasankan dirinya.

'macam-macam hal zaman sekarang ni!'  lelaki yang dipanggil tuan itu menggeleng.  'apa nak jadi dengan manusia hari ini pun tak tau?  tak ada hati perut!' 

keesokan harinya, terpampang di akhbar utama, seorang lelaki yang berhutang dengan along ditemui mati dengan keadaan yang mengerikan.  kepalanya berkecai (dipercayai dihentak dengan objek keras), separuh badannya ditanam ke dalam sebuah lubang di belakang belukar di kawasan perumahannya....

kurang tiga aje lagi ni...

'dah azan ke belum?!'  si musafir yang kelihatan gabra itu tak langsung diendahkan lelaki botak licin yang sedang asyik ambik wuduk itu.  'takut saya terlewat?!'
'lewat tak apa, takutnya kalau tak jadi aje!'
si musafir ternganga, tak langsung faham apa yang dimaksudkan si botak itu.  tak mahu pening kepala, dia memasuki ruang dalam masjid.  jemaah pun masih tak ramai, dapatlah dia duduk di saf depan.  awal lagi rasanya ni?!  azan pun belum  khutbah pun tak dibaca lagi! si musafir kelegaan.... 

di luar perkarangan masjid, dua buah bas rombongan berhenti dan hampir kesemua penumpang  lelaki turun dan terus menuju masuk ke dalam masjid sambil mengambil wuduk.

tuk siak semakin resah, saling berpandangan dengan tuk imam.
imam mengetap bibir.  'alang datang tak?'
'tadi singgah umah dia, tapi kakinya bengkak kena gout!  nak jalan langsung tak boleh!'
semakin cemas wajah tuk imam.  'kau dah pesan kat jali, ajis, tapa....'
'semua dah!  tapi biasalah, semua kata tengoklah!'
'tofik, yusri, ali, diorang macam mana?!'
''tak jumpa dari semalam!'
tuk imam mengetap bibir!  dadanya semakin berdegupan kencang.  para penumpang bas rombongan yang penuh itu dah mula mengambil tempat masing-masing.  ada yang bersembahyang sunat masjid dan ada yang sekadar duduk melepas keletihan.
'macam mana ni?!'
'berapa orang dah 'kita' semua?!'
'termasuk kidam, soli, deraman, kamsah dengan totot, dekat tiga puluh orang rasanya?!'
'totot pun kau kira jugak?!'
'darurat!'
semakin gusar tuk imam.  totot yang tiga suku kadang-kadang menyanyi, kadang-kadang berpidato itu pun dikira juga....
tuk siak mencuit imam.  'tu, si ajis dengan jali!'
tuk imam mengangguk sambil menghitung lagi. 

para jemaah duduk terpaku.  ada yang melirik jam tangan dan ada yang kebingungan.

'sini zuhur pukul berapa?!'
'satu suku!'  si telinga capang jawab endah tak endah.
'ni dah pukul satu setengah masih tak azan lagi ni!'
'entah?!'  si capang jungkit bahu.
si musafir ternganga.  dipandang sekeliling.  kalau secara kasar hitungannya, adalah dalam 80 orang tak kurang.  semakinlah dia bingung kenapa masih tak azan lagi sedangkan waktu semakin jauh....

'tu hah, boboi, salim, anak si rebab, anak si ali... adalah dalam lapan orang tu imam!'

sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah sekitar usia 10 tahun melangkah masuk.

'berapa semua dah?!'
'kalau campur budak-budak, campur totot, campur semua... kurang tiga aje lagi ni....'
tuk imam garu kepala.  'nak tunggu berapa lama lagi ni?!'
tuk siak jungkit bahu.

akhirnya, setelah sepuluh minit berlalu, azan berkumandang.  imam melangkah ke mimbar.  masing-masing lega, akhirnya khutbah akan dimulakan.

'assalamualaikum para hadirin semua, harap maaf banyak-banyak, kita bersolat zuhur aje hari ni, tiada solat jumaat sebab masih tak cukup korum, masih kurang tiga orang saja lagi!  maaf sekali lagi!'

alamak?!  pernah tak benda macam ni terjadi?!  atau tuk imam sekadar tangkap muat main hitung semua jemaah tanpa memastikan mereka adalah penduduk tetap yang bermastautin di kampung itu?!  janji, solat jumaat boleh dilaksanakan!  allahualam!

Wednesday, November 9, 2011

fuh kanan, fuh kiri...

...mintak langkah kanan, yang dapat langkah kiri!

macam mana citer tu?!  aku ada impian.  korang pun aku sure ada impian.  masing-masing ada impian tersendiri.  yang dah ada nissan gtr, nak ferrari.  yang dah ada vulcan, nak harley.  yang dah ada semi-d, nak banglo.  macam-macam keinginan termasuklah aku.  dan, setiap keinginan itu sudah tentunya yang lebih baik daripada sebelumnya!  itukan biasa!  dah nama pun manusia.

ini ada satu kisah benar untuk semua korang renungkan.  adakah korang sanggup berada di dalam situasi begini.  kalau korang pilih jalan ini, kenapa, mengapa, dan atas dorongan apa?!  kalau korang lelaki, kalau ada niat nak tambah satu lagi, adakah pilihan korang itu jauh lebih baik daripada yang senior, ataupun sengaja korang memilih wanita yang amat mendambakan belas kasihan dan di dalam keadaan yang mengazabkan?!

seorang teman lama call, bercerita dengan penuh semangat (tapi aku tau dia kecewa), dan dengan gelak tawa memberitahu suaminya yang tercinta telah berkahwin satu lagi.  dia kata nak marah, tak jadi, nak kecewa, dah puas merana, nak histreia, dah tak ada suara, lalu yang menjadi benteng kekuatannya hanyalah empat orang anak-anak yang masih mendambakan kasih seorang bapa.

tanpa aku tanya, dia terus bercerita....

'you tolong tulis novel, boleh tak, i nak bagi you satu cerita, sure best punyer!'
'cerita apa pulak ni?'
'you tulislah, ada sorang suami, bini dah cukup baik tak ada yang kurang, anak dah masuk empat orang, sanggup kawin dengan janda, yang kena cancer pulak tu, dah masuk stage four, sanggup basuhkan diapers, cuci taik-maik semua, berhabis duit puluhan ribu ringgit untuk rawatan bini baru dia tu, dan yang bagusnya, bulan ramadan baru-baru ni suami i tu punyalah alim, sembahyang tak tinggal, berdoa untuk kesejahteraan bini barunya yang dah nak mati tu!  sebelum ni tak pun!  apa pendapat you, best tak citer i ni?!'

amek kau?!  aku terkedu sebenarnya.  mendengar cerita begini membuatkan aku merenung jauh!  terbayang, adakah ini yang dinamakan cinta?!  atau apa?!  seorang lelaki yang dah ada isteri, pendek kata sempurna serba-serbi, sanggup mengahwini janda yang tak pasti lama mana hidupnya akibat serangan barah yang tiada kenal erti belas kasihan.

kalau ditinjau dari satu sudut, hebat dan mengagumkan lelaki itu.  apakah yang menyebabkan dia sanggup menikahi wanita yang sudah diketahuinya secara umum tidak akan hidup lama?!  atau ada satu muslihat tersimpul?  mungkinkah wanita itu punyai aset yang menggiurkan?!  puluhan juta aset sedia menanti?  atau, adakah hanya kerana secebis cinta dan pengorbanan?!

korang renungkan, dan simpulkan sendiri....

Thursday, November 3, 2011

surat untuk mak...

orang memang sayang mak.  tapi, orang tau, orang ni cakap aje sayang.  dulu, pernah orang janji dalam hati, nak hantar mak pergi mekah bila ada duit lebih.  bila ada rezeki melimpah, apa salah hantar mak pergi mekah sedangkan mak dah besarkan orang sampailah orang pun dah ada anak.

allah dengar agaknya hasrat hati orang yang tulus murni tu terus bagi orang job besar punya.  maka, orang pun dapatlah duit terpijak yang agak melimpah.  lepaslah kalau nak hantar mak pergi mekah.  orang saja nak surprise-kan mak.  masa tengah drive tu, ternampak la pulak beberapa model kereta terbaru kat jalan raya.  saja-saja singgah kat showroom nak tengok.  bukan nak beli pun, saja nak tengok-tengok aje.  tapi, bila salesman tu bagitau orang yang kereta tu sebenarnya ada offer, aksesori aje pun dah bernilai sepuluh ribu ringgit, duit yang orang nak hantar mak pergi mekah tu orang gunakan untuk bayar duit muka.  tak pelah mak, tak ada rezeki mak tahun ni, insya-allah, kalau ada rezeki melimpah lagi tahun depan, orang usahakan, okey mak?

jangan ingat orang tak kenang jasa mak!  sepanjang masa orang terfikir apa lagi cara nak bahagiakan mak.  sepanjang bulan orang pasang niat nak bawak mak jalan-jalan.  tak pun makan kat hotel lima bintang.  bagi mak rasa macam mana orang-orang kaya makan besar kat hotel.  makan buffet pun dah cecah ratus ringgit.  orang tau, bukannya mak boleh habis pun, tapi, apa salahnya sekali-sekala biar mak rasa.

cukup bulan aje, orang pun mula berkira-kira.  nak ketepikan sedikit duit untuk bawak mak makan dan jalan-jalan.  tapi, leceh betul.  setiap bulan, walaupun duit tu memang orang dah bayangkan untuk disimpan untuk mak, tapi tak pernahnya cukup.  ambik contoh bulan ni ajelah, memang orang dah ketepikan sekitar lima ratus ringgit untuk bawak mak makan besar.  tapi nak jadi cerita, ed hardy kat suria klcc pulak tu ada buat sales.  gila apa kalau tak rebut peluang.  hm, orang pun saja-saja jenguk kejap kat sana, mak tau tak diorang offer sampai 70%, huh gila kalau orang tak rebut peluang ni.  hm, terpaksalah mak, pakai dululah duit yang orang nak belanja mak makan tu.  tak pelah, lagipun, buffet kat hotel tu hari-hari pun ada, betul tak mak?  mak pun bukan nak rush sangat, ye tak?!

jangan mak ingat orang tak sayangkan mak ye?  tak ingatkan jasa mak!  jangan ingat macam tu mak.  orang selalu pasang niat nak bagi mak happy.  kalau boleh nak belikan mak kereta.  tapi, lesen mak dah bertahun-tahun dah mati.  sebelum orang ada anak dulu lagi mak punya lesen dah mati.  kalau orang belikan mak kereta pun nak buat apa?  betul tak mak?  lagipun, keadaan mak yang dah tua ni, bukannya mak nak berjalan-jalan sangat pun.  kalau mak muda lagi, mungkinlah mak nak pergi shopping complex tengok barang-barang sales.  mak pun asyik duduk kat rumah aje baca kitab-kitab dengan tengok tv ustaz ceramah.  tak jadilah mak nak belikan mak kereta, ye?!

orang bukan apa, orang risau nanti mak ingat orang tak ingatkan mak?!  tak sayangkan mak!  padahal, orang selalu fikirkan apa yang nak bagi kat mak untuk balas jasa mak besarkan orang.  orang taulah, dulu orang selalu mintak mak duit, nak beli motor la, down payment keretalah, nak beli aksesori keretalah, macam-macamlah.  kadang-kadang tu, orang nak beli sport rim kereta, tapi orang buat-buat cerita yang kononnya orang nak kena bayar bil elektriklah, bil itulah, bil inilah, padahal, hehe, jangan marah mak, tipu sunat aje.  takkan mak nak marah kat anak mak yang hensem ni, betul tak mak?!  teringin jugak nak belikan mak baju kebaya macam mak-mak datin tu, tapi mak dah tak nak vogue-vogue lagi macam orang pernah tengok gambar mak masa mak muda-muda dulu.  patutlah bapak syok kat mak, mak ni kategori awek cun.  mak pakai kebaya phuh, kalau masuk bertanding sure mak menang ratu kebaya.  orang puji ikhlas ni, bukannya nak bodek, jangan mak salah sangka pulak.  kalau orang belikan mak kasut tumit tinggi jenama gucci pun bukannya mak nak pakai.  tak jadilah orang nak belikan benda yang takkan mak gunakan.  sebab tulah orang masih lagi tak belikan apa-apa sebab tak tau apa yang mak nakkan.

okeylah mak, panjang benar dah surat yang orang tulis kat mak ni.  entah mak baca entahkan tidak.  insya-allah, mak doakan rezeki orang murah.  bulan depan, orang fikirkan lagi apa yang patut orang belikan untuk mak.  sampai sini, orang berhenti dulu, mak jaga diri, makan tu jaga-jaga, jangan makan benda yang banyak lemak, nanti kolestrol mak tinggi.  garam kurangkan, mak tu dahlah ada darah tinggi, ingat tu pesan orang ni!

salam sayang, orang rindu mak.  isteri orang pun kirim salam jugak.  anak-anak pun semua kirim salam rindu kat mak.

assalamualaikum....

mak ai kedekutnya...

...manusia ni ye!

korang setuju tak dengan aku?!  atau ada antara korang yang kedekut sama dengan kategori manusia yang aku nak bagitau korang ni!  allah bagi benda percuma, yang tak luak, yang takkan habis, nak bagi kat orang lain pun payah!  ambik contoh hujan!  free pun.  kalau kat malaysia ni, sampai melimpah-limpah tak macam kat india atau benua afrika sana tu.  kering kontang!  korang tengok aje kota bangkok, air hujan mencurah-curah, free aje.

apa lagi benda free yang allah bagi kat korang semua?  bukan sekadar free, tak susut, tak luak!  tapi, nak bagi kat orang 'sikit' punyalah payah.

pagi tadi aku bagilah satu awek ni cilok depan kereta aku masa hantar anak pergi sekolah.  kesian aku tengok terkial-kial nak keluar simpang sebab kereta-kereta yang lain tak langsung nak bagi jalan. hujan pulak tu lebat nak rak.  aku pun dengan hati murni, bagilah dia cilok.  muka macam babi!  hah. tulah yang aku boleh labelkan manusia macam ni.  hilang pahala aku dapat dosa mengutuk la pulak.  cis.  pandang tak, senyum apatah lagi?  tak ke kedekut namanya tu?  bukannya kena bayar pun kalau senyum.  nanti, masa kena stroke, muka dah herot, nak gerak bibir pun dah tak boleh, baru teringat betapa selama sihat dulu, masa boleh senyum 24 jam, tak pulak nak senyum.  masa mulut dah pencong, mintak kat allah, biarlah bibir tu boleh gerak sebab nak sedekahkan senyuman.

adakah korang spesis awek ni jugak?  tepuk dada tanya selera!  kadang-kadang aku terfikir jugak, walau nampak alim, bertudung, tapi sayang, hati tak jugak cerah!