Monday, July 25, 2011

apa ada dalam saputangan tu ek...

...tekalah... aku gerenti korang sure tak tau?!

pernah ke korang terfikir yang korang ni beruntung? tak kan? semua rasa banyak benda lagi yang tak cukup. yang kurang. ada aje yang orang lain ada, korang tak ada. ambik contoh handphone aje pun cukuplah. bila korang picit butang handphone milik korang tu, terbayang kecanggihan handphone kawan yang lebih hebat, lebih mahal. belek cermin dengan apa yang korang pakai, terbayang pakaian kawan yang jauh lebih branded, lebih mahal. macam tu jugaklah bila belek kasut, handbag, kereta dan apa lancau lagilah. semuanya nak kena banding dengan apa yang orang lain ada, yang orang lain pakai.

hehe! aku pun sama gak. bila tengok member lain pakai kasut branded, aku belek kasut superstar lusuh aku yang tak bertukar-tukar. nak jugak kaki aku ni rasa pakai kasut lv, atau gucci.

bini aku pun (lewat kebelakangan ni) ada menyebut-nyebut nama birkin, terus aku basuh suruh diam. bukan apa, aku tak layak untuk semua itu. tak mampu pun. macam mana aku nak lamar birkin untuk bini aku tu. jadinya, biarlah nama-nama besar itu menjadi teman mimpi di malam hari. wakakaka! sian bini aku! (tak pasal-pasal kena herdik)

inilah yang sejak ribuan tahun dari zaman rasulullah dulu hingga kini, malah sampai terbentuk dalam diri kebanyakan manusia (termasuk aku), untuk memerangi nafsu adalah sesuatu yang hampir mustahil.

aku sendiri kalah, bro. part-part untuk memenuhi tuntutan jiwa ni aku selalu tewas. kalau tak sebab aku ni gila kereta dulu, taklah aku jatuh muflis. kereta punya pasal, aku kena niaya, terpaksa aku kena hadap panjat pejabat insolvensi setiap bulan, hulur duit bayar ansuran bulanan. dari lima puluh ringgit sampai dah naik dua ratus lima puluh.

ah, tu cerita lama, kisah 13 tahun dulu.

apa yang aku nak cerita hari ni, ialah pasal kerakusan aku, korang dan semua orang yang bernama manusia. kita berlumba-lumba mengejar aset dunia dan kadangkala terlupa untuk mengumpul aset akhirat (termasuklah aku).

aku nak kongsi satu cerita yang aku ceduk dari pengalaman kawan baik aku (maaf tak boleh bagitau siapa) dan ini adalah satu kisah benar untuk renungan semua....

kawan aku ni seorang yang berjaya dalam hidupnya. dengan bakat istimewa yang dimiliki anugerah dari allah, dia mengecap kehidupan yang mewah. berkereta besar, motor besar, dan hampir memiliki apa yang dia ingini. satu hari tu, sedang aku duduk bersembang di sidewalk kopitiam, terbukak satu cerita silam yang diceritakannya pada aku untuk renungan bersama....

'satu hari aku balik kampung. pergi sembahyang jemaah kat masjid. aku park kereta mewah aku kat dalam perkarangan masjid dan tak banyak kereta mewah yang ada sebab taraf penduduk kampung taklah macam orang bandar. aku pergi saing dengan abang aku dan duduk sebelah menyebelah dalam masjid sambil dengar imam baca khutbah.

'sedang asyik mendengar imam baca khutbah, datanglah peti duit yang ada roda bergolek depan aku menuntut sumbangan. aku seluk poket, terasa berkepul duit lima puluh dengan not seratus silih bertindih yang aku baru keluarkan dari bank. aku tercari-cari duit kecik yang ada tersorok dalam poket dan aku genggam beberapa keping syiling yang berbaki masa aku minum pagi tadi dengan abang aku. aku seluk semua syiling yang ada dan sumbatkan ke dalam peti duit itu. perlahan-lahan aku tolak peti tu pada orang sebelah.

'sebelah aku tu duduk seorang tua yang tangannya terketar-ketar, yang begitu payah menyeluk poket baju melayunya yang lusuh. songkok hitamnya pun aku tengok begitu lusuh berwarna coklat baldunya, tak hitam macam songkok yang aku pakai. aku nampak saputangan yang bersimpul erat dikeluarkan dari poketnya dengan susah-payah. begitu juga payahnya dia cuba membuka simpulnya itu. aku tak lagi khusyuk dengar khutbah sebab ralit melihat gelagat lelaki tua yang duduk sebelah aku tu.

'akhirnya simpulan saputangan itu dapat dibuka. tau apa yang ada dalam simpulan itu? ada satu lagi saputangan yang bersimpul. dan dengan susah payah, dia buka lagi simpulan itu dan akhirnya dikeluarkan di atas tapak tangannya yang terketar-ketar itu tiga keping duit syiling. satu duit syiling lima puluh sen, satu dua puluh sen dan satu lagi lima sen.

'aku telan liur. dalam hati aku berkata: tujuh puluh lima sen aje yang dia ada! dengan jari tangannya yang terketar-ketar, dicapainya syiling lima puluh sen itu lalu dimasukkan ke dalam peti duit. aku terkedu. aku melihat lagi dan dengan tangannya yang terketar-ketar itu juga dia simpulkan semula baki duit berjumlah dua puluh lima sen itu. saputangan yang bersimpul itu kemudiannya disimpulkan lagi pada saputangan yang lagi satu itu lalu perlahan-lahan disimpannya di dalam poket baju melayunya yang lusuh. kemudian, perlahan-lahan dia menolak peti duit itu pada orang sebelah.

'shit, fuck, bloody hell! itulah yang aku rasakan hari itu. aku renung diri aku, betapa allah anugerahkan aku bakat yang memberikan aku kemewahan, tapi, apa sumbangan yang aku bagi. dalam berkepuk duit yang aku ada, aku keluarkan yang paling sedikit bilangannya, manakala, orang tua itu, dia berikan sumbangan yang terbesar di dalam kedaifan yang dia miliki! astaghfirullah, aku beristighfar dan mengutuk diri aku sendiri.

'balik aje rumah, aku cerita kat mak aku tentang kejadian itu dan mak aku bagitau, beringatlah sebab ada benda yang allah mahu aku fikirkan serta ubahkan sikap yang aku miliki!

'dan... yang paling pelik sekali, yang membiulkan aku, bila aku tanyakan pada abang aku tentang orang tua itu, mati-mati abang aku cakap, dia tak nampak pun ada orang tua duduk kat sebelah aku! jeng, jeng, jeng....

'agak-agaknya ye, apakah erti semua ini, betul ke aku yang bermimpi atau ada petunjuk yang allah nak bagi? wujud ke orang tua itu atau dia sekadar hadir dalam khayalan aku yang fana?'

hm?! aku pun terkedu... bila aku tanya member aku tu betul ke orang tua tu tak ada? dia sendiri mati-mati kata dia dengan mata kepalanya tengok gelagat orang tua tu, tapi yang herannya, abang dia kata, tak ada orang tua yang duduk di sebelahnya?! hakikatnya, korang rasa, siapakah orang tua itu? apa yang korang dapat rumuskan daripada cerita benar kawan aku ini?! ini bukan cerita yang aku reka tetapi pengalaman benar dari seorang manusia biasa macam aku, korang dan kita semua. entahlah, tepuk dada, tanya selera, dan perbaikilah diri kita dari masa ke semasa dan renungkan....

Monday, July 4, 2011

mak! mak makan apa tu?!

kenapa aku ni ek?!

bila aku tengok kemewahan orang lain, aku rasa aku ni miskin la sangat. bila tengok kereta mewah yang diorang bawak, aku rasa aku ni kokak la sangat. bila tengok pakaian yang diorang pakai, aku rasa aku ni hina la sangat.

kadang-kadang aku terfikir, apa yang diorang buat sampai jadi kaya-raya? macam mana? jual apa? kerja apa?

bahu kanan aku berbisik, tak kira apa cara untuk jadi kaya asalkan jalannya halal!

ada ke jalan halal dalam dunia hari ini?! persoalan itu terus berlegar dalam kepala hotak aku ni sampailah aku berhenti depan pagar rumah mak aku di lorong kenanga.

aku balik rumah mak aku, memang aku selalu pun lawat dia apatah lagi kalau hari isnin dan khamis aku hantar lauk-pauk untuk mak bukak puasa. mak akan puasa setiap hari isnin dan khamis. dah jadi rutin hidup dia sejak dah tua-tua begini.

'mak buat apa mak?'
'ala, tengok tv!'
'cerita apa mak?'
'tanyalah ustaz!'
aku angguk. renung kaca tv yang dah uzur yang tebal macam peti besi lama. saat itu mak sedang tengok tv9.
'mak suka tengok tv9 ke mak?!'
'dah ni aje yang clear!'
'tv lain?'
'kabur ada line-line!'
aku picit siaran lain, tv1. tv2. tv3 dan betul, semuanya herot-berot!
'kenapa tak beli tv baru?'
'kau tak belikan!'
'ala kalau beli tv baru pun bukannya clear, sekarang ni orang semua tengok astro!'
'kau pasangkanlah!'
'hm, dulu dah pasang pun kena potong!'
'tak bayar kena potonglah!'

aku termenung. kenapalah aku tak kaya macam dulu-dulu! kalau tak dah tentu-tentu aku pasangkan astro dan bayar bil bulanannya. apa ada hal?! untuk mak aku jugak bukannya mak orang lain!

aku tenung mak aku yang dah tua. dah masuk 74 tahun umur dia. masih degil bersihkan rumput dan masuk longkang kutip sampah. anak-anak aku jadi tukang report apa yang nenek diorang buat sebab aku dah pesan: 'kalau mak buat kerja, cabut rumput atau masuk longkang bersihkan sampah, bagitau papa!'

anak-anak aku, dengan semua anak-anak sedara aku panggil mak aku 'mak'. diorang tak panggil mak aku tu 'nenek'. sebab dari anak sedara aku yang paling sulung semua dah biasa panggil 'mak' sampailah ke anak-anak aku dan kesemua cucu-cucu mak aku akan panggil dia 'mak'.

'mak puasa hari ni?'
'tak!'
'tak?! kenapa? kan selalu hari isnin mak puasa?'
'mak berlapar tak makan je!'
'hm, main-mainlah pulak mak ni!'

dari mak muda sampailah pencen kerja kerajaan, pakaian dan kehidupannya biasa-biasa aje. aku aje yang bergaya (konon je perasan). mak aku, sempoi dan kadang-kadang aku rasa aku tak patut hidup makan mewah dengan kawan-kawan sedangkan mak aku makan apa saja yang adik perempuan aku masakkan untuk dia. pakaian pun tak ada brand. selipar pun tangkap muat aje. mak aku ni kecik orangnya dan adakala seliparnya saiz budak darjah lima pun dia boleh pakai. dan saban hari dia sendirian selepas arwah abah kembali ke rahmatullah tujuh tahun lepas.

minggu lepas aku makan mewah dihidangkan tayangan unggul masa menonton filem 'tolong! awek aku pontianak!' aku perhatikan tetamu yang datang. pakaian dan gaya semuanya mempesona. aku tak kurang bergaya. aku dengan bini aku melahap penuh nikmat. terbayang aku ketika itu, mak aku makan apa? mak aku buat apa? masih menonton tv9 yang kabur dari peti tv yang besar banglo?! sedangkan aku menonton wayang di skrin lebar dengan sound yang mantap dan gambar yang terang jelas.

aku juga tertanya-tanya... adakah korang semua, atau mereka-mereka yang kaya-raya makan di hotel mewah, banglo empat lima tingkat, teringat barang sedetik, apakah yang sedang mak korang lakukan di kala korang semua sedang berhiburan dan bermewahan?!

pernah ke korang bertanya dalam hati dengan rasa insaf: 'mak! mak makan apa tu?!'

korang segeralah lawati dunia baru yang indah ini....

sebelum terlambat...

jom! aku nak bawak korang ke sebuah dunia baru yang mungkin bagi kebanyakan korang masih belum pernah menjejakkan kaki ke dunia ini. tak sama macam dunia yang korang lalui saban hari. dunia ni tak ada kereta. tak perlu berhenti bila lampu merah. tak ada road block. tak perlu kena saman dan apa yang perlu korang lakukan hanya teruskan perjalanan.

best kan!

untuk ke sini, apa yang korang perlukan ialah sedikit pengorbanan, masa, keberanian, jugak duit. tapi, bukanlah sesuatu yang sangat mahal sampai korang tak mampu, tapi taklah pulak sesuatu yang sangat murah untuk segelintir orang. namun, untuk ke dunia ini, adalah sesuatu yang indah, yang takkan dapat korang nikmati atau rasai di dunia yang korang saban hari lalui ini.

kat mana pulak dunia baru ni ek?!

allah dah cipta dunia ini lama dulu. satu dunia yang maha indah dengan penghuninya yang berwarna-warni. tapi bukan untuk kita sebagai manusia untuk menikmatinya. malah, dunia ini adalah sesuatu yang sangat mustahil untuk seorang manusia biasa untuk hidup di dalamnya walaupun hanya untuk lima belas minit. tak ada manusia biasa yang mampu hidup di dalam dunia ini dalam keadaan biasa. kita perlukan ilmu, kita kena belajar, kita kena ada pedoman untuk hidup dan menikmati keindahan dunia ini. namun, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk korang melawat dunia baru ini kalau kena caranya.

aku dulu cukup takut bila bini aku ajak aku untuk melawat dunia baru ini. bertahun-tahun bini aku ajak, berpuluh-puluh alasan aku bagi untuk menghindarkan diri untuk ke dunia baru ini. namun, apabila aku jejakkan kaki ke sini, betapa indah dunia allah cipta. betapa rugi aku rasakan dulu kenapa aku tak lawat dunia ini. demi allah, sangat indah dan kalaulah semua korang dapat melawatnya, aku cukup gembira kerana korang akan menikmati sesuatu yang indah dan damai di dalamnya.

percayalah, dan bagi sesiapa yang pernah melawatnya, faham dan tahu apa yang aku ceritakan ini. tapi, bagi sesiapa yang belum pernah melawatnya, carilah jalan, usahalah untuk ke sini, dan percaya cakap aku, dunia ini terlalu amat indahnya.

untuk keterangan lanjut tentang dunia indah ini, hubungi abang mior, bagitau adiat yang suruh tanya. bagitau abang mior yang korang mahu belajar dan menimba ilmu untuk melawat ke dunia baru yang maha indah ini.

call abang mior di talian: 019-2808900, korang tanyakan pada dia:
'abang mior, apa yang adiat bagitau ada satu dunia baru yang indah yang perlu kami lawati? kata adiat, ia berkenaan dengan mide!'

hargailah kehangatan....

hahahaha! lama dah tak menulis kat sini ye! sibuk tak sibuk. cuma malas aje sebab idea tak ada. tak tau apa yang aku nak merepek lagi. hidup ni rasa monotonous betul. bangun pagi, muka bini. tidur malam, muka bini. tulah muka yang aku tengok kali pertama aku celik mata awal pagi, dan yang terakhir aku belek sebelum tidur lewat malam. bertahun-tahun dah, tak sedar masuk tahun yang kedua belas. muka itu itu itu aje!

kadang-kadang bila tengah malam aku bangun kencing, nyamuk pulak berdengung kat telinga, mulalah mata payah nak lelap. aku belek muka bini aku. aku belai pipinya yang hangat. aku biarkan nafas hangatnya yang mengwap belakang telapak tangan. aku picit hidungnya sampai dia susah nak bernafas. dan, adakala tika romantik, aku kecup bibir mulusnya sambil dia menenyeh-nenyeh mulutnya separuh sedar.

dan ketika aku peluk tubuhnya itu, aku terasa akan kehangatan yang abadi, yang indah, yang pesona, yang segala-galanya anugerah allah kepada aku sebagai suaminya. adakah itu cinta? aku tanya pada diri aku sendiri. adakah itu nafsu berahi? atau itu kasih sayang, atau rindu? atau apa?!

kerana dialah aku kini menjadi papa. kerana dialah aku menjadi ketua keluarga. kerana dialah aku kenal apa erti kecundang dan bangun. di saat aku ditimpa petaka, ketika air mata membanjiri pipi, di waktu aku dicemuh, dialah yang sering gagah di sisi dan berbisik: 'tak apalah wak, orang buat kita, mungkin itu ujian allah untuk kita bangun semula. apa pun saya tetap bersama dengan awak!'

cukup ke hanya dengan setia bersama aku? cukup ke untuk membuat aku senyum semula?!

aku cuma bayangkan, bila tiba saatnya, antara aku dengan bini aku tu, bila aku peluk tubuh dia, aku hanya rasa akan kedinginan jasad yang kaku. masa tu, sanggup ke aku teruskan kehidupan yang semakin monotonous ini sendirian?!

ataupun dia yang peluk dulu tubuh aku yang dingin kaku?!

agak-agaknya siapa yang dulu?!

hanya allah yang tahu!