Tuesday, April 29, 2014

mat gugel bin kopipes....

hm... macam-macam!  sekarang ni ramai sangat pakar, segala bidang.  ustaz fb, pakar kaji selidik dunia, pakar itu, pakar ini, semua ada.  aku pulak yang jadi bingung sampai takut nak baca.  pengkaji dajjal semakin berleluasa.  segala apa yang berlaku, dikaitkan dengan dajjal.  jumpa kambing mata satu pun dikatakan dajjal.  adui, peliklah korang ni.  pelik.  bila tengok umur si pengkaji tu, hm, tak pulak cecah 80.  kalau aku pakai matematik bodoh aku ni, berapa lama pulak berguru.

cukup ke belajar agama, kaji kitab lama, ikut guru yang ditaksubkan sampai ilmu orang lain disangkal.  kalau aku kata bodoh marah.  cakap kita tak belajar, disuruhnya aku pergi belajar.  yang heran, follower ramai, tapi aku nak heran apa, sebab follower yang ramai tu pun bukannya pandai sangat.  diorang tu hanya mudah terpengaruh. bangang!  betullah ustaz aku dulu cakap, tanda-tanda akhir zaman ni, ramai fulamak (atas sikit daripada ulamak) yang tak bertauliah berbicara tentang agama.

aku tak nak tulis pun benda ni, tapi disebabkan ada satu mamat ni yang terserempak dengan aku dan menegur serta memberitahu yang dia meminati karya-karya aku mengajak aku minum.  sebagai peminat, okeylah, aku pun bukannya hebat sangat pun, so layan sebagai teman seislam.  bermula dengan hal-hal aku yang lama menyepi, perbualan semakin rancak sehingga masuk bab-bab serius.  masuk pulak bab mh370, dikaitkan pulak dengan kisah dajjal, iluminati, freemason, yahudi, new world order, adui... kisah pertelagahan sunni dan syiah dan aku pulak yang makin seram.  bab-bab agama dan sebagainya hinggalah aku melihat mamat ni semakin agresif dan taksub, semakin berapi-api berhujah (macam terer pun iya, ala poyonyer....).  aku tenung muka dia., paling tak pun 40 umurnya, gerenti lebih muda dari aku. silap-silap baru hujung dua puluh tapi muka nampak tua....

last sekali, bila kebanyakan teori dan saranan dia aku sangkal, dia marah dan suruh aku belajar agama supaya tahu banyak benda jangan jadi manusia bangang.  aik!  aku pulak kena.  dia marah sebab aku soal dia sampai dia terkedu.  sori la mamat, kalau setakat belajar pondok lima enam tahun, tak payahlah  nak cerita dengan aku yang dah lalui pancaroba hidup yang perit, ujian dari allah.  keinsafan dan kesedaran aku datang dari pengalaman pahit dan dugaan yang allah turunkan.

korang nak tau sebab apa dia jadi marah.  aku ingat lagi bualan aku dengan dia.  ikuti secara langsung... dan renungkan....

'eh kena ambik tau cik adiat, tu yang ramai orang kita hanyut!'
'ambik tahu pun ada hadnya... tapi kalau setiap benda kita kaitkan dengan dajjal, lemahlah ummah kita!'
'hisy, tobat cik adit, tobat!  berfikir luar kotak, jangan mengikut aje, tulah orang kita, malas berfikir!  suruh amalkan al-kahfi pun tak reti!  cik adiat hafal surah al-kahfi?!'
'tak!'
'hisy!  tobat cik adiat!  tobat!  nanti pengaruh dajjal mudah menyerap!  saya sarankan, cik adiat pergilah belajar lagi!  masuk pondok, cari ilmu akhirat, sebagai persediaan.'
'kamu belajar ke?!'
'dulu saya akauntan, kerja kayakan orang, saya benci sebab yahudi pengaruh orang kita jadi tamak.  duit berjuta, halal haram dah tak tau beza, saya berhenti, dalami islam, saya menangis tengok anak bangsa kita!'
'kat pondok tu guru ada tauliah ke?!'
'eh, mestilah, turun-temurun hidup mengajar, moyang dia tulis kitab, saya sendiri siang malam kaji kitab-kitab lama yang orang kita ramai tak tau!'
'moyang dia tulis kitab?!'
'hm, sebab tu saya cakap tadi, belajar, cari ilmu... kalau cik adiat bukak mata hati, berfikir luar kotak, cik adiat akan menangis!'
'moyang dia tu maksum ke?'
'eh apa ni, tu dah ke lain?'
'saya tanya, dia maksum ke?'
'taklah, dia bukan rasul!'
'berapa guru dah awak belajar, berapa pondok ikut?'
'saya tak nak belajar banyak-banyak, sebab guru yang saya ikut ni pesan, ramai yang sesat!'
'dua orang dah saya jumpa macam awak ni, bagitau saya guru orang sesat, guru dia yang betul!'
'saya pernah ikut guru saya bermuzakarah dengan satu kumpulan lain, tak nak sebut siapa... berjam-jam mereka berdebat dengan hujah yang tinggi, akhirnya, kumpulan itu mengaku kalah....'

aku ketawa.  tak dapat tahan gelak.

'tak lawak pun cik adiat!'
'awak ada fb?'
'ada!  blog pun ada!  follower saya ratus ribu dah!'
'ramai tu!'
'memang ramai!'
'kesian, ramai yang sesat!'
'cik adiat ni kenapa?  saya hormat cik adiat sebab dulu masa remaja baca novel, saya sanjung cik adiat, tapi kalau macam ni la true colour cik adiat, hilang hormat saya!'
'awak tak perlu hormat saya, tak perlu sanjung.  allah yang perlu kita sanjung!  saya tak tinggi ilmu agama, saya tak pandai sangat pun, sebab selagi saya tak dapat tunaikan solat lima waktu seharian, saya rasa saya tak layak nak cerita bab ni.  bab solat lima waktu pun saya masih banyak berlengah walau azan dah lama sepi, masih ingatkan perkara dunia, saya tak layak berdebat tentang hal ni pun!'
'suruh belajar tak nak, bongkak!'
'hadis yang ditulis ratusan tahun dulu pun ramai yang sangkal kebenarannya sehingga kini ulamak berdebat mana satu hadis tulen dan palsu, nikan pulak moyang guru awak yang entah siapa-siapa tulis kitab... awak pulak tu percaya bulat-bulat!'
'sebab tu kena fikir luar kotak!'
'jatuh luar kotak tak dapat penalti... kalau dalam kotak baru dapat penalti!'
'tulah tu, banyak sangat tengok bola!  yahudi memang nak mengkhayalkan manusia, cik adiat salah sorang dari mereka!'
'tak salah tengok bola kalau maghrib dah selesai, isyak dah settle... asal jangan bertaruh sudahlah!'
'sedih saya dengan bangsa melayu, tak sedar freemason, iluminati, nwo menusuk dalam diam... tulah berfikir tak mahu di luar kotak.'
'freemason tu apa?'  aku gelak.  'kalau awak bagitau saya tentang aktiviti mereka yang didalangi bangsa yahudi, tak payahlah!  saya nak bagitau, seluk-beluk dalam balai polis pun kita tak tau, janganlah ingat awak, atau guru awak, atau bijak pandai melayu tau tentang freemason, iluminati, nwo dan sebagainya.'
'sebab cik adiat malas berfikir!'
'berfikir aje takkan dapat jawapan!'
'sebab tulah bangsa kita lemah!'
'bangsa kita lemah sebab adanya orang macam kau!  berfikir terlalu jauh konon pandai1  Kalau setakat kopipes, gugel... rentikanlah!  aku respek kau kalau kau dapat satukan umat islam malaysia... bila masuk waktu solat... semua tinggalkan kerja, tinggalkan berniaga... ambik wuduk terus solat jemaah tak kira di atas jalan raya!  habis aje azan, bangsa melayu islam berdiri tegak menghadap kiblat, melaungkan takbir.'

hilang rasa hormat aku!  kalau tadi bolehlah ber-awak-awak sekarang panggil kau aje!  biadap!

'pesan kat guru kau yang berfikir luar kotak tu, tolong fikir satu formula luar kotak, macam mana nak bagi kesedaran seluruh umat islam melayu dalam malaysia ni... melakukan perkara paling asas dalam islam... iaitu rukun islam kedua... dirikan solat lima waktu sehari semalam tanpa berlengah. berjemaah tau tak!  kalau dah berjaya yang ini, aku orang pertama berguru dengan guru kau yang moyang dia tulis kitab tu.  faham!'
'aik marah?!'
'tak marah!  nasihat!'
'saya bukan apa....'
'tak yah citer panjang, kalau guru kau tu hebat sangat, satukan umat islam malaysia.  tak payah satukan umat islam dunia, kat malaysia ni aje pun cukup!  suruh dia fikir luar kotak untuk sedarkan umat islam melayu pentingnya sembahyang berjemaah bila masuk waktu!  suruh dia tulis kitab formula tu!  kalau itu pun guru kau tu tak boleh nak buat, suruh guru kau tu pergi belajar lagi!  okey!'
'hm, tulah masalahnya....'
'kau tu yang ada masalah!  ilmu baru setitik, nak ajar orang yang ilmu sebelanga!  eh, pukul berapa dah?'
'masuk pukul lima setengah dah!'
'kau tak asar ke?!'
'er....'
'guru kau tu tak ajar ke dosa kalau lengahkan solat?'  aku senyum.  'okeylah... jumpa lagi!  jangan lupa ye, pesan kat guru kau tu fikir luar kotak!  anak murid pun lengahkan solat, macam mana nak ubah dunia! assalamualaikum!  kirim salam kat guru kau tu!'  aku angkat kali, terus blah!  malas nak layan....

ptui!  nilah orang kita!  malu jugak nak mengaku aku ni bangsa melayu.  pesan aku, tak perlulah menunjuk kita tu pandai dan hebat sangat!

Tuesday, March 18, 2014

mana hilang tiga tujuh kosong?!

...entah?!  yang aku nampak rakyat malaysia 'hilang' bodoh.  ramai yang tetiba jadi pandai.  jadi pakar.  apa yang pasti, aku tengok lewat seminggu ni ramai pakar berbicara, tu belum kira cnn, bbc, phd, mh, dr, ustaz, nujum, bomoh dan pelbagai pelosok manusia bercerita pasal pesawat yang hilang tak ditemui ini.

tetiba pulak tu, perkataan transponder, awacs, pulau perak, emas hitam, crimea, argur, bomoh vip, teropong, bubu, tikar terbang dan banyak lagi yang korang boleh suka hati tambah di sini.

sana-sini #pray4mh370 menjadi ayat paling lazim... malah budak kecik pun disuruh menyebutnya di dalam wawancara tv sebagai rasa simpati....

ramai gak kengkawan yang duduk sembang minum teh tanyakan aku pasal hal ni.  aku senyum jer, sebabnya aku manalah tau hilangnya pesawat tu?  aku bukan pakar!  aku bukan james bond, aku bukan perisik negara. aku tak retilah nak citer pasal koordinat, pasal koridor selatan, koridor utara bagai, pasal diego garcia dan yang berkaitan dengan laluan udara serta pangkalan tentera semua ni.  itu pun aku terdengar wawancara kawan aku yang jugak senior di vi, dato' capt nik bercerita pasal pengalamannya puluhan tahun menjadi pilot mas.  tak pulak dia bagitau yang dia tau mana hilangnya mh370.  dia sendiri kata dia bingung dengan misteri kehilangan sebegini.  dia yang banyak pengalaman pun buntu.  dia tak berani bagi kenyataan sebab dia tak pasti.  

yang heran tu, macam cendawan tumbuh 'pakar-pakar' serta bijjak pandai yang tetiba saja jadi tau (bukan sekadar tau tapi cukup arif) mengenai dunia aviation ni.  mereka yang terer pulak tu bukan pakar bidang, tapi entah sesiapa?!  kalau ada pun aku ikut perkembangan mh370 ni pun sekitar tiga hari pertama saja. kemudian aku jadi hambar nak tahu.  selepas banyak sangat pakar-pakar tulis dalam blog, fb, dan sebagainya.  aku jadi nyanyuk sebab bini aku, anak-anak aku, kawan aku, mak aku, ramai gaklah, tanya kat aku macamlah aku tau.  semua ni akibat baca blog, baca status fb, banyak sangat tengok tv dengar berita dan sebagainya.  informasi masuk mencurah-curah, teori macam thesis phd, hujan tak jugak mencurah...  tetap kemarau, mujur pembenihan awan dilakukan turunlah sikit menyejukkan bumi ni, sambil sejukkan sedikit nyanyuk aku.  hahaha.

info dan teori konspirasi tentang mh370 semakin menjadi-jadi, pakar-pakar bagai cendawan lepas hujan, namun jawapan pasti masihtetap kabur.  

kalaulah diorang ni terer, rasanya lama dah mh370 ditemui.  

bagi aku, semua ini bukan urusan aku yang kerdil.  bukan aku tak prihatin.  bukan aku tak amek kisah.  tapi, siapa aku untuk membuat kesimpulan.  dan aku tak nak jadi penglipur lara yang bukak fb, bukak blog lepas tu bangga cerita kat kawan-kawan kononnya dia terer.  aku tak perlukan like berjuta.  aku hanya memikirkan, kalaulah aku berada di dalam mh370... sempat tak aku mengucap, sempat tak aku kumpul pahala untuk bekalan pulang?  bagaimana perasan anak bini di rumah, sanak saudara dan rakan taulan... andai mayat aku tak ditemui....

jadinya, yang terbaik untuk aku hanyalah berdoa yang terbaik dan jadikan iktibar ini sebagai satu pedoman sambil bersyukur ianya tak berlaku pada diri aku sendiri....

Tuesday, January 21, 2014

huh... lega no....

...setelah melihat beberapa kematian dan jenazah, serta membaca puluhan kes pembunuhan dan kemalangan ngeri jalanraya, juga menonton tv berita kemusnahan dan kemudaratan yang berlaku di negara luar, peperangan dan kehilangan sanak saudara... semua perkara ini tak berlaku pada aku!

lega no!!!

alhamdulillah syukur pada allah yang menjauhkan aku dari perkara begini, nauzubillah!

aku harap aku akan terus sihat, selepas 2009 aku disumbat ke dalam wad kelas tiga hukm sebab gout melampau.

masa tu jugak aku tergolek kalah kes mahkamah nafkah anak sebab aku bak kata yang arif tu bapak yang tak bertanggungjawab sebab tau buat anak tapi tak tau bagi makan anak.  huk aloh!

aku laki bini rasa daif dan aib tak tau mana nak sorok muka bila keluar orang semua pandang sinis, sebab baca pasal aku kat suratkhabar.

aku memang patut dihukum sebab aku ni bukannya baik sangat pun.  padan muka.  kahkahkah.

masa tu, aku duduk termenung.  iyalah, apa lagi nak buat.  duit ciput, hutang keliling pinggang, masa tulah teringat nama allah.  masa tulah sebut nama allah.  masa tulah mintak pada allah.  masa tu jugaklah, siang malam pohon allah buat magic, kun fayakun, ubah nasib aku.

alhamdulillah, aku dapat loloskan diri daripada kemelut perit itu selepas allah buat magic.  magic yang allah selalu buat bilamana dia suka nak buat.  allah kalau nak buat magic tak payah susah payah, kun fayakun, maka jadilah ia.  pendek kata, aku berjaya merangkak keluar dari penderitaan itu dan bersyukur seadanya. rumahtangga tak goyah, malah bertambah kukuh sebab aku dan bini aku tau apa erti keperitan dan faham erti cinta sejati yang mampu menjadikan segala yang mustahil menjadi tak mustahil.

dan, aku bersyukur seadanya walaupun kehidupan biasa-biasa aje.  itulah yang terbaik kerana itulah yang allah anugerahkan.  takut kalau allah magickan aku jadi juta-jutawan, aku jadi lain pulak.  jadi riak dan takbur, maka apa yang aku perolehi sekarang ini jauh lebih baik semasa aku jatuh tergolek sebelumnya.

apa lagi yang aku mau selain bersyukur di atas segala nikmatnya....

korang tau tak... selain daripada semua yang di atas, ada sesuatu yang sangat aku inginkan ianya terjadi tapi sehingga kini masih belum jadi realiti.  dan aku nak sangat ianya terjadi....

aik korang pun nak tau jugak.  hahhahhah!

sebenarnya... aku nak sangat rasa kawin dua.  bini aku akan dapat madu.  kat akhirat nanti bergaya dengan payung emas.  antara kebaikan kawin dua ni... boleh tolong dia kat dapur.  boleh ringankan beban kerja dia. taklah dia penat setiap malam jumaat.  asal pagi jumaat aku tengok bukan main serabai bini aku tu lepas malamnya sama-sama bina pahala.  aku kesian tengok bini aku tu.  niat aku baik.  untuk kebaikan dia jugak. korang nampak tak point aku nak kawin dua.

aku dapat bayangkan betapa bahagia rumahtangga aku nanti.  tahun pertama balik padang rengas, perak balik rumah bini aku, bawak bini muda sekali, raya sama-sama dengan mak bapak mertua.  tahun kedua, bini aku pulak balik kampung bini muda, beraya sama-sama mak bapak mertua yang kedua.

masa tu bini muda aku sedang sarat mengandung, bini tua aku tolong bagi tips dan petua-petua untuk menghadapi saat bersalin.  korang bayangkan, betapa indahnya dunia ini.  melihat kedua bini aku itu saling berkerjasama di antara madu.

lepas bersalin, bini tua aku akan ajar bini muda aku itu tips-tips penjagaan anak pulak.  mereka sama-sama membesarkan bayi comel itu sehinggalah dia pandai bertatih dan bini muda aku mengandung lagi anak kedua dan begitulah seterusnya sehingga dapat tiga orang anak.  stop!

di sinilah aku tegakkan keadilan.  oleh kerana bini tua aku ada tiga anak, bini muda aku pun hanya boleh ada tiga anak saja.  nampak tak permainan aku?  nampak keadilan aku?  ada nampak masalah?  tak ada, kan?! siapa kata kalau aku kawin dua akan timbul masalah?  siapa yang cakap?

yang paling aku terharu, bini tua aku dari mula aku nikah, menyarankan agar kami semua tinggal serumah. dua tiga kali jugak aku berdebat untuk cari rumah lain tapi bini tua aku tu tetap tegas dengan pendiriannya untuk kami semua tinggal sebumbung sampailah aku mengalah.  aku pulak yang rasa janggal.  iyalah, bila tiba masa giliran bini muda, aku rasa malulah pulak nak masuk bilik bini muda yang jaraknya hanya bersebelahan bilik bini tua aku itu sambil bini tua aku jeling-jeling sambil ketap bibir.  aku terbayangkan gurisan pada hatinya.  tapi itu masa mula-mula nak melangkah masuk bilik aje, tapi bila dah kunci pintu, lampu dah padam... terlupa kejap macam mana rupa bini tua aku tu.

esok malamnya bila tiba giliran bini tua, aku minta izin rehat sebab malam semalamnya aku dah kerja keras. bini tua aku tu okey aje.  nampak tak keindahannya?!  aku dapat kurangkan beban tanggungan bini tua aku itu.  kalau tak, dialah jadi mangsa asal aje hujan turun.  asal aje malam jumaat.  asal aje adik bangun.  asal aje kulit bergesel.  asal aje dia lepas mandi bau sabun.  asal aje dia lepas gunting rambut.  asal aje dia....

'aik lama tak bukak komputer, tulis novel baru ke?'

'er....'  aku tersentap.  'taklah tulis... ak ah... tulis novel baru.' cover line tak nak bini aku tu tau yang aku update blog.

'apa tajuk?!'  bini aku tersengih dengan mulutnya comot durian sambil mengunyah enak.

'er....'  aku nak kawin dua!!!!  tapi apa yang aku jawab.  'allah dan magic-nya!'

'wah!  islamic-nya novel baru awak ni!'

'hm... agaklah!'

'apsal awak ni gabra kera?'

'er... t-tengah gagau cari idea!'

'citer pasal apa?'

'er... p-pasal h-hero memohon magic allah!'

'hm... menarik!'

'tak jugak!'

'kenapa pulak?'

'allah tak munculkan magic-nya!'

'laa... kesianlah hero tu!'

'hm... memang kesian... apa nak buat... allah tak perkenankan magic-nya kali ini!

'hm... great story!'  bini aku datang dekat, cium pipi aku.  'all the best!'  terus berlalu nak hidupkan mesin basuh.

aku terhidu-hidu, rasa mual nak muntah, ada rasa melekit yang tajam, rasanya pipi aku ni ada bau durian.

cis....

aku berlari ke sinki.  sambil bilas pipi aku tertanya-tanya... rasanya allah takkan buat magic kali ini....

hm... hampeh!!!