Tuesday, March 18, 2014

mana hilang tiga tujuh kosong?!

...entah?!  yang aku nampak rakyat malaysia 'hilang' bodoh.  ramai yang tetiba jadi pandai.  jadi pakar.  apa yang pasti, aku tengok lewat seminggu ni ramai pakar berbicara, tu belum kira cnn, bbc, phd, mh, dr, ustaz, nujum, bomoh dan pelbagai pelosok manusia bercerita pasal pesawat yang hilang tak ditemui ini.

tetiba pulak tu, perkataan transponder, awacs, pulau perak, emas hitam, crimea, argur, bomoh vip, teropong, bubu, tikar terbang dan banyak lagi yang korang boleh suka hati tambah di sini.

sana-sini #pray4mh370 menjadi ayat paling lazim... malah budak kecik pun disuruh menyebutnya di dalam wawancara tv sebagai rasa simpati....

ramai gak kengkawan yang duduk sembang minum teh tanyakan aku pasal hal ni.  aku senyum jer, sebabnya aku manalah tau hilangnya pesawat tu?  aku bukan pakar!  aku bukan james bond, aku bukan perisik negara. aku tak retilah nak citer pasal koordinat, pasal koridor selatan, koridor utara bagai, pasal diego garcia dan yang berkaitan dengan laluan udara serta pangkalan tentera semua ni.  itu pun aku terdengar wawancara kawan aku yang jugak senior di vi, dato' capt nik bercerita pasal pengalamannya puluhan tahun menjadi pilot mas.  tak pulak dia bagitau yang dia tau mana hilangnya mh370.  dia sendiri kata dia bingung dengan misteri kehilangan sebegini.  dia yang banyak pengalaman pun buntu.  dia tak berani bagi kenyataan sebab dia tak pasti.  

yang heran tu, macam cendawan tumbuh 'pakar-pakar' serta bijjak pandai yang tetiba saja jadi tau (bukan sekadar tau tapi cukup arif) mengenai dunia aviation ni.  mereka yang terer pulak tu bukan pakar bidang, tapi entah sesiapa?!  kalau ada pun aku ikut perkembangan mh370 ni pun sekitar tiga hari pertama saja. kemudian aku jadi hambar nak tahu.  selepas banyak sangat pakar-pakar tulis dalam blog, fb, dan sebagainya.  aku jadi nyanyuk sebab bini aku, anak-anak aku, kawan aku, mak aku, ramai gaklah, tanya kat aku macamlah aku tau.  semua ni akibat baca blog, baca status fb, banyak sangat tengok tv dengar berita dan sebagainya.  informasi masuk mencurah-curah, teori macam thesis phd, hujan tak jugak mencurah...  tetap kemarau, mujur pembenihan awan dilakukan turunlah sikit menyejukkan bumi ni, sambil sejukkan sedikit nyanyuk aku.  hahaha.

info dan teori konspirasi tentang mh370 semakin menjadi-jadi, pakar-pakar bagai cendawan lepas hujan, namun jawapan pasti masihtetap kabur.  

kalaulah diorang ni terer, rasanya lama dah mh370 ditemui.  

bagi aku, semua ini bukan urusan aku yang kerdil.  bukan aku tak prihatin.  bukan aku tak amek kisah.  tapi, siapa aku untuk membuat kesimpulan.  dan aku tak nak jadi penglipur lara yang bukak fb, bukak blog lepas tu bangga cerita kat kawan-kawan kononnya dia terer.  aku tak perlukan like berjuta.  aku hanya memikirkan, kalaulah aku berada di dalam mh370... sempat tak aku mengucap, sempat tak aku kumpul pahala untuk bekalan pulang?  bagaimana perasan anak bini di rumah, sanak saudara dan rakan taulan... andai mayat aku tak ditemui....

jadinya, yang terbaik untuk aku hanyalah berdoa yang terbaik dan jadikan iktibar ini sebagai satu pedoman sambil bersyukur ianya tak berlaku pada diri aku sendiri....