Tuesday, June 29, 2010

bila hujan datang....

...kalau datang waktu malam, yang dah kawin tu memang saat-saat yang dinantikan la, yang berniaga pasar malam, merungut malang, yang tengok perlawanan bola kat stadium, lencun kesejukan, yang tersepit dalam kesesakan lalulintas, merungut bengang, begitulah keadaannya bila hujan datang!

tapi, bagi kebanyakan penulis pulak, bila hujan datang, idea mencurah-curah turun, irama hujan itu bagaikan curahan idea yang membunga di minda! betul ke? entahlah! kalau aku, hujan ke, panas ke, pelangi satu langit ke, kalau dah idea tak ada, mood tak ada, tengah stress pulak tu, hujan turun sampai banjir pun, idea aku tetap jugak kemarau!

so, senang ke jadi penulis ni? kaya-raya ke? glamour ke? dihormati ke? korang ingat camana? entahlah? aku jadi penulis ni pun sebab aku tak ada restoran mamak yang curahkan duit cash setiap minit! aku juga bukan anak tan sri yang bapak boleh sediakan ferrari kalau aku mintak! juga, bukan ahli politik yang kuasa ada di tangan boleh cambahkan duit! jadinya, tiada pilihan aku pun menulis! mujur, allah berikan aku rezeki di sini, maka ramailah manusia yang suka membaca hasil tangan aku ini (beruk dan kambing kalau boleh membaca pun sure suka, agaknyalah)! alhamdulillah!

tetapi, menulis ini ada etikanya! bukan boleh sebarangan menulis! tengoklah berapa ramai yang meringkuk dalam penjara kat kemuning tu pasal menulis, yang rosakkan masyarakat pun ada, yang sampai kerajaan iran arahkan hukuman bunuh pun ada! korang ingat lagi kepada salman rushdie yang tulis novel 'versa syaitan' dulu sampaikan ayatollah khomeini menjatuhkan hukuman bunuh terhadap beliau? jadi, jangan main-main bila menulis! bak kata orang dolu-dolu, mata pena itu lebih tajam dan berbisa daripada mata pedang! mak oi! betul ke ni? tapi, kalau aku bagitau anak aku yang jantan sekor tu (adamboy) yang umur baru enam tahun, sure dia mengekek tak percaya! sure dia guling-guling kat lantai sambil ketawa! silap-silap dihulurkannya aku sebatang pen bila nampak aku nak potong daging!

'nak buat apa pen ni?'
'potong daging la?!'
'potong daging?' mata aku sure terjojol renung dia! (masa ni aku mungkin dah lupa apa yang aku cakapkan dulu tu?)
'papa cakap, pen lagi tajam dari pedang?'

hampeh betul! nak terajang anak aku tu, kecik lagi! nanti mama dia report teledera... aku yang niaya! apa yang aku boleh buat, ambik pen tu, suruh dia main jauh-jauh! tengok dia dah tak ada aja, perlahan-lahan ambik pisau, sambung potong daging! bini aku nak masak lemak cili padi! phuh, meleleh liur! pen aku letakkan kat tepi!

namun, hakikat yang aku akui, memang mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang (atau pisau)! bukan untuk memotong, tetapi ketajaman yang dapat mempengaruhi minda manusia! ketajaman tulisan yang terhasil dari mata pena tulisan seseorang itu, kalau tulisannya besar dan berpengaruh, ia mampu mengubah sesuatu fahaman negara!

lihatlah karl marx dan rusia! yang mampu mengubah satu rusia menganuti komunisme dengan tulisan dan kepercayaannya!
'if we have chosen the position in life in which we can most of all work for mankind, no burdens can bow us down, because they are sacrifices for the benefit of all; then we shall experience no petty, limited, selfish joy, but our happiness will belong to millions, our deeds will live on quietly but perpetually at work, and over our ashes will be shed the hot tears of noble people.' (ini surat karl marx kepada bapanya pada tahun 1837)

juga, lagenda china yang termasyur yang dikenali secara global sebagai 'confucius' yang mengubah kitar kehidupan bangsa cina satu ketika dulu!
'kong qiu (孔丘), as confucius is commonly known, is a combination of his surname (孔) and his given name (丘), and he was also known as zhong ni (仲尼), which is his courtesy name. he was born in 551 bce in the Lu state[9] (this state was in the south of modern-day shandong province) in the later days of the spring and autumn period. confucius was from a warrior family. his father shulianghe (叔梁紇) was a famous warrior who had military exploits in two battles and owned a fiefdom. confucius lost his father when he was three years old, and then his mother yan zhengzai (顏徵在) took him and left the fiefdom because as a concubine (妾), she wanted to avoid mistreatment from shulianghe's formal wife. thus, confucius lived in poverty with his mother since childhood. with the support and encouragement of his mother, confucius was very diligent in his studies. when confucius was seventeen years old, his mother died as a result of illness and overwork. three years later, confucius married a young woman who was from the qiguan family (亓官氏) of the song state (宋). though he had a mild tempered wife who loved him, he left his family to strive for his ideals. confucius sought to revive the perfect virtue of huaxia (chinese civilization) and the classical properties of the western zhou dynasty to build a great, harmonious and humanistic society.'

ha, cukuplah dua contoh besar yang aku korek-korek kat dalam internet mengenai dua lagenda yang mampu mengubah dunia dan kefahaman manusia hanya dengan kehebatan minda yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan disebarkan kepada manusia-manusia sejagat yang membacanya lalu terpengaruh dan mengikuti kepercayaan mereka!

aku tak perlulah tulis mengenai islam dan nabi muhammad 'baginda kita' kerana itu sudah semestinya 'karya tulisan' yang maha teragung di antara yang maha teragung yang dimaktubkan di dalam jilid bernama al-quran! itu aku tak nafikan! subhanallah maha hebat, mahakarya! indah tak terperi tak terlukis dengan kata-kata! tulisan yang diatur di dalam al-quran itu adalah tinta allah! yang sangat maha indah lagi maha lengkap dan sempurna, tiada tulisan atau susunan kata-kata yang sesempurnanya! amin! tiada tolok tandingan lagi bandingan! full stop!!!

apa yang aku nak korang renungkan ini adalah bagaimana seseorang penulis itu mampu mengubah minda manusia dengan hasil tulisannya?

nah, di sinilah menjelma jutaan penulis dari pelbagai genre, usia, bangsa, bahasa atau apa saja bentuk penulisannya yang bertaburan di seluruh planet dan cakerawala ini! dan, aku termasuk salah seorang daripada mereka itu!

aku menulis atas nama ahadiat akashah! apa yang aku tulis? novel remaja, novel cinta, novel fantasi, novel misteri, novel thriller, novel seram, novel humor, boleh dikatakan semua jenis adunan dan ramuan ada, namun... novel-novel tulisan aku itu digelar oleh segelintir anak bangsa aku sendiri sebagai novel picisan! novel yang tak ada ilmu! novel yang tak ada jiwa! novel yang isinya sampah! itulah aku! pendek kata, aku ini adalah penulis sampah! iya ke? ada jugak ek, penulis sampah?! satu ketika dulu, sekitar belasan tahun silam, karya-karya aku dicop sebagai karya yang merosakkan bahasa! karya banjingan! atau, dengan bahasa lebih hina, karya aku ini dikatakan melacurkan bahasa melayu! phuh! menitik peluh aku ni sampai basah meja! alamak....

sambil menjerit: 'mei tolong ambikkan towel! cepat sikit!'
bini aku yang duduk di bilik sebelah datang bergegas.
'awak nak apa?' tercungap-cungap!
'towel!'
'towel?!'
'ak arh... towel, dah tak kenal towel?'
bingung muka bini aku tu dah sampai tahap cipan nak beranak aku tengok... tapi dia diam aje dan terus bergegas keluar dan tak lama kemudian membawa sehelai tuala mandi!

aku capai towel yang dihulurkan itu lalu aku lap meja yang basah lencun serta rambut aku yang menitik-nitik dengan air peluh sambil aku lapkan sekali kepala aku itu!

bini aku ternganga, aku dapat nampak anak lidahnya dan segera aku tepis seekor lalat yang hampir saja masuk ke dalam mulut bini aku yang terbuka luas itu.

bini aku tu mendongak ke siling, merenung tajam, mata tak berkelip-kelip.
'a-atap b-bocor ke yang?'
'mana ada atap bocor?"
'habis tu, dari mana datang air yang melimpah-limpah tu, sampai kepala awak lencun, rambut basah macam kena jirus hujan!'
'hm, tak ada apa-apalah, nanti saya cerita!'
aku tak nak panjangkan cerita (tentang sejarah penulisan aku itu serta tuduhan yang aku terima) terus hulurkan towel yang dah basah lencun itu dan segera menyuruh bini aku keluar sebab aku nak sambung tulis entry pasal 'bila hujan datang....' ini.

cuba korangkan bayangkan! (aku tunggu seminit ni....) teeeeet.... (okey masa dah habis!)
dah? korang dah bayangkan tak? hm, macam tulah punya perit pengalaman aku masa mula-mula menulis dulu! sampai lencun menitik seluruh kepala dan meja akibat peluh jantan yang mengalir memancut-mancut dari liang roma apabila mengenangkan artikel di akhbar mengatakan aku telah melacurkan bahasa melayu! kiranya aku ni macam bapak ayam la! kok ko koook! ambik kau?! mana punya falsafah diorang dapat pun aku tak tau? aku ingatkan, perempuan atau lelaki jambu aje yang dilacurkan, bahasa pun ada jugak kena lacur, ek? pelik! tapi, itulah yang aku terpaksa hadapi masa dulu aku mula-mula jadi penulis! mujur, semangat aku semakin kuat, makin banyak pulak aku tulis novel, makin ramai remaja yang membaca novel-novel aku, tapi... apa yang aku dapat dari sumbangan aku itu? eh ada! banyak yang aku dapat sebenarnya korang aje yang tak tau! nak tau? betul ni korang nak tau apa yang aku dapat?! hahaha! aku dapat cemuhan, penghinaan, kutukan, yang busuk-busuk tu semua untuk akulah dan macam-macam lagi! sebab itu aku nak bagitau korang, untuk jadi penulis ni kena kuat! kuat semangat, kuat iman, dan kuat mental! kalau tak, mulalah patah semangat macam kebanyakan penulis muda yang aku lihat hari ini! semuanya warm-warm shit chicken only!

kalau apa yang kita tuliskan itu benar, betul, jujur, niat murni, jangan takut apa pun! sebab bagi aku, setiap penulis ada nawaitu masing-masing! buruk atau baik, serong atau lurus, benar atau dusta, itu masing-masing yang tau! dia yang akan bertanggungjawab di atas tulisannya! macam aku, aku tau apa yang aku tuliskan itu kalau tidak benar, ia akan membawa fitnah! bayangkan apa akan jadi kepada pembaca yang mempercayai tulisan fitnah aku itu? korang pun tau kan, dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh! baik aku bunuh tikus aje! sebab itulah, aku kalau menulis, aku hanya menulis sesuatu yang sangat benar! itu prinsip aku sebagai seorang penulis! dan, kalau apa yang aku tuliskan itu benar, aku takkan takut kepada sesiapa pun, melainkan aku berdusta di atas tulisan aku itu! dan, aku tau akan akibatnya, kalau tidak di dunia, maka di padang masyar aku akan menerima balasannya! itu janji allah!

so, sebab itulah, aku suka tulis santai-santai di blog! aku tak suka selak kain orang, nak buat apa? kalau wangi okeylah, kena kalau dia baru lepas kencing ke, atau lepas berak, tak ke kuapannya itu busuk! aku jugak yang hidu? bodohlah tu! kan lagi baik aku tulis tentang apa yang telah aku lalui dalam bentuk yang sangat benar! walaupun kebenaran itu kadangkala mengaib dan memeritkan!

malu? kenapa aku nak malu? kalau sesuatu itu benar tentang aku, aku tak perlu malu untuk mengakuinya! kenapa perlu jadi manusia hipokrit! setidak-tidaknya kalau buruk apa yang telah aku lakukan itu, ia diharap menjadi pengajaran agar tak berulang kepada orang lain! aku tak malu untuk mengakui hakikat yang aku ini muflis! kenapa? hina ke aku kalau aku muflis? kenapa aku muflis? aku tipu duit bank ke? buat pinjaman perniagaan juta-juta, buat kertas kerja kononnya nak buat kilang antarabangsa, lepas tu cabut! biar lantaklah bila muflis! janji, duit puluhan juta aku dah laburkan kat swiss bank! hoi, korang ingat aku muflis pasal ni ke? atau, aku hutang kad kredit platinum, kredit limit sampai dua tiga ratus ribu, belasah sampai licin lepas tu jadi muflis? sori, aku tak buat kerja macam ni, okey?! dan, lain-lain pekerjaan hina yang boleh mengakibatkan seseorang itu jadi muflis!

so, kenapa aku muflis? rasanya aku dah bagitau dalam entri aku yang terdahulu! sure korang dah tau, kan?! kalau tak tau... hm, pandai-pandailah korang korek, tak salah pun!

sebab itulah aku berani menulis sesuatu tentang aku walaupun mungkin tak disukai orang lain! kenapa agaknya diorang tak suka? mana aku tau?! mungkin tulisan aku itu terkena batang hidung mereka! sebab aku tulis sesuatu yang benar dan betul, lalu diorang jadi takut! tak guna takut dengan tulisan aku sebab korang kena lebih takutkan allah! aku selalu percaya, what you give, you get back! what goes around, comes around! kau bagi buruk, kau dapat buruk, kau bagi baik, kau dapatlah yang baik-baik! so, enough! aku tak perlu takut, malu, marah, stress, kalau apa yang ditulis orang tentang aku tak betul! biarlah, aku ada allah! aku ada maruah! kalau cara itu untuk menjatuhkan maruah aku sekalipun, tetapi kalau semua itu tidak benar, hakikat akan tetap menang!

dah nasib badan, aku masih jatuh lagi ni, masih tak bangun-bangun lagi, cuma baru bangun dari tidur aje! hehehe! tu yang aku merepek-repek ni! adakah aku ini betul-betul jenis berani orangnya? entahlah!

tapi berani-berani aku pun orang kata aku ni takut bini! cet?! siapa yang cakap tu? aku bukan takut bini brader! (dan aku tak nak jawab sebagaimana lelaki lain selalu jawab!) 'bini yang tak takut aku!' sorry! aku ada rahsia sebenarnya! yang nak aku kongsikan bersama! aku ni sebenarnya, mempunyai sesuatu yang tersangat-sangat berharga! yang tidak ternilai harganya! yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit! itu bini aku aje yang tau! so, satu malam tu, lepas aku selesai kenduri-kendara persandingan aku, dalam bilik tidur pengantin yang harum semerbak, bini aku berbisik: 'awak betul-betul sayangkan saya ke?'
jawapan aku yang nak cepat ok ot! (dah membuak-buak sangat ni) 'eh, mestilah... wak, sure la... kalau saya tak sayangkan awak, takkanlah kita di dalam bilik indah ini, malam pengantin kita ni! sure la i love you!' lalu... aku hadiahkan bini aku tu senyuman tom cruise aku yang biasa-biasa tu!
tak langsung dia balas senyuman aku itu, wajahnya merah padam penuh serius! 'awak jangan cuba-cuba nak menggatal ye?'
alamak?! apa benda ni? tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aje? di malam pertama pulak tu! apa yang aku dah buat salah ni? aku mula panik!
'kalau awak berani main pompuan, siap awak, saya potong torpedo awak tu! tak caya buatlah! jangan cabar saya!'
mak oi! sampai kering air liur yang ada kat mulut aku masa tu aku telan! sampai rasa berpasir-pasir mulut aku tu, kesat semacam! teringat berita yang aku baca kat suratkhbar di mana seorang suami telah bergegas membawa torpedonya ke klinik berhampiran untuk disambung semula setelah dipotong bininya! burp.... (sendawa la pulak!)
'saya serius ni, awak jangan cuba-cuba nak buat!'
aku renung matanya, memang nampak serius sungguh! tak nampak macam dia bergurau pun! dahlah malam ni malam pertama aku dengan dia! hisy! dan, aku ambik serius amaran itu! apa taknya, dua tiga minggu selepas itu pun aku masih terngiang-ngiang amaran maha keras bini aku itu! aku tidur pun tak pernah lena, malam asyik terjaga sambil aku teraba-raba torpedo aku tu dan aku rasa kelegaan yang teramat sangat apabila aku dapat merasainya dan ia masih ada di tempat biasa! maunya tak panik sebab inilah satu-satunya benda yang paling berharga yang aku miliki! giler apa? kalau betullah bini aku tu potong, mana aku nak cari ganti! korang giler ke apa? apa, korang ingat kalau korang sanggup nak gantikan dengan korang punya sekalipun, korang ingat sama ke dengan hakmilik aku ni? sori la bro, memang takkan sama punyer! tak mungkin sama, brader oi! aku tak sanggup kehilangannya! takkan dapat kucari ganti walaupun teknologi setinggi mana pun! walau sebesar dan sepanjang mana pun milik korang tu! walau ada antara korang yang bermurah hati mahu memberikan hak korang itu pada aku, ianya tetap takkan sama! dengan lekuknya, gerutunya, keanjalannya, hisy mana sama brader oi! aku sayangkan aku punya! maka, sebab aku tak sanggup kehilangannyalah aku sangat takut kat bini aku tu! bukan takutkan bini ye, pembetulan-pembetulan... tapi, takut kalau-kalau dia serius akan memotongnya kalau-kalau aku mencuranginya!

sekarang korang semua faham tak sebabnya! so, jangan tuduh sebarangan aku ni takut bini korang tau, taaaaaak?! faham?!

alamak, bunyi pintu tu! aku chow dulu ek?! bini aku baru lepas mandi tu! dan... hujan yang datang tadi masih lagi belum pergi....

Sunday, June 27, 2010

tips berbini empat?! (wanita tolong jangan baca, bahaya)

korang giler ke apa? ini bukan helmet hati yang aku nak kena pakai, tapi helmet kepala! kalau setakat helmet yang tak lepas sirim, gerenti berkecai kepala aku ni nanti! apa taknya, sure bini atau bini-binis korang baling batu kat kepala aku ni!

so, aku memang takkan bagi korang tips ini walaupun korang sembah sujud kat kaki aku ni! padan muka korang!

tapi, tak baik jugak kalau aku tak berkongsi tips ni, sebab ramai para lelaki dan bro-bro yang request benda tak elok tapi halal ni! daripada korang berzina, baiklah korang berbinis (plural) empat, ye tak? dan tentu-tentu halal, tak kena cekup dengan pencegah maksiat, dapat kembangkan zuriat halal secara berleluasa, mengikut sifat nabi, hm, banyaklah kebaikannya kalau aku nak senaraikan kat sini, ye tak?! aduh bisingnya apa tu? huh! bukan main kuat lagi sorak tempik si jantan-jantan di luar sana tu ye, macam tengok bola final la pulak, suka korang ek bab-bab benda sedap ni?! amboi... mentang-mentang bini tak ada, bukan aku tak tau korang baca blog ngeri aku ni time bini tak ada! tul tak! hakhakhak!

baiklah, aku bagi tips ni tapi jangan sesekali bagitau bini korang yang korang baca benda giler ni kat blog aku, faham?! janji? oi, aku tak nampak pun korang angkat tangan berjanji!

(alamak aku ada meeting ni, ingatkan sempat nak siapkan, er, aku sambung jap lagi habis meeting ek! ok, chow cin chow! jangan happy sangat!) berhenti tadi pukul 2:27pm jam yang aku pakai kat pergelangan tangan kanan aku!

hm, sekarang pukul 5:20pm jam yang aku pakai kat pergelangan tangan kanan aku jugak! aku nak sambung balik, tips yang tadi telah aku hentikan untuk seketika! hehehe, ada lagi ke bro-bro yang tadi syok baca tiba-tiba potong stim sebab aku berhenti meeting? ada ke? sorry bro-bros!

baiklah, kawin dalam islam adalah sunat! amat digalakkan allah! manakala kawin lebih daripada satu pula hukumnya harus! paham tu? harus! bukannya wajib, dan bukan pula digalakkan! tapi, kalau dah korang semua jantan-jantan macho gatal sesangat, aku galakkan korang kawin je lebih dari satu daripada korang berzina! paham ye!

jadi kepada semua jantan-jantan macho yang miang, jeng-jeng-jeng, inilah tipsnya yang korang nanti-nantikan! alamak! walaupun dah ada amaran wanita tak boleh baca, dia baca jugak! hm, lantaklah! (kepada para lelaki macho semua korang jangan sesekali sebarkan kewujudan blog aku ini kepada kaum wanita)

wanita ni bagi sesetengah lelaki macam baju ajer! rasa nak pakai... pakai, dah jemu, buang tak pun tukar yang lain! ada ke patut! tak baik tau perangai macam tu! aku taulah bilangan wanita lebih ramai berganda-ganda dari lelaki! tapi, kalaupun niat korang nak membantu, biarlah jalan yang betul! bukan nak ok-ot jer!

ingat ye, tips ini hanya valid untuk lelaki yang benar-benar ikhlas nak berbini empat tanpa mengabaikan bini-binis sebelumnya. paham?!

langkah pertama bermula dari perkahwinan pertama, itu paling penting sekali! selesai kawin aje, kau ajak bini kau tu ke mana aje, lebih-lebih lagi mengikut kau menjalankan aktiviti harian! kepit bini kau tu, pegang tangan, belai rambut, bagi kaw-kaw punya romantik value! macam kes aku yang kaki bola ni, bawak bini korang tu setiap petang tengok kau main bola! tak kiralah main gol kecik petang-petang pun kau bawak bini kau tu! apatah lagi bila ada game! bawak jugak! biar bini kau tau yang kau ni lelaki sukan yang gemarkan aktiviti sihat! bagitau bini korang tu, kau ni punyalah terer (kononnya), kalau setakat main gol kecik petang-petang tu, setakat dua tiga dozen tu memang kau ajelah yang score! bagitau jugak dia, kalau bini ada tengok korang main, sure semakin semangat, mau tiga empat ratus gol korang score petang tu!

'i ni ayam tambatan team i, you tau tak yayang, selalunya i la yang score gol, ni kalau yayang ada tengok i main ni, hm... i ingat i tutup mata pun, mau dua tiga puluh bijik i score! you tunggu sini ye yayang, i nak pakai but kejap!' hm, masa sarungkan but tu, muka mau sombong, muka mau bongkak stail sombong ronaldo! pafam ek!

main bola bukan habis kat padang ajer, habis main, ajak kawan-kawan korang tu lepak pekena teh tarik (invest la sikit), pastikan korang borak dengan kawan-kawan yang terpilih itu... borak yang sihat-sihat topiknya! contohnya macam, bagaimana untuk mengusahakan batik! atau, macam mana untuk membuat wau bulan lebih menarik! sambung borak-borak hilang akal korang tu sehingga masuk ke tengah malam! kalau boleh, dekat-dekat nak subuh baru tepuk dahi pura-pura lupa nak balik! aku gerenti kalau ada kolam dekat-dekat situ, lama dah bini korang tu terjun!

atau, kalau korang kaki pancing, bawak bini! biar bini kau tu tumbuh janggut tunggu kau naikkan ikan ke darat! kalau lagi lama tak dapat ikan lagi bagus! memang sengaja pun aku nak suruh kau jangan naikkan ikan biar bini kau boring tahap dewa tunggu kau naikkan ikan! sambil tunggu ikan makan umpan tu, kau ceritalah benda-benda mengarut yang boleh buatkan dia bosan tahap gaban macam contoh konon kalau kau nanti kaya kau nak beli ferrari tiga, satu untuk pergi pasar, satu lagi untuk pergi mancing dan satu lagi untuk pergi dinner function besar-besar kat hotel besar punyer! ha, cerita-cerita sewel jenis macam ni atau yang seakan-akan dengannya amat penting untuk kau sajikan pada bini korang tu sewaktu tunggu ikan makan umpan! ops lupa, sebenarnya masa kau lontarkan joran tu, pastikan tak ada umpan, dan tak ada mata kail! kau ikatkan aje paku kat benang tu (jangan bagi bini kau nampak pulak), lepas tu buatlah stail macam iya-iya kau lontarkan joran sambil tersenyum. (hehehe, mana ada ikan yang nak makan paku bro oi!) dan, jangan lupa puji bini korang tu! ini penting!

'hai yayang, harap-harap dengan kehadiran you ni, akan berlonggok-longgok ikan yang i naikkan! selalu dulu masa i bujang, setakat tujuh lapan puluh kilo i dapat ikan! tak caya you tanyalah mak i tu, mana pernah dia beli ikan kat pasar! semua i pancing sendiri!'

maka, akan kembang-kembanglah bini korang tu akibat dipuji! (tak sure pulak aku bahagian mana yang kembang?) dari petang korang mula memancing, sampailah ke tengah malam, mungkin jugak masuk ke subuh, seekor ikan pun tak naik-naik lagi! bini kau tu aku sure dah tahap nak bunuh diri punya bosan tu! maka, kalau boleh... hiburkan dia sikit dengan lagu-lagu irama jazz, demi mengurangkan tahap kebosanan gabannya itu!

korang buatlah aktiviti-aktiviti riadah begini (korang pilihlah sendiri aktiviti-aktiviti yang seumpamanya) untuk sebulan lamanya! kalau selepas beberapa hari bini korang tak nak ikut, korang mesti pura-pura merajuk! bagitau bini korang tu, kau tak boleh berenggang langsung! kalau boleh kena leather to leather all the time! (kulit bersentuh kulit sepanjang masa) biar sampai lebam-lebam mata bini korang tu temankan korang dengan aktiviti yang aku sebutkan tadi selama sepurnama! boleh bayangkan? boleh gambarkan macam mana tahap kebosanan maksima bini korang tu?

hehehe! sebulan cukuplah korang ajak bini kau tu beriadah sama sebab aku sure, kalau kau bagi pilihan untuk dia tak pergi, silap-silap mau bini kau tu buat party!

test bini korang selepas seminggu korang heret dia ikut aktiviti riadah korang tu....

'eh yayang, siaplah, i nak pergi mancing dah ni, karang lambat pulak karang, menyorok ikan! dah berapa lama dah ni i pancing ikan tak naik-naik!'
'er... i n-nak k-kena pergi jugak ke darling?"
'eh mestilah! you kan inspirasi i, kan moto perkahwinan kita adalah untuk bersama selamanya, leather to leather!'
'er... kalau i....'
masa ni korang terus potong kata-kata bini kau tu! muka kena sebak! stail mau macam tom cruise terkejut! paham?
'hm, yayang betul-betul tak nak ikut ke ni?'
'ha, i bukan apa darling, i ni....'
'okey-okey! i paham! lagipun i ni yang tak berperikemanusiaan sebenarnya! mana patut i samakan kepala i yang suka memancing ni sama macam kepala you! tak lojik jugak kan, kalau you ajak i menjahit, atau menyulam, sure i boring tahap gaban, betul tak yayang?'
'ha, tulah, lama dah i nak bagitau you ni tapi....'
'i paham! i paham! it's okay!' muka tu sedihkan sikit lagi. 'tak apalah yayang, i pergi dulu, kalau cepat i dapat ikan, cepat i balik!'

masa ni kalau korang boleh keluarkan sedikit air mata, cantek! tapi kalau tak boleh pun it's okay! sebab bini korang ni dalam hati pun sedang berdoa agar korang tak nak bawak dia! keluar aje korang dari rumah, hilang aje asap kereta korang tu, melompatlah bini korang tu sampai ke cucur atap punya gembira!

apa kena mengena benda bangang ni dengan kawin empat ye tak? tak ye jugak?!

ha! tulah korang! lepas ajer korang tak ajak bini kau ni pergi aktiviti riadah giler korang tu, aku gerenti, lepas ni, kalau korang ajak lagi dia pergi, bebini korang ni akan pikir tujuh lapan kali kalau nak ikut! siap dengan soalan-soalan serta alasan kalau boleh memang tak nak ikut!

'yayang nak ikut i gi mancing tak ni?'
'er, tak yahlah darling, semalam darling pergi mancing sorang-sorang dapat dua kilo ikan, kalau i pergi, suwey ajer! ikan bilis pun darling tak dapat!'
'iyalah! tak ye jugak ek? semalam i pergi sorang dapat dua kilo! hm... okeylah yayang, i pergi dulu! sure ni yayang tak nak ikut?' (jangan sesekali bagitau yang korang beli ikan tu kat pasar malam)

mau sembilan belas kali bini korang menggeleng! tak caya korang kira jer la!

ha! ini petanda baik! sebab, halangan pertama korang dah berjaya! modalnya untuk si kaki pancing... joran, atau yang kaki bola, but bola, yang lain-lain tu bawaklah gadget masing-masing yang sewaktu dengannya! maknanya, asal korang ajak jer bini korang ikut beriadah, sure-sure bini korang tu tak nak! maka, mudahlah nanti (bila-bila sesuai atau kemampuan) time korang nak cari calon bini kedua bini pertama bukan lagi halangan! bila nak keluar dating ajer, pura-pura ajak bini pergi memancing atau main bola! aku gerenti mati pun dia tak nak ikut lagi dah! hehehe!

habis part one! ini part two! korang ingat senang ke?

baiklah, selain ajak beriadah, korang kena selalu wangi, selalu kacak, selalu bersih, mandi sehari kalau ada di rumah, amalkan tujuh lapan kali paling kurang! sisir rambut, sembur perfume tebal-tebal, belek muka, pusing-pusing kat depan cermin dan jadikan ini rutin dan habit seharian! kat rumah pun, kalau korang ni jenis pergi kerja pakai kemeja dan seluar slacks, kat rumah pun pakai sama jugak! jangan selebet! pakai kemeja, pakai tali leher! cuma masa kat katil ajelah korang tanggalkan! kalau tak mana boleh?!

bukan apa, nanti kalau dah ada projek, taklah bini korang syak wasangka tiba-tiba ajer korang ni pasang badan! paham?!

part three is all about handphone! hehe! ramai kaum lelaki tak perasan bahawa handphone inilah selalunya punca kejahanaman!

korang kena invest dua line! dua handphone! satu aktif hanya di rumah saja sewaktu bersama bini! satu lagi, mati all the time kecuali keluar sorang-sorang! (pastikan bini tak tau pun kewujudan handphone kedua ini) bila kat rumah, pastikan handphone pertama itu selalu berbunyi! (ini kena pakat dengan member sekepala) sepuluh minit sekali, make sure ada member call! kalau korang plan sama-sama, korang pun kena call member yang terbabit tu selalu! bila handphone bunyi ajer, suruh bini jawab! asal handphone menjerit, suruh bini jawab!

'tak bolehlah reduan, aku baru balik ni, kerja-kerjalah jugak, duit pun duit jugak, memang nak duit lebih, tapi kalau dah sampai rumah, aku ada tugas lain, aku ada bini, lainlah macam kau tu bujang... bolehlah buat overtime! sorry la ek, kau call la ramesh ke, ah tang ke untuk temankan kau, ek! sori!'

masa cakap ni, cakap kuat-kuat, biar bini korang dengar! lepas taruk handphone ajer, muka mesti sedih + bengang + kesal!

tak sampai lima minit, sure handphone bunyi lagi, suruh jugak bini jawab! macam tulah seterusnya setiap hari sampai bini jenuh jawab handphone! tengah dia berak pun jerit suruh dia jawab!

'yayang, cepatlah jawab handphone i tu!'
'i dalam toilet ni, tengah berak!'
'ala, you tolonglah kejap, i tengah syok layan bola ni....'
'darling, i tengah berak ni!'

biarkan ajer handphone tu mati! (sebab korang sure kejap ni akan berbunyi lagi) ha, elok bini korang keluar jer dari toilet hidu-hidu jari, handphone berbunyi lagi!

'yayang....'
'iyalah-iyalah! hisy... kita nak berak pun tak senang!'

masa ni mata tumpukan pada tv! (kawal tawa korang tu jangan sampai terlepas) konon macam tak boleh lepas barang seminit pun aksi sengit bola tu walaupun sebenarnya masa tu liga amatur pakistan sedang bermain. (bukannya bini korang tau pun, kan?)

'nah! ofis you call!'
pura-pura marah! buat-buat muka geram sambil ketap bibir! bisik perlahan-lahan sambil tutup handphone! 'hisy you ni... katalah i tak ada....'

sure terkulat-kulat muka bini korang tu rasa serba salah!

'yes hello!' pura-pura ternganga!
'ala, reduan, kau ni kan, adui... hm, banyak ke?' muka mesti ketat!
'hm, nantilah, aku cek dengan bini aku dulu!'

matikan handphone muncung mesti panjang! 'hm, yayang siap, i nak kena pergi ofis buat kerja sikit! yayang temankan i jelah, ye! lagipun, ofis i tu ada sofa, kalau nanti yayang ngantuk, yayang tidur jelah! sebelum subuh kita baliklah kut, itu pun kalau i sempat habiskan kerja! dah, siap cepat!'

walaupun bini korang bagi alasan tak nak, ajak jugak pergi (separuh paksa)! untuk kali pertama ni kena ajak jugak! bawak pergi ofis dan buat kerja korang tu! kalau tak ada kerja, buatlah blog ke, layan fb ke, asalkan jari tu beriya-iya ketuk keyboard! benda-benda macam ni kena buat tiga atau empat kali round, cukuplah tu!

selesai part three maka masuklah part terakhir iaitu part four! yang ini kena melibatkan keluarga mertua, dan ipar-duai!

lepas kawin ajer, amalkan sikap suka berkongsi! apa-apa ajer, ajak keluarga mertua berkongsi! masa pergi berbulan madu, ajak mak dengan bapak mertua sekali lepak bilik hotel yang sama! kongsi towel, kongsi berus gigi sekali dengan mak-bapak mertua! kalau tengok wayang dengan bini, ajak adik-adik ataupun abang-abang bini korang tu! apa ajer ajak bersama! saja hantar bini balik rumah mertua konon korang ada kerja, lepas tu balik bawak sebungkus mi goreng mamak, pura-pura belum makan, dan nampak ajer ada mak, bapak mertua atau adik-abang ipar yang lain, ajak makan sama-sama! kongsi mi goreng mamak itu tak kisahlah walaupun dapat sesudu seorang! janji berkongsi! tanamkan sikap macam ni dan lebih-lebihkan di depan mak dan bapak mertua sampai diorang tau yang korang ni jenis suka sangat berkongsi! kalau berani sikit, masa bermalam di rumah mertua, pura-pura tertinggal seluar dalam dan pinjam seluar dalam bapak mertua korang tu atas konsep rela berkongsi! biarpun seluar dalam tu terlondeh sebab bapak mertua bersaiz xxl!

sure bini korang pening kepala, kan?

'i ni yayang, kawin dengan you... bukan kawin dengan diri you sorang aje, tau?! i kawin dengan keluarga you sekali! lagipun, kita jangan tamak-tamak, kita kena kongsi apa yang kita ada! kalau ada sikit, sama-sama sikit, banyak sama-sama banyak! berkongsi ini menggembirakan orang lain! kita dapat pahala!'

amalkan dan tanamkan sikap suka berkongsi ni di dalam ubun kepala bini korang tu! sampai bini korang sendiri suka sangat berkongsi!

pendek cerita, bila korang dah amalkan sikap hidup macam ni, bila dah senang keluar dating bini tak banyak soal (siap malas nak ikut lagi tu), awek call pun bini tak ambik peduli siapa yang telefon, pasang badan lawa-lawa pun bini tak syak apa-apa, tak balik rumah pun bini ingat overtime, lepas tu pulak bila bini dah biasa dengan sikap berkongsi selama ini, bila bagitau ajer korang nak tambah cawangan, bini korang pun terus mintak borang!

'besok darling bawaklah borang tu yer, boleh i sainkan!'

kahkahkah! hm... masa ni dunia ni koranglah yang punya! kalau dah kawin nombor dua, ulang perbuatan yang sama dengan bini nombor dua korang tu, paham?! ini bukan apa, untuk masa depan korang jugak, nanti... senanglah nak kawin tiga dan begitulah seterusnya sampai kawin empat!

selamat mencuba....

p.s. amaran keras. jangan bagitau kat bini yang korang baca tips ni kat blog aku!

p.s. lagi satu, jangan lupa plak hantar kad kawin ek, biar tiga atau empat kali sekalipun!!!

Thursday, June 24, 2010

biarkan cahaya mentari menggigit!

aku ni kalau korang nak tau, dah jadi macam orang kampung! bela ayam itik, angsa, kura-kura, hui best la! kucing pun ada! dulu, tak macam ni! dulu hidup pantas, cargas, gerak mahu khas! sekarang ni lain pulak, pagi-pagi lepas hantar anak pergi sekolah siap layan cahaya matahari tu...! pheh? punyalah stim! hehe! siap tayang lengan kat bawah cahaya matahari, dapat rasa cahaya emas yang dijadikan allah tu menggigit-gigit kulit! phuh, nikmatnya, macam awek gigit buat love bite! tapi lagi sedap! tak caya, cuba besok korang buat! tadahkan kulit tangan tu pada cahaya matahari pagi yang baru menjenguk dari sebalik langit! rasakan nikmat gigitannya! sebenarnya, lama dah kita ni lupa pada hadiah yang diturunkan allah! samalah macam aku gak! aku sure korang dah lama tak layan cahaya matahari kan? dok asyik sibuk jer, yang kena kerja, yang berniaga buat duit dalam fb, yang buat mlm, tapi baguslah! semua tak macam dulu lagi! semua dah senang! semua dah kaya-raya, tapi ingat! pakai helmet! jangan jadi macam aku! ingat tu! aku ni kadang-kadang heran gak, pergi rumah orang kaya-kaya semua ada taman, ada air terjun buatan yang harga sure cecah ribu-ribu! tapi, diorang nilah kadang-kadang yang musnahkan taman alam yang allah ciptakan! tak payah nak pasang pam air terjun pun, allah dah jadikan air tu terjun sendiri! tapi, peliknya, diorang ni jugak yang musnahkan demi duit, naikkan bangunan, naikkan jambatan, samalah macam kawasan hutan kat belakang rumah mak aku yang aku tumpang tinggal ni! habis ditarahnya pokok, dinaikkan roket yang memproses simen! air jernih yang dulu mengalir lesu dikambus! yang buat tu pulak tahap lebai orang panggil ustaz! apa cerita ni? habis tanah-tanah jiran kat belakang rumah tu (yang tak tau menahu langsung) dijadikan tapak pembuangan sampah! siap kelentong tuan tanah kata nak kambus tanah, tapi kambus dengan sampah! kalaupun ada tanah, adalah sikit kat permukaan saja sedangkan yang di bawahnya penuh sampah! siap cas lori ni buang sampah satu lori sekitar lima belas hingga dua puluh ringgit! mak oi, kaya giler ni! best gak jadi tokeh sampah ni, kan?! amacam? buang sampah kat tanah orang, dia dapat duit! geliga betul otak lebai ni! korang tak nak ke menukar profesion? lumayan dik! tak payah nak masuk fb ajak orang buat duit! jadi tokeh sampah ajer pun kaya-raya! maka penuhlah lalat hurung rumah aku! nak makan pun tak ada selera! ada satu ketika tu, siap bagi lori buang najis kuda! ada ke patut?!

tak kisahlah, lantak hang la joe! kita berbudi pada tanah, dapat hasilnya! kalau kita sakiti tanah, tahulah nanti tanah gigit kita masa tidur sorang-sorang kat bilik kecik yang namanya liang lahad tu!

ini ada satu cerita yang aku nak kongsi dengan korang pasal seorang miskin lagi baghal tak ada ilmu pengetahuan yang kerjanya mengutip sampah sarap untuk dijadikan sesuap nasi! tapi pak cik ni tak kerja kat tempat pembuangan sampah kat belakang rumah aku tu ye! dia kerja kat tempat lain! kerjanya seharian pergi ke tempat pelupusan sampah kutip kotak, tin minuman, botol, besi, alumunium, atau apa ajelah yang sewaktu dengannya! dia ni ada basikal tua, dahlah tua, cabuklah pula! maka, dengan basikal itulah dia berulang alik ke tempat penjualan barang-barang lusuh yang dijaga pekerja-pekerja bangla!

kalau nasib baik, dapatlah lima enam puluh ringgit sehari jual barang-barang lusuh tu! pak cik ni pun dah mula kenal dengan mat bangla tukang timbang tu! ada gaklah sekali-sekala kautim suruh mat bangla tu kira berat lebih! dapat duit tu diorang kongsilah beli rokok sambil main kuda lumba bila habis kerja dari malam sampai subuh! pak cik ni bukanlah buta i.t. pun, sebab dia tau gak pasal komputer tapi satu-satu komputer yang dia tau, main komputer lumba kuda kat kedai yang pintu selalu tutup dan gelap tapi ramai pelanggan!

satu hari tu, pak cik ni korek punya korek, cari punya cari jumpa dua karung besar penuh dengan kertas kat tempat pelupusan sampah tu! disebabkan karung tu besar dan hanya satu trip aje yang lepas naik basikal, terus dibawanya karung itu ke tempat jualan!

'banyak besar ini hari?'
'ala... kertas aje! lainlah kalau besi! kau timbangkan lebih ye hamid, nak cover kalah semalam!'
'tau, tau....' si bangla tu mengangguk!
'kertas apa yang diorang buang ni ye?' pak cik tu tak puas hati kaut dengan tangan dalam karung itu dan duit not seratus ringgit yang baru dirompak si perompak dalam genggaman.

pak cik dengan bangla berpandangan! masing-masing jenguk ke dalam karung dan tergamam melihat duit yang penuh bertimbun!

'bodoh betul orang yang buang duit ni, kan hamid?'
'ya la. kita lagi susah-susah kerja cari duit, ini orang senang-senang kasi buang!'
pak cik itu tersengih! 'dah tau macam tu hamid, kau timbanglah kasi lebih tiga kali ganda! duit seratus tu!'
'tak bolehlah pak cik, tiga kali ganda banyak sangat, nanti tokeh tau, dua kali ganda bolehlah saya adjust!'
'okeylah dua kali ganda pun bolehlah!'
si bangla pun timbang dan catat beratnya dua kali ganda dari berat sebenar!
'tak boleh ke kau adjust lebih sikit, duit seratus tu hamid! kasilah lebih sikit!'
si bangla menggeleng. 'tak bolehlah pak cik, sama jugak, mau kasi buat tisu jugak!
pak cik penuh hampa mengangguk saja!
si bangla humbankan not seratus ringgit yang penuh dalam karung itu ke dalam mesin pengisar....
'hamid ini malam lumba kuda macam biasa?'
'sudah mestilah pak cik, bila lagi kita mau jadi kaya!
kedua-dua mereka ketawa ceria....
'aku jumpa kau malam nanti kat tempat biasa!'
si bangla nama hamid itu tersengih sambil angguk-angguk gembira....

lagenda budak setan: novel vs filem

aku tau, dengar jer topik ni aku bukak, hm, sure berduyun-duyun ahli bahas yang mahir! tak caya tengoklah! aku pun pening, kejap-kejap garu kepala, kejap-kejap tepuk dahi, macam-macam kerenahlah pasal filem lbs ni bila dah keluar! macam-macam luahan isi hati tapi semua disebabkan cinta yang menggunung terhadap lbs! aku tau!

bila korang baca novel dulu, masa belum farid kamil jadi kasyah, sure macam-macam wajah yang korang bayangkan?! tul tak? sama gak yang si mamat, kalau bukan wajah lisa surihani yang korang bayangkan, aku pun tak tau macam mana rupa ayu yang dalam kepala hotak korang ni?!

jadinya, bila dah keluar filem, macam-macam ragam timbul! aku tau, korang semua sayang giler master piece milik rakyat malaysia ni! aku sendiri tak berani campur tangan, sesilap aku kena bom, sebab aku tau kasih sayang korang pada karya ini sangat tinggi sekali! tak ada sorang pun yang mahu martabat kisah kasyah dan ayu ini dijatuhkan dalam apa jua keadaan!

so, gelanggang dah aku bukak, apa lagi semburkanlah ayat-ayat power korang tu! bye, aku nak tidurlah, dahlah semalam italy kena lauk, bergegas aku kerahkan bini aku tukar jersey pakai oranje! hehehe....

sekarang baru aku rasa nak bangun balik! boleh ke?

setelah sekian lama aku bertapa, sekarang aku rasa aku nak bangunlah pulak! seronok gak bila mula menulis balik ni! merepek-repek macam aku biasa buat dolu-dolu tu! ramai yang tak tau kenapa aku tidur! (melenyapkan diri tak mau menonjol) kebangkitan aku pun secara tak langsung ajer (terima kasih kat janda aku dulu) yang menjadikan aku instant celebrity bila kes aku tak bayar nafkah anak jadi sebutan! amek kau, berderet-deret pagi tu suratkhabar tulis cerita pasal kedayusan aku yang tak bayar nafkah anak! padanlah muka aku! tau kawin, tau buat anak ajer! nafkah tak nak bayar! baiklah telur aku ni potong bagi makan kambing ajer (saranan seorang blogger yang aku tak kenal dia pun)! ada gak manfaatnya ye tak?! hm, betul gak tu, tapi masalahnya, mau ke kambing tu makan telur aku ni? yang baunya masam-masam hangit! (bini aku pun selalu tak lalu kalau aku tak paksa... dia buat-buat tak tau ajer)

jadinya, aku amek keputusan biarlah aku bangun balik! lama sangat dah aku tidur ni! lantaklah apa orang nak kata! kalau dulu ingat nak down to earth, sekarang aku rasa tak guna pun aku bertapa! bukannya dapat jadi pendita pun! kalau jadi pelita pun tak ada guna, orang yang terang, aku tetap gelita! so, aku tutup telinga, pasang senyuman tom cruise aku, bangun hadapi dunia nyata! aku tak bayar nafkah pun bukan anak korang, anak aku jugak! kesian anak aku tu, yang dah 14 tahun umur dia sekarang ni! (masa cerai tahun 2000 dulu dia baru umur masuk empat tahun)

nak jadi cerita, aku ni disebabkan kehenseman aku yang tak ada tolok bandingannya (yang selalu menjadi kegilaan wanita tak kira tua ataupun muda, dara ataupun janda) maka aku pun berlagaklah dengan kereta sport mewah aku yang bernama supra. rumah aku macam mahligai dek oi, lima tingkat kat bukit mas sana tu! novel aku jangan cakaplah, pagi ni taruk kedai, besok habis, order lagi habis, order habis! berduyun-duyun orang beli! tu yang beli, yang pinjam, hm, sepuluh kali ganda dari jumlah yang beli! kalau tak mahligai aku bukan lima tingkat, 25 tingkat! hehehe!

jadinya, bini aku yang dolu tu, hidup bagaikan puteri (la konon) pendek cerita disebabkan kebongkakan aku, ramai yang menyampah, doakan aku jahanam (agaknya) maka allah nak tunjuk, satu malam tu adalah kawan baik aku nak beli kereta mercedes sl aku terus aku jual! lagipun aku ni dah mengidam sangat dengan supra yang memancar-mancar birunya kat showroom naza tu!

tak pikir panjang aku bagi ajer, lagipun kawan yang aku kenal, tau mana tinggal! pesan kat dia suruh settle cepat-cepat kat bbmb kewangan yang selalu aku buat pinjaman kereta bagi ic ajer (sebab dah kenal sangat dengan aku)

tau-tau, dekat setahun lepas tu, bank call aku kata aku tak bayar loan. mengamuk sakanlah aku! terus aku tepuk bumi merekah lima kilometer panjangnya membentuk sebuah sungai yang dalam. terus aku call kawan aku ni.

'eh apa citer kereta mers tu?'
'don wori, aku nak settlekanlah ni!"
'la, aku call ni baru kau nak settle, kalau aku call tiga tahun lagi, masa tulah kau nak settle?'

jahanam aku! tau-tau kereta tu dah berhijrah ke siam! padan muka aku! aku kena kencing rupanyer! hm, inilah kawan kalau korang nak ambik pengajaran, ini dah ada satu teladan yang baik untuk dijadikan contoh bodoh! jangan terlalu percayakan kawan baik (konon) dalam bab-bab jual kereta ni! ramai dah yang terlungkup macam aku ni!

maka, aku mendapat title terhormat al-muflis al-bankrapsi pada tahun 1998! yeahooo! padan muka aku! yang tak suka aku, bersorak buat party liar la jawabnya!

aku pun panik! masa tu umur aku sweet thirteen! apa? salah ke? ops sorry, thirty, bukan thirteen! panik bukan main aku di usia itu dah jadi muflis! terbayang supra aku yang bakal kena tarik, rumah banglo aku yang tersergam mewah, kereta-kereta lain, kondo dan apartment yang aku beli, semua ini akan dirampas! tak ke panik beruk aku masa tu! beruk kalau tengok aku masa tu pun beruk panik!

aku ingat lagi malam tu, aku tak boleh lelapkan mata, terbayang-bayang segala kemewahan aku yang kini berada di ambang kehancuran! habislah aku! habislah segala ke-macho-an aku kalau nanti aku tak lagi memandu supra mewah yang mengalirkan air mazi wanita! puas kupejamkan mata, tak mau tidur! di bilik mewah banglo lima tingkat aku di bukit mas itu aku merenung siling! kipas mahal aku berputar perlahan dan anak mata aku mengira mengikut pusingan kipas itu sampailah aku sedar ajer, mentari dah bersinar! kicau burung pun dah kedengaran! masa tu kalaulah aku jadi burung pun bagus, tak perlu aku jadi bankrap! pagi-pagi bangun cari ulat untuk makan! lagi sempoi hidup ni!

terus aku terbayang wajah mak dan aku bergegas ke gombak setia rumah mak aku untuk mengadu nasib! manalah tau, kalau-kalau doa mak aku untuk aku tak bankrap dimakbulkan allah kan bagus! aku pun ceritalah panjang lebar kat mak aku nasib yang bakal aku hadapi! aku tau, sebagai mak sure mak aku sedih! sure mak aku akan rasa kehilangan sebagaimana aku rasa! aku ni anak mak, mestilah dia sedih tengok penderitaan aku tu!

'apa yang kau nak fikirkan, kau tu dulu pun bukannya anak orang kaya pun! dulu kau tu hidup biasa-biasa ajer! ala, semua tu hanya daki dunia ajer! allah ambik tu pun adalah sebabnya tu, adalah yang kau buat tak betul tu, jadi allah ambik balik apa yang bukan hak kau!'

giler aper mak aku ni! dahlah aku dengan penuh hiba mengadu nasib, itu yang dia jawab?! sampai ajer aku kat rumah agam aku tu, aku terkangkang! mula aku pikir apa yang mak aku cakap dengan selamba tadi tu! langsung tak ada perasaan sedih ke, simpati ke, nak tolong ke, tak ada! sempoi giler mak aku ni?!

tapi, (yang heran tu) malam tu aku dapat tidur nyenyak! aku tak ingat berapa kali kipas mahal aku berpusing tak macam malam semalam aku siap boleh kira berapa kali ia berputar?! kata-kata mak terngiang!

'semua tu hanya daki dunia ajer!'

yes! supra, rumah mewah, kondo, duit berlambak... mak aku kata semua tu hanya daki dunia ajer! so what?! buat apa aku simpan daki! ceh! pagi itu aku bangun, aku bersiul-siul girang, pastinya burung yang dengar pun heran bahasa apa yang aku siulkan! aku terus jadi tenang setenang air yang kusangka tak ada buaya!

cara jalan aku pun lain sangat pagi tu! sesungguhnya hati aku menjadi tenang, aku jadi tabah, aku relax ajer! what the heck?! daki man, is only daki, why you have to keep daki!

aku langsung tak ambik peduli apa yang akan terjadi dan yang aku tau aku dipanggil jabatan insolvensi untuk membincangkan perihal muflis aku itu! semuanya aku serahkan, informasi tentang perniagaan, harta-harta aku yang dah tak ada, pasport antarabangsa, semua aku serahkan! buat apa aku simpan daki tu!

maka, hiduplah aku menjadi seorang muflis terhormat (lagi teruk dari penganggur terhormat) sehingga kini! hahaha! padan muka aku!

jodoh pun tak panjang, asyik bergaduh ajer, apa taknya, kereta yang tinggal pun kereta kancil ajer! maka, tahun 2000 rasmilah aku menjadi duda dadu! (duda dadu ni macam dadulah, tak tau nombor apa akan keluar, kalau nombor enam cantik la, kalau keluar nombor satu, tak ke haru?)

anak aku masa tu kecik lagi, (empat tahun) tak tau apa-apa pun! akulah yang hantar dia pergi nursery bila mak dia pergi kerja! aku jugaklah yang jemput dia sebab aku ni tak kerja! ke mana aje aku berdua dengan dia (sampaikan sembahyang jumaat pun dia ikut sama siap guling-guling tak faham apa-apa) sehinggalah ke hari ini! tak caya tanyalah dia! call la tanya! korang ada nombor hp dia?

mujur ada balance-balance novel lama aku untuk aku jual sebagai penyambung hidup! sehinggalah aku bertemu dengan bini aku yang sekarang ni dan berkahwin pada 13 ogos 2000. aku pastikan bini aku dengan anak aku tu ngam! aku didik diorang berdua untuk menerima antara satu sama lain! mula-mula tu payah gak! bini aku cemburu, anak aku pun cemburu! tapi, berkat jampi serapah dan doa aku, allah izinkan dan sambungkan mereka dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi sehinggalah aku dapat tiga lagi anak yang menjadikan hubungan kami enam beranak semakin erat!

sebenarnya, dari hari pertama aku bercerai dulu, aku tak pernah berpisah dengan anak aku tu! hari-hari aku hantar dan jemput dia ke tadika, hantar kelas inggeris (vital years), mengaji, sehinggalah naik sekolah rendah dan kini dah tingkatan dua! tak caya korang tanyalah cikgu dia, kawan-kawan dia, abang gerai mi sup kat pinggir sekolah rendah taman melawati tu! hari-hari diorang nampak aku dengan anak aku tu, bersama-sama dengan bini aku dan anak-anak aku yang lain! itu kalau hari sekolah, kalau musim cuti persekolahan, memang anak aku tu tinggal dengan aku!

sehinggalah aku disaman sebab tak bayar nafkah anak aku tu! yeahoo! bestnyer! memang salah aku pun! aku yang tak bayar! masa tu bisnes bini aku dah nak terlungkup! duit kredit kad dah sampai maksima, hutang kereta tak yah nak cakap! memang sejak aku bercerai dulu, aku belikan bekas bini aku tu sebuah kereta kembara, sebuah apartment di ukay perdana dan belanja poket tak kurang lima ratus ringgit sebulan! malah, masa aku kawin dengan bini aku pun aku dah bagitau yang itu tanggungjawab aku kena laksanakan!

sehinggalah pada tahun 2006 aku langsaikan hutang kereta kembara dia dan dia bagi aku surat perlepasan bayaran ansuran apartment dan aku hanya perlu bagi dia tiga ratus ringgit sebulan duit poket! tak termasuk belanja sekolah dan perbelanjaan lain anak aku itu! apa ada hal, aku bayar ajelah! lagipun itu kan anak aku jugak! tiga ratus untuk mak dia aku bagi, belanja harian anak aku pun aku bagi! sehinggalah tahun 2007 bila bisnes bini aku terlungkup aku pun telefonlah dengan suara tom cruise aku mintak janda aku tu tolak ansur untuk aku tangguhkan pembayaran tiga ratus itu!

tau-tau, terus dia melenting! dia kata dia tetap nak jugak duit poket tiga ratus tu!

'you fikir la, i tengah teruk ni, my wife punya bisnes tengah ada masalah, buat masa ni i tak bayar dulu duit tiga ratus you tu, tapi semua belanja anak, duit sekolah, belanja cuti sekolah i tanggung macam biasa! cuma duit tiga ratus you tu aje yang i tak boleh bagi!'
'i don't care! i want my money!'

aku mula garu kepala! apa nak buat? duit nafkah anak, dah jadi nafkah anak punya mak!

maka, akibat kejatuhan bisnes bini aku tu, dia tak lagi mampu nak tolong aku bayarkan duit tiga ratus untuk mak kepada anak aku tu, dan genap tiga belas bulan (ni nombor jersey aku ni kalau aku main bola) aku telah dipanggil mahkamah syariah atas tuduhan tak bayar nafkah anak!

dan di akhbar-akhbar harian pada tarikh 19 disember 2008 memuatkan berita penulis terkenal ahadiat akashah tak bayar nafkah anak rm3,900.00. para kambing gembira sebab tau aku sure nak potong telur aku ni bagi diorang makan sebab dayus tau buat anak, tau kawin, tau cerai, nafkah anak tak tau nak bayar....

cantek!

panjangnya senyuman aku sekarang....

macam mana tak panjang?! semenjak terbaca kes wanita kena simbah asid sebab tak nak bagi laki main keluar kat suratkhabar satu hari tu, aku dah ada reason baik punyer! hehe, sorilah wahai biniku!

aku ni memanglah kalau ikutkan... bini aku patut bengang! dahlah dia sibuk mop lantai, kemas rumah, buat itu, buat ini, yang aku ni kerja melepak jer! habit buruk aku ni kalau dah start membaca, hm, payahlah nak berhenti kalau tak habis!

satu malam tu, aku asyik membaca satu magazine baik punyer, bini aku sibuklah tiba-tiba masa tu nak kemas bilik! habuk mula naik! batuk dah mula kedengaran. hm, lagilah aku malas nak campur! bini aku suruh pulak aku temankan dia tarik cadar, katanya dah bau hampriang giler sebab anak aku yang nombor tiga tu dah tiga empat kali tinggalkan kenangan. macam-macam peta ada! minggu dulu peta negara lain, minggu ni dah makin luas pulak tanah jajahannya! boleh ke peta makin membesar?

aku buat dek jer la macam biasa! aku intai punyalah ketat muka bini aku, benganglah tu sebab aku tak nak tolong! malas la, baik aku layan magazine! sambil dia mengemas tu kedengaranlah bunyi hentakan-hentakan kecil tanda protes! aku terbahak-bahak dalam hati! memang dasar laki tak ada hati perut aku ni! zalim jews namanya ni!

sedang aku asyik layan magazine, bini aku yang muka masam hempaskan badan kat sisi katil!

'dah habis dah?'
'dah la....' punyalah panjang muncung bini aku kalau itik tengok ingatkan cousin dia!

yang herannya tu, dahlah muka bini aku tu kusut masai, peluh masam tak boleh nak cakap! tiba-tiba pulak aku rasa lain macam! rasa macam tengok megan fox sedang baring kat sebelah. lelaki ni kalau korang nak tau ada sejenis perasaan aneh lagi pelik! bau yang masam tu dah bertukar jadi bau yang bera.... (hei umur kau berapa hah? kalau bawah 18, belum kawin... blah, pindah baca blog lain)

aku kira sampai lima baik kau blah, satu, dua, tiga, hm... blah pun! kecik-kecik belum kawin nak baca. hisy!

apa ek aku cakap tadi? hm, bau masam jadi bau berahi! mulalah aku dengan senyuman tom cruise aku menarik lengannya.

'eh, nak apa ni?'
aku tak jawab cuma senyum tom cruise aje!
'blah la, tadi mintak tolong sikit pun tak nak!'
'awak ni saya tengok....'
'hm, jangan nak mengada....'
'eh serius la, saya stim dengan bau....'
'hisy merepek!'

terus bini aku tu bangun, blah! eleh! balas dendamlah tu! macam aku tak tau! tapi, yang herannya, aku semakin giler dengan bau masam-masam manis bini aku tu!

tengah malam tu, dendamnya masih membara. senyap jer masa gorengkan aku telur mata tiga suku masak masa makan malam tadi. aku masih nak mencuba! masih ada jiwa! tapi, bau masam itu dah tak ada lagi sebab bini aku tu dah mandi! lain pulak wanginya! aku tau aku akan hampa dan putih mata malam ni, itu memang gerenti! aku pun silap, apalah salahnya aku tolong tarik cadar tu tadi! sure malam ni aku tak jadi macam ni!

mujur ada suratkhabar yang aku baca siang tadi dan panjang sengih aku bila terlihatkan tajuk besarnya!

'suami terlampau' sengaja aku baca kuat-kuat!
'simbah asid isteri enggan bersama!' makin kuat bacaan aku! aku tengok bini aku dah mula telan liur! kahkahkah!
'hui ganasnya! ada jugak lelaki macam ni ye bila tak dapat?!'
bini aku tu buat dek ajer!
aku baca lagi! 'saya cuba tolong emak yang mengerang kesakitan, tapi abah halang dengan melibas parang!'
'awak, malam ni malam jumaat, kan?'
aku tengok bini aku sedang tersenyum lawa!
'hisy merepeklah awak, hari ni hari jumaat, malam sabtu!'
'iya ke, alah tak kisahlah kan, malam jumaat ke, malam sabtu ke....' bini aku tersenyum sambil menarik manja tangan aku!

ya beda bedu! mak oi punyalah suka hati aku! terima kasihlah ye mak cik oi, semoga cepat sembuh! harap-harap tak teruk lecurnya....

bini aku dah pun bangun untuk tutup lampu....

kalaulah aku jadi menteri?!

aku menteri? first sekali sure bini aku lari! kenapa? sebabnya bukan senang nak jadi menteri ni dik oi! cakap senanglah! kalau korang nak tau, aku sure korang takkan tau punyer, ciri-ciri menteri yang sebenarnya macam mana?! ha, aku bagi korang lima saat untuk jawab? Siapa yang tau ciri sebenar seorang menteri?...........................teeet! masa habis!!!

Semua salah! tulah aku tau korang semua ni tak tau ciri sebenar menteri ni camana?! kalau korang nak tau, menteri ni mestilah pertama, bau busuk! kedua, serabai macam bob marley! ketiga, ha, apa? tak tau? tu pun tak tau nak kena bagitau! okeylah aku bagitau! ketiga, kelam-kabut! keempat, ha, apa, lambatlah nak tunggu korang jawab baik aku jawab, mati muda! ini sebahagian ciri-ciri menteri tulen yang sebenarnya kalau korang nak tau! tak caya? korang kata aku merepek! hm, tulah kalau aku kata korang baghal tau marah! kalau korang tau menteri tu macam mana, tak ada siapa yang nak jadi menteri! sebab tulah menteri yang ada sekarang ni bukan menteri yang sebenarnya!

sebab tulah aku tak sanggup nak jadi menteri! sebab aku sure bini aku first lari sebab aku sure aku ni akan bau busuk, serabai, kelam-kabut, dan mati muda! aku pun tak nak mati muda dek oi... sure bini aku orang kebas kalau aku mati cepat!

kebiasaan menteri yang kita tau macam mana? hah! sure la menteri kita segak, tul tak? kaya dah sure! kalau dulu muka tua, sekarang nampak muda tampan macam betina pakai botox! kacamata tukar contact lens, nak pikat artis mana tau dapat! hehe! itu menteri yang biasa kita tengok! sebab apa, sebab ini bukan menteri tulen!

cuba korang tengok macam mana kalau aku yang jadi menteri! kita saksikan sketsa ini! jeng, jeng, jeng....

di satu kampung baru lepas pilihanraya dan aku telah menang majoriti besar melebihi 70,000 undi dan mula menjadi wakil rakyat cum menteri....

subuh hening aku pun baru jer sampai kat rumah selepas melawat pokok tumbang....
bini aku baru jer tanggal coli bila hp aku berbunyi....
'datuk, datuk....' tangisan pilu.
'siapa ni?'
'anak pak man warung tomyam!'
'ha, apa hal call subuh-subuh ni?'
'datuk....' tangisan memanjang. 'ayah saya baru saja meninggal dunia, ni ha, panas lagi....'
'la, baru tadi saya sembang kat tempat pokok tumbang tu, meninggal kenapa?'
'lompat tinggi sangat tadi bila italy kalah!'
'ha, tak apa, kejap ni saya sampai!'
'okey datuk!'

bini aku?! muka sure ketat! walaupun dia cun melecun, bila tau aku nak kena jenguk kawasan, muka jadi lencun!

'awak kena paham tugas saya, muka tu cubalah senyum sikit!'
'awak tu baru jer balik, tak sempat mandi lagi....'
'awak, ini tugas saya! saya ni wakil rakyat, kesusasahan rakyat, kesusahan saya!'

bini aku sure pakai coli balik! muka sure tegang! torpedo aku tu jer yang tak tegang-tegang! dah berapa lama dah! bukan tak nak tegang! tak sempat nak menegang!

aku bergegas ke rumah pak man tomyam. mujur aku antara orang yang dulu sampai! sempatlah aku baca apa patut! buat muka sedih! seluk poket hulur berapa patut! dan, habis jer aku hulur duit, hp aku bunyi lagi.

'datuk, rumah saya terbakar datuk....'
tak sempat mandikan mayat pak man tomyam aku lari ke rumah mak senah yang bila aku sampai tinggal asap. hulur lagi, buat muka sedih lagi! pujuk pulak mak senah yang sedang berguling-guling kat tanah... adui....

bila masa aku nak mandi cuba korang bagitau aku? tak ke aku jadi serabai? kelam-kabut dah gerenti! kalau rakyat kat tempat aku tu 70,000 orang, berapa banyak masalah satu hari? berapa minit sangat aku boleh habiskan masa untuk menangani sesuatu masalah rakyat? longkang pecah call aku! jalan retak, call aku! accident pun call aku! ayam bertelur call aku! pendek kata apa jugak masalah call aku! termasuklah bini nak beranak call aku macamlah aku ni pakar sakit puan! dahlah aku ni jarang tengok bini aku bukak coli, silap-silap lain pulak jadinya! itu belum lagi yang nak mintak derma, nak minta rekomen, nak mintak tanah, nak itu, nak ini! halo brader, satu hari hanya ada 24 jam aje! korang ingat sempat ke kalau aku nak mandi? sebulan tu aku rasa, kalau aku nasib betul-betul baik sempatlah sekali aku mandi hadas! paham? sebab tulah aku bagitau korang kalau betul-betullah nak jadi menteri, korang mesti bau busuk, serabai, kelam-kabut, mati pun cepat sebab segala masalah rakyat terpikul kat atas bahu korang!

hm, ada sesiapa yang sanggup untuk menjadi menteri tulen???

ha, sanggup ke saper-saper nak jadi menteri, menteri tulen tau, bukan menteri yang tiba-tiba jadi kacak tu!

hehe, sebab tulah aku awal-awal lagi kata aku tak sanggup sebab aku sure bini aku mesti lari!!!

woi, boleh aku merepek?

apa yang aku nak merepek ni? kalau korang nak dengar, nak masuk blog ngeri aku ni kenalah pakai helmet! hm, dah pakai? oi, bukan helmet kepala daa?! helmet hati! hati tu nak kena dilindungi! jangan jadi macam separuh orang, baca jer blog, terus terpengaruh buat andaian! tu baghal namanya! so, kalau nak baca repekkan aku ni, baca faham-faham, lindungi hati yang kabur tu dengan helmet! jangan main telan jer apa yang aku repekkan kat sini! kaji betul-betul, pikir tujuh lapan kali, pastu baru terima betul ke tak? ada paham? okey, kalau dah paham pakai helmet!