Sunday, December 19, 2010

indahnya samudera allah...

...sampai anak-anak aku tak nak turun dari star cruises walaupun dah belayar di tengah lautan empat hari tiga malam! dari port klang belayar ke langkawi, kemudian singgah di singapura dan balik semula ke port klang! sedang aku dan bini aku berkemas untuk sedia turun sebab dalam sejam lagi kami akan sampai di port klang, anak-anak aku semua muka monyok.

'pa, jomlah kita naik lagi, aishah malaslah nak turun!'
'best la pa, thirah pun tak nak turun!'
aku senyum pada anak jantan aku! 'kamu adamboy?'
'adam pun tak nak turun!'
'nisah pun tak nak... pa!'
'kalau macam tu, besar nanti korang kerja ajelah kat kapal ni, sure tak turun kecuali korang cuti!'
'hm, papa ni....' aishah; anak aku paling sulung merungut panjang!

aku sekadar ketawa. dalam tawa aku itu aku nampak anak-anak berwajah murung! dan, aku dapat bayangkan kegembiraan di wajah mereka tatkala hari pertama kami jejakkan kaki di atas deck kapal ini. aktiviti yang diatur semuanya meriangkan anak-anak! aku dan bini tumpang meraikan keriangan mereka itu.

sedang anak-anak aku gembira sakan, aku pulak termenung disapa keras bayu laut yang dingin! terbayang masa kecik dulu tatkala angin kencang macam ni aku ada di padang bermain layang-layang! sedangkan saat ini anak-anak aku bergembira atas deck kapal mewah berlarian penuh kegirangan. dengan rambut masing-masing mengerbang....

saat itu aku terfikirkan anak-anak orang lain yang mungkin sedang membantu maknya menguli tepung buat kuih untuk jualan! atau, anak yang tolong bapaknya mengutip kotak untuk dijual! atau, anak-anak lain yang kelaparan belum ada makanan untuk dimakan.

apa yang boleh aku lakukan? aku bukannya ada duit berbillion untuk aku sediakan kapal mewah untuk dinaiki percuma kanak-kanak yang miskin! ketika itu aku pulak terfikir bagaimana anak-anak billionaire menghabiskan cuti mereka pulak?! pastinya menaiki pesawat peribadi membeli-belah ke paris, singgah di milan, lunch di london dan kemudian minum petang di amsterdam. apa pulak yang mereka fikirkan tentang anak-anak aku yang hanya mampu naik kapal mewah yang taklah mewah sangat tu sedangkan diorang ada bot mewah sendiri.

jadinya, aku bagitau diri aku sendiri, hello, kalau kau rasa hebat, ada orang lain yang lebih, lebih, lebih, lebih hebat lagi! yang aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana mereka-mereka itu melalui kehidupan mewah yang nak apa saja yang ada di dunia ini yang boleh dibeli mereka mampu miliki!

phuh! korang-korang semua yang setaraf atau se-level dengan aku ni bayangkanlah sendiri betapa nikmat dan indahnya kehidupan mereka-mereka yang bertaraf billionaire itu.

aku tarik nafas, renung anak-anak aku yang monyok itu seorang demi seorang. 'kalau korang nak hidup senang, besar nanti boleh ada bot mewah sendiri, jet peribadi, rumah besar tak hingat, korang kenalah belajar rajin-rajin dari sekarang! bila dah pandai, dah keluar universiti, senang cari peluang untuk jadi kaya-raya! tapi, satu aje papa nak pesan, jangan sombong, jangan riak, jangan tinggalkan suruhan allah! cari rezeki yang halal sebab nak jadi kaya-raya memang senang, tapi nak kaya-raya dari hasil yang halal tu yang susah! kalau korang lupa pesan papa ni, hidup ada duit berjuta pun tak guna sebab di akhirat nanti korang jadi manusia paling miskin dan tinggal dalam neraka!'

yo la tu, diat! agaknya sebab tulah aku ni tak kaya-kaya-raya kut?! hakkahkak!

selesaikan yang kecik dulu...

...aku paling tak suka sentuh isu-isu besar, apatah lagi pasal politik yang ceramuk sebab untuk aku, politik tak perlu ada dalam sesebuah negara kalau pemimpinnya adil dan jujur! kalau rakyat dah semua happy, apa peduli siapa pimpin negara, betul tak?! maknanya, pemimpin itu disukai semua golongan sebab pastinya dia adil, bijaksana dalam mentadbir negara sebab polisinya disenangi rakyat jelata! senang aje! tapi, sebab yang aku katakan tadi, semua ni tak terjadi sebab setiap pemimpin ada agenda peribadi masing-masing! so, perkara jadi susah sebab disusahkan! paham! kalau ada pertelingkahan politik, maknanya, negara itu sendiri korup secara semulajadi! so, sebab itu aku tak pernah usik atau perkatakan apa saja perkara-perkara berat, sebab aku lihat ramai antara kita yang suka perdebat benda besar, terutamanya pasal politik, benda global, sedangkan diri sendiri, kehidupan seharian, malah, kepincangan dalam keluarga sendiri tak pernah diperbetulkan!

ni yang silapnya! sebab apa pun isu, semuanya bermula dari rumah! dari diri sendiri! kalau korang rasa korang betul-betul baik, jujur, taat suruhan allah, itu sudah cukup memadai sebab hanya korang seorang saja yang akan menjawab dengan allah apa saja yang telah korang lakukan! masa tu, karpal singh ke, atau siapa saja lawyer terhebat dunia sekalipun dah tak boleh nak tolong korang bila diadili di mahkamah padang masyar kelak!

baiklah, jom kita mula fikir dari rumah! bangun subuh, siapa yang tak pernah tinggal solat! atau, bangun dengan ikhlas terus ambik wuduk dalam kedinginan subuh? aku sendiri pun payah! ada aje alasan untuk aku tak nak sembahyang bila mula subuh ni!

dalam seminggu, tanya diri sendiri berapa kali tinggal solat subuh?! korang jawablah sendiri, ye! aku tak nak tau! yang duduk dengan mak bapak, berapa kali sehari korang cium pipi mak korang tu, bapak tak penting sangatlah! tapi mak yang lahirkan korang tu! tanya diri sendiri berapa kali sehari korang cium pipi mak korang tu? jawab sendiri! aku tak nak tau!

berapa kali pulak korang baca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perbuatan! nak jalan, bismillah! nak duduk, bismillah! nak berdiri, bismillah! bukan masa nak makan melantak aje? maksud aku setiap kali korang nak buat sesuatu korang mulakan dengan bacaan bismillah? hah? jawab sendiri aku tak nak tau!

pernah solat khusyuk? aku tak pernah! masa aku solat aku teringatkan bil api tak bayar lagi, sekolah dah nak bukak anak-anak belum beli baju, kasut, beg dan banyak lagilah! kejap nanti nak keluar tengok wayang, pastu teringat pulak birthday bini dah dekat nak hadiahkan apa, dan macam-macam benda 'anjing' yang masuk otak aku setiap kali aku angkat takbir dan baca doa iftitah! buat apa aku nak tipu, memang betul macam tu! sebabnya, aku tau aku ni terlalu fikirkan dunia daripada serahkan diri aku sepenuhnya pada allah! korang macam mana? boleh aku tau masa korang solat khusyuk tu macam mana keadaannya? korang nampak apa? nampak ke syurga atau nampak ke seksa neraka? boleh aku tau macam mana indahnya syurga dalam solat khusyuk korang tu?! ceritalah sikit! atau, korang pun macam aku jugak, banyak benda-benda dunia yang korang fikirkan masa tengah solat! kahkahkah! jangan jawab, aku tak nak tau!

berapa kali pulak dalam sesuatu perkara yang korang berjaya, korang ucapkan alhamdulillah pada allah?! atau, apa saja yang korang lakukan, korang selamat tak ditimpa petaka! bila korang selamat balik rumah dari kerja, pernah tak korang ucap alhamdulillah, selamat aku sampai rumah! atau, besoknya bila dah sampai ofis, korang ucap alhamdulillah, selamat aku sampai ofis! atau, bila balik dari lunch, korang ucap, alhamdulillah, kenyang perut aku rezeki allah bagi. kahkahkah! aku rasa korang tak pernah, tapi tak taulah....

jadi, aku nak bagitau korang, betapa korang ni semua sebenarnya jarang-jarang bersyukur dengan apa yang allah bagi! jangan pulak bila korang selesai rompak rumah orang korang ucap pada allah, alhamdulillah selamat aku tak kena tangkap! itu nak mampos, bangang!

kadang-kadang aku terfikir... dulu nenek moyang kita hidup sederhana! ada tanah, ada kebun, itu dah kira mewah! sekarang, anak-anak muda bangsa melayu beragama islam, bukan sekadar mengimpikan kebun! untuk diorang tu, ada duit, kalau dah mak bapak super rich, buat apa mintak kebun, baik beli ferrari, lamborghini! aku kagum tengok anak-anak muda melayu hari ini dah mampu bawak kereta mewah jutaan ringgit sedangkan umur tak sampai tiga puluh! hebat giler! aku dulu umur tiga puluh pun masih terkial-kial bina perniagaan tapi terlungkup jugak akhirnya! kahkahkah!

apa pun yang aku merepek ini, pokok pangkalnya atas diri korang masing-masing! tepuk dada tanya selera! aku dah tengok ramai orang kaya yang bertaraf jutawan meninggal dunia. yang diorang bawak sebagai teman hanyalah sepasang kafan putih yang tak ada jenama. tak pulak ditanamkan sekali banglo, atau kereta mewah, atau akaun bank yang beratus juta ringgit itu.

sori ek, di akhirat, semua itu tak laku! yang berharga hanyalah amalan salih!

jadi, di mana hebatnya dunia ini?!

kalau kita halusi dan bandingkan kepentingan akhirat yang kekal itu....

Saturday, December 18, 2010

korang jujur ke, tapi aku rasa tidak....

...sebab aku rasa memang korang tak jujur! seumur hidup aku, baru sekali aku melihat manusia paling jujur di dalam sejarah kehidupan! aku rasa korang sendiri jarang-jarang atau mungkin tak pernah langsung jumpa manusia paling jujur! macam mana korang nak kenal atau tau manusia yang paling jujur? bukannya ada tag pada dahi manusia tu yang bagitau kita dia tu jujur ataupun tidak!

persoalannya, macam mana aku tau aku dah jumpa manusia paling jujur? aku sendiri pun tak ada formula khusus untuk mengesan manusia jujur ini tapi satu pengalaman benar yang aku lalui masa aku sedang solat jumaat dengan anak aku si adamboy pada minggu lepas menjadikan jantung aku terhenti sekejap! sempat pulak aku renung mamat paling jujur itu sampai terganggu khusyuk solat jumaat aku yang tak berapa nak khusyuk!

malangnya, aku tak sempat nak rakam muka manusia paling jujur itu di dalam minda aku sebab aku sedang bersolat! aku sekadar melihatnya sepintas lalu....

tapi, itulah manusia paling jujur yang pernah aku temui sepanjang hidup aku!

kenapa dia?!

aku renung diri aku sendiri, dan aku tau aku taklah sejujur dia! kadang-kadang, kita tak pernah mengakui sesuatu yang kita dah buat itu kerana kita tau takkan siapa yang akan tau! (kecuali allah) jadi, kenapa perlu mengaku dengan jujur sesuatu yang tak akan diketahui orang lain yang hanya boleh mengaibkan kita. betul tak?! aku rasa korang pun sama dengan aku!

dan, aku kena akui, seumur hidup aku, di dalam solat, aku sendiri tak pernah jujur, tak pernah mengakui yang aku....

jadi, berbalik pada manusia paling jujur tadi, masuk rakaat kedua sedang imam baru saja mula membaca al-fatihah, tiba-tiba mamat jujur itu aku lihat bergegas mencelah melalui saf, dengan wajah yang serius keluar dari solat! dalam fikiran aku hanya satu, gerenti mamat ni terkentut! betul tak? dan, gerenti dia blah punya! dan, belum habis tahyat akhir, mamat paling jujur itu aku lihat mengangkat takbir semula di saf aku selang enam orang yang lain sebab kebiasaan aku memang suka bersolat di saf belakang.

o my god!?! terus berdetik dalam hati aku, jujurnya kau ni, bro! kalau aku, aku teruskan aje solat, nak ngaku terkentut sori la! batal pun batallah! minggu depan ada solat jumaat lagi! (kalau sempat aku solat lagi) kalau tak pun, just teruskan solat, pura-pura aje, sebab malu giler nak ngaku terkentut dalam solat ni di mana pernah beberapa kali insiden ini berlaku dan aku dengan wajah selamba meneruskan solat walaupun aku tau solat aku itu tak lagi sah!

so, pernah tak korang terkentut dalam solat? (maksud aku sewaktu solat berjemaah di masjid) kalau solat kat rumah tu tak kira, ek! takkan tak pernah, kut? kencinglah tu! dan, berapa kali pulak korang sanggup mengaku secara terhormat yang korang dah pun terkentut. boooot!

dan, hari ini aku mengakui aku taklah jujur sebagaimana mamat itu....

korang macam mana?!

aku sempat tatap wajah mamat tadi tu sewaktu selesai aku bagi salam dan dia pula bingkas untuk menggantikan rakaatnya yang tertinggal dengan wajah penuh selamba... penuh kejujuran....

aku telan liur dan malu pada diri aku sendiri sebab untuk jujur mengakui perkara sekecil itu pun aku tak berani....

Thursday, December 16, 2010

bayi-bayi yang bersorak....

...tak macam aku yang pening memikirkan pancaroba kehidupan dunia yang penuh dugaan! sampai nak menulis novel baru pun tak ada mood! bini aku dah jenuh bertanya, bila aku nak buat novel baru! aku jawab, nantilah! tengah tak ada idea lagi ni! bini aku mendengus, benganglah tu! maunya tak bengang, dah masuk tiga tahun aku tak ada novel baru!

tak senang nak jadi macam aku ni! tulis cerita dalam novel, tapi kehidupan sendiri pun dah macam cerita dalam novel! aku kena banyak merenung, kena banyak berfikir dan kena banyak bersabar! lagipun, bukan semua orang pun yang suka aku! yang benci pulak tu aku rasa mungkin lebih ramai dari yang suka! biasalah, nik aziz pun tak semua orang suka! nabi muhammad pun ramai yang benci! aku ni siapalah, bukannya hebat sangat pun! tulis novel memang dah berlambak, tapi... mana pernah menang anugerah! maknanya, taklah hebat sangat pun, kan?!

aku terfikir, manusia ni apa sebenarnya? kenapa ada benci? kenapa ada dendam? kenapa ada cinta, kenapa ada sayang?! kenapa manusia tak sayang-menyayang aje satu dunia ni, kan aman?! tak ada perang! tak ada mahkamah untuk mengadili siapa benar siapa salah!

kalaulah macam tu, huh, bukan dunialah namanya! itu dah kira syurga! baghal!!!

sebab kita semua hidup dalam dunialah ada semua benda-benda macam tu! aku sendiri lalui jatuh bangun dalam hidup! susah senang dan suka duka! kadang-kadang tu, apa yang kita rancang, kita harap, tak jadi! apa yang kita mintak dielakkan, menjadilah pulak!

kadang-kadang tu aku terfikir alangkah bertuah bayi-bayi yang dibuang sampai mati! betapa beruntung bayi yang digilis kereta sampai hancur kepala! betapa indahnya bayi yang disumbat dalam lubang jamban! betapa nikmatnya bayi yang dihumban ke sungai sampai mayat terapung.

aku nak tanya korang, bila kali pertama korang mengingati kisah silam korang? korang ingat ke apa yang korang lalui masa korang bayi? korang pernah ke nampak, atau dengar, atau rasa lapar masa umur korang di bawah usia enam bulan? aku tak rasa pun aku ingat apa yang aku buat masa aku bayi dulu! aku tak pernah pun ingat macam mana mak aku cium pipi aku! aku tak dengar pun bila aku menangis lapar nak susu? aku tak ingat pun siapa yang dukung dan dodoi aku masa aku bayi! aku tak rasa pun aku sakit demam! aku tak ingat pun kesakitan bontot aku dicucuk doktor! maknanya, bayi-bayi yang dah mati itu tak rasa sakit dan tak sedar apa pun walaupun kepalanya digilis kereta! tau-tau, malaikat turun dari langit, bawak terbang ke syurga! ha? tak ke best? kalau aku taulah nikmat mati waktu bayi dimasukkan terus ke syurga tanpa hisab, aku pun nak mampos time aku bayi dulu! aku tak kisahlah kalau mak bapak aku campak aku kat dalam sungai! bukannya aku rasa sakit pun! yang aku tau, aku dah sampai ke syurga! itu janji allah!

aku kalau tau begini payah hidup di dunia dengan pancaroba dan dugaan, aku akan pilih untuk mati masa bayi, tak kira dengan apa cara sekalipun! hehe! tapi dah lambat! dah jauh sangat aku lalui kehidupan ini! dan, setiap perbuatan aku baik atau buruk akan dihitung! sorry lah ek encik ahadiat!

dan korang pun sama! korang pun dah baligh! setiap perbuatan korang akan ditulis dan dicatat dan diberi markah! nak mintak mati waktu-waktu begini, takutlah pulak! banyak benda yang allah suruh... aku tinggalkan! lainlah kalau bahu kanan aku ni berat dari yang kiri! takde maknanya! yang aku rasa, banyak benda yang aku nak kena perbetulkan! banyak benda yang dah aku tinggalkan apa yang allah suruh buat! so, nak mati waktu gini? no! no! ya, allah nanti dulu! bagi aku peluang untuk aku perbetulkan kesalahan! lepas tu nanti, kau cabutlah nyawa aku ni!

korang pun renung-renungkanlah! kalau korang diamanahkan memegang kuasa pemutus, hati-hati, jangan sampai keputusan korang itu memudaratkan orang lain! itu aniaya namanya! besar dosanya dan payah nak perbetulkannya!

aku pun sama, sambil ingatkan korang ingatkan diri aku ni sendiri! biarlah aku berdosa dengan allah daripada berdosa dengan orang! allah ni senang nak mintak maaf sebab dia maha pengampun! nak cari allah pun senang, ambik wuduk, bentang sejadah, solat, panjatkan doa dia dengarlah apa juga masalah dan luahan jiwa! dengan orang mana boleh macam tu! walaupun gadget dan teknologi dah canggih, tapi mana boleh berhubung dengan manusia hanya dengan ambik wuduk dan bentang sejadah! walaupun dah ada internet, dah ada facebook, korang ingat senang ke korang nak berhubung terus dengan orang yang dah 30 tahun terpisah! atau, orang yang dah mati! secanggih mana pun teknologi, mustahil untuk korang berhubung dengan orang yang dah mati! apatah lagi, kalau korang ada dosa dengannnya! tapi, dengan allah, tak perlu teknologi, tak perlu internet, tak perlu facebook atau twitter, cukup dengan wuduk, sejadah, solat dan tadahkan tangan ke langit, allah terus connected bila-bila masa saja!

pejam mata dan renungkan....

nun kat atas langit, di syurga indah sana, bayi-bayi yang dah mati dihumban mak bapak bersorak keriangan sebab mereka tak perlu melalui pancaraoba dunia....

syoklah korang wahai bayi-bayi semua....

hai, sihat semua?!

...heiyoo! pe kabar! lama ek aku tak update blog! tak tau nak merepek apa sebenarnya! tadi aku pergi hukm, biasalah, buat routine check up gout aku! teringat masa aku terlantar sakit dulu! huh! tobat! tak nak masuk wad dah! tapi, kalau korang nak rasa insaf, lawatlah hospital! lawatlah kubur! kalau nak lebih insaf, lawatlah wad ortopedik, tempat pesakit kena potong anggota! masa tulah korang rasa beruntung sebab ada kaki, ada tangan, cukup sifat dan anggota!

aku termenung panjang masa tunggu nombor aku dipanggil! biasalah, sepital kerajaan, kenalah sabar sikit! masa tu aku terfikir, duit atau kesihatan? mana pilihan terbaik?! kalau duit melimpah, tapi sakit, naik kerusi roda, orang tolakkan?! atau, duit berjuta, terbaring kat katil, hidung masuk tiub, makan berak orang uruskan?! atau, hidup serba sederhana, tapi sihat walafiat? huh! soalan lumrah, kan? tapi, persoalan itulah yang bermain masa aku baca suratkhabar sambil tunggu nombor dipanggil!

korang pilih yang mana?

dulu, (masa muda remaja) aku pilih nak hidup kaya duit melimpah! sebab, dulu aku sihat! sebab, dulu aku muda! aku tak rasa yang aku akan terlantar dan jatuh sakit! kena papah dan makan disuap, berak ditampung dalam lampin!

sekarang, (masa dah tua ni) aku pilih untuk sihat walafiat! kaya pilihan kedua! biarlah hidup sederhana, tapi sihat tubuh badan!

macam cibai, kan! betapa tamaknya aku baru aku perasan! kenapa dulu masa aku muda remaja aku tak pilih hidup sihat, gaya sederhana, asalkan jiwa tenang? kenapa aku mintak untuk jadi kaya-raya? pakai kereta mewah, rumah besar bertingkat-tingkat! dan, aku dapat semua itu! allah kabulkan permintaan aku! aku pernah rasa hidup mewah, berkereta sport sana-sini!

tapi, akhirnya mana semua kemewahan aku tu? ha, ini yang korang nak kena tau! hampeh! hilang semua! sebab, aku tak ingat pun betapa besar kuasa allah! kalau allah nak bagi kaya, kun fayakun, korang kaya! kalau dia nak miskinkan korang, kun fayakun, korang terus jatuh miskin! hebat gila, kan?!

dan, sementara bini aku berdengkur kat sebelah aku sambil temankan aku ke hospital, aku terus termenung! merenungi kehidupan aku yang lampau! aku kurang bersyukur! aku kurang melihat orang-orang sakit di hospital! tapi, hari ini, aku dapat melihat pelbagai jenis manusia yang punyai pelbagai macam penyakit! yang wajah-wajah mereka kosong dan hampa! yang semestinya mengimpikan kehidupan yang sihat! main bola macam orang lain! berlari macam orang yang ada kaki! melompat tak perlu diusung dengan kerusi roda! dan, wajah-wajah mereka penuh tersirat kisah silam sebagaimana aku yang merenung apa yang aku lalui sebelumnya!

dan, aku terus panjatkan kesyukuran, kerana allah belum panggil aku untuk pulang menemui-nya! bermakna, esok ada lagi masa untuk aku perbaiki kehidupan!

syukur, alhamdulillah! semoga, esok aku berpeluang untuk melihat lagi senyuman mentari!

Friday, October 15, 2010

yang... tolong cabutkan....

…taik pusat saya!’

‘hisy, awak ni merepek betul la!’ aku ketawa, teringatkan bini aku kali terakhir cabutkan taik pusat aku kira-kira tiga tahun lepas! bukan senang tau! sepanjang aku kawin dengan bini aku ni, sepuluh tahun dah, diam tak diam, satu dekad usia perkahwinan aku, baru sekali bini aku tu cabutkan taik pusat aku! yang ini adalah kali kedua….

apasal korang gelak-gelak? hm, ada yang cakap yak ye? amboi, hieyee la konon! uwek nak muntah la! ha? sape suruh baca kalau korang geli! geli konon! kahkahkah! aku tau, benda-benda giler ni memalukan (konon) tapi, aku tau korang pun selalu buat 'bebenda' misteri ni sorang-sorang, time orang tak ada kan? jangan tipu ek, tipu dosa tau!

sebenarnya, aku nak bagitau korang, persepsi tentang cinta! cinta ni kalau korang nak tau, ianya melampaui batasan fikiran, sampai tak lagi rasa ‘malu’ timbul antara korang dengan pasangan korang, maka inilah tanda-tandanya cinta korang itu suci dan murni! hehe! kira cinta tahap dewa! atau dalam bahasa yang lebih lembut, cinta tahap baboon!

kenapa pulak camtu? oi, ada gak yang bersuara! korang nak tau kenapa?

aku renungkan kehidupan aku, dulu dan sekarang! masa aku kecik, remaja, kemudian dewasa, sekarang ni aku dah kawin dan sedang membesarkan anak-anak! pernah korang malu dengan mak korang? Pernah ke! kalau kecik-kecik dulu bila bisul tumbuh kat bontot, dengan siapa yang korang mengadu, korang tunjukkan bisul korang yang warna ungu tu? hm, bila menjalar kudis buta kat kaki, dah mula bernanah, kat siapa yang kau tunjukkan kudis korang yang cantik tu? aku tunjukkan kat mak akulah! jenuhlah mak aku bersihkan kudis aku yang dah bernanah, kalau tak mak aku siapa lagi yang sanggup?! aku rasa, korang pun sama, kan?!

hm, mak korang jugak la yang kena layan kerenah-kerenah korang tu, kan? rasanya jarang korang tunjukkan bisul celah ketiak korang kat bapak korang, kan? ada tu memang ada, tapi jarang-jarang! ada sikit perasaan malu kalau dengan bapak ni bila nak tunjukkan benda-benda cantik macam tu. mak korang jugak yang kena hadap! ada pernah mak korang merungut? tak kan?! ada pulak korang rasa malu untuk tunjukkan rahsia peribadi korang tu? tak pulak, kan?! inilah buktinya, bila kasih sayang, cinta suci terpupuk antara dua insan, rasa malu tak wujud lagi! kalau korang nak tau, cinta mak kepada anak tak ada batasnya!

sekarang korang dah mula nampak apa point aku?!

okey, aku luaskan lagi persepsi cinta dengan perasaan malu ni! apa kaitannya?! ada korang malu bila terkentut depan bini? makin korang kuatkan lagi garau kentut korang tu adalah, kan? kalau boleh masa tulah korang teran dan lepaskan sekuat yang boleh! lagi garau, lagi korang happy! betul? masa tu muka bini korang berkerut, dan terus dia merungut.

‘hisy tak senonohlah you ni!’ apa korang buat bila bini korang merungut macam tu?! korang bukannya malu, lagi korang gelak, adalah, kan?! betul? tapi, cubalah korang kentut kuat-kuat depan bos pompuan korang! atau, kat restoran yang sebelah meja korang duduk empat awek-awek cun! ada berani? sure tak punyer! kalau korang gangster kaki pukul pun tak berani kentut kuat-kuat dalam restoran! kahkahkah! malu, kan?! sebab tulah aku bagitau korang, inilah tandanya cinta suci telah tersemai antara korang dengan bini korang tu! bila perasaan malu tak lagi wujud antara korang berdua! faham?!

ha, jangan nak uwek bila mula jer dengar aku suruh bini aku tolong cabutkan taik pusat! hehe! nak cerita pasal taik pusat ni! bukan senang nak dapat kenikmatan macam ni ye? taik pusat hanya akan terbentuk dalam lubang pusat bertahun-tahun setelah daki padat dan mampat dalam lubang kecik pusat korang tu! kalau time bujang dulu, jenuhlah nak keluarkan! habislah jarum, paku, pencungkil, angkup, penyepit atau apa aje alat-alat yang digunakan untuk keluarkannya! punyalah payah bila buat sorang-sorang! dan, bila taik pusat dicabut keluar, stimnya, huh, payah nak cakap! adakala tersepit isi pusat sendiri, sakitnya mak oi, sure korang menjerit!

so, janganlah korang rasa geli atau geleman sebab semua benda-benda ni korang akan lakukan sendirian betul tak? dan korang akan malu kalau buat depan orang lain! (kecuali bini) hehe! tipu dosa tau!

ini tabiat semulajadi manusia normal macam aku, korang dan semua sedara-mara korang, termasuklah mak bapak (tak caya cuba korang tanya bapak korang), bini dan sekalian sahabat handai korang! (masing-masing ada habit meloyakan yang tersendiri) so, jangan nak rasa geli! takkanlah korang tak pernah korek hidung sembunyi-sembunyi, gentel sampai bulat, bila member tak perasan aja cepat-cepat korang lekatkan kat bawah meja ruang tamu rumah member korang tu! atau korang lekatkan kat dinding pejabat bila member ofis tak nampak! atau lekatkan kat mana aje yang korang suka sebab bila berjaya melekatkannya, itu adalah satu kenikmatan dan kepuasan! haha! betul tak?! ada kan? hehe! yang pompuan pun tak terkecuali ye! jangan nak cover line wahai orang pompuan! tu belum lagi korang cabut bulu ketiak, bulu ‘tuuuut’ korang tu, korek dubur bila gatal dan pelbagai kerja-kerja mengorek yang lainnya! siap hidu pulak tu, ada bacin ke tak! hahaha! sure korang pernah buat kerja ni kan… (yang korang sendiri tau) masa mengorek tu kalau laki ada sebelah ada korang malu? tak pulak, kan? inilah yang aku nak bagitau, bila dah tak ada perasaan malu dalam bilik tidur, (apatah lagi buat benda-benda yang menggelikan dan memalukan depan pasangan masing-masing) ini ertinya cinta telah bersemi begitu utuh antara korang berdua! nampak tak? paham dah sekarang apa yang aku nak sampaikan?

jadi janganlah menguek sebelum habis baca tesis aku ni, ye korang-korang semua! ada tak masa korang bercinta dulu korang berani buat benda-benda macam tu? tak ada kan?! masing-masing cover line! malulah kalau pasangan tau tabiat buruk korang yang meloyakan tu! padahal masa tu taik hidung dah separuh masak, inilah time paling sedap untuk dikorek dan digentel sebelum dilekatkan ke dinding, terpaksa tahan aje, kan?! hakhakhak!

bukan setakat tu aje, nak bagitau yang korang nak berak pun korang malu! ada yang sanggup tahan sampai balik rumah! kahkahkah! tapi sekarang aku rasa, berak pun tak tutup pintu tandas, selamba aje berak dan semakin suka kalau pasangan masing-masing masuk dan masa tu kuapan dari lubang jamban menerobos keluar! bila bini merungut taik korang busuk melantung korang ketawa kuat-kuat! yang bini pun sama, (pendam perasaan) sengaja tunggu laki ada rumah, hm, masa tu baru berak sebab nak balas dendam semalam! kihkihkih!

tapi, tak perlulah korang semua malu dan segan! kan aku dah cakap tadi, ini habit normal manusia! baik angelina jolie ke, megan fox ke, jennifer aniston ke, brat pit, tom cruise, tak kiralah siapa pun, semua pernah buat kerja macam ni! korang je yang tak tau dan tak pernah tengok! korang ingat perangai angelina jolie tu senonoh ke bila berdua dalam bilik dengan brad pit? silap-silap diorang main kentut-kentut, mana korang tau! kuarghkahkah!

so, kalau perasaan malu dah tak ada antara korang dan pasangan, itulah tandanya cinta!!! kan best camtu! sekarang clear tak apa yang aku nak sampaikan!

‘cepatlah yang, saya tengok kepala dia dah keluar dah ni, dah masak dah ni!’

‘hisy awak ni!’

‘cepatlah, takkanlah saya nak buat sendiri nanti karang tersepit kulit!’

‘hm, awak ni kan, tak boleh tengok saya senang!’ kahkahkah! dalam merungut tu, bini aku ambik jugak peralatan korek-mengorek dan aku mula baring, santai, sementara bini aku dengan penuh tabah melakukan operasi pencabutan taik pusat! taulah aku, yang bini aku tu betul-betul cintakan aku!

‘hm… dah....' mencebik! 'hie, yak!’ setelah taik pusat berjaya dicabut keluar, bini aku lekatkan di dada aku, sambil aku capai dengan jari lalu aku gentel sehingga bulat, dan terus menghidu….

‘pengotor!’ bini aku sekadar menggeleng, bingkas dan berlalu ke dalam bilik air…. kahkahkah, walaupun begitu, itulah tandanya kami saling mencintai apabila tak lagi ada perasaan malu menjadi benteng atau batas perlakuan sebenar diri masing-masing.

kepada korang semua, (terutama yang baru kawin tu) janganlah malu-malu... please reveal your true colour…. kerana itulah sebenarnya bukti seraut cinta sejati....

ps/ tapi janganlah sampai suruh bini cucikan bontot lepas korang berak, tu melampaulah tu....

Tuesday, October 12, 2010

talkin kepada bayi-bayi yang bakal lahir....

...khas untuk semua para bayi yang akan meninggalkan alam perut ibu untuk disemadikan di dunia fana yang serba indah....

ya bayi-bayi comel semua....

tiap-tiap yang lahir akan merasa nikmat dunia. tiap-tiap bayi akan menjadi dewasa dan menikmati keindahan alam ciptaan allah. sesungguhnya di dunia nanti akan diberikan balasan kaya atau miskin, dan akan berbahagialah bagi bayi-bayi yang besarnya nanti hidup kaya raya, menerima pula gelaran kebesaran dan dipandang tinggi masyarakat. ketika ini, azab neraka adalah palsu belaka bagi mereka yang dikaburi rasukan setan.

ya bayi-bayi comel semua....

kamu sedang berada di sempadan dunia dan menuju ke alam kanak-kanak. membesarlah kamu sehingga dewasa dan mendapat kehidupan yang gemilang. sudah terputus tali pusat kamu yang memberikan kamu makanan dari perut ibu kamu. sudah terlepas segala kemungkinan kamu akan mati sewaktu dilahirkan, dan kamu akan membesar memburu harta kekayaan, pangkat, darjat, gelaran, kebesaran dan kedudukan yang akan kamu banggakan di dunia ini.

sesungguhnya sudah terpisah segala kebersihan dosa kamu sebagai seorang bayi kerana apabila kamu menemui akal baligh, segala perbuatan kamu akan dihitung. semoga kamu dilimpahi tiga perkara untuk kamu bawa bertemu allah nanti apabila tibanya mati iaitu sedekah jariah yang kamu berikan seikhlas hati semata-mata kerana allah, ilmu manfaat yang kamu amalkan di dunia dan anak-anak salih mendoakan bagi kamu.

ya bayi-bayi comel semua....

kami akan tinggalkan kamu di dunia serba indah ini. setelah tangisan kamu bergema kali pertama, akan datang dua manusia iaitu ibu dan bapa kamu. janganlah kamu takut serta gentar kerana mereka akan membimbing kamu ke jalan allah dan mereka juga makhluk allah seperti kamu yang telah melahirkan kamu ke dunia ini. pelajarilah kehidupan ini dengan lancar, dari meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari sehingga kamu tahu bercakap, mengeja, mengira dan mengenal apa itu dosa serta pahala.

nanti akan ada setan yang turut sama membimbing kamu selain daripada kedua ibu bapa kamu. dan, jangan sesekali kamu terpengaruh dengan ajaran setan-setan ini yang akan membawa kamu ke duniawi yang serba indah lagi mengasyikkan. mereka akan menyesatkan kamu dengan soalan-soalan yang mengalpakan.

siapakah tuhan kamu?
siapakah nabi kamu?
apakah agama kamu?
ke manakah kiblat dan penghadapan kamu?
apakah ikutan kamu?
dan, siapakah saudara-saudara kamu?

jangan sesekali kamu mengikut jawapan yang setan-setan ini berikan.

duit yang semua manusia sembah adalah 'tuhan' kami!
iblis dan setan adalah 'nabi' kami.
zina, arak, rasuah dan segala kemungkaran 'agama' kami.
duniawi yang disogok yahudi dan amerika 'kiblat' dan 'penghadapan' kami.
saham, kekayaan, bon, buku bank dan segala keindahan duniawi 'ikutan' kami.
semua manusia yang berkompromi dalam memberi rasuah, menerima sogokan, under table dan apa saja cara haram demi dapat memberikan ganjaran dan kekayaan adalah 'saudara-saudara' kami.

ya bayi-bayi comel semua....

jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kamu sewaktu dilahirkan ke dunia ini iaitu lafaz dua kalimah syahadat. para setan akan sedaya upaya menyesatkan dan membuatkan kamu lupa dan tidak lagi percaya bahawa....

mati itu benar,
soal mungkar nangkir itu juga benar,
azab dan nikmat kubur itu benar,
semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat benar,
dan, akan diberikan balasan syurga atau neraka itu juga benar....

andai kamu lakukan perkara yang dilarang allah semasa hidup di dunia ini nanti, kamu akan menerima azab semasa tiba hari kematian kamu....

seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi, jika kamu berdosa ular sijatul aqraq akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu.

nikmat kubur pula... diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, diapit bumi umpama kamu di dalam pelukan ibu yang kini sedang mendakap kamu dengan penuh kasih dan sayang....

maka tinggallah kamu di dunia yang fana ini sehingga tiba hari kematian kamu kelak, di mana satu lagi 'talkin' akan dibacakan ketika jasad kamu disemadikan di liang lahad, dengan itu, berhati-hatilah semasa hayat kamu di dunia dan patuhilah segala perintah allah dan tinggalkan segala larangan-nya.

kami serahkan kamu kepada kedua ibu bapa kamu, agar dibimbingnya kamu ke arah kebaikan, dan kamu sebagai bayi kecil yang akan menjadi dewasa nanti, berhati-hatilah dengan helah dunia yang penuh dengan rasukan dan pujukan iblis dan setan yang hanya mahu menyesatkan kamu agar bertambah penghuni neraka. kamu cubalah untuk menghindari nafsu serta tarikan dunia yang indah tetapi maha menyesatkan.

ya bayi-bayi comel semua....

mudah-mudahan diberikan kamu pedoman dan petunjuk agar tidak sesat di dunia fana ini dan menjadi manusia munafik yang hanya bertuhankan duit dan kekayaan sehingga menyesatkan kamu dan lupa akan hari akhirat serta hari perhitungan yang akan menentukan syurga atau neraka yang bakal kamu huni sebagai balasan....

eh ada ke korang dengar talkin ni dibacakan masa korang nak dilahirkan dulu? semasa korang nak tinggalkan perut mak korang untuk bersemadi di dunia macam sekarang ni?

entah ek?! merepek betullah aku ni, hihihi....

Monday, October 11, 2010

selamat sore bapak-bapak semua....

'selamat sore!' bergema dewan ballroom yang menempatkan kesemua bapak-bapak eksklusif yang terdiri daripada bapak-bapak pemenang anugerah dari pelbagai bidang yang masing-masing kelihatan segak dan bergaya dengan stail tersendiri.
'pihak majlis mengucapkan tahniah kepada bapak-bapak semua, yang begitu cemerlang dan terserlah ketokohan bapak-bapak di dalam bidang masing-masing! dan, dipersilakan bapak-bapak semua untuk beramah mesra dengan semua tokoh-tokoh yang hadir pada malam bersejarah dan prestij ini di samping ditemuramah para pemberita dari seluruh pelosok tanah air yang pastinya teruja dan mahu berkongsi pengalaman hebat bapak-bapak semua! dipersilakan....'

maka, berkeliaranlah para pemberita dan jurugambar, memburu, bertanya itu ini dan menemuramah setiap tokoh-tokoh hebat itu....

di satu sudut berdiri seorang 'bapak ayam', yang telah banyak membantu gadis-gadis serta para wanita mendapatkan rezeki! dengan menghargai tubuh badan juga rupa mereka yang menawan, dia juga telah berjaya menyelesaikan nafsu para lelaki dengan memastikan kepuasan daripada betina-betina yang dijual dan dijagainya itu. ratusan, mungkin ribuan jantan-jantan telah dipuaskan nafsu mereka daripada wanita-wanita yang dijaga dan dididiknya sehingga lupa anak bini dan ada yang sampai bercerai berai! dan, tepatlah gelaran itu untuk lelaki hebat seperti dia itu.

di satu sudut lain seorang lagi tokoh sedang ditemuramah....
'aku jaga dari tapak kaki dia sebesar dua jari, bila besar, dah cun, dah cantik, takkan aku nak bagi lelaki lain rasa! gila! baik aku yang ratah dulu!' serius si 'bapak haruan' menjelaskan kepada para pemberita mengenai dirinya yang ditanya kenapa sanggup memperkosa anak kandungnya sendiri. pemberita mengangguk-angguk, seolah-olah bersetuju, benar juga seperti kata lelaki itu.
'tapi sampai lima orang sekali?!'
'dah lima-lima anak gadis aku tu cun-cun belaka, takkan aku nak tinggalkan salah seorang, tak adillah aku sebagai bapak namanya tu! kenalah aku ratah semua, rasa semua, hm, memang lazat kalau dah bakanya datang dari aku!' senyum bangga si 'bapak haruan' yang telah memperkosa kelima-lima anak gadisnya semenjak usia mereka belasan tahun dulu lagi.

temuramah berlangsung di satu lagi sudut lain....
'abang ni macho, hensem, tapi kenapa tak cari pompuan-pompuan cun, rasanya kalau setakat pompuan lawa anytime leleh tengok abang!'
'jiwa! semua ni jiwa! dah aku tak ada jiwa, macam mana? aku tengok kau ni menarik! sesuai kalau aku jadikan teman! dah jiwa aku ke situ, kau mana boleh paksa aku untuk suka pompuan! bagi aku, lelaki macam kau ni menarik!' tersengih. 'er, kau ni jenis straight ke, serong?'
'er, s-saya s-straight bang....' agak gusar salah seorang pemberita lelaki yang agak cute itu ketika menjawab soalan si 'bapak ikan' itu.
'hm, hampeh! aku ni cukup suka bela budak-budak lelaki yang cute-mute, buat makanan!' ketawa besar si 'bapak ikan' yang dulunya banyak membela anak-anak ikan untuk dijadikan ratahan malamnya....

lelaki-lelaki yang ramai dalam dewan ini adalah tokoh-tokoh lelaki yang terpilih di antara yang terhebat di dalam bidang masing-masing, untuk mereka dianugerahkan dengan gelaran 'bapak'. bukan mudah untuk mendapat gelaran sebegini! malah, lebih tinggi nilainya daripada gelaran 'datuk' atau 'tan sri' ataupun 'tun' yang bersepah-sepah. gelaran 'bapak' hanya dianugerahkan untuk seorang lelaki yang benar-benar hebat di dalam bidang masing-masing! kerana itu, lelaki-lelaki yang terpilih ini adalah mereka yang benar-benar tokoh di dalam bidang masing-masing. kalau boleh diumpamakan, sama juga sebagaimana tunku abdul rahman yang digelar 'bapak kemerdekaan malaysia'! kan ke tinggi gelaran itu, kerana ianya hanya ada satu tokoh yang tidak ada duanya! jadi, mereka kena benar-benar hebat dan berkualiti untuk menyandang gelaran 'bapak' itu!

maka, bapak-bapak yang ramai itu pun berlegaran dengan wajah bangga di sekitar dewan ballroom sambil beramah mesra dengan para bapak tokoh yang lainnya serta ditemuramah para pemberita dari seluruh pelosok tanahair. wajah bangga seorang tokoh terpamer jelas di antara puluhan bapak-bapak penerima anugerah itu.

di satu sudut, seorang lelaki yang berkot hitam, berseluar slacks hitam, bersongkok hitam, wajahnya jernih tak henti-henti ditemuramah para pemberita dengan cahaya flash kamera bertalu-talu merakamkan gambarnya. seorang demi seorang pemberita menemuramah bapak itu yang kelihatan tenang wajahnya, namun begitu bersungguh-sungguh memberi penerangan tentang anugerah 'bapak' yang diterimanya itu. dia kelihatan seperti seorang yang terpelajar lagi terhormat, apatah lagi dari raut wajahnya yang jernih, pastinya datang dari keluarga orang ternama.

'bapak kelihatan tidak ada tokoh untuk menerima anugerah ini kerana bapak kelihatan seperti orang baik-baik!'
lelaki berkot hitam itu senyum, lebar dan tenang, sambil membetulkan songkok hitamnya yang mula senget.
'boleh bapak jelaskan bagaimana bapak mampu menerima anugerah paling berprestij ini dengan penampilan bapak yang sebegini?!'
'kenapa? saya tak ada tokoh di kaca mata kamu semua?!'
semua pemberita serta jurugambar yang ada mengelilinginya serentak menggeleng!
'ya, saya faham....' senyum simpul. 'hanya kerana saya seorang peguam?!'
'bukan begitu, ada jugak peguam yang sepatutnya membela orang, membela nasib orang tapi bunuh orang, bakar orang, buang orang!'
lelaki berkot hitam itu ketawa. 'oh, jangan samakan saya macam dia... ye!'
'tapi, tuan nampak baik!'
lelaki berkot hitam itu senyum sementara tawanya yang tadi terhenti. 'saya faham, kebanyakan peguam memang setan! tapi, saya lagi setan antara mereka yang setan, walaupun saya nampak baik begini!'
'tuan lepaskan pengedar dadah dunia ke?!'
dia menggeleng!
'tuan songlap duit pelanggan berjuta ringgit ke?!'
dia ketawa. 'hm, songlap duit pelanggan tak cukup setan!'
'tak cukup setan?!'
'tak cukup!' dia menggeleng lagi!
'jadi, apakah yang tuan lakukan sehingga tuan berjaya dianugerahkan sebagai 'bapak setan'?'
dia senyum. 'saya menghancurkan institusi kekeluargaan, merenggangkan kasih sayang bapak dan anak!'
'ha?! itu saja? itu taklah setan mana pun! banyak lagi peguam yang setan, meraih duit berjuta, bunuh orang....!'
'itulah yang diperdebatkan para juri, dan mereka memilih saya sebab kesetanan saya yang secara halus nampak macam tak setan tapi sangat setan!'
semua pemberita dan jurugambar ternganga, terpinga-pinga.
'baiklah, saya jelaskan dan kamu semua cuba renungkan, layak atau tidak saya menerima anugerah 'bapak setan' ini!'
semua mereka diam dan merenung tajam ke wajah lelaki berkot hitam dan bersongkok hitam itu.
'saya mewakili anak guam saya seorang ibu tunggal yang memberitahu saya bekas suaminya tak beri nafkah anak! dan, anak guam saya mahu menaikkan bayaran bulanan hampir tiga kali ganda dari jumlah asal walaupun bekas suaminya itu tak lagi mampu membayar jumlah nafkah yang diperintahkan mahkamah akibat kejatuhan perniagaannya....'
'eh itu memang patutlah, kalau saya jadi tuan bukan tiga kali ganda saya naikkan, sepuluh kali ganda pun tak peduli, bapak apa macam tu kalau tak bayar nafkah anak, jenguk pun belum tentu lagi kalau macam tu!' seorang pemberita wanita, bertubuh gempal begitu emosi....
lelaki berkot hitam itu senyum! 'ha! di sinilah kesetanan saya yang dinilai para juri!'
semua terdiam!
'setelah perbicaraan berlangsung, ternyata anak guam saya hanya mereka-reka cerita sedangkan yang sebenarnya, bekas suaminya itu seorang bapak yang bertanggungjawab terhadap anaknya! setiap hari menjemput anaknya itu untuk dihantar ke sekolah, menyediakan makan minum, menjaganya di sepanjang cuti penggal persekolahan, walaupun dalam keadaan dia susah... dan saya juga maklum tentang hal itu! kerana sewaktu anak itu dipanggil dan disoal di mahkamah, anak itu sendiri mengaku dia selesa dengan bapaknya, malah diberi layanan kasih sayang yang cukup, dan dijaga dengan penuh tanggungjawab sepanjang perceraian bapak dan ibunya itu. kalau tidak, tak mungkin anak itu begitu rapat dan menyayangi bapaknya! di sini cukup jelas, bahawa bapaknya adalah seorang yang bertanggungjawab! kalau tidak, mana mungkin seorang anak mahu mendampingi bapaknya setiap hari! saya sepatutnya, sebagai seorang islam, apatah lagi saya sendiri seorang bapak kepada anak-anak saya, saya patut nasihatkan anak guam saya agar bersetuju dengan permohonan ubah perintah bekas suaminya itu! apatah lagi yang dituntut itu sebenarnya bukanlah nafkah anak, tetapi wang tambahan peribadi anak guam saya itu kerana selain bekas suaminya itu menyara anaknya, bekas suaminya itu ada memberi anak guam saya itu duit poket bulanan! yang sebenarnya tertunggak bukan nafkah, tetapi duit poket itu yang sebenarnya bukanlah satu kewajipan untuk bekas suami membayarnya! tetapi, anak guam saya berbohong di mahkamah dan mengatakan bekas suaminya tak bayar nafkah sedangkan yang tak dibayar hanyalah duit poket tambahannya itu saja! lagipun, itu hanya ikhsan bekas suaminya saja yang begitu baik hatinya! saya sepatutnya nasihatkan anak guam saya itu berdasarkan undang-undang islam, berdasarkan kemanusiaan, juga kebenaran, tapi, tidak, sebaliknya, saya sarankan agar nafkah dinaikkan tiga kali ganda, saya nasihatkan juga anak guam saya berbohong di mahkamah, saya ciptakan beberapa keterangan palsu yang boleh menjatuhkan maruah bekas suaminya itu dan biar bekas suaminya itu dipandang hina. semuanya saya lakukan tanpa memikirkan betapa dengan cara itu saya telah menghancurkan institusi keluarga, merenggangkan kasih sayang bapak dan anak, mengaib dan menjatuhkan maruah... dan yang penting... semua yang saya lakukan ini demi kemenangan anak guam saya walaupun saya tahu, anak guam saya itu penipu! sedangkan saya sendiri tahu, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh! tapi, ada saya peduli....'
tepukan bergemuruh, semua yang mendengar penjelasan itu bersetuju, dia memang layak menerima anugerah itu. dan, masing-masing beredar, puas hati kerana anugerah 'bapak setan' telah diberikan kepada tokoh yang tepat!

semua bersetuju, anugerah itu tak lagi perlu dipertikaikan....

dia memang betul-betul setan... walaupun terlindung di sebalik penampilannya yang baik-baik....





Tuesday, September 28, 2010

bila orang pompuan berdiri...

...satu malam, apa sudah jadi ni?! kadang-kadang tu, aku rasa tak adil jugak sebab kalau lelaki yang buat, selalunya korang salahkan bini tak bagi! tapi, bila pompuan yang satu malam berdiri, apa cerita ni? mulalah kita maki seguni....

lumrah yang korang selalu dengar, lelaki makan luar! itu perkara biasa! kalau bini buat kecoh, bini dingin, bini tak pandai main, ada alasan kawin lain! kan syok jadi lelaki! tapi, kalau korang pulak yang tak bagi nafkah batin kat bini apa cerita? suruh bini pakai jari?! pernah ke korang pikir hal ni? korang dok asyik melepak, teh tarik session dengan geng sambil usha satu dua awek cun untuk berdiri satu malam, bini kat rumah berair, tak pulak korang kisah?!

dalam hal macam ni, aku kesian kat orang pompuan! kalaulah diorang boleh kawin lebih dari satu (macam orang lelaki), apa macam? bayangkan, bila korang yang jantan-jantan macho ni buat hal makan luar, bini korang pulak tambah satu lagi cawangan, apa macam? tak ke korang angin satu badan bila bini balik rumah laki muda! kuarghkahkah! padan muka! apa rasa?! nasib baik allah tak bagi kelulusan hal macam ni, kan? huh, selamat aku, dan selamat semua para lelaki! yeahooo! terima kasih ya tuhanku!

tapi dalam korang dan aku semua bersorak, renungkanlah sikit perasan bini korang yang dah banyak berkorban kat rumah tu! dahlah diorang kena mengandungkan anak-anak korang! yang korang sedap-sedap melepak main snooker alasan bini letih mengandung kena rehat kat rumah! banyak cantik korang punya muka! bayangkanlah bini korang tu sembilan bulan usung perut! tak kesian ke?! kalau anak sorang tak apa, kena enam, hah, amek kau! lima puluh empat bulan usung perut! kesian, bro! kesian! ingat emak korang, bro, diorang tu pun pompuan gak! bayangkanlah macam mana mak korang sedang usung korang yang asyik aje tendang perut dia, bapak korang melepak kat kedai kopi, phewiit-phewiit awek, kena pulak awek bohsia, siap melawan pulak tu, apalagi, dengan akal yang panjang, bapak korang pun mula mintak diri dari kawan-kawan! abang dah naik, adik dah berair, lepas tu usung pergi hotel murahlah jawabnya! apa cerita ni? tak ke haru?! itu kalau mak korang tak tau! hehe! biasalah kan, orang lelaki ni cukup pandai cover line! jaranglah bini dapat tau kalau member tak pecah lubang!

jangan ingat korang hebat, bro! tu, big boss kat atas tu senyum je suruh 'anak buah' dia catat apa yang korang buat! amacam?! laju aje 'anak buah' dia yang duduk kat lengan kiri korang tulis apa yang dah korang buat! tak ke masak nanti, bro?!

tapi... hari ni, zaman ni... dah lain sangat! orang pompuan semakin daring! bagi orang pompuan la ni, kalau laki boleh buat, kenapa bini tak boleh?! dosa belakang kira! bukan bayar sekarang pun! lama lagi, itu pun lepas hari kiamat, bicara kat padang masyar! untuk mereka, lelaki pompuan sekarang dah sama taraf! korang pun pernah dengar kes pompuan kawin dua, kan? bukan satu dua kes dah korang dengar, banyak dah kes pompuan kawin lebih dari satu! bukan kawin lepas cerai, tau?! diorang kawin dua (ada dua laki)! pheh! pompuan sekarang ni pun dah ada dua laki! amacam?! pompuan bukan sekadar satu malam berdiri, tapi berani pasang laki! maknanya, pompuan lagi berani dari lelaki dalam hal macam ni! allah haramkan pompuan kawin lebih daripada satu dalam waktu masih bersuami pun diorang tak peduli! brutal tu! tapi, kes macam ni memang jarang-jarang ditemui! tak ramai pun pompuan segila ini! tapi, kalau kes zina, hehe, itu lumrah! yang 'dah kawin' tapi 'belum nikah'... hm, memang ramai sangat sampai dah bersepah, kes macam ni dah kena kira pakai calculator! dah tak terkira dah kalau setakat pakai jari!

so, pendek kata, jangan sampai bini korang satu malam berdiri. layanilah seks dia sebab dia pun manusia yang ada nafsu macam korang jugak! kalau korang yang dingin macam mana? kena pulak korang ni dikategorikan lemah tenaga batin, atau kalau lebih parah lagi... mati pucuk! siapa nak layan bini korang tu? kalau bini pasang sugar boy, kena caci! kena maki! silap-silap kena gergaji! mana tahan asyik pakai jari?! amacam bro?! pernah tak korang pikir hal ni? kalau dah mula lemah, 'ayub' dah kurang bangun, berusahalah! zaman sekarang macam-macam cara ada! ubat moden, tradisional, banyak pilihan! viagra ada! urut batin ada! dvd porno berlambak-lambak untuk naikkan nafsu! dan, kalau tak ada cara lain untuk korang jadi garang, aku rasa tengok ajelah dvd porno tu asalkan 'ayub' boleh bangun, janji bini korang puas, asalkan dia tak sampai simpan 'budak gula'! yang penting nawaitu. allah sure tahu! sebab, ada member aku tanya aku satu soalan cepumas: 'bro, aku ni memang ada problem, susah nak naik, setakat viagra, urut batin, semua aku dah cuba, payah jugak nak naik! tapi, kalau aku layan dvd porno, pheh, terpacak! dosa ke? orang kata haram kalau tengok dvd lucah?!'

aku tak tau nak jawab soalan ini sebab aku bukan ahli agama! nanti terpesong pulak jadinya! tapi, aku hanya pesan: 'kalau niat kau nak puaskan bini, sebab itu tanggungjawab yang dituntut dan tak ada cara lain lepas kau dah berusaha, aku rasa hukumnya harus!'

entahlah, betul atau tidak aku tak pasti! allahualam?! kalau dah tak ada cara lain, cara itu aje yang boleh, nak buat macam mana? bini perlu dipuaskan?! viagra tak jalan, urut tak naik! apa macam? kalau itu saja satu-satunya cara yang ada, haruslah hukumnya! tapi, janganlah pulak kalau kau okey, tak ada masalah batin, 'ayub' senang bangun, kau layan jugak dvd porno itu dah haram hukumnya! kahkahkah! adalah tu yang nak ambik kesempatan! sorry la bro, tak boleh, haram okey!

pendek kata, baik lelaki, baik pompuan, memang satu dosa kalau berdiri satu malam ni ye! pada korang semua, hargailah perasaan pasangan masing-masing, layanlah yang terbaik, biar sama-sama puas dan menikmati seks yang allah hadiahkan pada korang semua. kalau terkurang, perbaikan! kalau tak ganas, ganaskan! yang penting, mengikut landas islam dan jangan lakukan seks luar tabii!

aku tau entri aku kali ni agak brutal kedengaran, tapi bagi aku yang penting ada membawa kesedaran. sebab aku tau ramai antara kita yang malu untuk menyuarakan masalah seks ini dan aku harap korang mendapat sedikit pengajaran untuk memberbaiki tahap kecemerlangan masing-masing, sebab kalau laki bini saling mendapat kepuasan, iblis menangis sakan sebab zina tak lagi diperlukan!

bila bini dingin, laki salin kain, cari lain, tapi bila suami yang dingin, bini selubung kain, jari yang main....

renung-renungkan....

Sunday, September 26, 2010

satu malam berdiri....

...tak letih ke, bro? eh letih apa, ni lain punya berdiri, letih tapi sedap! hahaha!

baru-baru ni masa raya keenam, aku jumpalah satu kawan lama. lama aku tak jumpa. sembang punya sembang, ceritalah pasal keluarga masing-masing.
'Raya ni balik mana?! jb?!'
member aku tu senyum panjang. 'tahun ni aku balik penang!'
'penang?' setau aku bini dia orang jb! masa dia buat kenduri kawin kat kl dulu pun aku datang. memang cun gila bini dia ni! macam pelakon! putih, hidung mancung, body leleh! 'tapi bukan ke bini kau orang jb?'
'tu bini tua, yang ni bini muda!' member aku tu sengih makin panjang!
'hah? kau kawin lagi satu? bini kau dulu tu kan ke cun!' heran jugak! kalau akulah yang dapat bini dia yang cun tu, sure aku tak kawin lain! package lengkap!
'kau dah tengok bini muda aku?!'
'kawin tak ajak bila masa aku nak tengok?!'
member dengan penuh bangga tekan punat kat bb dia tunjukkan aku satu gambar.
tak berkerdip mata aku tengok. cun giler bini muda dia tu, bro! bertuah member aku ni dilahirkan ke dunia. dapat dua bini yang cun-melecun! 'first wife kau tak bising ke?'
'nak bising macam mana, salah dia jugak! aku dah banyak kali pesan, dia yang tak endah, ini kira balasan untuk dialah! hm, baru sekarang terhegeh-hegeh! dulu, hm... macam pengemis aku dibuatnya! aku memang bengang gila!'
aku tak faham? kenapa pulak bini dia buat dia macam pengemis?! aku nak tau. 'buat kau macam pengemis? apa yang dia buat sampai kau bengang sangat ni?!'
'diat, kau pun tau kan bini aku tu memang antara yang terbaiklah kiranya... kan! masa aku kat uk dulu, bukan student melayu aje yang nakkan dia, mat saleh pun ramai yang cuba! hehe! aku jugak yang dapat!'
aku angguk-angguk! setuju sangat! memang bini dia tu tercantiklah amat!
'aku kawin dah 15 tahun! anak aku yang sulung pun dah form two! anak aku dah empat! aku bisnes pun alhamdulillah, okey! bini aku tu pun kerja bagus! dah jadi gm kat bank! memang okey! tapi, aku ni kalau kau nak tau, malam jadi pengemis!'
'kau biar betul? kau tadi kata bisnes okey?! malam kau mengemis apa?'
'mengemis seks kat bini!'
aku mula tak faham sangat!
'bini aku tu nama aje cun! bertahun-tahun aku makan hati! bila nak main aje, kena sembah, nak kena mintak, macam-macam alasan dia bagi, boleh-boleh nak tolak! heran aku?!'
masalah ni! nasib aku tak ada problem macam ni! kes serius ni!
'bila dah lama sangat aku makan hati, jumpa pulak bini baru aku ni, cun, muda, aku pulak tengah gersang, bengang, mudah je hati aku terbukak, ajak kawin dia nak, bagitau aku dah ada bini, anak empat, dia tak kisah! hm, rezeki akulah! aku pun kawin!'
'first wife kau tu tak bengang ke?!"
'nak bengang kenapa? dia yang punya sebab! aku ni kalau nak main dengan dia kena jadi pengemis, kau bayangkanlah, tengah aku stim, ajak dia main, baru nak romen-romen, nak pegang tetek pun dia tak bagi! kalau kau, macam mana, sure kau bengang, kan?! kalau dia layan seks aku, hm, takdenya aku nak cari lain! salah dialah! padan muka dia!'
'dia tau ke tak?!'
'tau! apa dia boleh buat? aku nekad, dia mintak cerai pun aku tak kisah! hehe! aku dah dapat pucuk baru, bro! lagi bergetah pada dia!'
'kenapa kau tak bincang elok-elok?!'
'diat, kita ni lelaki, ada nafsu, dia pun tau aku ni laki dia, kena bagi kalau aku nak! bukannya aku ni sugar daddy dia! laki ni kena layan! itu tugas utama dia! atas unta pun kalau aku nak dia kena bagi! itu dia pun tau!'
aku terkedu! tak terfikir pulak ada kes macam ni dalam rumahtangga! nasib baik aku tak ada masalah macam ni! aku nak aje, bini aku on! bini aku nak aje, aku on! apa yang penting, kerjasama! tapi, bila aku dengar masalah member aku tu, aku nak pesan pada semua korang orang pompuan! ambik serius masalah ni! nanti kalau laki korang satu malam berdiri, jangan salahkan diorang pulak! korang ni dijadikan allah untuk menggembirakan lelaki! itulah sebabnya hawa dijadikan! untuk puaskan nafsu adam! untuk gembirakan hati lelaki! kalau bukan dengan korang diorang nak buat seks, dengan siapa lagi? nanti bila main lelaki dengan lelaki, korang pandang serong! sebab tulah berleluasa 'suami' yang makan luar! agaknya, kalau direnung-renungkan, adakah korang semua melayani seks suami korang sebaik-baiknya? ada? hehe, jangan jawab dengan aku, jawab dalam diam dan renungkan masalah ini! bila laki korang tak puas, bila korang dingin, bila korang tak pandai main, sure laki korang kecewa. sure laki korang hampa! sure bengang, sakit hati, geram, mulalah layan handphone 3g tengok aksi gadis remaja main dengan balak masing-masing! mulalah naik stim tengok ariel dengan luna maya! kalau masalah ini tak dibendung segera, dibiarkan bertahun-tahun, korang pun tak ambik kisah, hm... bila laki korang dah tak dapat bendung nafsu seks dia, mulalah laki korang cari pompuan lain yang dapat puaskan nafsu mereka! apa cerita? korang nak salahkan suami korang jugak ke? mana boleh, betul tak?
aku pesan pada korang yang dah jadi bini orang, layanlah laki korang sebaiknya, layan seks dia, jaga makan pakai dia, tak perlu cari bomoh, tak perlu kunci kemaluan, tak perlu kangkangkan nasi, tak perlu semua tu! cukup dengan kasih sayang, seks yang menakjubkan, masakan yang sedap, kelembutan, keindahan diri, aku sure laki korang kena glue kat rumah tak sanggup tinggalkan korang! tak caya, buatlah!
'bini muda kau tu macam mana, okey?'
'okey yang 'macam' mana pulak ni?!'
'maksud aku layanan seks dia okey ke?!'
'pheh, superb! macam mana kau tengok porno, macam tulah aku dapat, cuma yang tak senonoh, main belakang, yang tak dibenarkan dalam islam tu aku tak buatlah! kau nak mampos! tapi, kalau dari segi layanan seksnya, aku tak pernah dapat dari bini tua aku tulah! hahaha!'
'tapi kau kena adil!'
'memanglah adil! tahun lepas balik kampung bini tua, tahun ni bini mudalah!'
'maksud aku, layanan seks pun kena adil!'
'hm, baru sekaranglah bini tua aku tu beriya-iya, kadang-kadang aku pulak rasa tak selesa! lainlah, macam tak real, macam buat-buat, dulu tak pernah pun!'
'kau kena bagi dia peluang! mungkin dia dah belajar dari kesilapan, dia nak perbaiki tahap seks dia, kau kenalah support!'
'hm... dah terlambat! dia pun dah tua, walaupun body seksi lagi, tapi... aku yang tengok, nak gelak pun ada, buruk rupanya, hehe, kalau ikut umur, lima tahun lagi monopose la! hahaha! senang cakaplah, hati aku ni dah rasa macam tertutup! padan muka dia!'
aku tak berani komen apa-apa! itu hak member aku tu! cuma, aku rasa kesian pulak kat bini tua dia tu! nak buat camana? salah dia jugak! betul tak?! so, pada korang semua (yang dah bergelar isteri), ambiklah iktibar jangan korang semua orang pompuan jadi macam ni! jangan malu layan seks suami sebab allah dah halalkan asalkan jangan buat sampai di luar tabii!

mulai saat itu aku mula merenung, berfikir, kenapa lelaki suka one night stand? mungkin berpunca dari masalah yang sama dengan member aku tu! kalaulah betul, aku tak salahkan mereka seratus peratus! betul jugak, kalau dah dengan bini pun susah sangat nak main, macam mana? takkan nak pancut dinding! bila mula 'makan' luar, kena pulak tu layanan sedap jauh berbeza dengan bini kat rumah, mulalah ketagih! siapa yang salah? jaga-jaga bila laki dah mula 'pasang' badan, ye! ambik serius masalah ini dan mulai saat ini lepas aje korang baca repekan ini, perbaiki tahap seks korang biar laki korang terkedu, kaki kena glue! hehe, apa lagi selongkarlah almari, pakai gaun nipis, jatuhkan rambut korang ke bahu, dan jelinglah suami masing-masing dengan satu renungan paling seksi yang belum pernah korang jelingkan! muncungkan bibir korang tu seseksi yang boleh ala-ala marilyn monroe yang bisa merobek jiwa lelaki! biar laki korang tu stim meleleh! kahkahkah!

korang semua ingat, jangan biarkan laki korang satu malam berdiri, korang nanti yang merana diri! paham semua?!

hm, akulah yang payah macam ni! macam mana nak tambah lagi satu! hehe, kalau bini aku berani buat hal, kalau bini aku lain kali mula dingin, masaklah dia! aku dah ada alasan nak kawin lagi satu! kuarghkahkah!

Friday, September 3, 2010

korang serupa binatang... (18sx only)

...kalau time berjimak (bersetubuh)! tak ingat dunia dah! tau sedap aje! tau nikmat aje! tau nak klimaks aje! jadi apa bezanya korang dengan binatang kalau dalam bab-bab seks?! apa yang paling sedap sekali kalau bukan berjimak! kalau tak, mana maunya budak umur 14 tahun bagi jantan lima batang sekali masuk siap rakam aksi seks itu dengan handphone? mana jadinya rakaman adegan seks luna maya dengan ariel! cut tari dengan peter-porn! mana datangnya kita kalau bukan dari persetubuhan adam dan hawa?! semua ini seks! allah sendiri anugerahkan kepada semua makhluknya di dunia ini dengan kenikmatan seks!

aku pun dapat empat orang anak sebab lakukan seks! jadi, buruk sangat ke seks ni? kotor ke? hina ke? memalukan ke? taklah! seks sedap, apa?! seks nikmat! seks boleh buat ketagih! seks sedap giler tak terkata! itu kata korang yang pernah berjimak! itu kata mereka yang dah kawin! itu juga kata anjing! kata kucing! kata ayam dan kata seluruh binatang yang ada di dalam dunia ini! seks itu satu kenikmatan yang tak terperi!

allah cipta seks untuk dinikmati makhluknya!

mana ada bezanya kita dengan binatang dalam bab-bab seks? kita pun masukkan kemaluan ke dalam kemaluan pasangan kita! binatang pun buat benda yang sama! malu? mana malunya kalau dalam bilik tinggal berdua, lampu pulak samar-samar! jadi stim tak hengatlah! syok, seronok, gian, ghairah semua ada! itu yang ramai antara kita dah tak peduli apa pun kalau dah ketagih seks! beza dengan binatang diorang buat tak kira tempat! tak perlukan bilik yang ada lampu samar-samar atau muzik romantik! tak takut pencegah maksiat! tak takut hukum zina dan tak takut lahirkan anak haram! tapi, manusia, especially yang beragama islam, kita takut dosa zina kalau belum nikah! kita takut lahirkan anak haram dan buang dalam tong sampah! (itu pun ramai yang buat jugak) tapi, bila dah pekena seks, semua yang haram jadi halal, takut jadi tak kisah! tu yang anak haram bersepah-sepah dibuang macam buang sampah!

maaf cakaplah ye, dek non semua, korang dengan aku sama aje kalau dalam bab-bab seks ni! meracau, menggeliat, menggelepar, merepek-repek, uh, ah, argh, o my god, deeper honey, faster, i'm coming dan macam-macam jenis bahasa, racauan, jeritan dan keletah serta gelagat... dan macam-macam jenis suara lagi (korang sendiri yang tau) dan semua tu adegan di ranjang, betul kan?! ada korang malu? ada korang kisah?! ada korang terfikir macam mana buruk muka korang masa korang nak klimaks? masa air nak terpancut? pernah korang bayangkan?! cuba korang rakam dan tengok, huhu, maunya korang malu tengok muka korang sendiri! cuba bagitau aku apa yang korang repekan masa main, masa nak klimaks! mulalah cakap macam-macam, kan? itu semua tabiat normal manusia! tak perlu risau sebab seks boleh buatkan manusia jadi entah apa-apa dan sesuatu yang malu itu menjadi satu yang mengghairahkan! jangan risau korang normal! tak perlu jumpa doktor pun!

tapi, seks jadi jijik bila wanita bertudung, janda mungkin, atau bini orang pun, atau laki orang, atau jantan miang, anak dara gatal, budak-budak jantan rugged yang tak ada future, pendek kata yang bukan muhrim, bila mereka-mereka ini bersetubuh, huh, memang persepsi tentang seks berubah menjadi jelik! seks amat memualkan! huh, itu yang menyebabkan korang semua melihat seks sesuatu yang amat menjijikkan! semua pakat kata seks itu kotor! tapi... seks tak jijik kalau sah suami isteri! seks jadi tempat kumpul pahala kalau dilakukan pada hari khamis malam jumaat! seks jadi nikmat dan jadi tempat elak dosa bila main dengan bini sendiri dari main awek skandal. seks jadikan kita rasa seronok dan tenang! jadi dimanakah jijik dan hinanya seks itu kalau bukan dari perbuatan korang sendiri yang menyalahgunakannya!

jadi, nikahlah secara sah ikut hukum syarak! dirikan masjid! siapa yang marah? kalau ada yang marah, orang tu yang dah gila! pesan kat mak bapak yang 'keras' sangat agar fikirkan bahana seks luar nikah dan cucu yang bakal mereka dapat tak ada nama bapak?! kawinlah berapa banyak kali korang nak pun, tak salah! bercerai lima kali, kawin lapan kali pun tak salah! ada allah cakap bercerai tu haram? tak pun! allah hanya tak sukakan perceraian, itu aje! bergegar tiang arasy setiap kali umat islam bercerai, tapi masih tak haram berbanding korang berzina! kalau korang nak kawin empat pun kawinlah! tak salah! yang 'salah' kalau tak bagitau bini tua! itu pun bila dia dapat tau dan mengamuk! kalau bini tua tak tau, mana ada salah! salah ke lelaki kawin lebih dari satu? mana ada salah! mana ada haram! haha! kalau pandai 'bersilat', silap-silap bini tua suruh tambah tiga! kalau bini tua sendiri yang sainkan borang poligami, salah ke korang kawin lebih dari satu? tak salah, kan? so, kawin jelah kalau ada rezeki berapa banyak kali pun asalkan jangan sesekali berzina!

biar bini banyak dari banyak berzina!
biar kawin banyak kali dari banyak kali berzina!
biar bini bertukar ganti daripada pasangan seks bersilih ganti!
biar bersetubuh dengan bini banyak kali dari berzina berulang kali!
biar bermadu sebab seks itu semanis madu yang halal!
biar buat seks dengan bini dari buat anak haram dari seks tak halal!
biar ketagih seks jangan ketagih zina!
biar masuk hotel mana pun, buat seks tak takut lagi!
buat seks berpada-pada, zina jangan sekali!

pendek kata, jadikanlah seks amalan hidup korang asalkan jangan zina yang dilaknati allah! ingat ye perbezaan antara 'seks' dengan 'zina'! seks jadi halal kalau dengan bini, tapi zina itu haram!

stim tengok dvd lucah, balik belasah bini!
stim tengok paha awek cun, balik belasah bini!
stim tengok aksi luna maya, balik jadikan bini macam luna maya!
stim aje, belasah bini!

sekarang korang faham tak beza 'seks' dengan 'zina'? harap-harap bini aku faham dan terbuka hatinya sain siap-siap borang poligami dan merelakan aku pilih calon sendiri. (bukan mak cik jual kerepak tu, ye!)

p/s rasa macam nak tambah bini lagi ni! hihihi!

Wednesday, August 25, 2010

kunantimu di pintu syurga...

...andai kau pergi dulu! banyaklah kau punya nanti! kau ingat bapak kau punya syurga ke? syurga itu allah yang punyalah, bangang! o, ye ke? lupa la pulak, sori ek!

aku selalu cakap kat bini aku, nanti kalau saya pergi dulu, awak kawin jelah! tak payah nak tunggu saya kat pintu syurga tu. kita ni pun belum tentu masuk syurga ke neraka! takkanlah awak nak tunggu saya kat pintu neraka kalau kita ni amalan kurang, ngumpat lebih, solat kurang, sembang lebih! ye tak?! so, syurga atau neraka, itu hak allah! kita terima ajelah seadanya! pilihan kat tangan korang, syurga atau neraka?! ikut perintah allah, tinggalkan larangannya, syurgalah jawabnya! hehe! macam senang je, kan?! banyaklah korang punya senang!

bila aku cakap macam tu, bini aku sedih! 'tak naklah wak, saya dengan awak ni mana pernah berpisah, mana awak pergi saya ikut, saya rasa janggal bila awak tak ada, mana saya nak cari lelaki lain yang sama macam awak?!'
'eh, memanglah tak ada, allah dah bagi awak yang terbaik! tapi, kalau dah ajal saya sampai, takkanlah awak nak menjanda? takkan nak tunggu saya lagi? sampai bila?!'
'saya nak jumpa awak balik masa kat syurga! kan allah bagi pilihan, kalau cinta kita kuat, kita masih boleh bersama kat syurga nanti!'
aku gelak besar! 'sure ke kita ni masuk syurga?!'
'masuk tetap masuk, kita orang islam, lambat dengan cepat aje, atau mungkin lepas basuh dosa kat neraka, kita masuk jugaklah akhirnya! saya tetap nak bersama awak, awak cinta hati saya!'
'hm, tak payahlah fikir sampai jauh macam tu! manusia ada fitrah seks, takkan awak nak pendam perasaan awak tu? jangan seksa diri! saya dah mati, saya pun tak fikir tentang awak dah!'
'alah, berapa ramai pompuan yang tak kawin lain? okey aje! besar jugak anak-anak! saya tetap tak nak!'
'iyalah tu, tapi awak tu ada nafsu, takkanlah awak nak sekat semua tu?'
'lelaki lain wak, pompuan lain! lelaki bila bini mati, kubur merah lagi pun dah kawin! tak kisahlah, apa awak nak cakap, awak cakaplah, saya tetap tak nak kawin lagi!'

aku pening kepala! ada gak manusia macam bini aku ni ek? entahlah! tapi, itu cakap dia masa aku tengah hensem dan hidup lagi ni! kalau dah tinggal rangka kat dalam liang lahad tu, apa pun boleh berlaku! tapi, (bila dah mampos nanti) aku sendiri pun tak fikir lagi dah pasal dunia ni! apa lagi pasal bini aku nak kawin ke, nak menjanda ke, itu semua aku dah tak fikir! yang aku fikir masa tu macam mana nak elakkan diri dari soalan mungkar nangkir?! nak lepaskan diri aku ni dari seksa kubur? apatah lagi mungkar nangkir ni macam-macam pulak dia nak soal aku!

masa nilah anggota tubuh tak boleh pakai! hampeh! dulu masa kat dunia enjoy sama-sama, tapi kat alam barzakh ni, semua anggota pakat-pakat lepas 'diri' masing-masing! bila jasad dah terpisah dari roh, jasad kembali kepada allah, itu hak allah, sesekali pun jasad takkan mahu berbohong! habislah semua cerita korang kat dunia dia cerita!

bila mungkar nangkir bertanya, diorang sukarela bercerita! mulalah satu persatu rahsia pecah! puaslah aku pst, pst, pst kat perut aku isyarat jangan bagitau apa-apa, dia buat dek aje cerita pasal aku tak puasa masa bulan ramadhan! hampeh punya perut! padahal dia jugak yang punya pasal!

munkar nangkir tanya: 'ramadhan pertama masa kau mula-mula masuk akal baligh dulu kau puasa tak?!'
aku baru aje nak cari alasan, perut aku dah jawab dulu dah! 't-tak puasa bos!'
'tak puasa?!' berdesup aku masuk ke dalam perut bumi kena henyak dengan mungkar nangkir! bersepai kepala hotak aku sakit tak tau nak cakap! nanti korang dah masuk liang lahad ni nanti korang rasakanlah sendiri! 'macam mana kau dah masuk akal baligh boleh tak puasa?!' berapi mata mungkar nangkir renung aku yang dah hancur bersepai kat ceruk perut bumi tu! 'cerita dari mula! aku nak dengar!'
's-saya yang start dulu b-bos!' kaki aku mula-mula bersuara.
perut pulak menyampuk: 'm-mulanya s-sebab saya jugak bos, saya dah mula berkeroncong!'
'berkeroncong ke heavy metal?!' macam halilintar suara mungkar nangkir mengejutkan perut aku!
'm-macam heavy metal dah bos! lapar giler masa tu! berdenyut-denyut tak tahan nak kena isi!'
'masa tulah saya bawak semua yang ada pergi k-kedai m-mamak b-bos!' kaki bersuara terketar-ketar!
'lepas tu?!'
mulut terpisat-pisat malu! 's-saya y-yang orderkan b-bos!'
'kau order apa?!'
'r-roti banjir dua, kuah lebih, dal kari campur!'
'itu aje?!'
'm-milo ais k-kaw!'
mungkar nangkir menggeleng! 'huh, tak puasa order roti banjir, kuah lebih, milo ais kaw?!'
'y-ye b-bos!' mulut aku terkedu!
'tak malu ke?'
'm-malu tu m-malu b-bos, t-tapi s-saya kosong giler masa t-tu bos, n-nak kena isi jugak!' perut terkedu!
'macam mana kau mula-mula tau kau tu dah mula akal baligh?!'
masa ni kote terus bersuara: 's-saya selalu aje b-bangun tidur b-bos! dulu b-bangun tidur m-masa mata bukak, selalunya pagi-pagi s-sebab pundi kencing penuh... s-saya yang k-kena keluarkan!' kote terketar-ketar menjawab! 't-tapi k-kali ni... s-saya b-bangun t-tak kira masa! tapi selalunya, b-bila m-mata tengok b-betis pompuan! t-terus s-saya bangun... serta-merta!'
mungkar nangkir menggeleng! 'tulah, allah bagi kau tegang untuk kembangkan zuriat, bukan asal tengok betis pompuan, bangun tidur, hisy tak senonoh betul! lepas tu?!'
's-saya jugak y-yang p-punya punca b-bos!'
'kau lagi kaki! hm, mana pulak kau bawak diorang semua kali ni?!'
'r-rumah u-urut b-baik punya b-bos, er... cum r-rumah pelacuran!'
berdesup lagi aku masuk kat perut bumi kena henyak dek mungkar nangkir! binawe punya anggota tubuh, semua diceritakannya! satu scene pun tak tinggal! ingat lagi masa pecah teruna, kat rumah urut cum rumah pelacuran tulah, kote tenggelam ke dalam telaga lebar!
'kali ni siapa punya angkara?!'
's-sayalah bos! s-saya dah bangun tidur, tak boleh nak tidur lagi! kalau nak tidur kena keluarkan air likat yang penuh kat dalam karung telur!' kote tersipu-sipu malu!
'tulah allah sediakan pompuan untuk dinikahi! bukan dilanggani!' tiga kali lebih dalam aku masuk ke perut bumi kena hentak dengan mungkar nangkir! otak hancur, kepala bersepai, sakitnya aku sorang jelah yang tau! kalau boleh balik kat dunia, tak nak dah aku buat benda-benda yang allah larang! masa kat dunia dulu tak fikir! bayangkan, itu baru dua kes yang aku dan anggota tubuh aku buat! bayangkan kalau korang hidup sampai umur 63 tahun, berapa puluh ribu atau mungkin ratusan ribu, mungkin juga jutaan kes... di mana setiap detik perjalanan hidup akan diceritakan tanpa selindung dan penuh sukarela oleh seluruh anggota tubuh korang sendiri! mampos!
mulut akan cakap: 'dulu saya ni bos, suka betul ngumpat orang! feveretlah kiranya!'
kaki akan cakap: saya kalau pub laju je bos, masjid ni ada berat sikitlah nak masuk!'
kote akan cakap: 'saya ni asal menyelam aje bos, tak kira telaga mana pun, janji air likat kat dalam karung telur ni saya dapat semburkan keluar!'
tangan akan cakap: 'saya ni bos, asal lepa, semua saya cilok masuk dalam poket!'
dan, macam-macam pengakuan dari seluruh anggota tubuh korang nanti! hahaha! ni aku gelak ni aku gelakkan diri aku sendiri! janganlah korang terasa pulak! perasan! kenapa? korang pun dua kali lima ke? hehe! cepat-cepat tobat selagi pintu masih terbuka!

jadi, pendek kata, masa korang, aku, semua kita ni dah mampos nanti, masa kat dalam liang lahad tu, ada ke masa untuk korang fikir tentang bini, harta, ferrari, banglo, secretary korang yang cun tu, korang punya scandal... hah? ada masa? tak ada, kan? korang dok sibuk nak menepis segala soalan mungkar nangkir, tapi anggota tubuh badan korang sendiri bukak semua pekung apa yang korang dah lakukan sepanjang hidup menumpang di bumi allah ini! betul?!

hah! sebab tulah aku cakap kat bini aku, kawin jelah! takdenya aku nak ingatkan kau, nak fikirkan kau! aku ni sendiri pun dah serabai tak terurus nak menjawab segala perbuatan aku di mukabumi ini, andai kata aku berbuat salah melanggar segala perintah allah!

'kawin jelah wak! cuma, pesan kat anak-anak, sedekahkan saya yasin, fatihah, awak pun sama, masa tengah seronok dengan laki baru malam jumaat tu, jangan lupa sedekahkan saya yasin! jangan asyik kejar aksi malam jumaat aje!'
'tak nak! saya cakap tak nak, tak naklah! kenapa awak nak paksa saya kawin lain!' masa tu, mata bini aku dah merah dah!
dan aku, garu kepala! aku hanya nak jadi adil! biar sama-sama merasa nikmat dunia! sebab, itu kalau aku yang pergi dulu! tapi, kalau bini aku yang pergi dulu, takkanlah aku nak menduda! beratlah karung telur aku tu nanti! aku baru nak plan cari yang lebih muda! hehehe!

so, macam mana ni?!

Monday, August 23, 2010

cucuk kodok....

...tak sama dengan cucur kodok atau cokodok yang sedap dimakan panas-panas! ini lain, bro! lain....

manusia ni, macam korang semua la kan, korang manusia betul tak?! paling manusia suka dalam kajian yang aku dah buat ialah 'cucuk' mencucuk! haha! tak percaya? manusia paling suka 'cucuk' atau 'cocok', atau yang sewaktu dengannyalah!

sedang kita naik kereta, layan pulak tu lagu keroncong, tiba-tiba kat belakang ada pulak satu kereta ikut rapat, siap bagi high beam pulak tu, siap 'cucuk-cucuk' la pulak! ah, angin pun naik, keroncong tukar heavy metal, tukar gear, tekan minyak, phum, berdesuplah kita rembat sebab tak tahan kena 'cucuk'! betul?!

sedang kita tengah bengang, member pulak tu sudah kasi angin naik, datang pulak tiga empat member lain, sudah kasi 'cucuk', benda yang tadi kecik terus jadi besar! punca masalah boleh kasi settle terus jadi gaduh siap bertumbuk sebab kaki 'cucuk' sudah kasi panas kita punya hati! betul?!

perempuan paling suka 'cucuk' susuk kat pipi!

lelaki paling suka 'cucuk' puki! ada jugak yang suka 'cucuk' punggung kawan lelaki!

dalam bercinta, kena pulak awek kita tu cun-melecun, pantang dengar kita bergaduh, sure ada jantan lain 'cucuk' jarum sampai kita clash!

macam-macam 'cucuk' ada, macam-macam cara 'cucuk' tersedia! tengok rumahtangga orang bahagia, 'cucuk' mak bapak mertua sampai tunggang-langgang jadinya! kalau bercerai-berai kita belanja kawan seribu 'cucuk' satey. hoorey!

kalau dapat gaji aje, terus 'cucuk' atm teller keluarkan duit sebab nak shopping sakan tak peduli tengah bulan makan yong tau foo 'cucuk' kat tepi jalan.

'cucuk' sana, 'cucuk' sini selebihnya korang tambahlah sendiri!

'cucuk' jangan tak 'cucuk'....

Sunday, August 22, 2010

haram... berdosa... nanti masuk neraka!

dengar sini wahai anak bangsa aku, wahai orang-orang melayu yang beragama islam!

aku nak bawak korang ke sebuah tempat yang telah dikumpulkan pelbagai jenis manusia yang kaki judi, kaki botol, kaki betina, kaki dadah, kaki pukul, kaki songlap, kaki kelentong, kaki suap, kaki ampu, dan semua kaki-kaki hampriang yang telah pun melalui kehidupan songsang!

aku tanya seorang kaki pukul! 'kau ni gangster ke dulu?!'
'gangster tak gangster la bro, kalau berpuluh orang pecah kepala aku belasah, kau kaji sendirilah?!'
aku telan liur, takut kepala aku pulak pecah!

aku tengok seorang mamat yang mata kuyu! 'kau ni kaki botol ke?!'
sengih! 'aku ni kau taruklah jd ke, stout ke, beer, apa lancau airlah, kalau aku jalan huyung-hayang kau jangan panggil aku kaki botol la, okey!'
aku garu kepala!

'kau ni kaki apa?!'
'aku ni pantang tengok lubang! tak kiralah siapa, anak dara, janda, bini orang, tunang orang, janji lubang!'
jangan dia ni kaki 'bontot' sudah, dia kata tak kira siapa, janji 'lubang'! niaya aku nanti! maunya aku jalan mengengkang!

'kau ni muka nampak nerd! apa yang kau buat?!'
'nampak memang nerd encik, tapi duit bank, skim cepat kaya, tu semua kerja akulah!' senyum bangga si kaki songlap.

'pak cik ni nampak macam orang beriman aje, kenapa masuk sini?!'
'hm, pak cik ni nak projek semua pak cik hulur! dah kena tangkap, nak buat macam mana?' sedih muka si kaki suap!

aku berdiri di depan seorang yang berkaca mata nampak macam seorang profesor! 'kenapa kau masuk sini?!'
'aku ni pakar matematik tuan, sebut aje apa nombor, ekor, kuda, nombor yang kat daun terup, itu semua dalam kepala aku aje! dari kecik aku hidup dengan nombor!'
hm, taulah aku yang dia ni kaki judi!

alangkah hebatnya anak-anak melayu ini, kan? malaysia boleh, melayu lagi boleh! kalau mat saleh boleh tawan khutub utara, melayu boleh! kalau boleh menyeberangi selat inggeris, melayu pun boleh! apa yang bangsa melayu tak boleh buat? semua boleh! murtad! pun melayu boleh! hehe!

dan, anak-anak melayu yang dikumpulkan khas ini juga telah melakukan kebanyakan benda-benda yang kebiasaannya orang kafir buat! hebat, kan?

dan, berapa ramai lagi di antara korang, kawan korang, sedara-mara korang, atau jugak adik-beradik korang (mungkin juga korang sendiri) yang memenuhi pelbagai kategori 'kaki' ini? (sila pilih kategori manakah korang berada pada senarai di atas!), hehe!

tugas aku di sini ialah untuk mengambil rekod senarai kerja-kerja keji yang telah mereka lakukan, hinggakan sebegitu berani sebagai anak melayu yang beragama islam melanggar perintah allah! sesungguhnya mereka-mereka ini dikategorikan sebagai melayu gagah berani!

tibalah masa makan setelah dua hari mereka tidak diberikan sebarang makanan hanya air kosong saja sebagai pengalas perut sebagaimana yang diperintahkan pihak berkuasa.

aku nat buat pengumuman bahawa hidangan akan tiba sebentar lagi dan sebelum itu aku saja-saja bertanya: 'semua lapar, tak?'
'laparlah bangang!'
'dua hari tak bagi makan tanya lapar ke tak! amende punya manusia kau ni?!'
'nasiblah aku kat dalam ni, kalau kat luar, kepala kau tu aku pecahkan dulu, buat kari!'
'bangsat betul kau ni, tanya lapar ke tak!'
'hei bodoh laparlah! lagi mau tanya!'
'cepatkah bagi makan, lapar giler ni!'
'aku dah nak mampos dah ni, woi!'

dan, macam-macam rungutan, kutukan dan ketidakpuashatian terhadap aku (yang menjalankan tugas), hanya kerana aku bertanya diorang lapar ke tak? tu pun salah?!

'okey-okey aku faham kejap ni korang semua boleh makan! sabar!' aku senyum!
'sabar hotak kau!'
'dua hari tak makan suruh sabar, kau tu yang aku makan nanti!'
'barua punya manusia! buat malu melayulah kau ni!'

aku tiupkan wisel yang diberikan, sebagai tanda mereka semua dah sedia untuk makan.

'baiklah semua ambik tempat masing-masing! ikut nombor, ye!'
mereka semua duduk di kerusi masing-masing! satu meja ada empat orang! dan mereka duduk, menanti penuh rakus hidangan datang untuk dilahap!

waiter mula masuk, membawa talam berisi hidangan yang berbau lazat! masing-masing liur mula meleleh. kelihatan nasi putih yang berasap panas, ada juga nasi beriani serta nasi minyak dan nasi tomato (pilih ikut suka aje) dan hidangan 'daging' (sahaja) yang dimasak dan diadun pelbagai resepi mula membuatkan mereka semakin kelaparan! ada daging masak kari, daging sup, daging panggang, daging rendang, daging masak merah, daging masak lemak dan hampir semua jenis resepi ada... (semuanya daging tak ada ikan, sayur ataupun ayam) yang telah disediakan chef terkemuka!

hidangan daging pelbagai resepi terkenal itu disusun di meja masing-masing, penuh memukau dan menaikkan selera.

'baiklah, semua boleh makan! tapi, basuh tangan bersih-bersih dulu!'

semua yang ada mula basuh tangan, sendukkan nasi dan ceduk daging pelbagai resepi yang diminati selera masing-masing.

'tapi, sebelum semua makan, saya nak buat sedikit pengumuman! sila bagi perhatian!'

semua bengang, namun takut dilarang makan, semua beri perhatian!

sambil senyum aku merenung mereka semua! 'nampak macam sedap tak?!'
'sedap!!!'
'boleh habis ke?'
'sure boleh, silap-silap tak cukup ni!!!'
'baca bismillah, boleh semua?!'
'boleh! bismillahirrohma... nirrohim!'
aku senyum! 'bagus!'
masing-masing dah mula gaulkan daging pilihan resepi masing-masing ke nasi!
dan, aku bersuara lagi! 'semua daging ni daging tempatan, dipilih dari yang terbaik dari ladang! semua daging babi gred satu! eksport kualiti! okey, semua boleh mula makan!'

masing-masing ternganga! semua terhenti dari nak menyuap! ada yang terloya! ada yang telan liur! ada yang muka pun dah macam babi! ada yang terkulat-kulat! ada yang cekik leher sendiri....

'ha, apa lagi makanlah! Kenapa semua tak makan lagi? tadi kata lapar!'

dan, semua mereka tak langsung menjamah, ada yang terus basuh tangan! banyak yang palingkan muka dan ada juga dah mula berdiri cuba menjauh... dengan wajah penuh jijik!

dan, inilah kebanggaan kita orang melayu, sejahat mana pun, sebanyak mana perintah allah dilanggar, penjenayah, pembunuh, perogol, makan ribak, zina, liwat, semua kejahatan berani buat! tapi, perintah allah yang satu ini selalu dipatuhi! babi memang tak makan! haram....

berdosa nanti masuk neraka....

aku yang korang tak kenal sangat....

...ini sebenarnya bukanlah terer mana pun! aku ni biasa-biasa aje! mungkin sebab nama aku yang unik, sebab tu korang semua senang nak ingat! kan?! aku dah 'layu', maksud aku, bukanlah trangtangtang lagi! terus terang, aku tak nak hipokrit, aku dah tak ada teruna! tapi, aku ada tiga peluang lagi untuk pinjamkan diri aku ni pada para gadis! (tapi sumpah, aku tak nak!) hal ni aku dah bagitau kat bini aku dah! aku cakap dengan dia, awak jangan risau, saya untuk awak sorang! (masa aku cakap ni aku toleh tempat lain tak pandang pun mata dia) Aku tau, aku hampakan ramai gadis, tapi apakan daya, sudah suratan, aku tak mampu memenuhi hasrat korang semua, ye gadis-gadis! maafkan aku sekali lagi! aku tau kehampaan yang korang semua rasakan! i'm sori!

bukan saja aku ni dah layu, dah tahap lunyai, anak pun dah berderet! tiga puteri dan seekor jantan! masa kali pertama aku dengar aishah menangis empat belas tahun dulu, aku terkedu! bait-bait biasa yang aku dengar:

'tahniah, kau sekarang ni dah jadi seorang bapak! hm, tanggungjawab kau dah besar! ha, kau dah ada permata yang nak doakan kau masa kau mati nanti.'

...dan... banyak lagi!

tapi, bukan itu sebenarnya perasaan yang aku rasakan! aku sekadar meragui diri aku, mampu tak aku jadi bapak? bapak ni macam mana? besarkan anak-anak, bagi nafkah, bagi nama, pinjamkan nama kita untuk anak pakai kat belakang bin atau binti! ini aje? tak semudah tu! sebab, kita hanya merancang, tu... (dongak sikit) ...bos yang kat atas langit tu yang tentukan! allah yang akan putuskan corak hidup kita! dan, macam aku ni, telah tertulis dalam qada dan qadar aku masa sebelum azali lagi yang aku akan tiada kasih sayang bapak masa usia aku dua tahun!

perceraian berlaku! bukan salah mak, bukan salah bapak! takdir allah yang menentukan begitu! mak aku pun cakap macam tu! bapak aku tak pernah salah! tapi, dah tak ada jodoh mereka! aku tak faham pun! yang aku tau, makan minum aku cukup, mintak mainan dapat, kita okeylah tu! lantak koranglah nak cerai ke, berai ke, perai ke, aku apa peduli?

sampailah aku besar, aku tak pernah kisah! aku tak pernah rasa sedih sebab umur aku masa tu baru dua tahun, tak faham apa-apa pun, aku tak pernah tau apa itu perceraian, dan apa impaknya untuk seorang kanak-kanak kecil yang tak ada kasih sayang bapak!

lagipun, mak aku tak pernah ajar aku benci bapak, dendam bapak, cakap bapak ni zalim dan sebagainya! mak aku tak pernah cerita apa-apa pun sampailah sekarang! dan, dua-dua mereka pun masih hidup, masih ada lagi mak dengan bapak aku! masih kuat, masih ada kudrat, walaupun usia mereka dah masuk tujuh abad!

tapi, masa aishah dilahirkan, aku tanya diri aku? kau sanggup biarkan anak kecil ini yang tapak kakinya besar dua jari kau ini, terabai? campak kat tong sampah macam apa yang menjadi trend hari ini?

untuk aishah a.k.a aca koca, papa nak bagitau, masa aishah lahir dulu, papa rasa hidup papa ni macam ada pelangi kat depan mata! semuanya indah! bila aishah menangis, bila papa cebuk taik aishah yang bau busuk tak ingat tu, bila aishah demam papa cucuk bontot dengan paracetamol, dan percayalah, (untuk semua bapak-bapak) seorang anak ini kalau siapa yang dah jadi bapak, merupakan sesuatu yang sangat indah yang aku sendiri tak tau nak huraikan macam mana dengan kata-kata?!

lepas aishah, lahir pulak athirah, yang aku dengan bini aku panggil 'rinting', sebab rambut dia sebijik macam afro david arumugam! bini aku dah panik dah!

'masak kita, wak, kalau besar nanti, sure kos tinggi asyik nak buat rebonding! bukan murah!'

dahlah tu pulak, kerjanya siang malam asyik menangis. dua puluh empat jam asal mata bukak! pernah aku dengan bini aku pergi ke jb, start kereta dari kl, sampailah turun jb, athirah menangis, boleh?! nasib tak aku humban aje kat tong sampah!

nombor tiga anisah, a.k.a kaduk! ini pun peel sama aje dengan rinting, menangis tak hengat! sebab, kaduk ni maid in indonesia aku yang jaga! dah asyik bergulung dalam kain gantung (indon stail), dunia ni bagi dia adalah sesuatu yang menakutkan! asal keluar dari dalam kain gantung tu, dia akan meraung! aduh, ini pun ada ciri-ciri nak kena buang tong sampah jugak!

last but not least, hehe! (tapi bini aku kata, kilang dah tutup) akhirnya, aku dapat anak jantan! (satu-satunya) yang namanya adam adiat akashah a.k.a kote! sori ek?! sebab dia ni umur tiga hari dah khatan! so, nama paling dekat, kote la! (tak caya tanyalah dia)

jalinan-jalinan hidup yang aku lalui inilah yang mendewasan aku hari ini! yang allah susunkan sebegitu indah! yang aku pelajari setiap detik dan saat, bahawa setiap satu kejadian itu ada hikmahnya! percayalah....

kerana perceraian mak dengan bapak aku, aku dikurniakan tiga lelaki 'agung' dalam hidup aku! yang membentuk aku menjadi aku pada hari ini! lelaki 'agung' yang pertama muncul dalam hidup aku; marwilis, adik bongsu mak aku, yang aku panggil busu; menjadi guru aku yang mencucuk bijik mata aku ini hanya sebab aku salah buat matematik! tempeleng aku bila aku salah congak! terajang aku bila aku lupa 16 darab 16 berapa?! ketuk kepala aku bila aku tak tau apa makna leopard! (gila apa orang tua ni, aku darjah dua dia suruh aku baca buku tingkatan 1 oxford) manalah aku tau apa benda leopard tu! sampai hari ni aku takkan lupa macam mana aku kena hempuk kat kepala dan kena humban kat dalam bilik yang gelap sebab aku tak tau apa benda binatang leopard tu! sampai aku fobia dengan bunyi volkswagen kura-kura (wak segan) sebab setiap petang lepas dia balik kerja (berlagak dengan kereta 'wak segan' dia tu), dia takkan lupa datang rumah arwah nenek aku untuk ajar aku tentang ilmu dunia untuk jadi manusia berguna! pasal dia aku berjaya dan reti mengira!

mak aku kawin kali kedua masa umur aku tiga tahun! (rasanya kalau tak silap?) dan aku mula membesar dengan seorang lagi lelaki 'agung' bernama mohamed arshad! bapak tiri aku yang ajar aku untuk jadi manusia! bila aku mintak ayam sabung, dia bawak baka dari pengkalan cepa, dia kata ini baka champion! aku suka! sure ranap ayam-ayam satu kampung gombak setia tu ayam sabung champion aku ni kerjakan! tapi, dia cakap, jangan laga ayam! berdosa! seksa haiwan! la, gilo apo? ayam sabung untuk disabungkanlah! kalau macam tu baik bagi aku ayam daging aja! dah tentu ayam daging untuk kita makan dagingnya! dia nilah yang ajar aku kenal apa itu sembahyang! bila aku mintak satu basikal racing baik punya jenis raleigh, dia kata no problem! aku suka! tapi, hafal yasin dulu, itu syaratnya!

'hafal yasin, kalau hafal nanti, abah beli!' senyum je dia jawab!

naik juling mata aku siang malam hafal yasin sebab nak basikal racing! sampai tiga suku yasin aku hafal! tapi, bila aku naik tingkatan satu, masuk atdi (asrama tun dr ismail) basikal racing entah ke mana, yasin yang aku hafal tiga suku pun entah ke mana, terus jadikan aku tiga suku! akhirnya, kalau nak baca yasin kena pakai buku!

lelaki 'agung' ketiga yang mewarnai hidup aku, dah tentulah bapak kandung aku! kalau lelaki ni tak ada, aku pun tak ada! dia pinjamkan diri dia kat mak aku, dan lahirlah dua baka dari dia! aku nombor dua! yang sulung abang aku! abang aku tu pun alhamdulillah, hidupnya kini tersangat-sangat-sangat bahagia! tak perlu susah payah patuh hukum allah, tapi dah masuk syurga! sekolah tak pergi, sembahyang tak pernah, kawin tak pernah, apa pun tak pernah, tapi masuk syurga! abang aku ni di usianya satu hari dah dibawa malaikat terbang ke syurga! mak aku cakap, masa dia lahir tak cukup bulan, baru masuk tujuh, umur pendek, kebumi pun kat belakang rumah arwah nenek aku aje. maka, kekallah aku menjadi king! the only one!

jadi, aku faham apa itu qada dan qadar! kita ni semua hanya boleh merancang, allah yang tentukan! macam aku, walaupun kehidupan aku kalau dilihat dari sudut moral, aku seorang anak yang tunggang-langgang, tapi hakikatnya aku ada tiga benteng utama yang menjadikan aku macam aku hari ini! dengan tiga lelaki inilah aku membina satu perisai yang utuh!

baru-baru ni, masa piala dunia, aku dengan bini dan anak-anak pergi ke kuantan, (bapak aku tinggal di beserah), lepak dengan bapak, siap layan perancis lawan afrika selatan (team france aku kalah, hampeh), anak-anak aku berlingkar dengan 'tuk ki' (panggilan mereka pada bapak aku) sambil aku dengan bapak bercerita tentang kehidupan! dan, kalaulah bukan lelaki ini, aku tak kenal matahari! korang pun tak dapatlah tengok lagenda budak setan kat pawagam (padan muka)

dan, sebagai bapak, dia mewariskan pada aku penyakit gout-nya! haha! like father, like son! aku bersyukur, di saat-saat aku jugak menjadi seorang bapak, aku masih ada seorang bapak yang dapat aku kongsikan sesuatu yang berharga daripadanya, nasihat, pedoman, renungan, dan segala apa jua tentang kehidupan yang sedang aku lalui ini! bapak, dengan kata-katanya, telah menjadikan aku 'a better man' setiap minit!

untuk tiga lelaki agung, terima kasih kerana korang telah mengagungkan setiap detik kehidupan aku....