...sampai anak-anak aku tak nak turun dari star cruises walaupun dah belayar di tengah lautan empat hari tiga malam! dari port klang belayar ke langkawi, kemudian singgah di singapura dan balik semula ke port klang! sedang aku dan bini aku berkemas untuk sedia turun sebab dalam sejam lagi kami akan sampai di port klang, anak-anak aku semua muka monyok.
'pa, jomlah kita naik lagi, aishah malaslah nak turun!'
'best la pa, thirah pun tak nak turun!'
aku senyum pada anak jantan aku! 'kamu adamboy?'
'adam pun tak nak turun!'
'nisah pun tak nak... pa!'
'kalau macam tu, besar nanti korang kerja ajelah kat kapal ni, sure tak turun kecuali korang cuti!'
'hm, papa ni....' aishah; anak aku paling sulung merungut panjang!
aku sekadar ketawa. dalam tawa aku itu aku nampak anak-anak berwajah murung! dan, aku dapat bayangkan kegembiraan di wajah mereka tatkala hari pertama kami jejakkan kaki di atas deck kapal ini. aktiviti yang diatur semuanya meriangkan anak-anak! aku dan bini tumpang meraikan keriangan mereka itu.
sedang anak-anak aku gembira sakan, aku pulak termenung disapa keras bayu laut yang dingin! terbayang masa kecik dulu tatkala angin kencang macam ni aku ada di padang bermain layang-layang! sedangkan saat ini anak-anak aku bergembira atas deck kapal mewah berlarian penuh kegirangan. dengan rambut masing-masing mengerbang....
saat itu aku terfikirkan anak-anak orang lain yang mungkin sedang membantu maknya menguli tepung buat kuih untuk jualan! atau, anak yang tolong bapaknya mengutip kotak untuk dijual! atau, anak-anak lain yang kelaparan belum ada makanan untuk dimakan.
apa yang boleh aku lakukan? aku bukannya ada duit berbillion untuk aku sediakan kapal mewah untuk dinaiki percuma kanak-kanak yang miskin! ketika itu aku pulak terfikir bagaimana anak-anak billionaire menghabiskan cuti mereka pulak?! pastinya menaiki pesawat peribadi membeli-belah ke paris, singgah di milan, lunch di london dan kemudian minum petang di amsterdam. apa pulak yang mereka fikirkan tentang anak-anak aku yang hanya mampu naik kapal mewah yang taklah mewah sangat tu sedangkan diorang ada bot mewah sendiri.
jadinya, aku bagitau diri aku sendiri, hello, kalau kau rasa hebat, ada orang lain yang lebih, lebih, lebih, lebih hebat lagi! yang aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana mereka-mereka itu melalui kehidupan mewah yang nak apa saja yang ada di dunia ini yang boleh dibeli mereka mampu miliki!
phuh! korang-korang semua yang setaraf atau se-level dengan aku ni bayangkanlah sendiri betapa nikmat dan indahnya kehidupan mereka-mereka yang bertaraf billionaire itu.
aku tarik nafas, renung anak-anak aku yang monyok itu seorang demi seorang. 'kalau korang nak hidup senang, besar nanti boleh ada bot mewah sendiri, jet peribadi, rumah besar tak hingat, korang kenalah belajar rajin-rajin dari sekarang! bila dah pandai, dah keluar universiti, senang cari peluang untuk jadi kaya-raya! tapi, satu aje papa nak pesan, jangan sombong, jangan riak, jangan tinggalkan suruhan allah! cari rezeki yang halal sebab nak jadi kaya-raya memang senang, tapi nak kaya-raya dari hasil yang halal tu yang susah! kalau korang lupa pesan papa ni, hidup ada duit berjuta pun tak guna sebab di akhirat nanti korang jadi manusia paling miskin dan tinggal dalam neraka!'
yo la tu, diat! agaknya sebab tulah aku ni tak kaya-kaya-raya kut?! hakkahkak!
No comments:
Post a Comment