setelah sekian lama aku bertapa, sekarang aku rasa aku nak bangunlah pulak! seronok gak bila mula menulis balik ni! merepek-repek macam aku biasa buat dolu-dolu tu! ramai yang tak tau kenapa aku tidur! (melenyapkan diri tak mau menonjol) kebangkitan aku pun secara tak langsung ajer (terima kasih kat janda aku dulu) yang menjadikan aku instant celebrity bila kes aku tak bayar nafkah anak jadi sebutan! amek kau, berderet-deret pagi tu suratkhabar tulis cerita pasal kedayusan aku yang tak bayar nafkah anak! padanlah muka aku! tau kawin, tau buat anak ajer! nafkah tak nak bayar! baiklah telur aku ni potong bagi makan kambing ajer (saranan seorang blogger yang aku tak kenal dia pun)! ada gak manfaatnya ye tak?! hm, betul gak tu, tapi masalahnya, mau ke kambing tu makan telur aku ni? yang baunya masam-masam hangit! (bini aku pun selalu tak lalu kalau aku tak paksa... dia buat-buat tak tau ajer)
jadinya, aku amek keputusan biarlah aku bangun balik! lama sangat dah aku tidur ni! lantaklah apa orang nak kata! kalau dulu ingat nak down to earth, sekarang aku rasa tak guna pun aku bertapa! bukannya dapat jadi pendita pun! kalau jadi pelita pun tak ada guna, orang yang terang, aku tetap gelita! so, aku tutup telinga, pasang senyuman tom cruise aku, bangun hadapi dunia nyata! aku tak bayar nafkah pun bukan anak korang, anak aku jugak! kesian anak aku tu, yang dah 14 tahun umur dia sekarang ni! (masa cerai tahun 2000 dulu dia baru umur masuk empat tahun)
nak jadi cerita, aku ni disebabkan kehenseman aku yang tak ada tolok bandingannya (yang selalu menjadi kegilaan wanita tak kira tua ataupun muda, dara ataupun janda) maka aku pun berlagaklah dengan kereta sport mewah aku yang bernama supra. rumah aku macam mahligai dek oi, lima tingkat kat bukit mas sana tu! novel aku jangan cakaplah, pagi ni taruk kedai, besok habis, order lagi habis, order habis! berduyun-duyun orang beli! tu yang beli, yang pinjam, hm, sepuluh kali ganda dari jumlah yang beli! kalau tak mahligai aku bukan lima tingkat, 25 tingkat! hehehe!
jadinya, bini aku yang dolu tu, hidup bagaikan puteri (la konon) pendek cerita disebabkan kebongkakan aku, ramai yang menyampah, doakan aku jahanam (agaknya) maka allah nak tunjuk, satu malam tu adalah kawan baik aku nak beli kereta mercedes sl aku terus aku jual! lagipun aku ni dah mengidam sangat dengan supra yang memancar-mancar birunya kat showroom naza tu!
tak pikir panjang aku bagi ajer, lagipun kawan yang aku kenal, tau mana tinggal! pesan kat dia suruh settle cepat-cepat kat bbmb kewangan yang selalu aku buat pinjaman kereta bagi ic ajer (sebab dah kenal sangat dengan aku)
tau-tau, dekat setahun lepas tu, bank call aku kata aku tak bayar loan. mengamuk sakanlah aku! terus aku tepuk bumi merekah lima kilometer panjangnya membentuk sebuah sungai yang dalam. terus aku call kawan aku ni.
'eh apa citer kereta mers tu?'
'don wori, aku nak settlekanlah ni!"
'la, aku call ni baru kau nak settle, kalau aku call tiga tahun lagi, masa tulah kau nak settle?'
jahanam aku! tau-tau kereta tu dah berhijrah ke siam! padan muka aku! aku kena kencing rupanyer! hm, inilah kawan kalau korang nak ambik pengajaran, ini dah ada satu teladan yang baik untuk dijadikan contoh bodoh! jangan terlalu percayakan kawan baik (konon) dalam bab-bab jual kereta ni! ramai dah yang terlungkup macam aku ni!
maka, aku mendapat title terhormat al-muflis al-bankrapsi pada tahun 1998! yeahooo! padan muka aku! yang tak suka aku, bersorak buat party liar la jawabnya!
aku pun panik! masa tu umur aku sweet thirteen! apa? salah ke? ops sorry, thirty, bukan thirteen! panik bukan main aku di usia itu dah jadi muflis! terbayang supra aku yang bakal kena tarik, rumah banglo aku yang tersergam mewah, kereta-kereta lain, kondo dan apartment yang aku beli, semua ini akan dirampas! tak ke panik beruk aku masa tu! beruk kalau tengok aku masa tu pun beruk panik!
aku ingat lagi malam tu, aku tak boleh lelapkan mata, terbayang-bayang segala kemewahan aku yang kini berada di ambang kehancuran! habislah aku! habislah segala ke-macho-an aku kalau nanti aku tak lagi memandu supra mewah yang mengalirkan air mazi wanita! puas kupejamkan mata, tak mau tidur! di bilik mewah banglo lima tingkat aku di bukit mas itu aku merenung siling! kipas mahal aku berputar perlahan dan anak mata aku mengira mengikut pusingan kipas itu sampailah aku sedar ajer, mentari dah bersinar! kicau burung pun dah kedengaran! masa tu kalaulah aku jadi burung pun bagus, tak perlu aku jadi bankrap! pagi-pagi bangun cari ulat untuk makan! lagi sempoi hidup ni!
terus aku terbayang wajah mak dan aku bergegas ke gombak setia rumah mak aku untuk mengadu nasib! manalah tau, kalau-kalau doa mak aku untuk aku tak bankrap dimakbulkan allah kan bagus! aku pun ceritalah panjang lebar kat mak aku nasib yang bakal aku hadapi! aku tau, sebagai mak sure mak aku sedih! sure mak aku akan rasa kehilangan sebagaimana aku rasa! aku ni anak mak, mestilah dia sedih tengok penderitaan aku tu!
'apa yang kau nak fikirkan, kau tu dulu pun bukannya anak orang kaya pun! dulu kau tu hidup biasa-biasa ajer! ala, semua tu hanya daki dunia ajer! allah ambik tu pun adalah sebabnya tu, adalah yang kau buat tak betul tu, jadi allah ambik balik apa yang bukan hak kau!'
giler aper mak aku ni! dahlah aku dengan penuh hiba mengadu nasib, itu yang dia jawab?! sampai ajer aku kat rumah agam aku tu, aku terkangkang! mula aku pikir apa yang mak aku cakap dengan selamba tadi tu! langsung tak ada perasaan sedih ke, simpati ke, nak tolong ke, tak ada! sempoi giler mak aku ni?!
tapi, (yang heran tu) malam tu aku dapat tidur nyenyak! aku tak ingat berapa kali kipas mahal aku berpusing tak macam malam semalam aku siap boleh kira berapa kali ia berputar?! kata-kata mak terngiang!
'semua tu hanya daki dunia ajer!'
yes! supra, rumah mewah, kondo, duit berlambak... mak aku kata semua tu hanya daki dunia ajer! so what?! buat apa aku simpan daki! ceh! pagi itu aku bangun, aku bersiul-siul girang, pastinya burung yang dengar pun heran bahasa apa yang aku siulkan! aku terus jadi tenang setenang air yang kusangka tak ada buaya!
cara jalan aku pun lain sangat pagi tu! sesungguhnya hati aku menjadi tenang, aku jadi tabah, aku relax ajer! what the heck?! daki man, is only daki, why you have to keep daki!
aku langsung tak ambik peduli apa yang akan terjadi dan yang aku tau aku dipanggil jabatan insolvensi untuk membincangkan perihal muflis aku itu! semuanya aku serahkan, informasi tentang perniagaan, harta-harta aku yang dah tak ada, pasport antarabangsa, semua aku serahkan! buat apa aku simpan daki tu!
maka, hiduplah aku menjadi seorang muflis terhormat (lagi teruk dari penganggur terhormat) sehingga kini! hahaha! padan muka aku!
jodoh pun tak panjang, asyik bergaduh ajer, apa taknya, kereta yang tinggal pun kereta kancil ajer! maka, tahun 2000 rasmilah aku menjadi duda dadu! (duda dadu ni macam dadulah, tak tau nombor apa akan keluar, kalau nombor enam cantik la, kalau keluar nombor satu, tak ke haru?)
anak aku masa tu kecik lagi, (empat tahun) tak tau apa-apa pun! akulah yang hantar dia pergi nursery bila mak dia pergi kerja! aku jugaklah yang jemput dia sebab aku ni tak kerja! ke mana aje aku berdua dengan dia (sampaikan sembahyang jumaat pun dia ikut sama siap guling-guling tak faham apa-apa) sehinggalah ke hari ini! tak caya tanyalah dia! call la tanya! korang ada nombor hp dia?
mujur ada balance-balance novel lama aku untuk aku jual sebagai penyambung hidup! sehinggalah aku bertemu dengan bini aku yang sekarang ni dan berkahwin pada 13 ogos 2000. aku pastikan bini aku dengan anak aku tu ngam! aku didik diorang berdua untuk menerima antara satu sama lain! mula-mula tu payah gak! bini aku cemburu, anak aku pun cemburu! tapi, berkat jampi serapah dan doa aku, allah izinkan dan sambungkan mereka dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi sehinggalah aku dapat tiga lagi anak yang menjadikan hubungan kami enam beranak semakin erat!
sebenarnya, dari hari pertama aku bercerai dulu, aku tak pernah berpisah dengan anak aku tu! hari-hari aku hantar dan jemput dia ke tadika, hantar kelas inggeris (vital years), mengaji, sehinggalah naik sekolah rendah dan kini dah tingkatan dua! tak caya korang tanyalah cikgu dia, kawan-kawan dia, abang gerai mi sup kat pinggir sekolah rendah taman melawati tu! hari-hari diorang nampak aku dengan anak aku tu, bersama-sama dengan bini aku dan anak-anak aku yang lain! itu kalau hari sekolah, kalau musim cuti persekolahan, memang anak aku tu tinggal dengan aku!
sehinggalah aku disaman sebab tak bayar nafkah anak aku tu! yeahoo! bestnyer! memang salah aku pun! aku yang tak bayar! masa tu bisnes bini aku dah nak terlungkup! duit kredit kad dah sampai maksima, hutang kereta tak yah nak cakap! memang sejak aku bercerai dulu, aku belikan bekas bini aku tu sebuah kereta kembara, sebuah apartment di ukay perdana dan belanja poket tak kurang lima ratus ringgit sebulan! malah, masa aku kawin dengan bini aku pun aku dah bagitau yang itu tanggungjawab aku kena laksanakan!
sehinggalah pada tahun 2006 aku langsaikan hutang kereta kembara dia dan dia bagi aku surat perlepasan bayaran ansuran apartment dan aku hanya perlu bagi dia tiga ratus ringgit sebulan duit poket! tak termasuk belanja sekolah dan perbelanjaan lain anak aku itu! apa ada hal, aku bayar ajelah! lagipun itu kan anak aku jugak! tiga ratus untuk mak dia aku bagi, belanja harian anak aku pun aku bagi! sehinggalah tahun 2007 bila bisnes bini aku terlungkup aku pun telefonlah dengan suara tom cruise aku mintak janda aku tu tolak ansur untuk aku tangguhkan pembayaran tiga ratus itu!
tau-tau, terus dia melenting! dia kata dia tetap nak jugak duit poket tiga ratus tu!
'you fikir la, i tengah teruk ni, my wife punya bisnes tengah ada masalah, buat masa ni i tak bayar dulu duit tiga ratus you tu, tapi semua belanja anak, duit sekolah, belanja cuti sekolah i tanggung macam biasa! cuma duit tiga ratus you tu aje yang i tak boleh bagi!'
'i don't care! i want my money!'
aku mula garu kepala! apa nak buat? duit nafkah anak, dah jadi nafkah anak punya mak!
maka, akibat kejatuhan bisnes bini aku tu, dia tak lagi mampu nak tolong aku bayarkan duit tiga ratus untuk mak kepada anak aku tu, dan genap tiga belas bulan (ni nombor jersey aku ni kalau aku main bola) aku telah dipanggil mahkamah syariah atas tuduhan tak bayar nafkah anak!
dan di akhbar-akhbar harian pada tarikh 19 disember 2008 memuatkan berita penulis terkenal ahadiat akashah tak bayar nafkah anak rm3,900.00. para kambing gembira sebab tau aku sure nak potong telur aku ni bagi diorang makan sebab dayus tau buat anak, tau kawin, tau cerai, nafkah anak tak tau nak bayar....
cantek!
23 comments:
Memang macam tu bro-kita selalu ingat orang buat kita susah...tapi tanpa sedar kita pun pernah buat orang susah.Fair la kan.
tul gak tu, sdg nak kumpul org2 yang aku dah lungkupkan hidup dia, sakitkan hati dia, buat dia marah, rasa nak mintak maaf la, so, kalau ada tu, kalau yg kecik-kecik tu halalkanlah ye? ada ek?
Cmon bro, jersey VI 13 bukan ke wa punya? Lu jgn tiru wa bro. Bagi yg superstitious, itu no suwey bro. Amik la no 45 ke, ikut faktor umur hehehe Zaman supra merc wa not around bro, tapi itu CRX, time wa kena jadi supir lu, wa takleh lupa! hahaha anyway, lu ingat la betol2 pesan mak lu, what goes around comes around. Belajar dr kesilapan dan jgn buat silap lagi!
baru tau kisah sebenar abg diat. sebelum ni baca dari 1 pihak je. tp baca ni buat saya kompius. ni novel ke? ke betul? ke novel? hehe..
convert la jadi novel. abg diat nak tau, dulu saya selalu ulang-alik kedai buku dan balik dgn keciwa sbb takde buku baru abg. sampai sekarang ni saya mogok taknak beli apa2 novel ok? (kecuali twillight saga..hehe.. teringat novel awek cun abg)
oi usop satu gombak setia tau aku pakai nombor 13 kau tau tak? hakhak! apa pun, betulkan apa yang mak aku cakap tu? dah 73 tahun dah umur dia tahun ni, aku sayang giler kat dia, dulu jer aku selalu x dengar nasihat dia! tengoklah apa dah jadi! padan muka aku! mintak-mintak, korang semua jadikanlah ini pedoman hidup, okay, agar tak jadi macam aku! uh sayu....
pinky: tu tiru awek cun la tu! huhu!
for me, u r d best n still... abg yg byk mengajar boy erti kehidupan, camne nak harung idup ni walau sesusah mana pun masalah yg mendatang, yg lepas, biarkan, yg penting akan datang
aku pun confuse, mcm cerita novel.....dah nak jatuh airmata ni membacanya.....apapun...good luck 4 u in future.....ingat btl2 pesan mak....takde mak yg nak anaknya jatuh tersungkup....abg berjaya bangkit hari ni mesti berkat doa beliau....thanks for ur wife, yati....she's very understanding... sanggup bersama suka dan duka....she's really a real wife......
Bro menulislah la balik wa teringin nak jadi remaja balik ni dok layan novel lu bro...hahha
bang betul ke dengar citer abang dah kawin 3 kali?2 cerai hidup..yg ke3 yg sekrg ni...
Bayar jelah duit Rm300 tu.. tutuplah mulut pompuan tu. Ini dia tak dapat duit tu, mestilah dia bising... pandai2 lah dia nak buat apa pun, itu dia dengan Tuhan. Kenapa nak gaduh2 bro.. rezeki tu tuhan yang bagi.
Ee ee ye.. ade gak dengar cite abg ni dah kawen 4 kali.. betul ke? Ada org kg abg cite.. dia pergi wedding abg 4 kali? tul ke?
aa ah dia kawin guna siku
mcm novel plak crita abg d atas ni...ehhehee....Antara aku kau dan bekas kekasih ku...tahniah kerna anda seorang yg jujur
abg ahdiat, blgh bagi tips cam mana nak kawen 4? Gua caya lu! Yang last tu abg kawen 3 bulan lepas cerai kan? terror siot!
ISLAM mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya" (Surah al-Talaq: ayat 6)
Kami percaya saudara memahami konsep kewajipan menyediakan nafkah itu, cuma persoalan saudara adalah berkaitan dengan kemampuan saudara melebihi daripada permintaan atau keperluan anak seperti yang dituntut oleh ibunya. Namun, jika bapa masih hidup, ada kemudahan kewangan dan berkemampuan berusaha serta bekerja, fuqaha sepakat mewajibkan bapa membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa walaupun ibu kepada anak itu.
Maka tiada alasan seseorang bapa berdalih tidak mampu menyara anaknya kerana pendapatan kecil. Setiap bapa pada masa kini akan sedaya upaya berusaha mendapatkan rezeki lebih untuk menyara anaknya.
Garis panduan yang digunakan oleh mahkamah merujuk peda kemampuan bapa berdasarkan hadis Rasulukllah SAW diriwayatkan Aishah ra katanya: "Hindu binti Utbah berkata; Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki bakhil dan tidak tidak pernah memberi aku harta yang mengcukupi untuk aku dan anak aku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Ambillah harta (Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu dengan baik."
Berdasarkan hadis itu jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan seorang bapa walau dalam apa juga keadaan. Jika bapa tidak memberi nafkah, maka ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak itu. Inilah menunjukkan ibu boleh menuntut nafkah anak dengan menyenaraikan setiap keperluan bulanan anak itu ke mahkamah.
Jika ia tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membiayai nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang menganggur dan mengharapkan ibu membayar keperluan anak adalah lelaki yang tidak amanah dan berdosa mengabaikan tanggungjawabnya.
abg ahdiat, blgh bagi tips cam mana nak kawen 4? Gua caya lu! Yang last tu abg kawen 3 bulan lepas cerai kan? terror siot! > kaedahnya lps je edah trus kawen.. kui kui kui
salam bro AA
siul macma baca novel...mula2 bukak posting ni ingat nak baca 1st perenggan je...sekali sampai abis plak terbaca....
aku simpati ape yg dah jadi kat ko ...moga ini jadi pengajaran kepada semua...
citer sempoi mcm kat atas ni pun ko bole buat org tertarik....so jgn la buang masa...amek pen kasi tulis citer baru ...
yaaa betul aku pun terase nak jadi remaja jugak ...
LBS buat aku angau OOOooOooo...sampai sanggup ge sepang(kasyah dating ngan kate) semata2 nak dpt lebih feel....jiwang siul aku
start ur engine....
tak faham sequence cerita, macamana sebab loan mercedes sebijik boleh sampai jatuh muflis sedangkan masa tu byk lagi kereta mewah lain.
like what your wise mother said ...ada silapnya .... mungkin ada yang tak berkat kot ... fikir2kan ...... semoga tabah hadapi ujian Allah swt. Berikan hak pada mereka yang berhak dan rujuklah sentiasa pada hukum Allah, insyaAllah semuanya sudah ada jawapannya disana. Wallahualam, selamat maju jaya.
MSTAR Rabu Jun 30, 2010
Kereta & Rumah Mewah Ahadiat Jadi Pertikaian
Oleh KEMALIA OTHMAN
Ahadiat Akasha dan bekas isterinya, Shahilah ketika melangkah keluar dari mahkamah. Foto The Star Oleh AZMAN GHANI
KUALA LUMPUR: Kereta dan Rumah mewah yang dimiliki oleh penulis novel terkenal Ahadiat Akasha,44, menjadi pertikaian dalam perbicaraan permohonannya bagi pengubah perintah nafkah anak yang difailkan pada Januari lalu.
Bekas isterinya, Shahilah Mat Nazir mendakwa Ahadiat mempunyai beberapa kereta mewah termasuk Porsche, Toyota dan Mercedes Benz serta mempunyai sebuah banglo mewah dan unik walaupun sudah diistiharkan muflis.
"Dia cuma muflis namun masih mempunyai harta lebih dari orang biasa. Walaupun tidak ada dokumen jual beli menggunakan namanya tapi dia yang pakai kereta tersebut.
Selain itu dia juga mempunyai banglo mewah dan unik seperti yang dikeluarkan dalam sebuah majalah," jelasnya.
Shahilah, 39, yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah bank menyatakan demikian ketika soal balas peguam mewakili Ahadiat, Mostadza Halimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam.
Wanita itu memberi keterangan pada perbicaraan permohonan Ahadiat bagi mengubah perintah mahkamah sebelum ini yang menetapkan dia perlu membayar RM300 sebulan sebagai nafkah untuk anak mereka, Aishah Akashah bersia 14 tahun.
Dalam pada itu, Shahilah juga tidak bersetuju ketika ditanya tentang harta tersebut telah dijual kerana dirinya diisytiharkan muflis.
"Selepas dia jual rumah banglo tersebut dia beli kereta Porsche. Saya nampak transaksi yang dijalankan. Dia jual harta seperti keretanya kerana dia ingin membeli kereta yang lain," katanya.
Wanita itu juga yakini rumah banglo tersebut menelan belanja besar walaupun Mostadza menunjukan artikel yang keluar di majalah Anjung Seri keluaran Jun 2008 menyatakan rumah tersebut dibina mengunakan bahan terbuang.
"Itu adalah konsep rumah tersebut. Memang dia tidak mahu mengecat dinding rumahnya dan mengunakan barang lama untuk menjadikan konsep rumah tersebut. Bukan kerana tidak mampu atau muflis.
"Saya pernah masuk rumah itu dan tengok tapak serta draf lukisan rumah tersebut sebelum ia dibina." katanya menjawab pertanyaan Mostadza yang menyoal tentang keunikan sebuah rumah yang keluar di majalah tidak semestinya mewah.
Turut ditanya perkhidmatan bas sekolah bagi menghantar dan ambil anaknya, Shahilah memberitahu plantif hanya menghantar Aishah ke sekolah tiga kali seminggu.
Dia sebaliknya tidak setuju pertanyaan peguam tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menghalang plaintif untuk mengambil anak mereka.
"SMS tersebut pada bulan Januari 2009 dan ketika itu saya sudah menyewa perkhidmatan bas sekolah untuk hantar dan ambil anak saya, jadi saya beritahu dia supaya tidak perlu berbuat demikian kerana ia adalah membazir.
Selain itu, Sahilah turut memohon agar wang nafkah tersebut diberikan tanpa mengambil kira pendapatan lain.
"Saya perlu duit itu untuk membeli keperluan-keperluan asas anak saya, sumbangan dari segi lain tidak diambil kira. RM300 itu adalah untuk makan minum dan pakai," katanya.
Terdahulu, dalam permohonan tersebut, Ahadiat selaku plaintif memohon nafkah terhadap anak tunggal mereka diberikan mengikut kedudukan kewangannya sekarang.
Permohonan itu dibuat Ahadiat selepas mahkamah tersebut pada 18 November tahun lalu memerintahkan dia membayar tunggakan nafkah anak sebanyak RM3,900 sejak Oktober 2007 hingga kini.
Ahadiat dan Shahilah berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000. Ahadiat kemudian berkahwin pula dengan Norhayati pada 13 Ogos 2000 dan memperoleh tiga anak.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 13 Julai ini.
-AKU MAT DESPATCH JER
salam....
tabahkan hati...ALLAH takkan menguji kita di luar batasan kemampuan kita....ingat itu..bila kita ingat tu kita thu kita mampu hadapinya n x boleh berserah........
jatuh, bangun semula. we are waiting for you.. good luck for your future undertaking. bila melangkah, jgn toleh ke belakang lg.. :)
Nafkah untuk anak adalah mkn minum dan segalanya klu dah anak duduk sebulan masa cuti sekolah nak byr jadah apa nya.... Dah kita tanggung. Bodo punya betina
Post a Comment