Wednesday, August 11, 2010

imam muda....

telah mencetuskan fenomena sebuah realiti tv berbentuk islam sehingga diperkatakan di seluruh dunia! dan aku tak ketinggalan menonton malam kemuncak di mana imam muda asyraf dinobatkan sebagai imam muda terunggul. pertarungan sengit antara asyraf, 26 tahun dan hizbur yang baru saja mencecah usia 27 tahun itu telah melontarkan aku ke arah aib yang teramat sangat! mendengarkan mereka membaca surah-surah dari al-quran dengan lancar siap dengan tajwid buatkan aku rasa nak berlari telanjang keliling gombak! huh, terpukul rasanya....

kenapa?! ada satu peristiwa 35 tahun silam yang telah mengimbau dan menggamit jiwa aku selesai aje aku menonton siaran langsung imam muda di astro oasis....

aku tanya diri aku, pada usia aku suku abad dulu, sekitar 26 dan 27 tahun (sebaya umur mereka berdua tu), apa yang aku lakukan, dan setinggi mana pulak tahap keislaman aku?! aduh! garu dagu, pak! tak gatal pun garuk! malunya! malunya... jom kita lari bogel ramai-ramai pergi klcc, jom!!!

masa tulah aku galak melepak main bola, maghrib selalu lupa (pura-pura tak dengar azan), hafal doa qunut pun masa nak pergi kursus kawin bukan untuk dipraktikkan setiap subuh, dan... macam-macam alasan bangang lagilah! tanya diri korang sendiri, umur korang 25 tahun, surah mana yang korang hafal? al-falaq?! an-naas?! atau korang jawab al-ikhlas aje ek? surah yang pendek-pendek tu anak aku pun hafal! kenalah hafal surah yang panjang sikit! yasin? ar-rohman? atau an-nur, al-mulk? ha, hafal tak?! tak?! hmm! al-fatihah korang hafal? (ha yang ini saya hafal bang!) memanglah... fatihah tak hafal jangan jadi orang! adui mangkuk kau! surah al-lupa korang hafal, tak?! hahaha! malu, kan? aku ni naik tersipu-sipu ni!

semua ni salah aku sebab kalau tak aku pun dulu dah tahap macam imam muda tu jugak....

aku ingat masa umur aku enam tahun, aku belajar mengaji muqadam di rumah jiran aku di hujung lorong kenanga. sampailah aku kenal huruf alif, ba, ta... sampai ya. sampai aku tau kaitan antara satu huruf dengan huruf yang lainnya, pendek kata, bolehlah sikit-sikit baca al-quran! taulah jugak apa tu harakat, idgham, iqlab, qalqolah (bukan coca-cola ye) dan sebagainya!

seingat aku, masa aku darjah tiga, pergi sekolah aje, compare juz mana aku dah sampai! inilah kerja aku dan budak-budak sebaya!
'aku dak masuk juz sembilan!'
'eleh, aku dah juz sebelas pun tak bising!'
'hm, aku semalam baru mula quran pun dah masuk juz dua! kalau minggu depan mesti juz empat belas! seminggu tujuh hari, sehari dua juz... tujuh kali dua, ha, juz empat belaslah!'
dan, macam-macam komen yang selalu bikin panas dan membakar setiap jiwa kanak-kanak sebaya aku yang sering berlumba-lumba mahu cepat khatam juz tiga puluh! itu lumrah, zaman kanak-kanak aku dulu!

masa aku darjah empat, abang kepada nenek aku dari indonesia datang dan nenek aku suruh aku belajar mengaji dengan dia sebab kata nenek aku, datuk aku tu, tutup mata pun tau surah mana! pendek kata, hafallah kaedahnya! allahualam?!

okeylah! apa ada hal! belajar jelah! lagipun, masa tu aku dah masuk juzuk dua belas! dan, pada satu pagi, bermulalah aku berguru dengan datuk aku abang kepada nenek aku tu yang namanya seingat aku nenek aku panggil ongah khatib!

'tau baca?'
angguk! 'tau!'
'cuba baca!'
aku terus keluarkan quran dari beg....
'eh dah ambik air sembahyang ke belum ni?!'
garu kepala dan menggeleng!
'ambik air sembahyang dulu!'
hulamak, detail-nya orang tua ni! aku bergegas pergi ambik wuduk dan selesai terus segera capai quran untuk dipamerkan bacaan aku pada dia! ehem, ehem....

aku selak helaian quran dan capai duri landak sebagai penunjuk bacaan terus aku baca a'uzubillah, diikuti bismillah dan terus sambung bacaan terakhir aku dulu....

'baca dari mula!'
'dari mula?'
'dari fatihah, lepas tu terus baca surah al-baqaroh!'
's-surah apa?!'
'dari mula, dari alif, laaaam, miiiim....'
'ha?! baca dari mukasurat mula-mula?!'
'mukasurat mula-mula... fatihah, itu surah yang pertama, al-baqaroh tu surah yang nombor dua!' ongah katib angguk! 'ulang balik dari mula, atuk nak dengar!'
aduh! gila apa?! aku dah masuk juz dua belas dah ni, tengah lumba dengan kawan-kawan ni! ada ke kena start balik, bila aku nak khatam macam ni?! hilang akal ke apa orang tua ni?!

'ha, bacalah!'

huh, masa tu aku rasa macam nak blah aje! tapi, respect punya pasal, aku selak mukasurat yang awal dan terus baca fatihah sampai habis!

'fatihah hafal tak?!'
'mestilah hafal!'
'baca terus... mula dari alif, laaaam, miiiim....'

aku pun baca! satu demi satu. orang tua ni ingat aku tak tau baca ke apa?! cis! sampailah ayat kelima: 'ulaaaa ika 'alaa hudaammirrobbihim wa ulaaaa ika humul muflihuuun'
baru aku nak masuk ayat keenam ongah khatib memotong: 'baca balik dari alif, laaaam, miiiim!'

aku renung mata dia... dia senyum aje: 'ha, bacalah atuk cakap! ulang balik dari mula tadi tu!'

tak kisahlah, dia nak test tajwid aku ni, tak pun syok dengar aku ngaji la ni, sure sedap aku baca! hahaha! aku pun baca dan sampai ayat kelima dia suruh berhenti dan ulang baca! aku ikutkan ajelah! sampai aku berbuih mulut dan berpinar bijik mata sampai aku rasa aku baca pun dah tak payah tengok quran lagi! dah rasa macam nampak ayat-ayat tu tersusun depan mata! berpuluh-puluh kali ulang dan sepanjang sejam lebih aku baca tu, hanyalah lima ayat al-baqaroh saja yang diulang-ulang sampai aku baca selamba hujung lidah aje dah....

gilo!

last sekali, di pengakhiran bacaan aku, aku pun dah lembik, ongah khatib senyum! 'ha, dah hafal kan? tak payah tengok pun nampak ayat-ayat tu, kan?!'
'yelah dah datuk suruh baca tu aje, memanglah!'

ongah khatib senyum aje! 'kau tau tak apa yang kau baca tu?!'

'quranlah!'
'memanglah kau baca quran, tapi... maknanya kau tau, tak? kau faham tak apa yang kau baca? apa makna al-baqaroh tu?'

aku geleng! banyak pulak songeh orang tua ni!

'al-baqaroh tu maknanya sapi betina! tau sapi? sapi tu macam lembulah!'

ni mengata aku ni macam lembulah ni! lebehlah ni!

'quran ini petunjuk untuk orang yang bertakwa! yang beramal salih, yang mendirikan sembahyang, beriman pada allah, maka allah hadiahkan quran ini sebagai satu petunjuk kepada kita yang percayakan hari akhirat dan kitalah antara orang-orang yang beruntung kerana diberi petunjuk ini!'

aku terpegun!

'ha, kalau kau nak tau, itulah lebih kurang isi apa yang kau baca tadi tu?!' ongah khatib senyum. 'dah, besok kita sambung lagi!'

dua minggu berikutnya, tujuh puluh ayat dah aku baca (sehari lima ayat aje), dan aku ulang-ulang sampai hafal tak payah tengok quran! percaya ataupun tidak, aku bagaikan nampak ayat-ayat itu tersusun di depan mata! tapi, itu bukan matlamat aku! aku nak cepat khatam! member-member kat sekolah dah jauh tinggalkan aku! mana boleh ini macam! aku bukannya nak jadi uztaz! bukan nak jadi 'imam muda' pun! aku nak jadi pilot bila besar nanti....

satu pagi selepas habis mengaji aku bersuara: 'sampai bila nak khatam macam ni tuk?!'
ongah khatib senyum selamba: 'khatam tu tak ada ertinya kalau kau tak faham isi yang kau baca! eloklah macam yang sekarang ni, kau baca, kau hafal, kau tau makna isi quran ni!'

malam tu aku memberontak, mengadu kat nenek aku tak nak lagi belajar mengaji dengan 'abang' dia tu! sampai bila aku nak khatam kalau aku terus belajar cara macam tu?! itulah persoalan aku pada nenek aku tu!

akhirnya, aku pun berhenti belajar dengan ongah khatib! balik belajar dengan arwah nenek aku! datuk aku tu pun balik ke indonesia bila visanya habis tempoh! dan, aku pun akhirnya khatam quran dengan jayanya! kahkahkah!

tapi, selepas aku tengok siaran langsung imam muda dengan bini aku, terus aku mengimbau kisah silam 35 tahun dulu! nenek aku dan abangnya itu pun lama dah arwah! khatam quran memanglah aku khatam (siap buat majlis kenduri khatam quran panggil imam lagi)! tapi, hakikatnya aku nak share dengan korang, betapa aku tidak khatam sebenar-benarnya khatam! seperti yang ongah khatib pernah katakan! khatam quran adalah menghabiskan isi quran itu dengan takwa, faham isinya, faham apa yang allah sampaikan pada kita bukan sekadar baca dan habis 30 juzuk! apatah lagi macam aku (memanglah aku ni setan), korang nak tau apa yang aku buat? setiap kali aku selak helaian quran itu, aku lebihkan lima enam helai tanpa nenek aku perasan! sebab, aku nak cepat khatam!

hari ni, ramadhan hari pertama, aku insaf, kalaulah aku ikut apa yang ongah khatib ajarkan, aku pastinya dah hafiz quran (insya-allah). jiwa kanak-kanak mulus, senang nak menghafal quran apatah lagi allah akan beri mukjizatnya kalau aku benar-benar ikhlas! aku malu! ini rentetan peristiwa benar yang aku mahu kongsikan pada korang semua!

dan, program imam muda, telah membuka pekung diri aku ini sebenarnya! tapi, masih tak terlambat untuk aku khatam quran! hehe! malam ni ada tadarus! baca satu juzuk setiap malam dan menjelang syawal, khatamlah! hehe!

itu pun kalau aku tak selak lima enam helai sekali selak lagi! hihihi!

9 comments:

Wahidah said...

imam muda mmg membuka mata byk pihak..bgs tul program tu..tgk anak2 muda yg ade ilmu agama..tp masuh tk terlambat utk kita blaja n selagi kita bernafas kita tk kan berhenti belajar..nak dgn tk nak je...:)

Anonymous said...

totally agree! sgt menginsafkan..mmg rasa betul2 lost..khatam banyak2 kali pun tak dak erti..sbb tak paham isi kandungan..:(..iskh..bydewei, bulu landak tu..samalah kita! dulu pun gunakan tu gak utk tunjuk masa ngaji..memory..oo memory..down memory lane..iskh..

i am Naa... said...

insaf aihhhhh.....jahilnya diri...

Usop VI 88 said...

Aku tgk "meor din beramboi" nye show mlm smlm, yg aznil host tu .. aku nak share ngan ko sikit asal-usul kaset 'pakcik kayo' tu, sbb ko cakap lam interview ko, ko tak sure origin.. kaset tu actually lahir time bulan ramadhan yg mulia ni gak- kat gerai Mat Jah jual kerang rebus, bwh Taman Perwira tu. Skrg ni tapak tu kekadang ada gerai jual goreng pisang. Recording tak silap aku tahun 91, masa aku kat kpp lagi. Anyway, yg aku ingat arwah bawak tape recorder mlm tu (selalu melepak bwk guitar, ntah Allah nak bukak pintu rezeki dia mlm tu la kot, tetiba bwk tape recorder plak).. actually, sawancara tu mmg confirm spontaneous and impromptu, takde script/rehersal, takde nak plan2. Kalau dgr betol2, bole dgr bas mini 15 lalu lalang ;) .. arwah soh kami yg ada masa tu (aku, joy, malek, zabirin, lan ..) bedal je lah apa2 soklan yg patut - soklan yg sesuai utk interview yg mcm tu lah kan. Mmg pecah perot mlm tu Diat, but then again, arwah mmg kelakar orgnye pon kan. Tak berenti melawak, tak kering gusi dibueknya, ada je idea. Aku highlight spontan tu tadi, sbb nak stress yg arwah ni mmg betollah berbakat besar, suka buat lawak and pala otak dia mmg geliga. Jokes dia pon very sharp and contemporary. Dipendekkan citer, lepas tu master copy Joy bwk gi KPP Shah Alam, distribute kasi budak2 KPP dengar .. and the rest is history lah .... itu lah citer sebenar asal usul kaset pakcik kayo ...

Aku nak ambil kesempatan buat semua yg terbaca posting ni, sedekah lah Al-Fatehah buat Arwah 'Jidin' dan doakan yg terbaik utk arwah ...... jazakallah khairan

ahadiatakashah said...

usop aku memang cam sgt gelak kau tu, masa tu amran bear bawak kaset tu suruh aku dengar, aku tanya amran bear, tak silap yang gelak tu suara usop 'takal' tu kan? kahkahkah! kau ingat lagi tak nama gelaran kau kat gombak?! apa pun, aku memang cam dan tau suara gelak tu gelak kau! anyway, kau ada copy kaset tu lagi, tak?!

Usop VI88 said...

hoi 'KETAM'! (inilah nick name AA utk pengetahuan semua peminat2) .. macam mana la tak kena ghout-tak-hengat, kalau nama jolokan pon ketam! hahaha! kalau 'Kaka' ke, 'Ronaldo' ke, opponent gerun lah .. ini ketam, alahai .. lari pon mengereng! kuang3x... tapi yg paling kelakar Diat, tgk penalty ko amik masa Mokhtar Dahari Challenge Shield 2 years back .. org aim cantik ke goal, ko tembak corner flag! guling2 aku pecah perot!! hahaha .... *jgn marah aaa bulan posa :)

.. master copy tu ko kena tanya Joy lah, aku takde copy ...

ahadiatakashah said...

bukan apa sop, itu aku main untuk batch '83, klu utk team sayor, hehe, kau pun tau camane kan?! kau tak hengat aku yg trained kau petang2 masa kau darjah enam! hehe! kau wahid, sape lagi ek? ramailah bebudak hingus masa tu main kat gol hoki padang sekmengkeb! aku ni kan kau punya idola! kahkahkah! engkau mengaku tak? tak baik tipu bulan posa?! 'kerengge puteh' dah lahirkan ramai pemain bola berbakat, kesinambungannya meresap dalam aura 'team sayor'hehe! sampai sekarang pun aku dengar ada budak2 mana tah guna nama 'sayor fc', dasat tu aura 'team sayor', hehe! siapa yang tau aje tau pasal ni, kan?! btw, happy ramadhan!

Usop VI88 said...

mmg tak berubah, dari dulu lagi suka sgt masuk bakul angkat sendiri -- ni dah self proclaimed sayor-idol plak! hahaha Camnepon dlm usia aku semuda 12 thn tu, aku dah jenuh kangkang2kan ko! jgn buat2 lupa plak! hehehe .. tapi mmg lah pdg sekmenkeb tu byk menjadi saksi aksi 'tiki-taka' team sayor! team yg mmg tersohor di pesada bolasepak klang valley ni, ujung minggu yg byk dihabiskan player2nya camping tepi2 longkang tepi padang utk membolot byk tournament2 9-a-side. Seingat aku, motto team sayor 'kuar pagi, balik malam', sering saja kena tunggu finals di hujung hari, pulang dgn piala, tak kurang juga luka2 dan lebam yg berbalam2. Mana bole aku lupa semua kenangan manis team sayor Diat ..... Apa kata ko merepek sket pasal team sayor n kerengge puteh tu??

Anonymous said...

O Ream Sayir tu bro AA punya team ke? Aq ngan geng pernah lwn dulu ada pertandingan 9/side di UM masa student ingat lagi kena belasah 4 - 0, papepon mmg salute Team Sayor mmg hebat! Corak permainan yg cantek dan kemas. X silap Team Sayor champion pertandingan tu! Bro AA ingat lagi x sekitar tahun 2003!

Post a Comment