...al-kisah... ada seorang lelaki separuh umur yang baru saja kematian isterinya. perangainya menjadi pelik selepas kematian isterinya itu. dia sentiasa berada di tanah perkuburan itu sambil menyiram kubur isterinya. para penduduk kampung mengagumi sikap lelaki itu yang terlalu amat mencintai arwah isterinya sehingga sanggup habiskan masa setiap hari menyirami pusara.
maka, hebohlah akan kisahnya yang menyayat hati itu dan dia sering menjadi teladan kepada isteri-isteri di seluruh kampung itu betapa setianya cinta suci seorang suami. bukan itu sahaja, malah kisah menyayat hatinya itu tersebar sehingga ke seluruh dunia. genap tiga minggu selepas kematian isterinya itu dia didatangi pemberita dari luar negara yang mahu menyiarkan kisah yang menyayat hati itu.
'uncle ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana jarang sekali di zaman ini seorang duda yang sanggup duduk di kubur isterinya setiap hari dan menyiramkan air mawar harum lambang cinta sejati?'
lelaki itu ternganga dan biul seketika, tergaru-garu kepalanya yang tak gatal sebelum menjawab penuh jujur. 'sebenarnya... ini adalah wasiat yang saya ingin tunaikan... sebelum isteri saya ini menghembuskan nafas yang terakhirnya, dia pesan kepada saya, kalau nak kahwin pun... tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh. kerana itulah saya terpaksa siram kuburnya setiap hari supaya rumput cepat tumbuh!'
No comments:
Post a Comment