kenapa aku ni ek?!
bila aku tengok kemewahan orang lain, aku rasa aku ni miskin la sangat. bila tengok kereta mewah yang diorang bawak, aku rasa aku ni kokak la sangat. bila tengok pakaian yang diorang pakai, aku rasa aku ni hina la sangat.
kadang-kadang aku terfikir, apa yang diorang buat sampai jadi kaya-raya? macam mana? jual apa? kerja apa?
bahu kanan aku berbisik, tak kira apa cara untuk jadi kaya asalkan jalannya halal!
ada ke jalan halal dalam dunia hari ini?! persoalan itu terus berlegar dalam kepala hotak aku ni sampailah aku berhenti depan pagar rumah mak aku di lorong kenanga.
aku balik rumah mak aku, memang aku selalu pun lawat dia apatah lagi kalau hari isnin dan khamis aku hantar lauk-pauk untuk mak bukak puasa. mak akan puasa setiap hari isnin dan khamis. dah jadi rutin hidup dia sejak dah tua-tua begini.
'mak buat apa mak?'
'ala, tengok tv!'
'cerita apa mak?'
'tanyalah ustaz!'
aku angguk. renung kaca tv yang dah uzur yang tebal macam peti besi lama. saat itu mak sedang tengok tv9.
'mak suka tengok tv9 ke mak?!'
'dah ni aje yang clear!'
'tv lain?'
'kabur ada line-line!'
aku picit siaran lain, tv1. tv2. tv3 dan betul, semuanya herot-berot!
'kenapa tak beli tv baru?'
'kau tak belikan!'
'ala kalau beli tv baru pun bukannya clear, sekarang ni orang semua tengok astro!'
'kau pasangkanlah!'
'hm, dulu dah pasang pun kena potong!'
'tak bayar kena potonglah!'
aku termenung. kenapalah aku tak kaya macam dulu-dulu! kalau tak dah tentu-tentu aku pasangkan astro dan bayar bil bulanannya. apa ada hal?! untuk mak aku jugak bukannya mak orang lain!
aku tenung mak aku yang dah tua. dah masuk 74 tahun umur dia. masih degil bersihkan rumput dan masuk longkang kutip sampah. anak-anak aku jadi tukang report apa yang nenek diorang buat sebab aku dah pesan: 'kalau mak buat kerja, cabut rumput atau masuk longkang bersihkan sampah, bagitau papa!'
anak-anak aku, dengan semua anak-anak sedara aku panggil mak aku 'mak'. diorang tak panggil mak aku tu 'nenek'. sebab dari anak sedara aku yang paling sulung semua dah biasa panggil 'mak' sampailah ke anak-anak aku dan kesemua cucu-cucu mak aku akan panggil dia 'mak'.
'mak puasa hari ni?'
'tak!'
'tak?! kenapa? kan selalu hari isnin mak puasa?'
'mak berlapar tak makan je!'
'hm, main-mainlah pulak mak ni!'
dari mak muda sampailah pencen kerja kerajaan, pakaian dan kehidupannya biasa-biasa aje. aku aje yang bergaya (konon je perasan). mak aku, sempoi dan kadang-kadang aku rasa aku tak patut hidup makan mewah dengan kawan-kawan sedangkan mak aku makan apa saja yang adik perempuan aku masakkan untuk dia. pakaian pun tak ada brand. selipar pun tangkap muat aje. mak aku ni kecik orangnya dan adakala seliparnya saiz budak darjah lima pun dia boleh pakai. dan saban hari dia sendirian selepas arwah abah kembali ke rahmatullah tujuh tahun lepas.
minggu lepas aku makan mewah dihidangkan tayangan unggul masa menonton filem 'tolong! awek aku pontianak!' aku perhatikan tetamu yang datang. pakaian dan gaya semuanya mempesona. aku tak kurang bergaya. aku dengan bini aku melahap penuh nikmat. terbayang aku ketika itu, mak aku makan apa? mak aku buat apa? masih menonton tv9 yang kabur dari peti tv yang besar banglo?! sedangkan aku menonton wayang di skrin lebar dengan sound yang mantap dan gambar yang terang jelas.
aku juga tertanya-tanya... adakah korang semua, atau mereka-mereka yang kaya-raya makan di hotel mewah, banglo empat lima tingkat, teringat barang sedetik, apakah yang sedang mak korang lakukan di kala korang semua sedang berhiburan dan bermewahan?!
pernah ke korang bertanya dalam hati dengan rasa insaf: 'mak! mak makan apa tu?!'
2 comments:
apa ko merepek ni diat.kat wiki(bm) tulis ko novelis terkaya di malaysia
Syahdu baca entri ni..kita selalu nampak diri kita kurang bila mendongak langit,tapi jarang nak bersyukur bila memandang tanah..uiks
Post a Comment