Thursday, August 4, 2011

dulu, kini dan mungkin...

...selama-lamanya?!
mungkin iya, mungkin tidak!

apa yang dari dulu masih kekal ada sampai sekarang?  cermin mata misalannya.  Sejak dari dulu, masih kekal sehingga hari ini.  kalau dulu cermin mata dipegang tangkainya seperti pegang payung dan diacukan pada mata, kini disangkutkan ke telinga dan terus kekal sehingga kini.  walaupun kanta lengkap telah menguasai dunia, namun cermin mata terus bersaing.  malah, cermin mata terus menjadi trend. adakah ia akan kekal selama-lamanya?
mungkin iya, mungkin tidak!

apa lagi kalau korang tau?!  basikal?!  ia tetap ada walaupun pelbagai kenderaan canggih dicipta.  namun, kayuhan itu masih lagi berkayuh.  masih kekal sehingga hari ini.  sampai bila?!  allahualam!  

payung?!  turut kekal sehingga kini walaupun pelbagai pakaian terkini dicipta termasuk rain coat yang canggih, namun payung masih terus kekal sehingga kini.  cuma, yang kurang, payung kertas cina yang memayungi pusara, sudah jarang kelihatan.  akan berkekalan payung selama-lamanya?!  entahlah?!

buku?  walaupun kini ada i-pad, playbook, apa saja kecanggihan yang berbentuk elektronik, namun buku masih tetap menjadi pilihan pembaca.  akan kekalkah buku selama-lamanya?

dalam kecanggihan dan kepesatan teknologi, masih kekal lagi beberapa benda yang digunakan dari dulu sehingga kini sebagaiman contoh yang di atas.  namun, sebagaimana batu giling, yang kini hampir pupus tak lagi digunakan dan telah digantikan dengan blender, berapa banyak lagi benda yang akan pupus ditelan masa?

begitu juga diri kita ini.  lihatlah pada kulit, atau kedutan wajah, atau tenaga yang korang miliki dulu dan sekarang.  adakah korang masih kuat seperti 20 tahun silam?

tanyakan pada diri korang, siapa insan yang paling korang sayang?  mak, bapak, adik-beradik?  atau teman atau taulan?  atau juga mungkin bini atau laki korang juga anak-anak?!  dan, akan kekalkah mereka dengan korang dari dulu, kini dan selama-lamanya?

kalau jawapannya tidak, berikan saat yang terindah selagi korang ada bersama mereka agar nanti bila antara korang atau yang disayang harus pergi dulu, memori indah menjadi kenangan abadi.

atau korang akan menyesal kerana yang tersayang sudah tiada lagi....

No comments:

Post a Comment