Tuesday, January 25, 2011

huargh... aku nak bangun dari tidurku yang panjang....

...bangun-bangun-bangun... aku tak tau nak tulis pasal apa lagi? dah 78 bijik novel dah aku tulis sepanjang 26 tahun aku berkarya, semenjak tahun 1985, ketika kali pertama budak setan diterbitkan!

sekarang sedang pulas otak, berimaginasi dengan karya terbaru aku yang bertajuk: 'valentine datang lagi dan pergi'. setakat ni, baru mencecah 188 mukasurat! ayo, lembap giler aku tulis!

baru habis tengok 'lbs the series' di astro prima; tak taulah apa komen penonton?! pastinya membandingkan dengan novel.

aku dah tak macam dulu, tulis novel macam makan kacang! senang aje nak dapatkan idea. sekarang ni terkial-kial nak susun walau satu mukasurat. tulisan aku dah tak flow macam dulu! tapi, aku cuba yang terbaik untuk novel terbaru aku ini.

so, doakan, dan nantikan hasil terbaru aku ini selepas tiga tahun aku menyepi....

diharap, afdlin shauki dapat merealisasikan novel 'untuk tiga hari' yang telah diadaptasi ke filem. begitu juga, 'katerina' (lagenda budak setan 2) yang bakal bermula penggambarannya pada bulan februari ini.

ya, allah, aku ingin berdiri lagi setelah sekian lama aku duduk, aku tidur... dan bangunkanlah aku dengan karya terbaru....

18 comments:

A.s.t.i.n.a said...

eh... penulis novel ker..?

maafkan ketidaktahuan saya...

all the best ^_^

Hanz said...

aamin..aku pown sentiase doakan tok ko bro..aku peminat setia novel2 yg ko tulis.

hanis aleeya aka gadis sepi said...

good luck AA. nsi pun tengah try siapkan 5 draf novel ni.. ahaha.. bila nak publishnya tak tahulah.

AkUFiZA™ said...

lagenda budak setan tetap terbaik!

Rahman Latip said...

gudluck AA =)

SHZ said...

novel baru? wohoooo....

saya sangat, sangat teringin jadi penulis novel dan AA salah seorang yang memberikan inspirasi.

Tapi... tak mudah untuk merealisasikan impian itu...

Anyway...good luck with the new novel!

Anonymous said...

amin :). kami peminat kipas susah mati ahadiat akashah menyokong serta buat la fan page kat facebook tu. hehehe . *suria l'eiqa*

Kay- said...

i pun nak jadi penulis novel jugak lah. boleh ke? ehe...

Suria De Salvatore said...

smlm tgk episod akhir LBS kt prima..bes !
tdi bru pas bli novel las LBS..saga 3..lagenda berakhir..xsaba nk bace nie ! hehehe..
neway,gudluck with the new novel ;DD

Anonymous said...

dah puas pusing carik lagenda budak setan II tp x de pn...leh x kalau oder trs dr tn punyer novel ni...cacat lak koleksi novel x de yg no 2... ( leeya hakim )

Kashakay88 said...

br balik dr kinokuniya dan terjumpa lagenda budak setan saga 1.terus je beli sebab yg dulu punya dah hilang la. anywy dekat mana lagi ya kat area kl ni yg mudah nk cari tuan punya karya-karya terdahulu. satu lagi buku yg saya ralat sebab orang pinjam tak pulang balik adalah "untuk semua gadis yang kucintai". maaf andai terlebih perkataan dekat ruangan ini.

lily lotus said...

waiting for ur 'kebangkitan' semula :)

Anonymous said...

sy boleh simpulkan, kebanyakan novel AA ending nya mesti xseperti y diharapkan. not like a fairy tale stories (live happily ever after) especially novel Pilot Cafe. huhu

Anonymous said...

sy frust betul bila script film x sama mcm dlm novel... nape gamaknye.. dah sah2 ambil citer
dari novel.. ikut la 100%.. kalau pun x dpt jgn la..rombak byk sgt...

sy x sabar nak tgk film afdlin shauki 'untuk 3 hari'..mintak2 sama la dgn novel...

izan_ali said...

first time baca novel LBS AA masa umur 13 tahun sekarang umur saya dah 26 tahun.. AA tetap menjadi penulis kegemaran saya.. sy masih ingat lagi, lepas baca novel AA saya terus pergi beli buku dan pen sebab nak tulis novel juga.. :P

tetap sokong AA... tak sabar nak tunggu novel terbaru AA

NattShaarie said...

to AA, sy suka kemerepekan anda..haha..waiting for ur kebangkitan 'pocong' eh, kebangkitan ank melayu dlm arena penulisan remaja (remaja ke)..semoga terus menjadi inspirasi dan aspirasi kami penulis muda (muda?)yang x pernah nk publish crite-crite yg dikarang...hahaha...apa aku cakap ni??

Anonymous said...

Ahadiat bangun dan tulis la!

PONIE ANNIE said...

78 buah novel?? byk tu..ingin jak sy p cri skrg..tp,past dh xda kt pasaran kn...apa2pun, You are the best AHADIAT AKASHAH:)

Post a Comment