Monday, August 1, 2011

dia datang... dengan lenggang-lengguknya...

...dia datang... dengan penuh syahdunya...

dia datang!

siapa yang datang? apa yang kau merepek ni labu?!

bila datang aje ramadan, maka berduyun-duyunlah sms, ingatan, khutbah, renungan, kata-kata hikmah dan sebagainya. dah macam 'pesta kata-kata'. tinggal tak hantar kad pengganti diri aje (al-maklumlah, handphone dah canggih, hantar pakai sms, bbm, mms dan pelbagai cara maya yang lainnya. maka, jadilah satu budaya baru dalam masyarakat islam melayu di negara aku dan korang bila tiba bulan puasa ni ye.

dulu, masa budak-budak bila datang bulan puasa, jadi benci. apa taknya, perut lapar, nak makan tak boleh. terpaksa makan curi-curi. puasa yang-yang-yok, pagi-pagi bukak periuk. bila dah remaja, ingat lagi masa kat plaza sungei wang dengan member-member beli mc d, masuk tandas, makan dalam tu ditemani kehancingan dengan selamba. bukan peduli pun walau ada bau-bauan serta belacan asli yang terselepet kat tepi toilet bowl sebab barua babi hutan yang berak sebelum ni tak reti nak pam. tak reti nak flush dengan bersih. tapi, apa ada hal?! makan tetap makan, bukan terjejas selera pun, peduli apa belacan asli, peduli apa bulan puasa?! bulan yang puasa, bukannya aku dan geng-geng aku yang puasa. (siap pass-pass chilly sauce lagi lalu atas dinding sebab masing-masing kunci diri dalam toilet. (kalau sekarang nilah suruh aku makan dalam toilet awam, mampus tak lalu)

sampailah umur aku nak masuk dewasa, part puasa ni aku suruh bulan aje yang puasa. (adei mak, memang kena salailah aku kat padang masyar, kelak!)

satu pagi tu, (kira-kira 21 tahun silam) hari pertama ramadan (macam hari ni), aku bekerja di c**b (g**a-g**a) dan aku dengan geng-geng lama aku selalunya berbuka puasa selepas subuh. masuk aje ofis, ada runner pergi beli roti canai banjir mamak punya dengan kuah dal yang panas berasap. kalau korang nak tau, roti canai pada bulan puasa rasanya berganda lebih sedap dari hari biasa. (tak caya cubalah korang try esok!)

kat tepi tangga ofis, tingkat empat untuk naik ke stor adalah tempat paling afdal kami berbuka dan cahaya samar-samar yang suram menambahkan lagi selera naik. suasana suram itu ala-ala time maghrib di senja yang rembang pada pandangan mata aku dan geng sehati sejiwa. dan, sepanjang bulan ramadan tahun itu, kami dah pun beraya sakan tanpa menunggu kedatangan bulan syawal.

samalah jugak pada tahun berikutnya. aku, pagi-pagi lagi dah masuk ofis terus cari mat-*, teman karib secucuk setanam aku yang kalau aku tak azan, dia yang akan azankan untuk kami berbuka pada pagi itu.

'mat-*! jomlah, lapar ni!'
mat-* menggeleng. 'aku posa!'
bergunung aku gelak. 'jangan main-mainlah mat-*! jomlah, lapar ni!'
'aku posa!'
'merepeklah kau! takde sen, aku belanja!'
'aku posa!'
aku terkedu. aku tengok muka mat-* serius aje. aku tanya last. 'kau biar betul! aku lapar ni, kau tak leleh ke, roti banjir panas, teh tarik kaw....'
'aku posa!'

aku macam percaya dengan tidak aje?! apa? buang tebiat ke mat-* ni? ala, hari ni ajelah! esok, start-lah cari aku tu! slow-slow aku turun, cari kaki lain untuk beli roti banjir. yang pelik tu, bukan aje hari tu, esok, lusa, seminggu lepas tu dan sampailah sebulan, sepanjang bulan ramadan, mat-* telah berpuasa dan setiap kali aku ajak, jawapannya tetap sama. 'aku posa!'

sejak kejadian tu, tak tau dari mana nur yang datang, tahun depannya, aku pun mula berpuasa. malu dengan mat-* agaknya. dan, aku bagaikan seorang yang dilahirkan serba baru, aku berpuasa genap sebulan sepanjang umur hidup aku selepas usia melewati 20 tahun.

alhamdulillah sejak tahun itu aku telah berpuasa penuh sepanjang bulan ramadan tak pernah fail sampailah hari ini.

pagi tadi aku hantar anak-anak ke sekolah macam biasa. ada pulak sebijik kereta yang entah siapa bawak mencilok-cilok siap potong aku. darah naik mendidih. keluar bahasa indah secara spontan dari mulut aku.

'awak ni puasa ke tak?!'
aku terkedu. bini aku yang kusut masai rambutnya (tak mandi) aku tenung sambil telan air liur.
'potong dua puluh markah puasa awak hari ni!'

aku rasa, macam tulah persepsi korang dan aku tentang puasa ni. betul tak? asal tak makan, tak minum, tak hisap rokok, tak korek hidung, tak kentut dalam air, tak bersetubuh, tu kira puasalah?! banyaklah korang punya puasa macam tu! itu anak-anak aku pun tau! aku terkedu, perlahankan kereta dan termenung....

aku mula menghitung tentang apa itu puasa yang sebenar. mata kena puasa. telinga kena puasa. hati kena puasa. mulut kena puasa (jangan nak maki-hamun sesuka hati!) tidur berlebihan pun boleh batalkan puasa. makan berlebihan sewaktu berbuka puasa pun potong markah. dan, banyak lagi benda-benda yang sebenarnya akan mengurangkan pahala puasa macam apa yang bini aku cakap tadi, 'potong dua puluh markah puasa awak hari ni!'

bila mata tengok betis gadis yang putih melepak, potong markah. bila dengar cerita lucah, potong markah. bila korang pulak yang cerita benda lucah, potong markah. bila mengumpat, potong markah. dengar lagu rancak yang boleh mengkhayalkan jiwa pun kena potong markah. agak-agaknya, sehingga tiba masuk waktu maghrib, berapa agak-agaknya markah korang yang tinggal?

tepuk dada tanya selera.

ingat yer, puasa tu bukan sekadar tahan lapar saja, tapi banyak lagi benda lain yang korang kena tahan, kalau tak, potong markah dan akhirnya apa yang korang dapat hanyalah tahan lapar sedangkan pahala puasa, dah tak ada (dah habis kena potong sampai kosong.)

kahkahkah....

baiklah korang makan aje roti banjir yang panas tu, wakakakaka!

2 comments:

intan.maisarah said...

:) bulan puasa
macam sekolah

bulan yang menyekolahkan kita supaya menjadi lebih "baik"

nona sani said...

harrhaarr...btol3..!!
tp buln poser lg barakah..melebihi pi ke sekolaahh..~

Post a Comment