Monday, November 28, 2011

bila kali pertama mata terbuka...

...korang takkan tau siapa mak bapak korang?  bangsa diorang?  agama diorang?  orang susah atau orang senang?  jenis yang baik ataupun jembalang?!  dan, ketika korang mula membesar, maka hiduplah korang di dalam acuan yang dah mak bapak korang terapkan! 

kalau islam?!  mulalah korang diajar mengaji mengenal alif, ba, ta.  mengenali allah tuhan yang satu layak disembah!

kalau buddha?!  korang digalakkan lepaskan merpati pada hari wesak!

kalau hindu?!  jangan makan lembu, bersihkan dosa pikul kavadi di hari thaipusam.

kalau kristian?!  sediakan stokin di malam hari krismas untuk santa claus masukkan hadiah yang korang idamkan!

dan, pelbagai cara mak bapak korang terapkan agar dewasa nanti korang menjadi insan yang patuh pada ajaran dan amalan masing-masing!

namun, setiap detik korang menjadi dewasa pelbagai persoalan yang korang timbulkan?  apa beza agama?  apa beza bangsa?  kenapa perlu ada melayu, cina, india, sikh, serani dan pelbagai lagi jenis manusia.  dan, kenapa perlu bersengketa?!

aku ingat lagi masa aku kecik umur empat tahun!  busu (adik lelaki tunggal mak aku) ikat kepalanya dengan kain.  macam pendekar melayu dan usung parang panjang dengan geng-gengnya yang lain.  muka busu bengis dan penuh semangat!  aku tengok muka mak kecut.  muka nenek lesu.  muka abah tenang namun ada riak gusar.  aku tak faham apa-apa.  nenek tak bagi bukak tingkap tanpa sebarang alasan.  mak berkurung dalam bilik tak pergi kerja.  semua dalam rumah macam ada tikus raksasa nak telan semua tak macam biasa.  aku nak tanya takut kena lempang.  tapi, herannya kenapa busu ikat kepala sambil arak parang panjang?!

dua malam busu tak balik dan nenek semakin resah.  hari ketiga aku intai keluar rumah sewaktu nenek bukak tingkap dan aku nampak ramai askar yang berkawal. tak tau kenapa hati aku jadi seronok nampak askar sebab selalunya hanya tengok dalam tv.

ketika itu tahun 1969.  bulan lima.  aku kecik lagi untuk faham apa erti darurat?  apa erti peperangan?  apa erti persengketaan?  aku hanya tahu semua itu bila aku dah masuk darjah empat.  umur aku dah sepuluh tahun.  masa tu aku jenguk kubur atuk di pagi syawal.  nenek bagitau datuk meninggal dunia tak lama selepas peristiwa berdarah 13 mei.  selang beberapa bulan, atuk meninggal dunia akibat sakit batu karang!  atuk lari dari hospital bila doktor bagitau perut kena potong untuk keluarkan batu!  atuk tak nak kena bedah, atuk lari dari hospital dan tak lama temui ajal.  aku ingat lagi hari datuk meninggal dunia, mak berguling-guling sambil menangis di lantai tak mau lepaskan atuk masuk kubur!

selesai nenek baca yasin di pusara datuk dan siram air mawar, tangan aku ditariknya untuk kami berlalu pulang.  masa aku lalu di kawasan berpagar yang di dalamnya ada banyak kubur aku membaca tulisan pada papantanda.  yang menceritakan mereka yang bersemadi di situ adalah mangsa-mangsa yang terkorban semasa peristiwa berdarah 13 mei 1969.  ketika orang melayu bergaduh berbunuhan dengan orang cina.  tak silap aku, ada 13 mangsa yang terbunuh dan ditanam di situ (nanti aku check balik) kat kawasan perkuburan taman ibu kota dekat dengan rumah mak aku. 

hari ini, setelah aku dewasa, dah miliki anak-anak, jiwa aku berdetik dan bertanya?!  kenapa perlu ada pertumpahan darah?  saban hari aku melewati kawasan medan idaman (dulunya adalah lee rubber) tempat berlakunya pertumpahan darah itu.  aku tinggal di gombak setia dan betul-betul di hadapan kampung aku, bersebelahan sekolah rendah kebangsaan gombak 1 & 2 (sekolah rendah aku dulu) terletak perkampungan bangsa cina.  aku ingat lagi pada ah meng, ah keong, ah gan, beberapa rakan bangsa cina yang aku sering bermain sama-sama.  aku juga ingat pada ghandi, das, anak tauke kedai runcit bangsa india yang juga teman rapatku.  juga bari, anak tauke rempah kari yang ada kedai di sebelah sekolah rendahku itu.

entah-entah ada antara pak cik, bapak, atau saudara mara mereka yang terbunuh sewaktu pertumpahan darah 13 mei dulu?  atau, ada antara saudara mara mereka, pak cik atau bapak mereka yang mungkin telah membunuh mangsa yang kini bersemadi di pusara taman ibu kota itu?

sedangkan mak aku sanggup berguling-guling bila datuk aku meninggal dunia, bagaimanakah agaknya mereka-mereka yang kematian orang tersayang dalam keadaan yang mengerikan, mungkin putus tangan, pecah kepala, tembus dada dan sebagainya?!

ayuh berdamailah dari terus bersengketa!  walau sejauh mana pun agama dan kepercayaan kita, kita masih tetap seorang manusia....

3 comments:

Anonymous said...

orang melayu sekurang nya berbudi bahasa juga ..dan berhati perut..tapi orang cina maaf cakap hati kering n jahat..selalu berurusan dengan bangsa cina membawa pemahaman itu.orng cina ni kalu dia bunuh orang pon dia boleh buat muka poyo jer itu lah perumpamaam.n orang melayu selalu mengalah..tapi kekadang kena juga buku dengan ruas..mungki dizaman dulu kita masih boleh tolenrasi...tidak dizaman sekarang kerana tekanan hidup membuat kita menjadi pemangsa dan mangsa..

Hezzrry said...

nice repek kan nih hahahahah.apa pun..kdt untuk ini

Anonymous said...

mmg x perlu bergaduh dan berbunuhan kalau sukakan keamanan tp mesti ada yang men'cucuk' orang untuk bermusuhan kan..

Post a Comment