'dah azan ke belum?!' si musafir yang kelihatan gabra itu tak langsung diendahkan lelaki botak licin yang sedang asyik ambik wuduk itu. 'takut saya terlewat?!'
'lewat tak apa, takutnya kalau tak jadi aje!'
si musafir ternganga, tak langsung faham apa yang dimaksudkan si botak itu. tak mahu pening kepala, dia memasuki ruang dalam masjid. jemaah pun masih tak ramai, dapatlah dia duduk di saf depan. awal lagi rasanya ni?! azan pun belum khutbah pun tak dibaca lagi! si musafir kelegaan....
di luar perkarangan masjid, dua buah bas rombongan berhenti dan hampir kesemua penumpang lelaki turun dan terus menuju masuk ke dalam masjid sambil mengambil wuduk.
tuk siak semakin resah, saling berpandangan dengan tuk imam.
imam mengetap bibir. 'alang datang tak?'
'tadi singgah umah dia, tapi kakinya bengkak kena gout! nak jalan langsung tak boleh!'
semakin cemas wajah tuk imam. 'kau dah pesan kat jali, ajis, tapa....'
'semua dah! tapi biasalah, semua kata tengoklah!'
'tofik, yusri, ali, diorang macam mana?!'
''tak jumpa dari semalam!'
tuk imam mengetap bibir! dadanya semakin berdegupan kencang. para penumpang bas rombongan yang penuh itu dah mula mengambil tempat masing-masing. ada yang bersembahyang sunat masjid dan ada yang sekadar duduk melepas keletihan.
'macam mana ni?!'
'berapa orang dah 'kita' semua?!'
'termasuk kidam, soli, deraman, kamsah dengan totot, dekat tiga puluh orang rasanya?!'
'totot pun kau kira jugak?!'
'darurat!'
semakin gusar tuk imam. totot yang tiga suku kadang-kadang menyanyi, kadang-kadang berpidato itu pun dikira juga....
tuk siak mencuit imam. 'tu, si ajis dengan jali!'
tuk imam mengangguk sambil menghitung lagi.
para jemaah duduk terpaku. ada yang melirik jam tangan dan ada yang kebingungan.
'sini zuhur pukul berapa?!'
'satu suku!' si telinga capang jawab endah tak endah.
'ni dah pukul satu setengah masih tak azan lagi ni!'
'entah?!' si capang jungkit bahu.
si musafir ternganga. dipandang sekeliling. kalau secara kasar hitungannya, adalah dalam 80 orang tak kurang. semakinlah dia bingung kenapa masih tak azan lagi sedangkan waktu semakin jauh....
'tu hah, boboi, salim, anak si rebab, anak si ali... adalah dalam lapan orang tu imam!'
sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah sekitar usia 10 tahun melangkah masuk.
'berapa semua dah?!'
'kalau campur budak-budak, campur totot, campur semua... kurang tiga aje lagi ni....'
tuk imam garu kepala. 'nak tunggu berapa lama lagi ni?!'
tuk siak jungkit bahu.
akhirnya, setelah sepuluh minit berlalu, azan berkumandang. imam melangkah ke mimbar. masing-masing lega, akhirnya khutbah akan dimulakan.
'assalamualaikum para hadirin semua, harap maaf banyak-banyak, kita bersolat zuhur aje hari ni, tiada solat jumaat sebab masih tak cukup korum, masih kurang tiga orang saja lagi! maaf sekali lagi!'
alamak?! pernah tak benda macam ni terjadi?! atau tuk imam sekadar tangkap muat main hitung semua jemaah tanpa memastikan mereka adalah penduduk tetap yang bermastautin di kampung itu?! janji, solat jumaat boleh dilaksanakan! allahualam!
3 comments:
Alhamdulillah belum pernah berlaku lagi :)
ye x ye la..x penah berlaku la lagi dlm kehidupan aku..
3 kali berlaku semasa aku mengajar di sekolah kg gusai jerantut pahang
Post a Comment