Wednesday, November 9, 2011

fuh kanan, fuh kiri...

...mintak langkah kanan, yang dapat langkah kiri!

macam mana citer tu?!  aku ada impian.  korang pun aku sure ada impian.  masing-masing ada impian tersendiri.  yang dah ada nissan gtr, nak ferrari.  yang dah ada vulcan, nak harley.  yang dah ada semi-d, nak banglo.  macam-macam keinginan termasuklah aku.  dan, setiap keinginan itu sudah tentunya yang lebih baik daripada sebelumnya!  itukan biasa!  dah nama pun manusia.

ini ada satu kisah benar untuk semua korang renungkan.  adakah korang sanggup berada di dalam situasi begini.  kalau korang pilih jalan ini, kenapa, mengapa, dan atas dorongan apa?!  kalau korang lelaki, kalau ada niat nak tambah satu lagi, adakah pilihan korang itu jauh lebih baik daripada yang senior, ataupun sengaja korang memilih wanita yang amat mendambakan belas kasihan dan di dalam keadaan yang mengazabkan?!

seorang teman lama call, bercerita dengan penuh semangat (tapi aku tau dia kecewa), dan dengan gelak tawa memberitahu suaminya yang tercinta telah berkahwin satu lagi.  dia kata nak marah, tak jadi, nak kecewa, dah puas merana, nak histreia, dah tak ada suara, lalu yang menjadi benteng kekuatannya hanyalah empat orang anak-anak yang masih mendambakan kasih seorang bapa.

tanpa aku tanya, dia terus bercerita....

'you tolong tulis novel, boleh tak, i nak bagi you satu cerita, sure best punyer!'
'cerita apa pulak ni?'
'you tulislah, ada sorang suami, bini dah cukup baik tak ada yang kurang, anak dah masuk empat orang, sanggup kawin dengan janda, yang kena cancer pulak tu, dah masuk stage four, sanggup basuhkan diapers, cuci taik-maik semua, berhabis duit puluhan ribu ringgit untuk rawatan bini baru dia tu, dan yang bagusnya, bulan ramadan baru-baru ni suami i tu punyalah alim, sembahyang tak tinggal, berdoa untuk kesejahteraan bini barunya yang dah nak mati tu!  sebelum ni tak pun!  apa pendapat you, best tak citer i ni?!'

amek kau?!  aku terkedu sebenarnya.  mendengar cerita begini membuatkan aku merenung jauh!  terbayang, adakah ini yang dinamakan cinta?!  atau apa?!  seorang lelaki yang dah ada isteri, pendek kata sempurna serba-serbi, sanggup mengahwini janda yang tak pasti lama mana hidupnya akibat serangan barah yang tiada kenal erti belas kasihan.

kalau ditinjau dari satu sudut, hebat dan mengagumkan lelaki itu.  apakah yang menyebabkan dia sanggup menikahi wanita yang sudah diketahuinya secara umum tidak akan hidup lama?!  atau ada satu muslihat tersimpul?  mungkinkah wanita itu punyai aset yang menggiurkan?!  puluhan juta aset sedia menanti?  atau, adakah hanya kerana secebis cinta dan pengorbanan?!

korang renungkan, dan simpulkan sendiri....

6 comments:

eiza said...

erm, ada gak cmni..tp tula kehidupan lpas kahwin kalo jd cmni..tatau la nk cakap apa dah..mungkin senyuman, yg jd kan diri ni tabah...masa bcinta pun kalo diuji camni dh hilang arah seketika..inikan lepas kahwin...mudah-mudahan dipermudahkan segalanya...amin..

jejaritakberapanakruncing said...

xtau la mgkin ade hikmah disebalik kejadian...walau ape pun doakan lah yg terbaik...untung la dpt payung emas di akhirat nanti..

Min said...

Zaman Rasulullah dulu poligami diamalkan untuk melindungi wanita.. dan lelaki ini melakukan yang sama.

shahrul nizam shaary-my experiance said...

wanita yang beriman dan percaya pada agama bawaan Rasulullah pasti menerima poligami. Kalau yang marah dan xsuka tu maknanya xbetul2 beriman lagi la tu..

Anonymous said...

kalu bab poligami semua sokong..tapi cuba sebut hak2 yg patut tau yg rasulluah amalkan berpandukan al quran yer..bukan yg dotokok tambah oleh manusia tuk kesedapan...sebeleum poligami..semua diam cam tikus...bila sebut baru psl nafkah...semua diam....

Anonymous said...

Nak tanye, saya orang luar. Mane nak dapat cetekan semua novel-novel lama by Ahadiat Akashah?

Post a Comment