There was an error in this gadget

Tuesday, October 12, 2010

talkin kepada bayi-bayi yang bakal lahir....

...khas untuk semua para bayi yang akan meninggalkan alam perut ibu untuk disemadikan di dunia fana yang serba indah....

ya bayi-bayi comel semua....

tiap-tiap yang lahir akan merasa nikmat dunia. tiap-tiap bayi akan menjadi dewasa dan menikmati keindahan alam ciptaan allah. sesungguhnya di dunia nanti akan diberikan balasan kaya atau miskin, dan akan berbahagialah bagi bayi-bayi yang besarnya nanti hidup kaya raya, menerima pula gelaran kebesaran dan dipandang tinggi masyarakat. ketika ini, azab neraka adalah palsu belaka bagi mereka yang dikaburi rasukan setan.

ya bayi-bayi comel semua....

kamu sedang berada di sempadan dunia dan menuju ke alam kanak-kanak. membesarlah kamu sehingga dewasa dan mendapat kehidupan yang gemilang. sudah terputus tali pusat kamu yang memberikan kamu makanan dari perut ibu kamu. sudah terlepas segala kemungkinan kamu akan mati sewaktu dilahirkan, dan kamu akan membesar memburu harta kekayaan, pangkat, darjat, gelaran, kebesaran dan kedudukan yang akan kamu banggakan di dunia ini.

sesungguhnya sudah terpisah segala kebersihan dosa kamu sebagai seorang bayi kerana apabila kamu menemui akal baligh, segala perbuatan kamu akan dihitung. semoga kamu dilimpahi tiga perkara untuk kamu bawa bertemu allah nanti apabila tibanya mati iaitu sedekah jariah yang kamu berikan seikhlas hati semata-mata kerana allah, ilmu manfaat yang kamu amalkan di dunia dan anak-anak salih mendoakan bagi kamu.

ya bayi-bayi comel semua....

kami akan tinggalkan kamu di dunia serba indah ini. setelah tangisan kamu bergema kali pertama, akan datang dua manusia iaitu ibu dan bapa kamu. janganlah kamu takut serta gentar kerana mereka akan membimbing kamu ke jalan allah dan mereka juga makhluk allah seperti kamu yang telah melahirkan kamu ke dunia ini. pelajarilah kehidupan ini dengan lancar, dari meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari sehingga kamu tahu bercakap, mengeja, mengira dan mengenal apa itu dosa serta pahala.

nanti akan ada setan yang turut sama membimbing kamu selain daripada kedua ibu bapa kamu. dan, jangan sesekali kamu terpengaruh dengan ajaran setan-setan ini yang akan membawa kamu ke duniawi yang serba indah lagi mengasyikkan. mereka akan menyesatkan kamu dengan soalan-soalan yang mengalpakan.

siapakah tuhan kamu?
siapakah nabi kamu?
apakah agama kamu?
ke manakah kiblat dan penghadapan kamu?
apakah ikutan kamu?
dan, siapakah saudara-saudara kamu?

jangan sesekali kamu mengikut jawapan yang setan-setan ini berikan.

duit yang semua manusia sembah adalah 'tuhan' kami!
iblis dan setan adalah 'nabi' kami.
zina, arak, rasuah dan segala kemungkaran 'agama' kami.
duniawi yang disogok yahudi dan amerika 'kiblat' dan 'penghadapan' kami.
saham, kekayaan, bon, buku bank dan segala keindahan duniawi 'ikutan' kami.
semua manusia yang berkompromi dalam memberi rasuah, menerima sogokan, under table dan apa saja cara haram demi dapat memberikan ganjaran dan kekayaan adalah 'saudara-saudara' kami.

ya bayi-bayi comel semua....

jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kamu sewaktu dilahirkan ke dunia ini iaitu lafaz dua kalimah syahadat. para setan akan sedaya upaya menyesatkan dan membuatkan kamu lupa dan tidak lagi percaya bahawa....

mati itu benar,
soal mungkar nangkir itu juga benar,
azab dan nikmat kubur itu benar,
semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat benar,
dan, akan diberikan balasan syurga atau neraka itu juga benar....

andai kamu lakukan perkara yang dilarang allah semasa hidup di dunia ini nanti, kamu akan menerima azab semasa tiba hari kematian kamu....

seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi, jika kamu berdosa ular sijatul aqraq akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu.

nikmat kubur pula... diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang, diapit bumi umpama kamu di dalam pelukan ibu yang kini sedang mendakap kamu dengan penuh kasih dan sayang....

maka tinggallah kamu di dunia yang fana ini sehingga tiba hari kematian kamu kelak, di mana satu lagi 'talkin' akan dibacakan ketika jasad kamu disemadikan di liang lahad, dengan itu, berhati-hatilah semasa hayat kamu di dunia dan patuhilah segala perintah allah dan tinggalkan segala larangan-nya.

kami serahkan kamu kepada kedua ibu bapa kamu, agar dibimbingnya kamu ke arah kebaikan, dan kamu sebagai bayi kecil yang akan menjadi dewasa nanti, berhati-hatilah dengan helah dunia yang penuh dengan rasukan dan pujukan iblis dan setan yang hanya mahu menyesatkan kamu agar bertambah penghuni neraka. kamu cubalah untuk menghindari nafsu serta tarikan dunia yang indah tetapi maha menyesatkan.

ya bayi-bayi comel semua....

mudah-mudahan diberikan kamu pedoman dan petunjuk agar tidak sesat di dunia fana ini dan menjadi manusia munafik yang hanya bertuhankan duit dan kekayaan sehingga menyesatkan kamu dan lupa akan hari akhirat serta hari perhitungan yang akan menentukan syurga atau neraka yang bakal kamu huni sebagai balasan....

eh ada ke korang dengar talkin ni dibacakan masa korang nak dilahirkan dulu? semasa korang nak tinggalkan perut mak korang untuk bersemadi di dunia macam sekarang ni?

entah ek?! merepek betullah aku ni, hihihi....

3 comments:

i am Naa... said...

i luv this posting very much....mata mula bulat...uiksss byknya dosa cheqqqqqq...huhuhuhuhu

Catherine- said...

talkin ini sangat erotis. menyentak jiwa ragaku.
argghh....


im 2nd??` huh..

jira said...

caya lah
ada ka bayi d talkin??
hahha
tp bgus
memberi kesedaran
lgpun aku nie baru2 jak jd bayi
baru 17 tahun 6 bulan 14 hari aku tinggalkn dunia bayi ku
tp pena ka aku dgr talkin mcm nie??
ntah la
lupa da,,,
hahah

Post a Comment