Sunday, December 19, 2010

indahnya samudera allah...

...sampai anak-anak aku tak nak turun dari star cruises walaupun dah belayar di tengah lautan empat hari tiga malam! dari port klang belayar ke langkawi, kemudian singgah di singapura dan balik semula ke port klang! sedang aku dan bini aku berkemas untuk sedia turun sebab dalam sejam lagi kami akan sampai di port klang, anak-anak aku semua muka monyok.

'pa, jomlah kita naik lagi, aishah malaslah nak turun!'
'best la pa, thirah pun tak nak turun!'
aku senyum pada anak jantan aku! 'kamu adamboy?'
'adam pun tak nak turun!'
'nisah pun tak nak... pa!'
'kalau macam tu, besar nanti korang kerja ajelah kat kapal ni, sure tak turun kecuali korang cuti!'
'hm, papa ni....' aishah; anak aku paling sulung merungut panjang!

aku sekadar ketawa. dalam tawa aku itu aku nampak anak-anak berwajah murung! dan, aku dapat bayangkan kegembiraan di wajah mereka tatkala hari pertama kami jejakkan kaki di atas deck kapal ini. aktiviti yang diatur semuanya meriangkan anak-anak! aku dan bini tumpang meraikan keriangan mereka itu.

sedang anak-anak aku gembira sakan, aku pulak termenung disapa keras bayu laut yang dingin! terbayang masa kecik dulu tatkala angin kencang macam ni aku ada di padang bermain layang-layang! sedangkan saat ini anak-anak aku bergembira atas deck kapal mewah berlarian penuh kegirangan. dengan rambut masing-masing mengerbang....

saat itu aku terfikirkan anak-anak orang lain yang mungkin sedang membantu maknya menguli tepung buat kuih untuk jualan! atau, anak yang tolong bapaknya mengutip kotak untuk dijual! atau, anak-anak lain yang kelaparan belum ada makanan untuk dimakan.

apa yang boleh aku lakukan? aku bukannya ada duit berbillion untuk aku sediakan kapal mewah untuk dinaiki percuma kanak-kanak yang miskin! ketika itu aku pulak terfikir bagaimana anak-anak billionaire menghabiskan cuti mereka pulak?! pastinya menaiki pesawat peribadi membeli-belah ke paris, singgah di milan, lunch di london dan kemudian minum petang di amsterdam. apa pulak yang mereka fikirkan tentang anak-anak aku yang hanya mampu naik kapal mewah yang taklah mewah sangat tu sedangkan diorang ada bot mewah sendiri.

jadinya, aku bagitau diri aku sendiri, hello, kalau kau rasa hebat, ada orang lain yang lebih, lebih, lebih, lebih hebat lagi! yang aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana mereka-mereka itu melalui kehidupan mewah yang nak apa saja yang ada di dunia ini yang boleh dibeli mereka mampu miliki!

phuh! korang-korang semua yang setaraf atau se-level dengan aku ni bayangkanlah sendiri betapa nikmat dan indahnya kehidupan mereka-mereka yang bertaraf billionaire itu.

aku tarik nafas, renung anak-anak aku yang monyok itu seorang demi seorang. 'kalau korang nak hidup senang, besar nanti boleh ada bot mewah sendiri, jet peribadi, rumah besar tak hingat, korang kenalah belajar rajin-rajin dari sekarang! bila dah pandai, dah keluar universiti, senang cari peluang untuk jadi kaya-raya! tapi, satu aje papa nak pesan, jangan sombong, jangan riak, jangan tinggalkan suruhan allah! cari rezeki yang halal sebab nak jadi kaya-raya memang senang, tapi nak kaya-raya dari hasil yang halal tu yang susah! kalau korang lupa pesan papa ni, hidup ada duit berjuta pun tak guna sebab di akhirat nanti korang jadi manusia paling miskin dan tinggal dalam neraka!'

yo la tu, diat! agaknya sebab tulah aku ni tak kaya-kaya-raya kut?! hakkahkak!

selesaikan yang kecik dulu...

...aku paling tak suka sentuh isu-isu besar, apatah lagi pasal politik yang ceramuk sebab untuk aku, politik tak perlu ada dalam sesebuah negara kalau pemimpinnya adil dan jujur! kalau rakyat dah semua happy, apa peduli siapa pimpin negara, betul tak?! maknanya, pemimpin itu disukai semua golongan sebab pastinya dia adil, bijaksana dalam mentadbir negara sebab polisinya disenangi rakyat jelata! senang aje! tapi, sebab yang aku katakan tadi, semua ni tak terjadi sebab setiap pemimpin ada agenda peribadi masing-masing! so, perkara jadi susah sebab disusahkan! paham! kalau ada pertelingkahan politik, maknanya, negara itu sendiri korup secara semulajadi! so, sebab itu aku tak pernah usik atau perkatakan apa saja perkara-perkara berat, sebab aku lihat ramai antara kita yang suka perdebat benda besar, terutamanya pasal politik, benda global, sedangkan diri sendiri, kehidupan seharian, malah, kepincangan dalam keluarga sendiri tak pernah diperbetulkan!

ni yang silapnya! sebab apa pun isu, semuanya bermula dari rumah! dari diri sendiri! kalau korang rasa korang betul-betul baik, jujur, taat suruhan allah, itu sudah cukup memadai sebab hanya korang seorang saja yang akan menjawab dengan allah apa saja yang telah korang lakukan! masa tu, karpal singh ke, atau siapa saja lawyer terhebat dunia sekalipun dah tak boleh nak tolong korang bila diadili di mahkamah padang masyar kelak!

baiklah, jom kita mula fikir dari rumah! bangun subuh, siapa yang tak pernah tinggal solat! atau, bangun dengan ikhlas terus ambik wuduk dalam kedinginan subuh? aku sendiri pun payah! ada aje alasan untuk aku tak nak sembahyang bila mula subuh ni!

dalam seminggu, tanya diri sendiri berapa kali tinggal solat subuh?! korang jawablah sendiri, ye! aku tak nak tau! yang duduk dengan mak bapak, berapa kali sehari korang cium pipi mak korang tu, bapak tak penting sangatlah! tapi mak yang lahirkan korang tu! tanya diri sendiri berapa kali sehari korang cium pipi mak korang tu? jawab sendiri! aku tak nak tau!

berapa kali pulak korang baca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perbuatan! nak jalan, bismillah! nak duduk, bismillah! nak berdiri, bismillah! bukan masa nak makan melantak aje? maksud aku setiap kali korang nak buat sesuatu korang mulakan dengan bacaan bismillah? hah? jawab sendiri aku tak nak tau!

pernah solat khusyuk? aku tak pernah! masa aku solat aku teringatkan bil api tak bayar lagi, sekolah dah nak bukak anak-anak belum beli baju, kasut, beg dan banyak lagilah! kejap nanti nak keluar tengok wayang, pastu teringat pulak birthday bini dah dekat nak hadiahkan apa, dan macam-macam benda 'anjing' yang masuk otak aku setiap kali aku angkat takbir dan baca doa iftitah! buat apa aku nak tipu, memang betul macam tu! sebabnya, aku tau aku ni terlalu fikirkan dunia daripada serahkan diri aku sepenuhnya pada allah! korang macam mana? boleh aku tau masa korang solat khusyuk tu macam mana keadaannya? korang nampak apa? nampak ke syurga atau nampak ke seksa neraka? boleh aku tau macam mana indahnya syurga dalam solat khusyuk korang tu?! ceritalah sikit! atau, korang pun macam aku jugak, banyak benda-benda dunia yang korang fikirkan masa tengah solat! kahkahkah! jangan jawab, aku tak nak tau!

berapa kali pulak dalam sesuatu perkara yang korang berjaya, korang ucapkan alhamdulillah pada allah?! atau, apa saja yang korang lakukan, korang selamat tak ditimpa petaka! bila korang selamat balik rumah dari kerja, pernah tak korang ucap alhamdulillah, selamat aku sampai rumah! atau, besoknya bila dah sampai ofis, korang ucap alhamdulillah, selamat aku sampai ofis! atau, bila balik dari lunch, korang ucap, alhamdulillah, kenyang perut aku rezeki allah bagi. kahkahkah! aku rasa korang tak pernah, tapi tak taulah....

jadi, aku nak bagitau korang, betapa korang ni semua sebenarnya jarang-jarang bersyukur dengan apa yang allah bagi! jangan pulak bila korang selesai rompak rumah orang korang ucap pada allah, alhamdulillah selamat aku tak kena tangkap! itu nak mampos, bangang!

kadang-kadang aku terfikir... dulu nenek moyang kita hidup sederhana! ada tanah, ada kebun, itu dah kira mewah! sekarang, anak-anak muda bangsa melayu beragama islam, bukan sekadar mengimpikan kebun! untuk diorang tu, ada duit, kalau dah mak bapak super rich, buat apa mintak kebun, baik beli ferrari, lamborghini! aku kagum tengok anak-anak muda melayu hari ini dah mampu bawak kereta mewah jutaan ringgit sedangkan umur tak sampai tiga puluh! hebat giler! aku dulu umur tiga puluh pun masih terkial-kial bina perniagaan tapi terlungkup jugak akhirnya! kahkahkah!

apa pun yang aku merepek ini, pokok pangkalnya atas diri korang masing-masing! tepuk dada tanya selera! aku dah tengok ramai orang kaya yang bertaraf jutawan meninggal dunia. yang diorang bawak sebagai teman hanyalah sepasang kafan putih yang tak ada jenama. tak pulak ditanamkan sekali banglo, atau kereta mewah, atau akaun bank yang beratus juta ringgit itu.

sori ek, di akhirat, semua itu tak laku! yang berharga hanyalah amalan salih!

jadi, di mana hebatnya dunia ini?!

kalau kita halusi dan bandingkan kepentingan akhirat yang kekal itu....

Saturday, December 18, 2010

korang jujur ke, tapi aku rasa tidak....

...sebab aku rasa memang korang tak jujur! seumur hidup aku, baru sekali aku melihat manusia paling jujur di dalam sejarah kehidupan! aku rasa korang sendiri jarang-jarang atau mungkin tak pernah langsung jumpa manusia paling jujur! macam mana korang nak kenal atau tau manusia yang paling jujur? bukannya ada tag pada dahi manusia tu yang bagitau kita dia tu jujur ataupun tidak!

persoalannya, macam mana aku tau aku dah jumpa manusia paling jujur? aku sendiri pun tak ada formula khusus untuk mengesan manusia jujur ini tapi satu pengalaman benar yang aku lalui masa aku sedang solat jumaat dengan anak aku si adamboy pada minggu lepas menjadikan jantung aku terhenti sekejap! sempat pulak aku renung mamat paling jujur itu sampai terganggu khusyuk solat jumaat aku yang tak berapa nak khusyuk!

malangnya, aku tak sempat nak rakam muka manusia paling jujur itu di dalam minda aku sebab aku sedang bersolat! aku sekadar melihatnya sepintas lalu....

tapi, itulah manusia paling jujur yang pernah aku temui sepanjang hidup aku!

kenapa dia?!

aku renung diri aku sendiri, dan aku tau aku taklah sejujur dia! kadang-kadang, kita tak pernah mengakui sesuatu yang kita dah buat itu kerana kita tau takkan siapa yang akan tau! (kecuali allah) jadi, kenapa perlu mengaku dengan jujur sesuatu yang tak akan diketahui orang lain yang hanya boleh mengaibkan kita. betul tak?! aku rasa korang pun sama dengan aku!

dan, aku kena akui, seumur hidup aku, di dalam solat, aku sendiri tak pernah jujur, tak pernah mengakui yang aku....

jadi, berbalik pada manusia paling jujur tadi, masuk rakaat kedua sedang imam baru saja mula membaca al-fatihah, tiba-tiba mamat jujur itu aku lihat bergegas mencelah melalui saf, dengan wajah yang serius keluar dari solat! dalam fikiran aku hanya satu, gerenti mamat ni terkentut! betul tak? dan, gerenti dia blah punya! dan, belum habis tahyat akhir, mamat paling jujur itu aku lihat mengangkat takbir semula di saf aku selang enam orang yang lain sebab kebiasaan aku memang suka bersolat di saf belakang.

o my god!?! terus berdetik dalam hati aku, jujurnya kau ni, bro! kalau aku, aku teruskan aje solat, nak ngaku terkentut sori la! batal pun batallah! minggu depan ada solat jumaat lagi! (kalau sempat aku solat lagi) kalau tak pun, just teruskan solat, pura-pura aje, sebab malu giler nak ngaku terkentut dalam solat ni di mana pernah beberapa kali insiden ini berlaku dan aku dengan wajah selamba meneruskan solat walaupun aku tau solat aku itu tak lagi sah!

so, pernah tak korang terkentut dalam solat? (maksud aku sewaktu solat berjemaah di masjid) kalau solat kat rumah tu tak kira, ek! takkan tak pernah, kut? kencinglah tu! dan, berapa kali pulak korang sanggup mengaku secara terhormat yang korang dah pun terkentut. boooot!

dan, hari ini aku mengakui aku taklah jujur sebagaimana mamat itu....

korang macam mana?!

aku sempat tatap wajah mamat tadi tu sewaktu selesai aku bagi salam dan dia pula bingkas untuk menggantikan rakaatnya yang tertinggal dengan wajah penuh selamba... penuh kejujuran....

aku telan liur dan malu pada diri aku sendiri sebab untuk jujur mengakui perkara sekecil itu pun aku tak berani....

Thursday, December 16, 2010

bayi-bayi yang bersorak....

...tak macam aku yang pening memikirkan pancaroba kehidupan dunia yang penuh dugaan! sampai nak menulis novel baru pun tak ada mood! bini aku dah jenuh bertanya, bila aku nak buat novel baru! aku jawab, nantilah! tengah tak ada idea lagi ni! bini aku mendengus, benganglah tu! maunya tak bengang, dah masuk tiga tahun aku tak ada novel baru!

tak senang nak jadi macam aku ni! tulis cerita dalam novel, tapi kehidupan sendiri pun dah macam cerita dalam novel! aku kena banyak merenung, kena banyak berfikir dan kena banyak bersabar! lagipun, bukan semua orang pun yang suka aku! yang benci pulak tu aku rasa mungkin lebih ramai dari yang suka! biasalah, nik aziz pun tak semua orang suka! nabi muhammad pun ramai yang benci! aku ni siapalah, bukannya hebat sangat pun! tulis novel memang dah berlambak, tapi... mana pernah menang anugerah! maknanya, taklah hebat sangat pun, kan?!

aku terfikir, manusia ni apa sebenarnya? kenapa ada benci? kenapa ada dendam? kenapa ada cinta, kenapa ada sayang?! kenapa manusia tak sayang-menyayang aje satu dunia ni, kan aman?! tak ada perang! tak ada mahkamah untuk mengadili siapa benar siapa salah!

kalaulah macam tu, huh, bukan dunialah namanya! itu dah kira syurga! baghal!!!

sebab kita semua hidup dalam dunialah ada semua benda-benda macam tu! aku sendiri lalui jatuh bangun dalam hidup! susah senang dan suka duka! kadang-kadang tu, apa yang kita rancang, kita harap, tak jadi! apa yang kita mintak dielakkan, menjadilah pulak!

kadang-kadang tu aku terfikir alangkah bertuah bayi-bayi yang dibuang sampai mati! betapa beruntung bayi yang digilis kereta sampai hancur kepala! betapa indahnya bayi yang disumbat dalam lubang jamban! betapa nikmatnya bayi yang dihumban ke sungai sampai mayat terapung.

aku nak tanya korang, bila kali pertama korang mengingati kisah silam korang? korang ingat ke apa yang korang lalui masa korang bayi? korang pernah ke nampak, atau dengar, atau rasa lapar masa umur korang di bawah usia enam bulan? aku tak rasa pun aku ingat apa yang aku buat masa aku bayi dulu! aku tak pernah pun ingat macam mana mak aku cium pipi aku! aku tak dengar pun bila aku menangis lapar nak susu? aku tak ingat pun siapa yang dukung dan dodoi aku masa aku bayi! aku tak rasa pun aku sakit demam! aku tak ingat pun kesakitan bontot aku dicucuk doktor! maknanya, bayi-bayi yang dah mati itu tak rasa sakit dan tak sedar apa pun walaupun kepalanya digilis kereta! tau-tau, malaikat turun dari langit, bawak terbang ke syurga! ha? tak ke best? kalau aku taulah nikmat mati waktu bayi dimasukkan terus ke syurga tanpa hisab, aku pun nak mampos time aku bayi dulu! aku tak kisahlah kalau mak bapak aku campak aku kat dalam sungai! bukannya aku rasa sakit pun! yang aku tau, aku dah sampai ke syurga! itu janji allah!

aku kalau tau begini payah hidup di dunia dengan pancaroba dan dugaan, aku akan pilih untuk mati masa bayi, tak kira dengan apa cara sekalipun! hehe! tapi dah lambat! dah jauh sangat aku lalui kehidupan ini! dan, setiap perbuatan aku baik atau buruk akan dihitung! sorry lah ek encik ahadiat!

dan korang pun sama! korang pun dah baligh! setiap perbuatan korang akan ditulis dan dicatat dan diberi markah! nak mintak mati waktu-waktu begini, takutlah pulak! banyak benda yang allah suruh... aku tinggalkan! lainlah kalau bahu kanan aku ni berat dari yang kiri! takde maknanya! yang aku rasa, banyak benda yang aku nak kena perbetulkan! banyak benda yang dah aku tinggalkan apa yang allah suruh buat! so, nak mati waktu gini? no! no! ya, allah nanti dulu! bagi aku peluang untuk aku perbetulkan kesalahan! lepas tu nanti, kau cabutlah nyawa aku ni!

korang pun renung-renungkanlah! kalau korang diamanahkan memegang kuasa pemutus, hati-hati, jangan sampai keputusan korang itu memudaratkan orang lain! itu aniaya namanya! besar dosanya dan payah nak perbetulkannya!

aku pun sama, sambil ingatkan korang ingatkan diri aku ni sendiri! biarlah aku berdosa dengan allah daripada berdosa dengan orang! allah ni senang nak mintak maaf sebab dia maha pengampun! nak cari allah pun senang, ambik wuduk, bentang sejadah, solat, panjatkan doa dia dengarlah apa juga masalah dan luahan jiwa! dengan orang mana boleh macam tu! walaupun gadget dan teknologi dah canggih, tapi mana boleh berhubung dengan manusia hanya dengan ambik wuduk dan bentang sejadah! walaupun dah ada internet, dah ada facebook, korang ingat senang ke korang nak berhubung terus dengan orang yang dah 30 tahun terpisah! atau, orang yang dah mati! secanggih mana pun teknologi, mustahil untuk korang berhubung dengan orang yang dah mati! apatah lagi, kalau korang ada dosa dengannnya! tapi, dengan allah, tak perlu teknologi, tak perlu internet, tak perlu facebook atau twitter, cukup dengan wuduk, sejadah, solat dan tadahkan tangan ke langit, allah terus connected bila-bila masa saja!

pejam mata dan renungkan....

nun kat atas langit, di syurga indah sana, bayi-bayi yang dah mati dihumban mak bapak bersorak keriangan sebab mereka tak perlu melalui pancaraoba dunia....

syoklah korang wahai bayi-bayi semua....

hai, sihat semua?!

...heiyoo! pe kabar! lama ek aku tak update blog! tak tau nak merepek apa sebenarnya! tadi aku pergi hukm, biasalah, buat routine check up gout aku! teringat masa aku terlantar sakit dulu! huh! tobat! tak nak masuk wad dah! tapi, kalau korang nak rasa insaf, lawatlah hospital! lawatlah kubur! kalau nak lebih insaf, lawatlah wad ortopedik, tempat pesakit kena potong anggota! masa tulah korang rasa beruntung sebab ada kaki, ada tangan, cukup sifat dan anggota!

aku termenung panjang masa tunggu nombor aku dipanggil! biasalah, sepital kerajaan, kenalah sabar sikit! masa tu aku terfikir, duit atau kesihatan? mana pilihan terbaik?! kalau duit melimpah, tapi sakit, naik kerusi roda, orang tolakkan?! atau, duit berjuta, terbaring kat katil, hidung masuk tiub, makan berak orang uruskan?! atau, hidup serba sederhana, tapi sihat walafiat? huh! soalan lumrah, kan? tapi, persoalan itulah yang bermain masa aku baca suratkhabar sambil tunggu nombor dipanggil!

korang pilih yang mana?

dulu, (masa muda remaja) aku pilih nak hidup kaya duit melimpah! sebab, dulu aku sihat! sebab, dulu aku muda! aku tak rasa yang aku akan terlantar dan jatuh sakit! kena papah dan makan disuap, berak ditampung dalam lampin!

sekarang, (masa dah tua ni) aku pilih untuk sihat walafiat! kaya pilihan kedua! biarlah hidup sederhana, tapi sihat tubuh badan!

macam cibai, kan! betapa tamaknya aku baru aku perasan! kenapa dulu masa aku muda remaja aku tak pilih hidup sihat, gaya sederhana, asalkan jiwa tenang? kenapa aku mintak untuk jadi kaya-raya? pakai kereta mewah, rumah besar bertingkat-tingkat! dan, aku dapat semua itu! allah kabulkan permintaan aku! aku pernah rasa hidup mewah, berkereta sport sana-sini!

tapi, akhirnya mana semua kemewahan aku tu? ha, ini yang korang nak kena tau! hampeh! hilang semua! sebab, aku tak ingat pun betapa besar kuasa allah! kalau allah nak bagi kaya, kun fayakun, korang kaya! kalau dia nak miskinkan korang, kun fayakun, korang terus jatuh miskin! hebat gila, kan?!

dan, sementara bini aku berdengkur kat sebelah aku sambil temankan aku ke hospital, aku terus termenung! merenungi kehidupan aku yang lampau! aku kurang bersyukur! aku kurang melihat orang-orang sakit di hospital! tapi, hari ini, aku dapat melihat pelbagai jenis manusia yang punyai pelbagai macam penyakit! yang wajah-wajah mereka kosong dan hampa! yang semestinya mengimpikan kehidupan yang sihat! main bola macam orang lain! berlari macam orang yang ada kaki! melompat tak perlu diusung dengan kerusi roda! dan, wajah-wajah mereka penuh tersirat kisah silam sebagaimana aku yang merenung apa yang aku lalui sebelumnya!

dan, aku terus panjatkan kesyukuran, kerana allah belum panggil aku untuk pulang menemui-nya! bermakna, esok ada lagi masa untuk aku perbaiki kehidupan!

syukur, alhamdulillah! semoga, esok aku berpeluang untuk melihat lagi senyuman mentari!