Fish

Tuesday, March 18, 2014

mana hilang tiga tujuh kosong?!

...entah?!  yang aku nampak rakyat malaysia 'hilang' bodoh.  ramai yang tetiba jadi pandai.  jadi pakar.  apa yang pasti, aku tengok lewat seminggu ni ramai pakar berbicara, tu belum kira cnn, bbc, phd, mh, dr, ustaz, nujum, bomoh dan pelbagai pelosok manusia bercerita pasal pesawat yang hilang tak ditemui ini.

tetiba pulak tu, perkataan transponder, awacs, pulau perak, emas hitam, crimea, argur, bomoh vip, teropong, bubu, tikar terbang dan banyak lagi yang korang boleh suka hati tambah di sini.

sana-sini #pray4mh370 menjadi ayat paling lazim... malah budak kecik pun disuruh menyebutnya di dalam wawancara tv sebagai rasa simpati....

ramai gak kengkawan yang duduk sembang minum teh tanyakan aku pasal hal ni.  aku senyum jer, sebabnya aku manalah tau hilangnya pesawat tu?  aku bukan pakar!  aku bukan james bond, aku bukan perisik negara. aku tak retilah nak citer pasal koordinat, pasal koridor selatan, koridor utara bagai, pasal diego garcia dan yang berkaitan dengan laluan udara serta pangkalan tentera semua ni.  itu pun aku terdengar wawancara kawan aku yang jugak senior di vi, dato' capt nik bercerita pasal pengalamannya puluhan tahun menjadi pilot mas.  tak pulak dia bagitau yang dia tau mana hilangnya mh370.  dia sendiri kata dia bingung dengan misteri kehilangan sebegini.  dia yang banyak pengalaman pun buntu.  dia tak berani bagi kenyataan sebab dia tak pasti.  

yang heran tu, macam cendawan tumbuh 'pakar-pakar' serta bijjak pandai yang tetiba saja jadi tau (bukan sekadar tau tapi cukup arif) mengenai dunia aviation ni.  mereka yang terer pulak tu bukan pakar bidang, tapi entah sesiapa?!  kalau ada pun aku ikut perkembangan mh370 ni pun sekitar tiga hari pertama saja. kemudian aku jadi hambar nak tahu.  selepas banyak sangat pakar-pakar tulis dalam blog, fb, dan sebagainya.  aku jadi nyanyuk sebab bini aku, anak-anak aku, kawan aku, mak aku, ramai gaklah, tanya kat aku macamlah aku tau.  semua ni akibat baca blog, baca status fb, banyak sangat tengok tv dengar berita dan sebagainya.  informasi masuk mencurah-curah, teori macam thesis phd, hujan tak jugak mencurah...  tetap kemarau, mujur pembenihan awan dilakukan turunlah sikit menyejukkan bumi ni, sambil sejukkan sedikit nyanyuk aku.  hahaha.

info dan teori konspirasi tentang mh370 semakin menjadi-jadi, pakar-pakar bagai cendawan lepas hujan, namun jawapan pasti masihtetap kabur.  

kalaulah diorang ni terer, rasanya lama dah mh370 ditemui.  

bagi aku, semua ini bukan urusan aku yang kerdil.  bukan aku tak prihatin.  bukan aku tak amek kisah.  tapi, siapa aku untuk membuat kesimpulan.  dan aku tak nak jadi penglipur lara yang bukak fb, bukak blog lepas tu bangga cerita kat kawan-kawan kononnya dia terer.  aku tak perlukan like berjuta.  aku hanya memikirkan, kalaulah aku berada di dalam mh370... sempat tak aku mengucap, sempat tak aku kumpul pahala untuk bekalan pulang?  bagaimana perasan anak bini di rumah, sanak saudara dan rakan taulan... andai mayat aku tak ditemui....

jadinya, yang terbaik untuk aku hanyalah berdoa yang terbaik dan jadikan iktibar ini sebagai satu pedoman sambil bersyukur ianya tak berlaku pada diri aku sendiri....

Tuesday, January 21, 2014

huh... lega no....

...setelah melihat beberapa kematian dan jenazah, serta membaca puluhan kes pembunuhan dan kemalangan ngeri jalanraya, juga menonton tv berita kemusnahan dan kemudaratan yang berlaku di negara luar, peperangan dan kehilangan sanak saudara... semua perkara ini tak berlaku pada aku!

lega no!!!

alhamdulillah syukur pada allah yang menjauhkan aku dari perkara begini, nauzubillah!

aku harap aku akan terus sihat, selepas 2009 aku disumbat ke dalam wad kelas tiga hukm sebab gout melampau.

masa tu jugak aku tergolek kalah kes mahkamah nafkah anak sebab aku bak kata yang arif tu bapak yang tak bertanggungjawab sebab tau buat anak tapi tak tau bagi makan anak.  huk aloh!

aku laki bini rasa daif dan aib tak tau mana nak sorok muka bila keluar orang semua pandang sinis, sebab baca pasal aku kat suratkhabar.

aku memang patut dihukum sebab aku ni bukannya baik sangat pun.  padan muka.  kahkahkah.

masa tu, aku duduk termenung.  iyalah, apa lagi nak buat.  duit ciput, hutang keliling pinggang, masa tulah teringat nama allah.  masa tulah sebut nama allah.  masa tulah mintak pada allah.  masa tu jugaklah, siang malam pohon allah buat magic, kun fayakun, ubah nasib aku.

alhamdulillah, aku dapat loloskan diri daripada kemelut perit itu selepas allah buat magic.  magic yang allah selalu buat bilamana dia suka nak buat.  allah kalau nak buat magic tak payah susah payah, kun fayakun, maka jadilah ia.  pendek kata, aku berjaya merangkak keluar dari penderitaan itu dan bersyukur seadanya. rumahtangga tak goyah, malah bertambah kukuh sebab aku dan bini aku tau apa erti keperitan dan faham erti cinta sejati yang mampu menjadikan segala yang mustahil menjadi tak mustahil.

dan, aku bersyukur seadanya walaupun kehidupan biasa-biasa aje.  itulah yang terbaik kerana itulah yang allah anugerahkan.  takut kalau allah magickan aku jadi juta-jutawan, aku jadi lain pulak.  jadi riak dan takbur, maka apa yang aku perolehi sekarang ini jauh lebih baik semasa aku jatuh tergolek sebelumnya.

apa lagi yang aku mau selain bersyukur di atas segala nikmatnya....

korang tau tak... selain daripada semua yang di atas, ada sesuatu yang sangat aku inginkan ianya terjadi tapi sehingga kini masih belum jadi realiti.  dan aku nak sangat ianya terjadi....

aik korang pun nak tau jugak.  hahhahhah!

sebenarnya... aku nak sangat rasa kawin dua.  bini aku akan dapat madu.  kat akhirat nanti bergaya dengan payung emas.  antara kebaikan kawin dua ni... boleh tolong dia kat dapur.  boleh ringankan beban kerja dia. taklah dia penat setiap malam jumaat.  asal pagi jumaat aku tengok bukan main serabai bini aku tu lepas malamnya sama-sama bina pahala.  aku kesian tengok bini aku tu.  niat aku baik.  untuk kebaikan dia jugak. korang nampak tak point aku nak kawin dua.

aku dapat bayangkan betapa bahagia rumahtangga aku nanti.  tahun pertama balik padang rengas, perak balik rumah bini aku, bawak bini muda sekali, raya sama-sama dengan mak bapak mertua.  tahun kedua, bini aku pulak balik kampung bini muda, beraya sama-sama mak bapak mertua yang kedua.

masa tu bini muda aku sedang sarat mengandung, bini tua aku tolong bagi tips dan petua-petua untuk menghadapi saat bersalin.  korang bayangkan, betapa indahnya dunia ini.  melihat kedua bini aku itu saling berkerjasama di antara madu.

lepas bersalin, bini tua aku akan ajar bini muda aku itu tips-tips penjagaan anak pulak.  mereka sama-sama membesarkan bayi comel itu sehinggalah dia pandai bertatih dan bini muda aku mengandung lagi anak kedua dan begitulah seterusnya sehingga dapat tiga orang anak.  stop!

di sinilah aku tegakkan keadilan.  oleh kerana bini tua aku ada tiga anak, bini muda aku pun hanya boleh ada tiga anak saja.  nampak tak permainan aku?  nampak keadilan aku?  ada nampak masalah?  tak ada, kan?! siapa kata kalau aku kawin dua akan timbul masalah?  siapa yang cakap?

yang paling aku terharu, bini tua aku dari mula aku nikah, menyarankan agar kami semua tinggal serumah. dua tiga kali jugak aku berdebat untuk cari rumah lain tapi bini tua aku tu tetap tegas dengan pendiriannya untuk kami semua tinggal sebumbung sampailah aku mengalah.  aku pulak yang rasa janggal.  iyalah, bila tiba masa giliran bini muda, aku rasa malulah pulak nak masuk bilik bini muda yang jaraknya hanya bersebelahan bilik bini tua aku itu sambil bini tua aku jeling-jeling sambil ketap bibir.  aku terbayangkan gurisan pada hatinya.  tapi itu masa mula-mula nak melangkah masuk bilik aje, tapi bila dah kunci pintu, lampu dah padam... terlupa kejap macam mana rupa bini tua aku tu.

esok malamnya bila tiba giliran bini tua, aku minta izin rehat sebab malam semalamnya aku dah kerja keras. bini tua aku tu okey aje.  nampak tak keindahannya?!  aku dapat kurangkan beban tanggungan bini tua aku itu.  kalau tak, dialah jadi mangsa asal aje hujan turun.  asal aje malam jumaat.  asal aje adik bangun.  asal aje kulit bergesel.  asal aje dia lepas mandi bau sabun.  asal aje dia lepas gunting rambut.  asal aje dia....

'aik lama tak bukak komputer, tulis novel baru ke?'

'er....'  aku tersentap.  'taklah tulis... ak ah... tulis novel baru.' cover line tak nak bini aku tu tau yang aku update blog.

'apa tajuk?!'  bini aku tersengih dengan mulutnya comot durian sambil mengunyah enak.

'er....'  aku nak kawin dua!!!!  tapi apa yang aku jawab.  'allah dan magic-nya!'

'wah!  islamic-nya novel baru awak ni!'

'hm... agaklah!'

'apsal awak ni gabra kera?'

'er... t-tengah gagau cari idea!'

'citer pasal apa?'

'er... p-pasal h-hero memohon magic allah!'

'hm... menarik!'

'tak jugak!'

'kenapa pulak?'

'allah tak munculkan magic-nya!'

'laa... kesianlah hero tu!'

'hm... memang kesian... apa nak buat... allah tak perkenankan magic-nya kali ini!

'hm... great story!'  bini aku datang dekat, cium pipi aku.  'all the best!'  terus berlalu nak hidupkan mesin basuh.

aku terhidu-hidu, rasa mual nak muntah, ada rasa melekit yang tajam, rasanya pipi aku ni ada bau durian.

cis....

aku berlari ke sinki.  sambil bilas pipi aku tertanya-tanya... rasanya allah takkan buat magic kali ini....

hm... hampeh!!!

Sunday, May 12, 2013

selamat hari ibu, wak....

'selamat aje?  hadiah tak ada?!'
'malam la!  takkan siang-siang!'
'hm... asyik tu aje... tak nak arr!  asal hari jadi, hari ibu, hari raya, hari guru... hari peladang... hari apa lagi.... asal ada hari istimewa.... asyik hadiah tu aje, jemulah!'
aku ketawa.  ketawa sepuas-puasnya.  'malam ni ada style paling baru!  hari ibu spesel!  awak nak saya ikat reben warna apa?  bagitau aje!'
'tak nak arr!  saya letih!'
'awak tau tak, kalau saya offer kat pompuan lain, berderet nak, beratur pun diorang sanggup, awak tau tak?'
'hm....'
'kalau awak dah letih sangat, dah tak sanggup lagi... saya bawakkan borang untuk awak sain!'
'hm, itu ajelah modal awak!'
aku ketawa.  'kalaulah islam benarkan pompuan kawin lebih dari satu, saya tak kisah!  saya sain borang poligami untuk awak!'
'hm, cakap senanglah, cuba kalau betul-betul... boleh ke?!'
'lagilah bagus!  boleh saya keluar!  lepak dengan kawan-kawan senasib!'

tajam mata bini aku merenung.  mencebik....

aku ketawa.  'tak payah nak layan awak tiap-tiap malam!'
'hm, cakap bolehlah!'
'saya call romai... ajak lepak!'
'romai pun bermadu jugak ke?!'
'biasalah!  romai lagi teruk... bini dia kawin tiga!'
'saya pun kawin tiga, ada peluang aje, tak bagi chance... saya kawin empat terus!'

amboi bini aku!  marahlah tu!  aku ketawa.  terbayangkan senario itu.  bila jumpa romai atau kawan-kawan senasib yang bermadu, mungkin beginilah perbualan kitorang agaknya....

'mai malam ni lepak!'
'okey, bini aku pun balik umah laki nombor dua dia!'
'ajak roi sekali!'
'tak boleh, malam ni turn roi!'
'yelah lupa!  er siapa lagi yang free?!'
'nawi free!  dia aje yang madu empat!'
'eh bukan dia aje... aku dengar kamil pun dah madu empat sekarang!'
'ha?  serius?!'
'aku dengar madu kamil umur baru lapan belas!'
'la, baru lepas spm... boleh ke tahan?  jagung muda sangat tu!  baru usik sure terpancut!'

berdekah-dekah kami ketawa!

'entahlah!  so, macam mana malam ni?'
'aku on aje!  nanti try tanya jim kalau dia nak join!'
'jim apa hal pulak?'
'jim pun aku dengar bini dia kawin kat siam, tapi tak sure lagi.  jim tengah investigate lagi tu!'
'hm, okeylah, ajak jim lepak.  kalau sah, bolehlah join club kita!'
'hm, okey... nanti aku set dengan diorang!'
'okey!  apa-apa hal kita jumpa malam ni tempat biasa!'
'orait!'

entah dari mana datangnya... suara itu pulak yang pecah.

'saya serius ni wak!"
'amende?  nak kawin empat?!'
'hisy!  merepeklah!  mana hadiah saya ni?'
'hm tak sabar!  ha, jom la!  saya on aje, siang pun okey!'
'saya tak nak yang tu!'
'habis tu?!'
'saya nak samsung s4!'

aku tepuk dahi!  yang ni berat sikit, tapi kalau yang tu... sekarang pun boleh....

'boleh tak?'
'hm... okeylah!'

bini aku sengih panjang!

aku pun sengih panjang sebab islam tak benarkan isteri kawin lebih dari satu....

hahahahaha!  kalaulah boleh, tak ke haru?!




apa kau merepek ni?

'tarak merepek, saya bapak jugak itu macam cakap!'
'jangan main-main cakap loh....'
'itu pasal saya lumbu tarak makan!  saya bapak cakap itu saya punya tuhan!'

mat telan liur, tak nak cakap apa-apa!  ah seng sekadar garu kepala!  bingung!

'manyak pining kapla wo, lu malayu babi tala makan, lu india, lumbu tala makan... saya cina... apa lancau semua makan!'
'orang islam tak boleh makan babi la seng, haram.  nanti masuk neraka!'
'itu neraka api banyak besar kan?'  muthu telan liur.  'saya amak kawan melayu jugak ada cakap!'
'ya la!  kita melayu banyak takut masuk neraka, kita melayu tak boleh tipu, nanti lidah kena potong, kalau curi, tangan kena potong... huh, ayah aku selalu cakap macam tu... aku takut!'
'chi sin!'
'saya nasib ada baik jugak saya hindu, saya islam kalu... saya lidah sudah habis!'
'apa pasal?'
'saya banyak kali tipu saya punya amak... ini hari pun saya ada tipu, sekolah tarak pigi sini mandi sungai jugak!'
'rugilah kau muthu, kalau kau islam bolehlah kau makan lembu... masa raya mak aku masak daging rendang, sedap woo!  kau tak caya, kau tanyalah ah seng!  betul tak seng?''
'hu, ho... liau, manyak syiouk woo!'

muthu telan liur. terliur....

'haiya, lu liam-liam makan loh, lu amak mana tau punya?!'
'cit... lu gila ka dei... lu berani... lu makan la lu punya tuhan!'
'chi sin!'

masing-masing diam, kelu... buntu....

'dei makanlah dei... ini saya bini jugak masak, banyak sedap la dei!'
mat gelak.  'wa sekarang kau dah makan rendang daging eh muthu, amacam... power tak?'
'sehingga menjilat jari la dei!'
'wa ingat ah, kalau satu kali lu kasi tly masak itu babi punya lendang pun mesti banyak syiouk woo!'
'cit, babi haram la dei!'  muthu geleng kepala.
'wah... ho liau... manyak syiouk woo... lendang babi!'
muthu geleng.  'haram la dei!'
'lu manyak lugi la muthu,sikalang bak kut teh talak makan, lendang babi tak boleh makan!'
'lumbu rendang ada, ayam rendang ada... no problem!' 
'untung kau muthu, dapat bini orang perak, sedap rendang tok bini kau masak!  kat kl tu, time bulan puasa, kau tau berapa harga rendang tok sekilo?  pergh, jerut leher!'
'haiya, lu kaya punya olang pun ala kila ka?  chi sin punya malayu!'

mat ketawa.  muthu menggeleng.

'ini hamsap punya malayu.  bini ala tiga, tio nama!  macam lumbu ooo, manyak kuat seks!'
'aku macam lembu tak pa seng, jangan perangai macam babi!'
'tionama... lu la babi... latang wa punya club, gro cina, rusia semua lu kasi hantam... hali-hali enjoy, yam seng!'
'helo seng, saya bawak client ma, mau kasi entertain, kalau tak entertain, macam mana boleh dapat projek.  haiya!'  
'itu pasai wa cakap lu manyak babi punya malayu....'  ah seng ketawa.

mat ketawa dan muthu sekadar menggeleng.

'ini malayu sikalang manyak eksyen woo... luit ala manyak, plojek ala manyak... bini ala manyak....'
'mana ada banyak seng... tiga aje!'
'bini ala tiga, gro ala tiga puluh!  hali-hali yam seng!'
'syyy.... nanti muthu marah aku la seng!  apalah kau ni?!'
'saya tarak marah punya... tapi allah jugak ada marah!'  muthu sengih.  'islam tarak boleh makan babi, tarak boleh makan rasuah, tarak boleh makan orang punya harta... tak boleh zina... saya neraka jugak ada takut mau masuk!  saya hari-hari jugak, saya bini kasi ajar itu quran baca... alhamdulillah, saya quran jugak ada khatam!'  muthu senyum.  'saya mau masuk syurga, saya banyak takut masuk itu neraka!'

mat telan liur.  ah seng buat-buat garu kepala.  masing-masing diam merenung arah berlainan. puluhan tahun berlalu, masing-masing ada destinasi sendiri.  namun, persahabatan masih utuh bertali, tak terputus lagi.

setelah lama berdiam, akhirnya ah seng tersengih.  'ini hali manyak panas woo,  sulah lama kita talak mandi sungai!'
mat sekadar tersengih!  'sungai kat kl ni pun dah tak ada la seng!'
'bukan tak de la dei... sudah tercemar!'

mat diam merenung dalam kata-kata muthu yang baginya tajam menusuk itu.  islam bukan tak de la dei...sudah tercemar....

ah seng tergaru-garu cuba mengingati kalau ada sungai yang jernih di kl ini.

muthu sekadar tersengih tanpa mengetahui mat terpukul dengan kata-kata terakhirnya itu yang tak langsung bermaksud apa-apa....

akhirnya, ah seng tersenyum girang sambil memetik jari.  'haiya, sunway lagoon ma!'

hahahahahahahahaha!


Thursday, May 9, 2013

apsal kau risau?

'maunya tak risau... ptptn aku tak bayar lagi!'
'ala. relax arr, bukan kau sorang!  beratus ribu orang tak bayar!'
'kau cakap senanglah, aku nak pergi golok beli toto pun tak lepas!  pasport aku kena tahan!'

munah garu kepala!

'selagi aku tak bayar ptptn, pasport aku kena tahan, aku tak boleh keluar negara!'
'musykil gak aku ni?!'
'kenapa?  kau pun tak bayar ptptn ke, hm... bersedialah kau untuk tak boleh keluar negara!'
'bos aku pinjam berjuta ringgit... tak bayar pun, surat lawyer dah berlambak dah... sekarang dah tukar nama company... tiap-tiap bulan keluar oversea... okey aje!'
'hm... patutnya aku tak buat pinjaman ptptn, baik aku buat pinjaman berjuta ringgit aje, kan?'

munah korek hidung.  'hm, patutlah kau tak lepas diploma kau tu!'

lu sure ke bro?

'eh sure la!'
'kita bukan islam punya orang tak de kena?'
'tak kena punyer!  gerenti!'
'kalau kita main sama itu melayu punya perempuan?'
'lu lepaslah!  itu melayu punya perempuan kena sebat seratus kali!'
'wa itu macam ah? mana ada adil ma?"
'itu hudud untuk islam aje ma!'
'o itu macam ke?  itu sebab mana ada adil?'
'apa pasal?'
'itu melayu bukan islam ma, sudah masuk kristian....'

mamat garu kepala tak tau nak jawab apa pada ah seng!

kata kejap... subuh baru balik....

'memang aku nak balik cepat, dah jem teruk... kereta tak boleh gerak... macam mana?'
'dah tau kenapa abang pergi jugak?'
'eh... aku nak luahkan kemarahan aku!'
'dah luah ke bang?'
'dahlah... kau tanyalah siapa pun, suara aku paling kuat menjerit!'
'habis semua abang luah?'
'habis!  semua aku sebut.  tol, petrol, ptptn, aes... semualah!'
'maknanya... sekarang abang dah tak marah lagilah?'
'marah lagi!'
'kata dah habis luah?  takkan masih marah?"
'jalan jem teruk.  cibai betul!  elok-elok nak balik awal, subuh aku sampai!  barua!'

bini garu kepala!