Wednesday, July 28, 2010

bandanna putih pada pancang....

...memang jarang sangat aku nak jumpa! ada pun sekali-sekala itu pun tak tentu masa! korang pun aku rasa jarang jumpa bandanna putih pada pancang ni, kan?

pagi tadi aku hantar dua anak pompuan aku pergi sekolah kat lee rubber! ikut jalan taman ibu kota, dan aku ternampak bandanna putih pada pancang yang dipacak depan simpang! terus hati aku berdetik kencang! siapa? lelaki ke pompuan? umur berapa? aku kenal ke? sebab apa? pelbagai persoalan bermain dalam kepala! terus teringat pesan arwah abah, ucap dalam hati dengan penuh keinsafan: innalillahiwainna ilaihirojiun! daripada tanah kita dijadikan, kepada tanah kita dikembalikan!

dari aku kecik dulu lagi, dah jadi trend orang melayu, kain putih (bandanna putih) yang diikat pada pancang kayu dijadikan tanda bahawa ada kematian di kawasan persekitaran! jadi, setiap kali kalau aku nampak aje kain putih yang diikatkan pada pancang kayu ini, dan diletakkan di kepala simpang, aku akan bergegas balik ke rumah bagitau nenek bahawa ada kematian!

dan , pagi tadi, aku terlihat lagi bandanna putih pada pancang ini di satu simpang. aku tau, itu tanda adanya satu kematian. aku cuba bayangkan apa yang sedang dilalui si empunya bandanna putih pada pancang itu. apa yang telah dilaluinya sepanjang hidup di dunia! mak ai! telan liur pun rasa pahit sangat pagi tu! teringat lagi kata-kata arwah abah, sunat untuk kita mengingati mati! sebab, kalau kita mengingati mati (sesuatu yang pasti akan kita tempuhi) akan menjadikan kita selalu insaf! bagi aku, kehidupan seumpama kaset yang dimainkan! tak taulah kalau korang tak kenal kaset tu apa! tapi, zaman aku dulu, kaset ni aku boleh rewind kalau aku nak dengar sesuatu lagu yang aku suka! kalau aku suka sangat lagu tu, akan banyak kalilah aku rewind dan rewind untuk memainkannya! pernah jugak sampai putus kaset tu aku rewind dan sambung dengan selotep aje! hehe! tak macam cd yang kita tekan nombor aje, lagu yang kita suka terus berkumandang! jadi, bagi aku, kehidupan ini umpama kaset! kita boleh rewind apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup!

cakap pasal mati ni, memang ngeri bro! berapa banyak dah bekalan amalan untuk kau bawak balik jumpa allah nanti? kalau salah dengan allah, senang je, minta maaf dengan allah, sure settle! banyak cara ada! balik pangkal jalan, ikut sunah rasulullah, patuh rukun islam, insya-allah selamat! tambah pulak dengan sembahyang tahajud, doa, ratib, zikir, sedekah, semua ni boleh reduce dosa korang dengan allah! paling tak pun korang tobat nasuha aje, berhenti serta-merta melakukan kekejian yang korang dah buat tu, janji jangan ulang perbuatan keji korang tu, berusaha untuk jadi lebih baik, hm, insya-allah, dosa terhapus! allah ni kan maha pengasih, lagi maha penyayang, lagi maha pengampun! hm, dari situ aje korang tau yang dengan allah ni senang nak berkira-kira, pendek kata senang deal la!

ha! yang payahnya tuan-tuan dan puan-puan, abang-kakak, bila kita ada dosa sesama manusia! aduh! macam mana korang nak mintak maap? allah pun cakap, dosa lu dengan diorang, lu deal sendiri la! siapa suruh lu fitnah dia, sapa suruh lu ambik harta dia, siapa suruh lu aniaya dia, gossip-gossip dia sampai jadi fitnah? ha, itu lu settle sendiri!

ah sudah! allah pun tak boleh tolong? macam mana ni? kalau masih hidup, bolehlah tebalkan muka jumpa siapa yang korang dah buat salah tu mintak maap! kalau korang kutuk-kutuk, keji-keji, hina-hina, usik peribadi diorang, fitnah kat blog, bolehlah korang sujud kat kaki diorang mintak maap! itu pun kalau diorang sudi maapkan! kalau tak, hm, garu kepala la jawabnya! kenalah mintak allah bukakan hati diorang untuk maapkan korang! kan ke payah! aku cukup hati-hati tulis entri kat blog ni, takut terusik peribadi orang, niaya tau, jangan main-main! tulis blog ni macam fitnah jugak kalau salah! fitnah tu dosanya punyalah besar, sama macam bunuh orang! gila apa?! kalau di malaysia ni, bunuh orang hukumnya gantung sampai mati! kalau boleh disamakan, ramai dah bloggers kena hukum gantung ni, kahkahkah! padan muka korang! tulis fitnah lagi!

kalau diorang yang korang buat salah tu dah mampos, ha, ni yang jadi masalah besar ni! masaklah korang nak cari dia kat padang masyar tu nanti, matahari pulak tu tinggi sejengkal atas kepala! yang cair kat situ pun ada, mana korang nak cari orang yang dah korang buat dosa tu! seluruh umat manusia yang pernah hidup dalam dunia ni akan berkumpul di situ, (berbillion atau mungkin trillion ramainya manusia) dan bertelanjang bulat pulak tu! ha, baiklah korang mintak maap masa korang ni hidup dan diorang yang korang niaya tu pun masih hidup lagi!

jadi, bila aku nampak aje bandanna putih pada pancang di tepi simpang itu pagi tadi, aku beristighfar panjang-panjang! aku rewind kaset aku untuk dengar semula lagu-lagu lama aku dulu, yang mana agaknya perlu aku perbaiki sebelum aku ni mati! aduh... tersekat guli kaca kat kerongkong aku bila ada jugak dalam lagu-lagu lama yang aku rewind tu, banyak benda yang aku buat tak betul! cukup ke lagi masa untuk aku tukar lagu tu?!

bila aku balik, aku terus naik bilik! dan tidur! mata terpejam, tapi fikiran aku terus saja berlegar-legar! aku letakkan diri aku di tempat empunya bandanna putih pada pancang di simpang itu tadi!

....aku terbaring kaku di ruang tamu, nampak samar-samar sebab nasib baiklah bini aku taruk kain batik lepas yang nipis! dari malam lagi jenazah aku tiba, bini aku tak henti-henti nangis, mujur diselang-selikan dengan bacaan yasin dan surah dari al-quran! empat anak-anak aku pun ada duduk kat sisi aku, mata dah bengkak merah, ha, baru tau bila aku dah tak ada! masa aku hidup dulu degil jugak, nasib baiklah semua dah pandai mengaji! sejuk sikit aku rasakan bila terdengar suara anak-anak membaca yasin, surah ar-rohman dan surah-surah lainnya!

bila tiba rombongan dari surau, makin rancak tahlil dan surah yasin dibacakan 'hadiah' untuk aku! bagus-bagus! sure semua ni bini aku yang arrange-kan! semakin sejuk hati ni bila geng-geng lama, adik-beradik dan sanak-saudara ramai yang datang, sedekah fatihah dan sebagainya. semua kata aku ni baik! ye ke? ada jugak geng yang bagitau jumpa aku last sekali beberapa hari lepas pekena teh tarik aku nampak sihat je, tiba-tiba aje dah mati! hello bro, kan ajal tu allah yang tentukan! aku pun tak sangka! lagu lama banyak yang aku belum tukar lagi! adush! masak ni!

tau-tau aku dah diangkat dan diletakkan di atas tempat mandi jenazah! canggih betul! diperbuat dari besi, ada saluran air untuk keluar, hm, bagus! taklah sememeh lantai bilik mandi. kalau masa aku kanak-kanak dulu, bukan main susah nak mandikan jenazah ni, tak macam sekarang, segalanya dipermudahkan!

kain putih dihamparkan pada tubuh aku yang kejang! bila air dijirus, nampaklah bentuk tubuh dan kemaluan aku dalam kesamaran! masa tu aku tak rasa malu pun! dah mampos!

'kalau boleh anak-anak lelaki, adik-beradik, yang mana sedara rapat... tolong saya mandikan jenazah ni ye, gosok dan belai dia macam kita mandikan bayi, itu lebih afdal!'

adamboy dengan mata merah tampil ke depan! aku dapat rasa dia belai rambut aku, gosokkan tangan dan kaki aku, juga tubuh aku, sebagaimana aku pernah mandikan dia masa kecik-kecik dulu! sejuknya tangan tu! macam tulah agaknya masa dia kecik-kecik dulu aku mandikan, mungkin macam tulah perasaan dia! sesekali aku dapat dengar adamboy hembus hidung, palingkan wajahnya, kesat air matanya yang menitik kat pipi! aku pun nangis jugak, tapi dia tak perasan sebab air mata aku jatuh sama-sama dengan air yang dijiruskan ke muka aku ketika itu. ya, allah, rasa macam tak nak pergi lagi! rasa macam nak tinggal lagi kat dunia ni sebab nak perbetul dan perbaiki kehidupan yang lampau. rasa tak puas aku nak tengok anak-anak dan isteri aku yang sure dah jadi balu. (adui, siapalah yang dapat bini aku ni... alahai)

si tukang mandi jenazah mintak izin dari kaum keluarga aku sebab nak bersihkan alat sulit aku! aku dapat rasa dia tonyoh torpedo aku, gegek-gesek bahagaian bawah telur aku, hm, hampeh, tak rasa apa pun, lepas tu siap jolok-jolok lubang dubur aku. cis!

'er, boleh tolong dudukkan jenazah separuh badan, tak?'

nak buat apa pulak ni? panik gak aku ni! aku dah kaku bro, tak dapat buat apa! tengok jelah apa yang diorang nak buat kat aku!

penuh hati-hati, aku dapat rasa tangan-tangan yang naikkan tubuh aku, (macam nak buat sit-up la pulak), dan adamboy pegang bahagian tengkuk aku, terketar-ketar tangan dia aku dapat rasakan.

'saya nak mintak izin, nak buangkan kalau ada sisa-sisa kotor dalam perut ye, yang ni sorang kena tolong saya, picitkan perut jenazah dan urutkan perlahan-lahan ke bawah! boleh, sesiapa?'

faisal; adik aku terus mengangguk! dia picit perut aku, huh, terasa senaknya....

'picit... kemudian tekan dan urut ke bawah!'

faisal buat apa yang disuruh.

si tukang mandi bersedia dengan tangannya yang dibalut kain putih yang basah! selepas faisal urut perut aku itu, aku dapat rasakan balance-balance cairan taik mengalir melalui dubur.

semua dapat tengok cairan coklat yang melekat pada kain putih yang membaluti tangan si tukang mandi jenazah itu.

'hm, masih kotor, kita buat lagi sampai bersih ye!'

dan, itulah tugas faisal, mengurut dan menekan perut aku sehinggalah tak ada lagi palitan coklat yang berbau busuk itu.

'hm, okey, dah tak ada, dah bersih, baringkan jenazah perlahan-lahan!'

dan, aku dibaringkan semula. dimandikan lagi, dijiruskan lagi.

'boleh panggilkan isteri dia, anak-anak pompuan yang lain!'

salah seorang daripada yang memandikan aku itu bergegas keluar! tak lama kemudian, masuklah bini aku yang masih cun lagi tu, (phuh ruginya aku, sure orang kebas bini aku....) bertudung hitam ayu, walaupun mata dah merah dan bengkak diikuti ketiga-tiga anak aku; aishah, athirah dan anisah yang turut sama merah dan bengkak mata mereka!

'ni ada tiga jenis air, saya mintak jiruskan perlahan-lahan pada jenazah, dan berdoalah apa yang patut, ye, mintak sungguh-sungguh, dari isi hati yang dalam dan suci! hm... dimulakan dengan isteri dahulu, diikuti anak-anak dan yang lain-lain....'

esakan aku dengar! panjang dan sayu, bertelingkahan satu persatu. aku cam sangat suara itu! itulah suara yang dulu aku kongsikan siang dan malam! susah dan senang sewaktu kami membesarkan anak-anak! juga, sewaktu kami dilanda masalah, dan itu jugalah suara yang memberikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan! aku cam benar suara isteri aku yang tercinta....

'awak.... s-sampai hati awak tinggalkan saya... apa saya nak buat kalau awak tak ada, siapa nak jaga saya, awak pun tau, saya ni mana boleh hidup kalau awak tak ada, semua awak yang buatkan untuk saya... maafkan saya wak, ampunkan saya, dari hujung kaki sampai hujung rambut awak maafkanlah saya... saya banyak dosa dengan awak, sayang... biarlah allah tempatkan awak kat syurga, awak tunggu saya ye... awak jangan pilih bidadari syurga yang lawa-lawa tu, tunggu saya, saya ada!'

aku tahan gelak! hm, sayang jugak bini aku ni kat aku! jealous la tu! bagus-bagus! lepas tu tibalah giliran aishah, athirah, anisah dan last sekali adamboy! semua jirus aku dengan air tiga warna itu. yang hijau bau pandan, yang keruh bau limau kasturi dan kuning bau kapur barus? eh iya ke? aku main agak-agak aje, nak tanya nanti, mau semua lari! sambil diorang jirus, diorang luahkan isi hati, mintak kemaafan dari aku sambil mendoakan kebahagiaan aku di sisi allah!

selesai sudah, isteri dan anak-anak aku yang pompuan tu diminta keluar, aku dibilas lagi! adui! berapa banyak kali proses da?! dan, akhir sekali, aku diwudukkan! basuh muka, kedua tangan, rambut, telinga dan kedua belah kaki!

selesai, aku dilap sehingga kering dan mula dikafankan!

mak ai gelaplah pulak! siap ikat lagi atas kepala aku dah macam pocong!

tau-tau aku dah dibaringkan di ruang tamu! masih kedengaran sayup-sayup bacaan yasin dan surah al-quran! imam menyarankan pada isteri dan anak-anak untuk menatap wajah aku untuk kali terakhir sebelum aku disembahyangkan! juga, untuk aku tatap mereka untuk kali terakhir. ikatan di kepala aku dileraikan, dan kain putih menutupi muka dibuka semula! mata aku masih terpejam! esakan bini aku semakin kuat kedengaran! dan, aku dapat melihat cahaya cinta daripada sebalik matanya yang kusam itu. 'i love you too, sayang!'

'air mata jangan jatuh ke muka jenazah, nanti seksa mayat!'

dua kali bini aku palingkan muka sebab air matanya berjuraian! hinggutan tubuhnya dapat aku rasakan walaupun aku terkujur kaku! kali kelima, barulah dapat ditahankan tangisan dan diciumi dahi, mata, hidung dan kedua belah pipi aku! dia mengetap bibir, tatap wajah aku dalam-dalam sambil kesat air matanya ke pipi! aku pun ketap bibir dan hanya mampu menjerit dalam hati. 'kenapa dahi, mata, hidung dan pipi aje, kucuplah mulut sekali! adui....'

selepas bini aku, giliran anak-anak, adik-beradik dan saudara terdekat sebelum wajah aku ditutup semula! adui! gelap lagi....

tibalah pula masa untuk aku akan disembahyangkan! teringat masa hidup dulu selalu tak ambik pot bila terbaca papantanda kat surau: 'sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!' ha, amek kau! hm, inilah 'hadiah terakhir' dari orang-orang tercinta sebelum aku dihantar ke tanah! keranda dah sedia untuk aku dimasukkan ke dalamnya, dibalutkan pula dengan kain rentang bertulisan: asyhaduallah ilahhaillallah, waasyhaduanna muhammadurasulullah! keranda sedia untuk dijulang anak-anak dan adik-beradik serta saudara-mara terdekat dan apabila keluar saja selangkah dari pintu rumah, fatihah dibacakan! selesai fatihah dibacakan, imam bertanya pada para hadirin: 'bagaimana dengan jenazah ini?'
'baik!'
fatihah dibaca lagi, ditanyakan juga soalan yang sama dua kali lagi dan mereka turut menjawab: 'baik!'

aku yang kat dalam keranda tertanya-tanya! iye ke aku ni baik?!

iman suruh wakil aku untuk tampil ke depan dengan ucapan lazim sebelum aku dipulangkan kepada tanah. dan, aku nampak adamboy maju ke depan sambil mengesat matanya.

'assalamualaikum semua dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi menguruskan jenazah arwah papa saya ini, dan, saya harap kalaulah ada arwah ini membuat salah, termakan atau terminum, kalau yang kecik-kecik tu, diharap dapat dihalalkan! dan, kalau ada hutang-piutang arwah, diharap dapatlah datang bertemu saya, mama atau kaum keluarga kami untuk kita berbincang menyelesaikan segalanya dengan baik! diharap jangan disimpan segala dendam atau apa saja yang terbuku di hati, biar kita mudahkan arwah untuk kembali menemui tuhannya!'

aku sebak, menangis tak henti-henti dan tak dengar lagi apa ucapan anak jantan aku tu!

dan, tanpa aku sedari, terus keranda yang berisi tubuh kaku aku dimasukkan ke dalam van jenazah. dan, semasa lalu di simpang untuk keluar dari rumah, aku ternampak bandanna putih pada pancang yang terpacak sayu memberitahu bahawa aku telah pun meninggalkan dunia yang fana ini untuk dikembalikan kepada tanah....

dan, di belakang van jenazah, kereta yang dipandu adamboy, yang di dalamnya ada ketiga-tiga anak pompuan aku serta bini aku yang memakai spek mata hitam, kelihatan macam artis baru keluar dari mahkamah syariah....

selamat tinggal semua... maafkan kesalahanku jika ada!

Monday, July 26, 2010

oh my baby....

oi, berapa umur kau ni? hah? belum cukup 18?! ha, blah! Sori ek, entri kali ni agak ganas dan biadap sikit, ada unsur-unsur ganas dan kurang ajar, hanya untuk 18sx! tak cukup umur boleh blah! Dah! Blah sekarang, pergi baca benda lain! apa? baca sambil pakai helmet?! o... sori, kali ni kalau korang baca sambil pakai helmet pun tak boleh! dah, blah!

aku tak tau apa nak bagitau korang apa perasaan aku ni sebagai bapak bila anak-anak aku sibuk cerita pasal iqraq! yang anak jantan bongsu umur enam tahun aku tu sibuk bagitau yang dia tinggal lagi sikit nak habis iqraq enam dah nak masuk quran! yang sulung dan nombor dua dah pun masuk quran cuma yang ketiga dan bongsu aje masih terkial-kial telaah iqraq!

abatasaja! tabasajaha! rojasadaha! aku dengar gelak dalam hati, hahaha!

masa aku kanak-kanak dulu tak de pun iqraq ni! yang ada muqadam, yang kena baca:
'alif ateh 'a', alif bawah 'i', alif depan 'u', 'a', 'i', 'u'!'

hehe!

bila masuk huruf ba, hm, ini sensitif sikit, dan ramai geng-geng aku termasuk aku serba salah nak baca bila masuk huruf 'ba' yang atas dan yang bawah serentak!
ba ateh 'ba', ba bawah 'bi', ba depan 'bu', 'ba', 'tuuuuuut', 'bu'!

hahahahihihihuhuhu! takut dan segan nak sebut babibu!

itulah kanak-kanak zaman aku dulu, alangkah naifnya!

tapi, bila dah besar sikit, asal marah mulalah menjerit! 'babi!'
arwah nenek aku cukup pantang kalau aku sebut nama haiwan kegemaran sesetengah puak ni! siap tumbuk cili padi nak gonyoh kat mulut aku kalau sebut nama haiwan pink comel ini!

dan, bila aku dewasa, dah kawin, dah beranak-pinak, kena pulak anak aku tiga pompuan, anak-anak pompuan aku makin galak mintak aku belikan babi! (sebutannya babi) tapi ejaannya barbie, okey! memang comel sungguh! siap ada baju dan gadgetnya sekali! asal birthday aje mintak aku belikan babi yang baru! ops sorry, barbie!

dan, kisah babi ini berterusan dari kanak-kanak sehinggalah bapak kepada kanak-kanak, juga para pemimpin kerajaan kepada bapak kanak-kanak itu. merangkumi kes babi yang bawak kuman sampai ribuan manusia mampos! kes bapak babi yang ratah anak sendiri! kes babi yang buang 'baby'nya sendiri! juga, kes manusia yang perangainya macam babi!

maaf ye kalau bahasa aku kali ni agak pinky sikit bunyinya ye!

itu belum lagi kes orang tua dah ada lapan anak dan dua tiga bini dan sugar 'babi'nya, ops sorry lagi, sugar 'baby'nya! yang bila sewaktu musim manjanya akan memanggil 'baby'nya begini: 'babi, babi, mailah sini babi, yayang nak peluk babi, rindu sungguh yayang dengan babi, come sayang, babi bucuk intan payung!'

dan, yang terhangat sekarang ini kes remaja yang buang 'babi'nya, ops, 'baby' sehingga ditemui mati yang memilukan! 'babi, lebih baik kita buang aje babi ni, kalau parents i tau i lahirkan babi ni, matilah i, kita buang jelah babi ni ye babi!'

alangkah babinya perangai mereka yang macam babi ini yang membuang baby! kalau nak buang pun dik oi, bagi kat aku ni, aku ngan bini aku dengan lapang dada dan depang tangan menerima baby-baby yang comel yang korang nak buangkan tu!

memang antara baby dan babi ini hampir sama aje ejaan dan bunyinya hanya maksudnya membawa dua makna yang ketara berbeza! begitu juga untuk kita renung dan fikirkan bersama-sama maksud tersirat antara babi dan baby ini!

dan, dalam fikiran mereka (para remaja gila ini), alangkah mulianya tindakan mereka itu, yang telah menghantar baby-baby comel yang tidak berdosa ini direct ke syurga! sebab, masa kecik dulu diorang belajar agama, bayi yang meninggal dunia akan terus diterbangkan malaikat ke syurga, tanpa hisab, mereka semua suci dan maksum tanpa dosa. jadi, bagi mereka, lebih baiklah baby itu dibuang, biar mati, biar masuk syurga daripada besar nanti ikut perangai babi mereka yang lahirkan 'babi' luar nikah dan bunuh pulak baby-baby yang tak berdosa itu! hm, elok sangatlah idea korang tu?

untuk korang semua, fikirkanlah yang mana satu menjadi pilihan dan pegangan hidup, babi ataupun baby?! (yang sama-sama comel dan pink, cuma peradabannya yang berbeza)

Sunday, July 18, 2010

berdirilah engkau untuk bersembahyang....

...sebab bukan selalu pun korang sembahyang berdiri ni, betul tak?! yang tak ada sujud, tak ada rukuk, hanya takbir empat kali! kalau ada pun sekali-sekala je, jarang-jarang sangat! melainkan kau ni iman kariah kampung, memanglah selalu sembahyang berdiri sebab nak sembahyangkan jenazah! so, sembahyang berdiri ni bukan selalu, tapi yang jarang-jarang inilah aku rasa ramai yang tak tau?! entahlah! wallahualam!

dulu, bertahun-tahun yang dulu, seorang member lama aku call aku kat ofis!
'diat, (sebak gila tu suara dia) orang tua aku dah tak ada!'
'orang tua lelaki ke perempuan?!'
'mak aku!'
'ha?! la, bila?'
'tak sure bila! kakak aku bagitau, lepas aje sembahyang subuh, mak aku baring kat kusyen depan, tak bukak pun telekung dia tu, dia tertidur, sampailah nak masuk zuhur barulah kakak aku kejutkan, tengok-tengok mak aku tu dah tak ada! dah sejuk dah!'
'innalillahiwainnailaihirojiun! hm... bila kebumi?'
'lepas asar ni!'
aku tengok jam, dah dekat nak pukul tiga! 'okeylah aku singgah kejap!'

masa aku sampai jenazah dah selesai mandi, selesai dikafankan dan dibaringkan di ruang tamu! bacaan yasin mengiringi jenazah yang kaku! aku terus peluk member aku yang merah matanya itu. tak lama kemudian, imam seru semua para lelaki yang ada untuk ambik wuduk sebab sembahyang jenazah akan segera ditunaikan selepas solat asar. asar baru saja masuk waktu! member aku tu bergegas ambik wuduk, basah wajahnya diselang-seli dengan air mata! aku yang melihatnya pun turut sebak bergenang air mata!

setelah semua lelaki siap berwuduk, solat asar bermula. selesai saja sembahyanga asar, imam seru lagi untuk buat tiga saf, berdiri rapat-rapat! aku pun turut sama menyelit! terus, kenangan aku terlontar semasa aku di tingkatan dua di victoria institution. ustaz misnan menyuruh aku mempraktikkan sembahyang jenazah yang baru saja kami sekelas pelajari! aku nak gelak pun ada! amende ustaz ni, sembahyang jenazah pulak dia suruh aku! bukannya aku nak sembahyang jenazah pun, yang lima waktu itu pun aku selang-selikan, inikan pulak sembahyang jenazah yang entah bila aku nak lakukan! bila disuruh lagi, aku berdiri jugaklah! aku sekadar main-main, tak langsung serius dan pelempang ustaz misnan melekat kat muka! aku naik angin, renung tajam ke dalam anak matanya. kalau kat luar sekolah, sure aku ajak dia bertumbuk satu lawan satu!

dan, ketika imam mengangkat takbir, aku terbayangkan renungan ustaz misnan itu, juga layuan mata member aku tadi! dan aku tatap jenazah kaku yang terkujur di depan kami itu. (mujur bukan jenazah mak aku)

dan, terus aku terbayang renungan ustaz misnan itu. yang seolah-olah berkata: 'siapa nak sembahyangkan jenazah mak kau nanti kalau bukan kau anaknya? yang telah dia lahirkan ke bumi ini untuk mengenali bulan dan matahari dan menikmati kehidupan yang serba indah ini! kau nak harapkan orang? mereka mungkin hanya berdiri kaku, tanpa tahu bagaimana untuk sembahyangkan jenazah kerana berapa ramai orang yang hanya berpura-pura, berdiri sedih dengan wajah sayu, sedangkan, mulut sekadar kumat-kamit entah apa yang dibaca? sekadar meniru aksi imam!'

ketika itu imam angkat takbir kedua, aku pun turut sama mengangkatnya, mulut terkumat-kamit, (pura-pura membaca entah apa) sama seperti kata-kata yang aku dengar dalam renungan ustaz misnan itu!

sehinggalah selesai takbir keempat dan imam beri salam, aku sekadar meniru aksinya! betul, kata ustaz misnan dalam renungannya itu! dan, berapa ramaikah di antara kami yang sama-sama bersembahyang itu sekadar berpura-pura dan meniru aksi imam? mungkinkah termasuk member aku itu yang kematian emaknya hari itu? bagaimanakah perasaan emaknya itu kalaulah benar member aku itu juga sekadar berpura-pura dan meniru aksi imam?

aku balik aje ke rumah hari tu, terus aku selongkar almari! cari kitab-kitab dan panduan sembahyang! aku tak nak nanti bila mak aku mati, aku sekadar kumat-kamit tiru aksi imam! sembahyang jenazah ini sebenarnya adalah 'hadiah terakhir' untuk mereka sebelum mereka dikembalikan kepada allah! sebelum mereka dibaringkan ke dalam liang lahad! bukan macam yasin, tahlil, fatihah dan sebagainya, yang boleh kita lakukan pada bila-bila masa saja! sembahyang jenazah hanya boleh dilakukan sekali itu sebelum jenazah dikembalikan kepada tanah! inilah sebenarnya yang kita semua tak tahu, yang mungkin juga terlupa, bahawa inilah 'hadiah terakhir' buat orang yang tersayang! dan, kalaulah 'hadiah terakhir' ini tak boleh kita lakukan, apalah gunanya kita menjadi manusia yang pernah dia sayangi!

astaghfirullahalazim!

aku balik rumah hari itu, belek mak aku, senyum kat dia sampai aku rasa dia pun naik heran! tanya dia dah makan ke belum, dah minum, makan apa, minum apa, dan sebagainya sampai dia rasa pelik! macam tu jugaklah aku tanyakan nenek aku yang sure bingung dengan perangai aku yang pelik! dan, selepas itu, aku terus menghafal dan mempraktikkan cara-cara bersembahyang jenazah! kalaulah ustaz misnan tau, sure dia pun happy! thanks ustaz!

mujur, aku sempat sembahyangkan jenazah nenek tanpa berpura-pura dan meniru aksi imam sewaktu dia meninggal dunia sepuluh tahun silam! syukur aku sempat melakukannya! aku sempat berikan 'hadiah terakhir' untuk arwah nenek aku yang terlalu sangat sayangkan aku semenjak aku kecik dulu lagi! hal ni kena tanya member-member aku masa sekolah rendah kat srjk (i) gombak 2! tul kan kawan-kawan?

kadang-kadang, 'hadiah terakhir' inilah yang tak sempat kita berikan! dan, alangkah sayunya, kerana sesuatu yang kecil itu kita sering abaikan! mak... aku sayang mak.... (kalau boleh biarlah lambat lagi aku berikan 'hadiah terakhir' untuk mak... ye mak!)

si penjual aiskrim...

...ini bukan yang biasa korang semua pernah tengok! langsung tak ada tokoh penjual aiskrim. tapi, aku biasa tengok abang ni menjaja aiskrim di sekitar gombak setia dengan basikal roda tiganya yang besar! yang diletakkan peti aiskrimnya yang juga besar itu maka dia akan berkayuh keliling kawasan perumahan dan flet untuk berjualan aiskrimnya itu. (penduduk di sekitar gombak setia mungkin biasa melihatnya)

kalaulah dia tak kayuh basikalnya yang besar itu untuk menjual aiskrim, dia akan kelihatan seperti seorang tokoh agama, berserban, berjubah, dan kelihatan seperti seorang penceramah. (tak taulah aku kalau dia memang seorang penceramah dan menjual aiskrim ini kerja sampingannya)

satu tengah hari yang panas terik, (kelmarin kalau tak silap), aku dalam kereta untuk ke rumah mak aku, aku terlihat dia menolak basikalnya yang besar dan berat itu menaiki bukit menghala ke shell taman melati. mungkin dia tak larat untuk mengayuhnya! aku lihat wajahnya yang berkerut, berpeluh-peluh dan dengan tenaga dan kudrat yang ada, dia bersungguh-sungguh menolak basikalnya itu. kenapa tak naik motor? kan senang?! hati aku bertanya! Kewangan yang tak cukup mungkin? mungkin keluarganya besar? mana rumahnya? mana bininya? mana anak-anaknya? soalan lazim yang berlegar-legar dalam kepala!

terus aku matikan radio. beristighfar beberapa kali! walaupun aku ni tak kaya, (muflis lagi), tapi aku masih mampu bawak kereta (bini aku punya he), ada air-con yang dingin, boleh dengar lagu di radio, kusyen empuk walaupun sekadar renault kangoo (anak aku panggil kangaroo), yang bukan golongan kereta mewah, tetapi, jauh lebih 'nikmat' daripada menolak basikal besar yang berat menaiki bukit di bawah terikan matahari sehingga peluh mencurah-curah!

astaghfirullah alazim! aku dapat lihat wajah abang si penjual aiskrim itu, yang berserban, berjubah putih yang dah kuning kusam, yang pasti basah dengan keringat, ada pedih di wajahnya, penuh ketat renungannya (yang pasti keletihan) mencari sesuap rezeki yang entah dapat entahkan tidak! aku sendiri tak pasti, ada ke budak-budak yang sudi membeli aiskrimnya itu! yang bukan walls, bukan magnolia, juga bukan nestle yang meliurkan tekak dan sering keluar iklan di tv! yang aku nampak, petinya besar, basikalnya kusam, tiada logo, tiada tarikan, hanyalah wajah penat yang sayu menolak basikal mengharapkan kanak-kanak kehausan di tengah hari terik untuk membeli aiskrimnya itu!

aku pernah mintak mahu duduk dalam porsche carrera turbo, menekan minyak yang akan meluncurkan aku deras membelah angin! aku pernah miliki! aku pernah mahu tukar kereta asal ada model baru keluar! allah penuhi hasrat aku itu! (dululah) dan, ketika itu, tak pernah aku terfikir, ada lelaki terpaksa tolak basikalnya, di tengah hari terik sedangkan aku pada ketika itu berjamu di hotel mewah! bergelak ketawa! makan steak, maka apa saja, tak perlu risau berapa harganya kerana kad emas ada tiga empat dalam wallet untuk aku seretkan!

bila bil datang, aku tak pernah tengok harganya, lima ratus, tujuh ratus, atau mungkin mencecah ribu barangkali, aku tak pernah peduli, hanya kad emas yang aku hulur! aku tenyehkan sain dan senyum pada waiter yang akan menunduk hormat!

sedangkan si penjual aiskrim itu mengerah keringat, bertungkus lumus di bawah terikan mentari, atau kuyup dibasahi hujan lebat, demi untuk menyara keluarganya! untuk membeli sekampit beras, sepeket gula, secupak garam, atau mungkin sekadar menggoreng telur! alangkah besarnya bagi dia nilai ringgit itu! yang harganya (dulu) aku tutup mata saja berikan tips pada waiter, juga car jockey yang tolong parking-kan kereta aku di depan lobi hotel!

ya, allah, aku dan ramai lagi teman-teman aku selalu lupa! aku dan rakan-rakan aku tak pernah berterima kasih pada engkau yang berikan kami rezeki yang lebih daripada orang lain yang lebih sengsara hidupnya! kami bazirkan duit itu, kami alpakan mereka yang bertungkus lumus mencari sen untuk dibelikan gula atau telur sekadar menampal perut dari kelaparan!

hari ini, aku tak lagi mewah! namun, aku hidup biasa-biasa aje, (taklah daif), syukur, aku masih sihat walaupun aku ada gout! tapi, aku sudah mula belajar untuk berterima kasih pada engkau walaupun kau kurniakan aku penyakit gout yang kalau datang serangnya, aku menjerit merintih tak tidur malam! tapi, aku bersyukur sebab gout ini... berjuta kali lebih baik daripada barah, jauh lebih bagus daripada kencing manis, jauh lebih selamat daripada salur jantung tersumbat atau penyakit-penyakit lain yang lebih kronik! biarlah aku sakit gout daripada barah! (nauzubillah)

sesekali aku merenung, aku dapat rasakan kelebihan yang aku ada berbanding jutaan insan lain yang jauh lebih teruk dan menderita daripada hidup aku yang biasa-biasa ini! aku sangat-sangat bersyukur!

subhanallah! walhamdulillah, wala illahaillallah wallahuakbar! (dah lama aku tak baca rangkap ini, kalau ada pun mungkin masa sembahyang sunat aidil fitri ataupun aidil adha setahun sekali) teringat kat 'budak-budak' aku dulu (time aku ada ofis dan jadi bos), bila tiba solat sunat raya, beriya-iya, dan aku bagitau diorang, korang ni kalau sembahyang raya yang sunat, kemain lagi, tapi sembahyang wajib lima waktu sehari, sembahyang jumaat seminggu sekali, apa dah jadi? (ini ingatan pada diri aku jugak, hehe)

pada teman-teman, yang kini hidup senang-lenang, korang renungkanlah barang sesaat dua, bahawa, ada antara kita yang kehidupannya sangat menderita... dan bersyukurlah dengan limpahan rezeki yang allah beri! dan, kalau ada lebihan, kalau ada ingatan, juga kesedaran... hulur-hulurkanlah! kerana orang macam korang, bukannya kisah sangat pun kalau harga petrol naik lima puluh sen, yang baru-baru ni naik lima sen pun korang sekadar ketawa sakan!

betul, kan?!

Friday, July 16, 2010

eh, ada anjing la....

setiap orang, ada sesuatu sifat halus dalam diri yang aku namakan 'anjing' yang akan menyalak-nyalak dalam sunyi malam, yang hanya akan didengari diri kita sendiri! anjing-anjing ini akan menjadikan kita macam anjing! setiap manusia, kecuali rasullullah dan para nabi yang 'maksum' tak kiralah korang ni siapa pun, perdana menteri ke, imam ke, wali ke, tak seorang pun yang terkecuali, semua ada anjing ini yang sentiasa menyalak-nyalak untuk kita lakukan sesuatu yang apa saja terlintas di hati!

siapa agaknya yang boleh kawal anjing-anjing ini?

aku suka berjujur! sebab kejujuran itu akan membawa kebaikan pada orang lain walaupun adakala kejujuran itu mengaibkan diri sendiri! biarlah aku jadi lilinnya, membakar diri demi korang semua terang di depan hari!

aku nak cerita pasal 'anjing' yang ada dalam diri aku ini! sejak aku lahir, mula menangis dan menyusu, pandai pula meniarap, merangkak, bertatih, jalan dan berlari, ada anjing yang menggerakkan fikiranku! anjing ini adakalanya seekor, adakalanya banyak ekor, dan adakalanya beratus ekor, bergantung pada situasi aktiviti hari itu!

apa yang anjing-anjing ini makan untuk hidup? kepuasan yang kita nikmati, itulah habuannya! adakala, kepuasan yang kita perolehi itu menyakitkan orang lain! tapi, anjing-anjing ini tak peduli, kerana mereka perlukan makanan untuk hidup! dan, makanannya pula adalah kepuasan yang kita nikmati! jadi, anjing-anjing ini akan terus menyalak, memandu kita untuk lakukan apa saja demi kepuasan diri, memastikan kita menikmati apa saja kepuasan hidup, tak kisahlah kalau kita memilikinya dengan jalan salah sekalipun! ataupun, kepuasan yang kita nikmati itu bersalahan dari sudut agama dan peradaban! kerana, anjing-ajing itu perlukan makanan dari kepuasan yang kita perolehi tanpa peduli bagaimana cara kita mendapatkannya! halal ataupun haram?! anjing-anjing itu tak kisah pun!

anjing kan?!

dari mana datangnya anjing-anjing yang menyalak ini? sejak kita lahir lagi anjing ini dah wujud! cuma, salakannya, hanya kita seorang yang boleh dengarkan, dan bunyinya berbeza-beza antara setiap manusia! tak pernah ada anjing yang sama salakannya, tapi yang seakan-akan, sungguh banyak sekali! sama ke anjing korang dengan anjing aku? hampir sama, tapi tak pernah serupa!

nak tau macam mana?!

pernah tak korang stim meleleh-leleh bila tengok paha gadis yang putih melepak? yang terkuit-kuit bulu romanya bila ditiup angin? kena pulak terselak menampakkan seluar dalam nipisnya! mak oi... rasa nak serkup bawak masuk bilik awek yang empunya paha gebu itu, kan? masa nilah anjing-anjing korang itu akan menyalak-nyalak, sama seperti anjing-anjing aku dan mata kita pun kuyu dan layu dibuai bulu roma paha putih gebu itu, betul kan?

macam mana nak diamkan salakan anjing-anjing yang semakin lama semakin banyak datang itu, selagi mata kuyu korang dan mata kuyu aku melekat kat paha putih gebu itu! anjing-anjing akan terus menyalak, bersahut-sahutan antara anjing-anjing aku dan anjing-anjing korang yang sewaktu dengan aku ketika itu! sambil menikmati paha gebu putih itu!

cis!!! anjing betullah, kan?!

begitu jugak keadaannya bila korang yang lapar berpuasa (zaman kanak-kanak dululah) sewaktu menjenguk ke dapur, nenek pulak sedang masak gulai lemak udang yang santannya kaw-kaw, ada pulak air sirap bandung yang berpeluh jug dengan aisnya, kuih udang dan kuahnya, phuh, masa ni, salakan anjing menjerit-jerit! rasa nak terkam aje lauk-pauk itu. nak sumbatkan semua sekali ke dalam mulut!

hehe, masa nilah korang kena kawal anjing-anjing tu dari terus menyalak! 'diat apa lagi, sedap tu, kau cekau je dua tiga bijik kuih udang tu masa nenek kau tengah lepa, menyorok kat stor atau belasah dalam tandas pura-pura nak berak, sedap tu!'

dan, aku tertewas dengan salakan anjing aku tu!

'cis anjing betullah!'

dan, di dalam kehidupan korang, berapa kali dah korang tewas dengan salakan anjing yang korang bela tu? hehe, bagitau aku, jangan tipu! tipu dosa tau!

'seret je kredit kad tu, langsir baru untuk raya mesti cun kalau geng-geng ofis datang open house nanti! apa ada hal, habis raya pandai-pandailah buat minimum payment!'

'boleh bro, ini tempat baik punya, semua under cover, sure tak ada rush... awek china tu bro, under age, semua belasan tahun!'

'bolehlah geng, tukar kereta, down payment baru berapa? boleh adjust! blacklist pun boleh kawtim! ni latest model ni, dapat lcd tv 42 inci free tu, kalau beli sekarang! offer sampai hujung minggu ni aje!'

'phuh kalau you beli i-phone tu, you orang yang first kat office tau tak?!'

dan, bermacam-macam jenis salakan anjing yang korang dan aku akan dengar! yang sering mengheret kita ke arah kehancuran! dan, berapa kali korang dapat tepis pujukan dari salakan anjing-anjing korang itu, yang lapar, yang mahukan makanan dari kemahuan korang sendiri? haha, jujur, jujur jangan kelentong!

aku? eh, aku tanya korang, korang tanya aku la pulak! lebehlah ni! nak tau jugak?! alamak?! hm, nak kena jujur ek?! adush! tipu dosa ek! tau! tau! mana ada tipu dapat pahala! er, well, hm, adalah beberapa kali aku berjaya lempang anjing aku tu suruh diam! selebihnya, aku ikut jugak, hm, hampeh! dua kali lima la kita ni ye!

dan, yang sebenarnya, memang payah nak diamkan anjing-anjing ni dari terus menyalak, yang selalu mengajak kita ke arah kehancuran!

so nak buat macam mana?!

sebab tulah allah ada kata peperangan paling sukar di dalam diri seseorang manusia itu adalah berperang dengan nafsunya sendiri!

'cis anjing betul la!'

'kisah dua hantu' dalam episod kutip-kutip (3)

tersebutlah kisah dua 'ekor' hantu yang baru bertemu. lalu mereka berbual kisah silam bagaimana mereka boleh jadi hantu. sepanjang berbual tu yang si hantu 'a' ni asyik menggigil sambil peluk tubuh kesejukan dan mendatangkan rasa hairan si hantu 'b'.
'Apsal kau ni asyik menggigil je?'
'Oh... cara aku mati dulu seksa... aku mati dalam peti ais... sejuk siol!!!' si hantu 'a' memberitahu dan terus menggigil kesejukan!
'Ooo... kesian... aku pulak dulu mati... sebab heart attack.'
'hm, mati biasa jer, tak terseksa macam aku mati!'
'Siapa cakap tak seksa? aku mati heart attack dalam keadaan jiwa merana kau tau tak?!'
'Hah? pelik? mati heart attack tu mati biasa aje! mana sangat seksanya taklah seseksa aku mati dalam peti ais!'
'aku punya bukan heart attack biasa, aku punya memang seksa giler!'
'ceritalah! nak jugak aku tau apa yang seksa sangat tu?!' hantu 'a' nak sangat tau!
hantu 'b' berwajah murung: 'bini aku curang! satu hari tu aku balik rumah, aku nampak ada kasut lelaki! bini aku pulak tu pakai coli aje! mulalah aku syak sesuatu! bila aku tanya isteri aku tapi dia tak nak ngaku! tanya mana dia sorok jantan tu, dia tak nak bagitau! So... aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tu. habis semua bilik aku carik tapi tak jumpa pun! akibat semput dan kepenatan, aku terus sesak nafas, rupa-rupanya aku dah kena heart attack. sebab tulah aku mati! seksa tau batin aku ni!'
hantu 'a' terdiam mendengarkan cerita hantu 'b' itu. dipandangnya wajah hantu 'b' itu atas dan bawah macam kenal! selepas beberapa ketika, barulah dia teringat siapa sebenarnya hantu 'b' itu. lalu... hantu 'a' pun berkata: 'laa... kenapa kau tak check kat dalam peti ais? kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi....'

'mee bandung telur' dalam episod kutip-kutip (2)

ahmad suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, sutina sehingga mengandung. ahmad suffian yang takut perkahwinannya terjejas, telah mengambil keputusan untuk menghantar sutina balik ke bandung. dia berjanji kepada sutina akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya itu nanti berusia 18 tahun. agar rahsia tidak terbongkar, ahmad suffian menyuruh sutina supaya menulis perkataan ‘mee bandung’ sebagai kod rahsia jika mahu menghantar berita tentang kelahiran anak mereka itu. jikalau yang lahir nanti bayi lelaki: ‘mee bandung telur’ dan jikalau bayi itu perempuan: ‘mee bandung kosong’.
Masa berlalu tanpa disedari dan satu hari isterinya dengan wajah keliru menghulurkan ahmad suffian sekeping poskad. 'bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni!'
ahmad suffian membaca poskad tersebut, dan wajahnya terus bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!
isterinya ternganga dan panik sambil tergaru-garu kehairanan kenapa suaminya sampai boleh pengsan. dia membaca sekali lagi poskad itu: mee bandung, mee bandung, siap! mee bandung telur - dua, mee bandung kosong - dua. tolong hantarkan kuah lebih ya, mas!

'nyonya' dalam episod kutip-kutip (1)

satu hari tu seorang nyonya kena loteri first price. dia ingat nak enjoy sikit la duit dia tu! apalagi, nak enjoy kenalah gi kl. dia pulak tu, first time datang kl. dia terus check in hotel mewah. dia diiringi bell boy ke bilik penginapannya. apabila bell boy menutup pintu, nyonya melihat sekelilingnya. tiba tiba nyonya menjadi marah lalu berkata: 'sekius mi, lu ingat wa tua, mali kampung, tada tau duduk hotel? lu kasi ini bilik ka? ha?! kicik! tada tibi, tada lemari, katil titun pun tada! haiya mau tipu olang kah?'
Bell boy itu pun menjawab: 'sabar la nyonya... ini baru lift!'

Tuesday, July 13, 2010

betul kata sotong....

apo nak dikato! pialo dunio habih dah! spain jadi juaro, belanda aku, kecundang lagi lopeh tigo kali mencubo! tahun '74 kalah dongan jerman, '78 kalah dongan argentina, 2010 kalah laie dongan spain! memang suwey boto la!

betul kata sotong! spain yang menang!

dan, itulah persepsi kebanyakan orang kita! suka percaya dengan ramalan! suka percaya dengan bomoh! mintak maap ye, aku ni bukan nak kecikkan sesiapa, tapi aku memang tak percaya dengan benda-benda merepek ni! say no to bomoh, dukun, telekan, ramalan, bagi aku semua ni khurafat! salah satu daripada tujuh dosa besar! tapi, rupa-rupanya masyarakat lain kat dunia pun percaya jugak dengan ramalan, telekan (sotongan) dan sebagainya ni, ye tak?

bermakna, bukan orang melayu aje, satu dunia ada kelompok manusia yang percayakan benda-benda tahyul macam ni!

apa pun telekan 'paul the sotong' memang tepat! yang hampeh tu, belanda aku kalah! kalau aku ni kaki judi, lantaklah belanda, baik aku pilih spain! kaki judi ni lain cerita, walaupun dia 'mati keras kipas' team lain, demi duit dia bertaruh aje team mana yang dia rasakan menang dan dia boleh dapat duit! peduli apa team feveretnya!

teleken, ramalan, bomoh, nujum, feng shui, nombor, seterika kepala ayam, duit tembaga dan banyaklah lagi 'benda-benda' pelik, semua ini ada kaitannya dengan perjudian! tuah! nasib baik, nasib buruk! dan, begitu ramai manusia yang percaya, dan ada yang menjadi taksub! korang pun sama ke dalam spesis mereka ini?

aku kecik-kecik dulu tak nafikan membesar dalam dunia perjudian! apa taknya, duit raya habis main tikam-tikam! korang tau apa tikam-tikam?! binatang 'tikam-tikam' ni diusahakan orang cina di kawasan setinggan di setapak (ini kalau kat tempat akulah, tempat korang aku tak tau!) mula-mulanya aku yang jadi kaki tikam, asyik kena tikam! tak boleh jadi, aku tukar profesyen, jadi tokeh tikam, hehe, baru dapat menikam!

tikam-tikam ni memang dah dicipta untuk memenangkan tokeh! Budak-budak sekolah macam aku ni dulu, kalau pergi kedai runcit (di sekitar gombak), hampir semua ada jual tikam-tikam! Sekali tikam, lima sen, habuannya... hadiah permainan seperti kamera, kereta bateri, atau sekecil-kecil hadiah gasing plastik ataupun apa saja yang dapat menarik perhatian budak-budak seusia aku yang bersekolah rendah! bila dah besar sikit, mula main tikam-tikam duit! sekali tikam, sepuluh sen dan habuannya dari sekecil sepuluh sen sehinggalah seringgit! dalam kepala masa tu nak menang, kalau nasib baik, tikam sepuluh sen dapat seringgit! tapi, hakikatnya, berapa kali sangatlah aku dapat seringgit tu! seingat aku tak pernah langsung! paling tinggi aku dapat lima puluh sen itu pun setelah berhabisan beringgit-ringgit sepanjang aku menikam itu!

rupa-rupanya, hadiah 'besar' seperti seringgit, ataupun kamera, kereta bateri atau apa saja yang ditawarkan itu memang 'tak' akan boleh menang! kerana tikam-tikam itu telah dirancang rapi, di mana ada nombor rahsia yang tidak dimasukkan ke dalam cabutan dan takkan boleh kena! (tokeh akan diberikan senarai nombor rahsia itu bila membeli set tikam-tikam itu)

rahsia ni aku tau masa aku jadi tokeh tikam-tikam ni yang aku beli di kawasan setinggan itu dengan harga tak silap aku tujuh ringgit! dengan modal ini, aku terpaksa pula membayar sekitar sepuluh ringgit sebagai habuan hadiah mereka yang 'naik' nombornya, dan kautan cabutan aku mampu mendapat sekitar tiga puluh ringgit. ini bermakna, pusing ikut mana pun, aku sebagai tokeh tetap akan untung sekitar tiga belas ringgit! (anggaran kasar sebab aku tak ingat jumlah sebenarnya.)

setiap hari raya menjelang, aku dan beberapa geng kat sekolah dulu akan kumpul duit untuk beli tikam-tikam ni dan geng-geng lain yang penat kumpul duit dari rumah ke rumah akan pasti main tikam-tikam ini dengan hasrat untung besar di hari raya, tapi aku yang akan ketawa besar di akhirnya!

sebenarnya, zaman aku kecik-kecik dulu, tanpa wujudnya internet, facebook, blog, gadget, ps2 dan pelbagai lagi peralatan dan permainan canggih, aku masih dapat rasakan keseronokan zaman kanak-kanak itu!

namun, seperti yang aku bagitau tadi, kehidupan kanak-kanak di zaman aku dulu telah disogokkan dengan judi! apa saja menjadi judi dan pertaruhan! itu lumrah bagi kanak-kanak lelaki pada zaman aku sekitar tahun 70-an!

pernah tak korang main guli kaca? guli ini mudah dibeli di kedai-kedai runcit! di tempat aku, kami akan main arrow! di mana, bentuk panah di lukis di tanah, dan ekornya (sama ada dilukis bulat atau berbentuk ekor panah, akan dilonggokkan guli yang dipasang (dipertaruhkan). manakala di bahagian hujung arrow, sebijik guli diletakkan dan sesiapa yang berjaya melontar tepat sehingga guli itu terkeluar dari bucu arrow akan dikira pemenang dan berjaya memenangi semua guli-guli yang (dipasang) dipertaruhkan itu! seronoknya main guli kaca ini sampai tak ingat makan tengah hari dan kemuncaknya apabila balik rumah lewat maghrib mengira berapa banyak guli kaca yang dimenangi! best kan? paling seronok bila mendengar bunyi guli kaca berlaga dalam poket seluar yang penuh! hm... judi jugak tu!

atau, main gambar layang? tau macam mana nak main? kat sekolah aku dulu, di srjk (i) gombak 2, permainan ini antara yang paling popular di kalangan budak-budak lelaki! kad gambar ini akan dibeli di kedai-kedai runcit, di mana ada mesin slot yang perlu dimasukkan duit sepuluh sen dan diputarkan untuk mengeluarkan 'kad' (sekeping kad keras bersaiz 4" x 3") yang terdapat gambar bendera negara-negara di dunia ini! kalau nasib baik dapatlah chewing gum yang turut sama akan keluar bersama kad gambar itu, namun yang banyak adalah gula-gula batu yang keras dan tak sedap. kiranya siapa yang bernasib baik akan dapatlah mengunyah chewing gum! namun, gambar pada kad keras ini bukan sekadar bendera saja, tetapi ada juga gambar budaya ataupun cara hidup penduduk di negara-negara tersebut! maka, pelbagai bendera negara boleh didapati seperti perancis, itali, belanda, indonesia, china, amerika syarikat, argentina... malaysia pun ada, dan boleh dikatakan seluruh negara di dunia ini boleh didapati dan dicipta dengan begitu kreatif sekali!

kalau dipergunakan dengan betul, kad bendera ini banyak manfaatnya kerana pada gambar-gambar tersebut kita dapat mempelajari budaya ataupun resam hidup penduduk dunia yang lainnya! seingat aku, bendera panama ada gambar penduduk mengusahakan tanaman pisang di mana pisang adalah sumber utama panama pada ketika itu! bukankah ini satu cabang ilmu?!

silapnya, aku dan geng-geng gunakan kad bendera ini sebagai satu permainan yang dinamakan 'gambar layang'. kad bendera itu akan kami layangkan sejauh mungkin di padang sekolah yang maha luas itu, dan kad gambar yang paling jauh sekali akan dapat 'jalan' dulu! kemudian, akan ada pula sekeping kad gambar yang digunakan untuk menindih kad lain yang kami panggil 'batuk'. batuk ni kira kesayangan masing-masing yang akan digunakan untuk menindih kad lawan. pemain perlu melayangkan kad gambar itu pada kad pihak lawan dan jika kad yang dilayangkan itu berjaya menindih kad gambar lawan akan dikira pemenang! jika tidak berjaya menindihnya sekalipun, sekurang-kurangnya, kad gambar yang dilayangkan itu tidak boleh melebihi jarak sejengkal dan masih lagi dikira pemenang! dan... habuannya mengikut jumlah kad gambar yang dipertaruhkan! ada yang 'pasang' tiga, empat, lima, (ikut suka) semua ini bergantung pada perjanjian masing-masing! stimnya mak oi, sama macam main guli kaca, hari dah gelap tak ada matahari barulah balik ke rumah sambil kira berapa banyak kad gambar yang dimenangi! adei mak oi... judi lagi ni!

pendek kata, zaman kanak-kanak aku dulu dipenuhi permainan yang mirip pada perjudian! walaupun tak ada duit dipertaruhkan, namun apa yang aku lakukan dulu, berbentuk pertaruhan yang ala-ala perjudian!

pernah main 'gambar tepuk', main 'selipar' dan sebagainya? selain kad gambar yang besar saiznya, terdapat juga gambar-gambar yang lebih kecil saiznya (2" x 1.5") yang boleh dibeli di kebanyakan kedai-kedai runcit dan terpaksa dikoyak-koyakkan macam setem! Terdapat gambar-gambar superhero terkenal dunia yang pastinya akan menarik minat kanak-kanak macam aku! pelbagai bentuk permainan dan pertaruhan dimainkan! ada 'gambar tepuk', yang ditepuk sama-sama dan mana gambar yang terbalik dikira kalah! atau main 'selipar' di mana selipar digunakan untuk melibas longgokan gambar yang disusun di tanah. dan, pelbagai corak permainan yang lainnya dan dijadikan pertaruhan yang menyeronokkan! dan, adakala boleh menimbulkan pergaduhan....

adakah permainan berbentuk 'judi' begini masih wujud di kalangan kanak-kanak sekarang? setelah guli kaca, guli kapur, guli marmar, guli besi, kad gambar, gambar tepuk, dan banyak lagi permainan ala-ala kampung yang aku pernah lalui itu tiada lagi di zaman ini!

dan, kebiasaannya, sedang asyik bermain itu, datang pulak apek aiskrim yang jual aiskrim potong! korang tau apa aiskrim potong?! ada perisa jagung, durian, kacang merah dan paling popular semestilah kacang merah! maka, berhentilah aku dan geng-geng bermain, meluru pada basikal apek aiskrim yang di belakang peti aiskrimnya itu ada roda putar yang bernombor! setiap kali beli, kami akan dibenarkan memutar roda itu yang ala-ala 'roda impian' dan paling banyak akan dapat sepuluh batang ais krim! maka, berebut-rebutlah kami memutarnya sambil berdoa jarum berhenti pada nombor '10' dan seingat aku, tak seorang pun yang pernah kena sampai sepuluh batang! kalau yang tak puas hati tu, mulalah putar dua tiga kali seorang! macam-macam tarikan ada, yang terpedaya aku dan geng-geng la jugak... yang si apek aiskrim jugak yang untung! judi jugak ni, kan?!

adakah gejala perjudian hari ini yang berleluasa di seluruh dunia, yang digahkan di casino-casino ternama, ataupun judi bermusim seperti judi bola piala dunia yang melonjakkan nama 'sotong paul' (yang begitu popular sekarang ini), juga judi-judi lain yang popular pada masyarakat kita di malaysia ini seperti nombor ekor, mesin kuda, jackpot, big sweep atau bermacam-macam lagi jenis perjudian telah dirancang rapi semenjak zaman aku kanak-kanak dulu lagi?

siapakah yang merancang semua ini?

kita, engkau, aku, nenek aku, atuk aku, bapak korang, orang kapir, orang yahudi? siapa?!

tepuk dada tanya selera!

dan, kalaulah aku menyedari dari zaman aku kanak-kanak dulu lagi yang aku sebenarnya berjudi, maukah aku mengasingkan diri aku dari geng-geng lelaki yang lain di sekolah dan digelar pondan?

korang yang seangkatan dengan aku macam mana pulak?

tepuk dada tanya selera....

Sunday, July 11, 2010

wujud lagi ke cinta agung?!

jodoh oh jodoh, bila kau nak datang? hampeh! siang malam kau ratib, kau doa, kau rap, kau nyanyi pun, kalau jodoh belum tiba, tetap gak korang takkan kawin! jodoh ni, allah yang tentukan! kun fa ya kun, kata allah, hm, besok kau kawin! kalau tak jadi, kau buatlah apa pun, tetap kau takkan kawin!

so, kita ambik contoh aku, (zaman muda remaja) time sekolah dulu, empat lima belas gadis yang terpukau bila nampak aku! yang aku tau ada hati kat aku! tapi, tak sorang pun yang sangkut! yang jadi bini aku! aku tau perasaan diorang terluka, tapi nak buat camana bukan jodoh diorang dengan aku! bukan salah aku, itu allah yang tentukan!

kalaupun korang ni banyak duit, berjuta dalam bank! bawak ferrari, hummer, aston martin, hensem pulak tu, awek pun artis top, jambu meleleh, cinta sama cinta, tapi kalau tak ada jodoh, allah tak izin, tetap tak kawin! ini yang aku nak bagitau ni, kalau bab-bab ini, allah saja yang tentukan! janganlah korang ingat dengan duit berjuta yang korang ada tu, korang boleh beli jodoh!

boleh ke beli cinta?! yes! cinta korang boleh beli! itu aku tak nafikan! duit memang boleh beli cinta! aku setuju! bagi banglo sebijik, kereta mewah dua tiga bijik, bawak mak bapak diorang pergi round europe, singgah paris, london, milan, memang aku tak nafikan korang boleh ubah cinta seseorang itu terhadap korang! no problem! yang aku nak bagitau ni, walaupun korang dapat 'beli' cinta dia, belum tentu korang boleh mengahwini dia, kalau tak ada jodoh! paham?!

dan, ada jugak yang dapat membeli 'cinta' dan siap dapat nikah lagi pulak tu, punyalah bahagia kepit bini yang bergetah cun melecun sampai jantan tengok liur meleleh! tik, tik, tik, air liur jatuh menitik! tapi, seronok ke dapat bini cara macam ni? korang sendiri tau yang korang beli 'cinta' bini korang tu! bukan dapat cara gentleman! bukannya suka sama suka! bukannya dari leretan mata jatuh cinta pandang pertama, no way! bukan sebab bini korang tu betul-betul menjiwai untuk mencintai korang! hahaha!

'u give me money, i give u my body!'
"do u luv me, baby?!'
'luv? hm, not really!'


perasan tak korang ini yang sebenarnya terjadi?!

tapi, inilah realiti, di zaman serba canggih ini... wang ringgit dijadikan sebagai ukuran untuk cinta dan kasih sayang! dan, berapa ramai gadis-gadis jelita yang sanggup melakukan perkara ini demi kemewahan dan kebahagiaan diri mereka sendiri! peduli apa siapa 'lelaki' itu, janji duit berjuta, kereta mewah, banglo besar, shopping kat paris, milan, tokyo, hong kong, new york, no hal! lantaklah suami orang pun apa ada hal! lelaki boleh kawin empat, islam benarkan! tak salah kalau dia jadi bini nombor dua ke, tiga ke, atau yang nombor empat! allah tak marah apa pasal korang nak marah? janji nikah secara sah! ikut hukum syarak! daripada berzina!

tapi, jangan pulak korang sangkal tak wujudnya cinta agung lagi pada hari ini! ada! banyak sekali cinta agung! korang je yang tak perasan! zaman sekarang memang ada cinta agung! tak percaya? Korang nafikan? Korang kata yang cinta agung tak wujud lagi? hehe! siapa cakap? aku boleh buktikan cinta (gambar) agung memang wujud dan semakin berleluasa hari ini! amacam, percaya?!

walau apa pun, kalau korang tanya aku apa definasi cinta yang sebenarnya, cinta itu pada hakikatnya memang tiada! tak wujud pun! hehe! pening?! kenapa aku cakap macam tu? sebab cinta takkan boleh berdiri dengan sendiri kerana cinta merangkumi beberapa perkara dan situasi!

cinta perlukan pengorbanan! cinta perlukan persefahaman. cinta perlukan kesabaran. cinta perlukan kerinduan. cinta perlukan kecemburuan. cinta perlukan ketoleransian. cinta perlukan ketolakansuran! cinta perlukan keserasian! cinta perlukan penghormatan. cinta perlukan kehangatan. dan banyak lagi yang cinta perlukan.... (korang sendiri boleh tambah senaraikan)

dan, ada juga yang cinta tak perlukan....

cinta tak perlukan keegoan. cinta tak perlukan kecurangan. cinta tak perlukan hipokrit. cinta tak perlukan kedinginan. cinta tak perlukan pelajaran. cinta tak perlukan mata....

kerana cinta itu buta!

adakah korang memiliki ciri-ciri yang aku sebutkan di atas?

kalau tak ada, korang masih belum layak untuk bercinta dan mencintai....

Saturday, July 10, 2010

mintap maap? hm, sori... la....

antara benda paling payah yang aku sure korang nak buat ialah mintak maap! betul tak? hehe, jangan kencing la, sebab kimia manusia, part-part mintak maap ni ada payah sikit! ego, kerek, dan macam-macam lagilah yang menjadi punca korang, aku dan yang lain-lain tu cukup payah nak mintak maap bila dah buat salah! (jangan jawab di sini tapi jawab dalam 'cermin aku'!)

tapi, sebenarnya, mintak maap yang senang inilah sebenarnya menjadi kepayahan kebanyakan orang! (termasuklah aku) macam senyum gaklah! Bukan susah pun nak senyum! tapi, korang semua pun sure perasan punyer, berapa ramai manusia yang muka ketat, sendat, susah sangat nak senyum, macamlah senyuman itu korang kena bayar! hello bro, sis, senyum tu free la, allah bagi senyuman tu untuk ceriakan orang lain! susah sangat ke korang nak lebarkan mulut tu? ha? nanti bila dah kena stroke, mulut dah herot, nak gerak bibir tak boleh, baru korang nyesal, dalam hati sure berdetik: 'punyalah senang dulu aku gerakkan bibir, tapi aku jarang senyum! sekarang susah betuk aku nak gerakkan bibir untuk senyum?!' ha, masa ni baru tau nyesal!

so senyumlah! selagi kau senang nak senyum!

okey, yang ni pasal mintak maap! aku tau, cakap memang senang, tapi tak semudah melakukannya! bila dah buat salah, nak mintak maap, hehe, tepuk dada tanya selera, gerenti dalam hati korang sendiri dah jawab: 'mintak maap? hm, sori... la....'

cubalah korang mintak maap kat bos korang kalau dah buat salah! katakanlah korang dah terpecahkan barang ofis! bila bos tanya, korang siap tinggi suara pulak lagi tu salahkan barang tu kononnya diletakkan dekat tempat orang lalu-lalang! bukan ke allah bagi kau mata untuk tengok! yang kau pergi langgar 'benda' tu buat apa! bila kau dah 'menjawab' bos tadi tu yang dahlah bengang sebab barang ofis rosak, tengok perangai bongkak korang ni, terus naik lagi seratus tiga puluh lima persen kemarahannya! belum habis marah barang rosak yang tadi tu, naik lagi persen kemarahannya sebab korang bongkak! ha, nampak?!

apa salahnya bila korang dah rosakkan ajer barang ofis, terus ketuk bilik bos untuk mintak maap!
'bos... saya ni salah bos, saya pergi langgar tiang lampu kaca antik ruang tamu tu bos, memang saya ni bangang bos, sebab tulah saya tak jadi bos! saya jadi kuli je bos! tuhan bagi mata saya tak gunakan, punyalah cantik, punyalah besar tiang lampu tu walaupun diletakkan kat ruang tamu tempat orang lalu-lalang tapi nak bagi pelanggan nampak, saya pulak boleh langgar, sampai berkecai kaca antik tu berdera-derai! salah saya bos! maapkan saya bos! kalau nak potong gaji pun bos, apa boleh buat bos, you're the bos! sure tiga bulan gaji saya kena potong baru cukup nak ganti bos! makan sardin la tiga bulan saya ni bos!'

aku gerenti, terus layu jiwa bos korang tu! lima puluh persen api kemarahan sebab lampu antik tu pecah, sure terpadam! bila korang pulak mengaku kesilapan korang dan sanggup bertanggungjawab, hilang lagi dua puluh lima persen kemarahannya! silap-silap, kalau ada air mata mengalir sambil korang guling-guling merayu 'acah' nak cium kaki bos, sure bos kau maapkan dan korang tak kena marah dan tak payah ganti! tak perlu potong tiga bulan gaji, pun!

tapi, kalau sebaliknya korang berlagak ego, kerek, tak nak ngaku pastu salahkan lampu tu salah letak, sure korang kena maki-hamun, silap-silap itulah bulan terakhir korang kerja di situ!

macam bini aku, bila dah buat salah, dia terus mintak maap! dulu tak jugak! melawan jugak! aku dari marah sikit terus melenting ninja! tapi, bila dia tau, aku ni kalau dia mintak maap, silap jeling-jeling mata seksi, kelip-kelip mata, membibir manja, aku sure lemah bro! ni yang kacau ni! mula-mula tu bengang jugak dia main beli ajer apa dia nak! kalau nak perfume tu tak tanya terus beli, balik baru cakap!
'er, yang, tadi saya beli perfume la yang, wangi tau, yang....'
dalam hati aku sure cakap: 'ada ke perfume tak wangi?'
'tapi yang ni dia punyer 'pati' tau yang, mahal sikit....'
'berapa?"
'kalau perfume biasa tu dua ratus lebih boleh dapat... tapi yang 'pati' ni dekat nak lima ratus!'
terus langkah-langkah silat aku dulu yang aku belajar time kecik-kecik meresap dalam jiwa, menaikkan bulu roma panglima, kuda-kuda dah aku bukak, nasiblah bini sendiri! kalau tak kepala dah melayang dari badan!
'sori la yang, ek... saya patut call awak dulu, tapi... saya takut awak marah, tu yang saya beranikan diri beli dulu, lagipun kan yang, bukan untuk orang lain pun, untuk yayang jugak, kan, yayang yang nak bau! bini yayang jugak yang wangi... kan yang! kan! sori la yang....' masa nilah dia kelip-kelipkan mata, muncung-muncungkan bibir angelina jolie, belai-belai manja, terus aku longlai! dari nak marah, terus santai!

hampeh!

'er awak, budak-budak mana?!'
'er, tidur dah kut?!'

masa tu senyuman aku yang free allah beri tu lebar sampai ke telinga la jawabnya!

'mana bau perfume tu, meh saya bau! wangi sangat ke?'
terus bini aku dekatkan pipinya, tayangkan keharuman perfume 'pati' yang baru dibelinya!

'ak aa la, wangi giler! lain macamlah bau dia!'
'tulah yang, saya dah cakap ini 'pati' sebab tu wangi!'
'hm, bagus jugak awak beli yang 'pati' ni....' aku senyum tom cruise macam biasa! 'jomlah yang, malam-malam ni baru lepas hujan, jom kita ber'party'!'

masa tu muka bini aku mula panik, aku tarik tangannya, rebahlah dia ke dada!

malam tu aku betul-betul 'party'kan dia, ha, tulah lain kali pandai-pandai beli perfume 'pati'!

apa pun, kalau sedang marah sekalipun, bila orang yang bersalah tu mintak maap, aku sure, separuh kemarahan korang akan hilang....

so, belajarlah mintak maap, dan memaapkan....

Monday, July 5, 2010

saya lima puluh jugak kasi up la abang....

....ini kisah satu brader yang duduk di flat bandaraya 17 tingkat... dan dia pulak tu tinggal di tingkat 17... tingkat paling teratas....

yang rambutnya berkilat, lepas taruk wet gel sebab nak keluar berdating! punyalah smart lima enam kali belek diri di cermin! dah rasa okay, terus melangkah keluar!

mulanya langkah kaki langkah mat macho, tapi bila tiba depan lif yang rosak terus hilang kemachoannya timbul brutal tak hengat!

sambil menendang pintu lif yang rosak itu! 'babi!!!' bodoh punya lif!'

maka, turunlah brader tu dengan langkah yang longlai dari tingkat 17, 16, 15... 13... 9, 8, 7... 3 dan akhirnya berpeluh lencun bila sampai di tingkat bawah!

muka dah kuyup, peluh menitik-nitik, perfume yang tadi sebakul disembur dah jadi hamis bercampur bau peluh ketiak dan peluh dada! sambil merenung tajam pintu lif di tingkat bawah, dalam hatinya bergelora! 'babi kau! tak pernahnya elok tahan seminggu, elok sehari, rosak seminggu! bodoh punya lif!' itu maki hamun terakhirnya sebelum dia melangkah ke kereta kancil fourth handnya yang dibeli hasil kerja overtime siang ke subuh!

terbayang wajah awek yang akan di'dating'nya sebentar lagi, sejuk sikit hati yang panas sambil dia menolak tiga bijik kereta yang diletakkan bertindih dengan keretanya! lumrah penduduk di flet bandaraya, parking bertindih tanpa menarik handbrake dan meletakkan gear 'free' atau'natural' adalah perkara biasa! kereta yang menghalang akan ditolak perlahan-lahan agar kereta sendiri dapat melolos keluar!

kunci dicucuh pada pintu (sebab alarm dan autolock dah rosak), dan dia masuk duduk sambil sekali lagi belek wajah di cermin kereta, sambil lap peluh! kunci dicucuh untuk hidupkan enjin, dan terdengar bunyi ngauman enjin, berserta kentutnya yang panjang dan senyap, cuma baunya tak hengat!

'adui buat hal la pulak! hm....'

lepas dua tiga kali lagi kentut tak hengat berserta bau yang pekat, dia kerut-kerut muka tahan ekor taik yang nak keluar kat lubang bontot!

terus matikan enjin! 'cis!' tanpa berlengah, dia keluar, tekan punat pintu dan terus tutup pintu sambil menoleh sekilas pastikan pintu kereta telah berkunci takut nanti kereta dibawa lari! keluar aje, terus dia buat pecutan seratus meter sebab ekor taik dan jilat-jilat seluar dalamnya. tiba di depan lif, jari baru aje nak memicit punat bila teringatkan lif masih rosak!

'babi!!!'

mulalah dia berlari-lari sederas kijang di hutan menaiki tangga untuk menaiki flet 17 tingkat itu sambil ekor taiknya dan semakin galak menjilat-jilat seluar dalamnya!

'aduh, please! be patient, don't go out now, babey!' di pujuknya agar taik tak keluar lagi sebelum tiba di 'tempat' yang sepatutnya!

tiba di depan pintu rumah, peluh di seluruh tubuh, kalau dikumpul sama banyaknya dengan air kencing yang bakal turun sebentar lagi bersama-sama mengiringi gerombolan taiknya itu! terus dia seluk poket cari kunci rumah!

'alamak!' (kunci rumah memang segugus dengan kunci kereta)

'adui! mampuih aku!" sempat direnungnya sayup-sayup nun di bawah sana, kereta kancilnya yang tercinta! dan, dia bergegas lagi macam pelari pecut seratus meter!

mujur dia teringat lif rosak, (taklah singgah nak picit punat) terus meluru ke tangga tapi sempat juga menjeling sekilas pada lif siap bagi hadiah!

'babi punya lif!!!'

dia sampai di tingkat bawah macam orang baru keluar dari kolam renang! bau badannya sama busuk macam bau taik yang bakal keluar nanti yang dah pun menjilat-jilat seluar dalam warna orennya itu!

terus dia berlari ke kereta, tarik pintu kereta... tetapi... pintunya ketat tak mau terbukak!

'adui mampuih aku!!!' dia tekupkan wajahnya rapat-rapat ke cermin tingkap kereta, mengintai punat enjin, dan terlihat kunci keretanya yang ada patung bear (pemberian aweknya) beroleng-oleng bagaikan melambai-lambai kepadanya!

ekor taik semakin galak menjilat-jilat seluar dalam, dan dia terkemut-kemut menahan pemberontakan yang semakin tak sabar mahu keluar!
'adui, apa aku nak buat ni?!'

saat dia mendongak ke arah pintu rumahnya di tingkat 17 itu, dia terlihat warjuki; jiran sebelah rumah berbangsa indonesia.

'adui tuhan telah selamatkan aku!' terus dia melambai-lambai warjuki sambil melaung bak penyanyi rock! 'warjuki! warjuki!'

warjuki yang terdengar namanya dipanggil sayup-sayup dibawa angin petang bercampur bau tengit sampah dari tong sampah besar di bahagian belakang flet itu, terus menjenguk ke bawah dan terlihat brader kita ni yang dalam keadaan 'nazak' itu!

'ada apa sih?!' warjuki mahu tahu!
'kau tunggu aku kejap! tunggu kat atas tu, jangan turun dulu! ada emergency!'
'ada apa?!'
'emergency! kau tunggu!'
'tunggu?!'
'ya tunggu aku!'
'tunggu kamu?'
'ya tunggu aku!'
warjuki mengangguk dan dia amat lega sekali! terus buat pecutan seratus meter sekali lagi, dan belum pun sampai di depan lif dah mula maki dalam hati! 'babi punya lif!!!' terus memecut naik.

dia tiba di depan warjuki tercungap-cungap! lencun! peluh menitik-nitik....
'kok mandi tak lap badan, dong?'
'mandi kepala hotak kaulah! er, kau nak pergi mana ni?'
'beli rokok, sambil beli nombor!'
'berapa lama?'
'paling lewat setengah jam, napa sih?'
'pinjam kunci rumah?'
'apa-apaan sih?'
'pinjam ajelah, aku mau berak!'
'loh, kunci rumah kamu di mana?!'
'banyak soal pulak kau ni, tinggal dalam kereta, terkunci!'
'aduh!' sambil menghulurkan kunci rumahnya itu!
'aku pinjam kejap ye, nanti karang kunci kau ni aku taruk bawah pintu!'
'iya dong!'
warjuki mula melangkah untuk pergi, dia bergegas masuk rumah, kunci pintu dari dalam, tak tunggu terus tanggalkan seluar, nampaklah jelas seluar dalam warna orennya yang dah pudar dan kalau dibelek betul-betul ada warna coklat akibat gigitan ekor taiknya sebentar tadi!

dia terus masuk tandas, tapi mulutnya ternganga! la?! mana jambannya? dia garu kepala! ternampak 'toilet bowl duduk' yang baru hendak dipasang sedangkan 'jamban cangkung' yang lama dan ditutup dengan simen!

'aduih!' sambil menepuk kepalanya!

ini betul-betul kes maha dahsyat ni! mujur dia panjang idea, gelidah kat dapur jumpa plastik sampah yang besar warna hitam! muatlah kalau dimasukkan punggungnya ke dalam! hm, okeylah ni! terus ditanggalkan seluar dalam warna orennya itu, masuk jamban yang tak siap itu, mencangkung sambil menyarungkan plastik hitam yang besar itu lalu dilepaskan taik-taik yang 'marah' itu sepuas-puasnya sambil menggelinting-gelinting keenakan!

lega sebab dia sempat melepaskan taik-taiknya itu di tempat yang sepatutnya... mujur tak terburai kat dalam seluar! lepas basuh punggung, sempat hidu jari sendiri, dia mula fikir mana pulak nak buang taik ni! sia-sia aje kena maki free dengan warjuki nanti kalau tinggalkan kat dapur! dahlah bau tak hengat!

pusing-pusing kat dapur, cari mana tempat untuk campak, memang tak ada tempat sesuai nak buang! jenguk kat tingkap, tersengih bila nampak tong sampah besar di belakang flet yang penuh sampah sarap seminggu tak dipungut! maka dia terus buka tingkap dan angin petang yang kencang berbau 'tengit sampah' berpusu-pusu masuk mengerbangkan rambutnya yang masih kukuh diselaput wet gel yang telah basah!

'hm, ada pun tong sampah! apa ada hal, aku ni pun dulu bekas juara pelontar cakera!' dia tersengih-sengih!

tingkap dibuka seluas-luasnya, bayu petang yang 'tak' segar baunya itu semakin galak bertiup, dan dia mengambil langkah ke belakang sedikit bagaikan pelontar cakera handalan dan mula menghayun tangan sambil memegang plastik sampah berwarna hitam itu! plastik sampah berisi 'harta'nya itu diputarkan di atas kepalanya sekuat-kuat hati bagaikan kipas helikopter, laju, laju, laju dan semakin laju sebelum dia tujukan tepat ke arah tong sampah itu.

dush....!

kehebatannya memang terserlah kerana lontarannya amat tepat sekali, lalu plastik sampah berisi 'harta'nya itu menjunam melalui tingkap yang terbuka luas dan mula terapung-apung di udara, dibuai-buai pula oleh angin petang yang 'tak' segar itu! bagaikan sehelai bulu ayam yang beroleng-oleng di udara! turun-naik, naik-turun, dan turun lagi, naik semula, naik lagi, turun sikit, dan naik semula! lantas, dia mula bingung!
'aik?! kenapa tak terus turun menjunam?! kenapa beroleng-oleng?!' dia semakin bingung dan biul!

sementara dia berfikir-fikir itu, plastik pula masih lagi beroleng-oleng dibuai angin, tiba-tiba terasa satu titikan di kepala! lalu, apabila ditoleh ke siling dan dinding dapur, tepekan taiknya yang berwarna coklat pekat itu bersememeh di seluruh dinding, siling, almari, pinggan mangkuk dan kawasan-kawasan 'tinggi' yang sewaktu dengannya!

'alamak! mati aku!!!'

punyalah panik terus dia belek tengok jam! warjuki akan balik paling lama setengah jam, katanya! mampus aku kena bunuh! dahlah dia budak madura! mampuih!

dan, saat itu juga, dia terlihat maniam yang sedang menyapu sampah di tong sampah besar!

'maniam!!! maniam!!!'

maniam mendongak! terlihat brader kita tu sedang melambai-lambai ke arahnya!

sambil melaung. 'yes abang? apa problem?!'
'sekarang naik maniam, ada job mau kasi! simple job saja!'
'apa job abang?'
'naiklah atas kita bincang!'
'vokeh abang, sekarang saya datang!'

berdebar-debar macam nak pecah dada sambil belek jam di tangan dan setengah jam yang dijanjikan tinggal sepuluh minit sahaja lagi dan apabila kelibat maniam tiba dengan peluh tengitnya dia sambut dengan senyuman!

'apa job abang? urgent ka?!'
'very urgent! er, kalau kau kasi cuci taik, berapa lama boleh kasi siap?'
'acho... tengok berapa banyaklah abang!'
'sikit aje, satu orang punya taik aje!'
'ooooo, itu macam kalu abang, less then one minit, settle!'
'sure ka maniam?!'
'ini maniam la abang! sapa tarak kenal maniam dalam ini flet?!'
'okeylah maniam, kau kasi settle dalam seminit, aku kasi kau upah sepuluh ringgit!'
'sepuluh ringgit abang! god bless you la abang!' gembiranya maniam tak terkira! kerja senang upah lumayan! 'wow! itu macam kalu, setengah minit saya kasi settle!'
'okey! jom!'

tiba di dapur maniam terus tak sabar nak bersihkan taik untuk 'seorang' itu. 'mana itu taik, abang?' sambil mencari-cari di lantai tak pulak kelihatan!

'bukan situlah maniam, itu atas sanalah!'

apabila maniam terlihat saja lepekan taik yang bersememeh di seluruh dinding dan siling serta almari itu, dia terus ternganga! sambil menggeleng-geleng tak berhenti sekitar seminit! 'acho! amma! wuru ilek!'

brader kita pulak tu dah semakin bingung bercampur risau! 'apsal maniam?!'

sambil menyeluk poketnya, maniam keluarkan sekeping not lima puluh ringgit dan hulurkan kepada brader kita itu! 'abang... saya lima puluh jugak kasi up la abang... kasi cirita sama saya, macam mana semua ini boleh terjadi!'

dan, saat ini, warjuki dah pun tiba di tingkat enam belas, setingkat saja lagi untuk tiba di rumahnya....

jengjengjeng....

cermin aku, aku nampak diri aku, yang sebenar-benarnya....

...tu yang kadang-kadang aku malas nak belek 'cermin aku' ni! leceh! banyak sangat benda-benda yang aku sorok terbongkar dengan sendirinya! aku macam korang jugak, sama aje kita ni! dua kali lima, lima kali dua. kadang-kadang, ada egonya, ada degilnya, ada hipokrit yang tegar, dan ada sesuatu yang kita cuba lindungkan dari pengetahuan orang! Tapi, cuba bila kita sendirian, apabila 'cermin aku' terpampang di depan mata! masa tu, korang akan nampak wajah korang, diri korang, juga... isi hati korang yang sebenarnya! mulalah mata korang melilau kiri dan kanan, perasaan takut-takut menjelma, risau kalau mak lalu ke, nenek lalu ke, ataupun sesiapa aje yang korang tak mahu mereka melihat pantulan diri kamu di 'cermin aku' itu! kenapa ek? hehe, sebab banyak rahsia yang korang sembunyikan! betul tak? tapi, melalui 'cermin aku' itu, tiada rahsia yang dapat disembunyikan sebab diri korang telah ditelanjangi!

cuba untuk sekali ini korang jujur dengan diri korang semasa merenung 'cermin aku' itu! macam aku, aku cuba sejujur-jujurnya untuk menjadi aku! aku yang aku, bukan aku yang pura-pura kononnya bukan aku!

bila kali terakhir korang jumpa orang yang korang selalu kutuk, selalu benci, selalu menyampah, tak tau sebab apa, tengok muka aje korang meluat! dengar nama aje korang dah nak muntah! padahal, korang tak pernah kenal pun dia siapa?!

dengar aje orang yang korang benci tu accident motor, terus dalam hati korang berkata!
'padan muka, biar mampos!'

ada kan? pernah kan korang buat macam ni? ha... jangan bohong! ada tak? tak ngaku?! allah nampak, allah tahu!
(aku pun pernah, bohong kalau aku katakan aku tak pernah!)

dan, orang yang korang tak kenal pun dia siapa itu, sekadar 'hate at the first sight', tiba-tiba nazak! anak bini meraung di sisi! mak bapak bertangisan hiba! sanak saudara kesedihan, dan, baru aje tadi detik hati korang berkata....
'padan muka, biar mampos!'

korang betul-betul nakkan dia mampos? (tanpa sebab khusus) betul korang sanggup tengok dia mampos sedangkan dia tak pernah pun cuit korang! usik korang! atau, tipu korang, perdaya korang, hanya korang bencikan dia tanpa sebab! mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan, terpengaruh dengan blog yang disebarkan, benci sebab dia ada kereta lebih mahal dari korang, bini atau laki yang lebih molek dari korang, rumah lebih besar dari korang, atau apa saja alasan yang korang sendiri saja tau?!

dan, last-last dia mampos jugak! (mungkin dari berkat doa korang itu!)

anak bininya meratap sepi, kaum keluarga menangisi, dan korang gembira tak terperi! adakah kegembiraan korang di atas kejatuhan dan kemusnahan hidup dia mampu memberikan korang kebahagiaan?

renung lagi diri korang tu di dalam 'cermin aku' dan cuba ingat-ingatkan bila kali terakhir korang membabikan orang lain, menghina, mengutuk, mencarut, atau apa saja yang korang katakan di dalam hati korang dengan niat mahu menjatuhkan, menjahanamkan orang yang korang benci itu? (tapi ini hanya melibatkan orang yang korang benci dari jauh aje ek!)

aku pernah macam ni dulu! bila aku baca saje kisah 'seseorang' yang memang aku benci dari jauh, (tapi aku tak kenal pun dia secara peribadi), dan kalau ada saje kisah buruk mereka terpampang di akhbar yang mungkin boleh menjadikan mereka sedih ataupun sakit, terseksa, derita atau apa saja yang tak baik, aku akan bertempik riang!

'padanlah muka, mampos la kau cepat!'

sedangkan, aku tak tau kebaikan yang pernah dibuatnya! mungkin dia pernah pinjamkan payung pada seorang tua yang menggigil kesejukan di bawah curahan hujan! atau....
menghidangkan segelas teh-o panas kepada orang yang kehausan! atau....
bertempik pada seekor kucing yang sedang enak tidur di bawah tayar kereta yang sedang reverse mujur tak sempat digilis! atau....
sekadar menepukkan nyamuk gemuk kekenyangan yang menggigit lengan temannya....

lalu... bila aku berkesempatan bertemunya mata bertentang mata, lantas dia tersenyum mesra....
'hai apa khabar, baik?'
'er, hm... okey s-saya okey, b-baik!'
'alhamdulillah! er, nak minum, er order la, minum aje apa-apa! saya belanja ni, minumlah, order aje!'

apa yang akan aku lakukan?! orang yang aku doakan mampos cepat, yang aku tak pernah jumpa sebelum ini hanya baca beritanya di akhbar yang sampai aku meluat dan benci sangat tiba-tiba pelawa mesra aku minum siap dia yang belanja, apa yang perlu aku buat?

mintak maaf?!
minum sambil pura-pura gembira?!
maki hamun dia dan bagitau dia yang aku benci giler dengan dia?!
ludah muka dia?!
terang-terangan mintak dia mampos cepat?!
pura-pura puji dia konon dia hebat!
pura-pura kagum dengan kehebatannya!

atau apa?!

boleh korang bagitau aku apa yang perlu aku buat? sebab, aku tak nafikan, bila aku terbaca berita tentang orang yang aku benci (tanpa sebab), itulah selalunya aku harapkan!

biar dia mampos cepat!

tapi, setelah aku renung diri aku dalam 'cermin aku' (sekarang ini)... adui, malunya, hinanya, bencinya aku pada diri aku yang dulu! sungguh, itulah aku dulu! bukan ada sebab pun, tak pulak 'orang yang aku benci' itu pernah ganggu aku, (tak pernah pun), aku sekadar 'hate at the first sight', dan terus saja aku meluat, dan kalau aku benci aje tengok muka dia, terbaca aje berita dia di akhbar (tak kira elok atau buruk), memang aku mintak dia mampos cepat!

pernah tak korang berperangai macam ni?!

ya, allah, aku terlupa sebenarnya, ingatkan aku sendirian saja merenung 'cermin aku' itu, aku alpa yang kau juga sama-sama menonton keanjingan diri aku itu....

apakah yang perlu aku buat sekarang ini?!

tanyalah 'cermin aku'!

Thursday, July 1, 2010

pak cik tua dan bangku kayu....

...kalau dulu, masa zaman budak-budak, ada orang panggil aku kaki bangku, aku bengang, sebab masa tu aku perasan aku ni johan cruyff! korang kenal ke siapa johan cruyff ni? tak kenal?! sure ke ni korang tak kenal? hm, dia nilah pencipta total football untuk pasukan oranje!

aku dulu, zaman aku kecik dulu, sekitar tahun 1978, masa tu holland kalah dengan argentina dalam final piala dunia, aku suka tengok johan cruyff gelecek pemain pihak lawan! aku yang bayangkan aku adalah dia, akan menggelecek pokok-pokok bunga mak aku di laman! (mak aku ni memang suka tanam bunga dan tangannya sejuk! bunga akan subur kalau dibelainya!) dan, sampai sekarang pun, mak aku masih tegar tanam bunga! kalau aku datang ke rumah, nampak dia sedang siram bunga, atau kerja cabut rumput, aku akan marah dia! aku tak nak lagi dia buat kerja-kerja tu sebab mak dah terlalu tua! dan mak, kalau nampak aje aku datang, masa tu pulak dia sedang belek bunga, akan bergegas masuk ke dalam rumah sebab tau aku akan marah!

anak mana yang sanggup tengok mak yang dah tua berjemur di panahan matahari! korang sanggup ke? sure tak, kan?!

tengah hari tadi, masa aku nak hantar anak jantan sekor aku tu ke tadika lee rubber, aku terlihat seorang pak cik tua, agak berumur jugaklah, kalau tak silap pandangan mata aku sekitar lima puluhan kut?! dia memikul sebuah bangku panjang diperbuat daripada kayu! sebenarnya, dah lama dah aku terserempak dengan pak cik tua ni di sekitar kawasan rumah mak aku di gombak setia dan kawasan berhampiran! aku tanya bini aku, ingat lagi tak pak cik tua tu? Bini aku tu pun perasan dan dia kata kalau tak silap, dah hampir lima tahun dia perasankan orang tua dan bangku kayu itu!

seingat aku dan bini aku, lima tahun dah pak cik tua itu memikul bangku kayu untuk dijual! terus aku mengetap bibir, menarik nafas dan sekilas melihat kelibat pak cik itu melalui cermin sisi kereta kangoo aku (anak aku panggil kangaroo) sebelum aku memasuki simpang ke taman ibu kota untuk ke tadika anak aku itu!

berapa banyakkan dalam tempoh lima tahun ini, bangku kayu itu telah terjual? adakah orang yang membelinya? dengan kederat tulang empat kerat, hanya sebuah bangku kayu itu saja yang termampu dipikulnya! dan, aku lihat dia akan merayau-rayau di sekitar gombak dengan berjalan kaki, mengharap ada simpati pelanggan yang mahu membelinya! tetapi, aku ragu-ragu ada orang yang membelinya? ada ke? ada sesiapa di sini yang pernah membeli bangku kayu itu?

terdetik di hati, dalam aku melayari kehidupan serba payah ini, yang diancam pelbagai tekanan dan pancaroba, aku cuba bandingkan kehidupan aku dengan pak cik tua itu? aku taklah sampai memikul bangku kayu untuk dijaja (walaupun aku ini muflis), yang belum pasti ada pelanggan mahu membelinya! apatah lagi, trend kita sekarang ini yang kalau mahu membeli perabot atau bangku kayu macam tu, baik pergi ke ikea sahaja! berlambak pilihan ada, tinggal duit aje jawapannya! dahlah pemilik ikea itu pernah menjadi orang terkaya di dunia beberapa tahun kebelakangan ini! namun, aku pasti, sejarah pemilik ikea berasal dari sweden itu taklah sampai memikul bangku kayu untuk dijual?!

aku dapat lihat kecekalannya! di bawah mentari terik, dia melangkah memikul bangku kayu! juga kalau allah turunkan hujan, akan mandilah dia bersama bangku kayunya itu! tanpa suara, tanpa jeritan memanggil pelanggan, tanpa merayu, tanpa papan iklan, pak cik tua itu terus memikul bangku kayu itu dari rumah ke rumah, mengharap simpati orang yang sudi membeli bangku kayunya itu!

pejam mata korang untuk seketika! bayangkan mak bapak korang! di mana mereka sekarang ini? mungkin di kampung, melayari hayat tua? atau di banglo agam menikmati kemewahan yang dikecapi setelah bertungkus lumus di masa muda mereka? atau, sekadar biasa-biasa saja melayani cucu-cucu yang korang tinggalkan kepada mereka sewaktu mahu berdating dengan isteri tercinta! adakah nasib mak bapak korang itu sama seperti nasib pak cik tua dan bangku kayunya itu?

terus wajah mak terbayang! dalam usia mak aku 73 tahun, dia duduk sendirian di rumahnya di gombak setia! aku pernah degil dengan mak masa aku kecik-kecik dulu! (aku banyak dosa dengannya!) selain menggelecek bola di celah-celah pokok bunganya, aku juga pernah bertarung dengan pokok keladi mak yang subur menghijau yang aku anggapkan sebagai musuh lalu aku sepak terajang rumpun keladi mak yang saban hari disiram dan dibajainya itu!

bila mak marah kenapa aku lunyaikan pokok keladinya itu, aku marah mak aku balik! bagi aku, gambaran aku pada usia lapan tahun itu, pohon-pohon keladi yang subur, yang ada tangkai merah yang kulihat seperti tanduk musuh, adalah lawanku yang perlu aku hapuskan!

hiyaaaaa! (gaya karate kid) dengan satu lompatan kungfu, lima enam batang keladi menyembah bumi! tak puas dengan itu, aku berlari ke dapur, mengeluarkan lading atukku, lalu kulibas sisa-sisa musuh bertanduk merah itu sehingga terputus dua, bagaikan kepala musuh yang bercerai dari badan!

dan, mak aku hanya mampu mengutip helai-helaian daun keladi yang telah gugur di tanah dengan linangan air mata....

ya, allah mak, banyak sangat dosa anak mak ni! tapi, aku taklah sampai meninggalkan mak aku, menjaja bangku kayu untuk dijual! sebagaimana, anak-anak pak cik tua itu, yang sanggup membiarkan bapaknya ditemani bangku kayu yang belum tentu bila akan dijualnya itu! (mak maafkan aku ye, kan aku dah belikan mak bunga kenanga yang mak mintak untuk hiasan hari raya tiga tahun lepas? mak ingat tak? itu untuk menggantikan pokok keladi tanduk merah mak yang dulu tu aku kungfukan, hehehe!) seronok aku tengok mak aku tersenyum bila aku turunkan pokok kenanga itu di laman rumahnya dulu...

berbalik pada pak cik tua dan bangku kayu itu! dah makan ke dia? dah minum ke dia? apa agaknya sarapan pagi pak cik tua tu? apa pulak lauknya tengah hari ni? dalam lima tahun aku terserempak dengan dia, (banyak kali dah) sekali pun aku tak pernah tengok pak cik tua itu berhenti makan di gerai! mungkin tak mampu? atau, mungkin isterinya dah sediakan lauk di rumah? dia ada isteri ke? ada rumah ke? kat mana pulak rumahnya? anak-anaknya mana?

namun, semua persoalan itu tak ada jawapannya sehingga kini! bersyukurlah korang sebab korang tak sampai memikul bangku kayu untuk dijual! korang masih mampu makan di gerai! dan, yang paling penting, kalau korang masih ada mak, masih ada bapak, korang ciumilah dahi mereka! baulah kulit mereka! bau itulah yang telah membawa korang ke dunia ini, menjadikan seperti korang sekarang! tanya pada diri korang tu, bila kali terakhir korang menciumi dahi mak atau bapak? kalau belum, ciumlah sekarang sebelum korang cium nanti, dahi mereka dah dingin dan mereka tak lagi tersipu-sipu malu!

okeylah, aku nak singgah kat rumah mak aku, nak cium dahi mak lagi! nak cium dahi mak puas-puas sementara masih panas, tak nak cium bila dah sejuk nanti! kopi-o mana sedap kalau diminum bila dah sejuk, kan? hehe, macam tulah dahi mak, sedapnya kalau dicium panas-panas!

bye! kalau korang yang sedang baca repekan aku ini adalah anak kepada pak cik tua dan bangku kayu itu, ciumlah dahi dia semasa sedang panas ini....