There was an error in this gadget

Thursday, April 14, 2011

are you guys ready to....

... xxxx?!

baca paper hari-hari cerita pasal mati. kemalangan ngeri, tragedi, pembunuhan, bunuh diri, dan macam-macam jenis kematian. macamlah mati ni seronok sangat. seolah-olah kematian ni ada banyak episod. hari ni mati, esok lusa korang hidup balik jadi orang lain pulak! mungkin dihidupkan untuk jadi jutawan sedangkan masa korang mati korang ni kerja despatch aje, atau petani atau orang susah. kadang-kadang aku terfikir jugak, sebelum ni diorang yang berita kematiannya kita baca kat paper hari ni pun sure pernah baca paper pasal kematian orang lain, betul kan? tau-tau, esoknya, korang dan aku pulak baca berita pasal kematian diorang la pulak.

ada setengah orang marah kalau cerita pasal bab mati ni. ada jugak takut nak cerita. ada yang kata, jangan cakap pasal mati, nanti datang bala. macamlah kalau cerita pasal kematian aje, tak lama kemudian kita akan mati. hello, geng, tarikh kematian kita dah ditetapkan allah, okey! tapi, kita sebagai hamba allah ini, hanya mampu pasrah. tak ada sorang pun tau bila, di mana, bagaimana kita akan mati. melainkan dia bunuh diri dan tetapkan pukul berapa, kat mana, cara apa diorang nak mati. ni orang bangang namanya.

aku pun yang dah hari-hari terbaca berita kematian ni (sebab bini aku ni suka sangat baca paper jenis macam ni) terus terbayang. nanti, kalau tiba hari aku mati, macam mana ek? sure bini aku panik. dahlah dia tengah sedih (agaknyalah) tentu tertekan macam mana nak uruskan mayat aku ni!

jadinya, satu pagi tu sedang aku sarapan dengan bini aku tu (dia sedang belek paper pasal mati ni) aku pun mencelah.

'wak, nanti kalau saya mati, awak uruskan jenazah saya ni kat masjid aje ye!'
bini aku pandang mata aku tajam, terhenti baca paper tentang berita emak bunuh dua anaknya sebelum dia pulak bunuh diri sendiri. 'apa awak merepek ni?!'
'eh siapa merepek, saya cakap betullah!'
'kenapa tiba-tiba cakap pasal ni?!'
'wak, kita ni, saya, awak, bila-bila aje akan mati! kita tak tau masanya, tempatnya, caranya, jadi apa pun, mati tetap mati! sebab tu, saya nak pesan, kalau saya mati nanti, nanti tu tak tau bila, mungkin esok lusa, mungkin lima puluh tahun lagi, saya hanya nak... segala urusan pengkebumian, buat kat masjid aje!'
'hm, apa-apa ajelah wak....'
'eh saya serius ni! kat masjid semua lengkap, tempat mandi mayat, kafan, senang orang nak sembahyangkan jenazah saya... lagipun, senang orang nak datang ziarah, tempat parking banyak!'
'hm, masjid mana awak nak saya letak awak nanti?'
'masjid al-syakirinlah, dekat dengan rumah mak saya! orang pun senang cari!'
'kain kafan brand apa awak nak pakai nanti?!'
'awak main-main ye!'
'la, kata persediaan nak mati, bagitaulah saya brand apa, boleh saya cari nanti, tak pun lepas breakfast ni kita beli siap-siap kain kafan awak tu, okey?'
'awak ni, saya serius awak main-main!'
'awaklah, merepek, pagi-pagi cerita pasal mati!'
aku ketawa. 'saya nak awak senang nanti, tak panik! kalau saya mati, cari imam lias, dia kenal saya, saya membesar dengan dia, anak-anak dia semua kawan saya, nanti senang uruskan jenazah saya!'
'hm, okey, kalau ada nombor handphone dia awak sms kat saya, nanti saya save, kalau awak mati nanti senang saya contact dia!'
'awak ni ambik ringan aje apa yang saya cakap ni ye?! kalau allah nak saya mati kejap lagi, ha, kejap lagilah saya mati, apalah awak ni! bukannya saya cakap pasal hal mati ni saya mintak nak mati! awak ingat saya dah ready ke, gila, dada kosong, iman rapuh, rasanya, kalau saya mati aje, terus mungkar nangkir tak soal, terus seksa aje! confirm banyak dosa dari pahala!'
'hah! dah tau macam tu, janganlah cerita pasal mati, kan bagus cerita pasal nak ubah diri, nak buat lebih banyak ibadat... dahlah, terus saya takde mood!' melambai kakak pelayan. 'kak, kira ni!'
kakak pelayan lenggang-lenggok datang sambil senyum. 'kira?!' matanya tajam merenung mangkuk bini aku. 'aik, tak habis pun mi soto ni?' tersengih. 'kenapa? tak ada selera?'
'selera dah mati! nasib suami aje yang tak mati!'

kakak pelayan telan liur muka berubah terus kumat-kamit mengira. hulur kertas siap harga.

aku terkedu! serius sangat marah bini aku pagi-pagi ceria ni. hm, apa nak cakap. perut lapar, nasi lemak baru suku aku belasah! bini aku pun dah bayar, dah pun blah tunggu depan kereta. kakak pelayan pun dah ambik pinggan! nak tak nak aku sedut laju-laju teh-o ais nipis yang dingin. kalau aku mati, tak sempat lagi menikmati kelazatan makanan ini....

are you guys ready to matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?!

4 comments:

Zeff King Cold said...

Heeheehe....blom sedia..tapi pastiii tiba..ride safe

Afiq Ah said...

banyak lagi pahala yang kurang atas bahu aku. tapi benar kata zeff. kita akan mati juga.

dylla said...

mne button like nih?hehe

skrinhijau said...

err bro .. kenapa bini yang bayo? hehe

Post a Comment