Monday, July 4, 2011

hargailah kehangatan....

hahahaha! lama dah tak menulis kat sini ye! sibuk tak sibuk. cuma malas aje sebab idea tak ada. tak tau apa yang aku nak merepek lagi. hidup ni rasa monotonous betul. bangun pagi, muka bini. tidur malam, muka bini. tulah muka yang aku tengok kali pertama aku celik mata awal pagi, dan yang terakhir aku belek sebelum tidur lewat malam. bertahun-tahun dah, tak sedar masuk tahun yang kedua belas. muka itu itu itu aje!

kadang-kadang bila tengah malam aku bangun kencing, nyamuk pulak berdengung kat telinga, mulalah mata payah nak lelap. aku belek muka bini aku. aku belai pipinya yang hangat. aku biarkan nafas hangatnya yang mengwap belakang telapak tangan. aku picit hidungnya sampai dia susah nak bernafas. dan, adakala tika romantik, aku kecup bibir mulusnya sambil dia menenyeh-nenyeh mulutnya separuh sedar.

dan ketika aku peluk tubuhnya itu, aku terasa akan kehangatan yang abadi, yang indah, yang pesona, yang segala-galanya anugerah allah kepada aku sebagai suaminya. adakah itu cinta? aku tanya pada diri aku sendiri. adakah itu nafsu berahi? atau itu kasih sayang, atau rindu? atau apa?!

kerana dialah aku kini menjadi papa. kerana dialah aku menjadi ketua keluarga. kerana dialah aku kenal apa erti kecundang dan bangun. di saat aku ditimpa petaka, ketika air mata membanjiri pipi, di waktu aku dicemuh, dialah yang sering gagah di sisi dan berbisik: 'tak apalah wak, orang buat kita, mungkin itu ujian allah untuk kita bangun semula. apa pun saya tetap bersama dengan awak!'

cukup ke hanya dengan setia bersama aku? cukup ke untuk membuat aku senyum semula?!

aku cuma bayangkan, bila tiba saatnya, antara aku dengan bini aku tu, bila aku peluk tubuh dia, aku hanya rasa akan kedinginan jasad yang kaku. masa tu, sanggup ke aku teruskan kehidupan yang semakin monotonous ini sendirian?!

ataupun dia yang peluk dulu tubuh aku yang dingin kaku?!

agak-agaknya siapa yang dulu?!

hanya allah yang tahu!

2 comments:

achai kochai said...

super bang

keet said...

yg penting kena hargai apayg masih ada dengan kita skang lah kan..

Post a Comment