Monday, July 25, 2011

apa ada dalam saputangan tu ek...

...tekalah... aku gerenti korang sure tak tau?!

pernah ke korang terfikir yang korang ni beruntung? tak kan? semua rasa banyak benda lagi yang tak cukup. yang kurang. ada aje yang orang lain ada, korang tak ada. ambik contoh handphone aje pun cukuplah. bila korang picit butang handphone milik korang tu, terbayang kecanggihan handphone kawan yang lebih hebat, lebih mahal. belek cermin dengan apa yang korang pakai, terbayang pakaian kawan yang jauh lebih branded, lebih mahal. macam tu jugaklah bila belek kasut, handbag, kereta dan apa lancau lagilah. semuanya nak kena banding dengan apa yang orang lain ada, yang orang lain pakai.

hehe! aku pun sama gak. bila tengok member lain pakai kasut branded, aku belek kasut superstar lusuh aku yang tak bertukar-tukar. nak jugak kaki aku ni rasa pakai kasut lv, atau gucci.

bini aku pun (lewat kebelakangan ni) ada menyebut-nyebut nama birkin, terus aku basuh suruh diam. bukan apa, aku tak layak untuk semua itu. tak mampu pun. macam mana aku nak lamar birkin untuk bini aku tu. jadinya, biarlah nama-nama besar itu menjadi teman mimpi di malam hari. wakakaka! sian bini aku! (tak pasal-pasal kena herdik)

inilah yang sejak ribuan tahun dari zaman rasulullah dulu hingga kini, malah sampai terbentuk dalam diri kebanyakan manusia (termasuk aku), untuk memerangi nafsu adalah sesuatu yang hampir mustahil.

aku sendiri kalah, bro. part-part untuk memenuhi tuntutan jiwa ni aku selalu tewas. kalau tak sebab aku ni gila kereta dulu, taklah aku jatuh muflis. kereta punya pasal, aku kena niaya, terpaksa aku kena hadap panjat pejabat insolvensi setiap bulan, hulur duit bayar ansuran bulanan. dari lima puluh ringgit sampai dah naik dua ratus lima puluh.

ah, tu cerita lama, kisah 13 tahun dulu.

apa yang aku nak cerita hari ni, ialah pasal kerakusan aku, korang dan semua orang yang bernama manusia. kita berlumba-lumba mengejar aset dunia dan kadangkala terlupa untuk mengumpul aset akhirat (termasuklah aku).

aku nak kongsi satu cerita yang aku ceduk dari pengalaman kawan baik aku (maaf tak boleh bagitau siapa) dan ini adalah satu kisah benar untuk renungan semua....

kawan aku ni seorang yang berjaya dalam hidupnya. dengan bakat istimewa yang dimiliki anugerah dari allah, dia mengecap kehidupan yang mewah. berkereta besar, motor besar, dan hampir memiliki apa yang dia ingini. satu hari tu, sedang aku duduk bersembang di sidewalk kopitiam, terbukak satu cerita silam yang diceritakannya pada aku untuk renungan bersama....

'satu hari aku balik kampung. pergi sembahyang jemaah kat masjid. aku park kereta mewah aku kat dalam perkarangan masjid dan tak banyak kereta mewah yang ada sebab taraf penduduk kampung taklah macam orang bandar. aku pergi saing dengan abang aku dan duduk sebelah menyebelah dalam masjid sambil dengar imam baca khutbah.

'sedang asyik mendengar imam baca khutbah, datanglah peti duit yang ada roda bergolek depan aku menuntut sumbangan. aku seluk poket, terasa berkepul duit lima puluh dengan not seratus silih bertindih yang aku baru keluarkan dari bank. aku tercari-cari duit kecik yang ada tersorok dalam poket dan aku genggam beberapa keping syiling yang berbaki masa aku minum pagi tadi dengan abang aku. aku seluk semua syiling yang ada dan sumbatkan ke dalam peti duit itu. perlahan-lahan aku tolak peti tu pada orang sebelah.

'sebelah aku tu duduk seorang tua yang tangannya terketar-ketar, yang begitu payah menyeluk poket baju melayunya yang lusuh. songkok hitamnya pun aku tengok begitu lusuh berwarna coklat baldunya, tak hitam macam songkok yang aku pakai. aku nampak saputangan yang bersimpul erat dikeluarkan dari poketnya dengan susah-payah. begitu juga payahnya dia cuba membuka simpulnya itu. aku tak lagi khusyuk dengar khutbah sebab ralit melihat gelagat lelaki tua yang duduk sebelah aku tu.

'akhirnya simpulan saputangan itu dapat dibuka. tau apa yang ada dalam simpulan itu? ada satu lagi saputangan yang bersimpul. dan dengan susah payah, dia buka lagi simpulan itu dan akhirnya dikeluarkan di atas tapak tangannya yang terketar-ketar itu tiga keping duit syiling. satu duit syiling lima puluh sen, satu dua puluh sen dan satu lagi lima sen.

'aku telan liur. dalam hati aku berkata: tujuh puluh lima sen aje yang dia ada! dengan jari tangannya yang terketar-ketar, dicapainya syiling lima puluh sen itu lalu dimasukkan ke dalam peti duit. aku terkedu. aku melihat lagi dan dengan tangannya yang terketar-ketar itu juga dia simpulkan semula baki duit berjumlah dua puluh lima sen itu. saputangan yang bersimpul itu kemudiannya disimpulkan lagi pada saputangan yang lagi satu itu lalu perlahan-lahan disimpannya di dalam poket baju melayunya yang lusuh. kemudian, perlahan-lahan dia menolak peti duit itu pada orang sebelah.

'shit, fuck, bloody hell! itulah yang aku rasakan hari itu. aku renung diri aku, betapa allah anugerahkan aku bakat yang memberikan aku kemewahan, tapi, apa sumbangan yang aku bagi. dalam berkepuk duit yang aku ada, aku keluarkan yang paling sedikit bilangannya, manakala, orang tua itu, dia berikan sumbangan yang terbesar di dalam kedaifan yang dia miliki! astaghfirullah, aku beristighfar dan mengutuk diri aku sendiri.

'balik aje rumah, aku cerita kat mak aku tentang kejadian itu dan mak aku bagitau, beringatlah sebab ada benda yang allah mahu aku fikirkan serta ubahkan sikap yang aku miliki!

'dan... yang paling pelik sekali, yang membiulkan aku, bila aku tanyakan pada abang aku tentang orang tua itu, mati-mati abang aku cakap, dia tak nampak pun ada orang tua duduk kat sebelah aku! jeng, jeng, jeng....

'agak-agaknya ye, apakah erti semua ini, betul ke aku yang bermimpi atau ada petunjuk yang allah nak bagi? wujud ke orang tua itu atau dia sekadar hadir dalam khayalan aku yang fana?'

hm?! aku pun terkedu... bila aku tanya member aku tu betul ke orang tua tu tak ada? dia sendiri mati-mati kata dia dengan mata kepalanya tengok gelagat orang tua tu, tapi yang herannya, abang dia kata, tak ada orang tua yang duduk di sebelahnya?! hakikatnya, korang rasa, siapakah orang tua itu? apa yang korang dapat rumuskan daripada cerita benar kawan aku ini?! ini bukan cerita yang aku reka tetapi pengalaman benar dari seorang manusia biasa macam aku, korang dan kita semua. entahlah, tepuk dada, tanya selera, dan perbaikilah diri kita dari masa ke semasa dan renungkan....

2 comments:

-cry reen- said...

insafnye.. T_T

Cik Norfa said...

baca dari reen la ni share kat fb...
aku pun sedar sesuatu ttg entry ni.
nak cakap pun tak reti. thanks sbb share benda2 mcm ni.

Post a Comment