There was an error in this gadget

Tuesday, August 14, 2012

selamat hari raya mak....

dah dekat sangat dah raya nak datang.  tup-tap-tup-tap, dua belas tahun dah aku sambut lebaran dengan bini aku tu.  bilalah pulak aku nak sambut raya dengan bini-bini aku pulak?  tak sempatlah nampak gayanya sebab sampai sekarang aku masih ada satu bini. beraya dengan bini aku tu ajelah rasanya.  asyik-asyik tengok muka dia.  sebelum tidur, muka dia, bangun tidur muka dia jugak yang aku tengok, yang muka toya ada air liur basi meleleh tu.

tak tau sampai berapa belas tahun lagi aku akan sambut raya dengan bini aku tu?  mungkin jugak sampai berpuluh tahun lagi.  dua puluh, tiga puluh, empat puluh... eh, kalau empat puluh tahun lagi umur aku dan lapan puluh tujuh?!  ataupun mungkin setahun dua ni saja lagi?!  mana tau?!

apa pun, kalau aku dah tak ada... mungkin bini aku akan kawin lain.  balik kampung rumah suami baru dia tu. padan muka dia.  sebab masa dengan aku, aku balik kampung dia kat padang rengas tiap-tiap tahun.  maklumlah, aku ni orang kl, mana ada kampung.  dulu mula-mula kawin, ada jugaklah raya pertama beraya kat rumah mak aku kat gombak setia, tau-tau mak aku halau suruh balik kampung bini aku tu.  heran jugak aku dengan mak aku ni.  'baliklah rumah mak mertua kau tu, lagipun kau jumpa mak hari-hari....'

tahun ni macam biasa aku balik kampung bini aku.  sukalah dia tu,  nyampah aku.  kalau tak nanti, mak aku yang hambat suruh aku balik kampung mak mertua.  dan, malam raya nanti bini aku akan masakkan rendang ayam dan daging untuk mak.  itu adalah rutin dan kewajipan.  dan, malam raya nanti, sekali lagi aku akan peluk dan cium dahi dan pipi mak, mintak maaf dengan mak, walaupun aku tau mak hari-hari dah maafkan aku dan anak-anaknya yang lain tanpa kami pinta....

selamat hari raya mak, maafkan anak mak ni ye....

6 comments:

Anonymous said...

teruknya kutuk isteri.. haihh

SumBody Me.. said...

untong la mak yang suh balik beraya umah mak mertua..

kirana nakia said...

Abang diat...ada novel baru tak? Lost track dah nakia sejak dan meningkat umur nie...:-)

ahadiatakashah said...

nakia: novel terbaru 'valentine datang lagi dan pergi' dan yang bakal terbit 'resepi dari kubur' serta 'joni togo (rangkaian momok 1)' jgn tak beli!

kirana nakia said...

oo..ok...:) nak cari nanti..lama dah tak membaca novel..btw, abg diat and yati sihat? still teringat kenangan u came to my wedding kat ipoh tu..so suprising..:)

Anonymous said...

Abg AA mna nk dpt Joni Togo episod yg lain? sya dh da 1,2 n 3.dh lama cari x jmpe pun?

Post a Comment