There was an error in this gadget

Thursday, May 9, 2013

borak-borak sekupang....

...cukuplah dengan rega air liur aku yang percuma buat masa ni, hahaha.

pru13 pun dah habis.  tapi, kecohnya masih berterusan.  sampai bila?  aku ni rakyat biasa jer, sepanjang masa berkempen lebih banyak diam.  baiklah aku memerhati sebab aku ni bukannya pandai sangat berpolitik.  yang tak best tu, dalam fb aku dah mula berpuak-puak.  yang sokong bn, tegakkan pendirian mereka, yang sokong pr pulak, tegakkan apa yang mereka perjuangkan.  jadinya, wall aku dah mula timbul banyak provokasi.  padahal sebelum ni semuanya kawan?!  sebab ideologi politik yang berbeza, mulalah berlaku kutuk-mengutuk dan caci-maki.

okeylah, untuk hal ni, baiklah aku sebagai rakyat biasa-biasa ni, buat satu rumusan dan pandangan yang jujur.  aku tak menyebelahi mana-mana, sekadar pandangan peribadi yang aku rasa aku kena suarakan.

bn, gagah dengan slogannya 'dahulukan rakyat'.

pr pulak, hebat dengan manifesto 'untuk kurangkan beban rakyat'.

bagi aku pulak, bn yang dah menang tu, apa kata ambik saja mana yang baik dari pr, hadiahkan pada rakyat yang terbukti dah bagi mandat.  tak rugi pun.  aku rasa, rakyat akan bertambah sayang pada bn.  maknanya, bn kenalah rendahkan pendirian, jangan ego.  kalau harga minyak turun, tol tak ada, aes ditumbangkan, pelajaran percuma, ini akan menggembirakan rakyat.  apa salahnya, kerana seiringan dengan slogan bn rakyat didahulukan.  tak salah pun guna pakai manifesto pr demi untuk rakyat.  aku gerenti, penyokong pr suka, bn pun suka.  rakyat dapat manfaat, bn mungkin akan dapat mandat lebih kuat.

sebenarnya, rakyat bukannya nak banglo mewah ataupun ferrari, mereka sekadar nakkan kehidupan yang lebih baik dan selesa.  itu saja.  yang diorang memberontak, pegang sepanduk, kumpul sambil jerit dan nyanyi ramai-ramai sampai sesak kat stadium, memberontak kat jalan raya tu pun bukannya pasal benci bn, ataupun taksub pada pr.   sebelumnya pun mereka adalah dari puak yang sama jugak, kan?!  mereka itu rakyat biasa yang nakkan sesuatu yang lebih baik.  kalau petrol naik, tol mencekik, aes asyik berkelip, memanglah beban untuk rakyat biasa.  mungkin benda ni yb-yb tak rasa sebab yb hidup senang, baik bn mahupun pr.  sama aje.  tapi, bagi rakyat, ini adalah tanggungan beban yang perit untuk dipikul!  sebab tu aku pesan, fikirkan kesengsaraan rakyat!

aku  ni rakyat biasa ajer, aku taulah.  sebab tu, bagi aku, kempen bn mahupun pr untuk pancing jiwa rakyat bukan sekadar untuk menang pilihanraya.  bagi aku, itu adalah janji dan harapan untuk rakyat.  sebab tu aku cakap, ni khas untuk bn, bertolak ansurlah pada rakyat.  rakyat tak benci dacing, tak jugak taksub pada mata, roket mahupun bulan.  apa yang rakyat mahu hanya kehidupan yang lebih adil dan lebih baik.

bn selalu bangga menjerit dalam tv dan akhbar mengatakan ekonomi malaysia di tahap baik, buktikan dengan berkongsi pada rakyat.  tak perlu bagi ferrari atau banglo mewah sorang sebijik.  sebab tu aku cakap, kalaulah bn pinjam manifesto pr dalam pru13 kali ini (apa salahnya bukan satu dosa pun), aku gerenti rakyat makin sayang pada bn.  tapi, tak jugak bermakna rakyat berpaling tadah daripada pr.  tak jugak.  bn kena perbaiki diri (terutama sikap pemimpin lepas) jangan ulang kesilapan.  rakyat dah dewasa, dah pandai, bukan macam dulu.  kalau bangunkan jambatan, ataupun lebuhraya, hospital mewah, itu ini, mungkin kenikmatan ini hanya dilazati segelintir rakyat.  tapi, kalau kos kehidupan seharian diturunkan, harga barang tak cekik darah, sara diri murah, kenikmatan ini dilazati semua rakyat tak kira kaya ataupun miskin.  bila rakyat dah selesa, negara pasti akan aman.  mana-mana yang kaki jolok bawah meja (aku tau benda ni berlaku setiap hari) hentikanlah.  cukuplah kemewahan yang dah korang kecapi.  puak pr tak perlu lagi baring atas jalan raya, memberontak sebab rasuah dah tak ada, kroni yang dulu pun dah tak dapat kontrak lagi.  aku rasa, ini baru kemenangan sebenar untuk puak bn.  dan jugak kemenangan mutlak puak pr sebab dapat tobatkan bn (yang dulu).

yang lepas tu lepaslah.  mana-mana yb ataupun menteri yang dah kaya-raya tu, aku rasa baik enjoy-kan kemewahan itu sebelum masuk kubur.  tengok apa jadi kat marcos dan imelda, suharto, hosni mubarak... dan ramai lagi pemimpin dunia.  ambik iktibar dari kejatuhan mereka.  duit berbillion-billion tak sempat nak enjoy puas-puas!  rakyat malaysia ni baik orangnya, cepat lupa bak kata tun m, so, jalan taubat masih ada, ubah sikap, jangan sapu banyak-banyak sangat, cukup-cukuplah apa yang dah sedia ada tu, pergi bercuti kat bahamas, copacobana, monte carlo ataupun maldives, nikmati kehidupan sebenar di bumi allah ini.

rakyat mana tak benci bila anak-anak korang bermaharaja lela kat jalanraya dengan kereta mewah, berhuha-huha dalam disko terkinja-kinja dengan artis.  ni pun salah satu buat rakyat marah.  seeloknya, anak-anak korang ni dijinakkan sikit.  bak kata orang jangan sampai ketara biadapnya.  aku sure, nak salahkan yb-yb dan menteri-menteri ni seratus peratus pun tak boleh jugak, mak bapak mana yang nakkan anak-anak perangai macam setan, betul tak?

pada puak bn, puak pr, korang jangan terasa dengan repekan sekupang aku ni pulak ek, aku sekadar cakap ikhlas dari hati.  sebab tu aku cakap awal-awal, baik bn, baik pr... rakyat tak benci pun korang.  cuma, rakyat nakkan kehidupan lebih selesa.  korang percayalah cakap aku ni, (cuba try test buat) kalau bn sanggup ambik manifesto pr, laksanakan demi kebaikan rakyat... gerenti malaysia ni aman.  apa lagi penyokong pr nak bila bn laksanakan manifesto yang diorang sendiri impikan.  boleh bn... korang dengar nasihat aku ni.  kalau korang laksanakan, gerenti diamlah puak penyokong pr tu.

apa benda?  malu ambik manifesto diorang?!  hello dei, salah ke korang guna pakai manifesto pr demi kebaikan rakyat?  sama apa dengan laungan bn 'rakyat didahulukan' ha... nilah caranya nak dahulukan rakyat.  okey jer, ambik dan realisasikan manifesto tu.  kompom, rakyat bagi mandat.

aku rasa, tibalah masanya, rakyat balik pada gagasan awal penubuhan malaysia.  datuk nenek moyang korang dulu berjanji pada british untuk berkongsi hidup di malaya (pada ketika itu) dengan mengagihkan kemewahan negara sesama bangsa tak kira melayu, cina, india dan bumiputera lainnya.

hello bro, tak habis hasil bumi malaysia ni kalau kita tangani secara saksama.  percayalah.  aku tak salahkan korang sebab biasalah, manusia biasa (yb, menteri, bini-bini mereka) bukannya maksum pun, pastinya akan punah akibat nafsu.  manusia mana yang tak nak hidup mewah, kan?  lamborghini dinikmati, bugati dilazati, harley ditunggangi, ducati dibaringi, duit berjuta ditiduri... aku pun nak (cuma aku tak dapat peluang aje), tapi... pesan aku biarlah berpada-pada.  kalau setakat jutaan ringgit yang korang dah pun miliki tu, cukup-cukuplah tu ya?!  untuk lima tahun mendatang ni, korek pulak untuk rakyat.  bagi can pulak rakyat yang dulu bawak wira, merasa bawak toyota.  yang dulu kerek dengan mercedes, berlagak dengan maserati.  yang dulu sekadar melaram dengan myvi, bagi chance la bawak audi.  bila harga kereta dah murah,hati rakyat semakin murah. nak buat apa berlonggok-longgok kat jalan raya, kalau kat rumah boleh layan astro dengan selesa.  kalau setakat nak selamatkan proton, tapi rakyat sekadar menjadi penonton (kereta-kereta mewah) pun aku rasa tak elok jugak.  sebab terlalu menjaga proton, tak nak proton musnah, afta sekadar akta, tetapi tak pernah dilaksanakan di malaysia.  kesiankan rakyat.  aku tau, kalau proton musnah ribuan pekerja kehilangan pekerjaan, tapi, apa pulak yang terjadi pada jutaan rakyat lainnya yang terpaksa bayar harga mahal untuk kereta?  bukankah slogannya 'rakyat didahulukan?'.

so, jangan marah dengan repekan sekupang aku ni.  ini hanya pandangan peribadi sendiri.  kepada puak pr, aku faham korang marah ni sebab korang tertekan.  tu yang ramai-ramai serbu stadium nyanyi lagu negaraku, melaungkan reformasi dan sebagainya.  sebab tu aku pesan pulak pada puak bn, dah dapat mandat tu, kesiankan rakyat, tambah lagi akujanji yang dah korang janjikan masa kempen pru13 baru-baru ni.  pinjam atau kata lainnya, gunapakailah manifesto pr tu untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.  'biaq lantak pi' kalau pr kata bn tiru.  lantaklah, yang penting, rakyat didahulukan.

aku percaya, kalau bn laksanakan saranan sekupang aku ni, keadaan di malaysia akan aman.  rakyat hanya mahukan keselesaan dan kehidupan yang lebih ringan....

puak pr pulak, kalau bn dah laksanakan manifesto yang korang perjuangakan... carilah jalan damai, tak payahlah gaduh-gaduh lagi.

apa pun aku tengok rakyat malaysia semakin hebat edit video.

yang hutang ptptn tu kalau nanti (manalah tau) terbuka hati pemimpin bn nak mansuhkan ptptn (ikut manifesto pr)... belajarlah jadi manusia yang menghargai hutang (bayar hutang lain kali) jangan asyik nak free aje.  ini pun satu hal jugak!  ptptn ni sebenarnya untuk aku, nak mansuh pun tak okey jugak, nanti budak-budak naik tocang!  nak suruh bayar pun, tak patut jugak!  ada pro dan kon.  rasanya baiklah aku sentuh sikit perihal ptptn ni ye?  boleh ke?! perkara ptptn yang aku nak sentuh ni aku rasa adalah jalan terbaik untuk selesaikan kemelut yang tiada penghujungnya ini.  okeylah, saranan aku begini.  kalaupun nak bantu kaum pelajar, apa kata laksanakan macam zaman aku sekolah dulu.  perkenalkan semula 'biasiswa'.  tetapi 'biasiswa bersyarat'.  para pelajar zaman sekarang ni pun aku tengok macam cibai jugak.  dah dapat pinjaman ptptn tak nak bayar walaupun ada segelintir yang dah berjawatan besar.  yang ramai tu tak habis belajar pun, buat habis duit ptptn biaya korang aje!  'biasiswa bersyarat' ni maksud aku, kalau budak-budak ni lulus cemerlang dan tamat pengajian tepat pada jangka waktu ianya ditawarkan, maksudnya tak ada kertas yang sangkut, 'biasiswa' itu diberi percuma.  tapi, kalau sangkut... separuh jalan berhenti... budak-budak ni diwajibkan... aku ulang, diwajibkan bayar.  biasiswa bertukar jadi ptptn!  bukan free dah, tapi kena bayar!  sebab korang ingat duit biasiswa ni duit mak bapak korang ke?  dah bagi pakai untuk belajar siapa suruh main-main.  bodoh!

okeylah... dah macam menteri pulak aku ni ye?!  hahahaha!

hehe!  so, bagi puak bn, renung-renungkanlah ye!

puak pr pulak, aku tau korang banyak yang tak puas hati, tapi berdoalah, mana tau bn pinjam manifesto korang tu, okeylah, kan?!  hehehehe!



 

2 comments:

Anonymous said...

well said bro :)

Suspek Utama said...

Yeap..hidup YB Ahadiat!! hahaha...mmg well said sgt..aku rasa entry ni macam luahan hati kebanyakan orang-orang biasa macam kita ni berkenaan politik..harap2 orang yang berkenaan akan lebih celik+buka mata agar lebih adil dan saksama..x kira la parti mana sekalipun..kongsi kekayaan + kegembiraan yang Malaysia mampu berikan pada rakyat, baru semua senang hati.. :)

Post a Comment