Wednesday, July 18, 2012

hi! aku dah balik...

balik dari mana pulak ni bro?!  huh, lama gak tak jenguk benda blog ni, sampai aku sendiri gabra nak bukak.  rupanya, banyak setting dah berubah, dah berwajah baru.  so, korang semua apa khabar?

aku baru balik dari kuching, sarawak penghujung cuti sekolah baru-baru ni.  ada promosi tentang novel 'untuk tiga hari' yang bakal ditayangkan bulan september nanti.  afdlin shauki yang direct, best!  boleh gelak sambil menangis!

sedang aku makan kat ipoh kopitiam (ni kat kuching tau tak), berhampiran hotel penginapan aku, (dengan bini akulah, saper lagi), di depan meja tempat aku makan ada seorang lelaki.  berseluar pendek, berbaju kemeja, memikul beg plastik sampah berwarna hitam dan ralit memerhatikan aku dan bini aku yang sedang makan.  aku makan nasi putih berlaukkan ayam masak halia (diletakkan atas pinggan beralaskan kertas minyak) sementara bini aku makan kue tiaw goreng.  Aku hirup air cincau yang dingin sebab cuaca kat kuching pada hari tu agak panas setelah malamnya hujan lebat menggila.  tak cukup satu aku order sampai dua gelas dan tekak terasa nikmat sewaktu air dingin mengalir membasahi tekak yang kering.  allahuakbar, betapa nikmatnya air cincau tu.  terbayang saat di padang masyar yang panas, bertelanjang bulat, matahari sejengkal atas kepala, (gilo apo), apa yang aku nak buat?  pakai payung?  bukan payung tu aje, dengan aku-aku sekali cair!  telan air liur bro!  terbayang dosa silam yang berlambak mintak dibasuh.  sembahyang pun kurang, yang lima tu pun selalu gak terbabas.  tu belum yang sunat, yang kena berjaga malam, yang kena buat sebelum dan selepas solat wajib, yang dibuat orang masa matahari gerhana, kalau yang ada pun (itu pun kerap gak tertinggal), solat sunat aidil fitri.  tu pun sebab malu dengan ayah mertua yang pagi-pagi dah siap pakai baju melayu yang baru bau kedai.

di dalam hidup kita ni, (aku yakin sangat) satu solat saja yang mana-mana manusia tak pernah buat, (walaupun sealim mana pun manusia itu).  kalau ada pak imam kata dia pernah lakukan solat ini, nampak sangatlah dia pembohong.  nabi muhammad sendiri pun tak pernah lakukan solat ini walaupun ia sangat dituntut untuk melakukannya.  bohonglah kalau ada orang yang claim dia pernah lakukan solat ini.

berbalik pada cerita lelaki berseluar pendek berbaju kemeja tadi tu, aku nampak dia mula terintai-intai sewaktu pelanggan yang duduk di meja depan aku tu bangun.  aku ralit memerhatikan gelagatnya.  nak tau apa yang mahu dilakukannya?  bangun saja mereka untuk meninggalkan meja, bini aku pun turut bangun serentak sebab nak pergi ke tandas membuat simpanan, dan... lelaki berseluar pendek tadi terus meluru ke meja yang baru saja ditinggalkan kosong itu.  aku nampak ada sisa makanan yang tak habis dalam pinggan yang beralas kertas minyak itu dan dengan pantas lelaki itu mengambilnya, membungkusnya, lalu dimasukkan ke dalam plastik hitam yang dipikulnya itu!

Bukan itu saja, malah, sisa makanan yang sedikit (tak berbaloi untuk dibungkus) dimakannya begitu saja tanpa memikirkan soal maruah dan malu.  aku mendengus, terbayang pulak aku berada di tempatnya.  kelaparan, kehausan, perut dah berkeroncong, aku tak rasa aku tergamak untuk buat benda macam tu!  Aku pun tak rasa yang aku sanggup makan sisa orang?!  tapi iyalah, aku tak pernah lalui situasi begitu, bolehlah aku cakap.  betul tak?

bulan ramadan dah semakin hampir, ujian getir bakal aku dan korang semua hadapi.  namun, ujian kelaparan setengah hari itu pun masih ada yang ramai ponteng (termasuklah aku masa remaja dulu).  bagaimana agaknya kalau aku dan korang semua berada di dalam situasi lelaki berseluar pendek dan berkemeja itu yang terpaksa kutip sisa makanan akibat kelaparan?  

nauzubillah!

selamat menyambut ramadan al mubarak!

oh, aku tak jawab lagi ek... pasal solat yang tak pernah siapa pun pernah lakukan tu?!  hahaha!  korang nak sangat tau?  hahaha!

belum ada sesiapa pun (termasuklah yang hafiz quran 30 juzuk) yang pernah bersolat jenazah ke atas mayatnya sendiri....






Friday, March 30, 2012

Wednesday, March 7, 2012

bila ramai member yang dah pun pulang....

...tinggallah hanya kenangan yang girang....

aku macam biasa, pepagi lagi dah hantar anak-anak ke sekolah.  hujan la pulak tu!  lebat! dan, macam biasa jugak, aku akan singgah minum pagi kat kedai 'yeh', sambil pekena teh-o nipis dengan nasi lemak rendang ayam yang aku beli kat tepi jalan keluar dari danau kota.

bini aku tak nak nasi lemak, nak jaga badan.  high cholestrol!  tapi, bila sampai kedai, order telur setengah masak.  apa ke benda?  itu tak apa lagi, siap tax nasi lemak aku yang buatkan aku naik bingit.

'tadi suruh beli tak nak, bila saya makan awak kacau!'
bini aku sengih.  'kata kasih sayang, takkan kongsi nasi lemak pun tak boleh?!'
'ini bukan masalah kongsi, ni mengganggu kedamaian selera saya!'
bini aku sengih lagi sambil tangannya galak mencuit drum stick aku yang lazat ranum. sementara aku membebel bengang.  'lain kali beli sendiri la!  tak kacau saya!'
bini aku tetap tersengih... sambil mulut mengunyah daging ayam yang dicukai dari aku....

hujan masih turun renyai-renyai.  semalam aku dengar, sebahagian kl banjir.  chow kit dan kampung baru air naik.  memang pun semalam, dari petang sampai tengah malam, hujan turun tak nak berhenti.  dah tu, sambung pulak pagi ni betul-betul time aku nak hantar anak-anak pergi sekolah.  baru aje nak keluar rumah, hujan mula turun.  rahmat!  rahmat!

dulu masa kecik-kecik, bila ada kematian jiran dekat-dekat rumah aku, biasanya hujan akan turun (mungkin imaginasi aku masa kanak-kanak dulu, kut).  dan, tak silap perhitungan aku masa kecik-kecik dulu, asal ada kematian, mesti hujan.  asal hujan mesti ada kematian. dan, selalunya, bila sendirian duduk kat bilik, hujan pulak renyai-renyai, pasti akan aku bayangkan adanya kematian sedang berlaku. dan, aku mula berdebar-debar....

lamunan aku tersentap bila seseorang menegur:  'wa, makan khusyuk tak tengok kiri kanan!'
aku tersengih.  mat candu tersengih di depan aku.  'biasa la mat... hujan-hujan ni lapar tu!'
'iyalah, dari semalam hujan!'
aku angguk.
'eh, kau tau tak badadin sekarang sedang nazak?!'
'ha?!  iya ke?!'  aku ternganga.  terkenang teman-teman lama masa kami remaja dulu, sama-sama main bola di padang gombak setia.  'sakit apa?!'
'paru-paru bernanah!'
'adui....' aku menggeleng!
'sorang-sorang dah pergi!'  mat candu ketap bibir.  'abu noh, ayong, zul rani, alang, halim.... ramailah!'

aku tersentap.  wajah-wajah teman aku yang dah dipanggil pulang itu terus terbayang dalam memori singkat yang berlegar di benak.  betul apa yang mat katakan tu, seorang demi seorang daripada batch aku telah kembali ke rahmatullah.  terasa yang aku ni dah tua....

'aku pun risau ni, yang lain semua aku dah berhenti, tapi ni....'  menunjukkan kotak rokoknya yang ada gambar paru-paru hancur akibat kanser.  '...puas dah aku cuba!  memang tak boleh!'
'kalau kau nak berhenti rokok, tak boleh mendadak mat, kena slow-slow!'
'tau, doktor pun dah cakap, kalau aku terus berhenti, lain jadinya!  sekarang aku pun tengah nak cuba kontrol, kurangkan hisap perlahan-lahan!'
aku angguk.
'eh okeylah, aku gerak dulu, lepas ni ingat nak pergi hospital selayang, nak tengok kawan kita tu, rasa macam dah tak ada harapan dah, dah nazak!'
aku telan liur....

bini aku merenung, terus bersuara bila saja kelibat mat candu berlalu.  'siapa wak?!'
'kawan lama saya, dah nazak, tengah tunggu masa aje lagi!  sorang-sorang member lama saya meninggal!'

aku tengok bini aku tolak ke tepi piring yang berisi telur setengah masak yang masih berbaki separuh.  heran jugak.  takut kolestrol sumbat jantung kut!  al-maklumlah, baru aje dengar pasal kematian.  insaflah tu!  aku pun, rasa macam nak keluarkan aje nasi lemak dengan ayam rendang yang dah selesai masuk perut!

memori silam mengimbau! keriangan aku dengan kawan-kawan zaman aku kanak-kanak sehinggalah kami semua dah dewasa dan beranak pinak.  betapa girangnya kami berlompatan, mandi sungai, pasang jaring di lombong, lastik burung dan segala macam kerenah yang tak lagi kanak-kanak hari ini lakukan. dan, semua memori itu mula mengusik hati.  saat ini, kami dah tua.  kami dah jadi ketua keluarga. dan, seorang demi seorang menunggu giliran untuk dipanggil pulang.

hujan masih renyai-renyai.  akan adakah lagi kematian hari ini?!

Monday, January 9, 2012

kemarau oh kemarau...

...lu bikin seluar dalam gua basah doh!

malam bukak air-cond pun serupa tak bukak.  Bila siang, mak ai, tak guna cakap la, rasa malas nak keluar rumah.  punyalah panas, siapa yang sewaktu dengan aku kat kl ni taulah apa yang aku rasakan! untuk siapa yang bisnes air tebu, air kelapa, rezeki korang mencurah-curahlah ye!  rupenya korang yang sembahyang hajat mintak hujan tak turun.  maklumlah, rayo cino dah dokek.  orang cina shopping cny, korang nak tumpang sales, tul la tu, kan?!  doh!

sekolah pun dah bukak, mata pulak tu nak kena adjust, maklumlah dekat dua bulan anak-anak tak sekolah, aku laki bini raya sakan.  dapatlah menikmati tidur yang panjang.  ni bila sekolah dah bukak balik, hm, hampeh, pukul lima setengah alarm dah jerit rasa nak humban aje handphone kat longkang.  nasiblah harga kau mahal siol, kalau tak hari-hari aku tukar handphone! 

pagi tadi aku baru je hantar anak-anak ke sekolah, breakfast dengan bini aku yang busuk sebab dia malas mandi pagi tapi bagus jugak sebab dapat mengurangkan selera aku nak makan dah ini bagus untuk diet.  lepas aje sarapan sambil aku selak star baca berita terkini tanahair dan luar negara, aku pun melepak di luar sementara bini aku bergegas masuk rumah sebab nak settle-kan baju yang menggunung tak lipat. 

matahari yang tak pagi sangat masa aku berdiri tu taklah panas mana, bagus untuk supply vitamin c kat tubuh aku ni.  tapi semalam, masa aku berjemur di bawah panahan matahari yang terik, aku mula menggigil.  sungguh tak tahan doh, panas giler. mata aku mula berpinar, kepala hotak berpusing rasa nak pitam.  itu baru sekejap tak sampai seminit aku berdiri bawah tengah hari terik yang aku rasa senang-senang cecah 40 degree.  aku terbayangkan pekerja kontrak yang bancuh simen di waktu ini.  gilo?!  aku terbayang pulak mereka-mereka yang terpaksa bekerja di bawah mentari panas ini atas alasan terpaksa demi cari sesuap nasi!  camano?  lainlah korang yang kerja ofis, sedaplah belasah air-cond paling maksima yang boleh sampai bil api bos korang naik dua kali ganda sepanjang musim panas ni.

tak semena-mena, aku telan liur.  terbayang sesuatu yang jarang aku bayangkan.  yang jarang juga aku rasa korang bayangkan.  yang mungkin tak pernah korang fikirkan.  dan, terus aku tanya pada diri aku sendiri.  aku ni percaya ke pada allah?  percaya ke pada janji allah?  percaya ke yang kiamat akan datang?  percaya ke yang manusia nanti akan dibangunkan dari kubur dengan bertelanjang bulat dan matahari sejengkal atas kepala?  korang percaya ke?  kalau korang percaya korang tak takut ke?  korang rasa masa tu ada ke kontraktor yang boleh pasang air-cond untuk sejukkan padang masyar macam korang sejukkan bilik ofis?  sekali lagi aku tanya korang, korang percaya ke janji allah ni?

aku telan liur, aku bingkas semula dan berdiri kat tengah-tengah panas.  aku sekadar nak rasa panas tak?  panas siol!  walaupun belum masuk tengah hari, tapi panas tu dah mula membahang!  kalau sebegitu jauh matahari di atas langit sana dan panasnya pun aku rasa macam nak pitam, tak taulah nanti kalau kat padang masyar kelak, matahari sejengkal atas kepala, bagaimana aku jadinya kalau amalan aku tak cukup untuk dijadikan payung menahan mamahan cahaya mentari yang betul-betul atas kepala!  gilo doh!

masalahnya, aku, korang, dan ramai lagi korang-korang yang lainnya, bukannya percaya sangat pun tentang janji allah ini, tul tak?  kalau percaya, aku rasa, taklah aku, korang dan majoriti umat islam sanggup lakukan yang mungkar walaupun sekecil zarah sebab tak sanggup you!

okey, kalau korang sekadar nak cuba try test tengok, di musim panas nilah waktu sesuai untuk korang rasakan kehangatan 'mikro matahari' sebelum aku dan korang semua berdiri betul-betul di bawah 'bapak punya bapak matahari' masa kat padang masyar nanti!  cuba korang berjemur dalam lima enam jam, seolah-olah sedang menonton tayangan kehidupan yang korang dah lakukan.

selamat berjemur korang-korang semua!

lepas tu tanya diri sendiri, adakah korang percaya akan janji allah itu?!

ps:  bukan aku tak nak buat, tapi nanti bila bini aku habis lipat kain, dia jenguk aku kat luar nampak aku tengah berdiri sorang-sorang tengah-tengah panas, dia ingatkan aku ni gila!  terus bini aku tak nak bagi aku 'makanan malam' aku, saper nak jawab?  dahlah aku ada sorang bini aje!

Wednesday, December 14, 2011

iklan raya...

...yang aku nak buat kalau aku duit banyak begini kisahnya....

hahaha!

mat dengan macho-nya sambil mengenakan spek hitam menunggang motorsikal harley-davidson pulang ke kampung diekori isterinya yang memandu kereta bmw mewah bersama-sama empat orang anak-anaknya.  sebelum itu dia dah hubungi muthu dan ah seng, member kamcengnya sewaktu kecik untuk pulang bersama-sama setelah sekian lama tak jumpa.

ah seng tiba paling awal di kedai usang mendiang ayahnya yang kini tinggal terbiar.  dengan jaket labuhnya yang ala-ala gangster mafia dengan tangan kanannya sentiasa diseluk ke dalam poket dia merenung bangunan usang yang penuh memori sambil matanya berlinangan.

muthu tiba di kampung lewat petang itu bersama anak isterinya memandu van vellfire mewah dengan memakai snow cap di kepala ala-ala penyanyi rapper dan rantai emas yang sebesar ibu jari melingkari di leher dan tangannya.

ah seng tersentap bila handphone-nya berbunyi.

'woi cina lu mana dei?!'
'cibai lu tambi, tionama!  wa dekat wa punya bapak kedai!  lu sudah sampai ka cibai?!'
'baru sampai la macha!  mana itu babi punya malayu?!'
'dua kali wa call talak angkat ma!'
'lagi atas motor!  banyak kerek satu kali ada jumpa, harley jugak dia ada naik!  cit!'
ah seng ketawa.  'nanti kalau itu babi punya malayu sudah sampai lu kasi call sama wa!'
'okey!'

tiba saja di kampung, terus jenguk rumah pusaka dan peluk cium mak, tak sempat nak duduk berehat dengan anak bini, handphone-nya berdering. 
'woi babi punya malayu, lu mana dei?!'
'dei tambi aku baru sampai da!'
'itu cina sudah call sama kau la dei!  dua kali tarak angkat!'
'aku atas motor da!'
'bila mau jumpa?!'
'ini malam la, pukul sebelas, tempat biasa!  kau bagi tau itu cibai punya cina!  tio naseng... jangan lambat!'
muthu ketawa!

tepat jam sebelas malam (selesai mat kerjakan solat terawih) mereka dah bersidai di kedai kopi pak long yang dah putih semua rambutnya.  masing-masing order kopi-o kaw paling sedap yang pernah mereka minum sepanjang hayat.

sambil meneguk kopi, mereka saling berpandangan.  saling menggeleng dan akhirnya ketawa terbahak-bahak tanpa sebarang kata.
 
'woi malayu, lancaulah, bukaklah itu spek, gelap maa!'
'cilaka lu cina, lu itu tangan kanan kasi keluarlah, siang malam simpan dalam poket, lu gila ka?!  berapa juta lu punya duit lu simpan dalam itu poket?  chi sin!'
'cibai lu malayu!'
mereka ketawa terbahak-bahak.
'dei tambi manyak sedap ketawa ha?  lu itu snow cap kasi bukak la.  cibai!  lu ingat lu popular punya rapper, maa?!'
'pundek lu la cina!'
mereka ketawa lagi.  terbahak-bahak.  mat gelak tengok ah seng seluk tangan kanannya dalam poket, dan ah seng gelak tengok mat tak pernah tanggalkan spek hitam tak kira siang atau malam, mereka semakin galak gelak bila tengok muthu yang tak pernah tanggalkan snow cap bertahun-tahun....

teringat detik indah di zaman kanak-kanak betapa kamceng mereka bertiga walaupun berlainan bangsa dan agama.  mereka sama-sama meraikan hari besar masing-masing dan takkan lupa di satu malam tujuh likur...

ah seng sumbatkan karbaid ke dalam meriam buluh.  muthu siram air dan mat cucuh api.  satu kampung berdentum.  bila mat sumbat karbaid, ah seng pulak siram air dan muthu cucuh api.  mereka lakukannya silih berganti.  dan satu kampung akan berdentum sehinggalah satu detik itu dentuman paling kuat dalam dunia telah tercetus! 

gedeboooooooom!!!

bila mereka bukak mata mereka terdampar di atas katil hospital.  mata kiri mat berbalut setelah korneanya pecah.  ah seng putus tangan kanan dan muthu terbakar semua rambutnya.  walaupun masih dalam kesakitan, namun apabila mereka saling berpandangan sesama sendiri mereka masih mampu ketawa terbahak-bahak....

malah tawa itu kekal sehingga kini....

masih wujudkah perpaduan begini?!

Monday, November 28, 2011

bila kali pertama mata terbuka...

...korang takkan tau siapa mak bapak korang?  bangsa diorang?  agama diorang?  orang susah atau orang senang?  jenis yang baik ataupun jembalang?!  dan, ketika korang mula membesar, maka hiduplah korang di dalam acuan yang dah mak bapak korang terapkan! 

kalau islam?!  mulalah korang diajar mengaji mengenal alif, ba, ta.  mengenali allah tuhan yang satu layak disembah!

kalau buddha?!  korang digalakkan lepaskan merpati pada hari wesak!

kalau hindu?!  jangan makan lembu, bersihkan dosa pikul kavadi di hari thaipusam.

kalau kristian?!  sediakan stokin di malam hari krismas untuk santa claus masukkan hadiah yang korang idamkan!

dan, pelbagai cara mak bapak korang terapkan agar dewasa nanti korang menjadi insan yang patuh pada ajaran dan amalan masing-masing!

namun, setiap detik korang menjadi dewasa pelbagai persoalan yang korang timbulkan?  apa beza agama?  apa beza bangsa?  kenapa perlu ada melayu, cina, india, sikh, serani dan pelbagai lagi jenis manusia.  dan, kenapa perlu bersengketa?!

aku ingat lagi masa aku kecik umur empat tahun!  busu (adik lelaki tunggal mak aku) ikat kepalanya dengan kain.  macam pendekar melayu dan usung parang panjang dengan geng-gengnya yang lain.  muka busu bengis dan penuh semangat!  aku tengok muka mak kecut.  muka nenek lesu.  muka abah tenang namun ada riak gusar.  aku tak faham apa-apa.  nenek tak bagi bukak tingkap tanpa sebarang alasan.  mak berkurung dalam bilik tak pergi kerja.  semua dalam rumah macam ada tikus raksasa nak telan semua tak macam biasa.  aku nak tanya takut kena lempang.  tapi, herannya kenapa busu ikat kepala sambil arak parang panjang?!

dua malam busu tak balik dan nenek semakin resah.  hari ketiga aku intai keluar rumah sewaktu nenek bukak tingkap dan aku nampak ramai askar yang berkawal. tak tau kenapa hati aku jadi seronok nampak askar sebab selalunya hanya tengok dalam tv.

ketika itu tahun 1969.  bulan lima.  aku kecik lagi untuk faham apa erti darurat?  apa erti peperangan?  apa erti persengketaan?  aku hanya tahu semua itu bila aku dah masuk darjah empat.  umur aku dah sepuluh tahun.  masa tu aku jenguk kubur atuk di pagi syawal.  nenek bagitau datuk meninggal dunia tak lama selepas peristiwa berdarah 13 mei.  selang beberapa bulan, atuk meninggal dunia akibat sakit batu karang!  atuk lari dari hospital bila doktor bagitau perut kena potong untuk keluarkan batu!  atuk tak nak kena bedah, atuk lari dari hospital dan tak lama temui ajal.  aku ingat lagi hari datuk meninggal dunia, mak berguling-guling sambil menangis di lantai tak mau lepaskan atuk masuk kubur!

selesai nenek baca yasin di pusara datuk dan siram air mawar, tangan aku ditariknya untuk kami berlalu pulang.  masa aku lalu di kawasan berpagar yang di dalamnya ada banyak kubur aku membaca tulisan pada papantanda.  yang menceritakan mereka yang bersemadi di situ adalah mangsa-mangsa yang terkorban semasa peristiwa berdarah 13 mei 1969.  ketika orang melayu bergaduh berbunuhan dengan orang cina.  tak silap aku, ada 13 mangsa yang terbunuh dan ditanam di situ (nanti aku check balik) kat kawasan perkuburan taman ibu kota dekat dengan rumah mak aku. 

hari ini, setelah aku dewasa, dah miliki anak-anak, jiwa aku berdetik dan bertanya?!  kenapa perlu ada pertumpahan darah?  saban hari aku melewati kawasan medan idaman (dulunya adalah lee rubber) tempat berlakunya pertumpahan darah itu.  aku tinggal di gombak setia dan betul-betul di hadapan kampung aku, bersebelahan sekolah rendah kebangsaan gombak 1 & 2 (sekolah rendah aku dulu) terletak perkampungan bangsa cina.  aku ingat lagi pada ah meng, ah keong, ah gan, beberapa rakan bangsa cina yang aku sering bermain sama-sama.  aku juga ingat pada ghandi, das, anak tauke kedai runcit bangsa india yang juga teman rapatku.  juga bari, anak tauke rempah kari yang ada kedai di sebelah sekolah rendahku itu.

entah-entah ada antara pak cik, bapak, atau saudara mara mereka yang terbunuh sewaktu pertumpahan darah 13 mei dulu?  atau, ada antara saudara mara mereka, pak cik atau bapak mereka yang mungkin telah membunuh mangsa yang kini bersemadi di pusara taman ibu kota itu?

sedangkan mak aku sanggup berguling-guling bila datuk aku meninggal dunia, bagaimanakah agaknya mereka-mereka yang kematian orang tersayang dalam keadaan yang mengerikan, mungkin putus tangan, pecah kepala, tembus dada dan sebagainya?!

ayuh berdamailah dari terus bersengketa!  walau sejauh mana pun agama dan kepercayaan kita, kita masih tetap seorang manusia....

secawan kopi-o kaw...

...kalau kena panas-panas memang stim!  nak-nak kalau hari sedang hujan menggila!

'awak buatkan saya kopi-o kaw... buat panas-panas!'
tak banyak soal bini aku yang sedang menonton astro terus bingkas ke dapur.  aku intai ke tv dan rancangan kegemarannya sedang bersiaran. 

aku senyum, bangga, inilah bini yang aku idamkan. taat atas perintah suami walau ketika sedang asyik melayani apa jua 'benda' kegemarannya.  bayangkan, kalau ketaatan tiada dalam diri seorang isteri, kerana secawan kopi boleh hancurkan rumahtangga?!

yang lebih teruk lagi bila suami keluar cari kopi-o panas kat luar....

'awak buatkan saya kopi-o kaw... buat panas-panas!'
'kejaplah saya tengah tengok tv ni!'
'awak ni kalau saya suruh buatkan kopi ada aje alasan, payah betul....'
'boleh sabar tak, bukannya awak mati pun kalau saya buat lepas habis cerita ni....'
'tengok tu!  pandai pulak menjawab!'
'awak tu tak boleh tengok saya senang, ada aje nak kena buat!'
'dah awak tu bini saya!'
'kejaplah!'
dan tangan terus naik ke mukanya.  aku tak dapat kopi, bini aku pulak dapat penampar!  aku ambik kunci kereta dan terus keluar rumah.

'you ni bila nak kopi-o panas baru tau call!'
'you pun dah nak jadi macam wife i ke?  boleh buat ke tak ni?!'
'ala, gurau sikit pun nak marah!'
aku tarik muka, pura-pura marahlah konon!
dia melangkah ke dapur, tak lama kemudian datang dengan kopi-o kaw yang panas.  lagilah aku tambah panas bila dia hanya pakai singlet dengan short paras pangkal paha.  perlahan-lahan aku hembus dan hirup kopi-o kaw yang panas sementara jiwaku semakin menggelegak melihat pangkal dada dan paha yang gebu putih.
'hujan la pulak!'
aku tersentap.  patutlah aku rasa sejuk tetiba.  tak perasan hujan sedang menggila.  'dah tau hujan yang you pakai macam tu kenapa?!
'kenalah you panaskan i!'  dia sengih membuatkan aku hirup kopi-o kaw senafas aje nak bagi cepat habis. 
'hm... jom!'
ketika hujan menggila di luar, aku dan dia menggila di dalam....

'apa yang awak ternganga tu!'
aku tersentap.  bini aku menggeleng dengan secawan kopi-o kaw yang panas berasap.
'beranganlah tu!'
aku sengih.  'wak!  hujan lagi ke?!'
bini aku mengangguk!
'jom!'
bini aku menggeleng!  'asal hujan aje saya jadi mangsa!'
aku ketawa.  'jom!'
bini aku tarik tangan aku dan letakkannya di celah pangkal paha!  'sori ek!  tak ade rezeki, baru aje sampai, masih panas lagi ni!'
cis!  aku sekadar hirup kopi-o kaw yang panas sampai aku menjerit sebab lidahku melecur!  hujan di luar semakin menggila dan aku di dalam menggila untuk kawal stim yang bermaharajalela.  ingatkan suruh raba apa, rupanya suruh raba pad yang tertampal selamba.  kenapalah bulan datang di kala hujan lebat menggila?  cis....
'okeylah wak, saya nak sambung tengok cerita favourite saya ye!'
hujan terus ketawa....