Monday, October 11, 2010

selamat sore bapak-bapak semua....

'selamat sore!' bergema dewan ballroom yang menempatkan kesemua bapak-bapak eksklusif yang terdiri daripada bapak-bapak pemenang anugerah dari pelbagai bidang yang masing-masing kelihatan segak dan bergaya dengan stail tersendiri.
'pihak majlis mengucapkan tahniah kepada bapak-bapak semua, yang begitu cemerlang dan terserlah ketokohan bapak-bapak di dalam bidang masing-masing! dan, dipersilakan bapak-bapak semua untuk beramah mesra dengan semua tokoh-tokoh yang hadir pada malam bersejarah dan prestij ini di samping ditemuramah para pemberita dari seluruh pelosok tanah air yang pastinya teruja dan mahu berkongsi pengalaman hebat bapak-bapak semua! dipersilakan....'

maka, berkeliaranlah para pemberita dan jurugambar, memburu, bertanya itu ini dan menemuramah setiap tokoh-tokoh hebat itu....

di satu sudut berdiri seorang 'bapak ayam', yang telah banyak membantu gadis-gadis serta para wanita mendapatkan rezeki! dengan menghargai tubuh badan juga rupa mereka yang menawan, dia juga telah berjaya menyelesaikan nafsu para lelaki dengan memastikan kepuasan daripada betina-betina yang dijual dan dijagainya itu. ratusan, mungkin ribuan jantan-jantan telah dipuaskan nafsu mereka daripada wanita-wanita yang dijaga dan dididiknya sehingga lupa anak bini dan ada yang sampai bercerai berai! dan, tepatlah gelaran itu untuk lelaki hebat seperti dia itu.

di satu sudut lain seorang lagi tokoh sedang ditemuramah....
'aku jaga dari tapak kaki dia sebesar dua jari, bila besar, dah cun, dah cantik, takkan aku nak bagi lelaki lain rasa! gila! baik aku yang ratah dulu!' serius si 'bapak haruan' menjelaskan kepada para pemberita mengenai dirinya yang ditanya kenapa sanggup memperkosa anak kandungnya sendiri. pemberita mengangguk-angguk, seolah-olah bersetuju, benar juga seperti kata lelaki itu.
'tapi sampai lima orang sekali?!'
'dah lima-lima anak gadis aku tu cun-cun belaka, takkan aku nak tinggalkan salah seorang, tak adillah aku sebagai bapak namanya tu! kenalah aku ratah semua, rasa semua, hm, memang lazat kalau dah bakanya datang dari aku!' senyum bangga si 'bapak haruan' yang telah memperkosa kelima-lima anak gadisnya semenjak usia mereka belasan tahun dulu lagi.

temuramah berlangsung di satu lagi sudut lain....
'abang ni macho, hensem, tapi kenapa tak cari pompuan-pompuan cun, rasanya kalau setakat pompuan lawa anytime leleh tengok abang!'
'jiwa! semua ni jiwa! dah aku tak ada jiwa, macam mana? aku tengok kau ni menarik! sesuai kalau aku jadikan teman! dah jiwa aku ke situ, kau mana boleh paksa aku untuk suka pompuan! bagi aku, lelaki macam kau ni menarik!' tersengih. 'er, kau ni jenis straight ke, serong?'
'er, s-saya s-straight bang....' agak gusar salah seorang pemberita lelaki yang agak cute itu ketika menjawab soalan si 'bapak ikan' itu.
'hm, hampeh! aku ni cukup suka bela budak-budak lelaki yang cute-mute, buat makanan!' ketawa besar si 'bapak ikan' yang dulunya banyak membela anak-anak ikan untuk dijadikan ratahan malamnya....

lelaki-lelaki yang ramai dalam dewan ini adalah tokoh-tokoh lelaki yang terpilih di antara yang terhebat di dalam bidang masing-masing, untuk mereka dianugerahkan dengan gelaran 'bapak'. bukan mudah untuk mendapat gelaran sebegini! malah, lebih tinggi nilainya daripada gelaran 'datuk' atau 'tan sri' ataupun 'tun' yang bersepah-sepah. gelaran 'bapak' hanya dianugerahkan untuk seorang lelaki yang benar-benar hebat di dalam bidang masing-masing! kerana itu, lelaki-lelaki yang terpilih ini adalah mereka yang benar-benar tokoh di dalam bidang masing-masing. kalau boleh diumpamakan, sama juga sebagaimana tunku abdul rahman yang digelar 'bapak kemerdekaan malaysia'! kan ke tinggi gelaran itu, kerana ianya hanya ada satu tokoh yang tidak ada duanya! jadi, mereka kena benar-benar hebat dan berkualiti untuk menyandang gelaran 'bapak' itu!

maka, bapak-bapak yang ramai itu pun berlegaran dengan wajah bangga di sekitar dewan ballroom sambil beramah mesra dengan para bapak tokoh yang lainnya serta ditemuramah para pemberita dari seluruh pelosok tanahair. wajah bangga seorang tokoh terpamer jelas di antara puluhan bapak-bapak penerima anugerah itu.

di satu sudut, seorang lelaki yang berkot hitam, berseluar slacks hitam, bersongkok hitam, wajahnya jernih tak henti-henti ditemuramah para pemberita dengan cahaya flash kamera bertalu-talu merakamkan gambarnya. seorang demi seorang pemberita menemuramah bapak itu yang kelihatan tenang wajahnya, namun begitu bersungguh-sungguh memberi penerangan tentang anugerah 'bapak' yang diterimanya itu. dia kelihatan seperti seorang yang terpelajar lagi terhormat, apatah lagi dari raut wajahnya yang jernih, pastinya datang dari keluarga orang ternama.

'bapak kelihatan tidak ada tokoh untuk menerima anugerah ini kerana bapak kelihatan seperti orang baik-baik!'
lelaki berkot hitam itu senyum, lebar dan tenang, sambil membetulkan songkok hitamnya yang mula senget.
'boleh bapak jelaskan bagaimana bapak mampu menerima anugerah paling berprestij ini dengan penampilan bapak yang sebegini?!'
'kenapa? saya tak ada tokoh di kaca mata kamu semua?!'
semua pemberita serta jurugambar yang ada mengelilinginya serentak menggeleng!
'ya, saya faham....' senyum simpul. 'hanya kerana saya seorang peguam?!'
'bukan begitu, ada jugak peguam yang sepatutnya membela orang, membela nasib orang tapi bunuh orang, bakar orang, buang orang!'
lelaki berkot hitam itu ketawa. 'oh, jangan samakan saya macam dia... ye!'
'tapi, tuan nampak baik!'
lelaki berkot hitam itu senyum sementara tawanya yang tadi terhenti. 'saya faham, kebanyakan peguam memang setan! tapi, saya lagi setan antara mereka yang setan, walaupun saya nampak baik begini!'
'tuan lepaskan pengedar dadah dunia ke?!'
dia menggeleng!
'tuan songlap duit pelanggan berjuta ringgit ke?!'
dia ketawa. 'hm, songlap duit pelanggan tak cukup setan!'
'tak cukup setan?!'
'tak cukup!' dia menggeleng lagi!
'jadi, apakah yang tuan lakukan sehingga tuan berjaya dianugerahkan sebagai 'bapak setan'?'
dia senyum. 'saya menghancurkan institusi kekeluargaan, merenggangkan kasih sayang bapak dan anak!'
'ha?! itu saja? itu taklah setan mana pun! banyak lagi peguam yang setan, meraih duit berjuta, bunuh orang....!'
'itulah yang diperdebatkan para juri, dan mereka memilih saya sebab kesetanan saya yang secara halus nampak macam tak setan tapi sangat setan!'
semua pemberita dan jurugambar ternganga, terpinga-pinga.
'baiklah, saya jelaskan dan kamu semua cuba renungkan, layak atau tidak saya menerima anugerah 'bapak setan' ini!'
semua mereka diam dan merenung tajam ke wajah lelaki berkot hitam dan bersongkok hitam itu.
'saya mewakili anak guam saya seorang ibu tunggal yang memberitahu saya bekas suaminya tak beri nafkah anak! dan, anak guam saya mahu menaikkan bayaran bulanan hampir tiga kali ganda dari jumlah asal walaupun bekas suaminya itu tak lagi mampu membayar jumlah nafkah yang diperintahkan mahkamah akibat kejatuhan perniagaannya....'
'eh itu memang patutlah, kalau saya jadi tuan bukan tiga kali ganda saya naikkan, sepuluh kali ganda pun tak peduli, bapak apa macam tu kalau tak bayar nafkah anak, jenguk pun belum tentu lagi kalau macam tu!' seorang pemberita wanita, bertubuh gempal begitu emosi....
lelaki berkot hitam itu senyum! 'ha! di sinilah kesetanan saya yang dinilai para juri!'
semua terdiam!
'setelah perbicaraan berlangsung, ternyata anak guam saya hanya mereka-reka cerita sedangkan yang sebenarnya, bekas suaminya itu seorang bapak yang bertanggungjawab terhadap anaknya! setiap hari menjemput anaknya itu untuk dihantar ke sekolah, menyediakan makan minum, menjaganya di sepanjang cuti penggal persekolahan, walaupun dalam keadaan dia susah... dan saya juga maklum tentang hal itu! kerana sewaktu anak itu dipanggil dan disoal di mahkamah, anak itu sendiri mengaku dia selesa dengan bapaknya, malah diberi layanan kasih sayang yang cukup, dan dijaga dengan penuh tanggungjawab sepanjang perceraian bapak dan ibunya itu. kalau tidak, tak mungkin anak itu begitu rapat dan menyayangi bapaknya! di sini cukup jelas, bahawa bapaknya adalah seorang yang bertanggungjawab! kalau tidak, mana mungkin seorang anak mahu mendampingi bapaknya setiap hari! saya sepatutnya, sebagai seorang islam, apatah lagi saya sendiri seorang bapak kepada anak-anak saya, saya patut nasihatkan anak guam saya agar bersetuju dengan permohonan ubah perintah bekas suaminya itu! apatah lagi yang dituntut itu sebenarnya bukanlah nafkah anak, tetapi wang tambahan peribadi anak guam saya itu kerana selain bekas suaminya itu menyara anaknya, bekas suaminya itu ada memberi anak guam saya itu duit poket bulanan! yang sebenarnya tertunggak bukan nafkah, tetapi duit poket itu yang sebenarnya bukanlah satu kewajipan untuk bekas suami membayarnya! tetapi, anak guam saya berbohong di mahkamah dan mengatakan bekas suaminya tak bayar nafkah sedangkan yang tak dibayar hanyalah duit poket tambahannya itu saja! lagipun, itu hanya ikhsan bekas suaminya saja yang begitu baik hatinya! saya sepatutnya nasihatkan anak guam saya itu berdasarkan undang-undang islam, berdasarkan kemanusiaan, juga kebenaran, tapi, tidak, sebaliknya, saya sarankan agar nafkah dinaikkan tiga kali ganda, saya nasihatkan juga anak guam saya berbohong di mahkamah, saya ciptakan beberapa keterangan palsu yang boleh menjatuhkan maruah bekas suaminya itu dan biar bekas suaminya itu dipandang hina. semuanya saya lakukan tanpa memikirkan betapa dengan cara itu saya telah menghancurkan institusi keluarga, merenggangkan kasih sayang bapak dan anak, mengaib dan menjatuhkan maruah... dan yang penting... semua yang saya lakukan ini demi kemenangan anak guam saya walaupun saya tahu, anak guam saya itu penipu! sedangkan saya sendiri tahu, fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh! tapi, ada saya peduli....'
tepukan bergemuruh, semua yang mendengar penjelasan itu bersetuju, dia memang layak menerima anugerah itu. dan, masing-masing beredar, puas hati kerana anugerah 'bapak setan' telah diberikan kepada tokoh yang tepat!

semua bersetuju, anugerah itu tak lagi perlu dipertikaikan....

dia memang betul-betul setan... walaupun terlindung di sebalik penampilannya yang baik-baik....





4 comments:

Anonymous said...

Looks can be deceiving. Wallahualam.

Anonymous said...

perli sapa tuh??? huhuhuuhu

Anonymous said...

bro,
kisah yg last tu, ade kene mengena dengan kisah ko ker? simpati aku mendengarnya ...

:: fardhiana :: said...

terbaek bro...!!!
hakikat mmg ade pon yg bprangai bapak setan walaupon bpnampilan baik2.. :)

Post a Comment