There was an error in this gadget

Wednesday, October 19, 2011

indahnya malam jumaat...

...bagi pasangan suami isteri kerana malam ini akan bertambah lagi pahala kalau isteri tak didatangi moon.

aku awal-awal pagi lagi masa hantar anak-anak ke sekolah dah kenyit-kenyit mata kat bini aku.  disambut pulak dengan jelingan marah yang mau.

'untung saya malam ni wak, bulan tak mengambang!'
'siapa cakap?!'
'mana ada!  tadi pagi saya tengok elok aje!'
'dah mula keluar dah....'  tersengih.  '...dah nampak anak bulan!'

 cis!  malang pulak malam jumaat ni!  dahlah dua hari aku simpan (saja disimpan untuk kegunaan malam jumaat), malam ni pulak boleh kempunan.  bukan itu yang aku fikirkan, tapi, pahala, pahala akan berkurangan. cis!

'hehe!  sori ek!  mesin basuh rosak, kena cuci tanganlah ye!'

oh, perli aku ye!  aku sekadar mencebik!  lagi aku naik angin bila bini aku terus layan bbm sambil langsung tak toleh aku yang sedang membelok masuk simpang ke rumah.

aku termenung.  kalau aku ada bini dua, satu off, boleh on yang satu lagi.  sebab tulah allah bagi lelaki kebenaran kawin lebih daripada satu.  kalau dua-dua off, kena tambah satu lagi.  jadi tiga.  ada satu lagi kekosongan.  hehe!

tapi, bila aku bayangkan wajah bini aku dalam kepala, terbayang senyumannya, terbayang tangisannya, terbayang rengekannya... ops.  aku padamkan niat untuk tambah cawangan.  mana mungkin aku bahagikan kasih sayang aku kalau aku ada dua bini.  cakap memang senang.  nak laksanakan tu yang payah.  jadinya, cuti ajelah malam ni, minggu depan ada lagi.  tiap-tiap minggu hari khamis akan datang.  tiap-tiap minggu juga akan ada malam jumaat.  so, apa ada hal?!  bukan ke sabar itu separuh dari iman.  nak basuh baju pakai tangan pun manalah boleh.  itu kerja masa zaman sekolah dulu, adui hai.  untuk mengurangkan lagi desakan aksi malam jumaat, aku mainkan semula di dalam kepala aku tentang kisah sepasang suami isteri dan pisang....

untuk suami-suami gersang (yang senasib dengan aku) malam ini, hayati kisahnya....

sepasang suami isteri hidup bahagia setelah enam bulan berkahwin.  kena pulak bini cun tak hengat, semakinlah bahagia si suami itu.  tiba setiap hari khamis, si isteri pasti akan mengingatkan suaminya untuk membeli pisang untuk disedekahkan pada masjid keesokkan harinya semasa sembahyang jumaat.  dan, setiap kali sebelum berasmara, pada malam jumaat itu si isteri akan mengingatkan lagi tentang pisang itu. bertambahlah sayang si suami mengenangkan isterinya bukan saja cun, tetapi kuat pulak pada pegangan agama.

pada satu hari khamis, si suami dah mula tersengih-sengih sejak dari pagi lagi.  bukan setakat tersengih, awal pulak dia ke pasar.  bila tiba malam yang dingin, semakin berdebaran dadanya tak sabar.  bini pulak baru aje lepas mandi dan baunya bukan main wangi lagi.
'abang dah beli pisang?'
'dah!  pagi tadi lagi abang dah beli!'
'hm, baguslah tu, esok jangan lupa bawak ke masjid masa solat jumaat!'
dan, pada malam itu, mereka berasmara sehingga masing-masing keletihan.  si isteri gembira bukan kepalang, dahlah dapat pahala malam jumaat, dapat pulak keseronokan.
'best tak?!'
'abang memang terbaek la!'
si suami senyum panjang penuh bangga.

berlarutanlah perkara itu sehingga mereka mendapat dua orang anak.  dan, rutin membeli pisang itu tetap berterusan.  namun, si suami tak pernah perasan bahawa selama itu pisang yang dibelinya akan kurang tiga bijik.  sehinggalah anaknya yang sulung yang baru saja pandai mengeja dan mengira memberitahu.

'ayah!  selalu bila ayah bawak balik pisang mesti tiga kurang!'
'mana kakak tau?'
'kakak selalu kira, tapi bila besok aje, kakak kira lagi... tiga kurang!'
'ah, kakak makan ye?!'
'mana ada!'

hm, ini mesti bini aku yang makan ni!  tapi, kenapa dia tak mintak aje aku belikan pisang?  tanda tanya bersarang.  tiba pada satu hari khamis, seperti biasa dia beli pisang.  kali ini dia sendiri mengiranya.  ada 18 bijik pisang dalam sisir itu.  seperti biasa, malam itu mereka kumpul pahala lagi dan esoknya dia akan solat jumaat sambil bawak pisang.  betul apa yang dikatakan anak sulungnya, sah, pisang itu dah kurang tiga bijik.  tinggal 15 bijik saja dan mana hilangnya tiga bijik itu?!

minggu berikutnya, dia beli lagi pisang.  mengira jumlahnya dan selepas berseronok aksi malam jumaat dengan bininya dia pura-pura tidur.  siap berdengkur guruh lagi.  di tengah malam itu, perlahan-lahan bininya bingkas dan keluar dari bilik selepas menggeletek suaminya untuk menguji tahap lena.  mujur si suami menahan geli dan berpura-pura tidur.  bila dipastikan suaminya tidur nyenyak sebagaimana biasa, dia mula keluar dari bilik menyusup perlahan-lahan ke dapur.

si suami berjingkit-jingkit mengintai isterinya itu.  dilihatnya si isteri membuka pintu dapur dan terus bau yang tersangat busuk macam bau bangkai menusuk hidung.  menjelma satu makhluk yang sangat hodoh dengan rambut serabut panjang mengurai dan teteknya labuh hingga paras pinggang. 
 
'tolonglah nek, takkan seminggu sekali aje, mintak tambahlah tiga kali seminggu!'
'satu kali tu pun dah cukup memadai!  jangan tamak.  dah!  mana pisang aku?!'
'nah!'  menghulurkan tiga bijik pisang yang diambilnya dari sisir yang tergantung di dapur. 
dengan rakus makhluk hodoh itu memakan pisang itu.  'ni kau curi kan?!  bukan mintak dari laki kau tu!'
si isteri mengangguk.
'dah, kau keluar sekarang, minggu depan... hari dan waktu yang sama... datang balik!'

si isteri dengan wajah hiba mengetap bibir.  mula melangkah keluar.

si makhluk hodoh itu membaca mantera dan perlahan-lahan bertukar menjadi rupa isteri lelaki itu yang jelita.

si suami ternganga dan tergamam.  dilihatnya makhluk hodoh busuk yang telah bertukar jelita itu kelihatan sebijik macam isterinya dan telah pun mula melangkah untuk naik ke bilik.  dia cepat-cepat berlari masuk dan pura-pura tidur.  dirasakan ada jari lembut mengusap pipinya.  dia mula rasa kegelian.  tak dapat menahan perasaan dia membuka mata.

'abang!  kenapa abang terjaga?'  senyum.  'abang nak lagi eh?'  merengek manja....
'tidak!!!'
si isteri tergamam.  'k-kenapa ni bang?!'
'tidak!!!'  melompat dari katil dan terus memecut lari tanpa menoleh ke belakang....

alhamdulillah, setiap kali aku putarkan kisah ini, aku mampu menahan nafsu aku untuk tidak berpesta pada malam jumaat.

eleh!  bukan indah sangat pun malam jumaat tu....

'yang, kenapa awak ni, kenapa awak telan liur?!'
aku tersentap, bini aku tergeleng-geleng dah pun berhenti layan bbm.
'awak tak nak turun ke?  dah sampai ni?!'
baru aku perasan aku dah sampai rumah.
'wak, jangan turun lagilah, jom pergi pasar jap, saya nak beli pisang la!'
hah?! 
'tidak!!!'

3 comments:

AzUrEInc said...

wakaakakakakakaa

Anonymous said...

kehkehkeh....mlam jumaat pon ader crete misteri la kan....

abuya said...

ha ha ha

Post a Comment