There was an error in this gadget

Friday, October 21, 2011

bagi jual ajelah kat saya...

...organ tu.  bolehlah ye?!'
'perli saya ni encik!  mentang-mentanglah encik orang kaya, benda yang saya tak ada encik mintak beli!'
'saya serius ni....'
'saya tau encik banyak duit, tapi benda yang saya tak mampu, janganlah encik nak perli!'
'apa yang tak mampu ni?  apa yang awak merepek ni?!'
'enciklah yang merepek!  rumah saya tv pun tak ada, nak beli organ buat apa?!'
'la... saya bukan nak beli organ tu....'
'habis tu?  organ apa pulak?  bukan ke organ yang macam piano tu?!'
'saya nak mintak beli kornea mata awak untuk anak saya....'

akan adakah kematian tak lama lagi?  kalau organ manusia sudah ada di pasaran, teknologi perubatan di tahap maksima, kematian (berkemungkinan) takkan berlaku?!  bayangkan bila seorang manusia ada masalah jantung, tukar aje jantung baru, hidup.  bila buta, tukar kornea, terus nampak.  hati rosak, tukar yang baru, okey.  pendek kata, apabila spare part manusia ini sudah diperdagangkan secara terbuka, akan semakin panjanglah umur mereka yang kaya-raya.  jantung rosak, beli aje.  boleh pilih gred apa.  begitu juga lain-lain organ yang bermasalah, beli saja asalkan ada duit.  tidakkah ini secara saintifiknya memungkinkan mereka tak mati?!  allahualam!

ini ada satu cerita benar tentang seorang kawan karib aku masa di sekolah dulu.  dia telah pergi ke negeri china untuk membuat pembedahan buah pinggang.  yang best tu, di negeri china ada musim yang dipanggil harvest time.  ini adalah masa di mana banduan-banduan akan dijatuhkan hukuman mati, organ mereka pula akan diambil untuk dijual kepada manusia yang memerlukan.  bukan seribu dua, malahan, dengarnya, ratusan ribu banduan telah menerima hukuman mati dan telah memberi harapan dan sinar hidup baru bagi ratusan manusia lain di serata dunia yang memerlukan organ-organ itu untuk menyambung nyawa.  alhamdulillah, teman karib aku itu juga kini sihat walafiat dan menjalani kehidupan penuh tawaduk walaupun dia ada darah-darah keturunan banduan.  (hehe gurau aje bro).
 
inilah intipati khutbah jumaat hari ini.  umat islam digalakkan untuk menderma organ bagi mereka yang memerlukan.  halal dan sah.  mendermalah tanpa was-was.  hukum menderma organ adalah halal dan tidak berdosa malah digalakkan untuk menyelamatkan nyawa insan yang lain.  pendek kata, menderma organ juga adalah satu ibadah....

malangnya, masih belum ramai umat islam di malaysia ini yang sudi menderma.   (termasuklah aku dan keluarga aku)

teringat aku masa kecik-kecik dulu bila orang tua-tua bagitau aku masa nak angkat jenazah, buat pelan-pelan.  jangan kasar-kasar nanti mayat kesakitan.  jangan sesekali tumpahkan air mata kat wajah mereka, nanti menyeksa mayat.  kalau air mata yang ringan itu jatuh di muka, kesakitannya tak terkira apatah lagi kalau kita angkat mereka kuat-kuat.  mayat akan kesakitan tak terperi.  mayat akan menjerit.  cuma, korang yang masih hidup aje yang tak boleh dengar.  (aku pun sampai la ni belum pernah dengar orang yang mati menjerit masa tubuh mereka diangkat atau dimandikan).

aku bayangkan pulak, bila mayat yang dah mati itu dipotong tubuhnya untuk keluarkan organ yang diperlukan, bagaimana?  sedangkan kalau disentuh kasar-kasar pun dah sakit sampai meraung, bagaimana pulak bila tubuh dipotong-potong?!  lagilah sakit, ye tak?!  (tu yang sampai sekarang aku masih terfikir-fikir nak sain borang menderma organ).  lagipun aku ni ada gout, siapa yang nak organ aku, siapa yang nak sendi-sendi aku, semua dah bengkak-bengkak, pendek kata, kualiti tak berapa bagus, hahaha!  qc pun tak lepas rasanya, kut?!

namun semua cakap-cakap ini hanyalah perumpamaan saja.  bila kita menangisi dan meratapi jenazah yang tersayang, mereka terseksa bukan sebab air mata tumpah ke muka, tetapi mereka terseksa kerana kita seolah-olah tak mahu menerima hakikat, allah sekadar mengambil semula haknya yang dipinjamkan kepada kita.  (renungkan....)

tadi aku solat jumaat, dan macam-macam benda yang aku perhatikan.  macam-macam jenis perangai manusia yang ada.  (tu yang selalu solat aku jadi tak khusyuk tu).  depan saf aku, adalah satu mamat ni, bila berdiri tu, kangkangnya punyalah besar,  punyalah lebar, mak ai, macam bapak dia yang buat masjid tu.  inikan semua bahalol punya manusia.  kalau dia rapatkan sedikit kakinya, senang-senang boleh berdiri seorang lagi makmum yang tak payah bersolat kat panas matahari. kalau ada seratus orang macam ni, macam mana?

sebelah aku pulak, nak jadi cerita (walaupun ini cerita lama), semasa angkat takbir, tiga empat kali tak menjadi.  aku pulak ralitlah menjeling sampai bila takbir dia ni nak okey ni?
'allah... huakbar!'
tak jadi.  angkat sekali lagi....
'allah... huakbar....'
pun tak jadi jugak.  bayangkan, empat kali masih tak jadi.  aku yang berdiri sebelah dia pulak yang rasa macam nak tolong angkatkan takbir untuk dia.  ni yang payah.  aku diberitahu, asalkan pasang niat aje nak solat jumaat, allah dah tahu.  korang ingat allah tu bangang ke?  pekak ke?!  berdetik aje dalam hati, allah tahu apa niat korang.  melafazkan niat itu sekadar rutin saja, apa yang nak payah-payah sampai angkat takbir lima enam kali?  macam-macam?!

teringatkan mamat tu teringat aku pada satu kisah lama yang sering jadi bahan gelak aku dan geng-geng bila teringatkan kisah ini.  mungkin korang pun pernah dengar jugak kut?  tak apa, kita share pada sesiapa yang belum pernah dengar....

di satu r&r di lebuhraya, empat orang musafir berhenti untuk solat.  masing-masing menolak untuk jadi imam.  melihatkan seorang daripada mereka yang paling senior, berjanggut pulak tu, kelihatan warak, dia ditolak sungguh-sungguh untuk mengimamkan solat asar itu.  angkat takbir, tak jadi.  angkat lagi, pun tak jadi.  yang tiga makmum dah mula hilang konsentrasi.  angkat takbir lagi, tutup mata, penuh khusyuk, (kali ni jadi kut), pun tak jadi jugak.  bila masuk takbir yang kelima, seorang pemuda yang agak rugged, berseluar jean, t-shirt iron maiden menepuk bahu si imam itu lalu menawarkan dirinya untuk jadi imam.

budak rugged tu pun mengangkat takbir.
'allahuakbar!'  sambil itu dia menoleh ke belakang menjeling si janggut.  'nampak!  sekali aje!'
terus dia baca doa iftitah, baca fatihah, baca surah ad dhuhaa dengan bacaan yang sangat merdu sekali sehingga ketiga-tiga mereka termasuk si janggut itu kagum dengan kehebatannya itu tidak sebagaimana penampilannya yang rugged.

selesai saja dia memberi salam pada rakaat keempat, dia bacakan pula doa dan wirid yang begitu mempesonakan mereka yang mendengarnya.

dan, ketika mereka bersalaman, si janggut dengan rendah diri memberi pujian yang sangat ikhlas.  'tak sangka anak ni, pak cik tabik hormat, bacaan anak tadi, wow, macam juara musabaqah kebangsaan, sangat merdu!'

budak rugged mengangguk selamba.  'itu belum lagi saya ambik wuduk, kalau ada wuduk, hm... lagi merdu!'

si janggut terus gugur janggutnya selai demi selai ke lantai sewaktu mendengarkan pengakuan itu....

so, kalau nak beramal, nak buat ibadah, nak menyerahkan diri pada allah, buat ajelah dengan ikhlas, sebab keikhlasan itu yang sebenarnya allah utamakan... okey....

Thursday, October 20, 2011

nak dating kenalah lawa-lawa...

...biasalah kan!

tapi, pernah tak korang fikir untuk pergi sembahyang jumaat pun kena lawa-lawa, wangi-wangi, cantik-cantik?!
tapi, ramai yang pergi solat jumaat selebet aje aku tengok.  pakai ala kadar aje.  ada yang pakai t-shirt perbarisan kemerdekaan, t-shirt kilang perabot ah fook dan sebagainya.  sebelum ke masjid tak mandi pun, apa aje baju yang dipakai pagi tadi, itu jugaklah yang dipakai masa solat.

ada ke patut?!  allah tengok pun tak de selera.  kalau nak jumpa awek, bukan main wangi.  mandi empat kali, sikat rambut 23 sisir, perfume tiga suku botol, baju paling terbaek yang ada dalam almari.  tapi, bila pergi solat jumaat, kenapa tak macam tu?  kenapa sempoi aje?  kenapa tak mandi, tak pakai pewangi? macam ni korang pergi untuk jumpa allah?

hehe!  aku dulu pun macam korang jugak.  malah, sampai la ni pun sama gak.  pakai sempoi-sempoi aje.  patutlah dulu masa arwah abah pergi masjid dia mandi sejam, pakai jubah siap gosok ada side, pakai minyak atar tiga batu dah boleh bau.  aku heran jugak.  kenapalah orang tua ni beriya-iya dressing?  padahal nak pergi masjid dekat rumah aje.  nak solat jumaat aje bukannya nak sembahyang raya.

kenapa korang macam ni?  nak jumpa allah pakai selebet?  ala kadar aje.  nak jumpa awek, ehem... ehem!

dan, bila ku renungkan balik, terasa malu la pulak.  bila susah tadah tangan mintak kat allah.  bila nak apa aje, mintak kat allah.  tapi, bila tiba masa dating dengan dia, pakai ala kadar.  sedangkan korang nak jumpa pegawai kerajaan mintak tender pun pakai tali leher, baju smart, tug in, bau pun wangi, tapi bila jumpa allah, kenapa ala kadar saja?

aku dah mandi, pakai kain, pakai t-shirt aje (tapi yang bersih baru basuh), sekarang aku nak pergi dating... bye!

Wednesday, October 19, 2011

indahnya malam jumaat...

...bagi pasangan suami isteri kerana malam ini akan bertambah lagi pahala kalau isteri tak didatangi moon.

aku awal-awal pagi lagi masa hantar anak-anak ke sekolah dah kenyit-kenyit mata kat bini aku.  disambut pulak dengan jelingan marah yang mau.

'untung saya malam ni wak, bulan tak mengambang!'
'siapa cakap?!'
'mana ada!  tadi pagi saya tengok elok aje!'
'dah mula keluar dah....'  tersengih.  '...dah nampak anak bulan!'

 cis!  malang pulak malam jumaat ni!  dahlah dua hari aku simpan (saja disimpan untuk kegunaan malam jumaat), malam ni pulak boleh kempunan.  bukan itu yang aku fikirkan, tapi, pahala, pahala akan berkurangan. cis!

'hehe!  sori ek!  mesin basuh rosak, kena cuci tanganlah ye!'

oh, perli aku ye!  aku sekadar mencebik!  lagi aku naik angin bila bini aku terus layan bbm sambil langsung tak toleh aku yang sedang membelok masuk simpang ke rumah.

aku termenung.  kalau aku ada bini dua, satu off, boleh on yang satu lagi.  sebab tulah allah bagi lelaki kebenaran kawin lebih daripada satu.  kalau dua-dua off, kena tambah satu lagi.  jadi tiga.  ada satu lagi kekosongan.  hehe!

tapi, bila aku bayangkan wajah bini aku dalam kepala, terbayang senyumannya, terbayang tangisannya, terbayang rengekannya... ops.  aku padamkan niat untuk tambah cawangan.  mana mungkin aku bahagikan kasih sayang aku kalau aku ada dua bini.  cakap memang senang.  nak laksanakan tu yang payah.  jadinya, cuti ajelah malam ni, minggu depan ada lagi.  tiap-tiap minggu hari khamis akan datang.  tiap-tiap minggu juga akan ada malam jumaat.  so, apa ada hal?!  bukan ke sabar itu separuh dari iman.  nak basuh baju pakai tangan pun manalah boleh.  itu kerja masa zaman sekolah dulu, adui hai.  untuk mengurangkan lagi desakan aksi malam jumaat, aku mainkan semula di dalam kepala aku tentang kisah sepasang suami isteri dan pisang....

untuk suami-suami gersang (yang senasib dengan aku) malam ini, hayati kisahnya....

sepasang suami isteri hidup bahagia setelah enam bulan berkahwin.  kena pulak bini cun tak hengat, semakinlah bahagia si suami itu.  tiba setiap hari khamis, si isteri pasti akan mengingatkan suaminya untuk membeli pisang untuk disedekahkan pada masjid keesokkan harinya semasa sembahyang jumaat.  dan, setiap kali sebelum berasmara, pada malam jumaat itu si isteri akan mengingatkan lagi tentang pisang itu. bertambahlah sayang si suami mengenangkan isterinya bukan saja cun, tetapi kuat pulak pada pegangan agama.

pada satu hari khamis, si suami dah mula tersengih-sengih sejak dari pagi lagi.  bukan setakat tersengih, awal pulak dia ke pasar.  bila tiba malam yang dingin, semakin berdebaran dadanya tak sabar.  bini pulak baru aje lepas mandi dan baunya bukan main wangi lagi.
'abang dah beli pisang?'
'dah!  pagi tadi lagi abang dah beli!'
'hm, baguslah tu, esok jangan lupa bawak ke masjid masa solat jumaat!'
dan, pada malam itu, mereka berasmara sehingga masing-masing keletihan.  si isteri gembira bukan kepalang, dahlah dapat pahala malam jumaat, dapat pulak keseronokan.
'best tak?!'
'abang memang terbaek la!'
si suami senyum panjang penuh bangga.

berlarutanlah perkara itu sehingga mereka mendapat dua orang anak.  dan, rutin membeli pisang itu tetap berterusan.  namun, si suami tak pernah perasan bahawa selama itu pisang yang dibelinya akan kurang tiga bijik.  sehinggalah anaknya yang sulung yang baru saja pandai mengeja dan mengira memberitahu.

'ayah!  selalu bila ayah bawak balik pisang mesti tiga kurang!'
'mana kakak tau?'
'kakak selalu kira, tapi bila besok aje, kakak kira lagi... tiga kurang!'
'ah, kakak makan ye?!'
'mana ada!'

hm, ini mesti bini aku yang makan ni!  tapi, kenapa dia tak mintak aje aku belikan pisang?  tanda tanya bersarang.  tiba pada satu hari khamis, seperti biasa dia beli pisang.  kali ini dia sendiri mengiranya.  ada 18 bijik pisang dalam sisir itu.  seperti biasa, malam itu mereka kumpul pahala lagi dan esoknya dia akan solat jumaat sambil bawak pisang.  betul apa yang dikatakan anak sulungnya, sah, pisang itu dah kurang tiga bijik.  tinggal 15 bijik saja dan mana hilangnya tiga bijik itu?!

minggu berikutnya, dia beli lagi pisang.  mengira jumlahnya dan selepas berseronok aksi malam jumaat dengan bininya dia pura-pura tidur.  siap berdengkur guruh lagi.  di tengah malam itu, perlahan-lahan bininya bingkas dan keluar dari bilik selepas menggeletek suaminya untuk menguji tahap lena.  mujur si suami menahan geli dan berpura-pura tidur.  bila dipastikan suaminya tidur nyenyak sebagaimana biasa, dia mula keluar dari bilik menyusup perlahan-lahan ke dapur.

si suami berjingkit-jingkit mengintai isterinya itu.  dilihatnya si isteri membuka pintu dapur dan terus bau yang tersangat busuk macam bau bangkai menusuk hidung.  menjelma satu makhluk yang sangat hodoh dengan rambut serabut panjang mengurai dan teteknya labuh hingga paras pinggang. 
 
'tolonglah nek, takkan seminggu sekali aje, mintak tambahlah tiga kali seminggu!'
'satu kali tu pun dah cukup memadai!  jangan tamak.  dah!  mana pisang aku?!'
'nah!'  menghulurkan tiga bijik pisang yang diambilnya dari sisir yang tergantung di dapur. 
dengan rakus makhluk hodoh itu memakan pisang itu.  'ni kau curi kan?!  bukan mintak dari laki kau tu!'
si isteri mengangguk.
'dah, kau keluar sekarang, minggu depan... hari dan waktu yang sama... datang balik!'

si isteri dengan wajah hiba mengetap bibir.  mula melangkah keluar.

si makhluk hodoh itu membaca mantera dan perlahan-lahan bertukar menjadi rupa isteri lelaki itu yang jelita.

si suami ternganga dan tergamam.  dilihatnya makhluk hodoh busuk yang telah bertukar jelita itu kelihatan sebijik macam isterinya dan telah pun mula melangkah untuk naik ke bilik.  dia cepat-cepat berlari masuk dan pura-pura tidur.  dirasakan ada jari lembut mengusap pipinya.  dia mula rasa kegelian.  tak dapat menahan perasaan dia membuka mata.

'abang!  kenapa abang terjaga?'  senyum.  'abang nak lagi eh?'  merengek manja....
'tidak!!!'
si isteri tergamam.  'k-kenapa ni bang?!'
'tidak!!!'  melompat dari katil dan terus memecut lari tanpa menoleh ke belakang....

alhamdulillah, setiap kali aku putarkan kisah ini, aku mampu menahan nafsu aku untuk tidak berpesta pada malam jumaat.

eleh!  bukan indah sangat pun malam jumaat tu....

'yang, kenapa awak ni, kenapa awak telan liur?!'
aku tersentap, bini aku tergeleng-geleng dah pun berhenti layan bbm.
'awak tak nak turun ke?  dah sampai ni?!'
baru aku perasan aku dah sampai rumah.
'wak, jangan turun lagilah, jom pergi pasar jap, saya nak beli pisang la!'
hah?! 
'tidak!!!'

mak dan mangga...

...macam tak boleh dipisahkan lagi.  walaupun hanya sebatang itu aje pokok mangga di laman rumah mak, dan itu jugaklah satu-satunya pokok buah yang ada.  memang tak dinafikan, buahnya lebat, setiap dahan tergantung paling kurang sepuluh biji mangga yang cantik buahnya.  kadang-kadang tu, mak merungut dan mengadu, banyak yang gugur tak tau kenapa.  hujan tak, ribut tak, tau-tau bila keluar kat laman awal pagi, banyak yang bertaburan.  mak kutip mangga-mangga yang bergelimpangan itu,  mak simpan dalam peti kayu di dapur.  mak peramkan mangga itu dengan harapan nanti ia akan masak dan bolehlah anak-anaknya makan.

bila dah ada yang masak, mak akan suruh adik-adik call aku. 
'mak pesan suruh along datang rumah ambik mangga.'
'hm, nantilah bila senang!'
'mak suruh datang sekarang, kalau lambat ambik... nanti busuk!'
'hm, tengoklah nanti, along sibuk ni!'

selalunya aku lupa.  dan, adik aku akan call lagi lusa.  bagitau mesej yang sama.  cepat ambik mangga takut nanti busuk.

saat ini aku termenung.  bagitau bini aku untuk segera pergi rumah mak ambik mangga.  dan aku terfikir, kenapa hanya disebabkan buah mangga itu mak berat-berat fikir sampai suruh adik-adik call untuk aku segera ambik jangan sampai busuk.  bukannya mati pun kalau aku tak ambik mangga tu.  bukannya aku kempunan pun.  tapi, mak tetap nakkan aku ambik mangga tu.  mak tetap nak aku makan buah mangga tu.  mak simpankan buah mangga tu untuk aku.  mak peramkan buah-buah mangga tu untuk aku.

dan, anak aku athirah pernah bagitau.  mak ambik buah yang pecah untuk dia makan.  yang elok mak simpan untuk aku.  mak akan potong mangga yang pecah dan masak itu, mana-mana bahagian yang busuk dan lembik mak buang, dan makan mana bahagian yang elok.  tapi, untuk aku, selalunya mangga yang mak bagi, semuanya elok-elok belaka?!

aku hanya mampu memejamkan mata dan membiarkan fikiran dan perasaan aku ini untuk menilai erti kasih sayang seorang emak terhadap anaknya!

lama bercuti, bro?

...ak ah!  nak siapkan novel, tu yang pulun siang malam sampai blog langsung takde yang nak direpekkan.  akibatnya, siaplah jugak novel terbaru aku yang bertajuk 'valentine datang lagi dan pergi...'  kenapa dia datang?  kenapa pulak dia pergi?  cakap pasal valentine ni, ada yang sensitif.  bagi orang islam, haram kita menyambutnya.  dulu tak.  dulu zaman sekolah, memang tak sabar nak tunggu 14 februari ni.  rasa naik bulu roma.  rasa romantik la pulak.  wakaka.  tapi, masa berubah.  kini, fatwa dah keluar, haram umat islam menyambut hari valentine.  so, korang semua janganlah nak bermimpi celebrate valentine dengan awek atau balak, hahaha, padan muka.

kadang-kadang aku terfikir, adakah dengan menyambut hari kekasih setiap datangnya 14 februari itu akan menjamin hubungan berkekalan?  tak jugak!  ramai gak yang clash walaupun sambut valentine, betul tak?!

jom renungkan satu kisah ini....

'abang betul ke sayangkan ayu?'
'eh betullah, kalau tak, takkanlah abang kawin dengan ayu!'
'walaupun tau yang ayu tak lagi ada dara?'
'kan kita dah bincangkan hal ni dulu, ayu!  tu perkara yang dah lepas!  sebelum ayu jumpa abang!  abang tak kisah!  yang penting, ayu tu, bukan dara ayu!'
'tapi ayu kisah, ayu rasa nyesal!'
'tak payah fikir!  tak payah menyesal!'
'ayu tak boleh terima!'
'tak boleh terima apa?!'
'tak boleh terima yang abang tak lagi ada teruna!'
'@$##**&^%$!#?!'

renungkan wahai kaum lelaki, betapa untungnya korang sebab aku rasa, jarang-jarang kes sebagaimana di atas berlaku.  jarang-jarang seorang perempuan mempertikaikan keterunaan korang.  juga, tak ramai perempuan yang mampu menghalang bila korang nak kawin satu atau dua lagi.  hanya mampu menangis bila korang kantoi main pompuan lain.  sekadar mengetap bibir bila terbaca sms cinta dalam handphone korang.

hahahaha!  tu yang untungnya jadi lelaki ni, betul tak bro-bro semua!  hahaha!