There was an error in this gadget

Sunday, May 12, 2013

selamat hari ibu, wak....

'selamat aje?  hadiah tak ada?!'
'malam la!  takkan siang-siang!'
'hm... asyik tu aje... tak nak arr!  asal hari jadi, hari ibu, hari raya, hari guru... hari peladang... hari apa lagi.... asal ada hari istimewa.... asyik hadiah tu aje, jemulah!'
aku ketawa.  ketawa sepuas-puasnya.  'malam ni ada style paling baru!  hari ibu spesel!  awak nak saya ikat reben warna apa?  bagitau aje!'
'tak nak arr!  saya letih!'
'awak tau tak, kalau saya offer kat pompuan lain, berderet nak, beratur pun diorang sanggup, awak tau tak?'
'hm....'
'kalau awak dah letih sangat, dah tak sanggup lagi... saya bawakkan borang untuk awak sain!'
'hm, itu ajelah modal awak!'
aku ketawa.  'kalaulah islam benarkan pompuan kawin lebih dari satu, saya tak kisah!  saya sain borang poligami untuk awak!'
'hm, cakap senanglah, cuba kalau betul-betul... boleh ke?!'
'lagilah bagus!  boleh saya keluar!  lepak dengan kawan-kawan senasib!'

tajam mata bini aku merenung.  mencebik....

aku ketawa.  'tak payah nak layan awak tiap-tiap malam!'
'hm, cakap bolehlah!'
'saya call romai... ajak lepak!'
'romai pun bermadu jugak ke?!'
'biasalah!  romai lagi teruk... bini dia kawin tiga!'
'saya pun kawin tiga, ada peluang aje, tak bagi chance... saya kawin empat terus!'

amboi bini aku!  marahlah tu!  aku ketawa.  terbayangkan senario itu.  bila jumpa romai atau kawan-kawan senasib yang bermadu, mungkin beginilah perbualan kitorang agaknya....

'mai malam ni lepak!'
'okey, bini aku pun balik umah laki nombor dua dia!'
'ajak roi sekali!'
'tak boleh, malam ni turn roi!'
'yelah lupa!  er siapa lagi yang free?!'
'nawi free!  dia aje yang madu empat!'
'eh bukan dia aje... aku dengar kamil pun dah madu empat sekarang!'
'ha?  serius?!'
'aku dengar madu kamil umur baru lapan belas!'
'la, baru lepas spm... boleh ke tahan?  jagung muda sangat tu!  baru usik sure terpancut!'

berdekah-dekah kami ketawa!

'entahlah!  so, macam mana malam ni?'
'aku on aje!  nanti try tanya jim kalau dia nak join!'
'jim apa hal pulak?'
'jim pun aku dengar bini dia kawin kat siam, tapi tak sure lagi.  jim tengah investigate lagi tu!'
'hm, okeylah, ajak jim lepak.  kalau sah, bolehlah join club kita!'
'hm, okey... nanti aku set dengan diorang!'
'okey!  apa-apa hal kita jumpa malam ni tempat biasa!'
'orait!'

entah dari mana datangnya... suara itu pulak yang pecah.

'saya serius ni wak!"
'amende?  nak kawin empat?!'
'hisy!  merepeklah!  mana hadiah saya ni?'
'hm tak sabar!  ha, jom la!  saya on aje, siang pun okey!'
'saya tak nak yang tu!'
'habis tu?!'
'saya nak samsung s4!'

aku tepuk dahi!  yang ni berat sikit, tapi kalau yang tu... sekarang pun boleh....

'boleh tak?'
'hm... okeylah!'

bini aku sengih panjang!

aku pun sengih panjang sebab islam tak benarkan isteri kawin lebih dari satu....

hahahahaha!  kalaulah boleh, tak ke haru?!




2 comments:

RedVixen said...

tahniah akhirnya keluar jugak joni togo jilid 4&5. dah 7 tahun aku carik.

waheed rauf said...

http://gamesyork.blogspot.com/2013/05/download-fifa-13-for-free-pc.html

Post a Comment