There was an error in this gadget

Thursday, May 9, 2013

abang okey ke bang?

'kenapa kau tanya?'
'ai?!  tanya pun marah?!'
'kau nampak ke aku ni okey?'
'nampak macam tak okey!"
'memang tak okey!  aku letih!'

bini diam.  laki lontar diri atas kerusi.

'buat milo!  suam!'
'milo abis!'
'abis?  kenapa tak beli?!'
'semalam pergi giant memang nak beli tapi tak cukup duit sebab dah beli untuk lauk!'
'hm....'
'kalau tak cukup... tapi sebab gst dah naik... kena caj enam persen bang!'
'hah?!  apa benda gst tu?"

bini tepuk dahi!  laki gantung kain rentang dacing kat dinding....

'buatkan aku teh ajelah!  teh ada?"
'kalau teh adalah!'
'hm... buat teh kaw!'
'nanti cek susu dulu cukup ke tak, kalau tak saya buat biasa ajelah, tak dapatlah teh kaw!'
'hm... apa ajelah!'

laki pejam mata, bini melangkah ke dapur.



No comments:

Post a Comment