There was an error in this gadget

Wednesday, January 19, 2011

ada otak ke tak?!

...apa aje cerita, kisah, berita atau novel yang kita baca, atau filem, drama, teater, yang kita tonton, lagu, muzik, video klip yang kita dengar, semua paparan yang dihidangkan itu merupakan kisah kehidupan kita semua yang bergelar manusia.

kenapa beruk tak buat movie atau novel tentang diri mereka?! sebab beruk bukan manusia! apa kelebihan manusia yang boleh buat movie atau cerita pasal beruk, ufo, alien, neraka, syurga dan segala macam hantu dan jin, atau apa saja cerita yang terlintas di fikiran dan imaginasi seorang manusia.

sebab manusia dikurniakan 'akal' untuk berfikir! bukan otak ye! sebab otak ada pada setiap manusia, setiap haiwan serta juga beruk! ikan pun ada otak! bezanya, otak mereka tak mempunyai akal untuk berfikir sebagaimana manusia! tapi, 'otak-otak' lain pulak! otak-otak diperbuat daripada ikan dan boleh dimakan. otak lembu pun boleh makan jugak!

so,
banyak bezanya antara otak dan akal! jangan terkeliru!

'kau tak ada otak ke? bawak motor laju-laju kat depan sekolah?!'
'saya otak ada bang, akal yang tak ada!'

nampak bezanya?!

aku, korang, nenek korang, semua orang, dikurniakan otak. bezanya, ada otak yang cerdik, yang lembap, yang tak berfungsi, yang gila, yang bangang, dan mati otak!

kalau mati otak, bolehlah derma organ korang tu untuk mereka yang memerlukan! ada jugak faedahnya hati, jantung, mata... atau apa saja organ korang yang difikirkan sesuai daripada dimamah cacing kat dalam kubur sana tu. aku pun nak derma organ aku jugak, tapi mau ke si penerima terima organ aku yang ada gout?

cakap pasal otak dan akal ini, tak dapat aku nak bayangkan, apakah ketika mereka-mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akal itu dalam keadaan normal atau sebaliknya. aku tergaman baca berita ngeri di akhbar lewat sehari dua ini bilamana, dua remaja dibakar hidup-hidup, sorang remaja dibunuh dan ditanam dalam keadaan duduk, dan seorang gadis yang dilarikan, dirompak, diperkosa dan diliwat.

tiga contoh perbuatan ini dilakukan manusia! ataupun mereka itu binatang yang sebenarnya? di mana akal mereka pada ketika mereka lakukan semua itu?

nauzubillah, dan marilah kita renung wajah mak bapak, anak-anak, bini, adik, atau sesiapa yang kita sayangi!

dan, tanya pada diri kita sendiri, tergamakkah kita melakukannya?!

1 comment:

SHZ said...

Sayang sekali, manusia tetap manusia. Biarpun dikurniakan akal, tak semua yg bijak menggunakannya, atau lebih tepat lagi, tak semua insan sudi utk menggunakannya ke arah yg lurus.

jenayah... perkara2 terkutuk... mungkin disebabkan tuntutan jiwa yg tidak tenteram atau mental yg tidak stabil. tp tak kurang juga hasil daripada nafsu serakah yg meluak-luak tanpa batasan.

akal ada, tp cara menggunakannya... seribu satu macam...

Post a Comment