There was an error in this gadget

Friday, January 14, 2011

cuba citer apa azam korang tahun ni?

...azam tahun baru ni... aku nak jadi kaya-raya, nak derma dan kongsi kekayaan, nak tolong orang miskin, nak kawin satu lagi, hahaha! mampos! kalau bini aku dengar, elok-elok mata aku dua tinggal satu, ehem-ehem aku tu elok sihat... kena penggal sampai pendek! kalau sempat sambung pun, belum tentu berfungsi! banyak dah kes macam ni terjadi... jangan buat main, bahaya, orang pompuan zaman sekarang ni daring-daring belaka....

so, apa azam korang ek? tiap-tiap tahun pasang azam baru, menjadi ke tak?! yang nak berhenti merokok tu, apa cerita, bibir dah merah ke?! gigi dah tak kuning lagi ke... atau semakin tebal asap yang korang sedut! dari sekotak tambah dua! hehe, macam aku yang nak tambah satu bini jadi dua! tapi sampai sekarang tak jadi-jadi....

aku pun macam-macam azam aku pasang. tiap-tiap tahun ada aje azam baru (konon)! ingat pasang azam ni, macam pasang langsir raya apa?! hotak korang la! pasang azam, tak perlu hebah-hebah, tapi ubah. sepanjang tahun tu, ubah perangai setan yang korang kononnya dah tak nak lakukan lagi tu! tak payahlah call stesen radio, kemudian tu bagitau dj yang bertugas malam tu dengan janji begini:

'azam tahun baru saya ni saya dah tak nak lepak malam kat pub lagi, dah nak tukar hala lepak kat surau pulak, sembahyang jemaah.'

hello, tak perlu semua ni, faham! tak payah bagitau orang pun, buat aje! tak payah tunggu tahun baru pun, buat aje keesokan harinya. kalau nak ubah perangai, tak perlu tunggu hari esok, atau tahun baru, atau lepas kemalangan, atau lepas mak mati, bapak mati, mati pucuk, tak perlu! ubah aje kalau tau apa benda yang korang buat selama ni tak berfaedah, salah, berdosa, tak elok atau sebagainya.

aku rasalah... kan, setiap muncul ambang tahun baru, setiap ceo company rokok seluruh dunia kalau bukak radio tak boleh tidur malam. berbilion perokok tegar seluruh dunia berazam nak berhenti merokok. kalau betullah jadi, bungkus gulung tikar semua company rokok sedunia. tapi, hampeh... semua tu hanya azam yang tak pernah dilaksanakan... hahaha.

aku merenung pancaran bunga api yang gemersik dari klcc yang mengindahkan langit pada malam tahun baru itu. aku termenung, tanya diri aku ni, apakah yang akan aku ubah? perlu ke aku tunggu setiap tahun baru untuk aku ubah perangai aku yang taik ini?

'berapa kali tahun baru lagi yang aku perlukan untuk ubah perangai jadi mausia yang baik?'
'lima?'
'sikit sangat tu!'
'sepuluh kali lagi?'
'er... tak cukup tu, tambah sikit lagi!'
'okey, apa kata tambah lagi tiga puluh tahun baru?'
'hm... okey gak tu! er... tapi kalau boleh... kalau tak keberatanlah, tambah sikit lagi, buat empat puluh tahun baru, boleh tak?!'
'okey... empat puluh tahun baru lagi untuk kau celebrate dan fikirkan azam-azam tahun baru yang baru!'
'hm... okeylah kut, cukuplah tu....'

lebar senyuman aku dapat empat puluh tahun baru untuk aku raikan....

huh! sedap banyaklah kalau macam tu! korang ingat umur korang, berapa banyak kali tahun baru korang nak sambut, korang sendiri tetapkan ke? siapa yang ajar ni? silap-silap, tahun baru yang akan datang ni pun korang tak sempat sambut! Apa macam?!

'hoi jangan!'

aku pulak yang jawab macam tu! memang tak cukup kalau umur aku pendek tak sempat habiskan tahun depan! mana cukup?! dosa berlambak lagi ni! nak tobat nasuha, tak berani! tu yang cuba ubah perangai sikit-sikit! man-man. tapi sampai bila?!

tepuk dada tanya selera?!

dan aku, di bawah sinar percikan bunga api itu aku bertanya diri aku sendiri:

'boleh tak kikiskan hasrat nak kawin satu lagi?' ha?! aku ternganga.
'boleh tak lupakan bmw, porsche, mers dan aston martin serta bentley?' huh! kena ke?!
'boleh tak bila dengar azan subuh terus ambik wuduk dan solat?' gulp! s-sejuk giler t-tu....
'boleh tak kita patah balik sekarang wak!'
'hah? patah balik?!' aku toleh dan tatap muka bini aku yang berkerut! aku tersentap, bini aku muka dah bengang. kat sepanjang akleh, kereta berderetan menjadikan lebuhraya sesak teruk. semua berhentikan kereta di sepanjang jalan hanya sebab nak tengok percikan bunga api dari klcc.

'huh, ingatkan ikut highway tak jam, rupanya lagi sesak dari nak balik kampung sambut raya!' muka bini aku dah penyek, malam ni sure aku lopong gigit jari....

lalu, aku sorotkan mata aku di sepanjang lebuhraya akleh itu, memikirkan setiap manusia yang sedang asyik semacam sedang berpiknik sambil leka menyaksikan keindahan bunga api indah itu dengan satu pertanyaan....

'apa ye agaknya azam baru mereka-mereka yang sedang ralit tengok bunga api itu?'

hati kecik aku yang tolong jawabkan: 'tahun depan tak nak tengok bunga api kat tepi lebuhraya akleh dan sesakkan keadaan!'

hahahahaha....

3 comments:

Catherine- said...

:) happy new year encik AA!

ciK gAyah kePOhhh said...

ahahh tiap2 azamm punyerr la besaw tp nk buatt hampehhhh!!! hahahhahaaaa

SHZ said...

post yang sinis tp sangat-sangat benar. Pernah juga buat azam, kononnya tahun baru nak realisasikan... tp... hmmm... faham-faham jelah..

lumrah manusia ke? yg pasti, kalau disemai kesungguhan yang lebih, tak mustahil kan? Dan memang betul, tak perlu tunggu utk tahun baru... buat aje terus..

Mungkin itu yg kita semua kena belajar... self-motivation...

Cheers!

Post a Comment