There was an error in this gadget

Monday, January 24, 2011

alamak, alarm dah bunyi....

...pagi-pagi, subuh sebenarnya, dah pun bangun! bini dah kejutkan berpuluh kali sebab nak hantar anak-anak ke sekolah! alarm dah membingit, telinga dengar, mata yang buat dek. punyalah malas nak bangun, sebab kedinginan subuh sinonim sangat dengan keenakan tidur.

sekitar jam enam, azan subuh kedengaran dari surau berdekatan, memanggil-manggil umat islam mengerjakan solat pertama untuk dilunaskan kepada allah. saat inilah ratusan iblis dan setan, malahan ribuan mungkin, bergayut kat bulu mata menarik-narik kelopaknya untuk terus tertutup dan melayan mimpi.

aku kat mana masa itu? korang pulak kat mana? masih enak berdengkur? atau dah pun bangun mengambil wuduk?! kadang-kadang aku terfikir... mana lebih baik, kedinginan air di subuh hari sehingga menggigil segala sendi ataupun kepanasan yang mencairkan tubuh di neraka?! gulp!

namun, solat di subuh hari ini perlu dilakukan setiap hari, walau uzur, walau terlantar, tak kira nazak, tak kira sakit, asal otak berfungsi, menggunakan mata sudah memadai untuk bersolat! kalau mata tak boleh dibuka, memadai bersolat menggunakan khayalan fikiran. namun, solat tetap solat dan solat adalah wajib. ingat tu! jadi, tak ada alasan untuk tidak melakukan solat! janganlah cakap pening, letih, terbabas, semua tu alasan lancau aje. allah dah tetapkan segalanya dan memberi kemudahan kepada makhluknya yang bernama manusia. selagi hayat dikandung badan, tanpa alasan, solat perlu didirikan.

aku faham , korang pun aku rasa faham. tapi, faham aje tak cukup, bro! faham kena tunaikan! faham?! aku pun cakap aje aku faham! tapi menunaikannya kadang-kadang aku buat-buat tak faham! aduh, cilaka jugak aku ni!

kalau subuh hari jumaat, ini detik paling sukar untuk aku! tak taulah korang camana?! sorry ek! aku ada bini! malam tu kejar malam sunat! kalau bersama bini, dapat pahala bersetubuh! aku tak nak lepaskan peluang dapat pahala sunat percuma di samping nikmat macam ni!

bila azan memanggil, masa tu tiga setan bergayut kat bulu mata pun dah cukup untuk aku tak bukak kelopak mata! tak payah sampai beratus pun! phuh, malam kerja keras bro, tulang-temulang rasa macam nak patah! kopi jantan ke, tongkat ali ke, apa benda ke, bila bab nak bangun subuh tunaikan solat, ini kes dera pada diri sendiri yang paling sukar aku nak atasi. punyalah menyesal malam tadinya belasah tak ingat sebab nak bangun subuh payah nak mampos!

namun, apa jugak alasan, solat tetap kena buat, solat wajib ditunaikan!

takkan nak jawab kat padang masyar esok dengan jawapan macam ni: 'saya letih, malam tadi kejar pahala sunat malam jumaat, dah pulun habis-habisan, naklah kena puaskan bini, itu tuntutan, letihlah, saya ni manusia biasa aje!'

kalau berani korang jawablah macam ni, ye?! ada berani?!

namun, hakikatnya kita semua orang islam, inilah rutin wajib yang perlu kita lakukan saban subuh sampai kita mampos! nak, tak nak, suka, rela tak rela, tetap kena buat!

dan aku, masih tetap jugak kadang-kadang tertinggal melakukannya. (nak-nak bila di luar hujan menyanyi)

dan, walau aku melakukannya, masih belum tentu diterima allah....

allahualam....

2 comments:

rahman latip said...

terima kaseh kerana mengingatkan =)

Amni said...

ingatan untuk isteri jugak ni... =)

Post a Comment