There was an error in this gadget

Monday, January 24, 2011

akhirnya bini aku sain borang itu... yabedabedu....

...gembira hati bertalu-talu!

apa taknya, sekian lama aku mintak, penuh alasan aku bagi, akhirnya, borang itu telah pun disainnya....

borang apa? poligami ke?! oh yes, sudah semestinya! aku bebas memilih calon bini yang baru, huhuhu!

'tapi yang, kali ni saya yang pilih sendiri ye, tak nak awak yang pilih, pilihan awak tu merepek, tak senonoh punya pilihan!'

'awak nak pilih yang macam mana?!'

'saya bukan hipokrit, saya mestilah nak pilih yang lawa, kaki panjang, putih...hm... lebih muda pada awak!'

bini aku angguk aje.

aku tau, sedikit sebanyak dia terguris, pasti ada cemburu di dada. namun, aku tak nak berzina, aku tak nak buat maksiat, aku tak nak ada affair and no scandal-scandal! sebab tulah aku tekankan untuk berpoligami. walaupun hakikatnya pahit, tapi halal! kalau aku adil, rumahtangga pasti bahagia! dan, alhamdulillah, bini aku faham. bini aku tak mau aku lakukan zina dan dia pun tau aku sangat sayangkan keluarga aku ini! sebab tulah aku rasa, akhirnya dia sain jugak borang itu yang aku simpan dalam laci yang berkunci.

kadang-kadang aku rasa bersalah, tapi, tuntutan aku sebagai lelaki tak mampu untuk aku tahan! aku tak nak jadi penipu, pengkhianat, jadi jalan terbaik adalah berpoligami secara halal dan direstui bini.

'kalau saya pun, sure saya pilih yang lebih hensem dari awak, yang muda dari awak, yang sasa dari awak!'

aik! lain macam aje! aku tenung muka bini aku malam selepas dia sain borang itu.

'itu dah suratan allah, cuma lelaki aje yang boleh kawin lebih daripada satu! kalau orang pompuan pun boleh, saya pun nak! saya bukan hipokrit! saya pun leleh tengok budak-budak muda, yang nampak sporty, nampak macho... yang pastinya tak ada gout!'

aku telan liur! gout-gout jangan mention ek, ni isu sensitif ni! ni dah lebeh ni!

'tak apalah wak, awak carilah yang muda dari saya, yang cun, nanti kalau awak dapat yang kurang dari saya, awak mintak tambah satu lagi, kali ni pilih yang betul-betul cun, yang lawa, yang body meleleh cutting model....'

aku tau bini aku tu jealous dan kecewa, sebab tulah dia cakap macam tu....

'harap-harap nanti bila lepas bini muda awak tu beranak, taklah badan naik mendadak....'

aku telan liur lagi!

'banyak kes, orang pompuan ni masa belum beranak memanglah meleleh, lepas beranak kalu, semua alignment lari... bodykit jugak ada pasang macam kereta sport awak dulu-dulu tu, hah, masa tu, bini yang dulu tinggi lampai, baru nampak lowered!'

'saya faham awak kecewa....'

'eh taklah, saya happy, kalau awak happy saya lagi happy! saya memang nak awak happy! lagipun, kalau awak dah kawin nanti, kuranglah kerja saya bila malam jumaat nanti!'

lain macam aje statement bini aku ni....

'patutnya, allah bagi lelaki pompuan sama-sama hak boleh kawin lebih dari satu, kan best, kan yang?!'

aku tenung muka bini aku. (cun tu)

'saya pun bila awak mintak saya sain borang poligami, saya pun hulur borang untuk awak pulak sain! (senyum) sama-sama kita sain! bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!'

bulu roma aku naik, muka aku kembang! cemburu aku mendadak. bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!

'tapi pun best gak, kan yang, at least kita sama-sama ada experience, boleh kita praktikkan kat pasangan muda kita tu! macam-macam style yang pernah kita buat, kita share dengan diorang! ala, lagipun apa yang nak di-jealous-kan, ia sekadar seks aje! kucing, ayam, lembu, tukar-tukar pasangan selamba aje. tak pulak rasa cemburu, betul tak?!'

aku telan liur! ye ke?!

'saya kalau ada laki muda, kena pasang badan lebihlah, takut nanti, laki lari, dia pun mintak borang poligami macam awak jugak! tiap malam bila turn saya dengan dia... sembur minyak wangi, sapu losen satu badan, saya kenalah pakai gaun nipis warna pink, huh....'

'o, masa dengan saya awak pakai t-shirt pangkor aje?'

'aik?! awak jealous ke?'

aku terkedu. terpaku! kantoi....

'apalah awak ni....' ketawa. 'itu pun awak nak jealous! manalah orang pompuan boleh kawin lebih dari satu, saya just imagine aje, alangkah best-nya kalau pompuan pun dapat hak yang sama macam tu!'

'hm, okeylah, saya nak mandi ni....' aku tutup pintu bilik mandi, termenung!

'wak! nanti kalau awak dah ada calon tu, sebelum awak lamar dia, bawaklah jumpa saya dulu, boleh berkenal-kenalan, ye!'

aku diam terpaku!

pintu bilik mandi diketuk perlahan. 'yang! ooo yang... awak okey ke? yuhuu!'

aku tak layan panggilan bini aku itu. namun, aku terpaku, kaku... bukak shower dan biarkan air dingin membasahi kepala.

malam itu, di tengah malam sewaktu bini aku sedang nyenyak tidur, aku tatap wajah dia! belai lembut rambut dia sehingga dia pusingkan kepalanya. aku kucup penuh cinta dahinya. dialah wanita yang telah berkongsi hidup sebelas tahun lamanya, susah-senang dengan aku. ehem, masih cun lagi tu walaupun malam itu dia pakai t-shirt langkawi aje! perlahan-lahan aku bingkas, bukak laci dan borang poligami yang dah bini aku sainkan itu aku koyakkan sehingga halus berkeping-keping.

nasib baik allah hanya benarkan lelaki aje yang berpoligami!

kalau tidak?!

apa nak jadi kat kita yang kaum adam ni, bro....

25 comments:

loving_you said...

kalau perempuan yang boleh berpoligami...
cam ne ler ajak nya...
cerita yang kelakar dan memberi makna...

nadirah daud said...

terharu lah citer ni...tabik spring bg kat bini abg...kata2 dia buat lelaki mcm abg tarik balik niat nak poligami....yelah,mane taknye, alasan poligami - seks....apedaaaa seks 2 sampingan je...esok abg sakit tua,bini muda 2 nak jaga abg ke??? bini abg ni jugak yg jaga makan minum sakit pening abg tau....nasib bek abg sedar mlm 2 jugak....kalau x,mmg sesal la abg besok....

(p/s: jgn amik ati yer, sekadar cakap lepas)

Catherine- said...

i x rasa jadi bini nombor 2 itu best... uhuuu~

Amni said...

ni cerita rekaan ke betul2 ni..? bagusnya la kalau boleh jadi bini mcam tu... cool!!

Faiz said...

serius...kalau perempuan leh berpoligami.............masak kaum adam oiiii....kena lak laki ade gout....duk mains seret2 kaki......(yg ade gout je paham situasi ni)

maizatul suraya said...

ahahaha! citer nak gempak. hahaha! seronok2....

Shukjessa said...

poligami ada tujuan dia, jgn pikir negatif aje. kalo tak ianya takkan diperkenalkan oleh Rasulullah pon. fahami niat sebenar poligami itu dan jangan melihat keburukan orang lain sebagai contoh, sebaiknya jadikan Rasulullah sebagai model yang terbaik sebagai pedoman.

kita takkan jadi seperti Rasulullah tetapi apa yang disunnahkan ada maksudnya tersendiri. Silapnya adalah masyarakat dan diri kita sendiri yang menyalahguna dan salah tafsirkan ianya sebagai satu benda buruk.

| cik azeya | said...

best best :)

edlidza said...

klu betul la citer nih .... saya pon nak tabik spring kat bini abg !! bini abg ROCKKK... sesal kemudian tiada berguna bang klu apa2 jadi ... Ya Allah pintaku minta dijauhkan masalah begini... aminnnn

A.S.T.I.N.A said...

tiba2 rasa nak nangis baca.. baiklah nangis T_T

Ira Syafirah said...

sinis tulisan ni tp, penuh maksud.. Suka!!

^t-rah^ (@_@) said...

sungguh aku mengagumi tulisan mu......

~cik shanashaida~ said...

coretan yg penuh maksud..terharu lak rase

nurfarehanrazali said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

poligami nk ikut sunnah... kerja agama tk nk ikut sunnah! piiiraahhhhh!!! mane ade lelaki blh adil mcm Rasulullah SAW.

ms.Eye said...

wah... bini abg tul2 sain borang tu, tabah tul die. Jgn di abai kan org sebaik tu bang, bukan senang nak jumpa...

Cik Norm said...

klu la sy kat tmpat isteri abg, dah meraung dah... huhu...terharunya baca cite ni... bang, wat la novel camni..hehe...

Anonymous said...

Tergelak dlm keinsafan! Kehebatan seorang yg sgt berbakat menulis, bersahaja penuh makna. Luv u bro AA. Keep on writing x kisah pasal apa pun janji tulis!

Nur said...

Hahaha..terbaekkk.. Pendapat sang isteri sama seperti ang telah saya utarakan kpd suami lepas membaca tentang poligami, tapi cerita abg diat lebih best! Cayalah!

honey said...

sporting giler bini abg....terbaik la citer nie....he3

Anonymous said...

sporting ada makna tue...sendiri mau ingat laa

Anonymous said...

ni la yg dikatakan reverse phyco..

Anonymous said...

bila mau kua ngn novel2 baru?

farkhana khair said...

Akak mmg cool!! semua yg akak cakap tu nak reverse saiko aje.. heee.. gotcha bang!! :)

Anonymous said...

aku pun nk gunakan taktik ni lau2 laki aku hulur borang..:D

Post a Comment