There was an error in this gadget

Saturday, November 26, 2011

bila allah berdoa...

...perlukah aku memakbulkannya?!

aku melepak kat 'chawan' malam semalam, dengan geng-geng aku sambil pekena kopi, mata meliar dan melihat gelagat para pengunjung yang berkeliaran di sekitar bangsar.  dari tempat aku duduk itu, kedengaran muzik rancak dari 'garibaldi', sebuah tempat hiburan yang menarik suasana dan warna-warni lampunya.  gadis-gadis jelita, lelaki macho serta kereta mewah bersimpang-siur, keluar masuk melambangkan betapa mewah para penghuni bangsar ini!

dan, di dalam hati berdetik keinginan untuk memiliki kereta-kereta mewah (macam diorang tu) sebagai status kejayaan....

tiba di rumah, puas aku pejamkan mata, sukar untuk aku lelapkan.  terbayang kehidupan mewah manusia-manusia yang dianugerahkan allah dengan kejayaan yang membanggakan itu....

lantas, dalam aku berangan-angan itu, terdetik sesuatu yang membuatkan aku terpegun....

ya ahadiat ya hambaku yang kerdil,
kelahiranmu dulu dalam keadaan sihat walafiat, engkau seorang bayi yang comel, terhindar dari sebarang penyakit serius, engkau dewasa sehingga hari ini dalam keadaan tiada cacat cela.  tidak sebagaimana mereka-mereka yang aku lahirkan kudung, buta, pekak, serta pelbagai kekurangan yang lainnya. engkau aku anugerahkan otak yang cerdas, kesihatan yang baik (kecuali gout) itu pun taklah seteruk mereka yang kena diabetes, stroke, jantung, barah dan sebagainya yang memudaratkan nyawa.  setakat gout tu ala, apalah sangat, ciput sangat dugaan yang aku turunkan pun, kontrol makan tu okeylah dia.
kau jugak aku anugerahkan empat cahayamata yang comel, sihat-sihat pulak tu, isteri yang sempurna, ibu bapa (serta ibu bapa mertua) yang memahami serta keharmonian di kalangan adik-beradik menjadikan engkau di antara insan bertuah yang memiliki sebuah keluarga bahagia.
engkau juga aku anugerahkan kehidupan yang baik, ada rumah, kereta, hidup tak melarat, cukup makan dan minum secara sederhana.  kau juga aku berikan sahabat-sahabat yang bagus, yang sentiasa berkongsi susah dan senang (walau ada seorang dua yang cuba jahanamkan hidup kau, biasalah itu dugaan dari aku kau kenalah tabah), serta keindahan yang lainnya yang mungkin tidak engkau sedari (atau kau pura-pura lupa).

ya ahadiat ya hambaku yang kerdil lagi hina,
masihkan engkau mahu kehidupan mewah yang dilimpahi wang ringgit, tetapi aku miskinkan engkau dengan kasih sayang?!  aku mufliskan kesihatan yang sekarang kaumiliki?!  atau aku berikan engkau anak-anak cacat yang bermasalah?  isteri yang memudaratkan hidup.  atau mahukah engkau hidup senang-lenang tetapi engkau dilingkungi musuh, rasuah sana dan sini demi mendapatkan segala bentuk kekayaan tanpa mengira rezeki yang haram?!
kunfayakun kata aku, kayalah engkau esoknya.  mewahlah engkau lusanya.  dan, kunfayakun kata aku, sakitlah isteri engkau tulatnya, lalu aku ambik seorang dua anak engkau untuk kembali kepadaku, aku kelilingi engkau dengan musuh luar dan dalam, dan kunfayakun kata aku, aku rosakkan buah pinggang engkau dan aku sumbatkan jantung engkau!  masih mahukah engkau akan kekayaan itu?  kau dipandang tinggi masyarakat, memandu kereta mewah jutaan ringgit, menghuni banglo mewah di puncak bukit, dikawal rapi security guard setiap minit (tapi kau ingat, malaikatul maut yang aku utuskan tetap akan dapat masuk juga ke dalam rumah kau itu bila tiba masa engkau untuk aku panggil pulang), dan apa saja bentuk kemewahan serta kebanggaan dunia yang kau idamkan akan aku berikan dengan hanya satu lafaz kunfayakun.  tetapi, mahukah engkau aku ambil tiga perkara sebagai ganti?  aku ambil kesihatan yang engkau nikmati sekarang ini, orang-orang tercinta yang kini melingkungi hidup seharian kau itu serta kebahagiaan yang kini engkau nikmati?!

astaghfirullah alazim!  aku terus beristighfar!  terus menggeleng!  terus tak mahu apa-apa lagi sekadar memanjatkan kesyukuran dengan apa yang aku miliki sekarang ini....

andai itulah doa allah yang dipanjatkan kepada aku, sesungguhnya selama ini aku tidak pernah bersyukur kerana segala apa yang diberikan jarang-jarang benar aku membalasnya.  aku sering lewat bila azan menjerit, aku selalu lupa bersyukur bila mendapat kereta baru, aku juga lupa untuk menadah tangan setiap kali anak-anak aku bermain dan berlarian, kuat dan sihat, aku juga sering tak ingat bila keseronokan berasmara dengan isteri aku yang tersayang (tanpa pertolongan viagra), aku juga tak terfikir betapa mudah isteri aku melahirkan anak-anakku dulu, ya allah kau ampunkanlah dosa-dosa aku yang sering alpa dan tidak pernah bersyukur terhadapmu.

sesungguhnya, aku antara manusia yang tidak mahu bersyukur dengan nikmat anugerahmu.

ya allah ya tuhanku yang maha besar, kau lupakanlah doamu terhadapku itu dan kau kekalkanlah apa yang aku miliki hari ini dan jangan kau kurangkan apa yang ada dan jika ada belasmu, kau berikanlah aku rezeki yang kau rasakan memadai untuk diriku dan keluarga.

amin yarobbal alamin....

'apa ni wak, apa yang awak membebel dari tadi ni, awak tak tidur lagi ke?'
aku terkedu.  bila masa pulak bini aku ni bangun?!  tadi bukan main kuat dengkurnya.
'awak ni kenapa?!'
'er... t-takde apa, p-perut t-tengah sakit giler, ni tengah tahan kentut ni!'
'hisy tak senonoh betullah awak ni!' terus dia berkalih baring dan aku sekadar pejamkan mata dan beristighfar lagi....

6 comments:

Anonymous said...

Salam...

Baru lepas tgk movie Lagenda BUdak Setan kat youtube. best.. tak kering air mata.. tapikan novek yang saya baca masa balik kg naik bas.. khatam satu buku tebal dulu lagi best...

ahadiatakashah said...

w'kum salam! alhamdulillah dan tq sebab beri sokongan!

Anonymous said...

Tak sabar tunggu baru...!

aku-alam said...

Abang Ahadiat..
Kasi tukar la background blog ni..
Malap je.. Entry dah ok.. Kalau background lebih cun, lagi power blog ni.. hehe..

Anonymous said...

Sokong..!

ahadiatakashah said...

hehe nanti kalau terang-terang orang nampak abg merepek... bila malap lagi sedap! (untuk merepek)

Post a Comment