There was an error in this gadget

Thursday, November 3, 2011

surat untuk mak...

orang memang sayang mak.  tapi, orang tau, orang ni cakap aje sayang.  dulu, pernah orang janji dalam hati, nak hantar mak pergi mekah bila ada duit lebih.  bila ada rezeki melimpah, apa salah hantar mak pergi mekah sedangkan mak dah besarkan orang sampailah orang pun dah ada anak.

allah dengar agaknya hasrat hati orang yang tulus murni tu terus bagi orang job besar punya.  maka, orang pun dapatlah duit terpijak yang agak melimpah.  lepaslah kalau nak hantar mak pergi mekah.  orang saja nak surprise-kan mak.  masa tengah drive tu, ternampak la pulak beberapa model kereta terbaru kat jalan raya.  saja-saja singgah kat showroom nak tengok.  bukan nak beli pun, saja nak tengok-tengok aje.  tapi, bila salesman tu bagitau orang yang kereta tu sebenarnya ada offer, aksesori aje pun dah bernilai sepuluh ribu ringgit, duit yang orang nak hantar mak pergi mekah tu orang gunakan untuk bayar duit muka.  tak pelah mak, tak ada rezeki mak tahun ni, insya-allah, kalau ada rezeki melimpah lagi tahun depan, orang usahakan, okey mak?

jangan ingat orang tak kenang jasa mak!  sepanjang masa orang terfikir apa lagi cara nak bahagiakan mak.  sepanjang bulan orang pasang niat nak bawak mak jalan-jalan.  tak pun makan kat hotel lima bintang.  bagi mak rasa macam mana orang-orang kaya makan besar kat hotel.  makan buffet pun dah cecah ratus ringgit.  orang tau, bukannya mak boleh habis pun, tapi, apa salahnya sekali-sekala biar mak rasa.

cukup bulan aje, orang pun mula berkira-kira.  nak ketepikan sedikit duit untuk bawak mak makan dan jalan-jalan.  tapi, leceh betul.  setiap bulan, walaupun duit tu memang orang dah bayangkan untuk disimpan untuk mak, tapi tak pernahnya cukup.  ambik contoh bulan ni ajelah, memang orang dah ketepikan sekitar lima ratus ringgit untuk bawak mak makan besar.  tapi nak jadi cerita, ed hardy kat suria klcc pulak tu ada buat sales.  gila apa kalau tak rebut peluang.  hm, orang pun saja-saja jenguk kejap kat sana, mak tau tak diorang offer sampai 70%, huh gila kalau orang tak rebut peluang ni.  hm, terpaksalah mak, pakai dululah duit yang orang nak belanja mak makan tu.  tak pelah, lagipun, buffet kat hotel tu hari-hari pun ada, betul tak mak?  mak pun bukan nak rush sangat, ye tak?!

jangan mak ingat orang tak sayangkan mak ye?  tak ingatkan jasa mak!  jangan ingat macam tu mak.  orang selalu pasang niat nak bagi mak happy.  kalau boleh nak belikan mak kereta.  tapi, lesen mak dah bertahun-tahun dah mati.  sebelum orang ada anak dulu lagi mak punya lesen dah mati.  kalau orang belikan mak kereta pun nak buat apa?  betul tak mak?  lagipun, keadaan mak yang dah tua ni, bukannya mak nak berjalan-jalan sangat pun.  kalau mak muda lagi, mungkinlah mak nak pergi shopping complex tengok barang-barang sales.  mak pun asyik duduk kat rumah aje baca kitab-kitab dengan tengok tv ustaz ceramah.  tak jadilah mak nak belikan mak kereta, ye?!

orang bukan apa, orang risau nanti mak ingat orang tak ingatkan mak?!  tak sayangkan mak!  padahal, orang selalu fikirkan apa yang nak bagi kat mak untuk balas jasa mak besarkan orang.  orang taulah, dulu orang selalu mintak mak duit, nak beli motor la, down payment keretalah, nak beli aksesori keretalah, macam-macamlah.  kadang-kadang tu, orang nak beli sport rim kereta, tapi orang buat-buat cerita yang kononnya orang nak kena bayar bil elektriklah, bil itulah, bil inilah, padahal, hehe, jangan marah mak, tipu sunat aje.  takkan mak nak marah kat anak mak yang hensem ni, betul tak mak?!  teringin jugak nak belikan mak baju kebaya macam mak-mak datin tu, tapi mak dah tak nak vogue-vogue lagi macam orang pernah tengok gambar mak masa mak muda-muda dulu.  patutlah bapak syok kat mak, mak ni kategori awek cun.  mak pakai kebaya phuh, kalau masuk bertanding sure mak menang ratu kebaya.  orang puji ikhlas ni, bukannya nak bodek, jangan mak salah sangka pulak.  kalau orang belikan mak kasut tumit tinggi jenama gucci pun bukannya mak nak pakai.  tak jadilah orang nak belikan benda yang takkan mak gunakan.  sebab tulah orang masih lagi tak belikan apa-apa sebab tak tau apa yang mak nakkan.

okeylah mak, panjang benar dah surat yang orang tulis kat mak ni.  entah mak baca entahkan tidak.  insya-allah, mak doakan rezeki orang murah.  bulan depan, orang fikirkan lagi apa yang patut orang belikan untuk mak.  sampai sini, orang berhenti dulu, mak jaga diri, makan tu jaga-jaga, jangan makan benda yang banyak lemak, nanti kolestrol mak tinggi.  garam kurangkan, mak tu dahlah ada darah tinggi, ingat tu pesan orang ni!

salam sayang, orang rindu mak.  isteri orang pun kirim salam jugak.  anak-anak pun semua kirim salam rindu kat mak.

assalamualaikum....

3 comments:

Anonymous said...

ari2 aku bg ikan ko mkn.. xmembiak2 pun..

ahadiatakashah said...

biak dah, tapi tiap-tiap tengah malam aku tangkap buat lauk.

maro rozalez said...

Em anak mak

Post a Comment