There was an error in this gadget

Thursday, November 3, 2011

mak ai kedekutnya...

...manusia ni ye!

korang setuju tak dengan aku?!  atau ada antara korang yang kedekut sama dengan kategori manusia yang aku nak bagitau korang ni!  allah bagi benda percuma, yang tak luak, yang takkan habis, nak bagi kat orang lain pun payah!  ambik contoh hujan!  free pun.  kalau kat malaysia ni, sampai melimpah-limpah tak macam kat india atau benua afrika sana tu.  kering kontang!  korang tengok aje kota bangkok, air hujan mencurah-curah, free aje.

apa lagi benda free yang allah bagi kat korang semua?  bukan sekadar free, tak susut, tak luak!  tapi, nak bagi kat orang 'sikit' punyalah payah.

pagi tadi aku bagilah satu awek ni cilok depan kereta aku masa hantar anak pergi sekolah.  kesian aku tengok terkial-kial nak keluar simpang sebab kereta-kereta yang lain tak langsung nak bagi jalan. hujan pulak tu lebat nak rak.  aku pun dengan hati murni, bagilah dia cilok.  muka macam babi!  hah. tulah yang aku boleh labelkan manusia macam ni.  hilang pahala aku dapat dosa mengutuk la pulak.  cis.  pandang tak, senyum apatah lagi?  tak ke kedekut namanya tu?  bukannya kena bayar pun kalau senyum.  nanti, masa kena stroke, muka dah herot, nak gerak bibir pun dah tak boleh, baru teringat betapa selama sihat dulu, masa boleh senyum 24 jam, tak pulak nak senyum.  masa mulut dah pencong, mintak kat allah, biarlah bibir tu boleh gerak sebab nak sedekahkan senyuman.

adakah korang spesis awek ni jugak?  tepuk dada tanya selera!  kadang-kadang aku terfikir jugak, walau nampak alim, bertudung, tapi sayang, hati tak jugak cerah! 

5 comments:

Anonymous said...

kalau saya tak senyum, tapi saya angkat tangan boleh jugak kan?? bukan tak nak senyum, tapi dah penat tunggu kat simpang, tapi sorang pun tak bagi jalan..(ceh, macam saya pulak orangnya)tapi, bukan saya lah..cuma, pernah mengalami situasi macam tu..tak sempat nak senyum..kepala kusut pasal hal lain..

sakura_eiza said...

a'a..tu la kekdg bagi peluang kat orang camni, lastly senyum x..apa pun tak..isk2..rasa cam meluat lak...tp kekdg tu turn kita...slalu bila keta lain nmpak je nk keluar simpang laju je dorg... tp masih ada yg baik hati bagi peluang...

cik minah said...

kite kdg2 bagi jugak org len cilok.. kalau org tu bagi signal mmg mcm pemurah je bagi... tp, mau yg tak bg signal ni, mmg degil taknak bg.. sbb bagi signal tu dah menunjukkan 'tolonglah saya, berikan laluan'...

tp, yang mcm hampeh tu, mai masuk je.. tu yang kdg2 lantak kau lah, kene keta aku siap ko...

tp, kalau jadi mcm awek tu, mmg kdg2 tak sempat jugak nk toleh dan senyum cuma mmg lafaz 'terima kasih' sambil pegang elok2 stereng... walau tak dgr, tp hope org tu dapat rasa kite punye ucapan tu...~ =)

Aryanie Ismail said...

hehehe..saya suka senyum. even org yg tknk bg jalan pun yakni spesis yg dan2 je lajukan kete bila org bg signal..kita senyum jugak... heee

Anonymous said...

xkire la pakai tudung/xpakai tudung,,,bukan pasal senyum je...tp byk aspek lg xdijage...Hati busuk,mulut cm longkang dll lg..

Post a Comment