There was an error in this gadget

Saturday, November 26, 2011

gelinya hati adik...

...bila tengok papa dan mama bergurau senda.  bukan main kuat lagi suara papa dengan mama yang dari tadi bergurauan sambil adik yang melihatnya ketawa mengelekek.  adik tak faham apa-apa.  tapi adik geli hati tengok mama tarik-tarik rambut dan menjerit sambil papa menyeringai dan hayunkan penumbuk ke muka mama.  semakin geli hati adik bila ada darah merah menyembur dari mulut mama.  papa tarik rambut mama, mama meronta-ronta lalu papa tempeleng dan darah memancut keluar dari hidung mama pula.  semakin kuat jeritan mama dan semakin kuat gelak tawa adik yang lucu melihat agahan itu.

'siapa lelaki tu, hah?  siapa?'
'kau peduli apa?  kenapa sekarang baru kau nak tanya....'
'kurang ajar!'  satu lagi hayunan tangan papa tepat ke muka mama yang buatkan adik semakin terhibur.  'siapa lelaki tu?'
'sebelum ni kau tak pernah peduli pun...'
papa hayun penumbuk ke muka mama.  berpusing.  adik gelak semakin kuat.  semakin terhibur.  lain macam gurauan mama dan papa untuk hiburkan dirinya malam ini.  adik merangkak peluk kaki mama yang tersadung di lantai.  mama tolak adik pelan-pelan.  adik gelak.  adik nak main-main tapi papa pulak yang cempung adik dan letakkan atas tilam kecil di lantai tempat adik selalu tidur temankan mama lipat baju.  adik tak puas hati.  adik tak nak tidur lagi.  adik nak main-main lagi....
'baik kau cakap siapa lelaki tu....'
'kau peduli apa....'
'kau cakap kalau tak aku....'
'kau nak buat apa, nak ceraikan aku, hah?  cerai....'

satu terajang naik ke muka mama, dan terus menyemburkan darah dari mulut dan giginya yang patah.
semakin adik geli hati.  nampak pulak gigi mama terpelanting atas lantai.  adik nak cepat-cepat ambik gigi mama tu buat main-main.  bila adik sampai kat tempat gigi tu jatuh adik jadi bingung la pulak?! tak nampak pulak mana gigi itu?!  magic!  dah melanting entah ke mana la pulak?! tak kisahlah!  baik adik tumpukan pada gelagat papa dan mama.  lain macam gurauan papa dan mama malam ini.  sungguh adik terhibur.  adik lajukan lagi rangkakannya untuk paut mama yang dah pun terkulai dan menggelepar di lantai.  papa dah menghilang.  adik pusing-pusing cari mungkin papa nak main cak-cak macam mana biasa papa balik dari kerja.  adik tak peduli terus rangkul rambut mama yang melekit.  adik raba muka mama yang sememeh, penuh darah merah dan adik jilat darah itu yang lain sangat rasanya tak macam susu biasa yang selalu adik nyonyot dari tetek mama.
adik tarik rambut mama, tapi mama dah tak mau main lagi.  tak mau cak-cak lagi dengan adik.  tapi adik masih nak main cak-cak tapi mama menggelepar saja di lantai.  papa muncul, tak peduli langsung pada adik, tak pulak cak-cak, terus tarik rambut mama yang dah pun pejam matanya.

'kau nak bagitau aku siapa lelaki itu ataupun tak nak?'  tangan kiri papa tarik rambut mama sementara tangan kanan papa menggenggam pisau tajam yang berkilat.  adik suka hati, geli hati dan gelak kuat-kuat.  adik cuba nak gapai pisau yang papa pegang tinggi-tinggi itu.  memang selalu papa usik adik dengan angkat tinggi-tinggi barang yang adik suka lepas tu suruh adik ambik!  jahat papa ni!  lucu sangat papa dan mama hari ini...
'baik kau cakap kalau tak....'
'b-bunuh p-pun a-aku t-tak....'
mama tak sempat habiskan kata-kata bila papa junamkan pisau berkilat itu bertubi-tubi sampai ada pancutan darah merah dari dada, perut dan seluruh lubang yang mula terbentuk dari tubuh mama.  adik ternganga, terhibur dan ketawa mengekek-ngekek.  papa ketap bibir. mama menggelepar sebelum akhirnya terkulai dengan mata yang terbeliak.  semakinlah adik kuat gelak.  mama sengaja buat muka yang kelakar sambil bulatkan mata.  papa terkulai, tarik rambutnya sendiri sambil menangis teresak-esak.  adik merangkak pula pada papa, yang terus buka matanya dan belai rambut adik.  papa cempung adik dan peluk hangat-hangat sebagaimana biasa.  adik rasa selamat dalam pelukan papa itu.  perlahan-lahan papa cium pipi adik.  papa menangis sambil keluar air yang banyak dari mata....

'sayang kau terlalu kecik untuk memahami!  m-maafkan papa sayang!'  perlahan-lahan papa turunkan adik dan terus bingkas lalu keluar dari bilik.  adik kecik hati.  adik moncong dan merangkak pada mama yang dah tidur sambil bukak mata.  adik boring.  papa dah tak nak main cak-cak dan mama pulak dah tidur.  baru adik perasaan yang adik sangat haus sebab banyak sangat gelak daripada tadi.  adik selak tetek mama macam biasa.  cari puting mama yang leper dan lembik.  tapi adik tak jumpa sebab penuh dengan darah merah dan bra mama begitu ketat sampai adik tak mampu nak bukak.
adik semakin bosan, tak tau nak main dengan siapa.  adik sengih bila nampak pisau yang tadi berkilat kini dah merah hitam diselaputi darah.  adik merangkak dan capai, teringat gelagat papa tadi yang junamkan pisau itu banyak-banyak kali pada mama sampai mama gelepar-gelepar kegembiraan.  mesti mama keseronokan.  mungkin juga kegelian sebagaimana papa tenyehkan misainya ke dada adik macam selalu sampai adik ketawa mengelekek hampir terkencing.  adik pun nak buat macam tu jugak.  adik ambik pisau itu, hayun tinggi-tinggi macam papa buat tadi dan adik benamkan mata pisau itu ke perutnya.  sakit!  semakin sakit!  adik mula menggelepar.  tapi adik tak pulak ketawa, dan adik jugak tak menangis.  adik semakin kuat menggelepar di lantai dengan darah memancut dari perut.  akhir sekali adik pun bukak mata macam mama dan tak bergerak-gerak lagi..

2 comments:

faridz said...

aouh...seram doe citer nie..mula2 starting baca,,senyum2 je..da nak abis baca...mula sedih...

Anonymous said...

tragisnya.. the moral of the story... jgn pandai2 nk tunjuk apa2 aksi depan anak... and educate anak abt do's and dont's

Ok?

Post a Comment