There was an error in this gadget

Tuesday, January 25, 2011

huargh... aku nak bangun dari tidurku yang panjang....

...bangun-bangun-bangun... aku tak tau nak tulis pasal apa lagi? dah 78 bijik novel dah aku tulis sepanjang 26 tahun aku berkarya, semenjak tahun 1985, ketika kali pertama budak setan diterbitkan!

sekarang sedang pulas otak, berimaginasi dengan karya terbaru aku yang bertajuk: 'valentine datang lagi dan pergi'. setakat ni, baru mencecah 188 mukasurat! ayo, lembap giler aku tulis!

baru habis tengok 'lbs the series' di astro prima; tak taulah apa komen penonton?! pastinya membandingkan dengan novel.

aku dah tak macam dulu, tulis novel macam makan kacang! senang aje nak dapatkan idea. sekarang ni terkial-kial nak susun walau satu mukasurat. tulisan aku dah tak flow macam dulu! tapi, aku cuba yang terbaik untuk novel terbaru aku ini.

so, doakan, dan nantikan hasil terbaru aku ini selepas tiga tahun aku menyepi....

diharap, afdlin shauki dapat merealisasikan novel 'untuk tiga hari' yang telah diadaptasi ke filem. begitu juga, 'katerina' (lagenda budak setan 2) yang bakal bermula penggambarannya pada bulan februari ini.

ya, allah, aku ingin berdiri lagi setelah sekian lama aku duduk, aku tidur... dan bangunkanlah aku dengan karya terbaru....

Monday, January 24, 2011

akhirnya bini aku sain borang itu... yabedabedu....

...gembira hati bertalu-talu!

apa taknya, sekian lama aku mintak, penuh alasan aku bagi, akhirnya, borang itu telah pun disainnya....

borang apa? poligami ke?! oh yes, sudah semestinya! aku bebas memilih calon bini yang baru, huhuhu!

'tapi yang, kali ni saya yang pilih sendiri ye, tak nak awak yang pilih, pilihan awak tu merepek, tak senonoh punya pilihan!'

'awak nak pilih yang macam mana?!'

'saya bukan hipokrit, saya mestilah nak pilih yang lawa, kaki panjang, putih...hm... lebih muda pada awak!'

bini aku angguk aje.

aku tau, sedikit sebanyak dia terguris, pasti ada cemburu di dada. namun, aku tak nak berzina, aku tak nak buat maksiat, aku tak nak ada affair and no scandal-scandal! sebab tulah aku tekankan untuk berpoligami. walaupun hakikatnya pahit, tapi halal! kalau aku adil, rumahtangga pasti bahagia! dan, alhamdulillah, bini aku faham. bini aku tak mau aku lakukan zina dan dia pun tau aku sangat sayangkan keluarga aku ini! sebab tulah aku rasa, akhirnya dia sain jugak borang itu yang aku simpan dalam laci yang berkunci.

kadang-kadang aku rasa bersalah, tapi, tuntutan aku sebagai lelaki tak mampu untuk aku tahan! aku tak nak jadi penipu, pengkhianat, jadi jalan terbaik adalah berpoligami secara halal dan direstui bini.

'kalau saya pun, sure saya pilih yang lebih hensem dari awak, yang muda dari awak, yang sasa dari awak!'

aik! lain macam aje! aku tenung muka bini aku malam selepas dia sain borang itu.

'itu dah suratan allah, cuma lelaki aje yang boleh kawin lebih daripada satu! kalau orang pompuan pun boleh, saya pun nak! saya bukan hipokrit! saya pun leleh tengok budak-budak muda, yang nampak sporty, nampak macho... yang pastinya tak ada gout!'

aku telan liur! gout-gout jangan mention ek, ni isu sensitif ni! ni dah lebeh ni!

'tak apalah wak, awak carilah yang muda dari saya, yang cun, nanti kalau awak dapat yang kurang dari saya, awak mintak tambah satu lagi, kali ni pilih yang betul-betul cun, yang lawa, yang body meleleh cutting model....'

aku tau bini aku tu jealous dan kecewa, sebab tulah dia cakap macam tu....

'harap-harap nanti bila lepas bini muda awak tu beranak, taklah badan naik mendadak....'

aku telan liur lagi!

'banyak kes, orang pompuan ni masa belum beranak memanglah meleleh, lepas beranak kalu, semua alignment lari... bodykit jugak ada pasang macam kereta sport awak dulu-dulu tu, hah, masa tu, bini yang dulu tinggi lampai, baru nampak lowered!'

'saya faham awak kecewa....'

'eh taklah, saya happy, kalau awak happy saya lagi happy! saya memang nak awak happy! lagipun, kalau awak dah kawin nanti, kuranglah kerja saya bila malam jumaat nanti!'

lain macam aje statement bini aku ni....

'patutnya, allah bagi lelaki pompuan sama-sama hak boleh kawin lebih dari satu, kan best, kan yang?!'

aku tenung muka bini aku. (cun tu)

'saya pun bila awak mintak saya sain borang poligami, saya pun hulur borang untuk awak pulak sain! (senyum) sama-sama kita sain! bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!'

bulu roma aku naik, muka aku kembang! cemburu aku mendadak. bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!

'tapi pun best gak, kan yang, at least kita sama-sama ada experience, boleh kita praktikkan kat pasangan muda kita tu! macam-macam style yang pernah kita buat, kita share dengan diorang! ala, lagipun apa yang nak di-jealous-kan, ia sekadar seks aje! kucing, ayam, lembu, tukar-tukar pasangan selamba aje. tak pulak rasa cemburu, betul tak?!'

aku telan liur! ye ke?!

'saya kalau ada laki muda, kena pasang badan lebihlah, takut nanti, laki lari, dia pun mintak borang poligami macam awak jugak! tiap malam bila turn saya dengan dia... sembur minyak wangi, sapu losen satu badan, saya kenalah pakai gaun nipis warna pink, huh....'

'o, masa dengan saya awak pakai t-shirt pangkor aje?'

'aik?! awak jealous ke?'

aku terkedu. terpaku! kantoi....

'apalah awak ni....' ketawa. 'itu pun awak nak jealous! manalah orang pompuan boleh kawin lebih dari satu, saya just imagine aje, alangkah best-nya kalau pompuan pun dapat hak yang sama macam tu!'

'hm, okeylah, saya nak mandi ni....' aku tutup pintu bilik mandi, termenung!

'wak! nanti kalau awak dah ada calon tu, sebelum awak lamar dia, bawaklah jumpa saya dulu, boleh berkenal-kenalan, ye!'

aku diam terpaku!

pintu bilik mandi diketuk perlahan. 'yang! ooo yang... awak okey ke? yuhuu!'

aku tak layan panggilan bini aku itu. namun, aku terpaku, kaku... bukak shower dan biarkan air dingin membasahi kepala.

malam itu, di tengah malam sewaktu bini aku sedang nyenyak tidur, aku tatap wajah dia! belai lembut rambut dia sehingga dia pusingkan kepalanya. aku kucup penuh cinta dahinya. dialah wanita yang telah berkongsi hidup sebelas tahun lamanya, susah-senang dengan aku. ehem, masih cun lagi tu walaupun malam itu dia pakai t-shirt langkawi aje! perlahan-lahan aku bingkas, bukak laci dan borang poligami yang dah bini aku sainkan itu aku koyakkan sehingga halus berkeping-keping.

nasib baik allah hanya benarkan lelaki aje yang berpoligami!

kalau tidak?!

apa nak jadi kat kita yang kaum adam ni, bro....

alamak, alarm dah bunyi....

...pagi-pagi, subuh sebenarnya, dah pun bangun! bini dah kejutkan berpuluh kali sebab nak hantar anak-anak ke sekolah! alarm dah membingit, telinga dengar, mata yang buat dek. punyalah malas nak bangun, sebab kedinginan subuh sinonim sangat dengan keenakan tidur.

sekitar jam enam, azan subuh kedengaran dari surau berdekatan, memanggil-manggil umat islam mengerjakan solat pertama untuk dilunaskan kepada allah. saat inilah ratusan iblis dan setan, malahan ribuan mungkin, bergayut kat bulu mata menarik-narik kelopaknya untuk terus tertutup dan melayan mimpi.

aku kat mana masa itu? korang pulak kat mana? masih enak berdengkur? atau dah pun bangun mengambil wuduk?! kadang-kadang aku terfikir... mana lebih baik, kedinginan air di subuh hari sehingga menggigil segala sendi ataupun kepanasan yang mencairkan tubuh di neraka?! gulp!

namun, solat di subuh hari ini perlu dilakukan setiap hari, walau uzur, walau terlantar, tak kira nazak, tak kira sakit, asal otak berfungsi, menggunakan mata sudah memadai untuk bersolat! kalau mata tak boleh dibuka, memadai bersolat menggunakan khayalan fikiran. namun, solat tetap solat dan solat adalah wajib. ingat tu! jadi, tak ada alasan untuk tidak melakukan solat! janganlah cakap pening, letih, terbabas, semua tu alasan lancau aje. allah dah tetapkan segalanya dan memberi kemudahan kepada makhluknya yang bernama manusia. selagi hayat dikandung badan, tanpa alasan, solat perlu didirikan.

aku faham , korang pun aku rasa faham. tapi, faham aje tak cukup, bro! faham kena tunaikan! faham?! aku pun cakap aje aku faham! tapi menunaikannya kadang-kadang aku buat-buat tak faham! aduh, cilaka jugak aku ni!

kalau subuh hari jumaat, ini detik paling sukar untuk aku! tak taulah korang camana?! sorry ek! aku ada bini! malam tu kejar malam sunat! kalau bersama bini, dapat pahala bersetubuh! aku tak nak lepaskan peluang dapat pahala sunat percuma di samping nikmat macam ni!

bila azan memanggil, masa tu tiga setan bergayut kat bulu mata pun dah cukup untuk aku tak bukak kelopak mata! tak payah sampai beratus pun! phuh, malam kerja keras bro, tulang-temulang rasa macam nak patah! kopi jantan ke, tongkat ali ke, apa benda ke, bila bab nak bangun subuh tunaikan solat, ini kes dera pada diri sendiri yang paling sukar aku nak atasi. punyalah menyesal malam tadinya belasah tak ingat sebab nak bangun subuh payah nak mampos!

namun, apa jugak alasan, solat tetap kena buat, solat wajib ditunaikan!

takkan nak jawab kat padang masyar esok dengan jawapan macam ni: 'saya letih, malam tadi kejar pahala sunat malam jumaat, dah pulun habis-habisan, naklah kena puaskan bini, itu tuntutan, letihlah, saya ni manusia biasa aje!'

kalau berani korang jawablah macam ni, ye?! ada berani?!

namun, hakikatnya kita semua orang islam, inilah rutin wajib yang perlu kita lakukan saban subuh sampai kita mampos! nak, tak nak, suka, rela tak rela, tetap kena buat!

dan aku, masih tetap jugak kadang-kadang tertinggal melakukannya. (nak-nak bila di luar hujan menyanyi)

dan, walau aku melakukannya, masih belum tentu diterima allah....

allahualam....

Wednesday, January 19, 2011

yang sebenarnya....

...aku pun tak tau apa yang sebenarnya?

aku pun pening!

apa yang aku peningkan?!

melihat manusia-manusia yang ada kuasa menyalahgunakan kuasa!

siapa?

hahaha, siapa yang salah guna tu, dia terasalah!

kes-kes syariah yang dipaparkan ini adalah kes-kes yang benar-benar berlaku di tanahair tercinta ini. sekadar... untuk korang semua renungkan....

kes pertama: seorang datuk (agak berumur), hartawan, jutawan, berkahwin dengan seorang artis jelita, dikurniakan tiga orang anak. bercerai dan isteri tuntut nafkah! hakim menetapkan rm700.00 sebulan untuk nafkah tiga orang anak. kiranya sorang anak dapat rm233.35 secara purata.
fakta kes: semua anak-anak tinggal bersama isteri dan segala urusan harian anak-anak diuruskan ibunya.

kes kedua: seorang ahli parlimen berpangkat datuk, berpoligami, bercerai dengan isteri keduanya seorang mualaf dan dikurniakan dua orang anak. ditetapkan untuk membayar rm500.00 sebulan untuk dua orang anaknya itu. okeylah, purata rm250.00 sebulan. apa ada hal, datuk tu....
fakta kes: tapi tak pulak sure sama ada bapaknya jemput dan hantar anak ke sekolah?! atau ibunya uruskan?!

kes ketiga: seorang artis ternama, berpangkat datuk, ahli perniagaan yang berjaya, bercerai dengan isteri pertama dan dikurniakan dua orang anak. kena bayar berapa? rm 150.00 untuk seorang anak. murah tu! best-nya hakim ni! ini bermakna sebulan kenalah keluar duit rm300.00. small matter!
fakta kes: anak dibela bekas isteri sepenuhnya.

kes keempat: hi malu nak cakap! seorang penu***. muflis! hah? bukan datuk pulak tu! mempunyai seorang anak dengan bekas isteri dan diarahkan membayar rm400.00 sebulan untuk nafkah anak tunggalnya itu. biar betul?!
fakta kes: anaknya itu bersama ayahnya setiap hari waktu sekolah, dijemput dan dihantar, makan tengah hari bersama, dibekalkan duit poket rm5.00 sehari dan tinggal bersama ayahnya sepanjang cuti persekolahan. dan, kena pulak bayar lagi rm400.00 seperti diarahkan yang mulia tuan arif bijaksana.

aku termenung di jendela memikirkan bagaimana keadilan ditegakkan!!!

atau, mereka-mereka yang diberi kuasa, yang arif, yang bijaksana, mempunyai agenda peribadi! lantas menyalahgunakannya!

allahualam!

ada otak ke tak?!

...apa aje cerita, kisah, berita atau novel yang kita baca, atau filem, drama, teater, yang kita tonton, lagu, muzik, video klip yang kita dengar, semua paparan yang dihidangkan itu merupakan kisah kehidupan kita semua yang bergelar manusia.

kenapa beruk tak buat movie atau novel tentang diri mereka?! sebab beruk bukan manusia! apa kelebihan manusia yang boleh buat movie atau cerita pasal beruk, ufo, alien, neraka, syurga dan segala macam hantu dan jin, atau apa saja cerita yang terlintas di fikiran dan imaginasi seorang manusia.

sebab manusia dikurniakan 'akal' untuk berfikir! bukan otak ye! sebab otak ada pada setiap manusia, setiap haiwan serta juga beruk! ikan pun ada otak! bezanya, otak mereka tak mempunyai akal untuk berfikir sebagaimana manusia! tapi, 'otak-otak' lain pulak! otak-otak diperbuat daripada ikan dan boleh dimakan. otak lembu pun boleh makan jugak!

so,
banyak bezanya antara otak dan akal! jangan terkeliru!

'kau tak ada otak ke? bawak motor laju-laju kat depan sekolah?!'
'saya otak ada bang, akal yang tak ada!'

nampak bezanya?!

aku, korang, nenek korang, semua orang, dikurniakan otak. bezanya, ada otak yang cerdik, yang lembap, yang tak berfungsi, yang gila, yang bangang, dan mati otak!

kalau mati otak, bolehlah derma organ korang tu untuk mereka yang memerlukan! ada jugak faedahnya hati, jantung, mata... atau apa saja organ korang yang difikirkan sesuai daripada dimamah cacing kat dalam kubur sana tu. aku pun nak derma organ aku jugak, tapi mau ke si penerima terima organ aku yang ada gout?

cakap pasal otak dan akal ini, tak dapat aku nak bayangkan, apakah ketika mereka-mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akal itu dalam keadaan normal atau sebaliknya. aku tergaman baca berita ngeri di akhbar lewat sehari dua ini bilamana, dua remaja dibakar hidup-hidup, sorang remaja dibunuh dan ditanam dalam keadaan duduk, dan seorang gadis yang dilarikan, dirompak, diperkosa dan diliwat.

tiga contoh perbuatan ini dilakukan manusia! ataupun mereka itu binatang yang sebenarnya? di mana akal mereka pada ketika mereka lakukan semua itu?

nauzubillah, dan marilah kita renung wajah mak bapak, anak-anak, bini, adik, atau sesiapa yang kita sayangi!

dan, tanya pada diri kita sendiri, tergamakkah kita melakukannya?!

Tuesday, January 18, 2011

'cinta suci sang suami' dalam episod kutip-kutip (6)

...al-kisah... ada seorang lelaki separuh umur yang baru saja kematian isterinya. perangainya menjadi pelik selepas kematian isterinya itu. dia sentiasa berada di tanah perkuburan itu sambil menyiram kubur isterinya. para penduduk kampung mengagumi sikap lelaki itu yang terlalu amat mencintai arwah isterinya sehingga sanggup habiskan masa setiap hari menyirami pusara.

maka, hebohlah akan kisahnya yang menyayat hati itu dan dia sering menjadi teladan kepada isteri-isteri di seluruh kampung itu betapa setianya cinta suci seorang suami. bukan itu sahaja, malah kisah menyayat hatinya itu tersebar sehingga ke seluruh dunia. genap tiga minggu selepas kematian isterinya itu dia didatangi pemberita dari luar negara yang mahu menyiarkan kisah yang menyayat hati itu.

'uncle ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana jarang sekali di zaman ini seorang duda yang sanggup duduk di kubur isterinya setiap hari dan menyiramkan air mawar harum lambang cinta sejati?'

lelaki itu ternganga dan biul seketika, tergaru-garu kepalanya yang tak gatal sebelum menjawab penuh jujur. 'sebenarnya... ini adalah wasiat yang saya ingin tunaikan... sebelum isteri saya ini menghembuskan nafas yang terakhirnya, dia pesan kepada saya, kalau nak kahwin pun... tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh. kerana itulah saya terpaksa siram kuburnya setiap hari supaya rumput cepat tumbuh!'

'fikir betul-betul!' dalam episod kutip-kutip (5)

...al-hikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu saja bertengkar dan saling mahu menunjuk siapa lebih hebat. pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka telah terjumpa sebuah pelita ajaib. dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah jin. jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua 'menatang' itu.

permintaan pertama si badak: 'saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya... hehe....'

jin itu kelip mata sekali, bling... dan semua badak sumbu di dalam hutan itu bertukar menjadi betina. ketawa besar si badak sumbu melihat permintaannya yang telah ditunaikan.

Permintaan pertama si monyet: 'saya mau sebuah motor harley-davidson kecik yang ikut saiz badan saya!'

jin itu kelip mata sekali lagi, bling... dan sebuah harley-davidson kecik warna hitam muncul tiba-tiba. dan, si monyet melompat keriangan... sementara si badak sumbu mencebik....

permintaan kedua si badak: 'saya mau semua badak sumbu betina yang ada muncul depan mata saya untuk saya pilih mana saya suka untuk dijadikan teman!'

jin itu kelip mata dua kali, bling-bling... dan semua badak betina yang ada dalam hutan itu muncul di depannya sambil tersenyum miang untuk menarik perhatian. dan, si badak sumbu jantan itu telan liur sambil matanya rambang untuk memilih mana yang pertama untuk dijadikan gundiknya.

permintaan kedua si monyet: 'saya mau jaket kulit hitam dengan helmet fullfaced pun kecik ikut saiz saya!'

jin itu kelip mata lagi, dua kali jugak, bling-bling... dan monyet itu dapat jaket kulit dan helmet yang ikut saiz badan dan kepalanya! si monyet bertepuk tangan sambil menari girang.

melihatkan masing-masing gembira setelah permintaan mereka ditunaikan, jin itu memberi peringatan: 'ingat ye, ini adalah permintaan terakhir kamu, maka pikirlah dengan baik-baik!'

badak jantan berfikir sejenak dan akhirnya berkata sambil tersenyum: 'saya mau semua badak sumbu betina yang ada ni cun melecun gila... body tangkap leleh, yang tua semua jadi anak dara, yang tak cun tu jadi cun belaka... dan tak ada sekor pun yang tak mengghairahkan, hehe!'

jin itu kelip mata tiga kali, bling-bling-bling... maka tinggallah badak jantan itu satu-satunya badak jantan sambil dikelilingi ratusan ekor badak sumbu betina yang jelita dan muda belia. dia ternganga sambil menjilat bibir dan meleleh liur serta bergoyangan sumbunya dan naik stim serta-merta.

sambil berpaling ke arah monyet, jin tersengih: 'hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut but kulit kecik saiz kaki kau tu, ke?'

monyet segera memakai helmetnya, naik atas motor harley-davidson, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu: 'saya mau badak jantan yang konon macho tu jadi lembut, biar dia jadi badak gay dan tak ada selera seks langsung terhadap badak sumbu betina!'

jin itu angguk dan terus kelip mata tiga kali, bling-bling-bling....

maka meraunglah badak sumbu yang dah jadi nyah itu, meratapi nasibnya yang malang: 'ayo, sundal, mampus mak nyah... mana mak nak cari badak jantan ni nyah... isy.. tak kuasa aku, nyah....' dia melenggang lengguk lembut dan badak-badak sumbu yang ada terus potong stim.... 'ayo boleh tak mintak satu lagi permintaan yang last?'

dan, jin menggeleng penuh simpati: 'sorry!'

'rahsia pak cik nelayan' dalam episod kutip-kutip (4)

...ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut… dan kehebatannya tersebar luas sehingga mengundang rasa ingin tahu banyak pihak. sebuah syarikat tv swasta begitu teruja untuk membongkar rahsianya dan pihak pengurusan telah menghantar crew tv6 untuk meng-interview dia tentang rahsia dia tangkap banyak ikan.

crew tv6: apa rahsia pak cik tangkap ikan? mungkin ada petua untuk pak cik kongsikan dengan penonton!

nelayan: pak cik tengok cara isteri pak cik tidur bila pak cik bangun waktu subuh. Kalau dia mengereng ke kiri, pak cik tebar jala ke kiri. kalau dia mengereng ke kanan pak cik tebar ke kanan.

crew tv6: kalau isteri pak cik tidur terlentang?

nelayan: huh, itu rezeki depan mata tu, hihi, tentu-tentunya pak cik tak turun ke laut la pagi tu, hehe!

crew tv6: (ketuk kepala sendiri dengan mikrofon)

Friday, January 14, 2011

cuba citer apa azam korang tahun ni?

...azam tahun baru ni... aku nak jadi kaya-raya, nak derma dan kongsi kekayaan, nak tolong orang miskin, nak kawin satu lagi, hahaha! mampos! kalau bini aku dengar, elok-elok mata aku dua tinggal satu, ehem-ehem aku tu elok sihat... kena penggal sampai pendek! kalau sempat sambung pun, belum tentu berfungsi! banyak dah kes macam ni terjadi... jangan buat main, bahaya, orang pompuan zaman sekarang ni daring-daring belaka....

so, apa azam korang ek? tiap-tiap tahun pasang azam baru, menjadi ke tak?! yang nak berhenti merokok tu, apa cerita, bibir dah merah ke?! gigi dah tak kuning lagi ke... atau semakin tebal asap yang korang sedut! dari sekotak tambah dua! hehe, macam aku yang nak tambah satu bini jadi dua! tapi sampai sekarang tak jadi-jadi....

aku pun macam-macam azam aku pasang. tiap-tiap tahun ada aje azam baru (konon)! ingat pasang azam ni, macam pasang langsir raya apa?! hotak korang la! pasang azam, tak perlu hebah-hebah, tapi ubah. sepanjang tahun tu, ubah perangai setan yang korang kononnya dah tak nak lakukan lagi tu! tak payahlah call stesen radio, kemudian tu bagitau dj yang bertugas malam tu dengan janji begini:

'azam tahun baru saya ni saya dah tak nak lepak malam kat pub lagi, dah nak tukar hala lepak kat surau pulak, sembahyang jemaah.'

hello, tak perlu semua ni, faham! tak payah bagitau orang pun, buat aje! tak payah tunggu tahun baru pun, buat aje keesokan harinya. kalau nak ubah perangai, tak perlu tunggu hari esok, atau tahun baru, atau lepas kemalangan, atau lepas mak mati, bapak mati, mati pucuk, tak perlu! ubah aje kalau tau apa benda yang korang buat selama ni tak berfaedah, salah, berdosa, tak elok atau sebagainya.

aku rasalah... kan, setiap muncul ambang tahun baru, setiap ceo company rokok seluruh dunia kalau bukak radio tak boleh tidur malam. berbilion perokok tegar seluruh dunia berazam nak berhenti merokok. kalau betullah jadi, bungkus gulung tikar semua company rokok sedunia. tapi, hampeh... semua tu hanya azam yang tak pernah dilaksanakan... hahaha.

aku merenung pancaran bunga api yang gemersik dari klcc yang mengindahkan langit pada malam tahun baru itu. aku termenung, tanya diri aku ni, apakah yang akan aku ubah? perlu ke aku tunggu setiap tahun baru untuk aku ubah perangai aku yang taik ini?

'berapa kali tahun baru lagi yang aku perlukan untuk ubah perangai jadi mausia yang baik?'
'lima?'
'sikit sangat tu!'
'sepuluh kali lagi?'
'er... tak cukup tu, tambah sikit lagi!'
'okey, apa kata tambah lagi tiga puluh tahun baru?'
'hm... okey gak tu! er... tapi kalau boleh... kalau tak keberatanlah, tambah sikit lagi, buat empat puluh tahun baru, boleh tak?!'
'okey... empat puluh tahun baru lagi untuk kau celebrate dan fikirkan azam-azam tahun baru yang baru!'
'hm... okeylah kut, cukuplah tu....'

lebar senyuman aku dapat empat puluh tahun baru untuk aku raikan....

huh! sedap banyaklah kalau macam tu! korang ingat umur korang, berapa banyak kali tahun baru korang nak sambut, korang sendiri tetapkan ke? siapa yang ajar ni? silap-silap, tahun baru yang akan datang ni pun korang tak sempat sambut! Apa macam?!

'hoi jangan!'

aku pulak yang jawab macam tu! memang tak cukup kalau umur aku pendek tak sempat habiskan tahun depan! mana cukup?! dosa berlambak lagi ni! nak tobat nasuha, tak berani! tu yang cuba ubah perangai sikit-sikit! man-man. tapi sampai bila?!

tepuk dada tanya selera?!

dan aku, di bawah sinar percikan bunga api itu aku bertanya diri aku sendiri:

'boleh tak kikiskan hasrat nak kawin satu lagi?' ha?! aku ternganga.
'boleh tak lupakan bmw, porsche, mers dan aston martin serta bentley?' huh! kena ke?!
'boleh tak bila dengar azan subuh terus ambik wuduk dan solat?' gulp! s-sejuk giler t-tu....
'boleh tak kita patah balik sekarang wak!'
'hah? patah balik?!' aku toleh dan tatap muka bini aku yang berkerut! aku tersentap, bini aku muka dah bengang. kat sepanjang akleh, kereta berderetan menjadikan lebuhraya sesak teruk. semua berhentikan kereta di sepanjang jalan hanya sebab nak tengok percikan bunga api dari klcc.

'huh, ingatkan ikut highway tak jam, rupanya lagi sesak dari nak balik kampung sambut raya!' muka bini aku dah penyek, malam ni sure aku lopong gigit jari....

lalu, aku sorotkan mata aku di sepanjang lebuhraya akleh itu, memikirkan setiap manusia yang sedang asyik semacam sedang berpiknik sambil leka menyaksikan keindahan bunga api indah itu dengan satu pertanyaan....

'apa ye agaknya azam baru mereka-mereka yang sedang ralit tengok bunga api itu?'

hati kecik aku yang tolong jawabkan: 'tahun depan tak nak tengok bunga api kat tepi lebuhraya akleh dan sesakkan keadaan!'

hahahahaha....