There was an error in this gadget

Sunday, June 27, 2010

tips berbini empat?! (wanita tolong jangan baca, bahaya)

korang giler ke apa? ini bukan helmet hati yang aku nak kena pakai, tapi helmet kepala! kalau setakat helmet yang tak lepas sirim, gerenti berkecai kepala aku ni nanti! apa taknya, sure bini atau bini-binis korang baling batu kat kepala aku ni!

so, aku memang takkan bagi korang tips ini walaupun korang sembah sujud kat kaki aku ni! padan muka korang!

tapi, tak baik jugak kalau aku tak berkongsi tips ni, sebab ramai para lelaki dan bro-bro yang request benda tak elok tapi halal ni! daripada korang berzina, baiklah korang berbinis (plural) empat, ye tak? dan tentu-tentu halal, tak kena cekup dengan pencegah maksiat, dapat kembangkan zuriat halal secara berleluasa, mengikut sifat nabi, hm, banyaklah kebaikannya kalau aku nak senaraikan kat sini, ye tak?! aduh bisingnya apa tu? huh! bukan main kuat lagi sorak tempik si jantan-jantan di luar sana tu ye, macam tengok bola final la pulak, suka korang ek bab-bab benda sedap ni?! amboi... mentang-mentang bini tak ada, bukan aku tak tau korang baca blog ngeri aku ni time bini tak ada! tul tak! hakhakhak!

baiklah, aku bagi tips ni tapi jangan sesekali bagitau bini korang yang korang baca benda giler ni kat blog aku, faham?! janji? oi, aku tak nampak pun korang angkat tangan berjanji!

(alamak aku ada meeting ni, ingatkan sempat nak siapkan, er, aku sambung jap lagi habis meeting ek! ok, chow cin chow! jangan happy sangat!) berhenti tadi pukul 2:27pm jam yang aku pakai kat pergelangan tangan kanan aku!

hm, sekarang pukul 5:20pm jam yang aku pakai kat pergelangan tangan kanan aku jugak! aku nak sambung balik, tips yang tadi telah aku hentikan untuk seketika! hehehe, ada lagi ke bro-bro yang tadi syok baca tiba-tiba potong stim sebab aku berhenti meeting? ada ke? sorry bro-bros!

baiklah, kawin dalam islam adalah sunat! amat digalakkan allah! manakala kawin lebih daripada satu pula hukumnya harus! paham tu? harus! bukannya wajib, dan bukan pula digalakkan! tapi, kalau dah korang semua jantan-jantan macho gatal sesangat, aku galakkan korang kawin je lebih dari satu daripada korang berzina! paham ye!

jadi kepada semua jantan-jantan macho yang miang, jeng-jeng-jeng, inilah tipsnya yang korang nanti-nantikan! alamak! walaupun dah ada amaran wanita tak boleh baca, dia baca jugak! hm, lantaklah! (kepada para lelaki macho semua korang jangan sesekali sebarkan kewujudan blog aku ini kepada kaum wanita)

wanita ni bagi sesetengah lelaki macam baju ajer! rasa nak pakai... pakai, dah jemu, buang tak pun tukar yang lain! ada ke patut! tak baik tau perangai macam tu! aku taulah bilangan wanita lebih ramai berganda-ganda dari lelaki! tapi, kalaupun niat korang nak membantu, biarlah jalan yang betul! bukan nak ok-ot jer!

ingat ye, tips ini hanya valid untuk lelaki yang benar-benar ikhlas nak berbini empat tanpa mengabaikan bini-binis sebelumnya. paham?!

langkah pertama bermula dari perkahwinan pertama, itu paling penting sekali! selesai kawin aje, kau ajak bini kau tu ke mana aje, lebih-lebih lagi mengikut kau menjalankan aktiviti harian! kepit bini kau tu, pegang tangan, belai rambut, bagi kaw-kaw punya romantik value! macam kes aku yang kaki bola ni, bawak bini korang tu setiap petang tengok kau main bola! tak kiralah main gol kecik petang-petang pun kau bawak bini kau tu! apatah lagi bila ada game! bawak jugak! biar bini kau tau yang kau ni lelaki sukan yang gemarkan aktiviti sihat! bagitau bini korang tu, kau ni punyalah terer (kononnya), kalau setakat main gol kecik petang-petang tu, setakat dua tiga dozen tu memang kau ajelah yang score! bagitau jugak dia, kalau bini ada tengok korang main, sure semakin semangat, mau tiga empat ratus gol korang score petang tu!

'i ni ayam tambatan team i, you tau tak yayang, selalunya i la yang score gol, ni kalau yayang ada tengok i main ni, hm... i ingat i tutup mata pun, mau dua tiga puluh bijik i score! you tunggu sini ye yayang, i nak pakai but kejap!' hm, masa sarungkan but tu, muka mau sombong, muka mau bongkak stail sombong ronaldo! pafam ek!

main bola bukan habis kat padang ajer, habis main, ajak kawan-kawan korang tu lepak pekena teh tarik (invest la sikit), pastikan korang borak dengan kawan-kawan yang terpilih itu... borak yang sihat-sihat topiknya! contohnya macam, bagaimana untuk mengusahakan batik! atau, macam mana untuk membuat wau bulan lebih menarik! sambung borak-borak hilang akal korang tu sehingga masuk ke tengah malam! kalau boleh, dekat-dekat nak subuh baru tepuk dahi pura-pura lupa nak balik! aku gerenti kalau ada kolam dekat-dekat situ, lama dah bini korang tu terjun!

atau, kalau korang kaki pancing, bawak bini! biar bini kau tu tumbuh janggut tunggu kau naikkan ikan ke darat! kalau lagi lama tak dapat ikan lagi bagus! memang sengaja pun aku nak suruh kau jangan naikkan ikan biar bini kau boring tahap dewa tunggu kau naikkan ikan! sambil tunggu ikan makan umpan tu, kau ceritalah benda-benda mengarut yang boleh buatkan dia bosan tahap gaban macam contoh konon kalau kau nanti kaya kau nak beli ferrari tiga, satu untuk pergi pasar, satu lagi untuk pergi mancing dan satu lagi untuk pergi dinner function besar-besar kat hotel besar punyer! ha, cerita-cerita sewel jenis macam ni atau yang seakan-akan dengannya amat penting untuk kau sajikan pada bini korang tu sewaktu tunggu ikan makan umpan! ops lupa, sebenarnya masa kau lontarkan joran tu, pastikan tak ada umpan, dan tak ada mata kail! kau ikatkan aje paku kat benang tu (jangan bagi bini kau nampak pulak), lepas tu buatlah stail macam iya-iya kau lontarkan joran sambil tersenyum. (hehehe, mana ada ikan yang nak makan paku bro oi!) dan, jangan lupa puji bini korang tu! ini penting!

'hai yayang, harap-harap dengan kehadiran you ni, akan berlonggok-longgok ikan yang i naikkan! selalu dulu masa i bujang, setakat tujuh lapan puluh kilo i dapat ikan! tak caya you tanyalah mak i tu, mana pernah dia beli ikan kat pasar! semua i pancing sendiri!'

maka, akan kembang-kembanglah bini korang tu akibat dipuji! (tak sure pulak aku bahagian mana yang kembang?) dari petang korang mula memancing, sampailah ke tengah malam, mungkin jugak masuk ke subuh, seekor ikan pun tak naik-naik lagi! bini kau tu aku sure dah tahap nak bunuh diri punya bosan tu! maka, kalau boleh... hiburkan dia sikit dengan lagu-lagu irama jazz, demi mengurangkan tahap kebosanan gabannya itu!

korang buatlah aktiviti-aktiviti riadah begini (korang pilihlah sendiri aktiviti-aktiviti yang seumpamanya) untuk sebulan lamanya! kalau selepas beberapa hari bini korang tak nak ikut, korang mesti pura-pura merajuk! bagitau bini korang tu, kau tak boleh berenggang langsung! kalau boleh kena leather to leather all the time! (kulit bersentuh kulit sepanjang masa) biar sampai lebam-lebam mata bini korang tu temankan korang dengan aktiviti yang aku sebutkan tadi selama sepurnama! boleh bayangkan? boleh gambarkan macam mana tahap kebosanan maksima bini korang tu?

hehehe! sebulan cukuplah korang ajak bini kau tu beriadah sama sebab aku sure, kalau kau bagi pilihan untuk dia tak pergi, silap-silap mau bini kau tu buat party!

test bini korang selepas seminggu korang heret dia ikut aktiviti riadah korang tu....

'eh yayang, siaplah, i nak pergi mancing dah ni, karang lambat pulak karang, menyorok ikan! dah berapa lama dah ni i pancing ikan tak naik-naik!'
'er... i n-nak k-kena pergi jugak ke darling?"
'eh mestilah! you kan inspirasi i, kan moto perkahwinan kita adalah untuk bersama selamanya, leather to leather!'
'er... kalau i....'
masa ni korang terus potong kata-kata bini kau tu! muka kena sebak! stail mau macam tom cruise terkejut! paham?
'hm, yayang betul-betul tak nak ikut ke ni?'
'ha, i bukan apa darling, i ni....'
'okey-okey! i paham! lagipun i ni yang tak berperikemanusiaan sebenarnya! mana patut i samakan kepala i yang suka memancing ni sama macam kepala you! tak lojik jugak kan, kalau you ajak i menjahit, atau menyulam, sure i boring tahap gaban, betul tak yayang?'
'ha, tulah, lama dah i nak bagitau you ni tapi....'
'i paham! i paham! it's okay!' muka tu sedihkan sikit lagi. 'tak apalah yayang, i pergi dulu, kalau cepat i dapat ikan, cepat i balik!'

masa ni kalau korang boleh keluarkan sedikit air mata, cantek! tapi kalau tak boleh pun it's okay! sebab bini korang ni dalam hati pun sedang berdoa agar korang tak nak bawak dia! keluar aje korang dari rumah, hilang aje asap kereta korang tu, melompatlah bini korang tu sampai ke cucur atap punya gembira!

apa kena mengena benda bangang ni dengan kawin empat ye tak? tak ye jugak?!

ha! tulah korang! lepas ajer korang tak ajak bini kau ni pergi aktiviti riadah giler korang tu, aku gerenti, lepas ni, kalau korang ajak lagi dia pergi, bebini korang ni akan pikir tujuh lapan kali kalau nak ikut! siap dengan soalan-soalan serta alasan kalau boleh memang tak nak ikut!

'yayang nak ikut i gi mancing tak ni?'
'er, tak yahlah darling, semalam darling pergi mancing sorang-sorang dapat dua kilo ikan, kalau i pergi, suwey ajer! ikan bilis pun darling tak dapat!'
'iyalah! tak ye jugak ek? semalam i pergi sorang dapat dua kilo! hm... okeylah yayang, i pergi dulu! sure ni yayang tak nak ikut?' (jangan sesekali bagitau yang korang beli ikan tu kat pasar malam)

mau sembilan belas kali bini korang menggeleng! tak caya korang kira jer la!

ha! ini petanda baik! sebab, halangan pertama korang dah berjaya! modalnya untuk si kaki pancing... joran, atau yang kaki bola, but bola, yang lain-lain tu bawaklah gadget masing-masing yang sewaktu dengannya! maknanya, asal korang ajak jer bini korang ikut beriadah, sure-sure bini korang tu tak nak! maka, mudahlah nanti (bila-bila sesuai atau kemampuan) time korang nak cari calon bini kedua bini pertama bukan lagi halangan! bila nak keluar dating ajer, pura-pura ajak bini pergi memancing atau main bola! aku gerenti mati pun dia tak nak ikut lagi dah! hehehe!

habis part one! ini part two! korang ingat senang ke?

baiklah, selain ajak beriadah, korang kena selalu wangi, selalu kacak, selalu bersih, mandi sehari kalau ada di rumah, amalkan tujuh lapan kali paling kurang! sisir rambut, sembur perfume tebal-tebal, belek muka, pusing-pusing kat depan cermin dan jadikan ini rutin dan habit seharian! kat rumah pun, kalau korang ni jenis pergi kerja pakai kemeja dan seluar slacks, kat rumah pun pakai sama jugak! jangan selebet! pakai kemeja, pakai tali leher! cuma masa kat katil ajelah korang tanggalkan! kalau tak mana boleh?!

bukan apa, nanti kalau dah ada projek, taklah bini korang syak wasangka tiba-tiba ajer korang ni pasang badan! paham?!

part three is all about handphone! hehe! ramai kaum lelaki tak perasan bahawa handphone inilah selalunya punca kejahanaman!

korang kena invest dua line! dua handphone! satu aktif hanya di rumah saja sewaktu bersama bini! satu lagi, mati all the time kecuali keluar sorang-sorang! (pastikan bini tak tau pun kewujudan handphone kedua ini) bila kat rumah, pastikan handphone pertama itu selalu berbunyi! (ini kena pakat dengan member sekepala) sepuluh minit sekali, make sure ada member call! kalau korang plan sama-sama, korang pun kena call member yang terbabit tu selalu! bila handphone bunyi ajer, suruh bini jawab! asal handphone menjerit, suruh bini jawab!

'tak bolehlah reduan, aku baru balik ni, kerja-kerjalah jugak, duit pun duit jugak, memang nak duit lebih, tapi kalau dah sampai rumah, aku ada tugas lain, aku ada bini, lainlah macam kau tu bujang... bolehlah buat overtime! sorry la ek, kau call la ramesh ke, ah tang ke untuk temankan kau, ek! sori!'

masa cakap ni, cakap kuat-kuat, biar bini korang dengar! lepas taruk handphone ajer, muka mesti sedih + bengang + kesal!

tak sampai lima minit, sure handphone bunyi lagi, suruh jugak bini jawab! macam tulah seterusnya setiap hari sampai bini jenuh jawab handphone! tengah dia berak pun jerit suruh dia jawab!

'yayang, cepatlah jawab handphone i tu!'
'i dalam toilet ni, tengah berak!'
'ala, you tolonglah kejap, i tengah syok layan bola ni....'
'darling, i tengah berak ni!'

biarkan ajer handphone tu mati! (sebab korang sure kejap ni akan berbunyi lagi) ha, elok bini korang keluar jer dari toilet hidu-hidu jari, handphone berbunyi lagi!

'yayang....'
'iyalah-iyalah! hisy... kita nak berak pun tak senang!'

masa ni mata tumpukan pada tv! (kawal tawa korang tu jangan sampai terlepas) konon macam tak boleh lepas barang seminit pun aksi sengit bola tu walaupun sebenarnya masa tu liga amatur pakistan sedang bermain. (bukannya bini korang tau pun, kan?)

'nah! ofis you call!'
pura-pura marah! buat-buat muka geram sambil ketap bibir! bisik perlahan-lahan sambil tutup handphone! 'hisy you ni... katalah i tak ada....'

sure terkulat-kulat muka bini korang tu rasa serba salah!

'yes hello!' pura-pura ternganga!
'ala, reduan, kau ni kan, adui... hm, banyak ke?' muka mesti ketat!
'hm, nantilah, aku cek dengan bini aku dulu!'

matikan handphone muncung mesti panjang! 'hm, yayang siap, i nak kena pergi ofis buat kerja sikit! yayang temankan i jelah, ye! lagipun, ofis i tu ada sofa, kalau nanti yayang ngantuk, yayang tidur jelah! sebelum subuh kita baliklah kut, itu pun kalau i sempat habiskan kerja! dah, siap cepat!'

walaupun bini korang bagi alasan tak nak, ajak jugak pergi (separuh paksa)! untuk kali pertama ni kena ajak jugak! bawak pergi ofis dan buat kerja korang tu! kalau tak ada kerja, buatlah blog ke, layan fb ke, asalkan jari tu beriya-iya ketuk keyboard! benda-benda macam ni kena buat tiga atau empat kali round, cukuplah tu!

selesai part three maka masuklah part terakhir iaitu part four! yang ini kena melibatkan keluarga mertua, dan ipar-duai!

lepas kawin ajer, amalkan sikap suka berkongsi! apa-apa ajer, ajak keluarga mertua berkongsi! masa pergi berbulan madu, ajak mak dengan bapak mertua sekali lepak bilik hotel yang sama! kongsi towel, kongsi berus gigi sekali dengan mak-bapak mertua! kalau tengok wayang dengan bini, ajak adik-adik ataupun abang-abang bini korang tu! apa ajer ajak bersama! saja hantar bini balik rumah mertua konon korang ada kerja, lepas tu balik bawak sebungkus mi goreng mamak, pura-pura belum makan, dan nampak ajer ada mak, bapak mertua atau adik-abang ipar yang lain, ajak makan sama-sama! kongsi mi goreng mamak itu tak kisahlah walaupun dapat sesudu seorang! janji berkongsi! tanamkan sikap macam ni dan lebih-lebihkan di depan mak dan bapak mertua sampai diorang tau yang korang ni jenis suka sangat berkongsi! kalau berani sikit, masa bermalam di rumah mertua, pura-pura tertinggal seluar dalam dan pinjam seluar dalam bapak mertua korang tu atas konsep rela berkongsi! biarpun seluar dalam tu terlondeh sebab bapak mertua bersaiz xxl!

sure bini korang pening kepala, kan?

'i ni yayang, kawin dengan you... bukan kawin dengan diri you sorang aje, tau?! i kawin dengan keluarga you sekali! lagipun, kita jangan tamak-tamak, kita kena kongsi apa yang kita ada! kalau ada sikit, sama-sama sikit, banyak sama-sama banyak! berkongsi ini menggembirakan orang lain! kita dapat pahala!'

amalkan dan tanamkan sikap suka berkongsi ni di dalam ubun kepala bini korang tu! sampai bini korang sendiri suka sangat berkongsi!

pendek cerita, bila korang dah amalkan sikap hidup macam ni, bila dah senang keluar dating bini tak banyak soal (siap malas nak ikut lagi tu), awek call pun bini tak ambik peduli siapa yang telefon, pasang badan lawa-lawa pun bini tak syak apa-apa, tak balik rumah pun bini ingat overtime, lepas tu pulak bila bini dah biasa dengan sikap berkongsi selama ini, bila bagitau ajer korang nak tambah cawangan, bini korang pun terus mintak borang!

'besok darling bawaklah borang tu yer, boleh i sainkan!'

kahkahkah! hm... masa ni dunia ni koranglah yang punya! kalau dah kawin nombor dua, ulang perbuatan yang sama dengan bini nombor dua korang tu, paham?! ini bukan apa, untuk masa depan korang jugak, nanti... senanglah nak kawin tiga dan begitulah seterusnya sampai kawin empat!

selamat mencuba....

p.s. amaran keras. jangan bagitau kat bini yang korang baca tips ni kat blog aku!

p.s. lagi satu, jangan lupa plak hantar kad kawin ek, biar tiga atau empat kali sekalipun!!!

19 comments:

peroyz said...

ko nk g meeting ke bini ko dah nmpk ko nk tulis tips ni wkwkwkw aku tau ko mesti lupa nk pk helmet sebelum menulis kan wkwkwkwk!

ahadiatakashah said...

antu kau peroyz, mana kau tau bini aku ada, hehehe!

MaszLaVista said...

wallawey...ptt le incik hasben aku dok ngadap laptop ni sambil gelak guling2...ingatkan main poker kat fesbuk rupenye tgh ceduk tips...ni aku nak mandrem yg mane 1 ni? pemberi tips ke pembace tips?

Anonymous said...

DaMn.. AwesOMeLy SUcks! Big time.

AKO @ retna said...

aiyo harus kena kawal selia dari SIRIM la lepas nih... bahaya bahaya tapi dah terbaca jugaaa.. huhu....

Shukjessa said...

hehe honesty is the best policy bro, kalo diri mmg adil, rasenye si isteri yg bagi green light untuk kawen lain =)

tap torres said...

yang satu pun blum lepas camne nak capai target 4?..ekekeke

Azlinawati Abdul Ghafar said...

dusyummm kat kepala bro diat.. huahahuahuaa

omei said...

tips untuk mengoda lelaki xdek ke abg hahahahahaha

peroyz said...

wkkwkwkw mcm mana wa tau....sbb bini wa pon ngah dok mengintai2 sekarang kwkww !

Honeydew said...

aa yokk!!
dah tauuu....

he he hehhh...

Anonymous said...

Salam bro Ahadiat,

I have read quite a number of your novels during my teenage years... and they are very entertaining..

I have to say that you have the ability to capture the mind of the readers with your writing mostly because, they are put in a way which most of the readers can relate to...

I wish to share with you another entertaining blog that I have found. As we grow older, we tend to overlook the entertainment aspects of life and try to value more the spiritual aspect that gives us inner peace. Insya-Allah.

http://keretamayat.blogspot.com/

This writer, I think shares your style of writing to present mostly basic concepts in Islam that most of us (read: myself) tend to forget.

Again, thanks for the many novels that have given me insights and affects me far into my adulthood.

Anonymous said...

hahahaha.. bapak kelaka. haha

Anonymous said...

boleh jer...klu "mampu"...apa salahnya (konfiden je ckp) sbb sy tahu zaman skrg nie byk laki x "mampu"....no offense ya :p

ahadiatakashah said...

makasih semua yang sedia berkongsi, hihi, jaga-jaga laki korang yang lain macam perangai dia tu, kuhkuhkuh!

Anonymous said...

entri kali ni bagus utk laki and bagus gak utk ppuan. sbb y lelaki dpt tips but y ppuan da dpt tau trick. so y laki tu jgn suka sgt sbb bini2 korang da tau da trick ni(pas baca entri ni).kahkahkah

^t-rah^ (@_@) said...

sengal ubi kayuuuuu nye kashah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

walaupun i pmpn, i suke tips ni haha tapi pnt gak ah an laki tuh smpai bila nak macam tuh ish

Anonymous said...

alhamdulillah sy x kisah utk bermadu sy pilih dia krn ilmu agamanya..krn sikap sgt2 tanggungjawabnya..krn sabarnya dia.krn lemah lembut dia dan krn sikap penyayangnya...semoga Allah membuka pintu hati dia utk sy..Amin..

Post a Comment