There was an error in this gadget

Tuesday, June 29, 2010

bila hujan datang....

...kalau datang waktu malam, yang dah kawin tu memang saat-saat yang dinantikan la, yang berniaga pasar malam, merungut malang, yang tengok perlawanan bola kat stadium, lencun kesejukan, yang tersepit dalam kesesakan lalulintas, merungut bengang, begitulah keadaannya bila hujan datang!

tapi, bagi kebanyakan penulis pulak, bila hujan datang, idea mencurah-curah turun, irama hujan itu bagaikan curahan idea yang membunga di minda! betul ke? entahlah! kalau aku, hujan ke, panas ke, pelangi satu langit ke, kalau dah idea tak ada, mood tak ada, tengah stress pulak tu, hujan turun sampai banjir pun, idea aku tetap jugak kemarau!

so, senang ke jadi penulis ni? kaya-raya ke? glamour ke? dihormati ke? korang ingat camana? entahlah? aku jadi penulis ni pun sebab aku tak ada restoran mamak yang curahkan duit cash setiap minit! aku juga bukan anak tan sri yang bapak boleh sediakan ferrari kalau aku mintak! juga, bukan ahli politik yang kuasa ada di tangan boleh cambahkan duit! jadinya, tiada pilihan aku pun menulis! mujur, allah berikan aku rezeki di sini, maka ramailah manusia yang suka membaca hasil tangan aku ini (beruk dan kambing kalau boleh membaca pun sure suka, agaknyalah)! alhamdulillah!

tetapi, menulis ini ada etikanya! bukan boleh sebarangan menulis! tengoklah berapa ramai yang meringkuk dalam penjara kat kemuning tu pasal menulis, yang rosakkan masyarakat pun ada, yang sampai kerajaan iran arahkan hukuman bunuh pun ada! korang ingat lagi kepada salman rushdie yang tulis novel 'versa syaitan' dulu sampaikan ayatollah khomeini menjatuhkan hukuman bunuh terhadap beliau? jadi, jangan main-main bila menulis! bak kata orang dolu-dolu, mata pena itu lebih tajam dan berbisa daripada mata pedang! mak oi! betul ke ni? tapi, kalau aku bagitau anak aku yang jantan sekor tu (adamboy) yang umur baru enam tahun, sure dia mengekek tak percaya! sure dia guling-guling kat lantai sambil ketawa! silap-silap dihulurkannya aku sebatang pen bila nampak aku nak potong daging!

'nak buat apa pen ni?'
'potong daging la?!'
'potong daging?' mata aku sure terjojol renung dia! (masa ni aku mungkin dah lupa apa yang aku cakapkan dulu tu?)
'papa cakap, pen lagi tajam dari pedang?'

hampeh betul! nak terajang anak aku tu, kecik lagi! nanti mama dia report teledera... aku yang niaya! apa yang aku boleh buat, ambik pen tu, suruh dia main jauh-jauh! tengok dia dah tak ada aja, perlahan-lahan ambik pisau, sambung potong daging! bini aku nak masak lemak cili padi! phuh, meleleh liur! pen aku letakkan kat tepi!

namun, hakikat yang aku akui, memang mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang (atau pisau)! bukan untuk memotong, tetapi ketajaman yang dapat mempengaruhi minda manusia! ketajaman tulisan yang terhasil dari mata pena tulisan seseorang itu, kalau tulisannya besar dan berpengaruh, ia mampu mengubah sesuatu fahaman negara!

lihatlah karl marx dan rusia! yang mampu mengubah satu rusia menganuti komunisme dengan tulisan dan kepercayaannya!
'if we have chosen the position in life in which we can most of all work for mankind, no burdens can bow us down, because they are sacrifices for the benefit of all; then we shall experience no petty, limited, selfish joy, but our happiness will belong to millions, our deeds will live on quietly but perpetually at work, and over our ashes will be shed the hot tears of noble people.' (ini surat karl marx kepada bapanya pada tahun 1837)

juga, lagenda china yang termasyur yang dikenali secara global sebagai 'confucius' yang mengubah kitar kehidupan bangsa cina satu ketika dulu!
'kong qiu (孔丘), as confucius is commonly known, is a combination of his surname (孔) and his given name (丘), and he was also known as zhong ni (仲尼), which is his courtesy name. he was born in 551 bce in the Lu state[9] (this state was in the south of modern-day shandong province) in the later days of the spring and autumn period. confucius was from a warrior family. his father shulianghe (叔梁紇) was a famous warrior who had military exploits in two battles and owned a fiefdom. confucius lost his father when he was three years old, and then his mother yan zhengzai (顏徵在) took him and left the fiefdom because as a concubine (妾), she wanted to avoid mistreatment from shulianghe's formal wife. thus, confucius lived in poverty with his mother since childhood. with the support and encouragement of his mother, confucius was very diligent in his studies. when confucius was seventeen years old, his mother died as a result of illness and overwork. three years later, confucius married a young woman who was from the qiguan family (亓官氏) of the song state (宋). though he had a mild tempered wife who loved him, he left his family to strive for his ideals. confucius sought to revive the perfect virtue of huaxia (chinese civilization) and the classical properties of the western zhou dynasty to build a great, harmonious and humanistic society.'

ha, cukuplah dua contoh besar yang aku korek-korek kat dalam internet mengenai dua lagenda yang mampu mengubah dunia dan kefahaman manusia hanya dengan kehebatan minda yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan disebarkan kepada manusia-manusia sejagat yang membacanya lalu terpengaruh dan mengikuti kepercayaan mereka!

aku tak perlulah tulis mengenai islam dan nabi muhammad 'baginda kita' kerana itu sudah semestinya 'karya tulisan' yang maha teragung di antara yang maha teragung yang dimaktubkan di dalam jilid bernama al-quran! itu aku tak nafikan! subhanallah maha hebat, mahakarya! indah tak terperi tak terlukis dengan kata-kata! tulisan yang diatur di dalam al-quran itu adalah tinta allah! yang sangat maha indah lagi maha lengkap dan sempurna, tiada tulisan atau susunan kata-kata yang sesempurnanya! amin! tiada tolok tandingan lagi bandingan! full stop!!!

apa yang aku nak korang renungkan ini adalah bagaimana seseorang penulis itu mampu mengubah minda manusia dengan hasil tulisannya?

nah, di sinilah menjelma jutaan penulis dari pelbagai genre, usia, bangsa, bahasa atau apa saja bentuk penulisannya yang bertaburan di seluruh planet dan cakerawala ini! dan, aku termasuk salah seorang daripada mereka itu!

aku menulis atas nama ahadiat akashah! apa yang aku tulis? novel remaja, novel cinta, novel fantasi, novel misteri, novel thriller, novel seram, novel humor, boleh dikatakan semua jenis adunan dan ramuan ada, namun... novel-novel tulisan aku itu digelar oleh segelintir anak bangsa aku sendiri sebagai novel picisan! novel yang tak ada ilmu! novel yang tak ada jiwa! novel yang isinya sampah! itulah aku! pendek kata, aku ini adalah penulis sampah! iya ke? ada jugak ek, penulis sampah?! satu ketika dulu, sekitar belasan tahun silam, karya-karya aku dicop sebagai karya yang merosakkan bahasa! karya banjingan! atau, dengan bahasa lebih hina, karya aku ini dikatakan melacurkan bahasa melayu! phuh! menitik peluh aku ni sampai basah meja! alamak....

sambil menjerit: 'mei tolong ambikkan towel! cepat sikit!'
bini aku yang duduk di bilik sebelah datang bergegas.
'awak nak apa?' tercungap-cungap!
'towel!'
'towel?!'
'ak arh... towel, dah tak kenal towel?'
bingung muka bini aku tu dah sampai tahap cipan nak beranak aku tengok... tapi dia diam aje dan terus bergegas keluar dan tak lama kemudian membawa sehelai tuala mandi!

aku capai towel yang dihulurkan itu lalu aku lap meja yang basah lencun serta rambut aku yang menitik-nitik dengan air peluh sambil aku lapkan sekali kepala aku itu!

bini aku ternganga, aku dapat nampak anak lidahnya dan segera aku tepis seekor lalat yang hampir saja masuk ke dalam mulut bini aku yang terbuka luas itu.

bini aku tu mendongak ke siling, merenung tajam, mata tak berkelip-kelip.
'a-atap b-bocor ke yang?'
'mana ada atap bocor?"
'habis tu, dari mana datang air yang melimpah-limpah tu, sampai kepala awak lencun, rambut basah macam kena jirus hujan!'
'hm, tak ada apa-apalah, nanti saya cerita!'
aku tak nak panjangkan cerita (tentang sejarah penulisan aku itu serta tuduhan yang aku terima) terus hulurkan towel yang dah basah lencun itu dan segera menyuruh bini aku keluar sebab aku nak sambung tulis entry pasal 'bila hujan datang....' ini.

cuba korangkan bayangkan! (aku tunggu seminit ni....) teeeeet.... (okey masa dah habis!)
dah? korang dah bayangkan tak? hm, macam tulah punya perit pengalaman aku masa mula-mula menulis dulu! sampai lencun menitik seluruh kepala dan meja akibat peluh jantan yang mengalir memancut-mancut dari liang roma apabila mengenangkan artikel di akhbar mengatakan aku telah melacurkan bahasa melayu! kiranya aku ni macam bapak ayam la! kok ko koook! ambik kau?! mana punya falsafah diorang dapat pun aku tak tau? aku ingatkan, perempuan atau lelaki jambu aje yang dilacurkan, bahasa pun ada jugak kena lacur, ek? pelik! tapi, itulah yang aku terpaksa hadapi masa dulu aku mula-mula jadi penulis! mujur, semangat aku semakin kuat, makin banyak pulak aku tulis novel, makin ramai remaja yang membaca novel-novel aku, tapi... apa yang aku dapat dari sumbangan aku itu? eh ada! banyak yang aku dapat sebenarnya korang aje yang tak tau! nak tau? betul ni korang nak tau apa yang aku dapat?! hahaha! aku dapat cemuhan, penghinaan, kutukan, yang busuk-busuk tu semua untuk akulah dan macam-macam lagi! sebab itu aku nak bagitau korang, untuk jadi penulis ni kena kuat! kuat semangat, kuat iman, dan kuat mental! kalau tak, mulalah patah semangat macam kebanyakan penulis muda yang aku lihat hari ini! semuanya warm-warm shit chicken only!

kalau apa yang kita tuliskan itu benar, betul, jujur, niat murni, jangan takut apa pun! sebab bagi aku, setiap penulis ada nawaitu masing-masing! buruk atau baik, serong atau lurus, benar atau dusta, itu masing-masing yang tau! dia yang akan bertanggungjawab di atas tulisannya! macam aku, aku tau apa yang aku tuliskan itu kalau tidak benar, ia akan membawa fitnah! bayangkan apa akan jadi kepada pembaca yang mempercayai tulisan fitnah aku itu? korang pun tau kan, dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh! baik aku bunuh tikus aje! sebab itulah, aku kalau menulis, aku hanya menulis sesuatu yang sangat benar! itu prinsip aku sebagai seorang penulis! dan, kalau apa yang aku tuliskan itu benar, aku takkan takut kepada sesiapa pun, melainkan aku berdusta di atas tulisan aku itu! dan, aku tau akan akibatnya, kalau tidak di dunia, maka di padang masyar aku akan menerima balasannya! itu janji allah!

so, sebab itulah, aku suka tulis santai-santai di blog! aku tak suka selak kain orang, nak buat apa? kalau wangi okeylah, kena kalau dia baru lepas kencing ke, atau lepas berak, tak ke kuapannya itu busuk! aku jugak yang hidu? bodohlah tu! kan lagi baik aku tulis tentang apa yang telah aku lalui dalam bentuk yang sangat benar! walaupun kebenaran itu kadangkala mengaib dan memeritkan!

malu? kenapa aku nak malu? kalau sesuatu itu benar tentang aku, aku tak perlu malu untuk mengakuinya! kenapa perlu jadi manusia hipokrit! setidak-tidaknya kalau buruk apa yang telah aku lakukan itu, ia diharap menjadi pengajaran agar tak berulang kepada orang lain! aku tak malu untuk mengakui hakikat yang aku ini muflis! kenapa? hina ke aku kalau aku muflis? kenapa aku muflis? aku tipu duit bank ke? buat pinjaman perniagaan juta-juta, buat kertas kerja kononnya nak buat kilang antarabangsa, lepas tu cabut! biar lantaklah bila muflis! janji, duit puluhan juta aku dah laburkan kat swiss bank! hoi, korang ingat aku muflis pasal ni ke? atau, aku hutang kad kredit platinum, kredit limit sampai dua tiga ratus ribu, belasah sampai licin lepas tu jadi muflis? sori, aku tak buat kerja macam ni, okey?! dan, lain-lain pekerjaan hina yang boleh mengakibatkan seseorang itu jadi muflis!

so, kenapa aku muflis? rasanya aku dah bagitau dalam entri aku yang terdahulu! sure korang dah tau, kan?! kalau tak tau... hm, pandai-pandailah korang korek, tak salah pun!

sebab itulah aku berani menulis sesuatu tentang aku walaupun mungkin tak disukai orang lain! kenapa agaknya diorang tak suka? mana aku tau?! mungkin tulisan aku itu terkena batang hidung mereka! sebab aku tulis sesuatu yang benar dan betul, lalu diorang jadi takut! tak guna takut dengan tulisan aku sebab korang kena lebih takutkan allah! aku selalu percaya, what you give, you get back! what goes around, comes around! kau bagi buruk, kau dapat buruk, kau bagi baik, kau dapatlah yang baik-baik! so, enough! aku tak perlu takut, malu, marah, stress, kalau apa yang ditulis orang tentang aku tak betul! biarlah, aku ada allah! aku ada maruah! kalau cara itu untuk menjatuhkan maruah aku sekalipun, tetapi kalau semua itu tidak benar, hakikat akan tetap menang!

dah nasib badan, aku masih jatuh lagi ni, masih tak bangun-bangun lagi, cuma baru bangun dari tidur aje! hehehe! tu yang aku merepek-repek ni! adakah aku ini betul-betul jenis berani orangnya? entahlah!

tapi berani-berani aku pun orang kata aku ni takut bini! cet?! siapa yang cakap tu? aku bukan takut bini brader! (dan aku tak nak jawab sebagaimana lelaki lain selalu jawab!) 'bini yang tak takut aku!' sorry! aku ada rahsia sebenarnya! yang nak aku kongsikan bersama! aku ni sebenarnya, mempunyai sesuatu yang tersangat-sangat berharga! yang tidak ternilai harganya! yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit! itu bini aku aje yang tau! so, satu malam tu, lepas aku selesai kenduri-kendara persandingan aku, dalam bilik tidur pengantin yang harum semerbak, bini aku berbisik: 'awak betul-betul sayangkan saya ke?'
jawapan aku yang nak cepat ok ot! (dah membuak-buak sangat ni) 'eh, mestilah... wak, sure la... kalau saya tak sayangkan awak, takkanlah kita di dalam bilik indah ini, malam pengantin kita ni! sure la i love you!' lalu... aku hadiahkan bini aku tu senyuman tom cruise aku yang biasa-biasa tu!
tak langsung dia balas senyuman aku itu, wajahnya merah padam penuh serius! 'awak jangan cuba-cuba nak menggatal ye?'
alamak?! apa benda ni? tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aje? di malam pertama pulak tu! apa yang aku dah buat salah ni? aku mula panik!
'kalau awak berani main pompuan, siap awak, saya potong torpedo awak tu! tak caya buatlah! jangan cabar saya!'
mak oi! sampai kering air liur yang ada kat mulut aku masa tu aku telan! sampai rasa berpasir-pasir mulut aku tu, kesat semacam! teringat berita yang aku baca kat suratkhbar di mana seorang suami telah bergegas membawa torpedonya ke klinik berhampiran untuk disambung semula setelah dipotong bininya! burp.... (sendawa la pulak!)
'saya serius ni, awak jangan cuba-cuba nak buat!'
aku renung matanya, memang nampak serius sungguh! tak nampak macam dia bergurau pun! dahlah malam ni malam pertama aku dengan dia! hisy! dan, aku ambik serius amaran itu! apa taknya, dua tiga minggu selepas itu pun aku masih terngiang-ngiang amaran maha keras bini aku itu! aku tidur pun tak pernah lena, malam asyik terjaga sambil aku teraba-raba torpedo aku tu dan aku rasa kelegaan yang teramat sangat apabila aku dapat merasainya dan ia masih ada di tempat biasa! maunya tak panik sebab inilah satu-satunya benda yang paling berharga yang aku miliki! giler apa? kalau betullah bini aku tu potong, mana aku nak cari ganti! korang giler ke apa? apa, korang ingat kalau korang sanggup nak gantikan dengan korang punya sekalipun, korang ingat sama ke dengan hakmilik aku ni? sori la bro, memang takkan sama punyer! tak mungkin sama, brader oi! aku tak sanggup kehilangannya! takkan dapat kucari ganti walaupun teknologi setinggi mana pun! walau sebesar dan sepanjang mana pun milik korang tu! walau ada antara korang yang bermurah hati mahu memberikan hak korang itu pada aku, ianya tetap takkan sama! dengan lekuknya, gerutunya, keanjalannya, hisy mana sama brader oi! aku sayangkan aku punya! maka, sebab aku tak sanggup kehilangannyalah aku sangat takut kat bini aku tu! bukan takutkan bini ye, pembetulan-pembetulan... tapi, takut kalau-kalau dia serius akan memotongnya kalau-kalau aku mencuranginya!

sekarang korang semua faham tak sebabnya! so, jangan tuduh sebarangan aku ni takut bini korang tau, taaaaaak?! faham?!

alamak, bunyi pintu tu! aku chow dulu ek?! bini aku baru lepas mandi tu! dan... hujan yang datang tadi masih lagi belum pergi....

17 comments:

Pinky Angel said...

semua org ada citarasa masing2. golongan berbeza dgn citarasa berbeza. kalau novel abg diat sama je mcm novel A. samad said, tak ceria dunia penulisan ni. Tak unik, takde kelainan. Saya pun tak sanggup nak beratkan otak nak baca.

sama mcm kita menilai manusia gak. kalau semua org kata pompuan A tu cantik, pompuan B sampai kesudah tak kawen2 sebab semua kata dia tak cantik.

Sebab tulisan abg diat yg unik ni lah ramai org kenal dan sanjung abg (termasuk saya)

ana farnalicious said...

yeah
setuju
hasil penulisan yg ringkas
menarik
mudah dibaca
dan x memberatkan kepala ;)

md toys said...

thumbs up 4 this / :)

Anonymous said...

“Much truth is spoken, that more may be concealed.”

Kenapa seseorang itu menjadi lebih tidak tenang bila lebih mana dia berkata benar.

*Farahouri~ said...

great bro! masih ahadiat akashah yg dlu. kaya dgn idea dan lenggok bahasa yg kental. teros kuat dan maju kehadapan. u have my full support! ;)

ahadiatakashah said...
This comment has been removed by the author.
pe(t)1 said...

Alah takat sasterawan kalau tak boleh nak hilangkan tension kerja aku baik tak payah. Karya sasterawan kalau otak berbelit2 baik tak payah. Apa kebaikannya? Boleh majukan bangsa ke? Boleh tenangkan jiwa orang ke? Boleh bagi orang lupa masalah utang kereta, utang kad kredit, utang rumah utang bank rakyat ke? Karut semua tu.. Aku baca tulisan ahadiat sbb aku perlukan hiburan utk lupakan masalah aku, ahadiat dpt bwk aku ke alam yg aku tak mampu nak lalui, aku khayal walaupun tanpa dadah2 sintetik tanpa ganja, tanpa daun ketum tanpa air mabuk, tanpa ubat batuk. Dan paling penting sekali, modal kecil tapi masih dpt berfantasi. Tq bro!

ahadiatakashah said...

better tell the truth rather u sleepless by night for ur entire life?! that's true! u ingat u sakit, tapi bila jumpa doktor, doktor kata u're fine, u're okay! but u still cannot sleep, because the evil is keep haunting u! sorry, not me! hihihi! i'm happy this way, because people look at me transparently!

bungafrust said...

hehehhheheee...mmg besh citer ni....mksd yg mendlm.....since aku kecik aku dh baca novel2 ahadiat akashah....tp aku x melacur pn sbb baca buku yg melacur kn bahasa melayu....sgt3 bodo owg yg melabel kn 2.....newey jgn lupe tulis buku baru...n byee...oopppssss sblm 2 aku nk bg mkn ikan2 ni sume sblm aku gerak....

MaszLaVista said...

aku bace novel abg diat sejak thn 95 smpai sekarang..dh berpuluh novel abg diat kena rampas ngan cikgu disiplin sbb kantoi baca dlm kelas disebalik buku teks...start pd UPSR, PMR, SPM subjek BM aku lulus cemerlang A1..so whatt? bahasa melayu aku x hancur pon?

nizakamal said...

salam ..

kalau dulu2 (zaman remaja) baca novel bro..senyum2 kambing sendiri..dan kalau dulu2 tulisan bro mcm yg dlm blog atau atleast entry kali ni..agak malu2 kucing jugak la..sebab serba tak paham..banyak istilah 'matang'..tapi sbb penulisan tu dh bertambah mature dgn kematangan umur jugak..(sbb skg dah masuk alam mak budak)..so..tak rasa lucah mana pun..

anyway, congrates bro! once a writer will always be a writer! welcome back!! :D

erwan said...

aku...dulu2 slalu gado ngan org pasal dorang kata cam ahadiat sendiri cakap la...novel dia lacurkan bahasa la apa la...tapi bagi aku...masyarakat kita dah la kurang membaca...cara ahadiat tu sebenarnya bejaya menarik minat remaja membaca..simple sempoi...dorang tu je dengki..mana leh tgk org senangkan. kalau la betul..karya ahadiat tu leh rosakkan bahasa takde la cerpen aku lepas kat media hiburan..ahadiat adalah mentor aku tanpa beliau sedar...ekekeke

Rizleen Ramlan said...

Salam Bro AA, tahun 97-98 saya penah pegi umah banglo bro yg bertingkat2 tu.Tak kira la plak bp tingkat,maybe 5 le kot as u mentioned dlm post sblm ni.Dtg tu nk interbiu bro AA.Mak aiii 1-2jam gak ahh tunggu bro balik,wife bro yg melayan kami (me & mom) tunggu.Masa tu bro dg wife lama (K.Shila) & Aishah br 1-2thn bertatih jalan kot.Mase tu sy 18thn tgh study Pusat Matrik UUM,subjek BM minta cari tokoh..dlm byk2 tokoh Bro AA yg jd pilihan group assigment kami.Dg bantuan arwah Kak Hata (Hatasura Akashah) lah akhirnya dpt interbiu in person bro AA.For yr info,Aida & Shahreen Khalil r my cousins..My mom satu opis (Esso) dg arwah k.Hata.Memang tahun itulah bro di ambang muflis berdasarkan cerita interbiu. Bro AA buka kisah kene tipu dg member baik nk beli kete mercz benz etc etc... So,viewers...Betul la posting Bro AA dlm blog ni. He's telling the truth...Skang sy dah 31 thn ber anak 3 pon still ikuti perkembangan Bro AA!Kami harap bro AA akan 'bangkit' semula...Semua fan sayangkan karya bro :)Masterpiece!

ahadiatakashah said...

'rizleen ramlan': well i still remember those days... (masa awak datang umah menimba ilmu, nak buat camana, allah beri hikmah utk abg fikir, mungkin ada kesalahan yang abg tak nampak tapi allah nampak, alhamdulillah, ada jugak insan yang mungkin faham dan mengerti apa yang abang lalui! dan, hari ini bangun memberi sedikit keterangan! terima kasih! abang menulis di sini bukan untuk mencari pembelaan, atau publisiti, tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman benar yang pernah abang lalui, dan diharap pembaca budiman tak melalui kesilapan dan kejatuhan yang telah abang lalui sebelum ini! sangat pahit dan pedih, namun ini adalah ingatan buat abang dan kita semua, jadikan teladan berguna, kita juga perlu bangkit untuk menikmati gigitan matahari keesokan harinya! alhamdulillah! regards to ur mom!

Anonymous said...

i dont really reads malay novel..
but u lead me to that..as much as am concern rite now..sy sngt2 lah nk baca lagenda budak setan..err..dont look at me like dat...im in my early 20s,that novel rsanya kuar time sy sekolah rendah mgkin..not quite sure..
well best of luck,and will always support u..
keep it up bro..

blackjane said...

respon utk statement bahawa 'Ahadiat Akashah melacurkan bahasa' - bwahaha~

semasa umur sy 10 thun, 1st novel org dewasa yg sy baca - Matilda! Sbg seorang kanak-kanak dlm darjah 4, banyak perkara yg tidak sy fahami tp apa yg sy tahu selepas membaca karya bro AA tu - saya suka baca novel, saya minat dunia penulisan dan saya minat apa yg dipanggil kesusasteraan..

semenjak itu sy mula mencari dan mengumpul karya2 bro AA. sy membesar dgn karya2 AA, subjek BM sy dlm UPSR, PMR dan SPM sy mendapat A dan sy percaya sy mendpt A dlm subjek itu krn karya2 AA mengajar sy cara utk berfikir dan bagaimana nak menjana idea utk mengarang.

klau ada yg di luar sana berasa sumbangan AA pada anak bangsa spt sy itu tidak cukup penting, sy ada 1 lg kisah - sy mengambil Diploma di dlm bidang penulisan Seni Layar, Degree dalam bidang Kesusasteraan Ilmu Kemanusiaan dan skrg sdg belajar dalam bidang Kesusasteraan di peringkat Masters. Statement ini bkn utk tujuan riak, tapi apa yg sy mahu katakan, semenjak belajar di dalam bidang Kesusasteraan ini barulah saya kenal nama2 besar seperti Shahnon Ahmad, Anwar Ridhuan, Azizi Ali, Muhammad Haji Salleh, Keris Mas, Arena Wati, Tongkat Warran & Othman Puteh. Dalam ertikata lain, karya2 Ahadiat Akashah yang mendorong minat sy utk membaca, karya2 Ahadiat Akashah yg memperkenalkan sy pd genre kesusasteraan dan karya2 Ahadiat Akashah yg membuka lorong utk sy selusuri bidang kesusasteraan tetapi endingnya, sy dapati dunia so called kesusasteraan ini yg membuang dan menyampah-sarapkan Ahadiat Akashah & karya2nya.. Ironic, kan?

utk bro AA : peminat karya2 anda je yg tahu nak nilai karya2 anda jd tlg teruskan usaha anda utk menulis

ajeE'BELLyza said...

terima kasih bro AA mengajar kami arti kehidupan dunia realiti

Post a Comment