Wednesday, August 25, 2010

kunantimu di pintu syurga...

...andai kau pergi dulu! banyaklah kau punya nanti! kau ingat bapak kau punya syurga ke? syurga itu allah yang punyalah, bangang! o, ye ke? lupa la pulak, sori ek!

aku selalu cakap kat bini aku, nanti kalau saya pergi dulu, awak kawin jelah! tak payah nak tunggu saya kat pintu syurga tu. kita ni pun belum tentu masuk syurga ke neraka! takkanlah awak nak tunggu saya kat pintu neraka kalau kita ni amalan kurang, ngumpat lebih, solat kurang, sembang lebih! ye tak?! so, syurga atau neraka, itu hak allah! kita terima ajelah seadanya! pilihan kat tangan korang, syurga atau neraka?! ikut perintah allah, tinggalkan larangannya, syurgalah jawabnya! hehe! macam senang je, kan?! banyaklah korang punya senang!

bila aku cakap macam tu, bini aku sedih! 'tak naklah wak, saya dengan awak ni mana pernah berpisah, mana awak pergi saya ikut, saya rasa janggal bila awak tak ada, mana saya nak cari lelaki lain yang sama macam awak?!'
'eh, memanglah tak ada, allah dah bagi awak yang terbaik! tapi, kalau dah ajal saya sampai, takkanlah awak nak menjanda? takkan nak tunggu saya lagi? sampai bila?!'
'saya nak jumpa awak balik masa kat syurga! kan allah bagi pilihan, kalau cinta kita kuat, kita masih boleh bersama kat syurga nanti!'
aku gelak besar! 'sure ke kita ni masuk syurga?!'
'masuk tetap masuk, kita orang islam, lambat dengan cepat aje, atau mungkin lepas basuh dosa kat neraka, kita masuk jugaklah akhirnya! saya tetap nak bersama awak, awak cinta hati saya!'
'hm, tak payahlah fikir sampai jauh macam tu! manusia ada fitrah seks, takkan awak nak pendam perasaan awak tu? jangan seksa diri! saya dah mati, saya pun tak fikir tentang awak dah!'
'alah, berapa ramai pompuan yang tak kawin lain? okey aje! besar jugak anak-anak! saya tetap tak nak!'
'iyalah tu, tapi awak tu ada nafsu, takkanlah awak nak sekat semua tu?'
'lelaki lain wak, pompuan lain! lelaki bila bini mati, kubur merah lagi pun dah kawin! tak kisahlah, apa awak nak cakap, awak cakaplah, saya tetap tak nak kawin lagi!'

aku pening kepala! ada gak manusia macam bini aku ni ek? entahlah! tapi, itu cakap dia masa aku tengah hensem dan hidup lagi ni! kalau dah tinggal rangka kat dalam liang lahad tu, apa pun boleh berlaku! tapi, (bila dah mampos nanti) aku sendiri pun tak fikir lagi dah pasal dunia ni! apa lagi pasal bini aku nak kawin ke, nak menjanda ke, itu semua aku dah tak fikir! yang aku fikir masa tu macam mana nak elakkan diri dari soalan mungkar nangkir?! nak lepaskan diri aku ni dari seksa kubur? apatah lagi mungkar nangkir ni macam-macam pulak dia nak soal aku!

masa nilah anggota tubuh tak boleh pakai! hampeh! dulu masa kat dunia enjoy sama-sama, tapi kat alam barzakh ni, semua anggota pakat-pakat lepas 'diri' masing-masing! bila jasad dah terpisah dari roh, jasad kembali kepada allah, itu hak allah, sesekali pun jasad takkan mahu berbohong! habislah semua cerita korang kat dunia dia cerita!

bila mungkar nangkir bertanya, diorang sukarela bercerita! mulalah satu persatu rahsia pecah! puaslah aku pst, pst, pst kat perut aku isyarat jangan bagitau apa-apa, dia buat dek aje cerita pasal aku tak puasa masa bulan ramadhan! hampeh punya perut! padahal dia jugak yang punya pasal!

munkar nangkir tanya: 'ramadhan pertama masa kau mula-mula masuk akal baligh dulu kau puasa tak?!'
aku baru aje nak cari alasan, perut aku dah jawab dulu dah! 't-tak puasa bos!'
'tak puasa?!' berdesup aku masuk ke dalam perut bumi kena henyak dengan mungkar nangkir! bersepai kepala hotak aku sakit tak tau nak cakap! nanti korang dah masuk liang lahad ni nanti korang rasakanlah sendiri! 'macam mana kau dah masuk akal baligh boleh tak puasa?!' berapi mata mungkar nangkir renung aku yang dah hancur bersepai kat ceruk perut bumi tu! 'cerita dari mula! aku nak dengar!'
's-saya yang start dulu b-bos!' kaki aku mula-mula bersuara.
perut pulak menyampuk: 'm-mulanya s-sebab saya jugak bos, saya dah mula berkeroncong!'
'berkeroncong ke heavy metal?!' macam halilintar suara mungkar nangkir mengejutkan perut aku!
'm-macam heavy metal dah bos! lapar giler masa tu! berdenyut-denyut tak tahan nak kena isi!'
'masa tulah saya bawak semua yang ada pergi k-kedai m-mamak b-bos!' kaki bersuara terketar-ketar!
'lepas tu?!'
mulut terpisat-pisat malu! 's-saya y-yang orderkan b-bos!'
'kau order apa?!'
'r-roti banjir dua, kuah lebih, dal kari campur!'
'itu aje?!'
'm-milo ais k-kaw!'
mungkar nangkir menggeleng! 'huh, tak puasa order roti banjir, kuah lebih, milo ais kaw?!'
'y-ye b-bos!' mulut aku terkedu!
'tak malu ke?'
'm-malu tu m-malu b-bos, t-tapi s-saya kosong giler masa t-tu bos, n-nak kena isi jugak!' perut terkedu!
'macam mana kau mula-mula tau kau tu dah mula akal baligh?!'
masa ni kote terus bersuara: 's-saya selalu aje b-bangun tidur b-bos! dulu b-bangun tidur m-masa mata bukak, selalunya pagi-pagi s-sebab pundi kencing penuh... s-saya yang k-kena keluarkan!' kote terketar-ketar menjawab! 't-tapi k-kali ni... s-saya b-bangun t-tak kira masa! tapi selalunya, b-bila m-mata tengok b-betis pompuan! t-terus s-saya bangun... serta-merta!'
mungkar nangkir menggeleng! 'tulah, allah bagi kau tegang untuk kembangkan zuriat, bukan asal tengok betis pompuan, bangun tidur, hisy tak senonoh betul! lepas tu?!'
's-saya jugak y-yang p-punya punca b-bos!'
'kau lagi kaki! hm, mana pulak kau bawak diorang semua kali ni?!'
'r-rumah u-urut b-baik punya b-bos, er... cum r-rumah pelacuran!'
berdesup lagi aku masuk kat perut bumi kena henyak dek mungkar nangkir! binawe punya anggota tubuh, semua diceritakannya! satu scene pun tak tinggal! ingat lagi masa pecah teruna, kat rumah urut cum rumah pelacuran tulah, kote tenggelam ke dalam telaga lebar!
'kali ni siapa punya angkara?!'
's-sayalah bos! s-saya dah bangun tidur, tak boleh nak tidur lagi! kalau nak tidur kena keluarkan air likat yang penuh kat dalam karung telur!' kote tersipu-sipu malu!
'tulah allah sediakan pompuan untuk dinikahi! bukan dilanggani!' tiga kali lebih dalam aku masuk ke perut bumi kena hentak dengan mungkar nangkir! otak hancur, kepala bersepai, sakitnya aku sorang jelah yang tau! kalau boleh balik kat dunia, tak nak dah aku buat benda-benda yang allah larang! masa kat dunia dulu tak fikir! bayangkan, itu baru dua kes yang aku dan anggota tubuh aku buat! bayangkan kalau korang hidup sampai umur 63 tahun, berapa puluh ribu atau mungkin ratusan ribu, mungkin juga jutaan kes... di mana setiap detik perjalanan hidup akan diceritakan tanpa selindung dan penuh sukarela oleh seluruh anggota tubuh korang sendiri! mampos!
mulut akan cakap: 'dulu saya ni bos, suka betul ngumpat orang! feveretlah kiranya!'
kaki akan cakap: saya kalau pub laju je bos, masjid ni ada berat sikitlah nak masuk!'
kote akan cakap: 'saya ni asal menyelam aje bos, tak kira telaga mana pun, janji air likat kat dalam karung telur ni saya dapat semburkan keluar!'
tangan akan cakap: 'saya ni bos, asal lepa, semua saya cilok masuk dalam poket!'
dan, macam-macam pengakuan dari seluruh anggota tubuh korang nanti! hahaha! ni aku gelak ni aku gelakkan diri aku sendiri! janganlah korang terasa pulak! perasan! kenapa? korang pun dua kali lima ke? hehe! cepat-cepat tobat selagi pintu masih terbuka!

jadi, pendek kata, masa korang, aku, semua kita ni dah mampos nanti, masa kat dalam liang lahad tu, ada ke masa untuk korang fikir tentang bini, harta, ferrari, banglo, secretary korang yang cun tu, korang punya scandal... hah? ada masa? tak ada, kan? korang dok sibuk nak menepis segala soalan mungkar nangkir, tapi anggota tubuh badan korang sendiri bukak semua pekung apa yang korang dah lakukan sepanjang hidup menumpang di bumi allah ini! betul?!

hah! sebab tulah aku cakap kat bini aku, kawin jelah! takdenya aku nak ingatkan kau, nak fikirkan kau! aku ni sendiri pun dah serabai tak terurus nak menjawab segala perbuatan aku di mukabumi ini, andai kata aku berbuat salah melanggar segala perintah allah!

'kawin jelah wak! cuma, pesan kat anak-anak, sedekahkan saya yasin, fatihah, awak pun sama, masa tengah seronok dengan laki baru malam jumaat tu, jangan lupa sedekahkan saya yasin! jangan asyik kejar aksi malam jumaat aje!'
'tak nak! saya cakap tak nak, tak naklah! kenapa awak nak paksa saya kawin lain!' masa tu, mata bini aku dah merah dah!
dan aku, garu kepala! aku hanya nak jadi adil! biar sama-sama merasa nikmat dunia! sebab, itu kalau aku yang pergi dulu! tapi, kalau bini aku yang pergi dulu, takkanlah aku nak menduda! beratlah karung telur aku tu nanti! aku baru nak plan cari yang lebih muda! hehehe!

so, macam mana ni?!

Monday, August 23, 2010

cucuk kodok....

...tak sama dengan cucur kodok atau cokodok yang sedap dimakan panas-panas! ini lain, bro! lain....

manusia ni, macam korang semua la kan, korang manusia betul tak?! paling manusia suka dalam kajian yang aku dah buat ialah 'cucuk' mencucuk! haha! tak percaya? manusia paling suka 'cucuk' atau 'cocok', atau yang sewaktu dengannyalah!

sedang kita naik kereta, layan pulak tu lagu keroncong, tiba-tiba kat belakang ada pulak satu kereta ikut rapat, siap bagi high beam pulak tu, siap 'cucuk-cucuk' la pulak! ah, angin pun naik, keroncong tukar heavy metal, tukar gear, tekan minyak, phum, berdesuplah kita rembat sebab tak tahan kena 'cucuk'! betul?!

sedang kita tengah bengang, member pulak tu sudah kasi angin naik, datang pulak tiga empat member lain, sudah kasi 'cucuk', benda yang tadi kecik terus jadi besar! punca masalah boleh kasi settle terus jadi gaduh siap bertumbuk sebab kaki 'cucuk' sudah kasi panas kita punya hati! betul?!

perempuan paling suka 'cucuk' susuk kat pipi!

lelaki paling suka 'cucuk' puki! ada jugak yang suka 'cucuk' punggung kawan lelaki!

dalam bercinta, kena pulak awek kita tu cun-melecun, pantang dengar kita bergaduh, sure ada jantan lain 'cucuk' jarum sampai kita clash!

macam-macam 'cucuk' ada, macam-macam cara 'cucuk' tersedia! tengok rumahtangga orang bahagia, 'cucuk' mak bapak mertua sampai tunggang-langgang jadinya! kalau bercerai-berai kita belanja kawan seribu 'cucuk' satey. hoorey!

kalau dapat gaji aje, terus 'cucuk' atm teller keluarkan duit sebab nak shopping sakan tak peduli tengah bulan makan yong tau foo 'cucuk' kat tepi jalan.

'cucuk' sana, 'cucuk' sini selebihnya korang tambahlah sendiri!

'cucuk' jangan tak 'cucuk'....

Sunday, August 22, 2010

haram... berdosa... nanti masuk neraka!

dengar sini wahai anak bangsa aku, wahai orang-orang melayu yang beragama islam!

aku nak bawak korang ke sebuah tempat yang telah dikumpulkan pelbagai jenis manusia yang kaki judi, kaki botol, kaki betina, kaki dadah, kaki pukul, kaki songlap, kaki kelentong, kaki suap, kaki ampu, dan semua kaki-kaki hampriang yang telah pun melalui kehidupan songsang!

aku tanya seorang kaki pukul! 'kau ni gangster ke dulu?!'
'gangster tak gangster la bro, kalau berpuluh orang pecah kepala aku belasah, kau kaji sendirilah?!'
aku telan liur, takut kepala aku pulak pecah!

aku tengok seorang mamat yang mata kuyu! 'kau ni kaki botol ke?!'
sengih! 'aku ni kau taruklah jd ke, stout ke, beer, apa lancau airlah, kalau aku jalan huyung-hayang kau jangan panggil aku kaki botol la, okey!'
aku garu kepala!

'kau ni kaki apa?!'
'aku ni pantang tengok lubang! tak kiralah siapa, anak dara, janda, bini orang, tunang orang, janji lubang!'
jangan dia ni kaki 'bontot' sudah, dia kata tak kira siapa, janji 'lubang'! niaya aku nanti! maunya aku jalan mengengkang!

'kau ni muka nampak nerd! apa yang kau buat?!'
'nampak memang nerd encik, tapi duit bank, skim cepat kaya, tu semua kerja akulah!' senyum bangga si kaki songlap.

'pak cik ni nampak macam orang beriman aje, kenapa masuk sini?!'
'hm, pak cik ni nak projek semua pak cik hulur! dah kena tangkap, nak buat macam mana?' sedih muka si kaki suap!

aku berdiri di depan seorang yang berkaca mata nampak macam seorang profesor! 'kenapa kau masuk sini?!'
'aku ni pakar matematik tuan, sebut aje apa nombor, ekor, kuda, nombor yang kat daun terup, itu semua dalam kepala aku aje! dari kecik aku hidup dengan nombor!'
hm, taulah aku yang dia ni kaki judi!

alangkah hebatnya anak-anak melayu ini, kan? malaysia boleh, melayu lagi boleh! kalau mat saleh boleh tawan khutub utara, melayu boleh! kalau boleh menyeberangi selat inggeris, melayu pun boleh! apa yang bangsa melayu tak boleh buat? semua boleh! murtad! pun melayu boleh! hehe!

dan, anak-anak melayu yang dikumpulkan khas ini juga telah melakukan kebanyakan benda-benda yang kebiasaannya orang kafir buat! hebat, kan?

dan, berapa ramai lagi di antara korang, kawan korang, sedara-mara korang, atau jugak adik-beradik korang (mungkin juga korang sendiri) yang memenuhi pelbagai kategori 'kaki' ini? (sila pilih kategori manakah korang berada pada senarai di atas!), hehe!

tugas aku di sini ialah untuk mengambil rekod senarai kerja-kerja keji yang telah mereka lakukan, hinggakan sebegitu berani sebagai anak melayu yang beragama islam melanggar perintah allah! sesungguhnya mereka-mereka ini dikategorikan sebagai melayu gagah berani!

tibalah masa makan setelah dua hari mereka tidak diberikan sebarang makanan hanya air kosong saja sebagai pengalas perut sebagaimana yang diperintahkan pihak berkuasa.

aku nat buat pengumuman bahawa hidangan akan tiba sebentar lagi dan sebelum itu aku saja-saja bertanya: 'semua lapar, tak?'
'laparlah bangang!'
'dua hari tak bagi makan tanya lapar ke tak! amende punya manusia kau ni?!'
'nasiblah aku kat dalam ni, kalau kat luar, kepala kau tu aku pecahkan dulu, buat kari!'
'bangsat betul kau ni, tanya lapar ke tak!'
'hei bodoh laparlah! lagi mau tanya!'
'cepatkah bagi makan, lapar giler ni!'
'aku dah nak mampos dah ni, woi!'

dan, macam-macam rungutan, kutukan dan ketidakpuashatian terhadap aku (yang menjalankan tugas), hanya kerana aku bertanya diorang lapar ke tak? tu pun salah?!

'okey-okey aku faham kejap ni korang semua boleh makan! sabar!' aku senyum!
'sabar hotak kau!'
'dua hari tak makan suruh sabar, kau tu yang aku makan nanti!'
'barua punya manusia! buat malu melayulah kau ni!'

aku tiupkan wisel yang diberikan, sebagai tanda mereka semua dah sedia untuk makan.

'baiklah semua ambik tempat masing-masing! ikut nombor, ye!'
mereka semua duduk di kerusi masing-masing! satu meja ada empat orang! dan mereka duduk, menanti penuh rakus hidangan datang untuk dilahap!

waiter mula masuk, membawa talam berisi hidangan yang berbau lazat! masing-masing liur mula meleleh. kelihatan nasi putih yang berasap panas, ada juga nasi beriani serta nasi minyak dan nasi tomato (pilih ikut suka aje) dan hidangan 'daging' (sahaja) yang dimasak dan diadun pelbagai resepi mula membuatkan mereka semakin kelaparan! ada daging masak kari, daging sup, daging panggang, daging rendang, daging masak merah, daging masak lemak dan hampir semua jenis resepi ada... (semuanya daging tak ada ikan, sayur ataupun ayam) yang telah disediakan chef terkemuka!

hidangan daging pelbagai resepi terkenal itu disusun di meja masing-masing, penuh memukau dan menaikkan selera.

'baiklah, semua boleh makan! tapi, basuh tangan bersih-bersih dulu!'

semua yang ada mula basuh tangan, sendukkan nasi dan ceduk daging pelbagai resepi yang diminati selera masing-masing.

'tapi, sebelum semua makan, saya nak buat sedikit pengumuman! sila bagi perhatian!'

semua bengang, namun takut dilarang makan, semua beri perhatian!

sambil senyum aku merenung mereka semua! 'nampak macam sedap tak?!'
'sedap!!!'
'boleh habis ke?'
'sure boleh, silap-silap tak cukup ni!!!'
'baca bismillah, boleh semua?!'
'boleh! bismillahirrohma... nirrohim!'
aku senyum! 'bagus!'
masing-masing dah mula gaulkan daging pilihan resepi masing-masing ke nasi!
dan, aku bersuara lagi! 'semua daging ni daging tempatan, dipilih dari yang terbaik dari ladang! semua daging babi gred satu! eksport kualiti! okey, semua boleh mula makan!'

masing-masing ternganga! semua terhenti dari nak menyuap! ada yang terloya! ada yang telan liur! ada yang muka pun dah macam babi! ada yang terkulat-kulat! ada yang cekik leher sendiri....

'ha, apa lagi makanlah! Kenapa semua tak makan lagi? tadi kata lapar!'

dan, semua mereka tak langsung menjamah, ada yang terus basuh tangan! banyak yang palingkan muka dan ada juga dah mula berdiri cuba menjauh... dengan wajah penuh jijik!

dan, inilah kebanggaan kita orang melayu, sejahat mana pun, sebanyak mana perintah allah dilanggar, penjenayah, pembunuh, perogol, makan ribak, zina, liwat, semua kejahatan berani buat! tapi, perintah allah yang satu ini selalu dipatuhi! babi memang tak makan! haram....

berdosa nanti masuk neraka....

aku yang korang tak kenal sangat....

...ini sebenarnya bukanlah terer mana pun! aku ni biasa-biasa aje! mungkin sebab nama aku yang unik, sebab tu korang semua senang nak ingat! kan?! aku dah 'layu', maksud aku, bukanlah trangtangtang lagi! terus terang, aku tak nak hipokrit, aku dah tak ada teruna! tapi, aku ada tiga peluang lagi untuk pinjamkan diri aku ni pada para gadis! (tapi sumpah, aku tak nak!) hal ni aku dah bagitau kat bini aku dah! aku cakap dengan dia, awak jangan risau, saya untuk awak sorang! (masa aku cakap ni aku toleh tempat lain tak pandang pun mata dia) Aku tau, aku hampakan ramai gadis, tapi apakan daya, sudah suratan, aku tak mampu memenuhi hasrat korang semua, ye gadis-gadis! maafkan aku sekali lagi! aku tau kehampaan yang korang semua rasakan! i'm sori!

bukan saja aku ni dah layu, dah tahap lunyai, anak pun dah berderet! tiga puteri dan seekor jantan! masa kali pertama aku dengar aishah menangis empat belas tahun dulu, aku terkedu! bait-bait biasa yang aku dengar:

'tahniah, kau sekarang ni dah jadi seorang bapak! hm, tanggungjawab kau dah besar! ha, kau dah ada permata yang nak doakan kau masa kau mati nanti.'

...dan... banyak lagi!

tapi, bukan itu sebenarnya perasaan yang aku rasakan! aku sekadar meragui diri aku, mampu tak aku jadi bapak? bapak ni macam mana? besarkan anak-anak, bagi nafkah, bagi nama, pinjamkan nama kita untuk anak pakai kat belakang bin atau binti! ini aje? tak semudah tu! sebab, kita hanya merancang, tu... (dongak sikit) ...bos yang kat atas langit tu yang tentukan! allah yang akan putuskan corak hidup kita! dan, macam aku ni, telah tertulis dalam qada dan qadar aku masa sebelum azali lagi yang aku akan tiada kasih sayang bapak masa usia aku dua tahun!

perceraian berlaku! bukan salah mak, bukan salah bapak! takdir allah yang menentukan begitu! mak aku pun cakap macam tu! bapak aku tak pernah salah! tapi, dah tak ada jodoh mereka! aku tak faham pun! yang aku tau, makan minum aku cukup, mintak mainan dapat, kita okeylah tu! lantak koranglah nak cerai ke, berai ke, perai ke, aku apa peduli?

sampailah aku besar, aku tak pernah kisah! aku tak pernah rasa sedih sebab umur aku masa tu baru dua tahun, tak faham apa-apa pun, aku tak pernah tau apa itu perceraian, dan apa impaknya untuk seorang kanak-kanak kecil yang tak ada kasih sayang bapak!

lagipun, mak aku tak pernah ajar aku benci bapak, dendam bapak, cakap bapak ni zalim dan sebagainya! mak aku tak pernah cerita apa-apa pun sampailah sekarang! dan, dua-dua mereka pun masih hidup, masih ada lagi mak dengan bapak aku! masih kuat, masih ada kudrat, walaupun usia mereka dah masuk tujuh abad!

tapi, masa aishah dilahirkan, aku tanya diri aku? kau sanggup biarkan anak kecil ini yang tapak kakinya besar dua jari kau ini, terabai? campak kat tong sampah macam apa yang menjadi trend hari ini?

untuk aishah a.k.a aca koca, papa nak bagitau, masa aishah lahir dulu, papa rasa hidup papa ni macam ada pelangi kat depan mata! semuanya indah! bila aishah menangis, bila papa cebuk taik aishah yang bau busuk tak ingat tu, bila aishah demam papa cucuk bontot dengan paracetamol, dan percayalah, (untuk semua bapak-bapak) seorang anak ini kalau siapa yang dah jadi bapak, merupakan sesuatu yang sangat indah yang aku sendiri tak tau nak huraikan macam mana dengan kata-kata?!

lepas aishah, lahir pulak athirah, yang aku dengan bini aku panggil 'rinting', sebab rambut dia sebijik macam afro david arumugam! bini aku dah panik dah!

'masak kita, wak, kalau besar nanti, sure kos tinggi asyik nak buat rebonding! bukan murah!'

dahlah tu pulak, kerjanya siang malam asyik menangis. dua puluh empat jam asal mata bukak! pernah aku dengan bini aku pergi ke jb, start kereta dari kl, sampailah turun jb, athirah menangis, boleh?! nasib tak aku humban aje kat tong sampah!

nombor tiga anisah, a.k.a kaduk! ini pun peel sama aje dengan rinting, menangis tak hengat! sebab, kaduk ni maid in indonesia aku yang jaga! dah asyik bergulung dalam kain gantung (indon stail), dunia ni bagi dia adalah sesuatu yang menakutkan! asal keluar dari dalam kain gantung tu, dia akan meraung! aduh, ini pun ada ciri-ciri nak kena buang tong sampah jugak!

last but not least, hehe! (tapi bini aku kata, kilang dah tutup) akhirnya, aku dapat anak jantan! (satu-satunya) yang namanya adam adiat akashah a.k.a kote! sori ek?! sebab dia ni umur tiga hari dah khatan! so, nama paling dekat, kote la! (tak caya tanyalah dia)

jalinan-jalinan hidup yang aku lalui inilah yang mendewasan aku hari ini! yang allah susunkan sebegitu indah! yang aku pelajari setiap detik dan saat, bahawa setiap satu kejadian itu ada hikmahnya! percayalah....

kerana perceraian mak dengan bapak aku, aku dikurniakan tiga lelaki 'agung' dalam hidup aku! yang membentuk aku menjadi aku pada hari ini! lelaki 'agung' yang pertama muncul dalam hidup aku; marwilis, adik bongsu mak aku, yang aku panggil busu; menjadi guru aku yang mencucuk bijik mata aku ini hanya sebab aku salah buat matematik! tempeleng aku bila aku salah congak! terajang aku bila aku lupa 16 darab 16 berapa?! ketuk kepala aku bila aku tak tau apa makna leopard! (gila apa orang tua ni, aku darjah dua dia suruh aku baca buku tingkatan 1 oxford) manalah aku tau apa benda leopard tu! sampai hari ni aku takkan lupa macam mana aku kena hempuk kat kepala dan kena humban kat dalam bilik yang gelap sebab aku tak tau apa benda binatang leopard tu! sampai aku fobia dengan bunyi volkswagen kura-kura (wak segan) sebab setiap petang lepas dia balik kerja (berlagak dengan kereta 'wak segan' dia tu), dia takkan lupa datang rumah arwah nenek aku untuk ajar aku tentang ilmu dunia untuk jadi manusia berguna! pasal dia aku berjaya dan reti mengira!

mak aku kawin kali kedua masa umur aku tiga tahun! (rasanya kalau tak silap?) dan aku mula membesar dengan seorang lagi lelaki 'agung' bernama mohamed arshad! bapak tiri aku yang ajar aku untuk jadi manusia! bila aku mintak ayam sabung, dia bawak baka dari pengkalan cepa, dia kata ini baka champion! aku suka! sure ranap ayam-ayam satu kampung gombak setia tu ayam sabung champion aku ni kerjakan! tapi, dia cakap, jangan laga ayam! berdosa! seksa haiwan! la, gilo apo? ayam sabung untuk disabungkanlah! kalau macam tu baik bagi aku ayam daging aja! dah tentu ayam daging untuk kita makan dagingnya! dia nilah yang ajar aku kenal apa itu sembahyang! bila aku mintak satu basikal racing baik punya jenis raleigh, dia kata no problem! aku suka! tapi, hafal yasin dulu, itu syaratnya!

'hafal yasin, kalau hafal nanti, abah beli!' senyum je dia jawab!

naik juling mata aku siang malam hafal yasin sebab nak basikal racing! sampai tiga suku yasin aku hafal! tapi, bila aku naik tingkatan satu, masuk atdi (asrama tun dr ismail) basikal racing entah ke mana, yasin yang aku hafal tiga suku pun entah ke mana, terus jadikan aku tiga suku! akhirnya, kalau nak baca yasin kena pakai buku!

lelaki 'agung' ketiga yang mewarnai hidup aku, dah tentulah bapak kandung aku! kalau lelaki ni tak ada, aku pun tak ada! dia pinjamkan diri dia kat mak aku, dan lahirlah dua baka dari dia! aku nombor dua! yang sulung abang aku! abang aku tu pun alhamdulillah, hidupnya kini tersangat-sangat-sangat bahagia! tak perlu susah payah patuh hukum allah, tapi dah masuk syurga! sekolah tak pergi, sembahyang tak pernah, kawin tak pernah, apa pun tak pernah, tapi masuk syurga! abang aku ni di usianya satu hari dah dibawa malaikat terbang ke syurga! mak aku cakap, masa dia lahir tak cukup bulan, baru masuk tujuh, umur pendek, kebumi pun kat belakang rumah arwah nenek aku aje. maka, kekallah aku menjadi king! the only one!

jadi, aku faham apa itu qada dan qadar! kita ni semua hanya boleh merancang, allah yang tentukan! macam aku, walaupun kehidupan aku kalau dilihat dari sudut moral, aku seorang anak yang tunggang-langgang, tapi hakikatnya aku ada tiga benteng utama yang menjadikan aku macam aku hari ini! dengan tiga lelaki inilah aku membina satu perisai yang utuh!

baru-baru ni, masa piala dunia, aku dengan bini dan anak-anak pergi ke kuantan, (bapak aku tinggal di beserah), lepak dengan bapak, siap layan perancis lawan afrika selatan (team france aku kalah, hampeh), anak-anak aku berlingkar dengan 'tuk ki' (panggilan mereka pada bapak aku) sambil aku dengan bapak bercerita tentang kehidupan! dan, kalaulah bukan lelaki ini, aku tak kenal matahari! korang pun tak dapatlah tengok lagenda budak setan kat pawagam (padan muka)

dan, sebagai bapak, dia mewariskan pada aku penyakit gout-nya! haha! like father, like son! aku bersyukur, di saat-saat aku jugak menjadi seorang bapak, aku masih ada seorang bapak yang dapat aku kongsikan sesuatu yang berharga daripadanya, nasihat, pedoman, renungan, dan segala apa jua tentang kehidupan yang sedang aku lalui ini! bapak, dengan kata-katanya, telah menjadikan aku 'a better man' setiap minit!

untuk tiga lelaki agung, terima kasih kerana korang telah mengagungkan setiap detik kehidupan aku....

kaki poker...

...yang korang pun tau memang taik judi! kehidupannya membelek daun pakau, mengharap nombor, corak dan wajah-wajah cantik menjelma untuk menang! kalau dapat royal flush, hm, senyum lebar setahun, tapi ini jarang-jarang berlaku! hanya yang sangat-sangat bertuah saja yang mungkin akan dapat!

bapak aku dulu pun 'kaki poker'! mengharap daunnya cantik untuk menyunting daun queen! kalau dapat queen sepit, hm, cantik... tapi setidak-tidaknya dapat queen diamond pun okeylah! memang seorang king, dalam daun pakau, boleh dapat empat queen! Dalam islam pun, hanya boleh sunting empat isteri!

korang ngan aku pun sama jugak, kita semua sama-sama 'kaki poker', ada peluang cari empat queen tapi nak jaga satu pun payah!

tapi, poker yang macam aku ngan korang main ni bukanlah macam poker biasa! poker yang pernah aku main pun tak semudah main poker yang kat kasino tu! aku pernah kalah main poker! queen yang aku dapat sebelum ni rupa-rupanya queen control! hahaha!

jadi, sebelum main poker, pastikan daun yang korang nak pilih tu betul-betul daun yang serasi! jangan main cabut aje! salah dapat queen, tunggang-langgang hidup, macam aku ni!

nasib baiklah, bila kalah poker yang pertama, aku main poker lagi, mana tahan bro, gian tak hengat! nasib baik, queen yang aku cabut kali ini serasi dengan aku! maka, bahagialah aku sebab menang poker dan daun queen yang aku dapat, serasi bersama!

hati-hati bermain poker, tak perlu pilih daun queen yang mahal, atau yang lawa, memadai memilih daun queen yang memahami....

Friday, August 20, 2010

putera raja dan sang kodok...

...itu bertemu pada satu senja yang sunyi, selepas waktu hujan. sang kodok jantan itu bernyanyi girang memanggil hujan agar datang lagi! namun, suaranya yang garau dan panjang itu membuatkan si putera raja yang sedang frust menonggeng sambil layan fikiran di tepi kolam itu menjadi marah.

'diamlah! suara kalau sedap tak apa!'
'eh yang kau sibuk aku nak panggil hujan ni kenapa?!'
'kau tau tak aku ni putera raja, aku boleh jatuhkan hukuman pancung kat kau, kau tau tak?!'

sang kodok gelak terbahak-bahak siap guling-guling dan jatuh ke dalam kolam sebelum timbulkan kepalanya semula.

'aku peduli apa kau putera raja! aku bukannya rakyat kau! aku ni makhluk allah! dia yang ciptakan aku! dengan dia aku patut takut, dengan kau, hmm... sorilah, bro!'

putera raja daring maut pada sang kodok itu.

'eleh daring konon, kau ingat aku takut ke?!'
'kenapa kau tak takut dengan aku?'
sang kodok ketawa! 'sebab manusia sendiri kalau boleh nak tukar jadi aku, manusia penakut! takut mati!' semakin terbahak-bahak!
'manusia mana yang nak tukar jadi katak macam kau?! tu manusia bodoh tu!'
'bodoh?! tulah manusia bijak! sebab, katak macam aku ni, hidup tak perlu risau! nak main pompuan, no problem! macam manusia, main kalau tak nikah hukumnya zina! setakat menikmati keindahan alam maya ni, aku pun dapat nikmati macam manusia dapat! aku jugak dapat makan makanan yang lazat-lazat allah sediakan! lalat debab, phuh sedang terbang kat kepala, aku tangkap pakai lidah aje! nikmatnya, huh, kau manusia apa yang kau tau!'

putera raja ternganga!

'aku tak payah sembahyang macam kau, tak payah puasa, tak payah keluar zakat, tak payah pergi haji, hehe! tak takut nak kena masuk neraka! kau tu, hm, nama aje putera raja, apa kau ingat kau tu terlepas ke hukum allah! kau tak sembahyang kau ingat kau boleh lepas ke masa kau meniti kat titian siratul mustakim tu nanti?!'

putera raja telan liur, kepala lututnya mula goyang!

'bukan aku tak tau kerja kau tu asyik berzina je, nak main pun susah! nikah tak nak, zina suka! gilalah manusia ni! tengok macam aku ni, semalam dengan hari ni aje dah enam betina dah aku belasah! macam-macam stail ada! tu....' memuncung pada ratusan berudu yang berenang-renang girang di dalam kolam! 'tu semua anak-anak aku tu! tak pulak kata anak haram! tak perlulah aku buang diorang kat tong sampah atau letak kat depan masjid!' semakin berdekah-dekah sang kodok ketawa, bangga dengan dirinya yang dijadikan allah sebagai haiwan!

putera raja garu kepala!

'hei bro, sama ajelah kita ni makhluk allah! kau rasa nikmat seks, aku pun rasa! kau klimaks, aku pun klimaks! kau rasa nikmat makan, aku pun rasa! cuma, aku tak perlu risau pun nak bernikah, tak perlu harta melimpah, tak perlu gaduh sana, gaduh sini rebut kuasa! asal jumpa betina, kelip mata, dia suka aku suka, on aje! nikmatnya, hm, kau pun tau kan nikmat berasmara! hahaha!' sang kodok berdekah-dekah dan terjum ke dalam kolam sambil berenang-renang girang dengan anak-anaknya yang ramai berwarna hitam!

sang kodok timbulkan kepalanya di permukaan kolam! 'lagi satu, anak-anak aku ni aku tak perlu pening kepala pun nak bayar nafkah! kadang-kadang tu, nama diorang pun aku lupa, muka pun aku tak kenal! tak payah fikir semua tu! kan amannya kepala hotak aku ni! huh, nikmatnya menjadi sang kodok!'

putera raja picit dahi, dengan masalah yang bertambah dan kepala yang serabut!

'sebab tulah bro, ada manusia mintak aku tukar dengan dia! aku jadi manusia, dia jadi kodok! gila! tak naklah aku!'

putera raja mula menangis teresak-esak sehingga menimbulkan rasa heran pada sang kodok!

'kenapa bro?! kata-kata aku ni mengguris hati kau ke?! sori la!'
putera raja mengesat pipinya! 'kodok, apa kata kau tukar dengan aku nak, biar aku jadi kau, kau jadi aku?!'
'brrrrrr, huh tak naklah bro! huh, takut! aku takut nanti kat padang masyar tu, matahari sejengkal atas kepala... brrrrrr, sori!'
'bolehlah! kau tau tak aku baru aje order ferrari, huh, layan... awek mesti toleh punya!'
'tak pelah bro, setakat awek ni, tak payah pakai ferrari pun aku boleh dapat!'

putera raja meraung lagi dan beriya-iya mintak sang kodok tukar diri. dan, akhirnya, kesian punya pasal sang kodok pun bersetuju. lalu, mereka bertukaran diri dan putera raja yang telah menjadi kodok menyanyi girang sambil mengejar kodok-kodok betina yang bersepah sebab gian nak main! dan, dia tak perlu lagi takut dan risau pasal dosa berzina! alangkah gembiranya dia!

manakala, sang kodok yang telah menjadi putera raja terus naik ke istana. call salesman ferrari bila nak hantar kereta barunya itu. dia kerahkan untuk hantar malam tu jugak dan kelam-kabutlah si salesman menguruskannya sebab takut mengingkari perintah putera raja!

'hm, seronoknya jadi putera raja!' sang kodok ketawa dalam hati!

besoknya, sang kodok yang dah jadi putera raja meronda-ronda dengan ferrari barunya itu dan mencari empat gadis jelita dan dinikahinya sekaligus. dan pada isteri-isterinya itu diperintahkan agar mentaati perintah allah jangan ingkar kerana allah yang menciptakan mereka semua!

'jangan jadi macam katak, tak ada agama, tau nak main aje! faham! pakai tudung, tutup aurat! dengar azan, terus solat, jangan lengah!'

maka, para isterinya patuh dan menjadi muslimah berhemah! dia pula menjadi imam dan patuh segala suruhan allah mengharapkan imbuhan syurga menantinya kelak!

dan, pada satu petang, selepas dia bersolat asar, tatkala bersiar-siar dengan ferrarinya di jalan sunyi bersama isteri mudanya, dia yang memecut laju tak langsung perasan seekor kodok jantan yang ghairah sedang mengejar seekor kodok betina akibat gian dan terus melenyek kodok jantan tersebut sehingga hancur mati katak!

dan, dalam nazaknya, si kodok yang dulunya adalah si putera raja berkata: 'baiklah aku mati macam ni, mati katak, tak kisahlah, janji tak masuk neraka!'

adui, macam ni punya manusia pun ada?! tak paham aku!

Wednesday, August 18, 2010

mahligai untukmu...

...ini aku bina khas untuk seratus orang yang bertuah! sengaja aku bina mahligai (mansion) seratus bilik yang mewah senibina ala tudor ini, untuk dihuni oleh korang yang aku rasakan perlu menikmati satu kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. sebab itulah aku pilih korang dari kalangan yang berpendapatan rendah, kerja tak menentu, tak pernah rasa kehidupan mewah dan dari golongan keluarga miskin.

mahligai ini mempunyai seratus buah bilik, yang standard-nya macam suite di hotel lima bintang! korang mesti pernah tinggal di hotel mewah lima bintang, kan? aku bina sebuah taman seluas dua hektar, dipenuhi pohon-pohon rendang dan bungaan yang segar. siap dengan lanskap dan sungai serta air terjun yang indah. ikan kap pelbagai warna berenang-renang di kolam yang jernih. di sebelah selatan pula, lima ekar dusun buah menunggu korang untuk memetiknya. durian d24, musang tidur, tembaga, semua ada, juga mangga mas hitam, water lily, chokonan, semua jenis ada, buah rambutan anak sekolah, gading... namakan aje! termasuklah buah manggis, duku langsat, dokong dan semua jenis buah-buahan tempatan ada di dusun aku itu. semua untuk korang melantak, free!

dan, pagi itu, seratus insan yang bertuah tiba di mahligai indah aku itu.

aku bawak mereka mengelilingi kawasan mahligai yang bagaikan syurga itu, dan rata-rata mereka yang tak pernah menjejakkan kaki ke kediaman seumpama itu hanya tercengang-cengang bingung!

'amacam, best tak?'
'huh, best giler tuan!'
'jangan panggil aku tuan, aku pun sama macam korang jugak, manusia biasa aje, tuan korang yang sebenarnya... (mendongak) ...tu kat atas langit tu, allah yang maha besar!'
semua terdiam.
'dah tengok bilik masing-masing?'
'dah! memang hebat! macam suite hotel!'
aku tenung seorang anak muda yang selekah. 'kau pernah tinggal hotel ke?'
'saya pernah kerja jadi bellboy dulu, saya taulah!'
aku angguk!
'dan satu lagi tuan....'
'jangan panggil aku tuan!'
'maaf! nak panggil apa ye?'
'panggil boss aje!'
'satu lagi boss, taman boss ni memang indah, kalau masuk pertandingan lanskap kebangsaan, saya sure menang nombor satu!'
'mana kau tau?'
'saya dulu tukang kebun kat rumah satu orang kaya ni, dia masuk pertandingan lanskap kebangsaan dapat nombor satu, tapi kalau saya bandingkan taman boss ni, hm, jauh panggang dari api, boss!'
'pembetulan ye, ini bukan taman aku, tapi taman korang semua! korang yang punya! jadi, tolong jaga keindahannya, kekalkan macam mana hari pertama korang jejakkan kaki ke sini! jangan nanti sampai ada pokok yang mati, bunga yang layu dan sebagainya, faham?!'
'faham boss!!!'
'lagi satu, korang suka tak bilik korang tu?!'
'suka giler boss!!!'
'cantik tak?!'
'cantik giler boss!!!'
'ingat! itu bilik korang, jaga macam jaga harta sendiri! semua tu perabot baru, tv baru, tilam, cadar semua baru! jaga dan hargailah bilik masing-masing, faham?!'
'faham boss!!!'
'bagus!'

dan, tibalah waktu makan tengah hari. pelbagai juadah yang enak terhidang di dewan makan yang besar. satu meja bulat boleh memuatkan sepuluh orang, dan terdapat sepuluh buah meja yang dihiasi rapi seperti menghadiri dinner di ballroom hotel mewah! selesai makan, aku tanya pendapat mereka yang aku pilih itu!

'sedap tak?' aku tanya salah seorang yang duduk paling hampir dengan aku!
'huh, sedap giler boss... rasa macam artis berbuka puasa pulak boss!'
'hah? yang lain-lain macam mana, sedap tak makanan kat sini?!'
'sedap giler boss!!!'
'ingat! lepas makan, semua basuh pinggan sendiri, jaga kebersihan dewan makan ni, korang tengok lapik meja ni, pinggannya, sudu-garpunya, semua dari jenis yang mahal, jangan sampai hilang, pecah, rosak dan sebagainya, faham?!'
'faham boss!!!'

aku puas hati, dan malam itu aku tinggalkan seratus orang yang bertuah itu, yang aku pilih untuk aku naikkan taraf kehidupan mereka! yang aku sediakan chef untuk memasakkan makanan lazat untuk mereka setiap hari! cuma, tukang cuci bilik saja yang aku tak sediakan! dan, tukang kebun! pandai-pandailah diorang nanti uruskan mahligai ini, betul tak?!

setahun kemudian, tiga ratus enam puluh lima hari berlalu... aku datang lagi menjenguk mahligai yang aku bina untuk mereka itu! namun, sebelum itu, aku pastikan mereka semua tiada semasa aku datang itu! sengaja aku aturkan satu rombongan ke pd untuk mereka mandi-manda dan berkelah di pantai indah itu. lalu, aku jenguk setiap bilik, aku perhatikan setiap inci taman dan persekitaran. alangkah hampanya. ada cadar yang koyak, penuh peta, tilam yang lunyai lembik, perabot yang terkopak, kerusi meja yang tempang kakinya, remote tv dan astro yang pecah berselotep, carpet yang bertompokan dengan air kopi atau milo yang tumpah! ada bilik yang berselerak macam sarang tikus, serta keadaan yang rosak teruk tidak sebagaimana aku tinggalkan setahun yang dulu!

namun, bukan semua bilik begitu! ada juga bilik yang kemas, bersih, juga tampak baru sebagaimana aku tinggalkan setahun dulu! tapi boleh dikira dengan jari!

aku melangkah ke taman, kecewa dan hampa melihat bunga yang tidak sesegar dulu, kelopaknya dah menguncup, ada daun yang kuning tak hijau dan sebagainya. ikan-ikan kap aku juga tidak sesihat dulu serta berkurangan pula jumlahnya! dan, aku duduk di sebuah bangku kayu yang kusam, merenung jauh ke alam maya yang dicipta allah untuk aku dan semua makhluknya!

mereka yang aku berikan mahligai indah untuk tinggal, dengan sedikit pesanan agar menjaganya sebaik mungkin tanpa membayar sesen pun masih tidak dapat menghargai pemberian aku ini!

dan kita, semua kita, aku, korang, mak bapak korang, sedara mara dan rakan taulan korang, yang allah berikan dunia serba indah ini, yang penuh rezeki, keindahan, bulan dan bintang serta matahari, untuk kita layari kehidupan, dengan syarat, mematuhi perintah-nya! dan, ketika korang duduk sendirian, ketika korang renung ke langit indah, tanyakan pada diri sendiri, banyak manakah perintah allah yang telah korang patuhi?

dan, kalaulah korang yang aku pilih di dalam seratus orang yang tinggal di dalam mahligai indah aku itu, adakah korang akan kembalikan kepada aku bilik yang seumpama baru sebagaimana aku berikan korang di hari pertama korang jejakkan kaki di mahligai aku itu?

ketika itu, tanpa aku sedari malam dah pun menjelang, aku mendengar suara-suara mereka yang telah pulang dari pd, berpesta, bersuka ria, tanpa mereka sedari aku telah pun melihat keadaan bilik masing-masing, dan telah aku huraikan bagaimana sikap kebanyakan mereka itu, manusia ini, kita, aku, korang, kita semua... selalu sahaja alpa dan tidak pernah berterima kasih di atas segala pemberian yang allah berikan, dan jarang untuk kita bersyukur dengan apa yang telah kita nikmati!

sama juga dengan seratus orang yang menghuni mahligai aku ini dan pernah berkata: 'faham boss!!!'

hakikatnya, mereka (bukan semua) masih tak faham untuk bersyukur dan berterima kasih....