There was an error in this gadget

Sunday, August 22, 2010

haram... berdosa... nanti masuk neraka!

dengar sini wahai anak bangsa aku, wahai orang-orang melayu yang beragama islam!

aku nak bawak korang ke sebuah tempat yang telah dikumpulkan pelbagai jenis manusia yang kaki judi, kaki botol, kaki betina, kaki dadah, kaki pukul, kaki songlap, kaki kelentong, kaki suap, kaki ampu, dan semua kaki-kaki hampriang yang telah pun melalui kehidupan songsang!

aku tanya seorang kaki pukul! 'kau ni gangster ke dulu?!'
'gangster tak gangster la bro, kalau berpuluh orang pecah kepala aku belasah, kau kaji sendirilah?!'
aku telan liur, takut kepala aku pulak pecah!

aku tengok seorang mamat yang mata kuyu! 'kau ni kaki botol ke?!'
sengih! 'aku ni kau taruklah jd ke, stout ke, beer, apa lancau airlah, kalau aku jalan huyung-hayang kau jangan panggil aku kaki botol la, okey!'
aku garu kepala!

'kau ni kaki apa?!'
'aku ni pantang tengok lubang! tak kiralah siapa, anak dara, janda, bini orang, tunang orang, janji lubang!'
jangan dia ni kaki 'bontot' sudah, dia kata tak kira siapa, janji 'lubang'! niaya aku nanti! maunya aku jalan mengengkang!

'kau ni muka nampak nerd! apa yang kau buat?!'
'nampak memang nerd encik, tapi duit bank, skim cepat kaya, tu semua kerja akulah!' senyum bangga si kaki songlap.

'pak cik ni nampak macam orang beriman aje, kenapa masuk sini?!'
'hm, pak cik ni nak projek semua pak cik hulur! dah kena tangkap, nak buat macam mana?' sedih muka si kaki suap!

aku berdiri di depan seorang yang berkaca mata nampak macam seorang profesor! 'kenapa kau masuk sini?!'
'aku ni pakar matematik tuan, sebut aje apa nombor, ekor, kuda, nombor yang kat daun terup, itu semua dalam kepala aku aje! dari kecik aku hidup dengan nombor!'
hm, taulah aku yang dia ni kaki judi!

alangkah hebatnya anak-anak melayu ini, kan? malaysia boleh, melayu lagi boleh! kalau mat saleh boleh tawan khutub utara, melayu boleh! kalau boleh menyeberangi selat inggeris, melayu pun boleh! apa yang bangsa melayu tak boleh buat? semua boleh! murtad! pun melayu boleh! hehe!

dan, anak-anak melayu yang dikumpulkan khas ini juga telah melakukan kebanyakan benda-benda yang kebiasaannya orang kafir buat! hebat, kan?

dan, berapa ramai lagi di antara korang, kawan korang, sedara-mara korang, atau jugak adik-beradik korang (mungkin juga korang sendiri) yang memenuhi pelbagai kategori 'kaki' ini? (sila pilih kategori manakah korang berada pada senarai di atas!), hehe!

tugas aku di sini ialah untuk mengambil rekod senarai kerja-kerja keji yang telah mereka lakukan, hinggakan sebegitu berani sebagai anak melayu yang beragama islam melanggar perintah allah! sesungguhnya mereka-mereka ini dikategorikan sebagai melayu gagah berani!

tibalah masa makan setelah dua hari mereka tidak diberikan sebarang makanan hanya air kosong saja sebagai pengalas perut sebagaimana yang diperintahkan pihak berkuasa.

aku nat buat pengumuman bahawa hidangan akan tiba sebentar lagi dan sebelum itu aku saja-saja bertanya: 'semua lapar, tak?'
'laparlah bangang!'
'dua hari tak bagi makan tanya lapar ke tak! amende punya manusia kau ni?!'
'nasiblah aku kat dalam ni, kalau kat luar, kepala kau tu aku pecahkan dulu, buat kari!'
'bangsat betul kau ni, tanya lapar ke tak!'
'hei bodoh laparlah! lagi mau tanya!'
'cepatkah bagi makan, lapar giler ni!'
'aku dah nak mampos dah ni, woi!'

dan, macam-macam rungutan, kutukan dan ketidakpuashatian terhadap aku (yang menjalankan tugas), hanya kerana aku bertanya diorang lapar ke tak? tu pun salah?!

'okey-okey aku faham kejap ni korang semua boleh makan! sabar!' aku senyum!
'sabar hotak kau!'
'dua hari tak makan suruh sabar, kau tu yang aku makan nanti!'
'barua punya manusia! buat malu melayulah kau ni!'

aku tiupkan wisel yang diberikan, sebagai tanda mereka semua dah sedia untuk makan.

'baiklah semua ambik tempat masing-masing! ikut nombor, ye!'
mereka semua duduk di kerusi masing-masing! satu meja ada empat orang! dan mereka duduk, menanti penuh rakus hidangan datang untuk dilahap!

waiter mula masuk, membawa talam berisi hidangan yang berbau lazat! masing-masing liur mula meleleh. kelihatan nasi putih yang berasap panas, ada juga nasi beriani serta nasi minyak dan nasi tomato (pilih ikut suka aje) dan hidangan 'daging' (sahaja) yang dimasak dan diadun pelbagai resepi mula membuatkan mereka semakin kelaparan! ada daging masak kari, daging sup, daging panggang, daging rendang, daging masak merah, daging masak lemak dan hampir semua jenis resepi ada... (semuanya daging tak ada ikan, sayur ataupun ayam) yang telah disediakan chef terkemuka!

hidangan daging pelbagai resepi terkenal itu disusun di meja masing-masing, penuh memukau dan menaikkan selera.

'baiklah, semua boleh makan! tapi, basuh tangan bersih-bersih dulu!'

semua yang ada mula basuh tangan, sendukkan nasi dan ceduk daging pelbagai resepi yang diminati selera masing-masing.

'tapi, sebelum semua makan, saya nak buat sedikit pengumuman! sila bagi perhatian!'

semua bengang, namun takut dilarang makan, semua beri perhatian!

sambil senyum aku merenung mereka semua! 'nampak macam sedap tak?!'
'sedap!!!'
'boleh habis ke?'
'sure boleh, silap-silap tak cukup ni!!!'
'baca bismillah, boleh semua?!'
'boleh! bismillahirrohma... nirrohim!'
aku senyum! 'bagus!'
masing-masing dah mula gaulkan daging pilihan resepi masing-masing ke nasi!
dan, aku bersuara lagi! 'semua daging ni daging tempatan, dipilih dari yang terbaik dari ladang! semua daging babi gred satu! eksport kualiti! okey, semua boleh mula makan!'

masing-masing ternganga! semua terhenti dari nak menyuap! ada yang terloya! ada yang telan liur! ada yang muka pun dah macam babi! ada yang terkulat-kulat! ada yang cekik leher sendiri....

'ha, apa lagi makanlah! Kenapa semua tak makan lagi? tadi kata lapar!'

dan, semua mereka tak langsung menjamah, ada yang terus basuh tangan! banyak yang palingkan muka dan ada juga dah mula berdiri cuba menjauh... dengan wajah penuh jijik!

dan, inilah kebanggaan kita orang melayu, sejahat mana pun, sebanyak mana perintah allah dilanggar, penjenayah, pembunuh, perogol, makan ribak, zina, liwat, semua kejahatan berani buat! tapi, perintah allah yang satu ini selalu dipatuhi! babi memang tak makan! haram....

berdosa nanti masuk neraka....

13 comments:

Anonymous said...

nak insaf ke nak gelak ekk....hahaha
setuju sgt...

Anonymous said...

betul betul betul......hebat x penangan babi!!

heiii....kan best sesape yang kaki judi, kaki botol, kaki betina, kaki dadah, kaki pukul, kaki songlap, kaki kelentong, kaki suap, kaki ampu, dan semua kaki-kaki hampriang tu bila buat perangai sikit jer kaki diorg trus berubah jadik kaki babi....hahahaa....mesti diorg x berani punya lahh....


>___<
-sy catherine-

Nur -al- Ain said...

betul gk la tu kan.. nape er kite cm tu? padahal babi terpegang samak je, termakan duit haram jadi darah daging.. ishhhh..

i am Naa... said...

ini memang terbaek...pangai cam menatang tu tak kisah...bila suruh mkn pandai lak jwb haram...ehekssssssss...luv it bang diat...
:)

afieinside said...

mmg masuk akal..xkesah lah dose apa yg kita buat tp biler bab ba alif ba ya tetap harem..hakikatnyer keje yg depa buat pun sama gak harem nyerr.. kekadang x faham but this entry is the good one..i like it.. :p

arin said...

tingat satu cite masa belajar dulu... (xtau la just for joke or betul2)

ada org cerita...ada satu tempat kat pendalaman ni ada sekumpulan org kg masuk islam...biasa la diajar serba serbi hukum hakam agama..tp maybe ajaran xsepenuhnya dihayati..
ntah mcam mana ada org kg tanya kalo anjing and babi tu mmg binatang yg haram..so kena samak ..kalo daging babi tu lepas samak buleh makan x? ishhh xtau la betul ker x...harap2 hanya joke je la....

elliesa said...

adesss lawak lak plak cite neh..tp tu lah hakikatnyee..pelik kan?pelik tp benar..tu lah MELAYU!!!

honey said...

HAHAHA...gelak la dulu...caya la ahadiat mmg da best................da touch of ahadiat..i loikeeeee..................bile nk kuar novel baru..ke sy yg ter...............

eni osman said...

Assalam...kita dah follow..nice blog..ada maksud yg tersurat dan tersirat....
rajin rajin view n follow kita ye at http://eniosman.blogspot.com/

Anonymous said...

Aku x prnah msuk blog merepak mcm ni sumur idup aku dan buatkan aku termenung panjang! Klulah Ada seratus penulis blog mcm ni kan ke bagus! I loike!

salina said...

sempoilah lu bro......
suka dgn bahasa yang ringkas....kata org tak perlu dgn bahasa yang berbunga2 untuk menambat hati pembaca,yang penting tak semak otak nk memikirnye, santai.............

salina said...

and one more think I dah bagi ikan u makan...
agaga!!!

^t-rah^ (@_@) said...

aahhahahahhahaha..kelakar kan... keep it good kashah...you did well...

Post a Comment