Thursday, April 14, 2011

are you guys ready to....

... xxxx?!

baca paper hari-hari cerita pasal mati. kemalangan ngeri, tragedi, pembunuhan, bunuh diri, dan macam-macam jenis kematian. macamlah mati ni seronok sangat. seolah-olah kematian ni ada banyak episod. hari ni mati, esok lusa korang hidup balik jadi orang lain pulak! mungkin dihidupkan untuk jadi jutawan sedangkan masa korang mati korang ni kerja despatch aje, atau petani atau orang susah. kadang-kadang aku terfikir jugak, sebelum ni diorang yang berita kematiannya kita baca kat paper hari ni pun sure pernah baca paper pasal kematian orang lain, betul kan? tau-tau, esoknya, korang dan aku pulak baca berita pasal kematian diorang la pulak.

ada setengah orang marah kalau cerita pasal bab mati ni. ada jugak takut nak cerita. ada yang kata, jangan cakap pasal mati, nanti datang bala. macamlah kalau cerita pasal kematian aje, tak lama kemudian kita akan mati. hello, geng, tarikh kematian kita dah ditetapkan allah, okey! tapi, kita sebagai hamba allah ini, hanya mampu pasrah. tak ada sorang pun tau bila, di mana, bagaimana kita akan mati. melainkan dia bunuh diri dan tetapkan pukul berapa, kat mana, cara apa diorang nak mati. ni orang bangang namanya.

aku pun yang dah hari-hari terbaca berita kematian ni (sebab bini aku ni suka sangat baca paper jenis macam ni) terus terbayang. nanti, kalau tiba hari aku mati, macam mana ek? sure bini aku panik. dahlah dia tengah sedih (agaknyalah) tentu tertekan macam mana nak uruskan mayat aku ni!

jadinya, satu pagi tu sedang aku sarapan dengan bini aku tu (dia sedang belek paper pasal mati ni) aku pun mencelah.

'wak, nanti kalau saya mati, awak uruskan jenazah saya ni kat masjid aje ye!'
bini aku pandang mata aku tajam, terhenti baca paper tentang berita emak bunuh dua anaknya sebelum dia pulak bunuh diri sendiri. 'apa awak merepek ni?!'
'eh siapa merepek, saya cakap betullah!'
'kenapa tiba-tiba cakap pasal ni?!'
'wak, kita ni, saya, awak, bila-bila aje akan mati! kita tak tau masanya, tempatnya, caranya, jadi apa pun, mati tetap mati! sebab tu, saya nak pesan, kalau saya mati nanti, nanti tu tak tau bila, mungkin esok lusa, mungkin lima puluh tahun lagi, saya hanya nak... segala urusan pengkebumian, buat kat masjid aje!'
'hm, apa-apa ajelah wak....'
'eh saya serius ni! kat masjid semua lengkap, tempat mandi mayat, kafan, senang orang nak sembahyangkan jenazah saya... lagipun, senang orang nak datang ziarah, tempat parking banyak!'
'hm, masjid mana awak nak saya letak awak nanti?'
'masjid al-syakirinlah, dekat dengan rumah mak saya! orang pun senang cari!'
'kain kafan brand apa awak nak pakai nanti?!'
'awak main-main ye!'
'la, kata persediaan nak mati, bagitaulah saya brand apa, boleh saya cari nanti, tak pun lepas breakfast ni kita beli siap-siap kain kafan awak tu, okey?'
'awak ni, saya serius awak main-main!'
'awaklah, merepek, pagi-pagi cerita pasal mati!'
aku ketawa. 'saya nak awak senang nanti, tak panik! kalau saya mati, cari imam lias, dia kenal saya, saya membesar dengan dia, anak-anak dia semua kawan saya, nanti senang uruskan jenazah saya!'
'hm, okey, kalau ada nombor handphone dia awak sms kat saya, nanti saya save, kalau awak mati nanti senang saya contact dia!'
'awak ni ambik ringan aje apa yang saya cakap ni ye?! kalau allah nak saya mati kejap lagi, ha, kejap lagilah saya mati, apalah awak ni! bukannya saya cakap pasal hal mati ni saya mintak nak mati! awak ingat saya dah ready ke, gila, dada kosong, iman rapuh, rasanya, kalau saya mati aje, terus mungkar nangkir tak soal, terus seksa aje! confirm banyak dosa dari pahala!'
'hah! dah tau macam tu, janganlah cerita pasal mati, kan bagus cerita pasal nak ubah diri, nak buat lebih banyak ibadat... dahlah, terus saya takde mood!' melambai kakak pelayan. 'kak, kira ni!'
kakak pelayan lenggang-lenggok datang sambil senyum. 'kira?!' matanya tajam merenung mangkuk bini aku. 'aik, tak habis pun mi soto ni?' tersengih. 'kenapa? tak ada selera?'
'selera dah mati! nasib suami aje yang tak mati!'

kakak pelayan telan liur muka berubah terus kumat-kamit mengira. hulur kertas siap harga.

aku terkedu! serius sangat marah bini aku pagi-pagi ceria ni. hm, apa nak cakap. perut lapar, nasi lemak baru suku aku belasah! bini aku pun dah bayar, dah pun blah tunggu depan kereta. kakak pelayan pun dah ambik pinggan! nak tak nak aku sedut laju-laju teh-o ais nipis yang dingin. kalau aku mati, tak sempat lagi menikmati kelazatan makanan ini....

are you guys ready to matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?!

Thursday, March 3, 2011

loceng berbunyi di malam jumaat....

...memecah keheningan malam, mungkin membuatkan tikus terkejut beruk manakala beruk terkejut tikus! bermula dengan dentingan yang perlahan, semakin lama semakin deras dan dentingannya itu semakin galak dan galak dan galak, bertambah laju dan laju... lalu tiba-tiba terus terhenti... dan santai....

pelik orang pompuan ni! memang pelik! aku sendiri pelik tengok bini aku (sebab dia pun orang pompun). petang semalam keluar dengan bini aku pergi pertama kompleks, hantar jean kat kedai latip untuk alter pendekkan kaki.

sedang tunggu latip potong jean sambil membebel, bini aku tiba-tiba bingkas.

'wak sekejap ye, saya nak tengok barang jap!'
'barang apa lagi ni?!'
sengih. 'adalah!'
'hm....' aku sekadar menggeleng dan meneruskan bualan dengan latip. jauh bualan aku dengan latip, dari politik, masuk kisah artis, mencelah pulak kisah budak-budak harley, kisah bola dan macam-macam kisah sehingga aku sendiri tak sedar berapa lama kitorang berbualbebelan....

tau-tau, bini aku dah terpacak depan muka pintu kedai. tersengih-sengih! aku pandang tangannya, tak ada pulak pegang apa-apa beg plastik tanda yang dia beli barang! tadi kata nak tengok barang. selalunya kalau dah tengok tu... mesti beli sekali. bertuahlah kalau sekadar tengok barang 'sekejap' tu tanpa membelinya! biasalah! orang pompuan! entahlah! bagus jugak kalau dia tak beli. safe duit sikit! tak tau pulak apa barang yang ditengoknya, sampai tak jadi beli. aku pun malas nak tanya.

jean pun siap dah latip alter, lepas aje bayar harganya, aku dengan bini aku bergegas turun ke tempat letak kereta.

'barang apa yang awak tengok tadi tu?!'
'eh adalah....'
'apa benda cakaplah!'
'alah, kalau saya cakap pun bukannya awak nak belikan!'
'apa benda?!'
'tak ada apa-apalah, barang-barang orang pompuan!'
'awak beli ke tak?!'
'tak!'
'heran?!'

bini aku ketawa aje sambil tukar topik lain....

aku pun malas nak tanya lagi sebab tak nampak pun plastik tanda bini aku tu beli barang....

sampai je rumah teringat yang hari tu Hari Khamis, malam jumaat! aku sengih. tanda 'merah' pun tak ada, jawabnya dapatlah aku pahala sunat malam nanti! yeahoo!

'mei, malam ni hantar budak-budak rumah mak ye!'
'okey!' pendek aje jawapan bini aku tu. aku sengih! paham-pahamlah, dia pun naklah tu! hihihi! siapa tak nak pahala, sedap pulak tu....

lepas isyak, lepas baca yasin, aku senggol-senggol paha bini aku. dia bingkas, terus masuk bilik mandi. aku tunggu dalam bilik, berdebar-debar dengan bulu roma dah pun tegak macam askar kena kawat.

malam tu aku tengok bini aku cantik betul! berbaris ratu cantik pun aku tak tergoda. hahaha! masa bini aku baring kat katil aku terdengar bunyi loceng berdentingan! aku renung pergelangan tangan, tak ada pun gelang tangan. renung pulak buku lali, tak ada jugak gelang kaki.

namun, bunyi loceng berdenting-denting setiap ada pergerakan. dalam lampu yang samar-samar di malam jumaat itu aku tertanya-tanya? mana datang bunyi loceng itu?!

'wak! bunyi loceng apa ni?!'
'loceng la!'
'iyalah, dari mana datangnya?!'
'saya punyalah!'

aku tenung lagi pergelangan tangan dan buku lali bini aku itu! 'tak ada pun awak pakai gelang tangan... gelang kaki pun tak ada?!'

'nilah....' penuh bangga, bini aku tunjuk sesuatu yang melilit sekeliling perut dan pinggangnya....

omak ai! aku yang terkejut beruk jadinya pada malam jumaat itu. dalam banyak-banyak anggota tubuh badan, boleh ada gelang perut! eh?! ada ke gelang perut?! rasa macam tak sesuai pulak! tak kena rasanya kalau aku panggil gelang, lebih tepat kalau aku panggil rantai perut! atau rantai pinggang?!

hm, inilah peliknya orang pompuan.

'oh, inilah barang yang awak tengok kejap tadi tu... yang konon kata tak beli tu?!'
bini aku sengih. 'kalau saya cakap nak beli sure awak tak kasi!'
geleng. 'nasiblah saya bukan orang pompuan! memang pelik!'
'awak apa tau, ini bukan rantai perut yang biasa tau!'

dan, malam itu, asmaradana yang aku lalui terasa lain macam, rasa syok yang lebih dari biasa! bunyi loceng bagai mengiringi dan memberi sorak pada aku. makin deras aku berkayuh, makin deras bunyinya, dan bila aku 'sampai' dan 'longlai', bunyi loceng turut termati dan santai....

betul kata bini aku, itu bukan rantai perut yang biasa-biasa....

hm, entahlah?! bini korang pun ada yang pakai rantai perut ke?!

Tuesday, January 25, 2011

huargh... aku nak bangun dari tidurku yang panjang....

...bangun-bangun-bangun... aku tak tau nak tulis pasal apa lagi? dah 78 bijik novel dah aku tulis sepanjang 26 tahun aku berkarya, semenjak tahun 1985, ketika kali pertama budak setan diterbitkan!

sekarang sedang pulas otak, berimaginasi dengan karya terbaru aku yang bertajuk: 'valentine datang lagi dan pergi'. setakat ni, baru mencecah 188 mukasurat! ayo, lembap giler aku tulis!

baru habis tengok 'lbs the series' di astro prima; tak taulah apa komen penonton?! pastinya membandingkan dengan novel.

aku dah tak macam dulu, tulis novel macam makan kacang! senang aje nak dapatkan idea. sekarang ni terkial-kial nak susun walau satu mukasurat. tulisan aku dah tak flow macam dulu! tapi, aku cuba yang terbaik untuk novel terbaru aku ini.

so, doakan, dan nantikan hasil terbaru aku ini selepas tiga tahun aku menyepi....

diharap, afdlin shauki dapat merealisasikan novel 'untuk tiga hari' yang telah diadaptasi ke filem. begitu juga, 'katerina' (lagenda budak setan 2) yang bakal bermula penggambarannya pada bulan februari ini.

ya, allah, aku ingin berdiri lagi setelah sekian lama aku duduk, aku tidur... dan bangunkanlah aku dengan karya terbaru....

Monday, January 24, 2011

akhirnya bini aku sain borang itu... yabedabedu....

...gembira hati bertalu-talu!

apa taknya, sekian lama aku mintak, penuh alasan aku bagi, akhirnya, borang itu telah pun disainnya....

borang apa? poligami ke?! oh yes, sudah semestinya! aku bebas memilih calon bini yang baru, huhuhu!

'tapi yang, kali ni saya yang pilih sendiri ye, tak nak awak yang pilih, pilihan awak tu merepek, tak senonoh punya pilihan!'

'awak nak pilih yang macam mana?!'

'saya bukan hipokrit, saya mestilah nak pilih yang lawa, kaki panjang, putih...hm... lebih muda pada awak!'

bini aku angguk aje.

aku tau, sedikit sebanyak dia terguris, pasti ada cemburu di dada. namun, aku tak nak berzina, aku tak nak buat maksiat, aku tak nak ada affair and no scandal-scandal! sebab tulah aku tekankan untuk berpoligami. walaupun hakikatnya pahit, tapi halal! kalau aku adil, rumahtangga pasti bahagia! dan, alhamdulillah, bini aku faham. bini aku tak mau aku lakukan zina dan dia pun tau aku sangat sayangkan keluarga aku ini! sebab tulah aku rasa, akhirnya dia sain jugak borang itu yang aku simpan dalam laci yang berkunci.

kadang-kadang aku rasa bersalah, tapi, tuntutan aku sebagai lelaki tak mampu untuk aku tahan! aku tak nak jadi penipu, pengkhianat, jadi jalan terbaik adalah berpoligami secara halal dan direstui bini.

'kalau saya pun, sure saya pilih yang lebih hensem dari awak, yang muda dari awak, yang sasa dari awak!'

aik! lain macam aje! aku tenung muka bini aku malam selepas dia sain borang itu.

'itu dah suratan allah, cuma lelaki aje yang boleh kawin lebih daripada satu! kalau orang pompuan pun boleh, saya pun nak! saya bukan hipokrit! saya pun leleh tengok budak-budak muda, yang nampak sporty, nampak macho... yang pastinya tak ada gout!'

aku telan liur! gout-gout jangan mention ek, ni isu sensitif ni! ni dah lebeh ni!

'tak apalah wak, awak carilah yang muda dari saya, yang cun, nanti kalau awak dapat yang kurang dari saya, awak mintak tambah satu lagi, kali ni pilih yang betul-betul cun, yang lawa, yang body meleleh cutting model....'

aku tau bini aku tu jealous dan kecewa, sebab tulah dia cakap macam tu....

'harap-harap nanti bila lepas bini muda awak tu beranak, taklah badan naik mendadak....'

aku telan liur lagi!

'banyak kes, orang pompuan ni masa belum beranak memanglah meleleh, lepas beranak kalu, semua alignment lari... bodykit jugak ada pasang macam kereta sport awak dulu-dulu tu, hah, masa tu, bini yang dulu tinggi lampai, baru nampak lowered!'

'saya faham awak kecewa....'

'eh taklah, saya happy, kalau awak happy saya lagi happy! saya memang nak awak happy! lagipun, kalau awak dah kawin nanti, kuranglah kerja saya bila malam jumaat nanti!'

lain macam aje statement bini aku ni....

'patutnya, allah bagi lelaki pompuan sama-sama hak boleh kawin lebih dari satu, kan best, kan yang?!'

aku tenung muka bini aku. (cun tu)

'saya pun bila awak mintak saya sain borang poligami, saya pun hulur borang untuk awak pulak sain! (senyum) sama-sama kita sain! bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!'

bulu roma aku naik, muka aku kembang! cemburu aku mendadak. bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!

'tapi pun best gak, kan yang, at least kita sama-sama ada experience, boleh kita praktikkan kat pasangan muda kita tu! macam-macam style yang pernah kita buat, kita share dengan diorang! ala, lagipun apa yang nak di-jealous-kan, ia sekadar seks aje! kucing, ayam, lembu, tukar-tukar pasangan selamba aje. tak pulak rasa cemburu, betul tak?!'

aku telan liur! ye ke?!

'saya kalau ada laki muda, kena pasang badan lebihlah, takut nanti, laki lari, dia pun mintak borang poligami macam awak jugak! tiap malam bila turn saya dengan dia... sembur minyak wangi, sapu losen satu badan, saya kenalah pakai gaun nipis warna pink, huh....'

'o, masa dengan saya awak pakai t-shirt pangkor aje?'

'aik?! awak jealous ke?'

aku terkedu. terpaku! kantoi....

'apalah awak ni....' ketawa. 'itu pun awak nak jealous! manalah orang pompuan boleh kawin lebih dari satu, saya just imagine aje, alangkah best-nya kalau pompuan pun dapat hak yang sama macam tu!'

'hm, okeylah, saya nak mandi ni....' aku tutup pintu bilik mandi, termenung!

'wak! nanti kalau awak dah ada calon tu, sebelum awak lamar dia, bawaklah jumpa saya dulu, boleh berkenal-kenalan, ye!'

aku diam terpaku!

pintu bilik mandi diketuk perlahan. 'yang! ooo yang... awak okey ke? yuhuu!'

aku tak layan panggilan bini aku itu. namun, aku terpaku, kaku... bukak shower dan biarkan air dingin membasahi kepala.

malam itu, di tengah malam sewaktu bini aku sedang nyenyak tidur, aku tatap wajah dia! belai lembut rambut dia sehingga dia pusingkan kepalanya. aku kucup penuh cinta dahinya. dialah wanita yang telah berkongsi hidup sebelas tahun lamanya, susah-senang dengan aku. ehem, masih cun lagi tu walaupun malam itu dia pakai t-shirt langkawi aje! perlahan-lahan aku bingkas, bukak laci dan borang poligami yang dah bini aku sainkan itu aku koyakkan sehingga halus berkeping-keping.

nasib baik allah hanya benarkan lelaki aje yang berpoligami!

kalau tidak?!

apa nak jadi kat kita yang kaum adam ni, bro....

alamak, alarm dah bunyi....

...pagi-pagi, subuh sebenarnya, dah pun bangun! bini dah kejutkan berpuluh kali sebab nak hantar anak-anak ke sekolah! alarm dah membingit, telinga dengar, mata yang buat dek. punyalah malas nak bangun, sebab kedinginan subuh sinonim sangat dengan keenakan tidur.

sekitar jam enam, azan subuh kedengaran dari surau berdekatan, memanggil-manggil umat islam mengerjakan solat pertama untuk dilunaskan kepada allah. saat inilah ratusan iblis dan setan, malahan ribuan mungkin, bergayut kat bulu mata menarik-narik kelopaknya untuk terus tertutup dan melayan mimpi.

aku kat mana masa itu? korang pulak kat mana? masih enak berdengkur? atau dah pun bangun mengambil wuduk?! kadang-kadang aku terfikir... mana lebih baik, kedinginan air di subuh hari sehingga menggigil segala sendi ataupun kepanasan yang mencairkan tubuh di neraka?! gulp!

namun, solat di subuh hari ini perlu dilakukan setiap hari, walau uzur, walau terlantar, tak kira nazak, tak kira sakit, asal otak berfungsi, menggunakan mata sudah memadai untuk bersolat! kalau mata tak boleh dibuka, memadai bersolat menggunakan khayalan fikiran. namun, solat tetap solat dan solat adalah wajib. ingat tu! jadi, tak ada alasan untuk tidak melakukan solat! janganlah cakap pening, letih, terbabas, semua tu alasan lancau aje. allah dah tetapkan segalanya dan memberi kemudahan kepada makhluknya yang bernama manusia. selagi hayat dikandung badan, tanpa alasan, solat perlu didirikan.

aku faham , korang pun aku rasa faham. tapi, faham aje tak cukup, bro! faham kena tunaikan! faham?! aku pun cakap aje aku faham! tapi menunaikannya kadang-kadang aku buat-buat tak faham! aduh, cilaka jugak aku ni!

kalau subuh hari jumaat, ini detik paling sukar untuk aku! tak taulah korang camana?! sorry ek! aku ada bini! malam tu kejar malam sunat! kalau bersama bini, dapat pahala bersetubuh! aku tak nak lepaskan peluang dapat pahala sunat percuma di samping nikmat macam ni!

bila azan memanggil, masa tu tiga setan bergayut kat bulu mata pun dah cukup untuk aku tak bukak kelopak mata! tak payah sampai beratus pun! phuh, malam kerja keras bro, tulang-temulang rasa macam nak patah! kopi jantan ke, tongkat ali ke, apa benda ke, bila bab nak bangun subuh tunaikan solat, ini kes dera pada diri sendiri yang paling sukar aku nak atasi. punyalah menyesal malam tadinya belasah tak ingat sebab nak bangun subuh payah nak mampos!

namun, apa jugak alasan, solat tetap kena buat, solat wajib ditunaikan!

takkan nak jawab kat padang masyar esok dengan jawapan macam ni: 'saya letih, malam tadi kejar pahala sunat malam jumaat, dah pulun habis-habisan, naklah kena puaskan bini, itu tuntutan, letihlah, saya ni manusia biasa aje!'

kalau berani korang jawablah macam ni, ye?! ada berani?!

namun, hakikatnya kita semua orang islam, inilah rutin wajib yang perlu kita lakukan saban subuh sampai kita mampos! nak, tak nak, suka, rela tak rela, tetap kena buat!

dan aku, masih tetap jugak kadang-kadang tertinggal melakukannya. (nak-nak bila di luar hujan menyanyi)

dan, walau aku melakukannya, masih belum tentu diterima allah....

allahualam....

Wednesday, January 19, 2011

yang sebenarnya....

...aku pun tak tau apa yang sebenarnya?

aku pun pening!

apa yang aku peningkan?!

melihat manusia-manusia yang ada kuasa menyalahgunakan kuasa!

siapa?

hahaha, siapa yang salah guna tu, dia terasalah!

kes-kes syariah yang dipaparkan ini adalah kes-kes yang benar-benar berlaku di tanahair tercinta ini. sekadar... untuk korang semua renungkan....

kes pertama: seorang datuk (agak berumur), hartawan, jutawan, berkahwin dengan seorang artis jelita, dikurniakan tiga orang anak. bercerai dan isteri tuntut nafkah! hakim menetapkan rm700.00 sebulan untuk nafkah tiga orang anak. kiranya sorang anak dapat rm233.35 secara purata.
fakta kes: semua anak-anak tinggal bersama isteri dan segala urusan harian anak-anak diuruskan ibunya.

kes kedua: seorang ahli parlimen berpangkat datuk, berpoligami, bercerai dengan isteri keduanya seorang mualaf dan dikurniakan dua orang anak. ditetapkan untuk membayar rm500.00 sebulan untuk dua orang anaknya itu. okeylah, purata rm250.00 sebulan. apa ada hal, datuk tu....
fakta kes: tapi tak pulak sure sama ada bapaknya jemput dan hantar anak ke sekolah?! atau ibunya uruskan?!

kes ketiga: seorang artis ternama, berpangkat datuk, ahli perniagaan yang berjaya, bercerai dengan isteri pertama dan dikurniakan dua orang anak. kena bayar berapa? rm 150.00 untuk seorang anak. murah tu! best-nya hakim ni! ini bermakna sebulan kenalah keluar duit rm300.00. small matter!
fakta kes: anak dibela bekas isteri sepenuhnya.

kes keempat: hi malu nak cakap! seorang penu***. muflis! hah? bukan datuk pulak tu! mempunyai seorang anak dengan bekas isteri dan diarahkan membayar rm400.00 sebulan untuk nafkah anak tunggalnya itu. biar betul?!
fakta kes: anaknya itu bersama ayahnya setiap hari waktu sekolah, dijemput dan dihantar, makan tengah hari bersama, dibekalkan duit poket rm5.00 sehari dan tinggal bersama ayahnya sepanjang cuti persekolahan. dan, kena pulak bayar lagi rm400.00 seperti diarahkan yang mulia tuan arif bijaksana.

aku termenung di jendela memikirkan bagaimana keadilan ditegakkan!!!

atau, mereka-mereka yang diberi kuasa, yang arif, yang bijaksana, mempunyai agenda peribadi! lantas menyalahgunakannya!

allahualam!

ada otak ke tak?!

...apa aje cerita, kisah, berita atau novel yang kita baca, atau filem, drama, teater, yang kita tonton, lagu, muzik, video klip yang kita dengar, semua paparan yang dihidangkan itu merupakan kisah kehidupan kita semua yang bergelar manusia.

kenapa beruk tak buat movie atau novel tentang diri mereka?! sebab beruk bukan manusia! apa kelebihan manusia yang boleh buat movie atau cerita pasal beruk, ufo, alien, neraka, syurga dan segala macam hantu dan jin, atau apa saja cerita yang terlintas di fikiran dan imaginasi seorang manusia.

sebab manusia dikurniakan 'akal' untuk berfikir! bukan otak ye! sebab otak ada pada setiap manusia, setiap haiwan serta juga beruk! ikan pun ada otak! bezanya, otak mereka tak mempunyai akal untuk berfikir sebagaimana manusia! tapi, 'otak-otak' lain pulak! otak-otak diperbuat daripada ikan dan boleh dimakan. otak lembu pun boleh makan jugak!

so,
banyak bezanya antara otak dan akal! jangan terkeliru!

'kau tak ada otak ke? bawak motor laju-laju kat depan sekolah?!'
'saya otak ada bang, akal yang tak ada!'

nampak bezanya?!

aku, korang, nenek korang, semua orang, dikurniakan otak. bezanya, ada otak yang cerdik, yang lembap, yang tak berfungsi, yang gila, yang bangang, dan mati otak!

kalau mati otak, bolehlah derma organ korang tu untuk mereka yang memerlukan! ada jugak faedahnya hati, jantung, mata... atau apa saja organ korang yang difikirkan sesuai daripada dimamah cacing kat dalam kubur sana tu. aku pun nak derma organ aku jugak, tapi mau ke si penerima terima organ aku yang ada gout?

cakap pasal otak dan akal ini, tak dapat aku nak bayangkan, apakah ketika mereka-mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akal itu dalam keadaan normal atau sebaliknya. aku tergaman baca berita ngeri di akhbar lewat sehari dua ini bilamana, dua remaja dibakar hidup-hidup, sorang remaja dibunuh dan ditanam dalam keadaan duduk, dan seorang gadis yang dilarikan, dirompak, diperkosa dan diliwat.

tiga contoh perbuatan ini dilakukan manusia! ataupun mereka itu binatang yang sebenarnya? di mana akal mereka pada ketika mereka lakukan semua itu?

nauzubillah, dan marilah kita renung wajah mak bapak, anak-anak, bini, adik, atau sesiapa yang kita sayangi!

dan, tanya pada diri kita sendiri, tergamakkah kita melakukannya?!