There was an error in this gadget

Thursday, July 1, 2010

pak cik tua dan bangku kayu....

...kalau dulu, masa zaman budak-budak, ada orang panggil aku kaki bangku, aku bengang, sebab masa tu aku perasan aku ni johan cruyff! korang kenal ke siapa johan cruyff ni? tak kenal?! sure ke ni korang tak kenal? hm, dia nilah pencipta total football untuk pasukan oranje!

aku dulu, zaman aku kecik dulu, sekitar tahun 1978, masa tu holland kalah dengan argentina dalam final piala dunia, aku suka tengok johan cruyff gelecek pemain pihak lawan! aku yang bayangkan aku adalah dia, akan menggelecek pokok-pokok bunga mak aku di laman! (mak aku ni memang suka tanam bunga dan tangannya sejuk! bunga akan subur kalau dibelainya!) dan, sampai sekarang pun, mak aku masih tegar tanam bunga! kalau aku datang ke rumah, nampak dia sedang siram bunga, atau kerja cabut rumput, aku akan marah dia! aku tak nak lagi dia buat kerja-kerja tu sebab mak dah terlalu tua! dan mak, kalau nampak aje aku datang, masa tu pulak dia sedang belek bunga, akan bergegas masuk ke dalam rumah sebab tau aku akan marah!

anak mana yang sanggup tengok mak yang dah tua berjemur di panahan matahari! korang sanggup ke? sure tak, kan?!

tengah hari tadi, masa aku nak hantar anak jantan sekor aku tu ke tadika lee rubber, aku terlihat seorang pak cik tua, agak berumur jugaklah, kalau tak silap pandangan mata aku sekitar lima puluhan kut?! dia memikul sebuah bangku panjang diperbuat daripada kayu! sebenarnya, dah lama dah aku terserempak dengan pak cik tua ni di sekitar kawasan rumah mak aku di gombak setia dan kawasan berhampiran! aku tanya bini aku, ingat lagi tak pak cik tua tu? Bini aku tu pun perasan dan dia kata kalau tak silap, dah hampir lima tahun dia perasankan orang tua dan bangku kayu itu!

seingat aku dan bini aku, lima tahun dah pak cik tua itu memikul bangku kayu untuk dijual! terus aku mengetap bibir, menarik nafas dan sekilas melihat kelibat pak cik itu melalui cermin sisi kereta kangoo aku (anak aku panggil kangaroo) sebelum aku memasuki simpang ke taman ibu kota untuk ke tadika anak aku itu!

berapa banyakkan dalam tempoh lima tahun ini, bangku kayu itu telah terjual? adakah orang yang membelinya? dengan kederat tulang empat kerat, hanya sebuah bangku kayu itu saja yang termampu dipikulnya! dan, aku lihat dia akan merayau-rayau di sekitar gombak dengan berjalan kaki, mengharap ada simpati pelanggan yang mahu membelinya! tetapi, aku ragu-ragu ada orang yang membelinya? ada ke? ada sesiapa di sini yang pernah membeli bangku kayu itu?

terdetik di hati, dalam aku melayari kehidupan serba payah ini, yang diancam pelbagai tekanan dan pancaroba, aku cuba bandingkan kehidupan aku dengan pak cik tua itu? aku taklah sampai memikul bangku kayu untuk dijaja (walaupun aku ini muflis), yang belum pasti ada pelanggan mahu membelinya! apatah lagi, trend kita sekarang ini yang kalau mahu membeli perabot atau bangku kayu macam tu, baik pergi ke ikea sahaja! berlambak pilihan ada, tinggal duit aje jawapannya! dahlah pemilik ikea itu pernah menjadi orang terkaya di dunia beberapa tahun kebelakangan ini! namun, aku pasti, sejarah pemilik ikea berasal dari sweden itu taklah sampai memikul bangku kayu untuk dijual?!

aku dapat lihat kecekalannya! di bawah mentari terik, dia melangkah memikul bangku kayu! juga kalau allah turunkan hujan, akan mandilah dia bersama bangku kayunya itu! tanpa suara, tanpa jeritan memanggil pelanggan, tanpa merayu, tanpa papan iklan, pak cik tua itu terus memikul bangku kayu itu dari rumah ke rumah, mengharap simpati orang yang sudi membeli bangku kayunya itu!

pejam mata korang untuk seketika! bayangkan mak bapak korang! di mana mereka sekarang ini? mungkin di kampung, melayari hayat tua? atau di banglo agam menikmati kemewahan yang dikecapi setelah bertungkus lumus di masa muda mereka? atau, sekadar biasa-biasa saja melayani cucu-cucu yang korang tinggalkan kepada mereka sewaktu mahu berdating dengan isteri tercinta! adakah nasib mak bapak korang itu sama seperti nasib pak cik tua dan bangku kayunya itu?

terus wajah mak terbayang! dalam usia mak aku 73 tahun, dia duduk sendirian di rumahnya di gombak setia! aku pernah degil dengan mak masa aku kecik-kecik dulu! (aku banyak dosa dengannya!) selain menggelecek bola di celah-celah pokok bunganya, aku juga pernah bertarung dengan pokok keladi mak yang subur menghijau yang aku anggapkan sebagai musuh lalu aku sepak terajang rumpun keladi mak yang saban hari disiram dan dibajainya itu!

bila mak marah kenapa aku lunyaikan pokok keladinya itu, aku marah mak aku balik! bagi aku, gambaran aku pada usia lapan tahun itu, pohon-pohon keladi yang subur, yang ada tangkai merah yang kulihat seperti tanduk musuh, adalah lawanku yang perlu aku hapuskan!

hiyaaaaa! (gaya karate kid) dengan satu lompatan kungfu, lima enam batang keladi menyembah bumi! tak puas dengan itu, aku berlari ke dapur, mengeluarkan lading atukku, lalu kulibas sisa-sisa musuh bertanduk merah itu sehingga terputus dua, bagaikan kepala musuh yang bercerai dari badan!

dan, mak aku hanya mampu mengutip helai-helaian daun keladi yang telah gugur di tanah dengan linangan air mata....

ya, allah mak, banyak sangat dosa anak mak ni! tapi, aku taklah sampai meninggalkan mak aku, menjaja bangku kayu untuk dijual! sebagaimana, anak-anak pak cik tua itu, yang sanggup membiarkan bapaknya ditemani bangku kayu yang belum tentu bila akan dijualnya itu! (mak maafkan aku ye, kan aku dah belikan mak bunga kenanga yang mak mintak untuk hiasan hari raya tiga tahun lepas? mak ingat tak? itu untuk menggantikan pokok keladi tanduk merah mak yang dulu tu aku kungfukan, hehehe!) seronok aku tengok mak aku tersenyum bila aku turunkan pokok kenanga itu di laman rumahnya dulu...

berbalik pada pak cik tua dan bangku kayu itu! dah makan ke dia? dah minum ke dia? apa agaknya sarapan pagi pak cik tua tu? apa pulak lauknya tengah hari ni? dalam lima tahun aku terserempak dengan dia, (banyak kali dah) sekali pun aku tak pernah tengok pak cik tua itu berhenti makan di gerai! mungkin tak mampu? atau, mungkin isterinya dah sediakan lauk di rumah? dia ada isteri ke? ada rumah ke? kat mana pulak rumahnya? anak-anaknya mana?

namun, semua persoalan itu tak ada jawapannya sehingga kini! bersyukurlah korang sebab korang tak sampai memikul bangku kayu untuk dijual! korang masih mampu makan di gerai! dan, yang paling penting, kalau korang masih ada mak, masih ada bapak, korang ciumilah dahi mereka! baulah kulit mereka! bau itulah yang telah membawa korang ke dunia ini, menjadikan seperti korang sekarang! tanya pada diri korang tu, bila kali terakhir korang menciumi dahi mak atau bapak? kalau belum, ciumlah sekarang sebelum korang cium nanti, dahi mereka dah dingin dan mereka tak lagi tersipu-sipu malu!

okeylah, aku nak singgah kat rumah mak aku, nak cium dahi mak lagi! nak cium dahi mak puas-puas sementara masih panas, tak nak cium bila dah sejuk nanti! kopi-o mana sedap kalau diminum bila dah sejuk, kan? hehe, macam tulah dahi mak, sedapnya kalau dicium panas-panas!

bye! kalau korang yang sedang baca repekan aku ini adalah anak kepada pak cik tua dan bangku kayu itu, ciumlah dahi dia semasa sedang panas ini....

10 comments:

AKO @ retna said...

tak dapat dah nak cium, mak dah takde huwaaaaa

Anonymous said...

tbyg lelehan air mata mak ms aku br kuar dr bilik bedah...

lily lotus said...

syahdunya...ibu ratu hatiku

nizakamal said...

thanks..utk hasil penulisan yg sgt mabeles kali ini..(yg sebelum2 ni pun mabales gak)..but dis taime..rasa mcm minum capuccino beserta flote kt atas dia..huhu..bro! teruskan menulis..klu sehari dua tiga entry pun takpe..suka banget!!

Anonymous said...

gua terbaca ni, reporter bercerita

http://cedokokkaki.blogspot.com/2010/06/ahadiat-akashah-n-langit-yg-berkabut.html#comments

*Farahouri~ said...

oh bro AA, terharu sngguh dgn entry kali ni. Sgt menyntuh rasa. Thanks utk sedikit perhatian dan ingatan :(

littlehumblelynn said...

at last im found my fav author blog...seronok baca entry nih...u make me remind zaman masa sekolah,kumpul duit belanja nak beli novel AA..smp skrg simpan elok lagik........

rox galcute said...

Sedihnyer..
Smlm masa nk blik kl cium mak. tp tak kt dahi kt pp...heheheh. kalu leh nk cium ari2..tp mak kg. waaaaaaaaaaa....nk mak...

armand said...

syahdu...sedih..amat besar pengorbanan mereka

Rizleen Ramlan said...

Salam Bro AA, tahun 97-98 saya penah pegi umah banglo bro yg bertingkat2 tu.Tak kira la plak bp tingkat,maybe 5 le kot as u mentioned dlm post sblm ni.Dtg tu nk interbiu bro AA.Mak aiii 1-2jam gak ahh tunggu bro balik,wife bro yg melayan kami (me & mom) tunggu.Masa tu bro dg wife lama (K.Shila) & Aishah br 1-2thn bertatih jalan kot.Mase tu sy 18thn tgh study Pusat Matrik UUM,subjek BM minta cari tokoh..dlm byk2 tokoh Bro AA yg jd pilihan group assigment kami.Dg bantuan arwah Kak Hata (Hatasura Akashah) lah akhirnya dpt interbiu in person bro AA.For yr info,Aida & Shahreen Khalil r my cousins..My mom satu opis (Esso) dg arwah k.Hata.Memang tahun itulah bro di ambang muflis berdasarkan cerita interbiu. Bro AA buka kisah kene tipu dg member baik nk beli kete mercz benz etc etc... So,viewers...Betul la posting Bro AA dlm blog ni. He's telling the truth...Skang sy dah 31 thn ber anak 3 pon still ikuti perkembangan Bro AA!Kami harap bro AA akan 'bangkit' semula...Semua fan sayangkan karya bro :) Masterpiece!

Post a Comment